Showing posts with label Pesanan Dari Admin. Show all posts
Showing posts with label Pesanan Dari Admin. Show all posts

28 June 2014

FAKTA RINGKAS TENTANG PUASA

Assalamualaikum semua..macam mana dengan hari pertama puasa korang? OK ke K.O?? Hahahaha...Tak sangka pula pejam celik pejam celik kita dah sambut bulan puasa kan. Hope korang semua dapat berpuasa dengan sempurna yer..Sempena bulan puasa ni aku nak share kat korang pasal fakta ringkas tentang puasa.

PENSYARIATAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan ramadhan semenjak  bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 surah al-baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”. Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: “Bulan ramadhan yang diturunkan al quran …” Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkâm (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat.

PUASA DI BULAN RAMADHAN ADALAH SALAH SATU RUKUN ISLAM

Sabda rasulullah s.a.w.: Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah  dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu. (Riwayat Bukhari & Muslim)
MAKSUD PUASA RAMADHAN
Puasa  dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau  صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضانberasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat. Ini kerana letaknya bulan ramadhan  pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan ramadhan ialah ; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Bersahur Itu Berkat

Dari Amr bin ‘Ash r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahwa Aku masuk menemui Nabi s.a.w. , ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda, yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur” .

Adab-adab Berbuka Puasa

1. Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.                  (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakiem)
2. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih.    (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)
3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar: Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo’a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. (Riwayat Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)
4. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).              
(Riwayat Bukhary dan Muslim)

Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Ramadhan

1. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-qur’an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (H.R.: Al-Bukhary)
2. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda: Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. (H.R.: Jama’ah)
3. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isterinya ( agar beribadah ) dengan mengetatkan ikatan sarungnya (tidak mengauli isterinya). (H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
4. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata: Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R.: Muslim)
5. Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah saw di bulan Ramadhan? maka ia menjawab: Rasulullah saw tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka’at baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya, caranya: Beliau shalat empat raka’at jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka’at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka’at. (H.R.: Al-Bukhary,Muslim dan lainnya)
6. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka’at yang ringan, kemudian shalat delapan raka’at, kemudian shalat witir. (H.R.: Muslim)
7. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah saw menjawab: Shalat malam itu dua raka’at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka’at. (H.R.: Jama’ah)
8. Dari Ubay bin Ka’ab t. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal A’la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah)
9. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah saw. bersabda: Saya pun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia (lailatul qadar) pada malam-malam ganjil. (H.R.: Muslim)
10. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda: Bacalah (ertinya) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. 
(H.R.: At-Tirmidzi dan Ahmad)

Antara Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan


  • Diturunkan kitab al quran, injil, taurat dan zabur
  • Berlaku peperangan Badar al Kubra
  • Pembukaan Kota Mekah
  • Perjalanan Nabi Muhamamad dan Muslimin ke Tabuk Melawan Rom
  • Islam sampai ke Yaman
  • Khalid Al Walid meruntuhkan berhala al Uzza
  • Penyerahan diri (masuk Islam) penduduk Taif kepada rasulullah
  • Pembukan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq bin Ziyad
  • Tentera Islam pimpinan Sultan Qutuz mengalahkan tentera Mongol di Ain Jalut
  • Tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya  mengalahkan tentera Rusia dalam peperangan Yakhliz
  • Tertawannya sempadan Bar Lev, di Israel dalam peperangan Yom Kippur (peperangan Arab-Israel, Perang Oktober, Perang Ramadhan 1973)


Adab Menyambut Hari Raya

1. Isilah hari-hari terakhir Ramadan dengan memperbanyak ibadah salat sunat, zikir, permohonan ampun, membaca Alquran dan sejumlah kebajikan lainnya;
2. Jangan berperilaku konsumtif dengan berbelanja hal-hal yang kurang / tidak diperlukan;
Sejauh mungkin hindarkan diri dari berhutang atau kredit barang-barang yang tidak menjadi prioritas dalam berlebaran, agar nantinya tidak direpotkan dengan membayar hutang / angsuran;
3. Jangan membazir / boros dalam memenuhi keperluan hidup sehari-hari atau dalam menyambut lebaran. Allah swt, berfirman dalam Alquran, mengingatkan bahwa orang mubazir itu adalah teman setan (QS 17:27-28);
4. Sempatkan diri untuk berziarah kubur, guna mengingatkan diri bahwa pada akhirnya semua manusia akan mengalami kematian, disamping tentunya mendoakan bagi yang diziarahi serta kaum muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia umumnya;
5. Hidupkan malam Hari Raya dengan melakukan amal-amal ibadah seperti mendirikan sembahyang fardu secara berjamaah, melakukan salat sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadirat Ilahi dan melakukan bentuk-bentuk kebajikan lainnya.
6. Jangan lupa membayar zakat fitrah. Jika telah memenuhi persyaratan yang ditentukan dalam hal zakat, jangan lupa untuk membayar zakat harta.

(hasil sumbangan Ustaz Norman )

03 March 2014

Kita Hidup Pada Zaman Yang Lebih Mencabar

Assalamualaikum semua..Sihat tak korang? Harap korang semua sihat selalu okay......Dah lama aku tak update blog aku ni kan...Mesti korang rindukan aku. Bulan lepas aku agak buzy skit. Projek Celcom LTE banyak yang datang..Out station kat rembau dan JB lah....and then kene pindah rumah so thats why aku tak berkesempatan update blog ni.
Aku nak tanya korang lah...Korang puas tak dengan apa yang korang miliki sekarang ni? Kalau korang tanya aku lah..aku tak puas dengan apa yang aku miliki sekarang ni. Hopefully Allah sentiasa murahkan rezeki aku dan panjangkan umur aku supaya aku berkemampuan mencari rezeki. Banyak cita2 aku yang tak tercapai lagi ni.
Sekarang ni susah betol nak dapat kerja yang betol2 kene dengan jiwa kita. Hopefully one day aku akan memiliki perniagaan sendiri. Bolehlah bantu keluarga aku....
Okaylah ni jew luahan aku. Atcully aku tengah pisang ni..hahahahah.....Sekejap ke dah bulan 3...Tak sabar menanti bulan ramadan......heheheheh.....

04 January 2014

Posting Pertama Di Tahun 2014

Assalamualaikum semua...Korang apa citer. SELAMAT TAHUN BARU yer...Sorry late wish..maklumlah banyak komitmen lain di akhir tahun ni. Anywah di tahun yang baru semoga dapat membina perniagaan yang baru selain BISNES TOPUP dan BISNES SUPPLIER GADGJET. Untuk kerjaya semoga boss bermurah hati memberikan kenaikkan gaji setimpal dengan kenaikan harga utiliti yang di umumkan kerajaan tahun lalu.    Tahun 2014 adalah tahun yang amat mencabar kerana kita telah di cabar dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu di peringkat global. Jadi sebagai seorang pengguna yang bijak anda di sarankan untuk menceburi BISNES BERSANDARKAN ONLINE sebagai side income anda untuk menampung perbelanjaan kehidupan anda. Saya menjangkakan perniagaan berasakan online akan meningkat berbanding tahun lepas kerana mempunyai pasaran yang amat luas di samping boleh mendapatkan harga yang murah berbanding dengan hargi di kedai bersifat fizikal.
Tahun 2014 telah di mulakan dengan kekalahan mengejut MANCESTER UNITED VS TOTENHAM di mana juara bertahan ini memulakan perlawanan yang amat memboringkan musim ini. Di samping itu di negara kita telah memulakan hari pertama persekolahan dengan kes pelajar sekolah tersepit kepala di kerusi. Sampai sekarang admin masih terpikir macam mana pelajar itu boleh terpikir nak buat kerja tu. Admin masa sekolah pon agak hyperactive tetapi tak da lah sampai nak buat perkara tu. Untuk tahun ni admin berharap mengumpul aset sebanyak mungkin dengan PELABURAN INSURANS merupakan aset admin yang pertama untuk tahun ini. Mesti korang tak paham kenapa admin menyatakan INSURANS adalah aset admin? Siapa yang memahami pasal dunia INSURANS dia akan memahaminya.
Selain itu admin ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan perniagaan ONLINE. Dimana admin ingin menjual POWER BANK DAN SMARTPHONE di alam maya. Untuk langkah pertama admin ingin mencari partnership di area MELAKA dan JOHOR sebagai langkah permulaan. 
Selain itu admin menjangkakan permintaan menjadi AGEN TOPUP kakn terus meningkat pada tahun ini akibat dari kesedaran mereka tentang penjimatan yang akan mereka dapat bila sertai BISNESS TOPUP ini.
Akhir kata Admin ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang menyokong / support blog ini. Semoga hubungan kita berkekalan dan admin ingin memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini jikalau ada yang admin post dalam blog ini menyinggung perasaan korang semua.

08 December 2013

KEPENTINGAN INSURANS DALAM KEHIDUPAN KITA

Assalamualaikum hari ni aku nak post pasal kepentingan INSURANS dalam kehidupan kita. Di Malaysia terdapat banyak pilihan insurans yang kita boleh pilih. Sebelum ni aku ada ambik ETIQA insurans semasa study kat UniKL BMI dulu. Tetapi selepas aku habis study Etiqa Insurans aku dah invalid. Yang paling aku bengang sekali kat UniKL BMI sebab tak update kat aku yang Kad Etiqa aku ada kat sana. Dah setahun berlalu tak kan lah aku nak ambik kad aku pula kan....

Selepas aku survey kat website dan minta pandangan kawan- kawan aku...aku berminat untuk ambik insurans kat PRU BSN TAKAFUL. Semasa aku tengah buat post ni..aku dah anta 6 email kat wakil agen PRU BSN tu. Aku malas nak bagi no telephone.. Nanti setiap hari call aku...

Pesanan dari admin : Sementara anda masih sihat ni anda ambik lah insurans. Kegunaan insurans ni bukan di gunakan semasa kita sakit tetapi juga ianya berguna semasa hari tua kita kerana insurans ni juga berfungsi sebagai simpanan hari tua kita..

So kalau korang berminat nak join insurans ni cari lah agen-agen insurans berdekatan. Aku berminat juga nak jadi part time jual insurans ni..Tetapi macam leceh jer..kene ambil exam pula tu....

01 December 2013

PERCAYA TAK KORANG 8SHARED ADALAH CARA MUDAH MENDAPATKAN WANG??

Okay lah hari ni Admin nak share kat korang salah satu cara untuk korang menjana wang secara percuma . Korang mesti tak percaya kan di zaman ini pon masih ada cara mudah menjana wang secara percuma ke?? Kalau korang berminat korang boleh baca tentang 8Shared ini. Sekali lagi admin nak bagitau ini adalah percuma. 
8Shared adalah satu program di mana anda dibayar apabila berkongsi sesuatu yg dipanggil "Specials" di dalam online platform seperti Facebook dan Twitter. Setiap org yg klik pada link 8Share anda akan menjana unique visitor dan anda akan dibayar RM0.20 utk setiap org. Setelah cukup RM50, barulah anda boleh 'cash-out' dan wang tersebut akan dikreditkan ke akaun bank anda secara terus.

DAPATKAN RM1 DALAM AKAUN 8Shared SELEPAS PENDAFTARAN – SIGN UP

Apa itu 8Shared?? “Get Rewarded for Sharing”.

8Shared ini ialah salah satu kerja sambilan yang korang boleh buat dengan hanya mengiklankan kempen2 8Shared  di wall Facebook ataupun Twitter. Kalau ada blog boleh share juga di blog. Mana-mana pilihan yang mudah bagi anda. anda boleh memilih iklan mana yang anda rasa sesuai untuk dikongsi bersama teman-teman anda daripada pilihan tawaran kempen-kempen yang ada.

Macam mana nak dapat duit dengan 8Shared?

Senang je. Mula-mula kena daftar dulu dengan 8Shared.

1. Kemudian pilih mana-mana kempen dalam list 8Shared di special.
2. Klik kat kempen tu.
3. 8Sharedakan beri satu link untuk dipromosikan.
4. Copy link dan paste link tersebut @ promosi di wall facebook atau tweet di twitter atau boleh juga klik je button share dan tweet yang dah ada kat website 8Shared. boleh juga share di group-group yang anda biasa join.

Kalau sesiapa klik iklan tersebut, anda akan dapat RM0.20. Kira oklah selama ini pun kita memang suka sangat share macam2 video lagu, artikel, gambar kat facebook kan? Kira berbaloi jugak sambil on facebook boleh dapat income bila kawan-kawan nak klik tengok.

Minimum cash out ialah RM50 dan maksimum pula ialah RM500!Sudah ramai terbukti dengan perniagaan ini, saya telah buat dlam satu hari leh RM30.00 dan Cash Out dalam RM500.00!Jika saya boleh anda pon boleh…

Bagaimana nak daftar 8Shared?

1. klik link ni -->   DARTAR 8SHARED:. Anda akan dapat RM1 dalam akaun anda

2. Klik “sign up” untuk sign up dan follow je step yang diberikan dengan mengisi borang yang tersedia. lepas tu buka email untuk pengesahan akaun.

3. Dah siap dan anda boleh mula langkah pertama share “SPECIALS” @ kempen iklan sama ada di facebook, twitter, forum, atau di blog.Cuma share dan copy link iklan.

Setiap per klik anda akan dapat RM0.20-0.40. Kalau rajin promote dan pandai teknik lagi mantap korang punya earning 8Shared. Setakat RM10 tue pejam mata pun boleh dapat.

Sambil online facebook dan twitter boleh la juga share Iklan dari 8Shared. Dapat juga income boleh buat bayar bil broadband anda.




Ada beberapa tips yang boleh saya kongsi untuk korang, bolehlah bagi tips sikit, 
sebab saya ni bukan power sangat nak bagi tips segala.

Korang mestilah memiliki facebook/twitter/other dengan follower yang ramai, yalah kalau tidak ada facebook, how nak spread iklan kan? Kalau twitter ni kureng sikitlah pasal nak spread iklan, entah kenapa,myb sambutan tidak sehangat facebook kot, itu pendapat saya saja lah, nak promote iklan d twitter pun x ada masalah.

Gunakan kata kunci atau ayat manis yang boleh menarik perhatian dan mempengaruhi mereka untuk klik iklan tersebut. Dan paling penting pastikan tiada penipuan dan mengikut syarat2 share 8 Shared, tak baik tau!!! suruh orang klick iklan yang tidak seperti apa yang dipaparkan oleh iklan.

16 November 2013

10 RAHSIA MEMULAKAN AKAUN SIMPANAN TELAH DI DEDAH!!!

Hampir semua orang bersetuju bahawa mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka. Tetapi ramai yang gagal untuk melakukannya. Mereka fikir bahawa kadar penyaraan hidup adalah terlalu tinggi, banyak bil yang perlu dijelaskan, terlalu banyak barangan yang perlu dibeli. Memang ada kebenarannya. Tetapi pada hakikatnya, walau siapa pun anda atau sebanyak mana sekali pun pendapatan, anda masih boleh menabung. Kemudian barulah anda boleh memutuskan sebanyak mana anda boleh ketepikan daripada pendapatan anda.

Ramai yang mempercayai bahawa sekiranya mereka tidak dapat menyimpan dengan banyak, maka mereka tidak perlu menyimpan. Mereka terlepas pandang fakta bahawa sekecil mana sekalipun jumlah yang disimpan dengan tetap, akan bertambah dalam jangka masa yang panjang. Seandainya anda menyimpan hanya lima peratus daripada pendapatan anda, maka jumlah yang tersimpan adalah sama dengan jumlah gaji penuh setahun dalam masa kurang daripada 20 tahun (malah beberapa tahun lebih kurang jika diambil kira jumlah faedah yang terkumpul dalam akaun simpanan anda). Ia kelihatan seperti suatu masa yang panjang, tetapi harus diingat bahawa kita memperkatakan tentang pendapatan penuh setahun! Oleh itu berapakah pula masa yang dikurangkan sekiranya anda menabung RM1,000 atau RM500?

Sebagai perbandingan, apakah yang anda boleh tunjukkan bagi wang yang anda tidak simpan itu? Cuba renungkan pada beberapa tahun kebelakangan dan tanya diri anda sendiri, apakah kerugian yang anda alami sewaktu menyimpan lima atau sepuluh peratus daripada pendapatan anda itu. Adakah ia terlalu ketara atau adakah ia menguntungkan? Adakah ia mendatangkan kepuasan sepertimana yang anda rasai sewaktu mengetahui jumlah wang yang terkumpul sehingga kini? Sudah tentu tidak.

Untuk menghilangkan tabiat berbelanja boros memerlukan kekuatan diri. Tetapi apabila jumlah simpanan anda bertambah, sedikit demi sedikit, ia akan menjadi lebih mudah. Malah, ia akhirnya menjadi suatu kenikmatan. Dan, sementara jumlah simpanan anda kian bertambah, anda juga akan menerima kadar kaedah yang membantu menambahkan jumlah simpanan anda dengan lebih cepat.

Bukankah benar bahawa segala apa yang anda benar-benar mahukan boleh diperolehi daripada simpanan anda? Luangkan masa seketika dan senaraikan dalam fikiran anda barangan atau perkara-perkara yang bernilai dan sesuai untuk disimpan. Adakah masuk akal sekiranya anda impikan untuk mendapat ganjaran dari mana-mana, atau mewarisi harta, ataupun daripada sumber-sumber kekayaan sekelip mata? Sudah tentu tidak. Anda tahu apa yang anda harus lakukan – mulakan menabung.

FORMULA UNTUK MENYIMPAN WANG

Formulanya adalah daripada lima patah perkataan – “BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU”. Sebelum anda membayar sewa kepada tuanpunya rumah atau peruncit atau sesiapa sahaja, pastikan anda BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU.

Teorinya cukup mudah. Jika anda cuba menyimpan daripada baki yang tinggal selepas membayar semua bil dan keperluan lain, anda tidak akan dapat menyimpan untuk diri anda. Jika sebaliknya, anda membayar diri anda terlebih dahulu, anda akan menjadi sedikit kaya setiap bulan, dan anda masih boleh menjelaskan pembayaran bagi segala keperluan yang mustahak daripada baki pendapatan anda (walaupun anda perlu lebih teliti mentadbirkan kewangan anda).

Jika anda tidak percaya ianya boleh dilakukan, pertimbangkanlah perkara berikut. Andaikan bahawa pihak kerajaan menaikkan cukai pendapatan bagi semua orang sehingga sepuluh peratus. Tiada siapa pun menyukainya, tetapi semua orang akan mendapati pendapatan mereka dikurangkan mengikut kadar potongan cukai yang baru itu. Selepas beberapa waktu penyesuaian, anda boleh menyelaraskan perbelanjaan anda mengikut jumlah pendapatan anda yang sedikit berkurangan itu. Anda terpaksa melakukannya kerana kemampuan anda sudah berkurangan.

Begitu juga dengan membayar diri anda terlebih dahulu. Formulanya sama. Jika anda mengetepikan sejumlah wang untuk akaun simpanan sebelum sesen pun dibelanjakan, bermakna anda membuat ‘pemotongan pendapatan’ anda sendiri. Akhirnya anda akan menyesuaikan penyaraan diri anda mengikut jumlah yang boleh dibelanjakan. Cubalah dengan sepuluh peratus daripada pendapatan anda – atau dengan hanya lima peratus. Anda akan terperanjat apabila mengethui bahawa menyimpan wang tidak akan menurunkan taraf hidup anda. Malah secara keseluruhan, ia akan mempertingkatkan kehidupan. Anda tidak akan jatuh miskin dengan menyimpan wang.

CARA-CARA UNTUK MEMULAKAN AKAUN SIMPANAN

Di sini ada beberapa idea yang boleh membantu anda menabung. Cara-cara ini telah berkesan untuk semua orang. Jangan cuba kesemuanya.

1. Daripada pertukaran wang anda seharian, simpanlah syiling-syiling pada kadar tertentu, seperti syiling sepuluh sen, syiling dua puluh sen, atau syiling lima puluh sen. Letakkan syiling-syiling tersebut ke dalam tabung. Anda tidak rasa kehilangannya, malah anda akan terperanjat apabila melihat begitu cepatnya ia bertambah.

2. Daripada hanya menyimpan syiling-syiling mengikut kadar tertentu, lebih baik anda menyimpan semua syiling pertukaran wang anda setiap hari.

3. Selepas anda membayar ansuran terakhir kereta anda ataupun pinjaman-pinjaman yang lain, tambahkan jumlah yang sama ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan yang mendatang. Anda sudah pun mempunyai tabiat mengetepikan jumlah tersebut setiap bulan, oleh itu teruskanlah dengan membuat pembayaran pada diri anda sendiri.

4. Jika anda mendapat pulangan cukai pendapatan, masukkanlah ia ke dalam akaun simpanan.

5. Jika anda menerima bonus, gunakanlah ia untuk membuka akaun simpanan atau untuk membesarkan jumlah akaun yang sedia ada.

6. Simpanlah wang pendapatan kerja lebih masa anda daripada membelanjakannya.

7. Jika anda dinaikkan gaji, simpanlah ia. Sebelum ini pun anda sudah biasa tanpa wang tambahan tersebut.
8. Simpanlah ke dalam akaun simpanan anda segala wang yang diterima sempena hari jadi, sewaktu menyambut hari perayaan atau sambutan-sambutan tertentu.

9. Pastikan wang anda bekerja untuk anda. Carumkanlah wang-wang yang berlebihan secepat mungkin ke akaun simpanan.

10. Amalkan program jangka-pendek ‘hidup sederhana’ dimana ketika itu anda menyimpan sebanyak mungkin. Jangan membeli sekiranya tidak perlu. Elak daripada pergi menonton, makan luar, atau perbelanjaan untuk segala bentuk hiburan.

ANDA TIDAK AKAN RUGI WALAU APA CARA SEKALI PUN

Menabung bukan sahaja membuat anda lebih kaya, malah anda juga akan mendapat ketenangan jiwa kerana kewangan anda kukuh. Anda akan lebih menghormati diri sendiri. Anda akan dapati bahawa corak kehidupan anda akan menjadi lebih teratur. Dan pastinya anda sedang menuju ke arah kejayaan kewangan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEJAYAAN KEWANGAN?

Kejayaan kewangan adalah mudah. Ia adalah keupayaan untuk mengumpul wang dan menerima pulangan daripada apa yang anda simpan. Apa yang anda belanjakan atau berapa banyak pendapatan anda bukannya penentu bagi kejayaan kewangan anda. Yang menentukannya ialah berapa banyak anda menyimpan!

BAGAIMANAKAH ANDA MENCAPAI KEJAYAAN KEWANGAN?

Pertamanya, ambillah suatu inventori untuk mengenalpasti kedudukan kewangan anda. Berapakah pendapatan anda? Ke mana perginya wang anda? Berapa banyak hutang anda? Berapa banyak simpanan anda? Dengan cara ini sahaja anda boleh mengenalpasti kedudukan kewangan anda yang sebenar.

Kedua, buat satu matlamat. Tentukan jumlah wang yang anda mahu dan bila anda mahu mencapai matlamat tersebut. Misalnya, katakanlah anda mahu memilik RM5,000 disimpan dalam masa lima tahun. Tulis matlamat anda ini. Kini anda telah mempunyai objektif yang tertentu.

Selepas anda mencipta matlamat itu, gunakan sebarang cara dalam penguasaan anda untuk mencapainya. Sambil anda beusaha ke arah matlamat itu, anda akan menerima perasaan keseronokan dan kepuasan di atas kerja yang anda lakukan. Anda akan mentadbir segala hal ehwal anda sendiri. Anda telah memiliki perasaan kebebasan yang tiada sesiapa pun boleh mengambilnya dari anda.

Kebanyakan orang berkata bahawa mereka mendapati sukar untuk menyimpan wang kerana terlalu banyak tempat di mana mereka terpaksa membelanjakannya. Jika mereka mahu, orang-orang seperti ini juga boleh menyimpan. Apa yang lebih penting ialah keinginan membara untuk beroleh kejayaan dengan kewangan anda. Anda perlu memutuskan untuk menyimpan lebih daripada membelanjakan.

UNTUK MENYIMPAN DENGAN LEBIH BAIK, ANDA JUGA PERLU BERBELANJA DENGAN BAIK

Orang yang telah mempelajari rahsia menabung selalunya juga mempelajari cara berbelanja dengan lebih baik. Mereka berusaha dengan pelan pentadbiran kewangan yang tetap, yang boleh mengawal segala perbelanjaan, yang juga membuat setiap ringgit bermatlamat. Jika idea-idea ini tidak boleh anda turuti – jika, selepas membayar diri anda terlebih dahulu, anda masih mempunyai hutang dan terpaksa pula meminjam sebanyak mana yang anda telah simpan – maka anda harus pergi kepada pelan dasar kewangan. Anda akan dapati bahawa anda mempunyai terlalu banyak pembocoran dalam belanjawan anda yang boleh ditampal supaya anda tidak lagi sekerap mungkin memerlukan wang simpanan anda.

IA BOLEH DILAKUKAN!

Orang lain telah melakukannya. Anda juga boleh berbuat demikian! Jika anda benar-benar berhasrat untuk berjaya dalam menabung, anda akan melakukannya.

11 Tips Mudah untuk Bakal Graduan Yang Nak Mula Kerja

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, time pegi sekolah, selalu cikgu cakap, kalau sapa belajar rajin, nanti besar boleh masuk Universiti. Mak bapak kita pun selalu ulang benda yang sama untuk beri perangsang supaya kita tekun belajar. Ya lah, mak bapak aku tak sekolah tinggi, so harapan mereka hanya pada anak-anak untuk lebih berjaya di masa depan. Pada firasat mereka, orang yang masuk Universiti akan dapat kerja hebat, dapat gaji besar,  kereta besar, perot besar?dan akan berjaya dalam hidup.

Masa cepat berlalu, dah hampir 2 tahun aku grad dari first diploma di UNIKL BMI dulu. Kalau tanam pokok durian, dah berbuah 3-4 kali dah. Seingat aku, waktu ambik diploma dulu, walaupun major aku bukan Accounting & Finance, ada satu subjek Keusahawana kitorang kena ambik.Tu yang bagus study kat UniKL ni sebab diorang terapkan pendidikan Keusahawanan untuk persediaan para graduan untuk menempuh ke alam barzakh? ops salah taip pula..untuk menempuh ke arah keusahawanan di kalangan bumiputra. Kalau tak silap aku subjek ni  2 jam kredit dan ada 3 sem juga aku ambik sem ni.... Lecturer dia perempuan (asal perempuan je mesti ingat hehe..). aku pon tak ingat name lecturer tu, aku dah lupa. Apa pun aku nak ucap terima kasih sebab ilmu yang dishare. So sekarang time aku pulak nak share something untuk bakal graduan.

Dalam kelas usahawan tu, aku tak perasan ada ke tak lecturer cover pasal perancangan kewangan atau bajet untuk bakal graduan. Rangkuman secara umum apa itu ekonomi, pendapatan per kapita, teras industri dan lain-lain ada la diajar dan dibincangkan. Tapi secara spesifik, sebagai bakal graduan, tak kira apa jurusan yang diambik sekalipun, tak dihighlight topik pelaburan dan perancangan kewangan yang boleh mereka mulakan sebaik grad.

So, aku terpanggil nak bagi few tips mudah kalau korang yang dah nak grad tu nak ambik tau. Bagi yang dah tau, sebar-sebarkan dekat kawan-kawan yang masih tak tau (sharing is caring)..

Pertama, cari kerja yang bersesuaian, biarpun tak sama dengan kelulusan (ye lah, ada yang cakap kerja susah sekarang).
kerja pertama ni penting untuk set landasan kerjaya kita pada masa depan. Tak semestinya, kerja tu kena gaji besar, atau duduk office besar. Yang penting, kita dapat praktik ilmu yang kita timba masa dekat Universiti dulu. Jangan terkejut, jika semua yang kita belajar dulu takde satu sen pun digunapakai. Itu secara lahiriah aje, tapi secara rohaninya, korang yang grad Uni ni telah diasuh untuk berdikari, cepat belajar dan boleh work under pressure (ini kes suka buat kerja/assignment/study last minute kan?). Percayalah sekarang aku bekerja di bidang yg berlainan even aku study dulu ambik elektrikal tapi sekarang aku kerja bahagian maintenance untuk syarikat telco. Walaupon bidang kerja berlainan tapi aku bersyukur dengan keje aku sekarang. One step to be boss...hahahaahah....


Kedua, sebaik saja dapat kerja yang bersesuaian (jangan memilih kalau dah susah dapat kerja ok), setkan bajet peribadi.
Apa yang perlu ada dalam bajet peribadi? antara lain ialah, wang saku untuk belanja harian, bayar hutang (PTPTN ke, maka bapak ke, bank ke..) dan sedikit simpanan. Bila dapat saja duit gaji, jangan jadi mereng (hilang ingatan) nak pegi order kereta lah, nak pegi melancong lah, nak beli kapal selam lah dan macam-macam benda tak penting lagi. Check dulu bajet peribadi yang korang buat tadi tu, dan belanja ikut perancangan yang dibuat. Monitor dan perbaiki mana-mana yang tak betul. Macam aku sekarang ni dapat je gaji dah kene set kan RM 200 untuk bayar pinjaman MARA. Kene bayar rm 14000 dari rm 53000 semasa study dulu...Thanz MARA sebab kurangkan bayaran MARA aku..hahahah....

Ketiga, masuk pelaburan mudah. Yang paling jimat untuk bakal graduan ialah masuk koperasi.
Bank Rakyat, Koperasi Permodalan Felda (bagi anak peneroka dan pegawai Felda), Koperasi pekerja syarikat tempat korang kerja dan lain-lain. Koperasi yang berdaya saing (ada jugak yang lingkup) biasanya akan bagi dividen yang baik (minimum dalam 5%) setahun atas modal yang kita carum. Kalau simpan bawah bantal saja, duit kita tu tak membiak. Satu lagi, kalau nak buat loan kecik-kecik, koperasi biasa bagi rate yang lebih baik dari bank. Buat masa ni aku cuma masuk pelaburan ASB dah tabung haji je. Teringin nak join pelaburan emas tapi nak kene wat homework dulu...heheheh...

Keempat, duduk dengan family (kalau tempat kerja dekat rumah) atau menyewa beramai-ramai.
Untuk kurangkan kos sara hidup, sebagai permulaan, cuba duduk dengan family yang ada bilik/katil kosong untuk korang tumpang. Bayar la sikit kat diaorang, macam tolong setel bil api/air ke, atau belanja dapur sedikit sebanyak. Biasanya mereka faham sebab dulu pun masa diaorang nak mula hidup pun menumpang jugak. Kalau takde pilihan, cuba cari rumah sewa yang setimpal dengan bajet peribadi korang, dan sewa ramai-ramai. Aku dulu, rumah sewa untuk aku balik tidur, basuh baju dan simpan barang aje. Most of the time, aku duduk office (tido office pun kerap hehe). Alhamdulillah tempat keje aku sekarang ni sediakan tempat tinggal untuk staf so kurang lah beban hidup aku di KL ni....Tapi kalau dapat duduk dengan family best juga sebab makan pon free...heheehhehe...

Kelima, naik pengangkutan awam (aku nak rekemen naik moto, tapi korang berani ambik risiko ke?).
Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja ni. Aku dulu, ada motor cabuk je masa start kerja. Masuk tahun kedua kerja baru mampu bayar down payment beli motor kapcai baru. Itu pun, puas simpan duit makan sikit-sikit sebab motor cabuk aku dah patah dua gara-gara terjun lubang balik rumah waktu malam (sekarang jalan tu dah takde, rumah-rumah elit tumbuh kiri-kanan, gilos betul dari tempat jin bertendang boleh tukar jadi cam sekarang). Raya haji hari tu aku hantar balik motor aku kat melaka sebab risiko parking kat area rumah aku ni. Lagipon kereta company ada baik aku lenjan kereta company aku jew kan....

Keenam, cari boifren atau gelpren yang memahami. Niat untuk kahwin, bukan maksiat.
Aku taulah, korang ni belum abis study lagi, gelpren/boipren dah ada. Hati-hati sikit, selagi korang tak kahwin, banyak dugaan dia (mesej berunsur dakwah). Termasuk jugak, bajet pun boleh lari disebabkan asyik nak dating atau belanja kekasih. Seeloknya, baru-baru kerja ni, toksahlah membazir sangat. Kalau perlu nak belanja makan ke apa ke, cari tempat yang jimat dan bermakna (dalam maksud ni). Lagi bagus, korang simpan duit banyak-banyak untuk belanja nikah (ini yang wajib kan). So kepada yang berkenaan harap memahami dan membantu diri ini yer....heheheheh....

Ketujuh, Beli takaful (insurans) perubatan atau nyawa (dulu orang melayu skeptik sikit bab insuran nyawa ni sebelum ada Takaful)
Masa umur korang masih muda, premium insurans jauh lebih murah compare waktu dah tua nanti. Pilih pakej dan coverage yang bersesuaian dengan premium (bayaran bulanan) yang perlu dibayar. Check jugak success story dari ejen insurans/takaful tu, kadang tu masa kempen suruh kita carum, bukan main berkobar-kobar, tapi service masa kita dalam kesusahan hampeh. Nanti, bila korang dah lama kerja dan gaji makin besar, boleh upgrade pakej sedia ada kepada yang baru (dengan sum coverage yang lebih besar dan baik). Bincang dengan ejen baik-baik dan mintak dia explain sampai paham sebelum buat komitmen. Insurans ni once dah ambik kena pejam sebelah mata. Sebab dia akan deduct gaji kita tiap-tiap bulan. Ada jugak insurans/takaful yang link dengan saving plan. So, kita akan dapat faedah saving jugak.

Kelapan, NO CREDIT CARD (kecuali bagi yang selalu kena outstation).
Credit card adalah antara penyebab utama graduan yang baru bekerja akan bangkrap atau pokai. Seboleh-bolehnya, biasakan berbelanja atau membeli dengan tunai. Maknanya, kalau ada duit, baru boleh beli, takde duit, tak boleh beli. Tapi kalau ada credit card, duit takde atau belum gaji pun dah boleh mula berbelanja. Bahaya macam ni yop. Dulu-dulu, takde credit card, boleh je hidup. Ada sikit exception sekiranya korang selalu kerja luar (outstation). Kadang tu, nak check-in hotel, credit card lebih convenient. Tapi kena waspada, guna credit card untuk tujuan itu aje, shopping ke ape ke – No No!. Make sure langsaikan semua baki sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment saje, nanti bunga dia akan berganda sampai korang tak boleh setel (macam Along jugak). Untuk kes ni aku lebih prefer korang guna debit card so korang tak perlulah risau tentang nak shoping sebab korang boleh shoping sekadar dengan jumlah nilai yg ada dalam debit card korang tu jew...sekarang ni aku guna CIMB DEBIT CARD. Bulan-bulan limit aku shoping rm 300 jew....tu pon awal bulan dah habis...kahkahkahkah.....

Kesembilan, Sedekah dan zakat.
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi. Jangan pulak korang sedekahkan duit korang tu kat aweks2 kat Pudu, Lorong Hj Taib ker...Jalan P Ramlee ke....heheheheh.....

Kesepuluh, Monitor, Revise dan Improve.
Setiap perkara yang kita buat mesti ada kelebihan dan kelemahan. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kena praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kena monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.

Kesebelas, Buat bisness yang mendatangkan side income tanpa limit.
Sebagai student inilah benda yg penting sekali sebab kita tak tau kehidupan kita akan datang macam mana kan. Kene banyak ilmu untuk memilih peluang perniagaan yagng boleh mendatangkan profit kepada kita.Jangan harapkan gaji kita kerana percayalah kita memang memerlukan pendapatan side income untuk terus mengukuhkan ekonomi kita terutama kita para lepasan graduan kerana di sini lah banyak cabaran kite untuk kita tempuh membayar pinjaman time study dulu lah...nak bagi duit kat mak ayah lah..nak dating lah.... Walaupon profit sedikit tetapi yang penting adalah profit yang kita dapat akan berterusan. Sekarang ni aku buat bisness menjual topup dan mendaftarkan agen topup. So selalu kalau sampai je kat site aku akan promote dulu yang aku menjual topup dan semestinya bisness ni memang best walaupon profit dia sikit tapi kita boleh mendapatkan lebih banyak bila kita mendaftarkan agen baru di bawah kita. Sekarang ni aku tengah wat research untuk menjual sd card dan power bank secara online. Insyallah tahun depan aku akan mula menjual produk2 ni di pasaran gelap...nanti kan kemunculannya...hahahahaha....hah aha
kalau berminat mengetahui tentang bisness ini berjalan boleh :

1. KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI TENTANG BISNESS INI
2. KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI PELAN PEMASARAN BISNESS INI
3. KLIK SINI UNTUK TESTIMONI DARI PESERTA-PESERTA YANG MENYERTAI BISNESS INI
Once korang dah buat kesepuluh tips kat atas tu, bolehlah mencuba untuk join the millionaire mindset club. Walaupun harta belum berjuta, fikiran jutawan tu kena ada, baru gerak langkah pun menjurus ke arah tu. Kita nak jadi kaya bukan sebab suka pada kekayaan semata-mata, tapi sebab kita suka proses dan cara memperolehinya. Sebab faedahnya bukan untuk diri kita dan keluarga sahaja, malah kita dapat kongsi dengan orang lain yang tidak berpeluang mendapatnya macam yang kita dapat. Bukankah ini lebih seronok bila dapat kongsi dengan orang lain jugak? (tanggungjawab menyampaikan rezeki kepada mereka yang berhak). Lagi ramai orang Muslim yang bertanggungjawab kaya, lagi makmur dunia ni, betul tak?.

So, make sure korang yang bakal tamat pengajian di kolej, Universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain sudah bersiap sedia untuk masuk ke alam pekerjaan yang penuh mencabar. Jangan main masuk aje tanpa perancangan rapi, nanti terjebak dalam perangkap nafsu, susah nak perbaiki.

21 November 2011

TAHNIAH MALAYSIA!!!! Anda memang layak menang









" PENTAS AKHIR DENGAN PENALTI,

HARAPKAN AWANG IMPORT TAK MENJADI,

SANG GARUDA TAK BOLEH TERBANG LAGI,
DI BAHAM HARIMAU SEPARUH MATI...

... GELORA BUNG KARNO MENJADI SAKSI,
HEBATNYA FAHMI PERTAHAN GAWANG SENDIRI,
BERGAYA SUNGGUH BADROL SUDAHKAN PENALTI,
BUAT H.A.R.I.M.A.U M.A.L.A.Y.A MENGAUM LAGI... "

Peteh Malaysia Peteh - Ganu
Gomo Malaysia Gomo - Klate
Enjut Malaysia Enjut - Johor
Hobin Malaysia Hobin - N9
Kejor Malaysia Kejor - Perak

Haria Malaysia Haria - Penang
Pulun Malaysia Pulun - Kedah
Encang Malaysia Encang - Sarawak
Malaysia Tatap - Sabah
Ligan Malaysia Ligan - Perlis
Gegau Malaysia Gegau - Melaka
Viva Malaysia - Selangor
City Boys Malaysia - Kuala Lumpur
Ghempuh Malaysia Ghempuh - Pahang

itulahh semangat daripada seluruh negeri di MALAYSIA :)
Tahniah MALAYSIA




Topik hangat akhbar hari ini:
1) Berita tempatan - pekerja Indonesia mogok kerana kekalahan pasukan mereka.
2) Berita dunia - Obama mengucapkan tahniah kepada Malaysia
3) Berita sukan - 5 kelab bola sepak Indonesia bertelagah berebut untuk mendapatkan Khairul Fahmi
4) Berita ekonomi - pasaran jersi bola Malaysia melonjak 30%
5) Berita hiburan - Baddrol Bakhtiar menjadi pilihan Fasha Sandha



GOODBYE INDONESIA......
WELCOME SYRIA..
Kami menantikan kedatangan kamu.......
HARIMAU MALAYA
AKAN MEMBAHAM SETIAP LAWANYA!!!!




29 July 2011

Pesanan ADMIN Sempena ketibaan Bulan RAMADHAN


Di kesempatan ni aku nak ucap kan selamat menyambut Bulan RAMADHAN kepda korang semua terutama korang2 yang sudi folow blog aku ni...and then aku nak minta maaf kat korang semua sebab dah x selalu update blog ni sebab aku sekarang praktikal..balik pon kadang2 pas isyak baru sampai umah so x sempat nak update blog...

anyway aku akan cube meluangkan masa untuk mencai topik2 yang menarik untuk tatapan korang semua...hahaahhahaah......and lastly doakan aku supaya tahun ni aku dapat puasa penuh ekh......hahaahahahahahah

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :)

30 May 2011

Salam Penghargaan dari ADMIN




Assalamualaikum.....

Alhamdulillah akhirnya blog aku dah jejak 100 orang.....bersyukur aku...

walaupon bagi diorang yang dah expert2 buat blog tu sampai folower diorang 10000 lebih orang tu...

tapi aku bersyukur ada juga yang sudi jadi folower aku...

thanz kepada

Nur Ain

dan

Ana MarchcumelLow (Call Kecik)

yang menolong aku design blog ni.....jasa anda akan sentiasa di kenang...heheheh...

Anyway aku buat blog ni just nak share somthing yang berbeza dengan korang..thats why aku kategorikan banyak jnis post kat blog ni...

yelah aku pon xtau cita rasa korang macam mana....

tapi yang aku pelik kenapa lelaki yang jadi folower blog aku x sampai 7 orang???isy....

nak kene bagi ganas kot blog aku ni bru diorang sudi jadi folower blog aku...heheheh ....

kalau korang ada apa2 kritikan yang membina boleh lah tulis kat dalam shout mix aku xpon kalau korang nak kritik aku secara personal.....korang boleh emel aku kat hazizulhafiz@ymail.com

Anyway thanz sangat2...semoga persahabatan kita akan berkekalan k......:)