03 March 2014

Luahan Seorang Supervisor Site

          Setiap pagi pukul 8.30 aku akan terpacak kat depan office ..sementara menunggu pintu pagar di buka maka nasi lemak aweks sekitar selayang permai menjadi makanam breakfast aku setiap pagi. Bila pintu pagar di buka maka bermulalah rutin harian untuk mengemas bengkel. Selepas siap mengemas maka perlu check barang untuk setiap site supaya barang mencukupi.
          Bila di site maka bermulalah tanggungjawab aku di mana keselamatan diorang menjadi tanggungjawab aku. Kalau apa-apa terjadi maka aku adalah orang yang pertama akan di marahi. Even kalau mesin rosak time tengah buat keje maka hujung bulan standby lah gaji aku yang berjuta tu akan di tolak. Kalau gaji aku ni berbilion aku tak kesah kalau nak tolak. Tanggungjawab yang besar mestilah  berbaloi dengan jaminan kewangan yang gah. Jangan cerita nak kan benda yang perfect kalau aku di tawarkan dengan gaji yang berjuta-juta ni.
          Tapi aku gembira dengan kerja aku sekarang . Sebab kepala staf yang gila-gila so thats why aku masih boleh heppy dengan apa yang aku pilih. Staf baru silih berganti tapi aku masih di sini. Yang interview berjaya bekerja kadang- kadang bekerja tak sampai seminggu dah berhenti. Setiap kali mendengar luahan diorang aku mampu tersenyum. Aku minta maaf sebab aku hanya mampu menjadi seorang pendengar yang baik.
          Alhamdulillah bertahan sehingga sekarang kerana family dan seorang insan yang tak jemu memahami aku. Sanggup bersabar dengan aku sehingga sekarang. Semoga Allah merahmati kamu Capital H.
          Setiap malam.selepas balik dari kerja aku mesti berfikir betul ke jalan yang aku pilih ni. Sekarang nak cari peluang pekerjaan yang betol-betol dengan minat kita sangatlah susah. Satu penyesalan adalah menolak tawaran dari petronas. Itu pon time tu tengah out station kat kelantan tapi tak berkesempatan pergi mendaftar tapi aku anggap itu bukan rezeki aku.
          Aku mempunyai banyak impian yang belum tercapai. Aku berharap akan datang murah rezeki menjadi milik aku. Aku tak kejar kemewahan hidup. Cukuplah rezeki berlipat kali ganda yang sentiasa di murahkan rezeki oleh yang maha esa.
          Aku berharap impian aku mempunyai bisness sendiri akan tercapai. Sebelum aku menutup mata kelak kebahgian family aku kene tunaikan...Bila tengok kawan- kawan lain bahagia dengar kehidupan dioranh kekadang berasa agak jealous gak lah tapi aku percaya kalau nak kan kesenangan kenelah lah rasa kesusahan.
          So aku berharap korang belajar betol-betol ...Kita hidup dalam dunia korupsi. Dunia cabeling dalam kebanyakkan urusan even bukan sahaja ketika mencari kerjaya tetapi time nak mendaftar studi pon kene ada kabel-kabel ni..hahahahahah....dunia oh dunia....Kene tabah menjalani hidup.......assalamualaikum

03 march 2014
20:50
Bilik sewa selayang permai

No comments:

Post a Comment