01 December 2013

5 TABLET BUDGET BERKUALITI DI MALAYSIA TAHUN 2013

Assalamualaikum....Sejak menjadi agen bisnes topup ni handphone admin tak berhenti-henti email/call/sma tentang macam mana nak join bisness topup ni. Minggu lepas admin jalan-jalan kat Plaza Low Yatt so admin pon ada ternampak promosi tablet kat Low Yatt ni. Antara tablet budget yang admin berminat adalah....

1. LENOVO A1000


Sedikir info tentang Lenovo ni, sebelum ni kita pasti terfikir jenama Lenovo ni pasti laptop kerana sebelum ini jenama ini dikenali dengan IBM. Mungkin syarikat Lenovo membeli saham syarikat tersebut agaknya dan menggantikan dengan nama Lenovo.

Sedikit review tablet ini :

  1. HD 7" Multi-Touch 1024 x 600 Display
  2. MediaTek MT8317 Dual-Core Processor
  3. Internal 1GB RAM & 8GB eMMC Storage
  4. MicroSD Memory Expansion up to 32GB
  5. Wi-Fi 802.11 b/g/n & Bluetooth 4.0
  6. Micro-USB Port Supports USB On-The-Go
  7. Front-Facing 0.3MP VGA Camera
  8. Built-In GPS & Accelerometer
  9. Android 4.2 Jelly Bean Operating System
Harga sekitar RM499 dan tablet ni boleh telefon. Berbaloi dengan harganya kerana ia boleh telefon berbanding dengan samsung tablet yang harganya 899 mempunyai fuction yang hampir sama. Sound dia memang best dan mantap!

2. ASUS MEMO PAD




Seperti yang dibincangkan dalam artikel sebelum ini, Asus MeMo Pad yang berharga RM499 bukanlah sebuah tablet berprestasi tinggi. Malah, ia mempunyai spesifikasi yang hanya cukup untuk melakukan perkara asas seperti melayari internet, mendengar muzik dan menonton video. Peranti ini tidak sesuai untuk bermain permainan video 3D.

Namun, bagi mereka yang sering bergerak ke sana ke mari dan bukanlah pemain permainan video tegar, tablet ini mungkin peranti yang boleh dipertimbangkan terutamanya pada harga yang cukup berpatutan dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Tablet ini dilengkapi skrin 7 inci dengan resolusi 1024×600 pada kepadatan piksel hanya 170ppi, satu nilai di bawah standard biasa tablet.  Ia juga dilengkapi CPU single core dan 1GB RAM membolehkan ia menjalankan Android 4.1 dengan baik. Bateri 4,270mAh dikatakan boleh bertahan selama 7 jam pada penggunaan biasa. Selain itu, ia mempunyai ruang storan 8GB di samping 5GB ruang storan cloud melalui perkhidmatan ASUS WebStorage. Jumlah ruang storan ini juga boleh ditambah dengan adanya slot kad SD.

Namun, Asus MeMo Pad hanya mempunyai sebuah kamera hadapan dengan kemampuan 1 megapiksel. Oleh itu, tablet ini tidak boleh digunakan sebagai kamera untuk mengambil gambar harian anda. Yang baiknya, ia didatangkan dengan pelbagai pilihan warna – Sugar White, Titanium Gray, dan Cherry Pink.

Tidak dinafikan Asus merupakan pengeluar tablet yang berkualiti, namun Asus MeMo Pad telah ‘mengorbankan’ banyak fungsi-fungsi begi memastikan harganya dapat dikekalkan pada tahap rendah. Bagi anda yang mahukan sesuatu yang lebih baik dan tidak kisah membayar lebih, kami mencadangkan anda mendapatkan Nexus 7 atau iPad Mini.

Namun, jika anda hanya mahukan sebuah tablet untuk memainkan video atau muzik untuk dibawa keluar atau mahu memberikan anak anda sebuah tablet, anda boleh menimbang secara serious untuk mendapatkannya.



3. ASUS MEMO Pad HD 7


Diperkenalkan pada bulan Jun yang lepas di Computex 2013, kini Asus Malaysia telah pun mula menawarkan tablet bersaiz 7-inci mereka yang terbaru, iaitu Asus MeMO Pad HD 7 di pasaran tempatan dengan harga jualan RM649.

Asus MeMO Pad HD 7 menawarkan paparan skrin bersaiz 7-inci dengan paparan 1280×800 pixel. Ia turut dilengkapi dengan cip empat-teras 1.2GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera hadapan 1.2-megapixel dan juga kamera belakang 5-megapixel. Tablet ini hadir dengan Android 4.2 Jelly Bean.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tablet berasaskan Android bersaiz 7-inci, mungkin boleh membandingkan ia dengan HP Slate 7 yang turut mula dijual baru-baru ini. Namun, sekiranya ingin menantikan beberapa bulan lagi, kami lebih mencadangkan anda menantikan Nexus 7 baru yang telah diumumkan oleh pihak Google pada bulan Julai lepas.

Harga dia yang aku tau lah masa keluar dulu RM 649. Tapi ada survey kat internet harga dia dah turun ke paras RM599. Yang ni memang aku berminat tapi kan best kalau boleh call dan mesage sekali kan...hehehehe...

SUMBER RUJUKAN: ASUS MALAYSIA

4. ACER ICONIA TAB B1



Ketika CES 2013, salah satu peranti baru yang diperkenalkan oleh Acer adalah tablet pada harga bajet, iaitu Iconia Tab B1. Kini, tablet bersaiz 7-inci itu telah pun mula dijual di Malaysia, pada harga RM399.

Dari segi spesifikasi, tablet ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan sebesar 8GB, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.

Hasil percubaan kami secara ringkas di Mobile World Congress 2013, ia boleh dikatakan tablet ini boleh menjalankan beberapa aplikasi popular, disamping selesa untuk dipegang menggunakan sebelah tangan.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada para pengedar rasmi Acer seluruh negara.

5. Huawei MediaPad 7 Youth


HUAWEI MediaPad 7 Youth ,tambahan terbaru kepada siri popular MediaPad tablet kini boleh didapati di Malaysia. Padat, kukuh dan bergaya dengan logam aluminium unibody pengukur hanya 9.9mm nipis dan berat 350g.

HUAWEI MediaPad 7 Youth mempunyai 19.34cm panjang logam aluminium unibody dan cukup kecil untuk dimuatkan ke dalam beg. Dengan skrin sentuh kapasitif 7 inci, anda boleh menikmati pengalaman menonton yang jelas dengan 1080p dan fungsi main semula video HD, di mana sahaja anda berada. MediaPad 7 Youth ini berkelajuan tinggi 28nm, unit pemproses 1.6GHz dwi-teras dan GPU berkuasa menawarkan operasi yang lancar, manakala bateri 4100mAh Li-Polymer yang tahan selama 2 minggu memastikan pengguna menggunakan ianya untuk lebih lama.

Rasakan kebebasan sambungan pantas untuk memastikan anda tidak terlepas tweet, teks atau memanggil, dengan pilihan HUAWEI MediaPad 7 Youth multi-rangkaian HSPA + (sehingga 21Mbps) dan sambungan Wi-Fi, dan juga suara panggilan, SMS, dan MMS. Menggunakan Android 4.1, MediaPad 7 Youth mempunyai fleksibiliti untuk membolehkan anda sentiasa berhubung sepanjang masa sama ada anda berbual, berkongsi, permainan, atau menonton filem.

Untuk maklumat lanjut boleh ke:

Facebook: www.huaweidevice.com/myy
Twitter: www.twitter.com/HuaweiDevice
YouTube: http://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo

SO itulah antara tablet-tablet yang aku usha time aku kat Plaza Low Yatt hari tu. Tapi aku lebih berminat pada tablet yang nombor 1 tu..Hehehehe...03 DECEMBER ni besday aku. Kan best kalau ada orang hadiahkan aku tablet ni..hihihih...Kalau aku nak beli pon maybe tahun depan dalam bulan satu time dapat duit BR1M. hahaahha...Nak beli sekarang pon bukan masa yang sesuai sebab dah naak dekat akhir tahun ni so aku nak wat simpanan kat Tabung Haji dengan ASB dulu. Manalah tau murah rezeki tahun ni Tabung Haji dengan ASB Bermurah hati memberi lebihan dividen dan bonus kepada orang macam aku ni kan so lagi cepatlah aku beli Tablet Ini..huhuhuhuh.....

No comments:

Post a Comment