07 November 2013

AFFILIATE DI MALAYSIA


Kat Malaysia ni memang dah banyak produk dipasarkan melalui sistem affiliate. Bagi seorang newbie memang pening dan confius nak pilih yang mana program affliate yang paling best dan boleh buat duit online semaksimum mungkin.

Jadi mulai hari ini jangan lagi pening dan confius. Sebenarnya untuk join affiliate ni korang kena RAJIN dan BANYAK BERSABAR sebab affliate ni kena banyak try & error. Terdapat beribu-ribu lemon program affliate di internet kalau korang pegi tanya pakcik google. Soalnya yang mana satu pilihan korang?

Secara ringkasnya produk yang dijual melalui sistem affiliate di Malaysia ni dibahagikan kepada dua kategori. Pertama produk digital, kedua produk fizikal.

PRODUK DIGITAL

Produk dalam bentuk digital seperti E-Book, web hosting ,video, software dan segala macam produk yang boleh dihantar kepada pembeli hanya melalui email. Berdasarkan pemerhatian aku majoriti produk yang dijual melalui sistem affiliate kat Malaysia ni berasaskan produk digital. Permintaan untuk produk digital memang sentiasa ada. Maklumlah pengguna internet kat Malaysia ni bukan ke makin bertambah setiap hari.


Produk digital juga sentiasa menjadi buruan raja-raja affliate kat Malaysia ni sebab komisen yang ditawarkan memang lumayan. Ada yang menawarkan sehingga 50% komisen. Banyaaaakk tuuuu......

PRODUK FIZIKAL

Affiliate produk fizikal plak terbahagi kepada dua. Untuk join affiliate produk fizikal ada yang free of charge dan ada juga yang korang kena beli dulu produk tu than baru le dapat link affliate. Untuk kategori kedua ni biasanya dipanggil RESELLER

Contoh produk dalam bentuk fizikal adalah seperti minyak wangi, teh, herba dan buku. Di Malaysia ni produk berbentuk fizikal jarang sekali kita jumpa berbanding dengan produk digital. Pendek kata sistem affiliate berasaskan produk fizikal ni baru nak bermula. Sistemnya sama le jugak cuma cara hantar je berbeza. Kalau produk fizikal dah tentu le hantar pakai pos.


Untuk affliate yang free of charge biasanya pemilik produk menawarkan kadar komisen yang rendah berbanding yang berbayar. Biasanya antara 5% hingga 20% sahaja. Walau pun kadar komisen agak rendah tapi kalau korang pandai promosi...produk pulak memang mendapat permintaan tinggi... produk fizikal kategori ni pun boleh buat duit jugak


Untuk affliate yang kena beli barang dulu komisen yang kita boleh dapat biasanya agak tinggi. Kena beli barang pun tak le mahal mana. Ada yang bermula dengan serendah RM25 sahaja. Nanti aku akan senaraikan program-program yang memerlukan modal dibawah RM100.

Tapi AWAS... ada juga SKIM CEPAT KAYA berselindung atas nama affliate. Aku malas nak bercerita bab skim cepat kaya ni sebab memang dah berbuih mulut orang bercerita tapi masih ada jugak yang terkena. Apa yang boleh aku kata... kalau korang jumpa sistem affiliate yang cakap...
tak payah jual barang...
tak payah promote....
dapat pulangan ribu-raban tanpa perlu buat apa...
cuma promote link affiliate je
TAK DE PRODUK

Maka oleh itu tak payah le join. Melainkan kalau korang nak jugak join... itu terpulang la. Sebab bagi aku kalau nak meniaga ni kena le ada barang yang nak diniagakan. Betul tak?

Aku secara peribadi lebih suka program affliate berasaskan produk fizikal. Sebab program affiliate berasaskan produk fizikal masih baru. So peluang memang banyak. Tapi ada setengah orang lebih suka join affiliate berasaskan produk digital. Lain orang lain le ragamnya kan....

Dalam blog ni aku akan senaraikan beberapa program affliate di Malaysia berasaskan produk digital dan produk fizikal. Ada yang aku join dan ada yang tak. Korang boleh browse dan pilih produk-produk yang korang rasa korang boleh promote...kena dengan jiwa korang

Apa pun buatlah pilihan yang bijak sebab aku tak jamin semua program affiliate yang aku senaraikan ni boleh menjadikan korang kaya raya macam Bill Gates. Apa yang penting korang ke le berusaha ye...Apa yang senaraikan kat blog ni adalah panduan untuk yang masih tercari-cari lagi program yang terbaik untuk diri sendiri

Selamat Buat Duit Online Dengan Affiliate

Berminat nak join? Pendaftaran Agen Topup sumber : KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment