07 December 2013

MobileGear M65G Tablet PC From Sensonic


Assalamualaikum semua..Okay untuk minggu ni aku nak buat preview tentang tablet baject yang baru aku pakai nak dekat 2 minggu. Sensonic tengah buat promotion untuk tablet ini di Plaza Low Yatt. Company XOX telah menjual tablet ini di tingkat 3 ( Berdekatan dengan Office Management Plaza Low Yatt ) dari 1 December 2013 sehingga 31 January 2014. So tablet ini di beri nama Mobile Gear M65G Tablet PC.



Okay ini adalah tablet yang aku nak preview kali ini. ( MOHON abaikan budak hensem dalam walpaper Tab tersebut ). Seperti dalam gambar Tab ni mempunyai Kamera depan 0.3 megapixel. So kualiti kamera 0.3 megapixel ni korang paham - paham je lah kan. Tapi not bad lah bagi aku yang jenis x suka video call ni..Hahahaha...Tab ni mempunyai 1 butang fizikal di bawah seperti Tab -Tab android yang lain yang digunakan untuk menghidupkan skrin ( In sleepy mod ). Selain itu speaker di letakkan di bahagian tengah paling atas sekali bersebelahan dengan kamera depan tab tersebut.

Aksesori di dalam kotak :
  • 1 x USB mikro Kabel
  • 1 x AC Pengecas
  • 1 x Bateri
  • 1 x Tab
  • 1 x Alat dengar

Dunia telah berubah .Memperkenalkan Mobilegear M65G - tablet yang redefines tablet. 6.5 " kapasitif cemerlang paparan HD skrin sentuh Tab redefines kecemerlangan. Resolusi tinggi HD paparan memberikan setiap imej warna yang menakjubkan , seri , dan kejelasan untuk menangkap semua butiran dengan lebih jelas.

Pemproses berkuasa

Melayari internet sama seperti pada PC, dan mendapatkan keseronokan penuh 175 juta laman Adobe Flash serasi , permainan, dan video. Unit pemprosesan pusat membolehkan anda untuk menjalankan semua fungsi dan aplikasi anda dengan mudah. Gigabyte penuh dengan RAM memproses semua data anda lebih cepat. Tab 6.5 " Full Android 4.2.2 , platform adalah cara manis untuk melaksanakan segala Pengalaman Google Mobile, seperti optimumkan penggunaan Gmail dan Google Maps.

Banyak Apps Dalam Satu Sentuhan

Tiada seorang pun daripada kita mempunyai masa untuk melakukan hanya satu perkara pada satu masa. Sensonic memastikan anda up- to-the- kedua dengan widget dan anda boleh mempunyai lebih daripada satu aplikasi terbuka pada satu masa. Akses Pasaran Android untuk aplikasi yang menjaga kehidupan anda bergerak dengan kelajuan yang anda perlukan.



Di bahagian kanan Tab ni cuma mempunyai butang ON / OFF dan juga butan Volume. So boleh dikatakan Tab ini direka seringkas mungkin untuk memudahkan pengguna menggunakan Tab ini.


Di bahagian atas Tab ini mempunyai Tempat mengecas bateri dan juga earphone 3.5mm audio jack.



Di bahagian belakang Tab ini mempunyai kamera belakang hanya 2 megapixel tanpa LED Flash dan Auto Fokus. Jadi pengalaman mengambil gambar menggunakan Tab ini adalah kurang menyeronokkan bagi mereka aweks - aweks hot yang suka upload gambar - gambar mereka kat laman sosial tu.


Specifications Tab ini :


Lagi satu aku nak tambah selain di atas specifications tab ini ialah 
  • Bateri berkapasiti 2000mh
  • 1.0 GHz Dual Core
  • 512 Mb RAM
  • UP to 32G SD Memory Card.
  • Tab ini cuma mempunyai 1 warna sahaja iaitu warna putih.
  • Penutup belakang tidak boleh dibuka so means korang tak boleh cabut bateri lah kan..heheheh..
  • Waranty ialah selama 1 tahun. So korang nampak tak tidak seperti tab yang lain yang hanya mengeluarkan waranty hanya selama 3 bulan sahaja. Kalau ada sebarang kerosakan untuk area KL korang boleh hantar Tab korang kat Plaza Low Yatt atau pon kat subang Jaya.
  • Boleh masuk sim card. So korang boleh buat panggilan dan juga SMS.
So far buat masa ni aku guna okay lah. Cume batery selalu kong lah sebab aku kan jenis kaki online so memang selalu kong juga lah. Buat masa ni tak pernah hang lagi. Cuma bila nak starting nak buka facebook dia agak lama sikit. Tapi aku boleh bagi rating 3 star lah untuk tab ni. Korang jangan nak bandingkan Tab ni dengan jenama - jenama yang lain sebab bersesuaian dengan harga nya Tab ini adalah antara yang terbagus dalam kelas Tab low end. Untuk mereka yang baru nak merasai pengalaman pertama menggunakan Tab korang boleh cuba tab ini.


So korang berminat tak? kalau berminat korang boleh dapatkan di Plaza Low Yatt di tingkat 3 berdekatan dengan Office Management Plaza Low Yatt ( xox booth ) dan korang juga boleh dapatkan di LAZADA . Tablet ni murah jer. Harga dia cuma RM 299 jer. Aku lebih prefer korang pergi beli kat Plaza Low Yatt tu sebab kalau korang beli kat sana korang boleh dapatkan secara percuma screen protector dia dan juga case untuk tab ini.

No comments:

Post a Comment