23 November 2013

Apakah itu POWER BANK??

Seiring dengan kemajuan negara, kebanyakan rakyat Malaysia kini sudah tidak lagi boleh dikatakan ketinggalan zaman atau tidak up-to-date. Lihat sahaja di mana-mana kita pergi, hampir semua orang memiliki setidak-tidaknya satu gadget. Paling kurang, telefon pintar..hampir semua orang memiliki telefon pintar yang membolehkan mereka berinternet di mana sahaja.

Memiliki gadget kini ibarat sudah menjadi gaya hidup buat masyarakat di negara ini. Namun begitu, apabila berbicara soal gadget ini pastinya satu isu universal yang dihadapi adalah bateri cepat habis/kong/flat. Dan untuk mengatasi masalah tersebut, terciptalah satu alat yang dinamakan ‘power bank’.

 Waktu dulu, aku pernah beranggapan yang power bank ni tak penting pon sebenarnya. Iye la. Nak guna power bank buat apa. Charger kan ada. Buat apa nak susah-susah. Lagi pon charger ni 10 ringgit je. Tapi itu dulu la. Sekarang ni bila aku sudah bekerja lagi-lagi bidang kerja aku yang memerlukan aku kadang-kadang perlu bermalam di site mula membuatkan aku berfikiran lain sikit. Kadang-kadang kita takde masa untuk cas fon sebenarnya. Nampak macam pelik kan? Takkan la takde masa langsung? Masa itu ada tapi kadang-kadang nak pergi wat report lah..nak kene buat meeting pelbagai tu  lagi, ada aktiviti lagi pastu nak pergi bandar lagi. Selalunya memang tak cukup masa. Tu tak campur kalau plug point dekat bilik ni penuh. Sememangnya benda macam ni boleh mencabar iman kita

Apa itu power bank, dan apa fungsinya? Secara amnya, power bank adalah sebuah untuk mengisi semula tenaga pada gadget anda. Awalnya dikenali sebagai portable charger, kini power bank ibarat menjadi pelengkap kepada penggemar-penggemar gadget untuk terus ‘bermanja’ dengan gadget kesayangan mereka.

          So, bila kita takde masa la kita kena gunakan power bank ni. Kalau kita tak sempat nak cas fon, lepas tu kelas pukul 8 pagi pulak, rilek je. Ambik power bank, cucuk usb pastu cas je fon kita. Memang la kita boleh cas kat bilik tapi kalau kelas kita straight sampai petang macam mana? Sanggup ke tak guna fon satu hari suntuk? Lagi-lagi pengguna kaki game macam aku ni ( USER XPERIA PLAY ) dan aku juga kene selalu online sebab aku buat bisness online yang sememangnya terkenal dengan kerajinan online tanpa mengira masa dan tempat.

Sekarang ni aku tengah survey kat internet dan Plaza Low Yatt untuk menjual benda alah ni sebab aku dah buat kajian yang benda ini menjadi keperluan untuk kita .So untuk permulaan Insyallah minggu depan aku akan membeli dulu power bank kat low yatt ...aku dah usha minggu lepas memang cantik...heheheh...nanti aku akan post entri kat blog ni minggu depan k...
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment