"Eeiii...abang ni!!” jeritanku menggegarkan rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Cahaya.
Abang yang sedang tersengih macam kerang busuk itu kukejar dengan bantal, habis tunggang-langgang segala isi perut rumah. "Aduh...! Sakitnya!!" jeritan abang pula menggamatkan suasana rumah. Bantal yang berada di tangan kuhenyak-henyakkan keatas badan abang. Jeritan abang meminta aku menghentikan aktivitiku, kubiarkan sahaja.
"Biarkan abang rasa. Sape suruh kacau ina tengok cerita Card Captor Sakura???" bisik hati kecilku.
Namun aku terpana seketika setelah menyedari bahawa bantal yang kuhenyak-henyakkan ke atas badan abang mula memuntahkan isinya.
"Oopps..." aku dan abang saling berpandangan dan tersengih.
Kuperhatikan sekitar ruang tamu itu, macam kapal nak karam sahaja rupanya.
Majalah bertaburan. Kerusi tunggang-langgang. Kekabu merata-rata.
"Memang macam sarang tikus..."aku mengomel sendiri.
Keakraban antara aku dan abang memang tidak dapat disangkal lagi. Kadang-kadang ini menimbulkan konflik antara aku dan rakan-rakan sekuliahku, terutamanya yang berlainan jantina denganku.
"Eeiii...abang ni!!” jeritanku menggegarkan rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Cahaya.
Abang yang sedang tersengih macam kerang busuk itu kukejar dengan bantal, habis tunggang-langgang segala isi perut rumah.