21 October 2013

Tahu tak gift card itu apa?? GIFTCARD RELOADABLE



Tahu tak gift card itu apa? Gift card tu boleh dikatakan sebagai PREPAID CARD MINYAK. Nak guna kena RELOAD dan kalu dah habis kredit pegi RELOAD.
 Cara nak guna mudah je:

Step 1: Masukkan GIFT CARD > Step 2: Pilih BAHASA > Step 3: Masukkan ODOMETER kenderaan > Step 4: Masukkan JUMLAH ISIAN > Step 5: Masukkan KAD MESRA (collect point) > Step 6: Mulakan pengisian > Step 7: Ambik resit untuk semak jumlah point  terkumpul & jumlah pengisian. 

Penulis dah menggunakan gift card nie lebih kurang 2 bulan. Jadi nak kongsi-kongsikan ngan kengkawan...SHARING IS CARING. Setiap benda ada baik dan buruknya. Mana ada benda yang sempurna...

Antara kebaikan GIFT CARD:-
1. Rebet 1 sen untuk setiap liter minyak yang kita pam. Kalu harga petrol RON 95 RM 1.96 sen seliter jika menggunakan GIFT CARD kita sebenarnya hanya membayar RM 1.95 seliter. (point tu dimasukkan ke dalam GIFT CARD); dah cukup point boleh wat pembelian di Kedai Mesra;

2. Tak perlu bawak banyak 'cash'. Boleh la control budget minyak. Reload je RM 300 kad dalam card tu dan guna la sehingga habis kredit tu;

3. Senang nak isi minyak. Kalu guna cash kita kena g kaunter, kalau gina GIFT CARD tak perlu;

4. Mudah nak kumpul point; RM 1 = 1 point. Jadi bila isi menggunakan GIFT CARD & KAD MESRA kita akan dapat 2 point. 1 point masuk kat dalam GIFT CARD & 1 point lagi masuk kad dalam Kad Mesra.

Syok kan..

Keburukan dia plak:-
1. Ada staf stesen petronas tak tau GIFT CARD nie apa, siap tanya plak mana dapat;

2. Kad dah 'SWIPE' tapi tak boleh pam. Yang nie kena jaga, sebab kadang-kadang offline ataupun OTP setiap stesen tak sama;

3. Satu lagi. Ni pengalaman penulis. GIFT CARD dah masuk,  tapi tak boleh pam. Balance masih ada RM 163/- Gi kat kaunter untuk guna cash, rupa-rupanya pam minyak dah berjalan. Padahal minyak belum isi !!!

 4. GIFT CARD nie takda password. Kalu hilang saper-saper boleh guna.

5. GIFT CARD terlekat kat dalam OTP; yang ni la paling tak best

6. Kadang-kadang OTP pam minyak tu tak keluarkan resit; jadi tipsnya mudah je. Penulis selalu guna pam kat nombor yang sama je...

Apa-apa pun BERBELANJALAH DENGAN BIJAK....dah ada kemudahan camgini rembat je...

No comments:

Post a Comment