07 November 2013

CARA-CARA UNTUK MENDAFTAR CIMB INTERNET BANKING.





LANGKAH 1

Pergi ke CIMB Bank yang berdekatan dengan kediaman anda.
Pergi ke kaunter pertanyaan untuk mendaftar CIMB CLICKS.
Pada kali pertama mendaftar kad pengenalan akan digunakan untuk membuka akaun CIMB. Jika anda sudah mempunyai KAD CIMB, anda boleh terus melihat ke LANGKAH 2.
Kemudian anda akan diberikan satu borang untuk membuka akaun CIMB, isi borang tersebut dengan lengkap.
Setelah selesai mengisi borang tersebut, anda akan diberi satu nombor giliran.
Apabila sampai giliran anda, staff CIMB akan menyediakan satu set lampiran yang mana didalamnya tertulis pelbagai kaedah yang boleh kita gunakan di CIMB BANK ini. Anda akan diminta menandatangani setiap lampiran tersebut. (CIMB tidak menggunakan borang yang banyak untuk pengguna mengisi setiap butir peribadi kerana CIMB telah menggunakan teknologi masa kini dengan menggunakan kad pengenalan untuk mengisi data peribadi pengguna, dalam masa yang sama maklumat peribadi pengguna akan disimpan didalam data CIMB.)
Setelah selesai membuat tanda tangan di lampiran berkenaan, anda akan diberikan satu nombor akaun dan anda perlu memasukkan duit sebanyak RM50 untuk membuka akaun baru.
Apabila anda sudah selesai membuka akaun baru, anda akan dipanggil oleh staff CIMB untuk mendapatkan kad CIMB tersebut.

LANGKAH 2
Buat internet banking di atm CIMB.
Caranya : masukkan kad atm, masuk nombor pin anda, pilih > OTHER > CIMB CLICKS > CIMB CLICKS E-PIN, masukkan 6 digit e-pin pilihan anda (lain dari pin atm anda) masukkan lagi untuk kepastian. Pastikan anda ingat nombor pin tersebut.
Masukkan nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC dan pengesahan TRANSAKSI.
Selesai untuk CIMB CLICKS E-PIN.

LANGKAH 3
      1.   Pergi ke laman web utama cimbclicks.com


     2.   Pilih FIRST TIME LOGIN >> SIGN UP HERE.



     3.  Isikan semua maklumat dengan tepat.


     4.  Pada bahagian 1, masukkan 16 DIGIT nombor yang terdapat pada bahagian belakang kad atm anda.
     5.  Pada bahagian 2, masukkan 6 DIGIT e-pin yang telah ditetapkan pada atm.
     6.  Pada bahagian 3, masukkan 6-32 alphanumeric yang mengandungi kombinasi abjad dan angka                  
          sebagai CIMB click ID.
     7.  Pada bahagian 4, masukkan 8 alphanumeric sebagai kata laluan.
     8.  Pada bahagian 5, masukkan 8 alphanumeric tadi sebagai pengesahan kata laluan.
     9.  Pada bahagian 6, masukkan nama ibu.
   10.  Pada bahagian 7, masukkan alamat email yang masih aktif.
   11.  Pada bahagian 8, masukkan SecureWord untuk pengesahan CIMB click ID sah atau tidak.



    12.  Pada bahagian Introducer's Detail ini, staff CIMB sendiri yang akan mengisi sebagai pencadang.
    13.  Pada bahagian 1, masukkan nama pencadang.
    14.  Pada bahagian 2, masukkan staff ID pencadang.
    15.  Pada bahagian 3, pencadang harus memasukkan email yang masih aktif.
    16.  Pada bahagian akhir iaitu bahagian 4 dan 5, pencadang harus mengisi branch CIMB Bank yang              
           pengguna telah mendaftar CIMB clicks.
    17.  Setelah selesai memasukkan kesemua maklumat dengan lengkap, pilih ACCEPT untuk menunjukkan   
           yang anda faham pada terma dan syarat tersebut.
    18.  Klik submit untuk menamatkan sesi pendaftaran CIMB Clicks.




LANGKAH 4

    1.    Buka login untuk memastikan akaun anda sudah diaktifkn ataupun tidak. Kemudian klik LOGIN.



    2.   Masukkan USER ID.



     3.   Masukkan pasword.


    4.  Sekiranya terdapat paparan tersebut, ini bermakna anda berjaya untuk memasuki akaun CIMB Clicks  
         yang sah.



    5.  Anda BERJAYA !!!!

No comments:

Post a Comment