Showing posts with label All About Me. Show all posts
Showing posts with label All About Me. Show all posts

03 March 2014

Luahan Seorang Supervisor Site

          Setiap pagi pukul 8.30 aku akan terpacak kat depan office ..sementara menunggu pintu pagar di buka maka nasi lemak aweks sekitar selayang permai menjadi makanam breakfast aku setiap pagi. Bila pintu pagar di buka maka bermulalah rutin harian untuk mengemas bengkel. Selepas siap mengemas maka perlu check barang untuk setiap site supaya barang mencukupi.
          Bila di site maka bermulalah tanggungjawab aku di mana keselamatan diorang menjadi tanggungjawab aku. Kalau apa-apa terjadi maka aku adalah orang yang pertama akan di marahi. Even kalau mesin rosak time tengah buat keje maka hujung bulan standby lah gaji aku yang berjuta tu akan di tolak. Kalau gaji aku ni berbilion aku tak kesah kalau nak tolak. Tanggungjawab yang besar mestilah  berbaloi dengan jaminan kewangan yang gah. Jangan cerita nak kan benda yang perfect kalau aku di tawarkan dengan gaji yang berjuta-juta ni.
          Tapi aku gembira dengan kerja aku sekarang . Sebab kepala staf yang gila-gila so thats why aku masih boleh heppy dengan apa yang aku pilih. Staf baru silih berganti tapi aku masih di sini. Yang interview berjaya bekerja kadang- kadang bekerja tak sampai seminggu dah berhenti. Setiap kali mendengar luahan diorang aku mampu tersenyum. Aku minta maaf sebab aku hanya mampu menjadi seorang pendengar yang baik.
          Alhamdulillah bertahan sehingga sekarang kerana family dan seorang insan yang tak jemu memahami aku. Sanggup bersabar dengan aku sehingga sekarang. Semoga Allah merahmati kamu Capital H.
          Setiap malam.selepas balik dari kerja aku mesti berfikir betul ke jalan yang aku pilih ni. Sekarang nak cari peluang pekerjaan yang betol-betol dengan minat kita sangatlah susah. Satu penyesalan adalah menolak tawaran dari petronas. Itu pon time tu tengah out station kat kelantan tapi tak berkesempatan pergi mendaftar tapi aku anggap itu bukan rezeki aku.
          Aku mempunyai banyak impian yang belum tercapai. Aku berharap akan datang murah rezeki menjadi milik aku. Aku tak kejar kemewahan hidup. Cukuplah rezeki berlipat kali ganda yang sentiasa di murahkan rezeki oleh yang maha esa.
          Aku berharap impian aku mempunyai bisness sendiri akan tercapai. Sebelum aku menutup mata kelak kebahgian family aku kene tunaikan...Bila tengok kawan- kawan lain bahagia dengar kehidupan dioranh kekadang berasa agak jealous gak lah tapi aku percaya kalau nak kan kesenangan kenelah lah rasa kesusahan.
          So aku berharap korang belajar betol-betol ...Kita hidup dalam dunia korupsi. Dunia cabeling dalam kebanyakkan urusan even bukan sahaja ketika mencari kerjaya tetapi time nak mendaftar studi pon kene ada kabel-kabel ni..hahahahahah....dunia oh dunia....Kene tabah menjalani hidup.......assalamualaikum

03 march 2014
20:50
Bilik sewa selayang permai

01 December 2013

5 TABLET BUDGET BERKUALITI DI MALAYSIA TAHUN 2013

Assalamualaikum....Sejak menjadi agen bisnes topup ni handphone admin tak berhenti-henti email/call/sma tentang macam mana nak join bisness topup ni. Minggu lepas admin jalan-jalan kat Plaza Low Yatt so admin pon ada ternampak promosi tablet kat Low Yatt ni. Antara tablet budget yang admin berminat adalah....

1. LENOVO A1000


Sedikir info tentang Lenovo ni, sebelum ni kita pasti terfikir jenama Lenovo ni pasti laptop kerana sebelum ini jenama ini dikenali dengan IBM. Mungkin syarikat Lenovo membeli saham syarikat tersebut agaknya dan menggantikan dengan nama Lenovo.

Sedikit review tablet ini :

  1. HD 7" Multi-Touch 1024 x 600 Display
  2. MediaTek MT8317 Dual-Core Processor
  3. Internal 1GB RAM & 8GB eMMC Storage
  4. MicroSD Memory Expansion up to 32GB
  5. Wi-Fi 802.11 b/g/n & Bluetooth 4.0
  6. Micro-USB Port Supports USB On-The-Go
  7. Front-Facing 0.3MP VGA Camera
  8. Built-In GPS & Accelerometer
  9. Android 4.2 Jelly Bean Operating System
Harga sekitar RM499 dan tablet ni boleh telefon. Berbaloi dengan harganya kerana ia boleh telefon berbanding dengan samsung tablet yang harganya 899 mempunyai fuction yang hampir sama. Sound dia memang best dan mantap!

2. ASUS MEMO PAD




Seperti yang dibincangkan dalam artikel sebelum ini, Asus MeMo Pad yang berharga RM499 bukanlah sebuah tablet berprestasi tinggi. Malah, ia mempunyai spesifikasi yang hanya cukup untuk melakukan perkara asas seperti melayari internet, mendengar muzik dan menonton video. Peranti ini tidak sesuai untuk bermain permainan video 3D.

Namun, bagi mereka yang sering bergerak ke sana ke mari dan bukanlah pemain permainan video tegar, tablet ini mungkin peranti yang boleh dipertimbangkan terutamanya pada harga yang cukup berpatutan dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Tablet ini dilengkapi skrin 7 inci dengan resolusi 1024×600 pada kepadatan piksel hanya 170ppi, satu nilai di bawah standard biasa tablet.  Ia juga dilengkapi CPU single core dan 1GB RAM membolehkan ia menjalankan Android 4.1 dengan baik. Bateri 4,270mAh dikatakan boleh bertahan selama 7 jam pada penggunaan biasa. Selain itu, ia mempunyai ruang storan 8GB di samping 5GB ruang storan cloud melalui perkhidmatan ASUS WebStorage. Jumlah ruang storan ini juga boleh ditambah dengan adanya slot kad SD.

Namun, Asus MeMo Pad hanya mempunyai sebuah kamera hadapan dengan kemampuan 1 megapiksel. Oleh itu, tablet ini tidak boleh digunakan sebagai kamera untuk mengambil gambar harian anda. Yang baiknya, ia didatangkan dengan pelbagai pilihan warna – Sugar White, Titanium Gray, dan Cherry Pink.

Tidak dinafikan Asus merupakan pengeluar tablet yang berkualiti, namun Asus MeMo Pad telah ‘mengorbankan’ banyak fungsi-fungsi begi memastikan harganya dapat dikekalkan pada tahap rendah. Bagi anda yang mahukan sesuatu yang lebih baik dan tidak kisah membayar lebih, kami mencadangkan anda mendapatkan Nexus 7 atau iPad Mini.

Namun, jika anda hanya mahukan sebuah tablet untuk memainkan video atau muzik untuk dibawa keluar atau mahu memberikan anak anda sebuah tablet, anda boleh menimbang secara serious untuk mendapatkannya.



3. ASUS MEMO Pad HD 7


Diperkenalkan pada bulan Jun yang lepas di Computex 2013, kini Asus Malaysia telah pun mula menawarkan tablet bersaiz 7-inci mereka yang terbaru, iaitu Asus MeMO Pad HD 7 di pasaran tempatan dengan harga jualan RM649.

Asus MeMO Pad HD 7 menawarkan paparan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan 1280×800 pixel. Ia turut dilengkapi dengan cip empat-teras 1.2GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera hadapan 1.2-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel. Tablet ini hadir dengan Android 4.2 Jelly Bean.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tablet berasaskan Android bersaiz 7-inci, mungkin boleh membandingkan ia dengan HP Slate 7 yang turut mula dijual baru-baru ini. Namun, sekiranya ingin menantikan beberapa bulan lagi, kami lebih mencadangkan anda menantikan Nexus 7 baru yang telah diumumkan oleh pihak Google pada bulan Julai lepas.

Harga dia yang aku tau lah masa keluar dulu RM 649. Tapi ada survey kat internet harga dia dah turun ke paras RM599. Yang ni memang aku berminat tapi kan best kalau boleh call dan mesage sekali kan...hehehehe...

SUMBER RUJUKAN: ASUS MALAYSIA

4. ACER ICONIA TAB B1



Ketika CES 2013, salah satu peranti baru yang diperkenalkan oleh Acer adalah tablet pada harga bajet, iaitu Iconia Tab B1. Kini, tablet bersaiz 7-inci itu telah pun mula dijual di Malaysia, pada harga RM399.

Dari segi spesifikasi, tablet ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan sebesar 8GB, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.

Hasil percubaan kami secara ringkas di Mobile World Congress 2013, ia boleh dikatakan tablet ini boleh menjalankan beberapa aplikasi popular, disamping selesa untuk dipegang menggunakan sebelah tangan.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada para pengedar rasmi Acer seluruh negara.

5. Huawei MediaPad 7 Youth


HUAWEI MediaPad 7 Youth ,tambahan terbaru kepada siri popular MediaPad tablet kini boleh didapati di Malaysia. Padat, kukuh dan bergaya dengan logam aluminium unibody pengukur hanya 9.9mm nipis dan berat 350g.

HUAWEI MediaPad 7 Youth mempunyai 19.34cm panjang logam aluminium unibody dan cukup kecil untuk dimuatkan ke dalam beg. Dengan skrin sentuh kapasitif 7 inci, anda boleh menikmati pengalaman menonton yang jelas dengan 1080p dan fungsi main semula video HD, di mana sahaja anda berada. MediaPad 7 Youth ini berkelajuan tinggi 28nm, unit pemproses 1.6GHz dwi-teras dan GPU berkuasa menawarkan operasi yang lancar, manakala bateri 4100mAh Li-Polymer yang tahan selama 2 minggu memastikan pengguna menggunakan ianya untuk lebih lama.

Rasakan kebebasan sambungan pantas untuk memastikan anda tidak terlepas tweet, teks atau memanggil, dengan pilihan HUAWEI MediaPad 7 Youth multi-rangkaian HSPA + (sehingga 21Mbps) dan sambungan Wi-Fi, dan juga suara panggilan, SMS, dan MMS. Menggunakan Android 4.1, MediaPad 7 Youth mempunyai fleksibiliti untuk membolehkan anda sentiasa berhubung sepanjang masa sama ada anda berbual, berkongsi, permainan, atau menonton filem.

Untuk maklumat lanjut boleh ke:

Facebook: www.huaweidevice.com/myy
Twitter: www.twitter.com/HuaweiDevice
YouTube: http://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo

SO itulah antara tablet-tablet yang aku usha time aku kat Plaza Low Yatt hari tu. Tapi aku lebih berminat pada tablet yang nombor 1 tu..Hehehehe...03 DECEMBER ni besday aku. Kan best kalau ada orang hadiahkan aku tablet ni..hihihih...Kalau aku nak beli pon maybe tahun depan dalam bulan satu time dapat duit BR1M. hahaahha...Nak beli sekarang pon bukan masa yang sesuai sebab dah naak dekat akhir tahun ni so aku nak wat simpanan kat Tabung Haji dengan ASB dulu. Manalah tau murah rezeki tahun ni Tabung Haji dengan ASB Bermurah hati memberi lebihan dividen dan bonus kepada orang macam aku ni kan so lagi cepatlah aku beli Tablet Ini..huhuhuhuh.....

15 February 2013

MY Convocation UniKL 2012

               


       Assalamualaikum...Post kali ni aku just nak cerita pasal Majlis Konvokesyen aku (Unikl ). Aku convo pada 07 OCTOBER 2012. Mula-mula aku malas nak pergi convo ni..yela sebab DIPLOMA je pon kan..Tapi selepas kawan2 aku call aku je ajak pergi convo aku pon pergi lah. Boleh lah jumpe kawan2 lame aku ........

       Aku bersyukur sangat sebab selepas beberapa berjuang untuk kekal time study dulu akhirnye aku berjaya juga tamat juga study aku.Maklumlah aku time sekolah dulu ambik aliran Elektrik Domestik. Ambik 7 subjek je pon. Time mula/mula nak applied nak msuk study dulu  kat UniKL aku tak boleh register online sebab aku just ambik 7 subjek. Time tu minimum nak masuk study kat Unikl 8 subjek. So nak study punye pasal aku pergi ke interview terbuka UniKL kat BAGUNAN MARA MELAKA. Alhamdulillah aku berjaya diterima masuk study kat sana. Nak study kat oxford asyik kene reject je dapat study kat Unikl BMI pon dah cukup bagus. Banyak juga kenangan aku time study kat sane....

05 December 2011

Handphone Idamanku XPERIA RAY

Assalamualaikum all...heheheh....sory dah lame tak update blog ni....maklumlah sibuk kerja skarang ni kan...da xda masa nak update blog ni...time study dulu rjin lah juga update...skarang ni nak luangkan sdikit mase untuk update blog pon x dapat..anyway berterima kasih kpada yang sudi wish my besday time 3 december..semoga ALLAH panjangkan umur korang serta murahkan rezeki korang k.....freins forever :)

Sekarang ni sudah menjadi trend ramai budak-budak sekolah sudah mampu membeli handphone yang bagi aku masih tidak mampu dimiliki oleh aku sendiri ni...hahaha....keluar dengan adik2 angkat aku nah Samsung Galaxy S2 diorang pakai.hahah....Aku rase aku dah boleh menamatkan perkhimatan handphone aku yang dah berkhidmat selama 4 tahun ni ( from 2007-20011) ..hahaha

So aku survey lah handphone ape yang menepati citarase aku..last2 berkenan plak dengan XPERIA RAY keluaran Sony Ericsson. So ni lah yang aku dapat tentang handphone ni di internet :)




Here is another stylish and slim smartphone Sony Ericsson Xperia Ray, a Sleek, beautiful smartphone with stylish aluminium frame. Xperia Ray equipped with 3.3 inch screen and running the latest Android platform for smartphones (Gingerbread 2.3), the phone packs in a powerful 1Ghz processor, Reality Display with Mobile BRAVIA® Engine, a 8.1 Mega Pixel camera with Exmor R for mobile, HD video functionality and only 9.4mm thin.



Sony Ericsson Xperia Ray Full Specifications and Features

  • 1 Ghz Processor
  • Operating system: Google™ Android 2.3 (Gingerbread)
  • Scratch-resistant 3.3-inch screen (854 x 480 pixels) with Bravia Engine
  • Sony Ericsson Timescape UI
  • Internal phone storage: Up to 300MB free
  • RAM: 512MB
  • Memory card slot: microSD  up to 32GB (4GB card included)
  • GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900
  • 8.1 Mega Pixel camerawith 16x digital zoom
  • Front-facing camera
  • Size:  111 x 53 x 9.4mm
  • USB High speed 2.0 support
  • USB mass storage
  • Wi-Fi, Wi-Fi Hotspot functionality, Wisepilot turn-by-turn navigation
  • Colours: Black, Gold, White, Pink
  • Weight: 100 grams
  • 1500mAh battery
  • LiveSound and LiveDock 
Sony Ericsson Xperia Ray connectivity options include 3G/HSPA, GSM, GPRS, EDGE, Wi-Fi, Bluetooth, GPS, microUSB and a 3.5mm audio jack.

Main disadvantages of Sony Ericsson Xperia Ray

Xperia Ray is equipped with powerful hardware features and design. Definitely it will be a successful android smartphone by Sony Ericsson. Lets see some of the drawbacks of Sony Xperia Ray
  • Screen viewing angles of Xperia Ray is below par while comparing it with some other high end smartphones. It could have been better
  • There is no smart dialing in Xperia ray.
  • While comparing the Xperia Ray with other smartphones like Xperia Neo, Galaxy Ace, Nokia N8 and LG Optimus one the Loudspeaker has below average performance and scored last in the speaker test. So it will be major disappointment for the users
  • No DivX/XviD support
  • Users need to switch off and remove the battery to change their memory card. Even Nokia N70 has that option. No hot-swappable memory card
  • No HDMI port

25 May 2011


Hahahah bila tng0k pic ni teringat plak zaman cinta monyet aku time skolah rendah dlu...dlu time kami cinta monyet xmampu nak beli handphone x macam budak2 skarang...UPSR dapat 1A jew pon bapak dah blikan handphone....handphone bukan cikai-cikai.....tu belum bapak yang belikan laptop kat anak diorang...bertuah gila r hidup budak-budak zaman sekarang....

time dulu main surat jew pon...x macam budak sekarang....SMS n yang dah louded tu tiap malam lah 3G....tapi ape pon cinta monyet adalah sesuatu yang indah yang akan membuatkan kita senyum sendirian ketika kita kenang kembali kenangan cinta monyet kita tu....

SO sekarang kita dah semakin dewasa...makin bertambah tangungjawab kita..bercinta pada zaman sekarang ni banyak tekanan kerana susah nak serasi...selalu gaduh lah walaupon hal yeng remeh-temeh..kadang kala kita nak terangkan sesuatu tapi tak diberikan ruang yang mencukupi untuk terangkan keadaan kita....so kalau korang sudah sayangkan seseorang..hargai lah kehadiran mereka dalam hidup kamu....try lah paham antara satu sama lain....bagi ruang kepada pasangan anda untuk berkongsi apa masalah yang mereka hadapi ...

luahan perasaan jew pon..hahahahah
Good Nite all

22 April 2011

MOOD EXAM lah pulak....

STRESS WITH MY PAPER FOR Final SEM


Assalamualaikum..
2 minggu lagi cek akan final exam so hopefully all of you pray untuk kejayaan aku
so memandangkan ni last sem aku so aku xnak lagi keluar dewan awal seperti sem2 sebelumnya...
xnak lagi tidow time tngah jwab paper.....
xnak lagi bwak coklat kat dalam dewan peperiksaan smpai letcrer tegur aku....
hope korang doakan kejayaan aku k....
pas habis blajar ni nak cari kerja supaya bleh tolong mak ayah aku..
bleh sekali kumpul duit nak kawin dengan Nurul Hasmida...
heheheh......

FIQH KONTEMPORARI 2 04/05/2011
ISLAM&PROFESIONALISME KEJURUTERAAN 05/05/2011
ELECTRIC CIRCUIT 2 10/05/2011
PENGAJIAN MALAYSIA 11/05/2011
ELECTRCAL POWER 12/05/2011
13/05/2011 Pergi GENTING...
hahahahahha...gurau jew

30 March 2011

SK PANGKALAN TLDM 2 sentiasa di hati ku

Assalamualaikum…post untuk kali ni aku nak ceritakan pasal aku…..hehehe asyik postkan novel je kan so biarlah kali ni aku ceritakan tentang diri aku….hahahah……
Nama aku Hazizul Hafiz.Aku dilahirkan di W.P Labuan pada 03.12.1990.Ketika berumur  5 tahun aku tadika di TADIKA TELUK MUROH.Secara jujurnya time sekolah tadika dulu memang aku dikategorikan sebgai seorang yang lembab..hehehhe….selalu juga kene buli time tadika duku that’s why sekarang aku suka buli orang….:)Dri darjah 1 until darjah 4 aku sekolah di SK PANGKALAN TLDM 2. Di Lumut Perak.Ayah aku bekerja sebagai Tentera Laut so sku pon skolah lah kat skolah situ…..Serius skolah tu banyk mninggalkan kenangan manis pada diri aku..Tapi Alhamdulillah lah skarang ni dapat balik contct kawan2 yg prnah skolah kat TLDM 2 dulu….. Nilah pic yang ada time aku sekolah rendah dulu....hehehe

sekolah sini best sebab disiplin memang tip top.Budak2 plak baik2 belaka so timeaku sekolah kat sini memang aku rase happy lah.....tapi x best sebab cikgu2 kat sini garang2 belaka....aku stiap tahun xpernah mised kene rotan lah sebb kenakalan aku dulu...hahahhahaha alangkan bagusnya masa boleh diputarkan kembali....


Pagar Depan SK Pangkalan TLDM 2

02 March 2011

Video Game Favourite aku ..huhuhh PES 2011


Sebagai seorang student..kadang2 stress juga dengan seorang student ni...dengan anugerah Assignment yang berlambak2 dari lecturer lah...ada aktiviti OUTDOOR lah..macam2 lah aktiviti so kalau aku nak hilangkan stree aku...slalu aku main GAME lah...

Game Favourite aku ..tngok pic kat bawah ni pon korang dah tau kan??
hhuhuhu...
PES 2011.....
sangap giler lah men game ni..........
aku boleh menghadap  24 jam lah dengan benda ni.......
huhuhuhuhu......

21 February 2011

Reunion SMKDB/J.S.E.S SPM Batch 2011



Pada 3/02/2011 aku menghadiri reunion UPSR ops salah taip plak...Reunion untuk batch SPM Tahun 2007...Reunion ni di buat di Bowling International Centre MITC ...reunion ini diadakan untuk mencari bakat2 muda untuk mewakili negara ke olimpik London 2011...hhahahaha..gurau jew....Reunion ni di plan untuk merapatkan hubungan persahabatan kitorang ...maklumlah masing2 ada yang dah berkahwin..ada yang dah kerja...ada yang lebih awal meninggalkan kitorang...memang wajar reunion ini di adakan......so sangat gembire bile dapat bertemu semula kawan2 ...