Part 1
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP)
3hb Ogos 2005
9:32am
Suasana di sebuah Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Pulau Pinang begitu sesak dengan pelajar-pelajar yang berduyun datang kerana terdapat beberapa pameran dari universiti-universiti tempatan. Mereka sudah bertapak sedari awal pagi lagi. Pameran diadakan bersempena dengan Hari Kerjaya yang dipegang sepenuhnya oleh Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) bersama Jawatan Perwakilan Pelajar(JPP). Manakala Ria Wirdani baru sahaja tiba di luar perkarangan Pusat Sumber. Dia bangun agak lewat pagi ini. Meskipun dia sepatutnya bertugas pada tika tengah hari untuk menjaga kaunter, namun sebagai salah seorang ahli Pembimbing Rakan Dinamik (PRD), dia semestinya perlu lebih komited setiap kali melunaskan amanah yang dipikulnya.
Seperti yang digembar-gemburkan, hari ini merupakan Hari Kejaya yang diadakan di KMPP bersempena menyambut kedatangan dari wakil-wakil setiap universiti. Mereka tiba bersama misi dan visi demi pelajar-pelajar yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara. Mereka membawa imej masing-masing demi memberi peluang kepada anak-anak pelajar yang dahagakan ilmu dalam pelbagai pengkhususan bidang. Mereka datang diiringi sekalung harapan semoga insan-insan berilmu ini mampu membawa perubahan yang besar di dalam industri masing-masing. Kami menerima mereka dengan lebih terbuka. Ternyata sambutan hangat yang ditonjolkan oleh para pelajar bakal memuaskan hati mereka.
Ria Wirdani melangkah masuk dengan tenang. Terasa sedikit debaran di dadanya tatkala melangkah masuk ke dalam pusat yang sarat dengan ilmu itu. Dia sendiri kurang pasti apakah debaran itu bakal menjanjikan sesuatu buatnya? Tuhan lebih Mengetahui ke atas segala sesuatu. Di bahagian bawah Pusat Sumber begitu penuh dengan pengunjung yang pastinya jarang sekali dalam sejarah Matrikulasi. Dia mengeluh berat. Tidak tahu bagaimana mahu menempuh kelibat orang ramai supaya tiba di tempat bertugas.
’Diorang ni tak lemas ke? Dah macam sardin aku tengok.’gumam hatinya. Dalam pada sibuk memerhatikan mereka, sepasang matanya sempat lagi melilau di setiap sudut. Mencari seseorang.
‘Ahh.. Redah jela…’ Dia tekad untuk memasuki ’lautan’ manusia itu.
Sesekali dia cuba untuk lebih berjaga-jaga agar tubuh kecilnya tidak bersentuhan dengan mana-mana pelajar lelaki. Dia cuba menyelit di tengah-tengah kekalutan itu. Dalam kesibukan itu, dia memerhatikan satu demi satu kaunter dari pelbagai universiti. Masih belum tercuit hatinya untuk mendekati dengan lebih dekat. Bila tiba di penghujung kaunter iaitu kaunter wakil dari Universiti Malaya(UM), terselit sedikit kecewa di hatinya. Orang yang dicari tidak ketemu juga. Dengan perasaan hampa, dia berpatah balik. Di sebalik orang ramai, matanya mula tertancap pada raut wajah yang dicari sebentar tadi. Lelaki itu sibuk menyaksikan promosi yang dilakukan oleh wakil dari Universiti Teknologi Malaysia(UTM).
Baru sahaja beberapa saat Ria Wirdani memerhatikan lelaki itu, sekelip mata lelaki itu mengangkat kelopak mata, tepat ke arah Ria Wirdani! Dia terkesima. Sesaat, mata mereka bertembung, mata mereka bersatu. Ria Wirdani segera mengalihkan pandangannya. Sudut jangkauannya cuba digerakkan ke arah yang lebih selamat. Debaran jantung kian terasa. Degupan jantung kian bertambah. Dia kelu seketika. Sungguh tidak disangka, lelaki itu begitu berani membalas rentetan renungan matanya. Walaupun lelaki itu berkaca mata, namun panahan mata di sebalik kaca itu terus menembusi kamar hatinya. Dia cuba melarikan diri dari lelaki itu. Pipinya sudah mula timbul urat-urat kemerahan. Dia malu. Lelaki yang bernama Anwar Haikal benar-benar menggugah hati kecilnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Giliran Ria Wirdani untuk menjaga kaunter belum lagi tiba. Namun, dia sudah bersedia untuk bertugas. Dia meruapakan ahli Biro Akademik yang bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap aktiviti sepanjang Hari Kerjaya. Oleh itu, keutamaan tugas perlu dilaksanakan. Dia mengganti tugas salah seorang rakan seperjuangannya. Dia duduk bersama 2 lagi ahli PRD sebaris dengannya. Ria Wirdani petah berbicara tatkala beberapa pelajar datang menjengah ke kaunter mereka. Dia sentiasa memberi setinggi-tinggi komitmen di atas setiap tugasannya. Tidak kira pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan, tidak kira pelajar melayu, cina atau india, mulutnya tidak henti-henti melafazkan butir bicara. Dia tidak letih cuma terasa sedikit jemu. Namun, dia berpuas hati kerana usahanya menarik pelanggan ternyata membuahkan hasil. Keseronokan makin terasa.
Sedang dia sibuk mempromosikan Ujian Warna kepada pelajar-pelajar lelaki, Anwar Haikal turut mendengar setiap patah perkataan yang dituturkan dengan teratur oleh Ria Wirdani. Dia berdiri agak jauh sedikit dari kumpulan pelajar itu. Sehinggakan Ria Wirdani langsung tidak menyedari kehadiran lelaki itu. Ujian Warna merupakan salah satu ujian untuk para pelajar mengenali identiti dan personaliti masing-masing. Sebanyak 100 soalan ringkas tercatat di dalam sebuah buku kecil dan para pelajar dikehendaki menjawab Ya atau Tidak. Jawapan-jawapan itu akan dinilai dan secara tidak langsung mereka akan tergolong di dalam warna personaliti masing-masing. Setelah selesai promosinya, tiada seorang pun pelajar lelaki di dalam kumpulan itu yang berminat untuk menjalani Ujian Warna. Mereka berlalu begitu sahaja tanpa sebarang kata-kata yang terucap di bibir. Meninggalkan Ria Wirdani terkulat-kulat di situ.
'Hampeh tul la mamat-mamat ni... Penat-penat aku bercakap, blah macam tu je… Macam aku ni bercakap dengan tunggul pulak.. Lantak korang la! Malas dah nak layan ..,’ bebel suara hatinya.
Sementara Ria Wirdani bermonolog sendirian, seorang lelaki tinggi lampai dengan janggut sejemput di dagu berdiri tepat di hadapannya. Dia sebenarnya sudah terasa malas untuk membebel panjang. Apatah lagi kepada pelajar lelaki. Jika tidak kerana tugas, mahu sahaja dia meninggalkan tempat itu. Tanpa sebarang rasa segan silu, Ria Wirdani kembali mendongak sedikit kepalanya. Supaya senang untuk dia bersemuka dengan pelajar lelaki itu. Sekali lagi Ria Wirdani terkesima!
'Ya Allah.. Ya Tuhanku.. Bila masa pulak dia boleh ada depan aku ni? Mahu tercabut jantung aku dibuatnya… Takkanla sepanjang aku membebel tadi, dia tercegat kat situ? Apa nak buat ni...? Aku dahla takut nak setentang muka ngan dia. Ni kan pulak nak promote benda alah ni. Kenapala kau tak pergi kaunter lain ha? Kaunter member aku kat sebelah ni, bukanke kosong.. Takkan kau tak nampak kot?Apa aku nak cakap ni..?Adoi ler..,’ Ria Wirdani menarik nafas panjang, lalu cuba dilepaskan perlahan-lahan bersama bibit-bibit risau yang menyelimuti tangkai hatinya.
'Tugas tetap tugas.. kau kena cakap jugak Ria!!’ Paksa dirinya sendiri.
"Awak nak buat Ujian Warna ke?" Ria Wirdani cuba memberanikan diri untuk bersuara.
Anwar Haikal hanya membisu. Soalan dari gadis itu langsung tidak diendahkannya. Dia hanya tunduk ke bawah memerhatikan beberapa helai kertas di atas meja.
‘Pekak ke ape die ni? Ke suara aku yang slow sangat?’ Ria Wirdani agak tergamam dengan reaksi lelaki pujaannya itu.
Dalam kekalutan emosi masing-masing, Ajoy muncul menyelamatkan keadaan. Ajoy merupakan pembantu setiausaha PRD. Dia mengambil tempat di sebelah Ria Wirdani. Ria Wirdani menarik nafas lega.
"Err.. Macam mana nak buat ujian ni?”Anwar Haikal mengajukan soalan kepada Ajoy yang tiba-tiba muncul di hadapannya.
Buat pertama kali dalam hidup seorang perempuan bernama Ria Wirdani, suara lelaki itu jelas kedengaran di telinganya.
'Oit.. aku kat depan ni tak nak tanya ke? Siot jela mamat ni. Tak pasal-pasal tanya budak ajoy tu kenapa?’ Kegeraman di jiwanya mula melanda. Ria Wirdani tidak menyangka dirinya langsung tidak dipandang, malah ‘dibuang’ begitu sahaja.
“Sorry la ye.. Saya pun tak berapa tahu pasal ni. Kejap, Ria.. Kau tahu kan?” Ajoy mengajukan soalan bernas lagi bermutu kepada Ria Wirdani.
Ria Wirdani tersenyum sinis. Tanpa berlengah lagi, dia menerangkan satu persatu peraturan ujian tersebut. Bukan kepada Anwar Haikal tetapi hanya kepada Ajoy! Sesekali sahaja Ria Wirdani menoleh ke arah Anwar Haikal ketika menerangkan polisi tersebut. Sebagai tanda dia menghormati kehadiran lelaki itu.
Setelah Ria Wirdani menamatkan promosinya, Ajoy menerangkan sekali lagi kepada Anwar Haikal. Dan Ria Wirdani memandang sekilas kepada lelaki di hadapannya, tanda menanti jawapan daripada lelaki berkaca mata itu.
"Tak pelah.. Petang nanti saya buat ujian ni..,” Dengan penuh slumber, Anwar Haikal memberikan jawapan ringkas dan padat. Dan ternyata jawapan itu menambahkan lagi kesakitan di hati Ria Wirdani.
'Pak cik oi.. Petang nanti kitorang dah tutup kedai la. Cara cakap pun macam nak balas dendam pulak..,’ Hanya suara hati Ria Wirdani yang bergumam. Dia belum berani untuk bersuara sebegitu di hadapan Anwar Haikal.
Ajoy dan Ria Wirdani hanya memerhatikan Anwar Haikal meninggalkan mereka lalu meuju ke arah himpunan para pelajar di kaunter yang lain.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Part 2
Bilik B4.2.9
14 Ogos 2005
5:33pm
Petang yang damai tika ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada Ria Wirdani untuk terus berimaginasi. Tangan kirinya ligat melakarkan seraut wajah yang masih samar-samar di atas kertas A4. Segala yang dilakukan lebih menjurus kepada terbitan dari kata hati. Lama kelamaan tangannya semakin rancak bergerak. Minat terhadap bidang seni terutama seni lukisan sudah lama terpendam. Semenjak dia bergelar pelajar pra-sekolah lagi, lukisan menjadi nadi utama dalam hidupnya. Ke mana sahaja, dia betah melukis. Seiring dengan peningkatan usia, Ria Wirdani turut meningkatkan ilmu tersebut. Dibaja, disemai dan sekaligus bakat itu makin gilap bercambah apabila diasah setiap ketika dan waktu. Jemu dan bosan tidak pernah mengunjungi sudut jiwanya, seinci sekalipun tidak. Malah, keseronokan dan kegembiraan kerap kali menginap di hati yang lara itu.
Hidup ini seumpama sekotak coklat yang belum diketahui isinya. Bila kotak dibuka, coklat dirasa, kemanisannya pasti mewarnai hidup ini. Seni juga diibaratkan sebegitu rupa. Keindahannya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kenikmatannya tersemat kukuh di jiwa. Seni diibaratkan salah satu alat komunikasi seantero dunia selain daripada bahasa International. Melalui seni, manusia bisa berhubung jauh beribu batu meskipun berlainan bahasa, bangsa, agama dan negara. Seni merangkumi pelbagai aspek seperti muzik, karya penulisan, art malahan sesuatu masakan turut dikatakan seni tersembunyi.Lukisan di antara salah satu seni yang dipertahankan semenjak berabad tahun yang lampau. Setiap lukisan atau lakaran yang tercipta, mungkin dengan 1000 patah perkataan mampu menghuraikan misteri di sebalik lukisan itu. Sumber inspirasi sebegini yang mendorong Ria Wirdani terus cekal bertapak dalam bidang seni.
Kebisingan rakan-rakan sebilik bersama rakan searas dengannya langsung tidak mempengaruhi emosi dan keghairahan Ria Wirdani terhadap minatnya itu. Dia sudah biasa dengan situasi sebegitu. Hingar bingar menjadi aset utama mereka ketika berkumpul. Roomatenya, Nadia, Zana, Sue bersama rakan-rakannya yang lain Azza dan Atie, begitu rancak berbual sambil meneliti majalah sekolah lama masing-masing. Sedikitpun tidak tergerak di hati Ria Wirdani untuk turut serta di dalam aktiviti harian mereka. Katil single miliknya untuk sementara lebih selesa untuk didiami berbanding menumpang di katil yang lain. Dia lebih senang bersendirian .Tidak mahu diganggu konsentrasi yang timbul. Lantas kebisingan yang melanda hanya melintasi cuping telinga kanan dan segera tembus keluar melalui telinga kiri.
“Ria!Ria!Tengok ni jap, Ria..Tengok la..,” Nadia terkocoh-kocoh menyerbu ke arah katil Ria Wirdani. Dia mengunjuk sebuah majalah sambil jari telunjuknya mengarahkan pada sebuah gambar.
Ria Wirdani berhenti melukis. Pensil diletakkan lalu postur badan diperbetulkan agar lebih senang dia berkomunikasi dengan Nadia. Sepasang matanya memerhati ke arah yang ditunjukkan oleh Nadia. Untuk seketika, dia mengamati gambar itu.
“Anwar la ni.. Awak tak cam ke? Comelnya dia.. Ada muka babyface sikit. Pakai songkok pulak tu. Janggut pun takde lagi. Hehehe..,” Nadia mengomel sambil tersenyum. Manakala Sue dan Zana turut berminat untuk melihat jejaka pujaan, pengarang jantung Ria Wirdani. Anwar Haikal seringkali menjadi bahan bualan Ria Wirdani ketika mereka berbual-bual. Daripada seorang yang langsung tidak dikenali, Anwar Haikal kini makin dikenali umpama dari sebutir bintang yang malap kini bercahaya menerangi hati seorang anak gadis.
“Jernihnya muka dia.. Mesti budak alim ni. Tengok muka pun dah tahu. Nampak macam budak baik. Patutla si Ria ni gila bagai nak rak admire kat dia ni..,” Komen Sue. Ternyata mereka begitu memahami isi hati rakan sebilik. Pengalaman berkongsi suka duka hidup yang penuh berliku di Kolej Matrikulasi ini mengajar mereka erti sebuah persahabatan.
"Erm.. Ria cakap anwar ni hensem.. Takdela hensem pun. Biasa je..,” Zana mencelah.
Ria Wirdani tidak terasa hati malah tersenyum simpul. Dia masak benar dengan perspektif anak jati Melaka itu.
“Zana ni memang.. Orang yang hensem, dikatanya tak hensem. Orang yang tak hensem jugakla, yang dipuji lebih-lebih.. Macam Cikgu Azam tu la..,” ujar Nadia, mengejek. Cikgu Azam merupakan salah seorang Pensyarah Matematik di KMPP. Seorang guru muda yang amat diminati oleh gadis itu semenjak Encik Azam Husyairi menggantikan tempat Puan Rohaya sebagai guru kelas tutoran mereka.
“Eh… Cikgu Azam tu hensem ape.. Ada style, kemas, bergaya.. Antara cikgu-cikgu muda yang lain, dialah yang paling kemas..,” Pandangan Zana terhadap seseorang agak berlainan dari insan lain. Dia lebih mementingkan style berbanding rupa paras.
"Yela tu.. Amboi,amboi Ria.. Sejak gambar tu terpacak depan mata, terus diam eh.. Profile die tak nak ambil ke? Sekali seumur hidup tu!” acah Sue. Dia seronok melihat kegembiraan yang jelas terpancar di wajah Ria Wirdani.
Ria Wirdani masih lagi malu-malu. Terasa segan kerana dirinya diambil berat sebegini rupa.
"A’ah la Ria.. Rupanya orang penang jugak dia ni. Patutla Nab tahu pasal Anwar ni, diorang satu sekolah rupanya, MRSM Balik Pulau. Kiranya satu sekolah dengan Atie jugakla. Saya pun orang Penang jugak. Alahai.. Semua ada kaitan ni.. Tak jeles ke Ria?” ajuk Nadia sambil mengerlipkan mata.
“Tak dela.. Buat apa nak jeles.. Kejap, nak save dalam handset..,” Ternyata Ria Wirdani termakan pujuk rayu rakan-rakannya. Dia mencapai handset Nokia 3100 yang terletak di atas meja study. Setelah keypad diaktifkan, dia menekan butang Menu. Lalu option Message di-select.Terus kepada Text Message, bahagian Create Message dibuka. Satu persatu alamat Anwar Haikal yang tertera di atas majalah serba merah itu, ditaip cermat. Diikuti denngan alamat email. Nombor phone juga turut diambil tetapi malangnya nombor itu mungkin hanya nombor rumah kediaman Anwar Haikal. Nombor handphone milik lelaki itu belum lagi dapat dijejakinya.
“Atie, awak kenal Anwar tak? Nadia bersuara sementara menanti Ria Wirdani siap menyalin maklumat tersebut.
"Anwar mana?” Atie dan Azza masih lagi khusyuk menelaah majalah sekolah lama Zana di atas katil Sue.
"Anwar Haikal bin Mohammad.. Kenal?” Nama penuh Anwar diajukan sebagai jawapan kepada soalan Atie.
"Ooo.. Anwar yang tu.. Takla kenal sangat. Kenal gitu-gitu je. Dia budak baik jugakla.. Ada orang kata, kat sini ramai yang minat gile kat die. Tak tahula kenapa.. Masa kat MRSM dulu takdela sampai macam tu sekali.. Agaknya sebab dia makin hensem kot.. Entahla.. Kenapa tanya?” soal Atie, ingin tahu.
"Takde apa-apa. Saje je tanya..,” Nadia pantas menjawab. Manakala Ria Wirdani sedikit tersedak mendengar kenyataan daripada pelajar kecil molek itu. Dia berpura-pura tidak mengerti.
“Hensem lagi.. Nampaknya memang kena tengok si Anwar depan mata jugakla. Asyik tengok dalam gambar je. Ria tak pernah pun tunjuk dia kat kite..,” rajuk Zana.
"La.. Macam mana nak tunjuk..? Setiap kali terserempak ngan dia, bukannya awak ada kat sebelah saya. Takpela, nanti ada rezeki, saya tunjuk la eh.. Tu pun, kalau terserempak ngan dia lagi..,” pujuk Ria.
“Dah siap salin?”tanya Nadia.
“Dah..,” jawab Ria Wirdani, ringkas.
Nadia bingkas bangun, ingin menyerahkan kembali majalah itu kepada Atie.
“Err.. Nadia, terima kasih ye..,” ucapan penghargaan itu, tulus ditujukan kepada rakan sebiliknya itu.
Nadia membalas dengan seukir senyuman, ikhlas dari hatinya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Part 3
Unit Pentadbhiran
21 September 2005
1:55pm
‘Alamak aihhh!Aku dah lambat ni…’ Ria Wirdani mempercepatkan langkah kakinya sambil kerap kali penjuru matanya mengerling ke arah jam tangan Q&Q di pangkal lengan. Disebabkan rintik-rintik hujan yang bertambah lebat di kala ini, Ria Wirdani menyusuri kawasan kaki lima Unit Pentadbhiran menuju ke Dewan Kuliah 3. Pada kebiasaannya, dia jarang melatari jalan itu terutama ketika bergegas ke Dewan Kuliah. Namun, disebabkan hujan yang masih belum reda semenjak pagi lagi, dia terpaksa melalui jalan yang beratapkan bumbung daripada melalui jalan yang beratapkan ruang udara. Sebagai seorang pelajar yang dedikasi, kesihatan diri amat dititikberatkan. Dia tidak mahu terperangkap di dalam gejala-gejala selsema, batuk mahupun demam. Tidak pula dia menolak takdir Tuhan, cuma dia cuba sedaya upaya menjaga anugerahNya supaya lebih selesa ketika menuntut ilmu.
'Macam mana la aku boleh terlajak tidur tadi.. Nasib baik Sue kejutkan tadi. Kalau tak, terlepas kuliah kimia petang ni. Dahla baru masuk tajuk baru hari ni. Harap-harap cikgu belum sampai... Eh, kejap! Aku bawak ke tak buku tutor fizik??’ Serta-merta, dia menarik zip beg galas hitam yang tersandang di sebelah bahu kanan.
Dengan kaki yang masih bergerak pantas, dan penglihatannya langsung tidak dihalakan ke hadapan, Ria Wirdani terlanggar sesuatu!
Bedebuk!!!
"Ooopocot!!!Bom meletup!!!” latah Ria Wirdani. Serta merta, beberapa buah buku rujukan menghempap lantai lalu bertaburan di sana sini.
"Awak ni jalan tak pakai mata ke?” Suara lelaki membentak mula bergema.
"Waaaaaaaaaaa........ dahla lambat. Buku tutor pun lupa nak bawak. Tak pasal-pasal accident pulak. Waaaaaaaaaaaaaaa.........” Tidak semena-mena Ria Wirdani merungut seperti kanak-kanak kecil di hadapan lelaki itu.
"Ey eh.. mak cik ni.. Dahla langgar orang, bukannya nak minta maaf. Membebel pulak die. Tak reti-reti lagi ke nak kutip buku-buku tu???” Lelaki itu sengaja menambahkan lagi huru-hara yang sedia ada.
"Hello!!! Excuse me!!! Saya yang langgar awak ke, awak yang....,” Ria Wirdani terpana. Dengan tangan yang masih bercekak di pinggang, dia terlopong seketika.
"Hello... Excuse me.. Awak yang apa??” ejek Anwar Haikal, tangannya turut dicekakkan di pinggang. Meniru gaya Ria Wirdani.
Ria Wirdani menarik muncung panjang. Sengaja dikerutkan muka dan dahinya. Nafas yang menderu cuba ditahan di kerongkong. Dia mendongak kepala sambil memincing mata ke arah lelaki yang nyata jauh lebih tinggi darinya. Dia tidak mahu menyerah kalah!
"Awak tu yang nak langgar saya sebenarnya kan? Punyala luas jalan kat sini, kenapa tak lalu kat tepi kanan ni ke, kat sebelah kiri ke,,, Macamla jalan-jalan kat sini dah kena tutup. Lagipun awak tak payah nak bayar tol pun...” balas Ria Wirdani.
"Ewahhh.. ewahhh.. sedapnya mulut tu bercakap.. Dah takde insurans ke? Anwar Haikal kembali membidas.
"Memangla mulut takde insurans.. motor je ada insurans..,” debat Ria Wirdani.
“Melawan nampak! Dah,jangan banyak mulut! Cepat kutip buku-buku ni…,” arah Anwar Haikal. Sengaja menambah sakit di hati Ria Wirdani.
‘Ya Tuhan.. Nampak je baik budak ni.. Boleh tahan jugak hot temper die.. Selalunya tak banyak cakap, apesal tiba-tiba hari ni pot-pet terlebih dari aku???Period ke ape???’ duga hati kecil Ria Wirdani.
Ria Wirdani duduk mengutip buku-buku rujukan yang terdampar di atas lantai. Dia cuba berlagak tenang. Sesekali dia mendengus geram.
"Nah.. buku awak..,” Ria Wirdani menyerahkan buku-buku tersebut dengan tindak balas yang agak kasar.
Anwar Haikal menyambut sinis. Mereka diam beberapa saat.
Seperti biasa, jantung mereka kembali berdegup kencang. Masing-masing cuba mengawal keadaan. Tetapi pada hakikat yang sebenar, keadaan yang mengawal diri mereka. Pertemuan yang tidak diduga sering kali mengundang pelbagai perasaan yang dicantum menjadi satu. Di mana, bagaimana atau bila mereka ‘dijanjikan’ untuk bertemu dan ia bukannya termaktub dalam perancangan mereka. Namun, tanpa mengenali antara satu sama lain mereka sudah betah dengan takdir sebegitu. Takdir yang adakalanya menghimpit jiwa mereka. Tuhan lebih mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.
Tanpa sebarang bicara lagi, Ria Wirdani mengatur langkah meninggalkan Anwar Haikal di situ. Kalau boleh, sepantas yang mungkin. Tidak mampu lagi berhadapan dengan lelaki itu.
‘Ya Allah.. kenapa la dia jugak yang muncul? Dalam dunia ni dah takde manusia lain ke selain dia? Dahla aku melatah tadi… Lepas tu, mencarut tak tentu pasal.. Adehh!! Malunya aku!!!’ bentak hatinya.
Sebelum melangkah lebih jauh, hati Ria Wirdani terdetik untuk berpusing ke belakang. Kehendak naluri begitu mendesak. Lantas,badan kecilnya dipusing 180ยบ. Hampa dirasa. Anwar Haikal sudahpun melangkah pergi meskipun masih di dalam lingkungan sudut matanya. Belum lagi dalam lingkungan jarak yang jauh.
Demi teringatkan kelewatan masa yang menghimpit dirinya, Ria Wirdani enggan berjalan lagi. Dia mahu terus berlari, memecut laju, lagak seorang atlit ternama.
'Aahhh.. Lantak la! Time ni tak ramai orang dah. Semua dah masuk kelas. Harap-harap takdela yang nampak aku lari lintang-pukang ni…’ pinta hatinya.
Seketika itu, Anwar Haikal turut berpusing ke belakang. Namun, Ria Wirdani sudah hilang dari pandangannya. Dia tersenyum sendiri. Mission done!!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Bilik tutoran T2.1.4
21 September 2005
3.03pm
“Manala Mr. Lim ni.. Selalunya sebelum kita sampai, dah ada dalam kelas ni..,” Iyra merungut. Seramai 27 orang pelajar F3P1 masih lagi menunggu kehadiran Pensyarah Fizik mereka di dalam kelas tutoran.
“Agaknya cikgu ada kurus kot...,” Liyana menyampuk.
“Ria.. Kenapa lambat masuk kuliah tadi? Biasanya kau tak pernah pulak lambat.. Sebab aku yang selalu pegang rekod datang lambat. Tadi, cikgu tengah dok mengajar baru kau muncul.. ” tanya Ziela.
“Saya terlajak tidur tadi..,” jawab Ria, belum punya keinginan untuk bercerita lebih lanjut mengenai kelewatannya hadar ke kuliah.
“Dah agak dah.. Kalau aku, terlajak tidur sampai 15 minit masa kuliah, aku tak masuk kuliah dah. Sambung tidur jer... ,” Ana menyampuk.
“Mintak-mintakla cikgu tak masuk kelas hari ni. Buku tutor tak ingat nak bawak..,” rungut Ria.
“Aku pun harap macam tu jugak.. Kerja tutor banyak lagi aku tak siap,” ujar Ziela, mempunyai intipati harapan yang sama dengan Ria Wirdani.
“Kau buat apa semalam? Bergayut eh?” duga Ana.
"Tak jugak.. Aku melayan message mamat meroyan mana tah. Sampai ke pagi. Tu yang aku jadi malas nak buat kerja,” jawab Ziela.
"Ermm.. elok sangat la tu. Nak buat macam mana, kau tu kan dah pandai. Tak payah belajar pun takpe..,” tambah Ana, separuh mengejek.
Ria Wirdani muak dengan perangai mereka berdua. Pantang bertemu muka, pasti agenda terbaru akan dibuka. Maka bermula kembali hikayat-hikayat yang mereka cipta sendiri. Hikayat yang adakalanya dongeng semata-mata. Namun, masih tegar mempertahankan debat masing-masing. Mereka punya otak bergeliga, namun kelihatan agak berat sebelah dan tidak masuk akal. Ria Wirdani membiarkan sahaja mereka begitu. Peluang diambil untuk berbual seketika dengan rakan baiknya, Iyra.
"Iyra, tadi kan... Terserempak dengan Anwar lagi...,” Ria Wirdani memulakan kisah terbarunya.
"Erm... Kat mana??” Iyra sudah lali dengan 'kisah percintaan’ mereka berdua.
"Kat bawah unit.. Malu siot.. Bukan setakat terserempak, terlanggar pulak tu!Lepas tu, tak pasal-pasal dia nak marah orang.” rungut Ria.
”Biar betul!!Hehehe... malam ni mimpi dia lagi la nampaknya,” usik Iyra.
“Betul Iyra.. Masa tu, saya tengah cari buku tutor kat dalam beg ni. Tak perasan pulak dia ada kat depan. Agaknya dia baru keluar dari bilik kaunselor kot.Lepas tu,entah macam mana boleh terlanggar dia.. Nasib baik terlanggar sipi je…,” cerita Ria dengan bersungguh-sungguh.
“Okay, ape.. Bukan ke awak yang beria sangat nak jumpa dia. Kalau tak jumpa sehari, macam setahun!” tambah Iyra.
"Yang tu, memangla.. Tapi kan adoiii... Ada ke patut buku-buku dia yang jatuh atas lantai, dia suruh saya kutip?? Memang berasap jugakla. Nasib baik dia comel. Malu pulak rasanya… Dahla termelatah jugak tadi. Buat malu kaum je..,” kesal Ria Wirdani. Sememangnya dia cuba untuk melawan sikap latahnya. Sering kali diejek dengan trademark ‘opocot’, Ria Wirdani sudah lali. Walau bagaimanapun, trademark itu sudah jarang meniti di bibirnya. Latahnya itu ditukar kepada memuji Tuhan. Dia lebih selesa begitu. Setiap hari dipraktikkan supaya tidak kembali pada sikap yang asal.
“Attention please!! Mr Lim tangguh kelas sampai minggu depan. Hari ni dia takde. Pergi kursus,” Bonzer, ketua praktikum mereka mencelah kebisingan kelas.
Hampir semua pelajar bersorak riang. Inilah saat-saat yang paling dinantikan. Terutama ketika waktu petang.
"Aku nak balik tidoooooooo!!” ujar Ziela, separuh menjerit.
"Nasib baik cikgu takde... Ada hikmah jugak tak bawak buku tutor. Huhuhu..,” ujar Ria Wirdani sambil mengurut dada. Dia agak gentar dengan Pensyarah Fizik mereka. Bimbang kalau-kalau guru itu mengamuk seperti minggu lepas.
"Ria, awak nak balik bilik ke lepas ni?” tanya Iyra.
"Tak kot.. kenapa?” balas Ria Wirdani.
”Temankan saya pergi jumpa Puan Hazmira kejap. Mana tahu nanti accident lagi dengan dia.. ,” usik Iyra lagi sambil tersenyum.

“Ok gak tu. Boleh saya balas dendam balik. Lagipun memang nak jumpa cikgu Hazmira. Jomla..,” sambut Ria Wirdani. Mereka berjalan beriringan keluar dari bilis tutoran.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Part 4
Cafetaria B
23 Oktober 2005
8:32pm
Seperti tradisi sebelumnya, Ria Wirdani turun makan malam bersama Nadia. Manakala Sue dengan Zana hanya terperuk di dalam bilik menyiapkan assignment masing-masing. Kedua-dua mereka jarang sekali menikmati makan malam. Takut untuk ’menternak’ body. Bimbang kalau-kalau berat badan melebihi jisim BMI. Ria Wirdani dan Nadia tidak banyak kerenah tentang soal makanan berbanding Sue dan Zana. Namun, Ria Wirdani dan Nadia tetap menitikberatkan gizi makanan seimbang yang diambil. Menurut kajian, cara pemakanan turut mempengaruhi cara kita berfikir. Sumbangan makanan sememangnya turut diangkut ke otak. Sekaligus, mencerminkan cara pembelajaran yang lebih sihat dan tidak mudah tertekan.
Suasana di cafeteria agak riuh dari kebiasaan. Kali ini, pengunjung yang rata-rata ialah pelajar Matrikulasi begitu leka menonton televisyen. Channel 18 menjadi pilhan utama kerana tika ini pasti ramai yang mengikuti drama korea yang ditayangkan dari jam 8:30 hingga 9:30 malam. Setelah berhempas pulas, bertungkus lumus menyiapkan assignment, mereka memerlukan masa rehat yang secukupnya. Minda tidak boleh dipaksa untuk bekerja keras. Adakalanya minda perlu dibelai dan dimanja. Minda yang cerdas tidak semestinya perlu dipupuk dengan senaman mahupun aktiviti harian. Ia perlu dibaja dengan makanan yang berkhasiat, dan sewajarnya rehat yang proaktif lebih membantu menjana minda yang kuat.
“Nadia,nak makan apa?” tanya Ria.
“Erm..,” Nadia berfikir sejenak.
“Ler.. Nak order dah ni. Cepatla sayang oi.. Nak makan ape?” desak Ria.
”Awak order apa?” tanya Nadia, belum pasti.
”Nasi goreng special,” jawab Ria.
”Sama dengan awak la..,” Nadia malas berfikir panjang.
”Yela.. Pergila cari tempat dulu,” pinta Ria sambil menulis order mereka di atas kertas.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
”Ria, awak dah check LDK ke?” Belum sempat Ria ingin menyuapkan makanan ke dalam mulut, Nadia terlebih dahulu memintas.
“Dah.. Untuk Anwar pun saya dah check. Tapi, nombor jauh la. Saya, LDK 76. Die, LDK 117. Awak pulak?” tanya Ria, kembali menjamu selera. LDK adalah singkatan kepada Latihan Dalam Kumpulan. Kumpulan ini diwujudkan untuk memastikan kelancaran Program Jati Diri yang akan diadakan pada pertengahan bulan September.
“Agaknya 70 kot. Dah lupa pulak. Nanti kita pergi check sekali lagi eh? Baru ni cari kat board, tak jumpa cari nama si Farah Fauzina tu. Mintak-mintak janganla dia satu kumpulan dengan Najmi. Nanti tak pasal-pasal bertambah lagi gedik dia.” Farah Fauzina merupakan gelaran tersohor yang dinobatkan kepada Aryanti, salah seorang rakan Najmi. Sekali imbas memandang Aryanti, ternyata dia memiliki wajah seraut dengan Farah Fauzana iaitu deejay Hot.fm yang makin menempa nama di persada seni. Walaubagaimanapun, nama tersebut diolah semula oleh Nadia kerana masih terselit rasa mual dan meluat dengan kegedikan Aryanti. Fauzana diubah sesuka hati menjadi Fauzina. Pada pengamatannya, Aryanti gadis yang bebas bergerak ke mana sahaja bersama pelajar-pelajar lelaki samada di dalam kolej mahupun di luar kolej. Kegiatan sosial begini sememangnya sudah menjadi lumrah di mana-mana pusat pengajian. Sukar untuk dihalang dan dibendung.
”No problem. Najmi LDK berapa?” tanya Ria. Najmi, rapat dengan Nadia semenjak dari awal mereka menapak di kolej tersebut. Najmi antara pelajar lelaki yang amat menarik perhatian Aryanti. Namun, Najmi tidak mungkin serius melayan karenah Aryanti yang hanya dianggap sebagai kawan biasa berbanding Nadia yang sudah dianggap lebih dari kawan biasa.
“93” jawab Nadia, ringkas.
“Amboii.. LDK orang lain ingat pulak. LDK diri sendiri pulak tak ingat,” usik Ria. Dia sendiri kurang mengerti apakah istilah sebenar hubungan Najmi dan Nadia. Yang pasti, hati nadia sudah dimiliki oleh Hafis. Biarpun baru setahun jagung hubungan cinta mereka, Nadia kelihatan lebih girang dan sering kali nama Hafis meniti di bibirnya tidak kira masa atau tempat.
“Masa saya pergi check LDK hari tu, ada sorang punyala bersemangat. Dia cakap apa tau.. ‘Yeaa.. Dah jumpa dah nama Anwar. Tak jauh pun nombor LDK’. Dahla lubang hidung kembang, ada hati nak rampas Anwar. Kalau nak dibandingkan awak dengan dia, jauh cantik awak la.. Agaknya Anwar tak pandang pun dia tu..,” ujar Nadia tanpa ragu.
Ejekan Nadia sering kali membuatkan Ria Wirdani terhibur. Walhal, jauh di sudut hati, tetap terbit istilah cemburu di kamar hatinya.
”Apa-apa jela cik Nadia.... Cantik bukannya dari segi satu perspektif je. Kecantikan adalah hak milik setiap insan..,” ujar Ria Wirdani. Dia berpegang pada istilah Beauty lies is in the eyes of the beholder,di mana kecantikan itu dinilai dari kaca mata setiap manusia di atas muka bumi, bukan hanya seorang individu sahaja.
“Yela tu, nak merendah diri pulak die. Haaa.. ada satu lagi berita penting. Dah lama dah berita ni. Minggu lepas lagi. Tapi, lupa nak beritahu,” Nadia masih tidak mahu berhenti bercakap. Keramahannya sering disenangi oleh rakan-rakan disekelilingnya.
"Cerita apa pulak kali ni?” Ria Wirdani cukup memahami keletah rakannya itu. Sentiasa mencari maklumat-maklumat terkini lagi sensasi.
"Lepas habis kuliah petang hari tu, saya dengan Nab pergi Cafe C. Anwar pun ada jugak kat situ. Lepas tu, dah kebetulan Nab pun ada sekali, saya tanya jela pasal Anwar. Saya tanya la, Anwar tu ok ke tak. Dia jawab .. ‘Anwar ok je. Dia tu anak orang kaya tapi low profile sikit. Masa dia form 5, dia ada masuk persatuan agama. Nama apa tah persatuan tu, dah lupa. Lepas pada tu, dia terus berubah mendadak. Dah tak cakap dengan perempuan. Kalau cakap pun, hal-hal yang penting jela. Dan dia pun, dah macam pendiam sikit. Tapi, ramai yang respect dia. Sampaikan kat sini, dengar-dengar ramai yang panggil dia ‘abang’. Sebagai tanda hormat la kot,” Seperti yang sedia maklum, kebanyakan pelajar Matrikulasi adalah pelajar yang lahir pada tahun yang sama. Cuma segelintir sahaja yang tua setahun ataupun muda setahun.
‘Tak cakap dengan perempuan??? Aku salah dengar ke, nadia yang silap cakap?? Baru ni, bukan main lagi marah aku tu ape???’ getus hati kecil Ria Wirdani. Persoalan demi persoalan bermain di persisiran minda.

Part 5
Koperasi KMPP
11 Februari 2006
4:44pm
“Nadia suruh beli 2 highlight, colour kuning dan hijau, lagi coklat cadbury hazelnut 2. Ana pulak se-packet maggi ayam dengan mamee. Sue, nak apa tadi ek? Aaaa… kertas A4, liquid dan biskut OREO. Nasib baik ingat lagi…,” Ria Wirdani cuba mengahafal kembali permintaan rakan sebiliknya. Dia bergerak dari satu sudut ke satu sudut demi mencari barang-barang keperluan tersebut di dalam Koperasi KMPP yang sederhana besar itu. Koperasi yang terletak bersebelahan dengan cybercafe,ditubuhkan bagi memeuhi keperluan harian para pelajar. Tugasan untuk membeli barang-barang keperluan di hujung minggu tersebut diserahkan secara total kepada Ria Wirdani. Meskipun kerap kali dia ‘dibuli’, Ria tidak pernah merungut. Malah dia senang begitu.
“Barang-barang diorang dah settle. Tinggal barang yang aku nak beli la pulak. Alahai.. cukup ke duit yang aku bawak ni?” bebel Ria Wirdani seorang diri. Dia lantas mengambil wallet yang diletakkan di dalam poket tepi seluar slack hitamnya. Pada kebiasaannya, Ria Wirdani enggan menerima duit yang diberikan oleh rakan-rakannya terlebih dahulu. Dia lebih selesa menggunakan duit sendiri untuk berjual beli. Setelah barang-barang yang dibeli itu sampai di tangan mereka, baru dia menerima ongkos nya.
“Erm.. Rasa cukup kot duit ni. Beli yang mana perlu jela. Lain kali boleh datang lagi..,” pujuk dirinya.
"Akak.. akak cakap ngan cape kak?” Tiba-tiba muncul seorang budak lelaki separas pinggangnya menyapa penuh hairan.
"Fuhh.. terkejut akak. Kamu ni amran, lain kali jangan menyampuk cakap orang tua..,” Ria Wirdani kenal benar dengan kanak-kanak itu. Amran yang baru berusia 5 tahun, anak sulung Kak Yani, tuan punya kedai. Amran agak rapat dengannya kerana kunjungan Ria Wirdani sering kali menjadi kegembiraan anak kecil itu. Bahkan Ria Wirdani seronok bergaul dengan kanak-kanak. Baginya, kanak-kanak kecil seperti Amran terlalu comel sehingga pipi Amran kerap menjadi mangsa cubitan manjanya.
”Akak ni .. Amran tengok akak celalu cakap shorang-shorang. Dengan Amran tak nak cakap plak...,” rajuk Amran sambil menghisap ibu jari kanannya.
”Yela.. yela.. Nanti akak banje Amran ais kim eh? Lepas tu, boleh kita sembang-sembang.. Tapi, janganla hisap ibu jari tu lagi. Ish, budak ni! Makin menjadi pulak dia...” pujuk Ria sambil menarik jari Amran keluar dari mulut kecilnya.
”Yea.. yea.. dapat ais kim!!” Amran melonjak kegembiraan.
”Amran tunggu akak kat luar eh. Akak nak bayar barang-barang ni dulu..,” Ria Wirdani turut merasai kegembiraan itu. Senyuman yang disertai dengan lurah lesung pipit Amran, sering mengubat hati luka ini.
”Okay..,” Amran tidak banyak cakap. Dia patuh. Ria Wirdani memerhati kanak-kanak itu hilang di sebalik pintu.
Setelah mengambil 2 ais krim Paddle Pop dan buku latihan Chemistry, Ria Wirdani berhajat mahu membayar terus barang-barang yang diambil. Ketika dia membelok di sudut rak buku, tiba-tiba dia dirempuh.
Bedebuk!!!
"Ya Allah!!” kedengaran suara Ria Wirdani bergema. Sekelip mata sahaja, bertaburan semua barang-barang yang dipegangnya. Ria Wirdani terpaku. Beberapa pasang mata sekilas memandang insiden drastik itu. Ria Wirdani masih memerhatikan satu persatu barang barang yang bersepah di atas lantai.
Dia mendongak kepala dan, Anwar Haikal tepat di hadapannya!!!
“Awak dah buta ke?” marah Ria sambil mencekak pinggang.
‘Muehehehe.. inilah masanya untuk membalas dendam! Yehh!! Chayok Chayok!!’ sorak suara hatinya.
Anwar Haikal diam. Langsung tidak membidas soalan itu seperti sebelumnya. Dia duduk separuh mencangkung. Niatnya hanya satu. Mengutip kembali barang-barang yang terdampar kaku di atas lantai.
‘Uiksss, dah buang tebiat ke mamat ni?? Aku tak suruh pun, dia dah kutip?? Kenapa aku tengok muka dia sayu semacam je hari ni? Adoii.. Kesian pulak aku tengok dia..,’ nalurinya bimbang melihat mimik muka dan reaksi lelaki itu. Berlainan sekali.
”Nah.. Maaf ye..,” spontan Anwar Haikal memohon maaf sambil menghulurkan barang-barang tersebut.
Kelu lidah tidak terkata. Ria Wirdani terpana seketika. Dia menyambut huluran ikhlas dari lelaki pujaannya. Sekali lagi, dia terasa sayu tatkala memandang lelaki yang masih lengkap berpakaian sukan.

”Banyak jugak awak shopping kat sini ye.. Patutla muka pun dah macam belon..,” ujar Anwar Hakail, pedas! Ria tersedak.
‘Hampeh tol.. Rupanya ada udang di sebalik mee!!!’ getus hatinya, geram!
“ Anyway, latah awak kali ni lebih sedap telinga mendengar... Keep it up!!” sindir Anwar Haikal sebelum melangkah pergi. Sempat lagi dihantarnya senyuman sinisnya. Dia berlalu keluar dari Koperasi, meninggalkan Ria Wirdani yang masih terkulat-kulat di situ.
’Ya Allah.. perli aku ke ape ni? Sepatutnya aku la yang kena balas dendam! Ni, tak pasal-pasal sesuka suki dia je nak cakap camtu. Ya Tuhan.. berikanlah aku kesabaran.. Tapi, betul ke muka aku dah macam belon? Adehh.. Patutla Iyra cakap aku dah makin tembam. Lantak la!! Comel apa tembam-tembam ni? Ala-ala Doraemon gitu.. Huhuhu..,’ Ria cuba menahan gelak. Dia merasakan satu kebahagiaan mula menyuntik sanubarinya.
‘Kan bagus kalau tiap-tiap hari macam ni.. Kena perli pun aku sanggup, asalkan dia yang ada depan aku.. Ish!! Apa aku merepek ni?? Ria!! Sedo sikit diri tu!Berangan je lebih.. Dahla, baik aku pergi bayar dulu,’ Ria Wirdani cuba berpijak kembali di alam nyata. Dia terlalu banyak mengomel sendiri.
”Berapa kak?” tanya Ria.
“Nah.. Ni bakinya..,” Kak Yani menghulurkan 3 keping not RM10 dan beberapa keping duit syiling.
“Aikk!! Urus niaga apa pulak ni kak? Saya tak bagi duit pun lagi. Akak dah bagi baki,” rungut Ria, pelik.
“Tadi, dah ada orang tolong bayarkan untuk Ria. Dia bagi 50 ringgit. Bakinya, dia suruh bagi pada Ria,” jelas Kak Yani sambil memasukkan barang-barang Ria Wirdani di dalam beg plastik.
“La.. Sape pulak dah yang baik hati nak bagi duit raya kat Ria ni?” tanya Ria, makin pelik.
“Ala.. yang accident dengan Ria tadi la..,” ujar kak Yani sambil tersengih-sengih mengusik.
‘Anwar tolong bayar? Adehhh.. apela muslihat dia kali ni…? Tak faham aku dengan mamat ni...,’ ngomel hati kecilnya.
”Terima kasih ye kak..,” Ria menyambut baki wang tersebut dan mengambil beg plastic yang terisi lengkap barang-barangnya.
’Aku mesti bayar balik duit simpati ni!!’ tekad Ria.
Ria Wirdani melangkah keluar dari Koperasi KMPP. Dia cuba mencari kelibat Anwar Haikal, sekiranya lelaki itu masih berada di sekitar kawasan itu. Pandangan di alihkan ke kiri. Sasaran dijumpai! Anwar Haikal sedang berbual mesra dengan Amran. Kelihatan amran terkekeh-kekeh ketawa, manakala Anwar haikal rancak berceloteh. Tanpa melengahkan masa, Ria mengangkat kaki menuju ke arah mereka.
“Apa maksud awak sebenarnya ni? Saya tak perlukan duit awak la!” ujar Ria Wirdani, separuh menjerit. Dia tidak hirau lagi dengan pelajar-pelajar lain yang masih berlegar-legar di ruang kawasan tersebut.
Sekali lagi Anwar Haikal hanya berdiam diri. Satu keluhan terbit dari kerongkong.
”Kak.. nape ni kak? Nape akak cam marah abang je?” tanya Amran, sedikit ketakutan.
”Amran.. amran duduk tepi dulu ye dik. Nanti kita makan ais krim yang akak beli eh..,” Ria Wirdani memujuk. Dia tidak mahu tingkah lakunya itu bakal mengguris hati anak kecil yang masih mentah. Amran patuh dengan permintaan itu.
“Anggap jela duit tu sebagai tanda saya minta maaf pada awak..,” Anwar Haikal bersuara. Dia cuba menerangkan kedudukan sebenar meskipun kiasan hati masih belum disuarakan.
”Awak.. Saya tahu la awak anak orang senang, dan saya anak orang susah. Tapi, saya belum sampai tahap nak mengemis duit orang. RM50 ni bukannya sama taraf dengan harga 50 sen. Kalau saya berhutang 50 sen sekalipun, saya tetap akan bayar. Hutang ni bukan soal main-main. Roh takkan sampai ke langit, awak tahu tak?” hujah Ria Wirdani. Dia cukup pantang dalam soal sebegini.
”Saya tak bermaksud begitu la.. ” bait-bait ayat tidak mampu diteruskan lagi. Dia tidak menyangka gadis itu sanggup mengatakan sedemikian.
”Dahla.. Awak ambil balik la duit ni.. Saya tak boleh terima..,” Ria Wirdani tetap bertegas. Dia meletakkan 5 keping not RM10 di atas kerusi panjang tempat Anwar Haikal dan Amran duduk sebentar tadi. Dia tidak mahu bersoal jawab lagi. Lantas, dia meninggalkan Anwar Haikal tanpa menoleh lagi.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Part 6
Blok A2
19 Mac 2006
11:15pm
”Tien, saya ada story sikit ni.. Tu pun, kalau Tien sudi nak dengar,” Akhirnya Ria Wirdani tidak mahu bersekongkol dengan perasaan sendiri, dia inginkan pendapat dari rakannya yang dikenali semenjak di alam persekolahan lagi, Fatin Anis. Mereka menuntut di institusi pengajian yang sama setelah tamat pengajian di peringkat sekolah menengah. Fatin sering kali menjadi tempat dia meluahkan segala sesuatu yang melanda dirinya sepanjang menginap di situ.
”La.. Ria ni.. Macam tak biasa pulak. Bagitahu jela.. Tien tak kisah pun..,” Fatin tersenyum seketika. Dia sudah selesa dengan Ria Wirdani.
”Saya.. saya.. ada admire kat someone..,” ujar Ria Wirdani.
”Eh.. Ok la tu, budak kuliah mana? Hayat ke fizik?” pantas Fatin mencelah.
“Fizikal, F6,” jawabnya, ringkas.
“Nama? Mana tahu Tien kenal ke..,” Fatin tampak berminat untuk mengetahui lebih lanjut.
”Anwar Haikal.. Dia ni jenis pendiam sikit..,” Ria Wirdani masih lagi kelihatan malu-malu untuk bercerita.
”Erm.. Tak pernah dengar pulak nama tu.. Cerita la lagi pasal die.. Macam mana Ria boleh minat kat dia? Macam mana boleh kenal? Satu LDK ke?” tanya Fatin, semakin berminat.
“Bukan.. Macam mana eh nak cakap? Kitorang tak kenal pun. Cuma dari mula belajar kat sini lagi, selalu sangat bertembung ngan dia. Kadang-kadang tu, pelik jugak. Yela, orang lain cakap dia ni baik la, tak cakap dengan perempuan la, itula inila.. Sampai saya pun tak tahu yang mana satu betulnya..,” Ria Wirdani mengadu segala yang tersirat di lubuk hatinya.
“Apa maksud, Ria? Tien tak bape faham lagi ni..” pohon Fatin, pinta kepastian.
“Maksud Ria.. Bila depan Ria, dia tak jadi seperti diri dia sendiri. Dia lain. Dia banyak cakap. Kitorang tak pernah kenal, tapi macam ada something yang mengikat kami.. Dia pun tak pernah tegur Ria secara rasmi. Selalunya, secara tak rasmi je. I mean, bila terserempak je.. ,” Memori lalu datang menjelma sepintas lalu. Meskipun hanya seketika, namun ianya cukup bermakna.
“Erm.. Biasanya, bila kita berhadapan dengan orang yang kita suka atau minat, kita akan jadi hipokrit. Maksudnya, kita nak jadi orang lain di hadapan orang yang kita suka. Sedangkan kita tak tahu sama ada perubahan tu membuatkan orang yang kita suka tu akan pandang dua mata, sebelah mata ataupun tak pandang langsung. Tapi, seeloknya we need to be ourselves. Supaya orang boleh terima kita seadanya. Maybe, that guy nak tarik perhatian Ria kot..,” jawab Fatin.
Ria Wirdani tersenyum nipis. Dia senang bercerita tentang lelaki itu. Terasa bagaikan ada sesuatu yang membangkitkan jiwanya. Barangkali kebahagiaan dirasakan setiap masa. Lantas dia meneruskan lagi kisah-kisah yang dilalui sepanjang berada di KMPP. Segala kenangan diterangkan satu persatu. Walaupun berulang kali dia berbicara soal kenangan itu pada rakan-rakannya yang lain, Ria Wirdani tidak jemu. Langsung tidak bosan biarpun bait-bait perkataan yang sama sahaja yang meniti di bibirnya.
Setelah lama berceloteh, Ria Wirdani berhenti bercakap. Fatin Anis yang menumpukan perhatian sepenuhnya sedari awal lagi, mula berfikir sejenak. Ria Wirdani menanti jawapan dari rakannya dengan sabar. Dia mengharapkan sesuatu yang lebih positif.
”Ok.. Macam ni la.. Ni cuma pendapat Tien jela.. Terpulangla Ria nak terima ke tak.. Tien rasa, dia sememangnya dah sedar kewujudan Ria dalam hidup dia. Yela, dah banyak kali terserempak kan.. Takkan dia masih tak perasan lagi. Tapi, dalam hidup ni kena selalu buat 2 andaian. 1 yang positif, 2 yang negatif. Yang negative, mungkin dengan hint yang dia bagi tu hanyalah sekadar nak bagi Ria perasan. Biasala.. orang lelaki ni mudah naik syeikh kalau ada orang perempuan minat kat dia. Yela, sape tak seronok kalau dapat tahu ada orang minat kat kita kan? Mungkin dia sendiri pun belum pasti dengan perasaan dia. Ataupun mungkin dia sengaja tunjuk yang dia pun suka kat Ria. Itu, Tien tak tahula betul ke tak. Then, yang positifnya.. Manala tahu dia pun minat kat Ria jugak..,” ulas Fatin Anis, diakhiri dengan senyuman manis. Dia menghuraikan pendapat itu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya. Ternyata pendapat itu diterima akal pemikiran Ria Wirdani.
’Betul jugak tu.. Tak semestinya hint-hint yang dia bagi tu ’betul’.. Ish, nampaknya aku ni syok sendiri ke? Alamak.. kenapa la aku tak terfikir sebelum ni?’ duga hatinya.
“Ria? Termenung pulak die..,” suara Fatin Anis mengganggu kata nalurinya.
“Jadi, Tien rasa.. Ria ni ada kemungkinan ’ss’ la eh?”
”SS??”
”Maksudnya ’syok sendiri’..,”
”Yang tu.. Cuma that guy yang boleh jawab.. Kalau ikutkan apa yang Ria cerita tadi, secara hipotesisnya Tien boleh kata.. 90%, dia pun rasa apa yang Ria rasa. Yang Tien peliknya, kenapa la dua-dua tak nak terus terang? At least, kenal-kenal la dulu. Ini tak, hujan tak de, ribut tak de, tiba-tiba datang angin taufan.”
”La.. takkan Ria nak jadi perigi cari timba? Tak manis la. Lagipun, Ria segan lagi dengan dia...,”
“Terpulang la pada Ria. Tien Cuma cakap apa yang patut. Tien tak nak Ria menyesal je,”
“Err.. terima kasih ye Tien. Ria sebenarnya dah lama tunggu jawapan yang sebenar. Walaupun masih samar-samar, sekurang-kurangnya Ria dah tahu sebahagiaan hakikat itu,”
”La.. takde apa pun. Ria tak payah risau la. Ada jodoh takkan kemana..,”
“Yela.. Okla tien, Ria nak balik bilik dulu eh. Thanks..,”
”Nak orang teman ke?”
”Eh.. Tak pe. Dah biasa jalan sengsorang. Okla, Bye tien..,”
”Jalan elok-elok ye. Bye..,”
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Part 7
Bilik Tutoran Sains 3
21 April 2006
3:49pm
“Sebelum anda meninggalkan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang untuk selama-lamanya, sila pastikan anda sudah membeli majalah kolej untuk kenang-kenangan,” Pengumuman terakhir bergema di seluruh tempat peperiksaan, bilik tutoran sains, makmal sains, pusat sumber, bilik tutoran 1 dan 2, dan juga dewan peperiksaan.
Hari ini merupakan hari terakhir mereka berpijak di bumi Matrikulasi. Tepat jam 3:45 petang, adalah titik noktah terakhir untuk peperiksaan Chemistry sekaligus menjadi penamat bagi sessi pembelajaran 2005/2006. Para pelajar sudah tidak sabar untuk keluar dari bilik peperiksaan masing-masing. Tempat mereka mencurahkan segala usaha dan penat lelah, serta bersekang mata sepanjang hari. Peperiksaan Akhir Semester 2 bakal menentukan masa sejauh mana masa depan yang akan mereka tempuhi. Masing-masing menarik nafas lega setelah tamat peperiksaan yang seumpama medan pertempuran yang ‘dahsyat’. Semata-mata kerana itulah, mereka bermati-matian memperjuangkan hak masing-masing. Segala ilmu yang dipelajari digunakan sebaik mungkin ketika bertempur di saat genting.
”Anda boleh keluar sekarang,”Setelah semua pensyarah bertugas memastikan kertas peperiksaan sudah dipungut dan mencukupi, para pelajar dibenarkan keluar. Di wajah mereka terlakar kiasan hati yang girang dan gembira. Saat-saat yang dinantikan telah pun tiba. Mereka bebas!Hari terakhir di KMPP dimanfaatkan sebaik mungkin. Ada yang mengambil peluang berbual seketika dengan pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan. Ada juga yang sibuk ke sana ke mari untuk bergambar kenangan di KMPP. Tidak kurang juga yang terkocoh-kocoh pulang ke asrama masing-masing untuk pulang ke kampung halaman. Pintu masuk KMPP ternyata begitu sesak dengan kehadiran ibu bapa para pelajar. Ada yang datang sedari pagi lagi demi anak-anak tercinta. Sanggup menunggu dengan sabar supaya anak-anak mereka berpeluang menghabiskan sisa-sisa hari terakhir mereka bersama rakan sebilik.
Suasana sebegini mengundang air mata yang melimpah di pipi. Meskipun mereka bersama hanya untuk setahun, namun kesannya terlalu mendalam. Persahabatan yang dibina tidak mungkin lenyap begitu sahaja. Masing-masing berjanji setia supaya ikatan itu akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat walaupun mereka berjauhan. Beberapa orang pelajar mengambil keputusan untuk stay sehari di KMPP atas kebenaran penyelia asrama. Segala-galanya terasa begitu pantas masa itu berlalu. Bagaikan baru semalam mereka bertemu, namun hakikatnya hari ini mereka perlu berpisah. Kerana setiap pertemuan sudah pasti akan berakhir dengan perpisahan. Meraka terpaksa akur dengan takdir itu.
Ria Wirdani masih lagi berada di dalam bilik tutoran sains. Hanya tinggal dia seorang sahaja di dalam bilik peperiksaan itu. Tiada sedikitpun rasa excited untuk pulang ke kampung di selatan semenanjung. Dia mengelamun seketika. Sengaja diputar kembali kenangan di kolej itu bersama rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan tidak lupa kenangan bertemu dengan insan teristimewa dalam hidupnya. Tiada kata mampu diungkapkan bagi menggambarkan situasi sebenar hati dan perasaannya di kala ini. Dia sendiri kurang pasti apakah ini yang dinamakan kesedihan? Tiada jawapan yang diberi. Raut wajahnya kelihatan mendung dan tidak bermaya. Dia seakan tidak mahu hari ini tiba. 21 April, hari yang cukup menakutkan baginya. Hari yang bakal memisahkan segala-galanya.
”Eh, Ria! Awak buat apa kat dalam ni? Tak nak balik ke?” Nadia muncul tiba-tiba. Bahu Ria Wirdani sedikit terjungkit setelah ditegur ketika dia keseorangan.
“Jomla Ria. Kitorang nak pergi PS kejap. Tunggu semua geng kita keluar dulu. Lepas tu, boleh kita ambil gambar sama-sama,” Miera mencelah.
”Erm.. Yela..,” jawab Ria, sedikit acuh tak acuh.
”Kenapa Ria? Muka macam tak happy je..,” Nadia bimbang melihat mimic muka rakannya itu.
”Takde ape. Jomla.. Nanti diorang tertunggu-tunggu pulak,” Ria Wirdani bangkit dari tempat duduknya.
Mereka keluar beriringan dari bilik tutoran. Nadia dan Miera berbual sambil berjalan. Ria Wirdani lebih ke depan dari mereka. Dia tidak banyak bercakap.
Sedang Ria Wirdani melalui tangga kecil menuju ke Pusat Sumber KMPP, Anwar Haikal melintas di tepi. Untuk kesekian kalinya, mereka berselisih bahu tanpa bertegur sapa. Masing-masing tunduk ke bawah. Tiada lagi pertengkaran kecil yang menjadi bibit-bibit hiasan pertemuan mereka. Yang ada hanyalah deruan angin yang membawa bingkisan hati itu. Mereka tidak mampu bersuara lagi. Apatah lagi untuk memulakan sebuah perkenalan. Tanpa mengenali antara satu sama lain, mereka menyimpan satu hasrat di hari terakhir mereka bersua muka. Hasrat mereka hanya satu, impian mereka hanya satu, dan harapan mereka hanya SATU. Moga 21 April bukanlah hari terakhir mereka bertemu, bersulam kasih. Malah diharapkan agar jodoh itu tetap berkekalan dan tidak berpenghujung biarpun mereka tidak pernah mengenali hati budi masing-masing.
Ria Wirdani dan Anwar Haikal tidak mampu menoleh ke belakang. Mereka takut, mereka bimbang seandainya mereka tidak lagi ditakdirkan untuk ’bersatu’. Satu keyakinan tumbuh di sudut hati, jika mereka dicipta adalah untuk bertemu, maka tidak mustahil jika mereka dipertemukan untuk berpisah. Mereka pasrah. Segala ketentuan diserahkan bulat-bulat kepada Yang Maha Mengetahui. Percaturan dariNya diterima tanpa bantahan dan tokok tambah. Meraka akur dengan paradigma itu. Lantas, satu keputusan dijunjung di hati kedua-dua insan yang bernama Ria Wirdani dan Anwar Haikal. Keputusan yang nyata memeritkan lagi menyakitkan. Menanti dan terus menanti. Andaikata penantian itu satu penyeksaan maka mereka mahu ubah persepsi itu agar penantian itu bukan lagi menyeksakan. Kerna mereka tahu bahawa penantian itu satu pengorbanan. Perngorbanan itulah yang bakal menguji kesetiaan hati mereka. Tuhan lebih mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.
Ku Menunggu – Siti Nurhaliza

Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu…
Aku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah agar kembali…
Ku tunggu angin perubahan
Barat utara timur selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan
Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini engkau di sana
Sayup jauh terpisah
Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
Ku menunggu...
Air mata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi
Di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada Tuhan...
Masih lagi seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah agar kembali...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Part 8
Persisiran Pantai Johor
11 Januari 2012
5:17pm
6 tahun kemudian...
Deruan ombak berlagu riang. Sisiran bayu mengusap lembut pipi putih Ria Wirdani. Awan putih, langit biru berarak sepi disertai kicauan burung-burung di ruang angkasa. Tanpa beralaskan kasut di tapak kaki, pasir pantai menjadi teman setia untuk sepasang kakinya berpijak di bumi. Bebola mata merenung dan menghayati setiap satu keindahan serta keasyikan ciptaanNya. Sesekali terbit kata pujian melangit tinggi kepada Yang Khalik. Memuji dan mengkagumi kebesaran Tuhan umpama menggugurkan dosa-dosa sebanyak kejora-kejora di atas sana. Tudung biru serta baju kurung yang sedondon warnanya, menyelimuti tubuh dibiarkan beralun ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Kedua-dua tangannya disilangkan dan dia berpeluk tubuh yang bermandi kesejukan.
Hampir 6 tahun dia meninggalkan dunia Matrikulasi. Namun, sisa-sisa memori indah di sana masih terpahat kukuh di ingatannya. Segala kemanisan serta kepahitan hidup bergelar seorang pelajar tetap mekar di sanubari. Sulaman usaha yang tidak pernah henti-henti ternyata membuahkan hasil. Anyaman sebuah kesabaran merempuh ranjau nan berduri, penuh berliku menambahkan lagi kecekalan jiwa yang dimilikinya. Fitrah hidup itu sama sekali tidak mematahkan semangatnnya untuk terus berjuang demi keluarga tercinta dan sekaligus mengangkat martabat agama yang dijunjung. Berbekalkan prinsip Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, Esok merupakan khayalan yang belum nyata dan Hari ini menjadi penentu siapa diri kita, Ria Wirdani kian menggapai puncak kejayaan.
Kini, dia sudah mampu menarik nafas lega dengan pencapaian yang diidam-idamkannya selama ini. Setelah menamatkan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ketika di usia 19 tahun, dia berjaya mendapat tawaran sambung belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Pengkhususan bidang yang diambil berdasarkan minat yang dipupuk sedari kecil lagi. Memiliki cita-cita untuk bergelar seorang doktor, semestinya Ria Wirdani perlu bekerja keras untuk survive di alam universiti yang penuh dugaan. CGPA yang diperolehi setiap semester ternyata begitu membanggakan sehingga dia mampu melayakkan diri ke pringkat yang lebih tinggi. Setapak demi setapak tangga didaki bukan hanya dengan goyang kaki semata-mata, tetapi penuh dengan penat lelah yang ditanggung untuk tiba di puncak. Meskipun kegembiraan yang bertapa di hatinya, masih terselit serangkai kesedihan yang bergoncang. Segelintir rakan-rakannya makin ramai yang terkandas di tengah landasan. Adakalanya dia tidak mampu memimpin rakan-rakannya kembali ke landasan yang betul.
Kekal segar lagi saat-saat manis dalam hidupnya ketika dia memakai jubah hitam yang labuh beserta topi empat segi dan memegang erat segulung ijazah. Setiap detik bagaikan membaik pulih sel-sel yang mati di dalam darah dan menjana semula sel-sel baru yang mengalir. Lebih membahagiakan tatakala melihat tangisan penuh rasa syukur dari kelopak mata ibu dan bapanya. Mereka tersenyum bangga menyaksikan acara konvokesyen anak sulung mereka. Tiada kata mampu diungkapkan lagi setelah melihat anak itu berjaya membuktikan bahawa anak seorang nelayan juga mampu memegang segulung ijazah! Ria Wirdani bertungkus lumus selama ini demi ibu dan bapanya yang kian dimamah usia. Dia tidak pernah merungut jika inilah habuan yang diperolehinya. Dan rasa syukur dipanjatkan selaut luas dan selangit tinggi kepada Yang Maha Esa.
Setelah bergelar graduan universiti, Ria Wirdani lebih bernasib baik berbanding rakan-rakan seangkatan dengannya. Dia diberi tawaran untuk memegang jawatan doktor pelatih sementara di Hospital Besar Kuala Lumpur. Tawaran itu jarang sekali mampu dimiliki oleh anak-anak melayu kita yang rata-rata banyak bergantung pada orang lain. Berbekalkan secubit ilmu yang dipegang, dia cuba menjalankan tanggungjawab itu penuh dedikasi. Mimpi bukan lagi khayalan, tetapi bertukar menjadi kenyataan! Dan kini, kenyataan itu terhidang depan mata dan dia sama sekali tidak akan melepaskan peluang berharga itu. Setelah menjangkau usia 25 tahun, dia berbangga kerana mampu menggembirakan hati orang tuanya.
”Kak Long! Kak Long! Kak Long!” jerit Aina Darwini, adik bongsu Ria Wirdani yang masih menuntut di peringkat sekolah menengah. Dari jauh lagi kelihatan Aina tergopoh gapah berlari-lari anak dengan masih berpakaiaan sekolah. Selangkah demi selangkah diatur laju menuju ke arah kakak sulungnya. Ria Wirdani tersenyum sambil menggelengkan kepala tatkala melihat gelagat adik bongsunya yang agak gempal tubuhnya. Aina Darwini baru mencecah usia 16 tahun baru-baru ini.
“Kak Long.. Huh.. huh.. huh.. huh.. Letihnya kak… Huh.. huh.. huh.,” Akhirnya Aina tercegat di hadapan Ria Wirdani. Dia tercungap-cungap seketika. Dalam keadaan masih termengah-mengah, Aina cuba menggapai ruang udara supaya dia kembali selesa untuk bernafas dan denyutan nadi kembali normal.
“Adik.. Adik.. Akak tak pergi mana-mananya.. Kat sini jugak. Yang adik lari tadi tu kenapa? Kan dah letih adik akak ni...,” Ria Wirdani amat memanjakan adik bongsunya, satu-satunya adik perempuan yang dimiliki. Ria Wirdani mempunyai seorang lagi adik lelaki, Saiful Hanif yang kini menuntut di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara. Dia menceburi jurusan seni bina di universiti tersebut. Saiful Hanif yang gemar melukis dan bakal bergelar seorang arkitek suatu hari nanti. Saiful Hanif turut tidak menghampakan ibu bapa mereka dan sentaisa menjanjikan yang terbaik demi keluarga.
”Kak! Baru-baru ni kan.. Ada putera raja dari kayangan masuk meminang kak long!” Aina terus straight to the point.
”Erm... Yela tu dari kayangan.. Sape pulak kali ni?” tanya Ria, seperti sudah mengagak perkhabaran berita yang bakal diketahuinya.
“La.. Betul la kak. Putera raja masuk meminang. Tapi, bukan dari kayangan la. Dari planet bumi jugak…,” Aina membetulkan fakta.
“Mak dengan abah cakap apa?” rasa bimbang turut bermukim di ruang hati sekiranya ibu dan ayahnya menerima bulat-bulat pinangan tersebut. Bukan dia tidak mengerti hajat di hati kedua-dua orang tuanya. Cuma dia sengaja pura-pura tidak memahami dan enggan mengambil tahu buat sementara waktu. Alasan kukuh dibina ialah dia mahu menyara hidup mereka keluarga sebelum menti alam rumahtangga. Itu janji yang dipatri, dan dia tetap akan mengotakannya.
“Mak dengan abah.. Macam biasala kak. Tunggu keputusan kak long dulu..,” jawab Aina tanpa ragu-ragu. Aina memandang kakak sulungnya disertai keluhan yang melewati kerongkong. Ria Wirdani masih lagi diam membisu.
”Adik rasa.. Kak long dah tak boleh tolak kali ni. Akak faham-faham jela. Mak kita tu dah macam tak sabar nak timang cucu. Setiap kali kak long balik pun, mesti soalan sama yang mak tanya. Adik pun tak faham la dengan akak ni. Takkan la seumur hidup kak long nak tinggal dengan kami. Kak long tak teringin ke nak ada keluarga sendiri..?” tanya Aina, cuba menyelami ertis ebenar hati Ria Wirdani.
“Keinginan tu mestilah ada dik.. Setiap manusia punya fitrah ingin disayangi dan menyayangi. Cuma kak long rasa belum sampai masanya lagi..,” Ria Wirdani memebrikan jawapan yang difikirnya agak munasabah.
”Belum sampai masa apa lagi kak.. Kak long nak tunggu sampai jadi andartu a.k.a anak dara tua ke?” gertak Aina.
”Ish.. adik ni! Ke situ pulak die!” bantah Ria.
”Manala tahu.. Yang tu antara cita-cita kak long kan..,” ejek Aina.
“Dah.. Jangan nak membebel pulak. Cukupla mak yang bagi tekanan. Adik jangan nak tambah lagi tekanan kak long. Lagipun kak long bukannya tua lagi, baru 20 lebih la dik..,” Ria Wirdani cuba berlagak tenang.
“Erm.. Baru 20 lebih konon. Kang tup tup, lip lap lip lap, kak long dah 30 lebih, baru nak cari pasangan hidup, macam tu eh kak?” sekali lagi Aina mengejek dengan nada bergurau.
“Takla sampai 30.. Insya allah.. Dalam masa terdekat ni, kalau ada jodoh akak kahwin la. Yang adik risau sangat ni, kenapa?” Kadang kala Ria Wirdani tidak tahan juga dengan ke’kepoh’an adik bongsunya.
”Jadi.. kak long nak terima la pinangan putera raja tu?” Aina bertanya kembali. Soalan Ria Wirdani dibiarkan tanpa jawapan.
”Tak semestinya dia..” Tidak tergerak sedikit pun hatinya untuk menerima pinangan lelaki itu. Malah, sekelumit pun tidak terbuka akalnya untuk menjadi suri hidup bagi seorang lelaki dari golongan atasan.
”Eee.. kak long ni, pelik tul la! Orang lain berangan nak kahwin dengan putera raja, Kak long pulak tak nak.. ,” Aina sendiri kurang mengerti apa sebenarnya yang diinginkan oleh kakaknya.
“Akak boleh terima pinangan tu.. Tapi, bukan untuk akak la. Untuk adik!” sengaja Ria bergurau.
”Eh, apa pulak adik yang kena? Mahu adik kena kejar dengan mak keliling kampung kalau kahwin sekarang..,” Aina tidak mengalah.
”La.. apa salahnya? Pasal mak tu, tak payah risau la. Akak boleh backup adik,” janji Ria.
“Tak payah susah-susah la kak. Pandai-pandai pulak dia nak tukar topik. Akak sendiri pun tak kahwin lagi, ngada-ngada nak suruh kita kahwin. Pelik tol la akak ni. Pinangan sebelum ni bukan calang-calang orang yang datang. Tapi, sorang pun takde yang melekat. Akak dah ada boyfriend ke? Kalau dah ada, suruh jela dia masuk minang,” cadang Aina
“Takde la dik..,” akui Ria.
“Takkan takde kot? Adoiiii.. Akak ni jual mahal sangatla,” Aina kurang percaya dengan statement yang baru dinyatakan oleh Ria Wirdani.
”Habis tu, takkan nak buat jualan mega sale pulak. Kita ni ada harga jugak tau..,” sering kali Ria cuba memepertahankan diri.
“Yela tu kak.., Oh ye! Adik ada satu perkara lagi nak bagitahu ni. Tapi, kak long janji jangan cakap kat mak ye. Perkara ni pun, abang ngah yang bagitahu..,” Gelaran abang ngah ditujukan kepada Saiful Hanif, abang kepada Aina Darwini yang juga merupakan adik lelaki Ria Wirdani.
”Perkara apa pulak ni? Macam suspen je…,” ujar Ria, tidak sabar.
“Sebenarnya, ada sorang lagi yang masuk minang kak long sebelum putera raja tu. Tapi, mak tak nak kitorang heboh-heboh,” beritahu Aina dalam keadaan separuh berbisik.
“Siapa dik?” Entah kenapa Ria Wirdani berminat untuk mengetahui tentang jejaka itu. Bagaikan ada sesuatu yang menariknya seperti magnet.
“Adik tak kenal la kak long.. Yang adik tahu, lelaki tu bukan asal sini. Dan dia bukan dari golongan yang sebelum ni masuk meminang akak. Ayah dia pemandu teksi, mak dia ambil upah menjahit,” serba sedikit Aina mengolah cerita yang diketahuinya dari Saiful Hanif.
“Dia pulak?” tanya Ria, semakin berminat.
“Dia.. mengajar kat sekolah rendah. Seorang ustaz,” jawab Aina, ringkas.
”Kenapa mak tak nak akak tahu pasal ni?” Ria Wirdani agak kecewa. Masakan ibunya merahsiakan perihal jejaka itu.
”Entah la kak.. Agaknya mak harap akak terima putera raja tu kot..,” Aina membuat telahan sendiri.
' Demand jugak mak aku ni...,’ detik hati Ria.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Perkampungan Nelayan
11 januari 2012
8:19pm
Keheningan malam kian menjengah ruang angkasa. Laut yang pada siangnya surut, kini kembali menjejak persisiran pantai. Siang malam silih berganti. Matahari dan bulan bertukar ganti. Mengikut acuan Tuhan, mereka patuh atas perintah itu. Di hujung kampung, Ria Wirdani sekeluarga berkumpul setelah lama tidak makan bersama di bawah bumbung yang beratapkan kayu. Mereka bersila beralaskan tikar mengkuang di ruang dapur. Tradisi itu sukar dikikis, mereka selesa biarpun hanya bersila. Makanan kampung yang dimasak oleh Ria Wirdani, dinikmati penuh selera oleh mereka sekeluarga.
“Ria.. macam mana dengan keputusan Ria? Jadi ke?” Rahimah, ibu Ria Wirdani mencelah ketika mereka asyik menjamu selera.
“Jadi? Jadi apa mak?” Ria Wirdani berhenti menyuap makanan.
“Pasal pinangan tu.. Erm.. Mak harap sangat Ria dah ada pasangan hidup dalam masa terdekat ni. Lagipun, mak dah malu nak tolak pinangan orang, nak. Nanti apa pulak kata orang kampung kita nanti..,” luah Rahimah.
“Entahla akak ni.. Cuba la consider sikit..,” Saiful hanif menyampuk.
“Biarla die fikir dulu imah.. Yang nak kahwin tu, anak kita. Soal masa depan dia jugak…,” Daud, bapa kandung Ria Wirdani tidak banyak karenah. Dia senang mengikut rentak anak gadisnya tanpa memaksa. Daud yang kini banyak berehat di rumah akibat penyakit strok yang dihidapi, sentiasa backup anak sulungnya. Semenjak Daud tidak turun ke laut untuk mencari rezeki, Ria Wirdani yang menyara hidup mereka.
Ria Wirdani tersenyum nipis ke arah bapanya. Abahnya sentiasa memahami suara hatinya. Manakala Aina Darwini tidak menghiraukan perbualan mereka anak beranak. Ketika menjamu selera, dia tidak gemar bercakap. Lebih banyak menumpukan perhatian kepada rezeki di hadapan matanya.
”Ria boleh terima pinangan kali ni.. Tapi, bukan yang dari kerabat diraja. Ria terima yang sorang lagi..,” Ria Wirdani berterus terang. Setelah melakukan solat istikharah berkali-kali, dia yakin dengan petunjuk dariNya.
Aina Darwini dan Saiful Hanif tersedak serentak. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing mula beradu mata.
”Sorang lagi?” Rahimah menjeling sekilas ke arah Aina dan Saiful.
”Ria terima pinangan ustaz..,” ujar Ria, penuh ikhlas.
”Mak!Angah tak bagitahu kak long pun. Adik kot yang bagitahu,” Saiful Hanif tuduh melulu. Dia tidak mahu dipersalahkan.
“Apa pulak angah ni? Angah sendiri yang bagitahu adik. Adik.. Bagitahu kak long jela..,” Aina enggan berselindung. Dia tetap akan berterus terang meskipun bakal dimarahi ibunya.
“Dah.. Dah.. Tak payah nak gaduh-gaduh. Memang patut pun Ria tahu.” Daud menenangkan keadaan.
”Mak bukan apa Ria.. Mak nak tengok Ria hidup senang..,” Rahimah tidak mahu anaknya bersusah payah bekerja siang dan malam di hari kelak.
”Ria tak biasa hidup senang, mak.. Ria dah biasa hidup macam ni.. Lagipun, Ria rasa lebih baik Ria pilih orang yang sekufu dengan kita. Tak salah kan mak?” Dia menjaga tutur kata agar tidak mengguriskan hati ibunya.
“Memang tak salah, nak.. Tapi, Ria kan bakal jadi doktor. Ria pun kena ambil yang setaraf dengan Ria..,” hasrat hati seorang ibu begitu menggunung tinggi.
”Erm.. Cukupla sekadar dia mampu bawa Ria meniti siratul mizan di akhirat kelak..,” ujar Ria Wirdani, penuh bermakna.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Part 9
Perkampungan nelayan
21 Januari 2012
2:32pm
Ria Wirdani baru sahaja tiba di perkarangan rumah setelah keluar melawat neneknya yang tinggal tidak jauh dari kediaman mereka sekeluarga. Setiap kali Ria wirdani berpeluang untuk pulang ke kampung, pasti dia akan singgah di kampung nenek kesayangannya, Tok Esah yang masih tinggal berseorangan tanpa teman. Tok Esah enggan sama sekali berganjak dari rumah pusaka yang diwarisi sejak turun temurun. Beberapa orang anaknya beebuih mulut meminta dan merayu agar Tok Esah tinggal bersama mereka setelah sepeninggalan arwah suaminya, Tok Kassim. Kedegilan Tok Esah nyata tidak mampu melawan desakan anak-anaknya yang rata-rata menetap di selatan semenanjung. Tok Esah masih setia dengan rumah pusaka itu. Wasiat itulah yang membuatkan dirinya sentiasa hampir dengan suami tercinta meskipun selama 3 tahun dia bersendirian. Dia tidak betah hidup di tempat lain selain dari rumah pusaka itu.
Tok Esah senang bercucuk tanam dan memelihara beberapa binatang peliharaan bagi menghilangkan rasa bosan di kampung. Semenjak usia muda lagi, Tok Esah suka melakukan kerja-kerja yang banyak menggerakkan anggota badannya. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya di usia yang semakin senja, Tok Esah masih ligat di ladang. Berbekalkan cara pemakanan yang sihat dari generasi ke generasi, Tok Esah sentiasa cergas dan jarang menghidap penyakit-penyakit kecil. Ria Wirdani bangga dengan neneknya itu. Sedikit sebanyak gaya hidup yang diamalkan oleh wanita yang sudah menjangkau usia 70-an memberi manfaat pada dirinya sendiri.
Setelah Ria Wirdani melangkah keluar dari perut kereta kancil colour silver , dia agak hairan demi terpandang sebuah kereta Proton Saga merah di halaman rumah. Pada hari-hari biasa, jarang ada tetamu yang berkungjung ke rumah apatah lagi di waktu sebegini. Tika ini matahari sedang gah menyinar terpacak di dada langit, namun masih ada lagi yang sudi bertandang ke rumahnya. Plat nombor kereta Proton Saga merah diperhatikan dan diteliti.
'Siapa pulak datang masa ni? Tak pernah nampak pun.., Kawan angah ke?’ duga Ria. Dia malas untuk berfikir panjang lalu mula mengorak langkah menuju ke pintu utama.
"Assalamualaikum..” Salam yang mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam meniti lancar dibibir Ria Wirdani.
"Waalaikumusalam..” Dari dalam kedengaran salam dijawab serentak oleh penghuni-penghuni di situ.
"Ha.. panjang pun umur kak long.. kitorang baru je sebut nama akak tadi,” Aina Darwini menghampiri kakaknya sepintas lalu. Dia terlebih dahulu mencelah. Lengan tangan kanan Ria Wirdani ditarik perlahan dan memberi ruang untuk kakaknya duduk di atas sofa yang agak lusuh.
Ria Wirdani tergamam. Seorang demi seorang dipandangnya, namun tiada seorang pun yang dikenalinya. Lantas bebola mata yang kecil itu tertancap pada seraut wajah yang pernah suatu ketika dahulu beraja di kotak ingatannya. Dia mengamati insan tersebut dengan dahi yang agak berkerut. Akalnya dipaksa bekerja keras untuk mencari kembali maklumat-maklumat penting berkenaan lelaki terbabit. Dan.. Maklumat ditemui!
'Anwar Haikal???’ sekali lagi hatinya terdetik setelah sekian lama nama itu tidak berkumandang di kamar hatinya. Bertahun lama jantung di dalam dada tidak berdegup sedmikian rupa. Berbulan lama dia tidak merasai rasa gemuruh sebegini. Berminggu lama dia merindui perasaan ini yang seumpama makin luput dibawa goncangan masa. Ria Wirdani bahagia sejenak. Gembira. Seronok. Takut. Cemas. Gemuruh. Bimbang. Malu. Kesemua elemen itu bergabung menjadi satu! Kelu lidah untuk memutarkan bicara. Sebak di dada ibarat terpekung dan terasa sempit. Apakah ini yang dikatakan ketentuan telah tercatit semenjak azali lagi?
Perasaan yang berkabung di jiwa masih lagi sama seperti dahulu. Sebesar zarah sekalipun, ia langsung tidak berubah. Keyakinan yang dipupuk kian membajai rasa kasih yang tersemat. Rindu yang ditahan kini terhambur jua. Benarla kata orang.. ’Kalau dah jodoh takkan ke mana..’. Terpisah 7 benua sekalipun, kuasa Tuhan tetap mengatasi segala-galanya. Segala memori-memori indah melayar semula di ruang ingatan, bak kuntuman bunga yang layu namun kembali mekar di bumi Tuhan. Terlalu indah untuk dilafazkan kata-kata. Taman hatinya kini semakin berseri-seri dihiasi panorama semulajadi.
Anwar Haikal tidak banyak berubah. Tetap seperti dahulu. Cuma sedikit sahaja yang berubah. Mukanya masih jernih seperti dahulu nyata menyejukkan hati sesiapa yang memandang. Cermin mata berbingkai empat segi colour biru yang lekap di mata tampak lebih bergaya dan elegant. Anwar Haikal kelihatan lebih tegap dan berisi berbanding ketika dia baru menginjak usia pra-dewasa. Perubahan itu sama sekali tidak mengubah gundah-gulana yang bersarang di sanubari Ria Wirdani. Getaran nafas kekal dirasakan di setiap hembusan. Sudah sekian lama perasaan ini tidak bertinta di nota diari hidupnya. Perasaan ajaib yang hanya dirasakan ketika bertemu muka dengan Anwar haikal. Anehnya, hanya Anwar Haikal yang berhak merubah suara hatinya. Tidak pula dirasakan kiasan hati itu pada insan lain dari kaum adam melainkan Anwar Haikal.
"Ria.. mereka ni datang nak minta kata putus dari Ria sendiri..,” Rahimah bersuara selaku tuan rumah. Dia agak keberatan untuk memberikan kata putus walhal sebelum ini anak sulungnya sudah memaklumkan keputusan tekadnya.
Ria Wirdani tersenyum lebar. Dia menghampiri sepasang suami isteri yang belum ditegurnya. Tapak tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Saleha, wanita yang berusia lingkungan 50-an, merangkap ibu kepada Anwar Haikal. Saleha menyambut dengan mesra. Kemudian, Ria Wirdani tunduk hormat di hadapan bapa Anwar Haikal, Marzuki dan lelaki itu membalas dengan mengangguk kecil dikuti seukir senyuman. Sejuk mata kedua-dua mereka tatkala memandang wajah bujur sirih Ria Wirdani. Tanpa sebarang make up di raut muka itu, Ria Wirdani tetap kelihatan anggun.
"Maaf ye mak cik, pak cik.. Ria, keluar jenguk nenek kat kampung tadi. Dah lama sampai?” Ria Wirdani memulakan tutur kata dengan tertib dan penuh rasa hormat.
"Baru je, nak.. Tak payahla bermak cik pak cik lagi Ria. Panggil je mak cik.., umi. Pak cik kat sebelah ni.., ayah. Boleh, Ria?” Bunga-bunga gembira terserlah di muka Saleha, mencerminkan lukisan hatinya. Sudah lama dia berhajat untuk bertemu dengan pujaan hati yang sering menjadi igauan anak terunanya.
“Erm.. Betul tu Ria.. Tak lama lagi kita semua dah sekeluarga. Ayah nak Ria biasa-biasakan diri la ye..,” Marzuki turut bersetuju dengan cadangan isterinya. Dia lebih senang begitu.
“Err.. ye.., pak cik.. eh, ayah.. err..insya Allah.. umi..,” Ternyata Ria Wirdani masih lagi gugup untuk bersuara.
“Hehehe bertuah betul abang kita kan umi. Dahla cun, bakal doctor pulak tu. Nanti kalau Adam demam ke sakit ke, boleh la kak Ria rawat Adam eh?” usik Adam sambil mngenyit sebelah matanya. Adam Daniel merupakan adik bongsu Anwar Haikal yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.
“Kamu ni Adam, tak padan dengan kecik. Dah pandai nak mengorat bakal kakak ipar eh. Kak, sebelum ni study kat USM penang kan? Farrah pun belajar kat sana. Dalam bidang farmasi ,” Farrah Najwa yang baru sahaja berjinak-jinak menyesuaikan diri di alam universiti, tidak melepaskan peluang untuk menemubual bakal kakak iparnya.
"Err.. Ye.. Bagus tu, dik. Junior yang akak kenal pun, ramai yang ambil bidang tu. Adik ni nama apa?” Dia cuba sedaya upaya untuk memboloskan diri di dalam suasana itu supaya lebih selesa ketika berbual dengan mereka.
“Farrah Najwa.. panggil Farrah je. Umi kesayangan Farrah, namanya Puan Saleha. Ayah kebanggaan Farrah pula bernama Encik Marzuki. Dan yang kat sebelah Farrah ni. Adam, budak paling manja dan gedik in the whole wide world. Last sekali yang malu-malu dan control macho tu, abang kitorang yang nombor 2, Anwar Haikal...,” Farrah Najma memperkenalkan seluruh ahli keluarganya tanpa segan silu. Ke mana sahaja dia pergi dan di mana sahaja dia berada, pasti dia tidak lokek untuk mengeluarkan butir bicara.
“Tolong sikit! Cakap orang gedik, dia tu lagi gedik. Paling gedik dalam galaksi ni. Lagi dahsyat.” Adam Daniel sentiasa menimbulkan bibit-bibit pertengkaran dengan satu-satunya kakak yang dimiliki.
“Ish, kamu berdua ni! Kat rumah orang pun nak ribut-ribut. Nanti umi kahwinkan jugak kamu berdua ni...,” Saleha menyampuk. Tidak mahu membiarkan anak-anaknya terus-terusan menconteng arang di muka.
“Boleh jugak mi. Adam ganti tempat abang eh. Hehehe.. ok tak kak Ria?” Beberapa kal bulu keningnya yang agak lebat diangkat tanda meminta persetujuan.
“Dah.. Jangan nak mengada. Hentikan kegedikan kamu itu,” ujar Farrah Najwa tanpa sebarang reaksi.
"Maaf ye.. Anak-anak kami ni memang macam ni. Kat mana-mana pun mesti kecoh jugak. Tak kena tempat..,” Marzuki memohon kemaafan terlebih dahulu kepada ahli keluarga Ria Wirdani.
Aina Darwini mengeluh kecil. Tidak disangka bakal keluarga kakaknya lebih haru biru dari dirinya sendiri. Kekepohan Aina Darwini yang kerap kali menghiasi ruang suasana, seakan mati dan lenyap ditelan kekecohan Adam Daniel dan Farrah Najwa. Mungkin disebabkan abangnya, Saiful Hanif tiada di sisi, membuatkan dia tidak berani untuk bersuara. Semenjak pagi lagi, Saiful Hanif keluar bertemu rakan-rakan lamanya. Dan abangnya jarang sekali pernah melekat di rumah walaupun hanya untuk beberapa jam apatah lagi ketika waktu siang. Saiful Hanif sentiasa bergerak aktif ke sana ke mari, mewarisi tabiat neneknya,Tok Esah.
"Takpe.. Biasala budak-budak. Yang sorang tu diam je dari tadi. Malu agaknya.. Nama apa ye tadi.. Anwar kan?,” Rahimah bermanis bicara dengan bakal menantunya yang lebih banyak berdiam diri berbanding adik-adiknya.
“Anwar Haikal, mak cik..,” Akhirnya bergetar juga suara dari halkum lelaki itu, yang ditunggu-tunggu oleh Ria Wirdani.
“Kalau semua dah setuju.. Bila kita nak satukan Anwar dengan Ria?” Daud tampak tidak sabar untuk menyatukan kedua-dua mereka. Dia gembira ketika melihat reaksi anak sulungnya ketika bersua muka dengan bakal suami. Dan pertama kali Daud terpandang Anwar Haikal, hati tuanya begitu senang sekali. Seumpama ketenangan wajah Anwar Haikal menyerap masuk ke dalam sendi-sendi dan sistem darah badannya. Terlalu mistik untuk dirungkaikan.
"Err.. Anwar dengan Ria?” celah Marzuki, kehairanan.
"Mesti kena cari tarikh yang sesuai kan..,” Sekali lagi Daud menambah. Dia beria-ia untuk mengadakan majlis besar-besaran untuk Ria Wirdani sebagai tanda membalas limpah budi anak itu.
"Tapi.. bukan dengan Anwar,” Saleha menyampuk. Dia mulai bimbang sekiranya situasi makin mengelirukan.
"Habis tu?” Rahimah sedikit terperanjat dengan kenytaan yang dikemukakan oleh bakal besannya.
"Kami bercadang nak satukan Ria dengan anak sulung kami, Aidil Safwan. Errm.. Bukan dengan Anwar. Kalau tak, kami takkan bawa Anwar sekali. Mengikut adat kita sendiri, bakal pengantin lelaki tidak perlu datang bersama ketika kami datang meminang wanita pujaan hatinya. Kami minta maaf kalau ada kekeliruan yang berlaku..,” Saleha menerangkan kedudukan sebenar.
Ria Wirdani terpukul. Tersekat rembesan air liur di anak tekak. Kelat dirasakan, sekelat hatinya kini. Anwar Haikal hanya tunduk menghadap lantai. Tidak berani diangkat kepalanya lagi.
“Erm.. Lagipun Anwar dah bertunang. Sebab tu, kami bercadang nak cari jodoh cepat-cepat sikit untuk abang long diorang. Kalau boleh, nak nikahkan terus Aidil dan Ria dalam masa terdekat ni. Lagipun, benda yang baik elokla kalau kita percepatkan. Senang sikit nanti bila buat majlis menyambut menantu. Gabung dua-dua terus. Lagi meriah..,” Setelah beberapa saat mereka membisu, Marzuki menceriakan lagi keadaan. Dia tidak mahu kehadiran mereka untuk menyunting bunga di taman semakin kusam dan kelam.
Sekali lagi Ria Wirdani terpana. Bagaikan halilintar menyambar bumi tatkala perkhabaran itu menjengah cuping telinganya. Jantung yang berdegup pantas sebentar tadi, bagaikan terhenti sesaat! Denyutan nadi dirasakan kian lemah. Tiada kata mampu diucapkan lagi. Kali ini, sepasang mata kuyu itu terlihat sebentuk cincin perak di jari tengah tangan kanan Anwar Haikal. Lantas, dia tunduk membisu. Dia mula mengerti hakikat sebenar. Merangkak-rangkak untuk menerima kenyataan yang dilafazkan oleh bakal mertuanya. Cuba ditelan hakikat itu segagah yang mungkin. Kudrat hawa yang dimiliki tidak mampu melawan resah gelisah yang bermukim di dasar hati.
'Ujian apakah ini ya tuhan....’ air jernih sudah mula berkumpul di kolam air mata. Dia usaha sedaya upaya agar emosi lebih terkawal...

Part 10
Perkarangan Villa Permata
14 Februari 2012
8:22pm
Ria Wirdani menekan brek kereta kancil kesayangannya setelah tiba di luar perkarangan Villa Permata. Berdecit tayar menahan tekanan yang diampuh. Setelah memarkir kereta di persisiran jalan, dia membuka pintu kereta. Sedikit demi sedikit timbul kehairanan di hatinya.
"Betul ke alamat ni? Macam tak percaya je..,” Sangsi dan ragu kian terselit tanpa diundang. Beberapa hari yang lalu, Ria Wirdani dialu-alukan untuk berkunjung ke kediaman bakal mertuanya di tengah kota Kuala Lumpur. Berpandukan alamat yang diberikan menerusi Short Messages System (SMS), tidak banyak rintangan yang dilalui ketika menjejaki alamat tersebut. Disertai bantuan dari beberapa orang di kawasan perumahan mewah, akhirnya Ria Wirdani tiba di tempat yang dituju. Namun, sewaktu dia betul-betul berdiri di hadapan pintu pagar setinggi 2 meter itu, Ria Wirdani bagaikan dikurung rasa bimbang. Takut kalau-kalau dia tersilap rumah.
Bulan mengambang separa di dada langit menjadi peneman setia Ria Wirdani yang masih tercegat di luar Villa. Sesekali kedengaran bunyi unggas bersahut-sahutan menceriakan lagi irama sepi di malam hari. Tika ini tiada seorang pun yang bersantai di luar rumah. Semua kediaman mewah di situ bagaikan kosong tidak berpenghuni. Sunyi dan sepi. Hanya kilauan cahaya lampu-lampu di persisiran jalan, menerangi kegelapan malam yang makin mencengkam. Ria Wirdani dijemput oleh Umi dan Ayah untuk dinner bersama-sama keluarga mereka. Memandangkan di hujung minggu dia agak lapang, Ria Wirdani menerima bulat-bulat pelawaan mereka tanpa sebarang alasan.
"Ermm.. Villa Permata .. Datuk Marzuki Hassan dan Datin Saleha Shamsuri.. ,” Satu persatu perkataan yang tertera di board kaca dibaca cermat. Board tersebut ditelak di bahagian tepi pintu pagar.
"Datuk? Datin? Biar betul!” Ria Wirdani kenal dengan 2 nama gah yang baru sahaja meniti di bibirnya. Tanpa melengahkan masa, Ria Wirdani menekan punat loceng yang disediakan.
Beberapa minit kemudian, perlahan-lahan pintu pagar tersebut terbuka secara automatik. Bersama diri yang masih terasa asing, dia mengatur langkah memasuki laman Villa Permata.
’Ya Allah.. cantiknya..,’ terbit rasa kagum di lubuk hatinya tatkala memandang landskap permai Villa Permata. Begitu cantik hiasan yang diatur di sekeliling rumah. Pancutan air kolam yang keluar dari mulut dua ukiran patung kaca dolphintumpah mencurah ke dalam kolam, ternyata memikat kalbunya. Kolam yang sederhana besar itu, dihuni oleh beberapa ekor ikan yang asyik menari-menari dan berpesta riang di alam mereka tanpa gangguan. Pondok kecil di bahagian hujung laman, tampak unik kerana menggunakan bentuk cendawan yang menjadi tempat berteduh. Di bahagian tengah meja bulat siap diukir dengan hasil seni yang halus, dikelilingi beberapa buah kerusi antik. Bersebelahan banglo mewah itu, tersedia sebuah taman lengkap dengan pelbagai jenis flora. Tumbuhan-tumbuhan itu umpama hidup di sebuah kampung yang dijaga rapi malah disediakan bumbung untuk flora itu berteduh dari sinar mentari yang berlebihan mahupun hujan ribut yang melanda. Bunga-bunga penyeri taman mendamaikan hati sesiapa sahaja yang menikmati keindahan itu.
"Kak Ria!!!” Jeritan Farrah Najwa mengejutkan imaginasi dan lamunan Ria Wirdani.
'Kuss semangat.. Adoiii.. Boleh tercabut jantung aku ni..,’ getus hatinya sambil mengurut dada. Meskipun masih dalam keadaan panik, Ria Wirdani berupaya memaniskan roman mukanya.
"Kak buat apa kat luar tadi? Jomla masuk. Kitorang memang tunggu kedatangan akak la ni," ajak Farrah Najwa, mesra.
"Akak tengok-tengok halaman rumah Farrah ni. Cantik sangat..,” Ria Wirdani melontarkan kata pujian yang terbuku di benak.
“Umi dengan Ayah yang decorate kawasan luar rumah ni. Jomla masuk dalam dulu kak. Nanti Farrah bawa akak ronda-ronda sekeliling rumah ye..,” janji Farrah Najwa. Dia senang dengan kehadiran bakal kakak iparnya.
Ria Wirdani tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam Villa Permata. Setelah mengatur langkah di belakang Farrah Najwa, Ria Wirdani agak tergamam. Kecantikan di luar dijadikan umpan dan ekspresi bagi menggambarkan bahagian dalam Villa Permata. Lebih cantik dan anggun! Belum pernah seumur hidupnya, dia menjejaki sebuah rumah yang sebegini besar dan indah hiasannya. Bahagian ruang tamu lengkap dengan perabot-perabot yang mahal dan barangkali diimport dari luar negara. Meskipun kelihatan agak simple dari kebanyakan banglo mewah di Malaysia, Villa Permata tampil unik dengan ukiran dalamannya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Dengan segala hormatnya, diumumkan ketibaan Puteri Ria Wirdani dari Negara Langit Ke Tujuh mampir menghadap singgahsana Putera Raja,” Adam Daniel mengumumkan ketibaan Ria Wirdani dengan lagak pembantu diraja.
"Apa kamu mengarut ni Adam...?” Adakalanya Farrah Najwa kurang menyenangi tingkah laku adik bongsunya yang sering kali ingin menarik eprhatian ramai.
"Saje je.. Kita kan kena menyambut bakal menantu dalam keluarga ni dengan suasana yang lebih romantik..,” madah Adam Daniel kurang menyengat dari biasa.
"Whatever..,” Farrah membalas kata-kata pujangga Adam Daniel sambil mencebikkan muka. Ria Wirdani menahan gelak melihat keletah Farrah Najwa dan Adam Daniel yang sentiasa menghiburkan hatinya.
“Eh, Ria dah sampai ye. Elok sangatla. Tepat pada masanya. Umi baru je siap hidangkan dinner kita ni,” Datin Saleha muncul dari ruang dapur dengan masih memakai apron.
"Ada apa-apa yang Ria boleh tolong ke Umi?" tanya Ria. Seperti adat dan tradisi sebelumnya, Ria Wirdani bersalaman dengan bakal mertuanya.
“Tolong makan je kejap lagi. Adam.. Pergi panggil ayah dan abang-abang kamu kat atas. Makanan dah siap ni,’ Arah Datin Saleha kepada anak bongsunya.
“Yes, madam!” Adam tidak banyak membantah. Dia patuh lalu meniti anak tangga menuju ke tingkat 2.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Sue??” Ria Wirdani amat terperanjat ketika dia diperkenalkan dengan bakal isteri Anwar Haikal. Suhaila yang dikenali dengan panggilan Sue, merupakan rakan sebiliknya ketika sama-sama menuntut di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP). Setelah bertahun-tahun tidak bersua muka, mereka dipertemukan di saat masing-masing bakal menjadi milik salah seorang dari kaum adam.
"Ria?? Lama tak jumpa!” Suhaila terus menerpa ke arah Ria Wirdani dan memeluk erat rakan baiknya suatu masa dahulu.
"Tak sangka boleh jumpa kat sini. Sue sihat?” Ria bertanya khabar setelah membalas pelukan Suhaila yang masih sama seperti dahulu. Mereka lost contact setelah masing-masing menyambung pengajian di Pusat Pengajian tinggi yang berlainan. Ria Wirdani lebih bernasib baik kerana diterima untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan. Manakala Suhaila menerima tawaran dari maktab perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dalam bidang Pendidikan Matematik. Ketika mereka membawa haluan dan arah tujuan, perhubungan terputus di tengah jalan. Atas alasan kesibukan yang melanda sewaktu bergelar anak didik bangsa dan negara. Meskipun begitu, memori bersama tidak pernah lucut dari ingatan.
"Alhamdulillah.. sihat walafiat. Erm.. Awak dah semakin cantik Ria..,” puji Suhaila. Dari zaman Matrikulasi lagi, dia mengkagumi insan bernama Ria Wirdani. Punya ciri-ciri yang diidam-idamkan oleh ramai wanita.
“Takdela Sue.. Awak pun apa kurangnya..,” Rasa rendah diri tidak pernah mengatasi rasa takbur di dalam dirinya.
“Kamu berdua saling mengenali ya?” Datuk Marzuki mencelah di dalam episod Jejak Kasih itu.
“Ye ayah.. Dulu masa kat matrik, Sue sebilik dengan Ria. Satu kolej dengan Anwar.” ujar Suhaila sambil melontarkan senyuman ke arah Anwar Haikal yang muncul bersama Ayah dan abangnya. Anwar Haikal membalas sedikit senyuman itu, hambar.
“Jadinya.. kamu bertiga ni dah kenal rupanya.. ” Aidil Safwan menghampiri bakal isterinya, Ria Wirdani. Jiwanya begitu merindui wajah pujaan hati. Mengenali Ria Wirdani adalah anugerah terbesar dalam hidupnya. Buat pertama kali setelah sekian lama, Ria Wirdani hadir menjadi pengubat rindu yang ditahan selama ini.
“Aidil?? Awak ni.. ” Ria Wirdani terkesima. Dia pernah melihat lelaki itu sebelum ini tetapi masih ingat-ingat lupa tentang gambaran sebenar yang bermain di tubir ingatan.
"Senior Ria dulu.. Dan bakal suami Ria.. ,” jawab Aidil, ringkas dan bermakna.
“Tapi, bukan ke.. awak pelajar dari fakulti perubatan?” Sedikit sebanyak nama Aidil Safwan semakin bertapak di ruang akalnya.
"Ye.. Kenapa?”
"Yang ustaz datang meminang tu...”
“Erm.. Ana juga tu. Mengajar fardhu ain untuk anak-anak pelajar sekolah rendah hanya dilakukan bila ana ada masa terluang. Ana bekerja sepenuh masa di klinik swasta. Maaf ye Ria. Bukan niat untuk menipu, hanya ingin menguji keikhlasan hati Ria.” Aidil Safwan menerangkan kedudukan sebenar tanpa mahu mencalitkan kegurisan di hati Ria Wirdani. Dia sudah terbiasa menggunakan kata ganti 'ana' yang bermaksud 'saya' dalam bahasa Arab, bahasa agung Al-Quran.
"Betul tu, Ria. Ayah minta maaf kerana 'berbohong’ sebelum ini. Memang ayah dulu bekerja sebagai pemandu teksi. Berkat usaha dan rezeki dari Allah, ayah 'memandu' syarikat sendiri. Kami sengaja tidak mendedahkan identiti yang sebenar. Ingin menguji ketulusan hati Ria menerima kami dengan seadanya..,” Datuk Marzuki menyambung penjelasan dari anak sulungnya.
"Begitu juga dengan Umi. Sememangnya umi biasa mengambil upah menjahit baju. Dan, alhamdulillah berkat usaha kami juga, Umi menubuhkan butik persendirian agar perniagaan lebih maju..,” Tiada niat untuk berbangga dengan rezeki dariNya. Mereka hanya ingin menghilangkan rasa sangsi dan ragu yang bersarang di hati Ria Wirdani.
"Dan sebenarnya, pinangan dari kerabat raja sebelum ini, datang dari keluarga kami juga. Umi harap, Ria tak kisah ye nak..,” Datin Saleha segera memeluk sekujur tubuh bakal menantunya. Dia mengharapkan maklum balas yang positif daripada Ria Wirdani. Tiada sekelumit pun yang berbekas di hati Ria Wirdani. Malah dia berbangga kerana bakal hidup di dalam sebuah keluarga yang mementingkan rasa rendah diri dan ketulusan hati.
"Erm.. Ria tak kisah Umi, Ayah.. Walau siapa pun bakal suami dan mertua Ria, Ria akan terima dengan seadanya.." balas Ria Wirdani tanpa sebarang palitan kekecewaan di raut wajahnya.
"Baguslah kalau begitu.. Ayah, Umi dan Aidil dah bincang tentang tarikh perkahwinan kamu berdua. Insya Allah, kalau tiada aral melintang, akad nikahnya pada 21 April nanti,” ujar Datuk Marzuki.
“21 April??” balas Ria Wirdani dan Anwar Haikal, serentak. Serta merta, pandangan Datuk Marzuki, Datin Saleha, Aidil Safwan, Suhaila, Farrah Najwa dan Adam Daniel meleret ke arah mereka berdua.
“Kenapa Ria? Anwar? Ayah salah pilih tarikh ke?” Datuk Marzuki agak teranjat dengan tindak balas yang dipertontonkan oleh anaknya, Anwar dan Ria.
"Err.. Tak de.. Tak ada apa-apa ayah.. Ria ikut je.. Yang mana senang bagi Ayah dan Umi, senang juga bagi Ria.. ,” Ria Wirdani turut rasa terkejut dengan tindak balas spontan Anwar Haikal. Manakala Anwar Haikal menyedari dia terlepas cakap, lantas kembali diam membisu seperti sedia kala.
"Bila nak makan ni, Umi? Adam dah lapar ni...,” rungut Adam Daniel, mencelah di tengah-tengah kekalutan itu.
"Yela Umi.. Farrah pun dah lapar ni.." adu Farrah Najwa. Dia dan adiknya agak kurang mengerti dengan situasi yang diperjelaskan oleh Ayah dan Umi mereka.
"Okay sayang.. Kesian anak-anak Umi ni.. Jom kita makan dulu. Sambil-sambil tu, boleh bincang pasal persiapan majlis perkahwinan anak-anak kita ni..,” ajak Datin Saleha. Menyedari jarum jam hampir merangkak ke angka 9, Datin Saleha segera mengajak keluarganya ke ruang makan yang bersebelahan dengan ruang dapur.
Pada malam itu, mereka menikmati hidangan makan malam dengan penuh selera kecuali Anwar Haikal dan Ria Wirdani. Masing-masing masih lagi kekok untuk berdepan. Belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan. Setelah berbincang dan dipersetujui ramai, majlis perkahwinan Ria Wirdani dan Aidil Safwan diadakan terlebih dahulu memandangkan Aidil Safwan bakal berangkat ke luar negara untuk sambung belajar di peringkat Master.
Manakala perkahwinan Suhaila dan Anwar Haikal akan diadakan beberapa minggu setelah selesai majlis perkahwinan Aidil dan Ria.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Setelah selesai dinner, Farrah Najwa mengajak bakal kakak iparnya untuk bersiar-siar di halaman Villa Permata sperti yang dijanjikannya seawal Ria Wirdani tiba di situ. Satu persatu diterangkan kepada Ria Wirdani mengenai hiasan halaman rumah mereka. Farrah Najwa langsung tidak terasa penat ketika bercakap. Dia agak jauh berbeza dengan Anwar Haikal yang tidak banyak bersuara. Setengah jam kemudian..
"Kak, tunggu kejap ye. Tiba-tiba pulak sakit perut ni. Kejap ye..,” Selepas memohon kebenaran untuk berundur seketika, Farrah Najwa terkocoh-kocoh dan berlari-lari anak memasuki ke dalam rumah. Belum sempat Ria Wirdani mengiyakan, Farrah Najwa sudah hilang di sebalik pintu.
Pada malam yang hening lagi bening, Ria Wirdani menghayati keindahan dan keasyikan malam yang membuai perasaan. Sungguh tidak disangka bahawa dia bakal menjadi milik orang dalam masa terdekat ini. Dia bakal mempunyai keluarga sendiri. Dia bakal menguruskan rumahtangga. Dia bakal bergelar seorang isteri. Dan yang dinantikan adalah saat-saat bergelar seorang ibu. Keperitan, kesusahan dan keseronokan sewaktu bergelar ibu pada anak-anak ingin dirasainya. Sebelum ini dia hanya menyaksikan kesusahan yang dialami oleh ibunya, Rahimah walhal belum pernah dia mendalami kepahitan rasa itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tanggungjawab berat yang bakal disandang suatu hari nanti akan dijaga sebaik mungkin. Namun, masih terselit rasa hampa tatkala bayangan Anwar Haikal melintas di fikirannya.
Sepanjang 6 tahun mereka tidak bersua muka, tidak pernah sekali pun hatinya berpaling tadah kepada lelaki lain. Entah kenapa dan mengapa dia langsung tidak berminat untuk menyemai cinta dan benih harapan pada insan-insan yang menagih kasih darinya sebelum ini. Ria Wirdani percaya pada Qada' dan Qadar serta jodoh yang ditentukan oleh Ilahi. Berbekalkan keyakinan itu, Ria Wirdani menanam harapan untuk bertemu semula dengan jejaka yang pertama kali menambat hatinya. Bukan salah diri sendiri, tetapi salah kesetiaan yang bertunjang kukuh dan berakar panjang di dalam jiwa hanya untuk lelaki bernama Anwar Haikal bin Datuk Marzuki. Kesetiaan yang dipatri tidak mampu melawan kuasa cinta dari lelaki-lelaki lain yang ada segelintir yang benar-benar menaruh hati kepadanya.
Walau bagaimanapun, kesetiaan yang dijaga rapi itu hancur luluh dan musnah apabila dia dijodohkan dengan abang Anwar haikal sendiri. Dan kesetiaan yang dijunjung sekian lama jatuh ranap ketika dikhabarkan pertunangan Anwar Haikal bersama bekas rakan sebiliknya, Suhaila. Percaturan Tuhan lebih berhikmah dari perancangan manusia. Hidup tidak selalunya indah. Langit tidak semestinya sentiasa cerah. Burung tidak selalunya berkicauan di angkasa. Bunga juga tidak selama-lamanya mekar di taman. Pujukan demi pujukan diasuh dalam minda dan jiwanya agar lebih cekal menerima hakikat itu. Dia sebenarnya patut mengkalungkan rasa syukur pada Yang Esa kerana dijodohkan dengan insan semulia Aidil Safwan. Lelaki itu begitu sempurna pada pandangan matanya.
Namun, mampukah kesempurnaan itu dapat melompat mengatasi rasa cintanya terhadap Anwar Haikal? Pilihan jawapan yang diberikan hanya Ya atau Tidak. Ria Wirdani belum bersedia untuk menjawab persoalan itu. Mungkinkah masa yang bisa menjawabnya suatu hari nanti. Ria Wirdani tidak kesal dengan pertemuan jodoh Suhaila dan Anwar Haikal. Biarpun mengenali Suhaila tidak lama, dia berbangga kerana Suhaila bakal menjadi suri dalam hidup lelaki itu. Gadis yang bertudung labuh dan sentiasa komited, mungkin lebih layak untuk Anwar Haikal. Jika Suhaila yang menjadi pilihan hati Anwar, dia tidak perlu rasa hairan lagi. Pada tanggapannya, Suhaila lebih baik dari dirinya yang serba kekurangan.
Beberapa minit kemudian, Ria Wirdani terdengar derap langkah seseorang dari belakang.
"Farrah.. Pokok-pokok bunga ni siapa yang jaga?” tanya Ria, menjangkakan Farrah sudah selesai 'melaburkan sahamnya'.
"Kami semua.. Seperti manusia, tumbuhan juga perlu dibelai dan dimanja. Setiap hari kami bergilir-gilir untuk menyiram, membaja dan menjaga bunga-bunga di sini. Bila tiba hujung minggu, kami sama-sama membersihkan taman permata ini..,” suara lelaki menyambut pertanyaan Ria wirdani.
Ria Wirdani menoleh ke belakang. Seperti jangkaannya, Anwar Haikal terpacak di hadapannya. Ria Wirdani tidak mampu untuk terus berdiri lama di situ. Dia tidak mampu. Tanpa berelngah lagi, langkah diatur dengan segera.
"Tunggu kejap.. Kalau awak tak kisah, saya nak tanya sikit..,” halang Anwar Haikal. Sebolehnya, dia mahu berbicara sebentar biarpun hanya seketika sebelum mereka ditabalkan menjadi hak milik insan lain.
Langkah Ria Wirdani terhenti serta-merta.
"Dah lama ke kenal dengan abang long?” Anwar Haikal memulakan atur bicara.
“Lama jugak.. Tapi.. Saya tak kenal rapat dengan dia. Dan saya tak sangka langsung yang dia kenal saya selama ni. Yela.., masakan orang terkenal di universiti nak pandang saya. Dia boleh dikatakan antara abang senior yang paling berpengaruh di USM. Semua pelajar kenal dia termasuk saya. Semasa dia masih belajar di sana, ada juga beberapa kali dia tegur saya tapi atas dasar urusan penting sahaja..,” Ria Wirdani menjelaskan jawapannya dengan lebih terperinci. Dia langsung tidak menyangka bahwa Presiden Majlis Perwakilan Pelajar suatu ketika dahulu, menaruh perasaan terhadap dirinya yang dirasakan lebih kerdil berbanding pelajar kaum hawa yang lain.
“Awak sukakan dia?” tanya Anwar haikal, lebih berterus-terang.
“Perempuan mana yang tak sukakan dia? Lengkap segala-galanya..,” Ria Wirdani tidak menjurus ke arah jawapan pada soalan yang ditanya. Manakala Anwar Haikal menggangguk sahaja tanpa mengutarakan soalan selanjutnya.
"Macam mana kerja petronas kat Miri?" Ria Wirdani lebih berminat untuk mengetahui tentang kerjaya yang dipegang oleh lelaki itu. Setelah tamat pengajian di KMPP, Anwar Haikal bertuah kerana berjaya mendapat tawaran dari Universiti Petronas yang beroperasi di Perak Darul Ridzuan. Kini, Anwar Haikal bertugas di luar Semenanjung Malaysia sebagai seorang engineer sepenuh masa.
"Biasa je.. Tak berapa happening berbanding kerja seorang doktor..."
"Kenapa pulak?"
"Awak tiap-tiap hari bercakap dengan manusia.. Saya ni 'bercakap' dengan mesin je kerjanya."
"Okay ape.. Bercakap dengan manusia pun bosan juga kalau tiap-tiap hari buat perangai.. Err.. Boleh saya tahu macam mana awak kenal dengan Sue?” Tidak dinafikan bahawa bibit-bibit cemburu sedikit tersepit di celah-celah hatinya.
“Keluarga saya rapat dengan keluarga dia.. ” jawab Anwar Haikal, ringkas.
“Awak sukakan dia?” Ria Wirdani kembali menyuarakan soalan yang sama ditanya oleh Anwar sebentar tadi.
“Lelaki mana yang tak sukakan dia? Lengkap segala-galanya…,” Jawapan sama turut diberikan.
‘Apela dia ni.. Tiru aku pulak.. Dari dulu tak berubah-ubah..,” getus hati Ria Wirdani.
“Tapi, kenapa saya tengok awak tak bercakap pun dengan Sue?”
“Lepas ni kan banyak lagi masa untuk bercakap dengan dia..”
“Errm.. Tahniah.. Okla awak. Tak elok kita dua orang kat sini. Farrah dari tadi tak muncul-muncul lagi dah. Saya masuk dulu ye...,” Ria Wirdani tidak mampu menahan sebak di dada. Dia enggan berada hampir dengan Anwar Haikal. Terasa goyah kakinya untuk melawan aura yang ada pada lelaki itu. Biarlah hanya kenangan mereka sahaja yang hampir dengan dirinya. Bukan Anwar Haikal lagi..

Part 11
Kediaman Keluarga Pengantin Perempuan
21 April 2012
8:54pm
Ria Wirdani berteleku di atas katil pelamin yang serba indah serta dihias cantik secantik dirinya. Belum pernah seumur hidupnya dia dimekap sebegini rupa. Belum pernah sekali pun dia dikalungkan dengan pakaian pengantin berwarna putih yang mahal, ditempah khas dari butik persendirian Datin Saleha. Terasa dirinya seumpama puteri bidadari yang ditatang bagai minyak yang penuh. Dia hanya perlu duduk menanti kehadiran seorang putera di singgahsana nan indah. Pelbagai jenis hantaran disusun rapi di sekeliling katil pelamin. Bunga-bunga telur diletakkan di bahagian hadapan katil. Bilik yang sederhana besar itu dilengkapi dengan salutan warna putih di setiap sudut. Pada malam itu, warna putih dijadikan sandaran sebagai warna tema pihak pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan. Warna putih yang suci bersih melambangkan ketulusan serta keikhlasan hati setiap insan. Ia turut dikatakan sebagai simbolik kebahagiaan bagi sepasang mempelai.
Debaran yang memuncak di dada sesekali mengundah gundah-gulana di hati. Terasa bagaikan hanya sekelip mata sahaja hari berlalu dan kini malam 21 April telah pun tiba. Sukar untuk dipercayai sedikit masa dan waktu lagi dia bakal menjadi hak milik kekal salah seorang dari kaum adam. Dia pasrah dan akur dengan ketentuan yang ditentukan semenjak azali. Perjanjian sudah diikat dan disimpul di dalam hati bahawa walau siapa pun jodoh yang telah ditentukan, kesetiaan pasti digenggam meskipun hingga ke hujung nyawa. Ria Wirdani mengharapkan insan itu menyayangi dirinya sepenuh hati dan sudi menerima cacat cela yang kekurangan dalam diri. Dia tidak mengharapkan segantang emas yang diberikan. Dia tidak memerlukan permata dan berlian yang diunjuk kepadanya. Yang dipinta hanyalah keikhlasan dan kejujuran yang berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Dari luar sudah kedengaran suara tetamu-tetamu yang hadir. Pada malam akad nikah, mereka hanya menjemput keluarga,sanak saudara dan sahabat handai yang terdekat sahaja. Pada hari keesokannya baru diadakan majlis untuk menyambut hari kebahagiaan bagi dua mempelai.
"Kak long.. Dah nak start dah. Pengantin lelaki dah siap sedia depan tok kadi. Huhuhu hensem jugak bakal abang ipar adik ye. Memang macho habis. Padan dengan kak long. Bestnya kalau adik di tempat kak long. Dapat suami macam tu, adik tak mintak apa-apa dah dalam dunia ni…,” ujar Aina Darwini sambil memasang angan-angan tinggi.
“Adam tu kan ada..,” usik Ria.
“Adam? Tak hingin.. ,” jawab Aina slumber.
"Kenapa?”
"Cakap banyak. Mengalahkan perempuan..”
"La.. sesuai sangat dengan adik..,” Ria Wirdani tersenyum menyindir.
“Sorry naik lori. Dahla suka sakat orang. Huhuhu kalau abang dia, ok la. Adik suka sangat tengok abang dia. Macam ada something yang membuatkan orang senang bila tengok dia.Something yang menarik. Kira macam Mawi jugakla, ada aura katakan..,” Walaupun sudah bertahun-tahun fenomena Mawi ditelan arus masa, namun nama lelaki itu masih melekat di bibir Aina Darwini. Ria Wirdani mengerti. Dia faham, lelaki yang dimaksudkan oleh Aina Darwini, punya sesuatu yang tiada pada insan lain. Dia sendiri tidak mampu menggambarkan apakah gerangan sesuatu itu.
Setelah itu, mereka diam seketika untuk memberi ruang kepada Tok Kadi Haji Ghani bersuara. Dengan menggunakan mikrofon sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki, Tok Kadi melafazkan akad nikah. Tertib dan teratur supaya jelas kedengaran. Si pengantin lelaki menjawab lafaz tersebut dengan tenang. Bersaksikan seorang wali dan 4 orang saksi, dengan hanya sekali lafaz, mereka sah disatukan. Kini, secara rasminya Ria Wirdani sudah memegang title seorang isteri. Masing-masing menghembus nafas lega baik pihak pengantin perempuan, begitu juga yang dirasakan pihak pengantin lelaki. Upacara yang memakan masa hanya beberapa minit itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tok Kadi mengangkat tangan untuk berdoa diikuti oleh semua penghuni di dalam rumah supaya keberkatan dari Yang Khalik melimpahkan rahmatNya.
Doa diaminkan. Anwar Haikal tersenyum sendiri.
"Pengantin lelaki boleh sarungkan cincin pada pengantin perempuan,” ujar Tok Kadi Haji Ghani. Yang lain hanya mengangguk, bersetuju.
Pengantin lelaki yang berpakaian serba putih sedondon dengan pengantin perempuan, bangkit perlahan dari tempat duduknya. Setelah dibetulkan sedikit sampin berkilat yang terikat di pinggang, dia mengatur langkah ke arah bilik pengantin. Tatkala kaki melangkah masuk ke dalam bilik itu, deria hidunya sudah menangkap aroma-aroma yang mewangi bersih. Sepasang mata tertancap pada kecantikan si pengantin perempuan. Bangga terselit di sebalik rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri idaman hati yang diimpikan selama ini. Perlahan-lahan dia menghampiri wanita itu sambil diiringi keluarga di bahagian belakang. Cincin bertakhtakan berlian disarungkan ke jari manis Ria Wirdani. Sebak di dada sukar ditahan. Setitis demi setitis air mata mengalir tanpa izin. Tangan si suami disalam dan dicium penuh gentar. Jari jemari mereka bersatu. Ada getaran yang melanda jiwa. Tangan kanan si suami mengangkat dagu si isteri dengan lembut. Ria Wirdani menutup mata menahan gelodak jiwa. Perlahan-lahan bibir lelaki itu merapati dahi Ria Wirdani. Hangat. Mata yang terkatup dibuka tirainya. Serentak itu, sepasang mata mereka bertembung dan bersatu. Serta-merta, Ria Wirdani menjerit nyaring. Anwar Haikal berundur mengejut ke belakang. Lantas, bayangan itu terus hilang.
Hadirin di situ begitu terperanjat mendengar jeritan nyaring Ria Wirdani dan masing-masing berpusu-pusu ingin menjengah ke dalam bilik pengantin. Kekecohan menjelma. Ahli keluarga kedua-dua belah pihak cuba menenangkan keadaan.
"Ria?? Are you okay honey?” tanya Aidil Safwan, cemas.
Ria Wirdani masih lagi tergamam. Soalan itu tidak mampu dijawabnya.
“Ria, kenapa ni, nak? Jangan takutkan mak dengan abah, sayang. Kenapa tiba-tiba menjerit tadi?” Rahimah selaku ibu Ria Wirdani segera menerpa ke arah anaknya yang masih diliputi awan kebingungan.
"Elok Aidil nak sarungkan cincin tu, tiba-tiba Ria menjerit. Terperanjat umi..,” Datin Saleha menyampuk lalu merapati anak menantunya.
"Nadi Ria berdenyut laju tadi. Ria nampak apa?” ujar Aidil Safwan setelah memeriksa denyutan nadi di lengan kanan Ria Wirdani dan cuba mengandaikan sesuatu yang tidak kena.
“Ria.. Ria.. Ria tak tahu.. Ria nampak orang lain..,” ujar Ria, masih lagi gugup.
“Orang lain? You mean? Who? ” Aidil inginkan penjelasan dari Ria Wirdani.
“Errr.. Nothing.. Mungkin perasaan Ria masih bercelaru..,” Ria mahu berselindung dari kenyataan berkenaan khayalan yang dialaminya sebentar tadi.
“Mak.. abah. Umi.. ayah. Aidil nak tenangkan Ria kejap... Kalau boleh, tinggalkan kami bersendirian. Nanti, Aidil bawa Ria keluar dari bilik. Minta tolong tetamu-tetamu kita bertenang dahulu. Ria perlukan ruang untuk 'bernafas’,” pinta Aidil Safwan dengan sopan kepada ibu bapanya serta ibu bapa mertuanya.
"Ermm.. Elok juga tu. Kesian anak abah. Muka pun masih pucat lagi. Kita keluar dulu, Imah. Biar si Aidil yang temankan Ria,” ajak Daud sambil menarik perlahan lengan isterinya. Rahimah menurut dengan rela. Demi kebaikan anaknya sendiri, dia patuh dengan kata-kata itu. Yang lain juga tidak banyak karenah. Meskipun bimbang menyelimuti diri, mereka akur dengan permintaan Aidil Safwan.
"Kamu tolong jaga Ria ye Aidil..,” Datuk Marzuki berpesan sebelum menjadi orang terakhir melangkah keluar dari bilik. Aidil Safwan mengangguk lemah.
Tidak semena-mena Ria Wirdani mengalirkan mutiara jernih jatuh dari kelopak mata. Dia tidak gagah bertentang mata dengan suaminya. Rasa bersalah kian terpekung di dada. Aidil Safwan membiarkan Ria Wirdani begitu. Dia menanti masa yang sesuai untuk soft spoken dengan isterinya.
“Ria minta maaf…,” Kali ini, Ria Wirdani kembali bersuara.
"Kenapa nak minta maaf ni? Ria tak buat salah apa-apa pun. Cuba cerita kat abang..,” pujuk Aidil Safwan.
"Sebenarnya..., Ria mengharapkan orang lain yang muncul. Bukan awak..,” Ria Wirdani ingin berterus terang. Dia tidak mahu dikurung rasa bersalah lagi.
Aidil Safwan mengeluh berat.
"Jadi.. Ria menyesal kahwin dengan abang?” soalan kilat dari Aidil sedikit mengejutkan Ria Wirdani.
Tiada jawapan. Ria tidak mengangguk mahupun menggeleng.
“Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak, tak perlu abang susah payah untuk Ria selama ni..,” luah Aidil Safwan.
Masih tiada jawapan yang diberikan. Kesabaran memujuk jiwa Aidil. Dia tidak cepat melatah dengan karenah Ria Wirdani.
"Siapa yang Ria harapkan? Biar abang satukan dia dengan Ria..,”
Ria Wirdani terpana. Mana mungkin dia disatukan dengan insan itu.
“Kenapa awak cakap macam tu? Awak nak tambah dosa saya ke?” Ria kembali bersuara.
“Bukan begitu maksud abang.. Kalau boleh abang tak nak Ria jatuh ke tangan orang lain. Sebab tu, abang tangguh semuanya semata-mata kerana Ria. Abang segerakan perkahwinan kita. Supaya tak ada orang rampas Ria dari abang. Tapi sekarang, abang baru sedar yang abang berkahwin dengan manusia, bukan boneka. Dengan wanita yang punya perasaan. Abang minta maaf sebab selama ini, abang tak ambil kira soal perasaan Ria...,” Aidil Safwan mula menyesali dengan tindak tanduknya yang dirasakan agak terburu-buru. Tak lari gunung dikejar. Pepatah itu yang dia sisihkan sebelum ini.
Ria Wirdani terkedu. Begitu tulus, mulus hati seorang suami.
"Tuhan menciptakan sepasang mata di bahagian hadapan, bukan di belakang. Kerana Dia mahu kita terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Ini takdir yang Tuhan tentukan untuk Ria.. Ria takkan berpatah balik..,” kias Ria Wirdani. Cuba ditelan hakikat dan diterima dengan hati yang rela bahawa dirinya kini bukan lagi seperti sebelumnya.
Aidil Safwan menyapu lembut air mata yang gugur di pipi isterinya. Dia tersenyum lega. Lalu tubuh lemah Ria Wirdani didakap erat. Seerat-eratnya, seakan tidak mahu melepaskan sekujur tubuh isterinya. Aidil Safwan menghitung hari-hari bahagia yang tertera untuk mereka di hari kemudian.
"Terima kasih awak... Sebab banyak berkorban untuk saya.. ,” ujar Ria setelah mereka melepaskan pelukan masing-masing.
“Sayang.. Panggil abang, pleaseee..…,” pujuk Aidil Safwan dengan nada yang sengaja dimanjakan.
‘Boleh tahan romantik jugak suami aku ni.. Seram sejuk pulak aku dibuatnya.. Gulp!!’ risau Ria Wirdani
“Err.. Okay.. I’m trying.. Jomla kita keluar. Kesian diorang, tunggu kita lama-lama kat luar tu.. ,” Kerisauan yang tumbuh di hati Ria Wirdani cuba dikikis sedikit demi sedikit
"Biarla diorang kat luar.. Hal kita belum selesai lagi ni..,” Aidil Safwan sengaja mengusik Ria Wirdani. Timbul bunga-bunga bahagia di hatinya kini.
"Abang... Jangan nak menggatal time ni.. Kita banyak lagi urusan kat luar..,” Ria Wirdani cuba berlagak tenang.
“Apa sayang? Tak dengar la..”
“Dah.. Dah.. Kalau abang tak nak keluar, biar Ria je keluar..,”
“Abang tak dengar la sayang.. Cuba kuatkan sikit frasa ‘abang’ tu.. Rasa sejuk je telinga ni mendengar..,”
“Cubit kang. Dah pandai mengada ye. Wahai cik abang yang dikasihi, marilah kita bersama-sama berangkat menuju ke luar..,” ujar Ria lalu lengan kanan Aidil Safwan menjadi mangsa cubitan manja Ria Wirdani.
“Adoii.. Kot ye pun, cubitla kuat sikit sayang oii.. Ni tak rasa apa-apa pun.. Macam kena gigit semut je.. Hehehe.. Yela.. Yela.. Abang gurau jela.. Baru gurau sikit dah merah padam muka tu... Hehehe.. Baru comel..,” Aidil Safwan seronok mengusik isterinya sambil ketawa memanjang. Manakala Ria Wirdani tertunduk malu. Aidil Safwan mendekati Ria Wirdani. Lantas, tangan Ria digenggam kemas. Tangan mereka bertaut. Aidil memimpin tangan Ria sambil tersenyum meleret. Mereka melangkah keluar dari bilik pengantin bersama-sama. Ria Wirdani membalas senyuman suaminya.
'Ria akan cuba menyayangi abang seperti mana abang menyayangi Ria...,' hatinya berdetik mengukir janji. Janji untuk insan yang membahagiakan kamar hatinya..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Epilog
Anwar Haikal mendongak ke atas, memandang langit yang ditaburi dengan bintang-bintang berkelipan menerangi malamnya yang pedih. Bulan mengambang penuh menemani hatinya yang kian lara. Semakin ditahan semakin dirinya merana. Angin malam disedut perlahan, dihembus juga perlahan. Kedinginan membaluti sekujur tubuh yang bermandikan kekecewaan. Gerimis dari langit turun setitik demi setitik seiring dengan gerimis yang berkolam di kelopak mata. Tarikh 21 April meranapkan sendi-sendi hidup yang bertunjang ampuh. Andai ini suratan takdir untuknya, dia pasrah..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> The End

No comments:
Post a Comment