24 November 2010

Tak Seindah Impian


Hasil Karya: Nurlisa
Disenarai Pada: 26 May, 2005
 Bab 1
Jam di dinding menunjukkan ke angka satu, namun Izzah masih tidak dapat melelapkan matanya. Kata-kata ibunya siang tadi masih tergia-gia di telinganya.
"Kau mesti dengar cakap mak" kata Puan Rohana kepada anaknya Izzah
"Tapi mak saya tak kenal dan cintakan dia" balas Izzah "dengar sini Izzah!, mak tak nak dengar apa-apa lagi alasan dari kau" tingkas Puan Rohana sambil bangun menuju ke biliknya.
Izzah terkebil-kebil melihat sikap ibunya yang selama ini seorang ibu yang lemah lembut tiba-tiba menjadi begitu tegas, Encik Rahman hanya mengeluh melihatkan telatah kedua beranak itu.
"Ayah, tolonglah Izzah, macamana Izzah nak menjalani kehidupan dengan orang yang Izzah tak pernah kenal hati budinya" rayu Izzah minta simpati ayahnya.

"Izzah ayah dan mak berharap sangat kau terima pilihan kami ini, kami dah tua bila-bila masa akan pergi sebelum kami menutup mata kami nak tengok kau hidup bahagia." Balas Encik Rahman lagi.
"Ayah dan Ibu percaya pilihan kami ini adalah tepat," ujar Encik Rahman lagi.
Izzah terdiam mendengar kata-kata ayahnya, kata-kata yang meruntun jiwa kecilnya. Izzah mengeluh lemah.
"Kau tak tidur lagi Izzah?," sapa Zetty, teman sebiliknya menyedarkan Izzah dari lamunan "Aku tengok kau asyik termenung saja semenjak balik dari rumah orang tua kau, kau ada masalah ke?" soal Zetty lagi, ditatapnya wajah Izzah, wajah yang lembut tak jemu mata memandang.
"Tak ada apa-apa Zetty aku cuma penat saja" ujar Izzah lemah dan terus membaringkan tubuhnya di atas katil. Zetty bangun dan menutup lampu bilik, bilik yang tadi terang kembali samar-samar, dan kedengaran dengkuran kecil, ah! senangnya kau tidur Zetty, aku juga yang tidak dapat melelapkan mata kata hati kecil Izzah.

Di luar kedengaran sayup-sayup azan subuh dari masjid berdekatan, Izzah tak tahu pukul berapa dia terlelap. Sedar-sedar dah pukul 6.00 pagi Izzah bingkas bangun menuju ke bilik air mengambil wuduk.
  
Bab 2

Sesampai saja di pejabat Izzah terus membuka email, "Banyaknya email masuk" bisik hati kecil Izzah. Matanya mencari-cari pengirim yang saban hari dinanti, tapi hampa, "apakah dia sibuk atau dia dah lupakan aku", bisik hati kecil Izzah lagi.
Apa harus aku buat ibu bapa aku memaksa aku berkahwin dengan lelaki yang aku tak pernah kenal, apa akan terjadi kalau aku tak bersetuju dengan hasrat mereka, apakah aku akan dikatakan anak yang tak mengenal budi. Bertubi-tubi persoalan menerjah di dalam kepala Izzah. Izzah mengeluh terlalu berat untuk melepaskan sesuatu yang amat disayangi tetapi ia belum pasti, aku baru kenal dia sebulan yang lalu, apakah dia sama seperti aku, sering merindui celoteh dan gurau senda dia. Ya, dia yang aku kenal secara kebetulan di yahoo masengger. Izzah tersenyum sendiri mengingati peristiwa itu, tanpa disedari sepasang mata sedang asyik memerhatikan gelagatnya.
"Hoi! senyum sorang-sorang macam kerang busuk," sergah Zetty. "Aku tak fahamlah dengan kau ni Izzah malam tadi muka sikit punya sedih, hari ni senyum sorang-sorang lak, kau ni kenapa ha?" Tanya Zetty lagi.
"Kau ni buat aku terperanjat je, nasib baik aku tak de sakit jantung kalau tidak mahu pengsan aku kat sini, aku tak ada apa-apalah, kau ni macam mak neneklah" Jawab Izzah.
"Sudahlah, pergi buat kerja kau tu" ujar Izzah lagi.
Zetty rakan serumah dan sepejabat Izzah yang banyak membantu Izzah dalam susah ataupun senang. Zetty seorang yang happy go lucky.
Bab 3
Di sebuah banglow dua tingkat, diruang tamu kelihatan penghuninya begitu asyik membincangkan sesuatu " Ris, ayah dan mak ada hal nak bincang dengan Ris" ucap Dato’ Shamsuddin.
"Ada apa ayah?". Ujar Harris "ayah dan mak dah berbincang dan telah membuat keputusan, kami nak jodohkan kau dengan anak makcik Rohana". Ujar Dato’ Shamsuddin sambil mengerling isterinya Datin Maznah mengangguk.
"Apa! ayah nak jodohkan Ris dengan anak makcik Rohana" soal Harris separuh terkejut. Dato Shamsuddin dan Datin Maznah menggangguk.
"Mak, ayah, saya belum bersedia lagi untuk berumahtangga" ujar Harris lagi.
"Harris, kaulah satu-satunya anak kami, jangan hampakan harapan kami" rayu Datin Maznah.
Harris serba salah, kalau dia menolak hasrat mak dan ayahnya bermakna dia telah melukakan hati mereka, Harris sayangkan mereka, Harris tak sanggup melukakan hati mereka. Selama ini apa saja yang diminta pasti akan ditunaikan oleh orang tuanya. Tapi kalau dia menerimanya bagaimana pulak dengan hati dan perasaannya.
"Nanti Ris fikirkan, ayah dan mak jangan risau" ujar Harris lemah, "jangan lama-lama Ris" balas Dato’ Shamsuddin. Harris bangun dan terus menuju kebiliknya. Dia merasa serba salah dengan permintaan orang tuanya. Dia menuju ke laptopnya dan mula membuka email, apakah aku harus berterus terang dengan Puteri nickname yang digunakan oleh gadis yang telah berjaya mencuri hatinya.
"Aku harus membuat keputusan segera", bisik hati kecil Harris
Puteri….
Sudah lama kita tak berbualkan, puteri apa khabar? saya disini alhamdulilah sihat. saya ada sesuatu yang ingin beritahu awak, berat rasanya tapi saya terpaksa juga beritahu awak, mak dan ayah saya ingin menjodohkan saya dengan gadis pilihan mereka, apa harus saya buat? Saya sayangkan awak, begitu jugak awakkan. Saya serba salah tolonglah beri saya pendapat"
Teruna.
Tak lama kemudian email Harris berjawab
Teruna..….
Puteri sini sihat, puteri faham apa yang awak alami, puteri juga sayang dan cinta pada awak, tapi cinta tak semestinya bersatukan? puteri tahu perkahwinan yang tak direstui oleh orang tua tidak akan bahagia. Terimalah permintaan mereka, puteri doakan semoga awak berbahagia hingga ke akhir hayat. Satu pesanan puteri sayangilah bakal isteri awak, jangan persiakan dia, walaupun awak tak cintainya. Dan tolong lupakan puteri.

Puteri……..

Bab 4


"Ayah, mak, Ris dah buat keputusan, Ris akan ikut cakap mak dan ayah" mak buatlah apa yang patut". Kata Harris kepada kedua ibubapanya.
"Tapi satu saja permintaan Ris, Ris tak nak jumpa dengan bakal isteri Ris, sehingga kami diijabkabulkan" pinta Harris lagi
Dato’ Shamsudin dan Datin Maznah tersenyum lega.

Majlis perkahwinan Harris Iskandar telah diadakan secara besar-besaran bagi meraikan kedatangan orang baru ke teratak Dato’ Shamsuddin. Paluan kompang beralun, di atas singahsana yang dihias indah kelihatan raja sehari sedang disandingkan, secocok dan sepadan, bagai pinang dibelah dua, kebanyakkan tetamu memuji pasangan tersebut. Dato’ Shamsuddin dan Datin Maznah tersenyum puas, puas kerana hasrat mereka untuk berbesan dengan sahabat lamanya tercapai. Selesai jamuan makan malam, semua tetamu dan para jemputan sudah pulang, hanya tinggal saudara mara terdekat.
"Izzah, kau dah penat tu pergilah berehat, kerja-kerja tu biarkan Mak Jah yang siapkan" Datin Maznah bersuara.
"Tak apalah mak sikit je ni " balas Izzah sambil menjeling suaminya yang sedang rancak berbual dengan saudara-maranya.
Setelah selesai Izzah masuk ke biliknya dan mencapai tuala untuk membersihkan diri dan menunggu Harris untuk bersolat bersama, namun Harris tak muncul sehingga Izzah selesai mengerjakan solat. Selesai bersolat Izzah berdoa "Bismillahirahmahnirahim , Ya Allah, Ya Tuhanku "Seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan diantara kami agar kebahagiaan itu abadi, dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang engkau kehendaki dan berilah aku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi kehidupan baruku ini, jadikanlah aku seorang isteri yang baik dan bertanggungjawab," Amin Ya Rabbal Alamin.
Tidak lama kemudian terdengar pintu bilik diketuk dan kedengaran suara memberi salam, serta merta perasaan Izzah bergelora, takut, cemas dan bermacam-macam lagi perasaan yang menghantui fikirannya. Namun dia cuba untuk berkeadaan seperti biasa.

"Abang nak mandi? Biar Izzah siapkan airnya dulu ye", Izzah bersuara apabila melihat suaminya duduk di atas sofa dengan keadaan lesu. Harris cuma mengangguk tanpa memandang pada Izzah. Selesai mandi Harris terus melangkah ke sofa dan merebahkan tubuhnya, dia tak mahu menggangu Izzah, Harris melayan perasaan sedihnya tanpa mempedulikan Izzah. Akhirnya, Harris terlena disitu.
Azan subuh berkumandang, Izzah terjaga, dilihatnya jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Dia bingkas bangun dan melangkah ke bilik air, ketika itu Harris masih terlena di atas sofa panjang, Izzah merasa bersalah kerana membiarkan Harris tidur di atas sofa, Setelah selesai menunaikan solat, Izzah menghampiri Harris.
"Abang bangun bang, dah subuh ni." kejut Izzah lembut. Namun tiada tindak balas. "Abang bangun, dah subuh" kejut Izzah lagi.
Akhirnya Harris terbangun dan perlahan-lahan membuka mata, "nak apa?," agak keras suara Harris, mungkin marah kerana tidurnya terganggu.
"Bangun bang, subuh dah nak habis!" balas Izzah dengan lembut. "kalau abang nak mandi, Izzah dah sediakan air untuk abang, Izzah nak ke dapur" ujar Izzah lagi. Harris lantas bangun dan menuju ke bilik air.
Izzah melangkah ke dapur, kelihatan Mak Jah sedang sibuk menyediakan sarapan pagi, Izzah terus menyapa.
"Assalamualikum."
"Waalaikumssalam". Oo Puan Izzah awalnya bangun?" jawab Mak Jah.
"Emm, kata orang tua-tua tak elok tidur lepas subuh, nanti rezeki tak masuk." balas Izzah sambil tersenyum.
"Ehh…… biar, Mak Jah yang buat semua ni puan duduk je" ujar Mak Jah.
"Mak Jah tak payahlah berpuan-puan dengan saya, panggil Izzah cukup" pintas Izzah sambil tangannya pantas memotong timun.
Mak Jah mengelengkan kepala sambil tersenyum, "kenapa Mak Jah tersenyum" soal Izzah.
"Tak, Mak Jah pelik dengan Izzah ni lain pada yang lain baik, rajin, cantik beruntung Harris dapat isteri macam Izzah." Ujar Mak Jah panjang lebar.
"Ala Mak Jah ni, janganlah asyik puji saya, masih ada lagi orang yang baik dari saya," balas Izzah malu, rona mukanya berubah merah.




Di meja makan
"Mak, ayah, Ris dah berbincang dengan Izzah, kami bersepakat nak tinggal di rumah sendiri,." Ujar Harris sambil memandang isterinya, Izzah terkejut, bila masa Harris berbincang dengan aku tentang nak pindah rumah, bisik hati kecil Izzah.
"Betul ke Izzah, kamu nak tinggal di rumah sendiri?," soal Datin Maznah. Izzah terpaksa mengangguk. "Apasalahnya kamu tinggal disini, lagi pun rumah ni tak ada sesiapa lagi, mesti sunyi kalau kamu semua dah pergi" pujuk Datin Maznah lagi
"Biarlah mereka nak berdikari, sampai bila dia nak duduk dengan kita" balas Dato’ Shamsuddin.
Harris menarik nafas lega mendengar kata-kata dari ayahnya. "betul tu ayah mak, Ris nak rasa jugak hidup sendiri, takkan lah asyik dok bawah ketiak mak je." usik Harris sambil tersenyum. Izzah hanya tersenyum mendengar usikan Harris.

Bab 5

"Okey! kita dah sampai, Izzah mari sini abang nak cakap sikit" panggil Harris
"Ye! abang panggil Izzah, ada apa bang." Jawab Izzah lembut.
"Mulai hari ni Izzah tak payah susahkan diri kerana abang, kita buat haluan masing-masing, abang minta maaf, kerana melukakan hati Izzah, beri abang masa untuk menerima Izzah sebagai isteri abang, harap Izzah faham." Ujar Harris kepada Izzah. Kata-kata Harris mengejutkan Izzah.
Harris mengambil kunci kereta dan keluar tinggallah Izzah terkebil-kebil keseorangan.
"Ya Allah Ya Tuhanku, ujian apakah yang kau berikan padaku, Abang, Izzah juga seperti abang, terpaksa menerima abang demi orang tua Izzah, tapi Izzah redha jika ini jodoh Izzah." Rintih hati kecil Izzah.

Hari ini Harris mula bekerja selepas seminggu bercuti, awal pagi lagi dia sudah sampai ke pejabat, walaupun hanya seminggu bercuti, rasanya macam sebulan, apa tidaknya perkahwinan yang tidak dipersetujui sepenuh hati.
"Assalamuaikum.. Encik Harris" sapa Jasmin lembut
"Walaikumsalam" jawab Harris kepada setiausahanya.
"Ada appointment untuk saya hari ini?," Tanya Harris
"Maaf Encik Harris! Emm… hari ni Encik Harris ada appointment dengan Berjaya Holding, pukul 3.30 petang". Ucap jasmin sambil meneliti diari ditangannya. Harris mengganggukkan kepala lalu masuk kebiliknya dan melakukan kerja-kerja yang terbengkalai nasib baik dia tidak mengambil cuti panjang, jika tidak banyaklah kerja yang terpaksa dibereskan. Itupun emaknya masih sibuk menyoal tentang hal berbulan madu dan menyuruh Harris membawa Izzah melancong ke tempat orang.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka luas, Harris terkejut, Aidil muncul dengan senyuman.
"Assalamualikum" sapa Aidil
"Walaikumsalam, kau dari mana?," soal Harris sambil menekan punat komputer didepannya.
Aidil terus duduk dihadapannya.
"Aku dari bilik akulah, mana lagi?," aku nampak kau, aku pun teruslah ke sini." balas Aidil
"Kau bagaimana semenjak jadi pengantin baru ni, langsung tak call aku, kau sibuk honeymood ke?." usik Aidil dengan ketawa nakal.
"Merepeklah kau ni, nothing happen okey!, dia ke tempat lain dan aku ke tempat lain. Lagipun aku tak ada moodlah nak honeymoon" jawab Harris
"Abis tu kau cuti sampai seminggu, kau buat apa? Kau mengadap isteri kau tu je ke hari-hari" usik Aidil lagi.
"Kaukan tahu aku kahwin ni pun kerana orang tua aku dan tak ada cinta untuk dia kerana aku tetap tak boleh lupakan puteri." Ujar Harris lagi
"Asyik-asyik puteri, Ris kau kena ingat sekarang ni kau telah bergelar suami, besar tanggungjawab tu, kau tak boleh sia-siakan hidup isteri kau, kesian dia, kau mesti lupakan puteri, mungkin jodoh kau dengan puteri tak ada," nasihat Aidil.
"Entahlah Dil, aku pun tak tahu kenapa hati aku ni masih berdegil, tak mahu menerima kehadiran Izzah dalam hidup aku, pada hal Izzah layan aku dengan baik, aku merasa bersalah pada dia," Keluh Harris.
Pada pandangan Aidil, Izzah cukup sempurna buat Harris, perwatakannya amat sederhana, sopan santun melambangkan seorang wanita timur yang masih tebal dengan adat dan tatasusila dan Izzah juga cantik. Memanglah betul orang kata cinta itu buta.
"Oklah, kita lupakan cerita itu, jom kita breakfast, aku laparlah" pinta Aidil. Harris mengangguk tanda setuju.

Sementara di pejabat Izzah…
Rakan-rakan sepejabatnya tak habis-habis mengusiknya.
"Assalamualikum" ucap Zetty kepada Izzah
"Waalaikumsalam" jawab Izzah
"Amboi kau makin berseri-seri, seri pengantinlah katakan, macammana honeymoon? mesti seronok."’ soal Zetty, Izzah hanya tersenyum menyembunyikan gelodak yang melanda jiwanya.
"Kau ni busy bodyla, aku tak pergi honeymoon, Harris sibuk, lagipun kami baru je pindah rumah." Jawab Izzah sambil tersenyum.
"Hai! kalau aku dapat suami macam Harris tu, akulah orang yang paling bahagia dalam dunia ini, orangnya kacak, berada, lemah lembut, jeleslah aku pada kau." Ujar Zetty panjang lebar.
"Kau tak faham Zetty, aku tak nafikan, memang Harris seorang yang baik, lemah lembut, kacak tapi untuk apa semua itu, jika hatinya bukan untuk aku" keluh Izzah di dalam hati.

Bab 6

"Hari ni Izzah tak payahlah tunggu abang, abang mungkin balik lewat " ujar Harris kepada Izzah ketika mereka bersarapan untuk ke pejabat. Izzah mengganguk lemah, dia tak mahu bertanya dengan lebih lanjut lagi, Patutlah dia beria-ia benar nak pindah rumah rupa-rupanya ada muslihat disebalik itu. Bisik hati kecil Izzah.
"Abang malam tadi mak telefon dia suruh kita balik hujung minggu ni, dia kata kita dah lama tak balik" ucap Izzah kepada Harris.
"Tengoklah nanti, kalau abang tak sibuk" jawab Harris sambil lewa.
"Mak kata kita mesti balik" ujar Izzah lagi.
"Okeylah kita balik hari Ahad kerana Sabtu abang ada janji dengan Aidil" balas Harris sambil berlalu.

"Ris!," teguran bergema bersama satu tepukan kecil di bahu Harris.
Harris tersedar, Aidil memandang Harris dengan rasa hairan, Harris sejak tadi asyik berkhayal.
"Kau tengah fikirkan apa, Ris?," Tanya Aidil sambil memandang Harris.
"Tak ada apa-apalah, aku teringatkan seseorang aje," ujar Harris sambil tangannya mencapai minuman dalam tin lalu diteguknya.
"Pasal Izzah ke?,"
"Bukanlah, buat apa nak ingatkan dia?, buang masa aje, baik aku ingatkan kau," ujar Harris sambil tergelak.
Wajah Aidil begitu serius, Aidil kurang senang dengan kata-kata Harris tadi.
"Kalau bukan Izzah, Puteri?," soal Aidil
Harris tunduk, rindunya masih menggunung, pertanyaan Aidil mengamit kembali kenangan ketika perkenalannya dengan Puteri.
"Kau ni tak habis-habis dengan Puteri, Puteri dengan kau belum ada apa-apa pertalian, kau bukannya lama mengenali dia, rupa dia pun kau tak kenal, sampai bila kau nak terus mengingati dia?," suara Aidil tenang tetapi cukup menguris hati harris.
Sampai hari Aidil berkata begitu, sesungguhnya cinta Harris kepada Puteri terlalu sukar untuk dilupakan walapun baru sebulan mereka berkenalan, lagipun ia adalah cinta pertama Harris. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa dalamnya cinta itu.
"Sedarlah Ris!, kau sudah berkahwin…… kau dah berkahwin, kisah kau dengan Puteri sudah berlalu, sampai bila kau nak berkeadaan sebegini.
"Aku masih sayangkan Puteri", lemah ucapan itu.
"Aku tahu! Tapi kau kena ingat, Izzah dah jadi isteri kau, cuba dekati dia dan simpan kenangan kau dengan Puteri. Tidak ada kurangnya Izzah…. Kenapa hati kau ni buta sangat?,"
"Dil, aku pernah buangkan perasaan itu jauh-jauh, tapi aku gagal, setiap kali aku pandang Izzah, ingatan aku pada Puteri menjelma. Aku dah berusaha, Dil",
"Aku bukan suruh kau lupakan Puteri terus. Izzah itu baik sangat, aku tau Izzah pun tak pernah cintakan kau. Tapi, apa salahnya kau hulurkan kasih sayang kau pada dia. Tak semestinya bercinta sebelum kahwin lebih bahagia dari bercinta selepas berkahwin, I think she’s the one for you", pujuk Aidil perlahan.
Harris terdiam.
"Okeyla! jom kita balik dah nak masuk Maghrib," ajak Aidil.

Dirumah Dato’ Shamsuddin ….
"Dah lama kita tak makan macam ni, seronok rasanya." Ujar Dato Shamsuddin.
"Ye lah bang, budak-budak ni kalau tak ditelefon suruh balik, tak balik," balas Datin Maznah. "Izzah kau tak balik ke rumah orang tua kau, ari tu mereka ada telefon mak, rindu katanya pada kau, baliklah kalau kamu ada masa" ujar Datin Maznah. Izzah mengangguk sambil memandang Harris yang sedang menikmati juadah.
"Dah enam bulan kamu kahwin, tak ada apa-apa ke?," soal Datin Maznah. Dato’ Shamsuddin tersenyum melihat telatah isterinya "awak ni budak tukan baru je nak belajar hidup berdikari bagilah masa sikit, tak sabar nak menimang cucu." Pintas Dato’ Shamsuddin sambil mengelengkan kepala.
"Yelah, cik abang oii, kita ni makin lama bukan makin muda, kang dibuatnya mati tak sempat pulak nak tengok cucu." Balas Datin Maznah. Harris menjeling Izzah.
"Belum rezeki kami lagi mak, sabarlah," jawab Izzah lembut. Hati kecil Izzah berkata-kata "mak, ayah hasrat mak dan ayah mungkin tidak kesampaian, kerana hidup kami pada zahir saja macam suami isteri, semenjak kahwin abang Harris tak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami."
"Betul kata Izzah tu mak, belum ada rezeki." sokong Harris.
"Mak bukan apa Ris, Izzah kalau ada cucu, taklah sunyi rumah ni" ucap Datin Maznah sayu.
"Awak janganlah macam tu, nanti kesihatan awak terganggu, kita panggil budak-budak ni balik bukan untuk bersedih." Pujuk Dato’ Shamsuddin.
"Ye lah mak, betul kata ayah tu, mak janganlah risau, nanti mak sakit siapa nak main dengan cucu." Balas Harris sambil tersenyum. Izzah hanya tunduk membisu.
"Yelah" ucap Datin Maznah
"Kau kenapa Izzah?, mak tengok macam tak sihat je, kau nampak kurus dan cengkung" soal Datin Maznah
"Tak ada apa-apa mak cuma Izzah penat je" jawab Izzah.
"Kau tu janganlah terlalu banyak buat kerja, jaga kesihatan, kamu Ris tengok-tengoklah isteri kamu tu jangan asyik sibuk dengan kerja kamu saja, sekali-sekala bawalah isteri kau tu berjalan-jalan" tegur Datin Maznah.
Harris hanya tersenyum mendengar maknya membebel. Kalau mak dan ayah tahu perbuatannya pada Izzah teruk akibatnya, Harris tahu Izzah menantu kesayangan ayah dan maknya.

Bab 7
Pagi itu Izzah tak ke pejabat, badannya terasa sengal-sengal, tapi digagahkan juga untuk bangun menyiapkan sarapan untuk Harris.
"Kenapa Izzah?, muka kau nampak pucat." Soal Harris sambil memapah Izzah ke katil dan membaringkanya. "tak ada apa-apalah bang cuma kepala Izzah ni sakit sikit, nanti makan ubat baiklah tu." Jawab Izzah.
"Betul ni kau tak apa-apa." Soal Harris balik. Izzah mengangguk lemah.
"Okeylah abang pergi dulu, kalau apa-apa call abang." Pinta Harris.
Alangkah bahagianya hati Izzah jika Harris berkelakuan seperti itu selalu, semenjak mereka kahwin Harris sering bersikap dingin, tapi Izzah kekadang tidak faham dengan sikap Harris, Harris yang perwatakanya yang sering berubah-ubah adakala ia begitu penyanyang dan bertanggungjawab, adakala ia bersikap dingin dan kasar. Pernah satu hari tu Harris menengking dia kerana melakukan kesalahan yang tidak disengajakan.
"Izzah buat apa ni?." Tengking Harris. Izzah terperanjat dan serta merta air yang dipegangnya tertumpah, ini menimbulkan lagi kemarahan Harris.
"Izzah nampak tak abang sedang buat apa." Tengking Harris lagi.
"Maafkan Izzah bang…. Izzah tak sengaja." Jawab Izzah terketar-ketar sambil mengelap air yang tertumpah.
"Tak payah abang boleh buat, sudah jangan ganggu abang." Jawab Harris.
Ringggggg….. bunyi telefon mengejutkan Izzah dari lamunan.
"Walaikumsalam, Zetty sorry aku lupa nak call kau, cakap pada Encik Hisyam aku cuti kecemasan hari ni, aku tak berapa sihat, esok mungkin aku masuk kerja." Ucap Izzah.

  
Bab 8
"Izzah, Encik Hisyam panggil." Kata Zetty. Izzah masuk ke bilik Encik Hisyam
"Izzah saya mahu awak attend, seminar di Port Dickson, minggu depan, awak tanya pada Zetty apa yang harus awak lakukan di sana." arah Encik Hisyam. Izzah mengganguk.
Izzah memberanikan diri untuk merapati Harris yang sedang leka menonton TV.
"Abang…… minggu depan Izzah kena pergi seminar di Port Dickson." Ujar Izzah lembut.
Harris hanya mendiamkan diri, Izzah hampa, Izzah bangun meninggalkan Harris.
"Berapa hari Izzah kat sana?." Soal Harris bersahaja. Izzah berhenti melangkah
"Lima hari" Jawab Izzah perlahan. "pergilah" jawab Harris tanpa memandang Izzah. Izzah merasa hampa dengan perlakuan Harris yang tidak langsung menunjukkan kemesraan. Izzah melangkah menuju ke bilik dan tak lama kemudian terdengar esakan kecil.
Lewat malam barulah Harris masuk ke biliknya, Harris menoleh memandang isterinya yang sedang lena, kelopak matanya masih ada sisa-sisa air mata, Harris mengeluh, "kesian Izzah dia tak bersalah dalam hal ini, kenapa aku harus mendera dan menyiksa jiwa dia, tak dinafikan Izzah seorang isteri yang baik tidak ada kurangnya dia, aku pergi dan balik rumah sesuka hati, tapi Izzah tidak pernah menegur atau menanya ke mana dan di mana aku pergi. Aku tengking dia seperti budak kecil, namun dia tetap melayan aku dengan baik, keperluan aku tak pernah dia abaikan. tapi aku tak dapat terima dia, aku masih tidak boleh lupakan puteri. Puteri pun dah lama tak email aku, mungkin dia tak mahu mengganggu rumahtangga aku,

Sudah empat hari Izzah pergi, ini bermakna Harris terpaksa berdikari. Kesunyian mula menerpa ke benak Harris, dia rasa kehilangan sesuatu. Adakah aku mula menyintainya Harris binggung dengan perasannya sendiri.

Sepulangnya dari bermain golf Harris terus ke bilik untuk mandi dia tercari-cari tuala, kalau Izzah ada semuanya sudah tersedia, ketika Harris tercari-cari tuala dia ternampak sebuah buku berwarna hitam, segera dia mencapai dan dibukanya. Tiba-tiba wajah Harris berubah "tak mungkin… tak mungkin" bisik hati kecil Harris. Harris terduduk, diari ditangannya terlepas.
"Ya Allah, Ya Tuhanku, begitu kecil dunia ini, rupa-rupanya orang yang aku cintai dan yang tak dapat aku lupai ada didepanku. Tapi aku mempersia-siakan, kenapa aku begitu naïf sekali tentang itu.", keluh Harris lagi sambil meraup wajahnya. Wajah Izzah menjelma, Izzah rupa-rupanya kau adalah puteri, puteri yang tak dapat aku lupakan sehingga aku mengabaikan tanggungjawab aku, arghhhhhhhhhhh……..
Harris cuba menelefon Izzah tapi hampa, handphonenya ditutup, mungkin dia dah tidur, tunggu esok pagi aku akan call dia"" bisik Harris.
"Assalamualikum sayang ….., Izzah sihat? Esok Izzah balikkan? Abang tak sabar nak tunggu Izzah balik, abang ada sesuatu yang nak beritahu Izzah." Ucap Harris panjang lebar.
Izzah kebingungan seketika, dia seperti tidak percaya apa yang dia dengar sebentar tadi. "Ya Allah betul ke apa yang aku dengar tadi, kalau benar aku bersyukur kepadaMu" bisik hati kecil Izzah

Bab 9

Keesokan harinya di pejabat Cahaya Berhad …
"Asalamualikum… Encik Harris." Tegur Jasmin.
"Walaikumsalam….." jawab Harris
"Jasmin, petang ni awak batalkan appoitmen saya dengan Encik Badrul, saya ada hal." Ujar Harris lalu menuju ke biliknya sambil bersiul kecil. Aidil pelik melihat perangai teman baiknya itu, nampak berlainan sekali hari ini, hati Aidil berdetik.
Aidil memerhati gelagat Harris. Dia masih dalam dunianya, adakalanya Harris menyanyi kecil, adakalanya Harris tersenyum sendiri. Entah apa yang membuat Harris jadi begini! rungut Aidil lagi.
"Kau kenapa ni Dil?," tiba-tiba Harris bertanya apabila menyedari temannya itu memandangnya dengan hairan.
"Kau tu la, pelik aku tengok hari ni," beritahu Aidil
"Ha! Lain kali kalau nak masuk tu ketuk dulu ke, beri salam ke, ini tidak menonong je masuk," balas Harris sambil tersenyum.
"Tadi kau kata aku pelik?, pelik macam mana?," Tanya Harris sambil tersenyum seolah-olah sengaja bermain dengan teka teki.
"Tak ada, aku tengok kau semacam aje hari ni, tak pernah kau senyum sampai ke telinga," terang Aidil sambil mengerutkan dahinya.
Nak katakan dia dan berbaik dengan Izzah, mustahil kerana Izzah masih di Port Diskson, bisik hati kecil Aidil.
"Kau nak tahu kenapa aku pelik ari ni?, kerana hari ini, hari yang paling gembira bagi aku, kau nak tahu kenapa?." Soal Harris lagi sengaja membuatkan Aidil geram.
"Ehh.. mestilah nak, kenapa?." Aidil tertanya-tanya
"Kau ingat lagi tak puteri,"
"Ye aku ingat tapi kenapa?," soal Aidil lagi
"Kau tahu Isteri aku sekarang ni adalah puteri, aku terjumpa diari dia, aku nak minta maaf pada isteri aku, aku nak ceritakan segala-galanya pada dia,". Ujar Harris
Aidid kebingungan…..
"Jom kita pergi breakfast." Ajak Harris, Aidil seperti kerbau ditarik hidungnya masih kebinggungan.


Bab 10

"Berikan saya bunga ros putih tu," ujar Harris kepada penjual bunga.
"Mau bagi sapa encik", tanya penjual bunga itu sambil tersenyum. "saya mau hadiahkan isteri saya la nyonya" jawab Harris dengan gembira. Harris masih ingat semasa dia mula-mula kenal dengan Puteri, bila ditanya bunga apa yang disukainya, puteri mengatakan dia suka sangat bunga ros putih, katanya warna putih melambangkan kesucian, kemurniaan, ketulusan. Harris ingin mengejutkan Izzah dengan ros putih tersebut, biar Izzah tertanya-tanya dari mana Harris tahu bahawa dia sukakan bunga ros putih.
Senyuman tak lekang dari bibir Harris.
Sesekali Harris menjeling jam ditangannya, mengapa belum sampai lagi ni, ishkk kenapa hati aku berdebar-debar ni." Bisik hati Harris. Tiba-tiba handset Harris berbunyi…
"Hello, ni Encik Harris ke? Suami kepada Puan Nurul Izzah?. "ya saya suami Puan Nurul Izzah, ada apa encik." Jawab Harris.
"Encik, dikehendaki datang ke Hospital Ampang Puteri, van yang dinaiki oleh Isteri encik telah mengalami kemalangan." Apa kemalangan, ya..ya saya akan segera ke sana." Jawab Harris
Harris memecut keretanya menghala ke Hospital Ampang Puteri dengan hati yang tidak keruan " Ya Allah, Ya Tuhanku selamatkan isteriku, jangan apa-apakan dia, aku banyak bersalah pada dia, berilah aku peluang untuk menebus kesalahan aku padanya", bisik hati kecil Harris.
Di hospital Ampang Puteri………

"Assalamualikum, boleh saya tahu di mana pesakit bernama Nurul Izzah Rahman", Tanya Harris kepada jururawat yang bertugas dikaunter.
"Walaikumsalam, sebentar encik, pesakit tersebut masih dalam wad kecemasan, encik belok ke kanan," Ucap Jururawat tersebut dengan ramah.
Harris pantas berlari ke wad kecemasan, di situ dia terlihat sekujur tubuh yang sedang berbaring lemah, ya tubuh isterinya Izzah. Dengan perlahan Harris menghampiri Izzah, mata Izzah tertutup rapat seolah-olah sedang tidur. Kelihatan wajah Izzah pucat terdapat luka-luka yang masih berdarah, baju putih dan tudung yang dipakainya bertompok-tompok darah, bertapa seksanya Izzah keluh Harris. Harris hampir-hampir menitiskan air mata.
"Izzah…. sayang, abang datang ni," ucap Harris sambil mengengam erat tangan Izzah
Izzah membuka matanya perlahan-lahan dan tersenyum.
"Aaaaabang…….. terima kasih kerana datang, abangg…..maafkan Izzah kerana menyusahkan hidup abang, Izzah tahu abang kahwin dengan Izzah kerana desakan orang tua abang, Izzah tak salahkan abang, abang sebenarnya seorang suami yang baik, mungkin keadaan memaksa abang, walau apapun Izzah tetap bersyukur dan berterima kasih kepada abang, kerana sudi mengambil Izzah sebagai isteri abang, Izzah sayang dan cintakan abang, Izzah rasa bertuah dan tidak akan terkilan jika Izzah pergi dulu, kerana Izzah pergi sebagai isteri abang." Ucap Izzah perlahan dan tersekat-sekat.
"Halalkan makan dan minum Izzah ya bang……, ampunkan segala kesalahan yang Izzah telah buat, Izzah minta maaf kerana Izzah tidak dapat menjadi isteri yang baik pada abang," ucap Izzah lemah.
"Izzah …..jangan cakap macam itu sayang… abang yang bersalah, kita boleh bina hidup baru. Izzah tidak boleh tinggalkan abang. Abang dah tahu orang yang abang rindu dan abang cintai selama ini adalah isteri abang sendiri, maafkan abang," pinta Harris tersedu-sedu sambil mendakap tubuh Izzah.
"Izzah dah lama maafkan abang, Aaaaabang ….. Izinkan Izzah tidur dipangkuan abang, Izzah teringin sangat tidur di pangkuan abang, mungkin ini permintaan Izzah yang terakhir." Pinta Izzah.
Harris mengangguk dan memangku kepala Izzah di ribaannya. "Izzah rasa mengantuk sangat, abang…. Izinkan Izzah tidur ya bang?," pinta Izzah sayu.
"Izzah mengucap sayang…… Lailahaillalah Muhamadarasullulah," Mulut Izzah bergerak-gerak mengucap kalimah sahadat dan tangan yang mengengam erat tangan Harris perlahan-lahan terkulai.
"Izzah…. Izzah… jangan tinggalkan abang sayangggg… abang tak sanggup kehilangan kau." raung Harris sambil memeluk erat tubuh Izzah yang terkulai.


Bab 11
Betapa berkabutnya alam, mendung dirasanya bertali di mana-mana. Ditenungnya daun-daun kayu yang sedang berbuai ditiup angin. Kemudian pandanganya dialihkan ke dada langit, mencari sinar gemilang yang sesungguhnya telah ranap diraih takdir. Terasa bening dan rindu jiwanya bagai tidak bernadi, bagaikan sudah mati. Dia sudah kehilangan segala warna dan lakaran hidup. Tiada apa lagi yang tinggal buat bekalan peniup semangat untuk meniti hari-hari mendatang. Semuanya telah hilang di bawa masa, betapa tidak adilnya dunia. Begitu fikirnya.
Seminggu setelah pemergian Izzah…..
"Sudahlah tu Harris, tak usahlah kau kenangkan perkara yang telah berlalu, biarlah dia pergi dengan tenang dan aman, kita yang masih tinggal ni mesti teruskan hidup." Pujuk Dato’ Samsuddin.
"Saya bersalah pada Izzah ayah, saya abaikan tanggungjawab saya, tapi bila saya menyedarinya ia sudah terlambat." Keluh Harris.
"Bersabarlah…. Ini semua telah tertulis, hidup ini tidak seindah apa yang kita impikan". balas Dato’ Samsuddin menepuk bahu Harris dan terus berlalu meninggalkan Harris sendirian.
Di radio Era berkumandang lagu Puteri nyanyian Zainal Abidin,
Harum semerbak kasturi indah mewangi
Cantik rupa parasnya puteri di sinar maya
Cinta bukannya semata yang ku perlu zahirmu
Hey... yeah... yeah...
Puteri... ohh...

Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini tak dapat aku sembunyi
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi oh...

Puteri... malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Kembalilah... ku kehilangan tawa mesramu itu
Ohh puteri... malam ku dingin aku kehilanganmu
Kembalilah... mengertilah oh kekasihku
Ohh... puteri ku

Dengarkanlah rayuan (hati)
Tak sanggup aku kehilanganmu
Di dalam jaga aku keliru
Ohh... mengertilah

Kembalilah
Malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Puteriku...
Ku kehilangan tawa mesramu itu
Kembalilah...
Malam ku dingin aku kehilanganmu
Kekasihku... mengertilah oh kekasihku... ohh...

Kekasihku... kembalilah...

Lagu tersebut membuatkan hati Harris pilu bagai disiat-siat teringatkan Izzah iaitu Puteri, dia terkilan kerana tidak sempat memberitahu Izzah perkara yang sebenar.


Sekian
Nukilan………… Nurlisa

No comments:

Post a Comment