Part 1
Aku termenung sendirian.Dahulu aku bahagia bersama Shah.Shah lah penawar dukaku, Shah lah penguat semangat, tetapi kini semuanya hilang.Adakah aku gadis perasan?Tak mungkin.Shah dah declare yang kami ni...
"Salbiah!Sudah lah, berjam jam duduk kat kerusi tu?Study atau tulis diari?,"tegur emak.
Aku termenung sendirian.Dahulu aku bahagia bersama Shah.Shah lah penawar dukaku, Shah lah penguat semangat, tetapi kini semuanya hilang.Adakah aku gadis perasan?Tak mungkin.Shah dah declare yang kami ni...
"Salbiah!Sudah lah, berjam jam duduk kat kerusi tu?Study atau tulis diari?,"tegur emak.
Alah emak ni.Orang tengah sedih-sedih ni,terus mati akal lah pulak.Hmm, betul ke apa yang aku dengar dari mulut Faris tadi?Shah nak clash?Ya Allah, aku tensen sekarang.Nak call ker?Aku takkan call dia selagi dia tak call aku.Cari pasal!
"Salbiah!Zubaidah!mari makan!,"teriak emak.
"Sal taknak makan mak, sekejap lagi mak"sahutku.
Zubaidah mmndang ku dengan hairan.
"makan lah kak,"
pada kekesokan harinya, seperti biasa aku keluar ke supermarket berhampiran Saja nak ambil angin. dan memang nak beli makanan kesukaan aku iaitu coklat kek.
Tidak semena-mena aku ternampak kelibat Zubaidah.Dan yang paling memeranjatkan aku di sisinya ialah seorang jejaka bernama Shah.Oiii,
Apa dia buat kat situ?shah pegang plastik beg, dan Zubaidah sengih2 je.
Nak kena mereka ni.Apadia buat ni??
Bila aku pulang ke rumah, aku buat cool aje.Tambah-tambah bila nampak Zubaidah depan peti ais sambil makan jeruk pelam.Gembira bukan kepalang nampaknya adik aku ni.Ada apa-apa ker?Oh, tidak tidak, habislah aku.Selama ni aku tak beritahu Shah yang aku ada kembar seiras.Maklumlah, aku segan lah nak kenalkan adik kembar aku yang feminine sangat tu berbanding aku.Nanti orang compare lak aku dan dia.Mesti diorang ketawa sebab lihat muka aku yang tomboy jadi feminine sefeminine feminine nya.So?Sekarang dia dah tau aku ada kembar?Hmmm...,jadi kenapa nak clash?Sebab aku tomboy?Sebab aku tak macam Zubaidah?Gila!
Aku membuka peti ais sekuat hati macam nak runtuh peti ais tu.Dahla peti ais tu dah senget.Makin senget bila aku buka peti tu dengan buasnya.
"Kak?"tegur Zubaidah
Aku diam membatu.Diam seribu bahasa.Eiii, geramnya adik aku ni.Gatal!tak malu!Benci!Pergi dari sini!(hatiku membentak-bentak).
Aku dah tak tahan sangat ni.
"Zubaidah, tadi kau ke mana?,"tanyaku tegas.Aku cuba berlembut, tapi aku gagal.Entah kenapa...
"Zu pegi supermarket, beli barang,"
"Barang apa!" bentakku tiba-tiba.
"kenapa ni kak??" Zubaidah sedikit kecil hati dan berlalu.
Astaghfirullah.Kenapalah dengan aku ni...Zubaidah tak tau menau.Tapi betul ke dia tak tau?Selama ni aku juga berahsia yang aku berkawan dengan Shah.Mana boleh bagitau tomboy ada kekasih?Hmm..,aku akan intip kau Shah..nanti...Ada ubi ada batas!
Aku menangis semahu-mahunya di atas katil kesayanganku.sambil memeluk erat bantal peluk ku aku tersedu sedan.Pintu bilikku diketuk kuat.
Aku terus mendiamkan diri.
"Kak?Kenapa ni?,"
Zubaidah lah tu!aku benci!Dari kecik lagi memang kau musuh utama aku.
Aku hilang sabar dan membuka pintu.Aku mengeluarkan suaraku dengan lantang ,
"Dari kecik memang kaulah musuh aku!Kau dengki pada aku!!," jeritku sehingga didengari oleh emak yang kebetulan lalu berdekatan bilikku.
"Astaghfirullahal adzhim...Kenapa Salbiah??,"suara emak sedikit tinggi bercampur nada terkejut.
"Mak pun sama!mak pilih kasih sejak kecil lagi!,"jeritku lagi.
Aku lihat Zubaidah menitiskan air mata dan terus berlari menuju ke biliknya.puas hati aku.Dengki sangat...mentang-mentanglah aku tomboy.Ingat aku tak ada perasaan ker?
emak yang kelihatan penat setelah pulang dari pejabat terus menampar pipiku.Aduh, emak...kenapa kau tak pujuk hatiku sepertimana kau memujuk Zubaidah??kenapa?Jahatkah aku?Tapi, aku di pihak yang benar!
Aku menyesal dan terus menutup pintu bilikku dengan kuat.Suasana rumah sunyi tiba-tiba.
Deringan telefon bimbitku kedengaran di atas meja studyku.
Nombor telefon Shah tertera di situ.Aku yang memang ingin bercakap dengannya lantas mengangkatnya.
"Yes,so skrg dah tau perkara sebenar!,"aku terus memulakan perbicaraan
"Iya!Johari yang bagitau pada saya!"ujar Shah
"Aha, lepas tu kenapa pilih clash?"air mataku terus berguguran.
"Awak tau sendiri kenapa!Johari dah mengaku!,"sambungnya lagi.
"Awak ingat saya tak ada perasaan??"
aku terus meletakkan gagang telefon.
Aku menangis semahu-mahunya.Dia lelaki pertama yang pernah memainkan perasaan aku.Apa yang aku cakap tadi pun aku tak faham dan aku tak ambil kisah langsung apa yang diucapkan oleh Shah.Tadi, Shah ada kata fasal Johari.johari dah mengaku?Apa maksud Shah?Tak faham aku.malas aku nak dial dan tanya.Memang gila!!
part 2
Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan Johari nak
bertanya hal sebenar.
Pagi itu aku mendapatkan basikal racingku dan terus
mengayuh dengan aksinya.Rasa segar dan bersemangat
pagi ini!Yeah!Sambil mengunyah buble gum kepunyaan
adik aku, Zubaidah, sempat memasang walkman di telinga
kanan.Aku meninjau-ninjau kawasan sekeliling.Lalu di
lorong kecil tempat pejalan kaki dan penunggang
motosikal atau basikal di situ.Suasana agak
sibuk.Maklumlah, hari bekerja.Tempat inilah kawasan
aku berjogging setiap pagi ahad lalu.Jogging sorang2
ja.Tak kuasa nak jogging dengan Zubaidah.Mesti banyak
kerenah dan pertanyaan pelik-pelik dari dia.
Aku rasa kocek seluarku bergetar dengan vibrate telefon bimbit nokia yang kubawa ke mana-mana saja itu.
Aku menghalakan basikal yang dikayuh ke tepi dan berhenti.Nama Shah tertera lagi.Aku terus off h/p ku dengan segera.
Malas aku melayannya.Padan muka kau Shah!Baru kau tau siapa aku sebenarnya.Bukan senang aku nak marah, tapi bila aku dah marah, bukan senang nak pujuk atau nak bodek aku!
Aku memandang sekeliling.Sesekali bersiul anak-anak muda jalanan mengganggu detik perjalananku.
"laki ke pompuan?" sapa seorang remaja yang kelihatan sebaya denganku. Mukanya nakal dan misainya tebal.
Aku mendiamkan diri dan terus saja meneruskan destinasiku.
"Woi,laki ke pompuan?Tak paham la tengok muka kau tu!" jerit lelaki itu lagi sambil disambut oleh hilai tawa rakannya.
Aku hilang sabar dan menoleh,
" Kau tu muka macam budak 15 tahun!Misai tebal macam 40 tahun!Tak paham aku!Normal ke?, "
bentakku dan terus mengayuh dengan lebih laju.Takut-takut kena kejar pulak dengan mereka.Bukan boleh percaya orang sekarang!Kena berhati-hati dan sentiasa berpada-pada!
Aku kemudiannya mendail rumah Johari.
"Halo?," kedengaran suara Johari menyambut telefon rumahnya.
"Johari, kakak kau Jamilah ada di rumah?"
"Ada-ada,Kenapa?" suara malas Johari mematikan semangat aku.
"Okey, aku datang.Kau jangan ke mana-mana k?," sambungku dan terus off h/p.
Sementara Johari di rumah, terpinga-pinga.
Aku bertanyakan Jamilah bukannya apa.kalau kakaknya Jamilah tiada di rumah, aku malas untuk bertandang ke rumahnya.Tentu tak sedap mata memandang jika Johari sahaja berada di rumah.Dan tentu saja ibu Johari memandang serong terhadap kehadiranku menemui anak terunanya.
10 minit kemudian, sesampainya aku di halaman rumah Johari, kelihatan Jamilah menyambutku.
Jamilah lebih senior dari aku 3 tahun.Tetapi aku lebih suka memanggilnya dengan nama Jamilah sahaja.
"Jom lah masuk putri,"
Antara 1001 macam orang, hanya Jamilah sahajalah yang memanggil namaku dengan gelaran putri.Kadang-kadang, Shah pun panggil aku putri.(special lah kononnya).Rasa macam puteri raja lah pulak bila Shah panggil aku macam tu.dan Shah pula putranya.Tapi, memang nama aku Putri Salbiah pun!Hmm..
"Johari baruuu aje keluar tadi.tak tau ke mana,"ujar Jamilah.
Aku tersentak."Hah??,"
"Arr?,"Jamilah menoleh ke arah aku apabila aku buat muka terkejut.
"Johari keluar?,"
"aa Ha ah.Kenapa kau nak jumpa Johari ker?,"
"Errr..,taklah.Nak jumpa Jamilah lah,"sambungku cuba berselindung.Malas aku menerangkan perkara sebenar satu demi satu.lagipun aku ingin bertanyakan hal mengenai Shah.Jamilah tidak tahu menahu hal itu.
sakitnya hati aku hari ini.Dahla semalam sakit hati.Hari ini malang lagi.Johari pun susah dirunding!Hati aku tiba-tiba rasa tidak sedap.macam ada benda yang tak kena.Entahlah....[
Mahu tidak mahu aku berboraklah dengan si Jamilah.Sikap peramahnya itu, menyebabkan aku gembira seketika.Hilang tension, tetapi lama kelamaan pening kepala aku dibuatnya.Over peramah betul si Jamilah ni.Macam minah kepoh lah pulak.Dah dekat tiga jam aku berada di rumahnya, dan aku mendengar kisahnya berepisod-episod.Kisah tangkap burung masa kecil, kisah Johari sawan nangis malam masa kecil, kisah Datuknya pelihara kucing dari Australia,Bomoh Kampung Orang Asli bela toyol,macam macam lagi.Aku hanya mengiyakan dan sesekali bertanyakan soalan-soalan bodoh padanya.Kadang-kadang aku tak tahu apa yang disampaikannya . Aku hanya melihat wajah Jamilah yang terkumat kamit tanpa henti bagai membaca mentera sementara fikiranku mengenangkan Shah yang tidak mengenang budi!
"Kau tau kenapa jadi macam tu?Kau rasa sebab apa?"tiba-tiba timbul soalan dari mulut Jamilah kepadaku.Aku terkesima sebentar.Tk sangka pula dia ingin bertanya padaku dan inginkan ulasan dari aku!Aduh, apa aku nak jawab?
"Hmmm...,Sebab,semua barang tu ada dalam rumah tu!Rumah pakcik aku tu!," sambung Jamilah sambil terbahak-bahak.
Kelakar bunyinya mungkin!Aku terus menyambut hilai tawanya.Aku ketawa dan mengangguk-angguk tanda setuju walhal aku tak tau hujung pangkalnya.Rumah pakcik?Barng rumah pakcik ?Barang apa pulak nih?hmmm.
grrr...vibrate h/p aku sekali lagi.Shah call lagi.Bersungguh-sungguh nampaknya Shah nak cakap dengan aku nih.
Aku cuba mengangkatnya.Jamilah pula terus ke dapur mengambil lagi biskut mayat yang telah habis aku makan.
"Kenapa awak ke rumah Johari?,"tanya Shah tiba-tiba.
"Eh..., kenapa awak sibuk?Siapa awak?"
"Putri.., dengar sini.Tak perlu berselindung di sebalik tabir yang sudah koyak Putri!,"
"??????"
Aku dengar Shah off h/p nya.Aku tergamam.Apa semua ni hah??
"Putri.., "panggil Jamilah mengejutkan lamunanku.
Aku mengangkat muka dengan sayu.
"ei, makan le biskut ni banyak lagi kat dapur!"sambung Jamilah.
Aku terus memakannya dengan laju dan geram.
"Putri!"satu suara yang biasa kudengar kedengaran di belakang ku.Jamilah menjenguk panjang.
part 3
"Salbiah,"
Terkesima aku melihat wajah Shah dan Johari di muka pintu.POyo je budak-budak ni.Johari tak boleh percaya langsung.Tak sabar rasanya nak mendengar penjelasan dari Shah.
Aku tersenyum sinis.
"Hmm?,"aku mengangkat kening ala-ala ziana zain.
"Salbiah,ingat saya taktau hal awak yg sebenarnya?,"Shah mulakan perbicaraan dan duduk di hadapan sofa yg aku duduki itu.
"Jadi?Apa yg awak nak sebenarnya?Suka menyakitkan hati orang...tak malu!,"
"Sampai hati awak Salbiah...,aku anggap kau...,"kata-kata Shah terhenti bila aku mencelah lagi.
"Hati aku ni lebih sakit Shah!,"
teriakku puas.
"Jadi awak tak fikirkan tentang saya?Nasib baik ada si Johari ni!.Dia lebih tau tentang awak sebab sepupu awak Azman tu teman baik Johari.Johari mengakui yang awak dah terima lamaran Azman,"sambung Shah lagi.
Aku berkerut dan memandang ke arah Johari dengan tanda tanya.
"Hmm,Azman beritahu yang kau menerima pinangannya,Salbiah,"
"??????"
Astaghfirullahaladzhim...Apa semua ini?Aku tak tahu menahu hal ini.
"Kami pun baru dapat tahu.,"ujar Johari lancar.
Aku terdiam bercampur kesal yang amat tenat.
"Sampai hati awak Salbiah.Saya dah anggap awak lebih dari kawan..,lebih dari teman,"
Aku mengangkat muka yang merah padam.
"Cukup Shah...,"aku terus berlari ke halaman rumah Jamilah dan mendapatkan basikal utk pulang ke rumah.Rasa membuak-buak api kemarahan di dadaku ini.Aku inginkan penjelasan dari mak dan ayah!Tidak!
"Salbiah, semalam saya ada jumpa kembar awak dan Johari dah bagitau pada saya bahawa awak ada kembar.Zubaidah pun akui yang awak dah dilamar,"sambung Shah mengejarku yg berlari ke halaman.
Aku seperti mahu menitiskan air mata.Setahu aku Azman ingin melamar Zubaidah!Shah,maafkan aku shah.
Aku meninggalkan Shah di situ kerana tidak dapat menahan perasaan yang bercampur-campur.
part 4
putri salbiah
Aku meletakkan basikal di garaj kereta ayah.
"Assalamualaikum," aku memberi salam dan menundukkan kepala kerana mataku kelihatan amat merah pada ketika itu.
Zubaidah sedang asyik menonton televisyen.
Aku cuba menarik nafas dan mengawal perasaanku.Serba salah, serba tak kena, marah, kesal, sedih, kecil hati, tersinggung,sakit hati, panas hati, semuanya ada.Tetapi yang pentingnya the main point is aku tak puas hati.Huh!
Aku memerhati suasana di rumahku.Kelihatan emak menuruni anak tangga sambil bercakap-cakap dengan telefon bimbitnya itu.
"Baiklah, kita jumpa lagi nanti.Eh, ada apa hal call lah Azian..ok, Waalaikumsalam"
Emak menutup h/p.
"Azian call, Salbiah," emak memberitahuku sebaik sahaja menyedari aku memandang ke arahnya.
"Azian mana mak?" celah Zubaidah.
"Azian...Adik Azman,takkan kau tak kenal,"sambung mak tersenyum.
Aku tersentak apabila nama Azman disebut.Rasa nak berpusing-pusing kepala aku ni dibuatnya.Macam nak pengsan pun ada!
"Ooook, Azian,aha, mak dah bagitau Kakak?" balas Zubaidah.
"Mak nak beritahu lah ni..,"emak tersenyum lagi.
Aku memandang wajah emak dan Zubaidah penuh tanda tanya.Rasa berdebar-debar.Mereka mungkin ingin memberitahu perkara yang aku benci!
"Duduk elok-elok anak emak.Hmm, dahnak jadi isteri org ni..,masih macam dulu lagi ni,"usik emak sambil mencuit hidungku.
zubaidah hanya tersenyum gembira.Aku hanya membisu.
"Kakak, Tahu tak kakak, kakak dah dilamar orang tau?,"bisik Zubaidah menggelikan anak telingaku apabila mendengar nama Azman.
"Kenapa kakak taktau??," tanya Salbiah
"Macammana kak nak tau, sejak akhir-akhir ni, kak marah-marah saja.Marah-marah tak tentu fasal,"sambung Zubaidah pula.
"Itukah alasannya?,"tanyaku serius.
"Mereka hanya lamar melalui handphone aje, Salbiah,"sambung emak yg mulai serba salah dengan tindakanku.
"Salbiah dengar dari mulut org lain tentang hal ni.Jadi mereka telefon emak,dan emak terima lamaran tuh??," mataku mulai berkaca-kaca.
Zubaidah kaku.Matanya galak memang mukaku yang semakin tegas itu.
"Untuk kebahagiaan kau, sayang,"sambung emak lagi.
"Tanpa mendengar penjelasan dari saya?,"tanyaku lagi semakin kesal.
"Kakak, sebenarnya mak minta Zubaidah jelaskan perkara sebenar pada kakak.Tapi Zubaidah tak berkesempatan.Kakak selalu tak ada di rumah.Jadi Zubaidah yg buat keputusan oleh kerana zubaidah lebih tau isi hati kakak.Zubaidah sayangkan kakak.Zubaidah nak kakak bahagia dan jadi suri kepada Azman walaupun Azman tu ingin melamar Zubaidah,kak,"jelas Zubaidah bersungguh-sungguh.Mungkin, dia terpaksa memberitahu perkara sebenar terhadapku apabila melihat aku hendak marah.
Aku merenung wajahnya.Aku menitiskan air mata.Emak yang menyaksikan adegan itu merasa serba salah.
"kau silap Zubaidah.Kenapa kau terlalu pendek akal Zubaidah!Kau perlu beritahu dan tanya aku dahulu!,"suaraku mulai tinggi dan tinggi.
"Jangan nak memandai-mandai!!,"sambungku lagi.
"kak, Zubaidah niat baik..,"
"Niat baik kepala hotak kau!,"marahku lagi.
Emak memandang mukaku dengan penuh marah apabila aku terlalu berkasar dengan Zubaidah.
Aku terus menangis.Aku tidak dapat lagi menahan sebak di dada.
"Kak, Zubaidah ingin lihat kakak bahagia dan seperti orang lain,.Zubaidah benci bila orang kata kakak Zubaidah macam orang laki2.Zubaidah nak buka mata org lain yang kaka k Zubaidah bukan seperti apa yang digambarkan.Mereka lemparkan kata kata yang bukan-bukan pada kakak Zubaidah.Tapi Zubaidah tak pernah beritahu pada kakak kerana ingin menjaga hati kakak,Bila mereka lihat kakak kahwin, pasti mereka diam dan ..."
"Biarlah apa yg mereka katakan!Kenapa kau sensitif sangat dan memandai-mandai dlm hal macam ni!!Kau silap!Gila!"teriakku lagi.
Emak mulai berang dengan sikapku yang kian menjadi-jadi.Belum sempat emak dan Zubaidah menyambung dan bersuara, aku memberitahu dengan nada kesal dan tangisku membuatkan mereka terpaku.
"Sampai hati kau buat aku macam ni.Sampai hati menghukum Salbiah sedemikan rupa.Biar apa yg kita lakukan, fikirlah dahulu Zubaidah agar tidak timbul perselisihan.Mungkin salah aku juga, tapi kau tidak pernah ingin memahami hati aku.Sementara kelurga terlalu memenangkan pihakmu walau di dlm apajua keadaan sekalipun!
Memang sejak kecil lagi aku dianak tirikan.Mungkin kerana peribadi, sikap, dan cara membuatkan semua org benci pada saya.Maafkan saya mak kerana bercakap seperti ini.
Saya tak dapat nak memenuhi hasrat keluarga untuk menerima Azman dalam hidup saya.Kerana kisah duka ini, saya mendapat tentangan dan keretakan hubungan dengan kekasih hati saya.Bayangkan betapa sedihnya saya apabila hubungan saya yang terjalin dengannya dan ingin hidup bahagia dgnnya tidak lama lagi, jadi keruh dengan adanya kisah ini.Hal yang tak pernah Salbiah tau!"beritahuku lancar seperti perkataan yg telah disusun.
Emak terpaku mendengar penjelasanku.Zubaidah tunduk diam.
Emak dan Zubaidah tidak menduga bahwa aku telah mempunyai calon suami.Semuanya kerana peribadiku yang agak tomboy itu.
"Kakak,"tangis Zubaidah.
Aku tidak dapat menahan sebak lagi.Aku lari ke dlm bilikku dan mengunci dari dalam.Mak mengesat air mata yang mengalir di pipi ketika itu.Emak sedih dengan pengakuanku itu.
Serta merta berputar-putar syiling yang dilihat oleh emak.Emak jatuh sambil mengurut dada.Aku di dlm bilik tersentak.
Aku membuka pintu dan mendapatlkan emak.
"Emak!!!,"teriakku hiba.
part 5
"mujurlah emak tak apa-apa,"tangisku di tepi katil bilik emak.
Emak hampir pengsan kerana stress yg amat sangat.Mungkin kerana letih bekerja, ditambah pula dengan masalah di rumah, terutamanya anak-anak.
Aku meletakkan sapu tangan basah di atas dahi emak.Kadang-kadang timbul rasa kesal atas perbuatanku.
Zubaidah diam kaku di hujung kaki emak.Aku pula masih mengurut-ngurut dahi emak dengan sapu tangan basah.Aku lihat pipi emak basah dengan deraian air mata yang amat memilukan.Emak memegang lenganku dgn erat membuatkan hatiku betul-betul tersentuh.
"Putri Salbiah...,"emak tersenyum tetapi air matanya masih mengalir.
Aku mengeleng-gelengkan kepalaku sambil mngesat air mata emak.Sekeras-keras hatiku, namun aku tetap tidak sanggup melihat deraian air mata orang tersayang.
"Kenapa Salbiah...,"kata-kata emak terhenti bila aku cepat-cepat mencelah.Sebak rasanya aku melihat emak ketika itu.Aku amat sayangkan emak!Aku tidak mahu kehilangannya!
"Emak, yang sudah tu sudahlah emak.Buatlah apa yang terbaik utk Salbiah, mak.Salbiah redha jika itu yg terbaik buat Salbiah.Salbiah tak rela kehilangan emak,"tangis ku hiba.
Biarlah aku berkorban.Mungkin Shah bukan jodoh aku.Aku harus terima dengan hati terbuka dan tak perlu berharap padanya lagi.Aku nekad!
Emak masih menangis.Tidak emak!Aku mencium pipi emak.Mungkin emak telah banyak tersinggung dengan sikapku ini.
"Putri Salbiah, anak emak..,"emak memaut tubuhku dan aku menangis sayu.
Kelihatan ayah di muka pintu bilik.
"Eh kenapa ni semua ni??,"tanya ayah selamba.
"Ayah, emak jatuh, nak pengsan tadi,"beritahu Zubaidah perlahan.
"Ha..,kan saya dah kata, makan lah ubat tu...,awak degil,"bebel ayah dan terus menuju ke dapur.Ayah gemar duduk di dapur dan mencari makanan.Itulah hobinya setiap hari.Maklumlah, di dapur banyak makanan dan ada kaca televisyen lebih besar dari ruang tamu.Tambahan pula ada kerusi urut elektronik kesayangannya di dapur tu.
part 6
Hari berganti hari.Tiba masanya hari pernikahan aku dan Zubaidah.Persiapan dibuat secara sederhana tetapi meriah kerana kami hanya membuat kenduri kecil (pernikahan) utk keluarga.Tiga atau empat bulan kemudian barulah kami mengadakan majlis jemputan makan besar-besaran kerana tiga minggu lagi emak dan ayah ingin mengerjakan haji.Pernikahan ini hendak tunaikan nazar emak yang ingin melihat kami bernikah sebelum berangkat menunaikan haji.Oleh itu jemputan makan utk sanak saudara, kawan-kawan etc kami tangguhkan dahulu.
Aku masih mampu tersenyum.Kelihatan Zubaidah begitu gembira.
Sepupu-sepupu kecil sibuk ke sana ke mari.Terdengar hilai tawa mereka mengusik kami.
Dan sesekali teringat juga pada Shah, perkenalan pertama aku, tetapi kini aku telah menganggapnya sebagai kawan seperjuangan .Di mana agaknya dia?Tahukah dia akan pernikahan aku hari ini?
"Acik nak kek!!"tangis seorang budak kecil apabila melihat kakaknya memegang kek coklat berkrim.
Aku menjenguk.Oh,anak Mak Teh rupanya.
Aku melihat mukaku di hadapan cermin.Betulkah aku bernikah hari ini?Oh, berdebar-debar rasanya.Wajahku yang seiras dengan Zubaidah kelihatan ayu seperti 'perempuan melayu terakhir' ketika itu.
Bezanya aku dgn Zubaidah, aku mempunyai tahi lalat di dagu.Dahulu,apabila aku keluar, aku sering meletakkan' handyplus' pada dagu aku.Nampak terlalu feminine(ada tahi lalat)..Orang ramai pun menyangkakan bahawa aku mengalami luka!Anehkan?Tetapi, itulah aku dan perangaiku yang dahulu!:)
Tetapi hari ini, segala-galanya mulai berubah.Aku akan jadi suri yang baik.Siapapun suamiku, dia kini tempat aku bergantung dan mengadu.Aku akan menjadi isteri yang baik, itulah impianku.Moga Allah beri aku kekuatan.
"Tok kadi dtg sekejap lagi,"satu suara memberitahu aku dan Zubaidah di dlm bilik.Kami bernikah pada hari yg serentak.
Aku memandang Zubaidah dengan penuh debar.Zubaidah tersenyum sayu.
Aku tersenyum sama.Aku memeluk erat tubuhnya.Kebetulan emak menjenguk kami.Serta merta emak mendapatkan kami dan memeluk kami erat-erat.
"Mak sayang kamu berdua,nak,"Ujar emak menggigil kerana menahan kesedihan yg amat sangat.
"Emak harap Salbiah gembira.Mak harap Zubaidah gembira,"ujar emak lagi.Sementara di luar, mereka yg menjenguk ke bilik kami melihat keindahan hiasan bilik , tidak berani lagi ke bilik kami setelah terlihat adegan sedih dr kami.Masing-masing memandang ke tempat lain dan keluar kerana turut bersedih dan hiba.
"Dah sampai!,"satu suara memberitahu kami lagi.
Emak menoleh dan mengesat air matanya cepat2, lalu bingkas bangun dan menuju ke luar.
Aku dan Zubaidah tersentak.Ya Allah, berilah aku kekuatan!
"Kakak..,"Zubaidah seperti ingin memberitahu aku sesuatu tetapi tidak sempat kerana tok kadi mengetuk pintu bilik kami.
Aku menarik nafas panjang dan ketika itu kelihatan emak dan ayah duduk di bilik kami sama.Tok kadi bertanya tentang butir-butir diriku.Kemudian, beliau bertanya adakah aku dgn rela menerima suami,samada dipaksa atau tidak etc (sebelum akad nikah).
"Adakah Putri Salbiah binti Mohamed Arsyad dengan rela menerima Badrul Shah bin Budin sebagai suami, tanpa dipaksa etc?"
Aku menggangguk tanda setuju.Aku terpaku seketika dengan perlakuan spontanku sebentar tadi.
Ehhh....,siapa tadi??Badrul Shah bin Budin??Bukan kah Azman....aku terkesima lagi!Aku mengangkat muka dengan terkejut dan memandang sekeliling.Aku memandang wajah emak pada ketika itu.Emak menggangguk dan tersenyum sambil menitiskan air mata,tetapi emak cepat2 mengesatnya.Emak merangkul tubuhku penuh kasih dan sayang.Terasa kehangatan yg amat sangat apabila aku dirangkul oleh emak yang selama ini amat memahami dan amat menyayangi pada diriku.
"Kenapa?Adakah ini tandanya menerima?,"tok kadi mengusik membuat lawak.
Ayah tersenyum.
"keluarga kami memang begini,"sahut ayah selamba.Tok kadi tergelak kecil.
Aku dan emak tersenyum gembira.
Kemudian giliran Zubaidah pula.
"Adakah Putri Zubaidah binti Mohamed Arsyad dgn rela menerima Azman bin Awang sebagai suami tanpa dipaksa etc?,"
Zubaidah tersenyum tanda setuju dan menandatangani borang.Aku menjeling ke arah Zubaidah.Tok kadi pun keluar dr bilik kami.
"Hmm,suprise sgtlah tuh,"bisikku pada zubaidah sambil tergelak-gelak..Zubaidah memberitahuku bahawa dia ingin buat suprise dgnku siapakah suaminya.Aku fikir, tentulah adik aku ni ramai peminat sebab dia ni feminine sefimine femininenya.Tak macam aku.Aku agak tentu adik aku ni bernikah dgn kekasihnya(org yang aku tak kenali).Rupa-rupanya, dengan seorang lelaki yg pernah mencetuskan fenomena yang dasyat satu masa dulu!Hihihi..
Aku semakin bersemangat dan segar.Aku memeluk emak dan Zubaidah erat-erat.Rasa syukur yg amat sangat, rasa hiba dan sayu dengan tindakan mereka terhadapku.
Ya Allah!Ampunilah dosa-dosaku dahulu dan kini!Jadikanlah aku isteri yg taat dan solehah!Jadikanlah aku kekasih suamiku yang abadi!Eratkanlah hubungan kekeluargaan kami ini!Janganlah kau tarik nikmat kasih sayang kami!
Aku tidak putus2 berdoa dan memanjatkan kesyukuran.
"Err,apa yg Zubaidah nak ckp tadi?sebelum tok kadi dtg tadi?,"bisikku pada zubaidah.
"Berita inilah...,"jawab Zubaidah.
"Oooh, nak pecahkan rahsia yer..,"celah emak.
"tapi tak sempat"Zubaidah ketawa tak henti-henti tetapi perlahan.
"ish ish ish,"ujarku sambil mencuit pipi Zubaidah.
"kakak seharusnya berterima kasih pada emak dan ayah.Mereka yg uruskan perkara ni semuanya,"ujar Zubaidah perlahan.
Aku memandang emak penuh kasih sayang dan kesayuan.
Oh emak!
"terima kasih emak.Salbiah sayang emak dan ayah..,"aku mencium pipi emak bertalu-talu.
"hmm,apa agaknya impian lepas ni?,"tanya emak kepadaku
"Hmm,nak jadi perempuan melayu terakhir!,"bisikku disambut hilai tawa Zubaidah yang perlahan itu.
"Ha..,Sudahlah, gembira skrg!Jgn nangis2 lagi.Nanti suami datang kejap lagi tengok korang menangis saja, kesian pulak kat mereka,"sambung emak sedikit tegas.Aku dan Zubaidah menutup mulut menahan ketawa apabila emak berkata begitu.Kemudian emak keluar dari bilik mendapatkan saudara mara terdekat yg datang.
Setelah selesai mendengar akad nikah, kami solat berjemaah bersama-sama suami.Bagaikan mimpi rasanya aku!
Setelah itu bersalaman dengan suami.Aku terketar-ketar utk bersalam dengannya,.Shah kemudiannya mengucup dahiku dan membaca doa dengan usapan tangan kanannya diletakkan atas ubun-ubunku.Aku merasa senang dan amat bersyukur.Rasa terharu dengannya dan rasa sayang bertambah-tambah padanya.
Kemudian acara makan bersama.
Sesekali terdengar suara-suara sumbang mengusik kami.Aku hanya dengar tak dengar sahaja.Shah tak henti-henti memandang aku.
"Cantik,"bisik Shah menggetarkan jiwaku.
"Tak caya!"balasku manja
"Tahi lalat tu,buat awak...,"
"Ala....,"aku mencelah lagi
"Buat awak cantik,"
"Sebab tahi lalat ker?"sambungku lagi.
"Taklah.Memang isteri Abang cantik,"bisik Shah lagi.
Aku tersenyum malu mendengarnya.Rasa gembira bukan kepalang tetapi aku kawal perasaan ini.
Tiba-tiba terdengar lagu kumpulan nasyid hijjaz berkumandang .Aku agak terkejut.Rupa-rupanya Pak Teh dan Mak Teh yang memasangnya.
"Bila dua hati dah terjalin,selamatlah pengantin kami doakan...,"suara munif hijjaz berkumandang di seluruh pelusuk penjuru rumah kami.
Aku bersyukur padamu Ya Allah yg melimpahkan rahmat ke atasku!Terima kasih emak,terima kasih ayah, dan adikku!Moga perkahwinan kami berkekalan dan moga kami dirahmati.Selamatkanlah juga perjalanan emak dan ayah kami ke Makkah tidak lama lagi.Tunaikanlah hajatnya sepertimana kau tunaikan hajatku pada hari ini.....
Ya Allah ya Rabbi.....
The end!!!!!!
'Putri Salbiah musim kedua' akan menemui anda tidak lama lagi!
No comments:
Post a Comment