03 May 2011

Karl dan hilda


Oh Mama saya mahu kawin..kawin dgn siapa..dgn siapa saja..
Irama lagu nostalgia dari corong radio dendangan siapa aku sendiri tak pasti yang aku tahu dendangan lagu itu cukup membuatkan aku tersenyum. Manakan tidak macam menyindir aku yang masih belum berumahtangga. Aku sendiri tidak tahu siapa pulak yang gatal tangan pergi ubah gelombang radio kegemaran aku kepada gelombang Warna. Hissh buat sakit telinga aje. Aku menuju ke arah radio lalu menekan suiz. Radio tiba-tiba senyap..Ha..baru aman sikit.
“Kenapa di tutup radio tu, kan ke mak nak dengar,” jerit mak biliknya.

“Radio rosaklah mak, tak tahu pulak kenapa,”jawabku memberi alasan. Kalau aku cakap aku tak nak dengar lagu nostalgia tu mesti mak kenakan aku cukup-cukup. Mak memang tengah tunggu masa nak mengenakan aku.
“Mana ada rosaknya, mak nak dengar azan yang kau pergi tutup radio tu kenapa,”bebel mak.
Aku bangun menuju ke arah bilik mak. Mesti mak tengah buat gubahan untuk majlis pertunangan Alia. Mak memang kreatif. Dia selalu juga mengambil tempahan sekiranya orang berhajat. Tapi Mak buat ini semua hanya suka-suka untuk meluangkan masa. Aku pulak..heee jangan lah suruh aku buat, idea memanglah banyak nak membuatnya tu agak payah aku tak sekreatif mak nanti lain pulak yang jadi.
“Cantik gubahan tempat letak bunga rampai mak buatkan untuk Alia,”ujarku lalu membelek-belek gubahan yang telah siap. Mak menyusunkan ke dalam kotak.
Emak tidak menjawab dia masih tekun melakukan kerjanya. Dia memotong reben berwarna coklat keemasan untuk dijadikan tangkai bakul bunga rampai. Reben tadi di gam disekeliling bakul kecil untuk ia kelihatan lebih menarik.
“Hmm Alia dah pun nak tunang kau tu bila lagi,”
Hah dah mula lah tu aku pun satu yang aku pegi gatal tanya mak tentang gubahan kenapa. Saja nak cari pasal.
“Hah nak kemana tu,”
“Nak pergi ambil wudhu dah masuk waktu,”ujarku seraya berlalu ke dapur.
Hehehe selamat aku tak kena lecture..kalau tak naik berbulu telinga mendengar khutbah mak tentang diri aku kerana masih belum menunjukan sebarang petanda yang aku akan mengikut jejak Alia.
Sapa cakap aku tak berminat cuma aku belum bertemu dengan calon yang sesuai aje. Semua yang aku kenali tidak menepati criteria yang sesuai untuk aku jadikan suami. Kecewa dalam bercinta jangan cakap tak boleh dihitung lagi. Kali ini aku nak rileks kan diri tak mahu terburu-buru mencari jodoh.
“Apa berkhayal lagi kata nak solat,”sergah mak bila dilihatnya aku masih berdiri tercegat di depan pintu bilik air.
“Opps sori,” aku bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu.

Setibanya di rumah Alia. Aku tengok sudah ramai orang datang merewang. Pemuda-pemuda kampung juga turut tidak ketinggalan membantu memasang khemah di halaman rumah Alia. Ramai juga orang kampung yang datang bergotong royong membantu menjayakan majlis pertunangan Alia. Orang yang tidak pernah aku kenali pun turut hadir. Hehehe aku ni jarang sekali balik kampung. Kalau tak kerana Alia tu kawan baik aku jangan harap aku balik.
“Mak ni majlis tunang ke majlis nikah,”bisikku. Melihatkan betapa meriahnya majlis pertunangan Alia siap ada khemah lagi.
“Bakal suaminya orang berada tentulah majlis pertunangannya meriah,”jawab mak ringkas. Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham. Dari jauh aku ternampak abang sepupuku Taufiq dengan gengnya sedang elok menghisap rokok.
“Mak naik dulu, Farah menyusul nanti” ujarku lalu meninggalkan mak sebelum mak sempat membebel kat aku.

“Hah, hisap rokok baguslah tu,”sergahku lalu menepuk bahu abg Taufiq kuat.
“Farah, nasib baik abg tak kena heart attack, kenapa suka sangat sergah macam tu,”
Taufiq terbatuk-batuk mungkin tersedak kerana disergah Farah tadi. Kawan-kawannya yang lain hanya mentertawakan Taufiq.
“Bilang mak baru tahu, ni dah tak ada kerja lain ke orang sibuk buat kerja dia sibuk hisap rokok kat sini,” aku ni bila mak tak ada aku jadi pengantinya bebelkan abg Taufiq. Sejak dulu lagi Abg Taufiq dah terbiasa memanggil emak aku dengan gelaran mak kerana masa dia kecil mak aku yang membelanya.
“Farah dah lah tu cukup, jangan membebel macam orang tua, ni hah banyak sangat cakap tolong abang kacau lauk rendang ni,” sambil menyerahkan senduk kepadaku. Aikk aku pulak yang kena buat. Takpalah best jugak tak payah aku join mak tolong kat dapur.
“Apalah kau ni Fiq kesian adik kau yang kena buat tu semua, kan ke dia perempuan, kau ingat kuat ke dia nak kacau rendang tu,”sampuk Azrul sambil tersengih.
Berdesing juga telinga aku mendengarnya. Apa ingat orang perempuan tak kuat ke. Dia belum tengok kehebatan aku dalam mengendalikan apa jua perkerjaan. Sedap mulut dia aje beri komen tentang aku. Walaupun ada kebenaran pada kata-kata kawan abg Taufiq memandangkan agak terkial-kial juga nak mengacau rendang di dalam kawah besar tu. Silap haribulan aku pun boleh termasuk dalam kawah tersebut. Tapi aku tetap maintain. Tak mahu kalahlah katakan.
“Aleh Rul kau tak payah jadi hero, adik aku tak layan punya, dia tu keras kepala kalau kau agak batu tu keras, kepala dia sepuluh kali keras,”ujar Taufiq lalu ketawa.
Tak sayang mulut agaknya abg Taufiq ni sewenang-wenangnya mengutuk aku didepan kawannya. Takpe aku cuba kontrol..kalau aku tunjukkan kebrutalan aku didepan kawan abg Taufiq ini akan mensahihkan lagi statement abg Taufiq tentang diri aku.
“Mana ada brutalnya aku tengok macam wanita melayu terakhir, bukan main sopan santun tingkah lakunya,”komen Azrai kembar Azrul.
Ini sudah lebih aku pulak menjadi tajuk perbualan mereka. Dan aku pulak pakai baju kebaya hari ni. Leceh betul. Itupun bila mak dah sound jangan pakai baju t-shirt dengan track pants. Alah bukannya aku yang nak tunang kena pakai lawa-lawa kan ke aku tolong rewang. Nak tak nak terpaksa jugak menurut. Hah sekarang dah kena giat. Mentang-mentanglah aku bunga dikalangan kumbang-kumbang yang kat situ aku pulak dijadikan sasaran mereka.
“Kau jangan Rai, nanti kau kena aku tak jamin dia ni kalau tempat orang dia kontrol sikit kalau kau datang rumah mak long aku kalau dia tak pelepah kau dengan batang pucuk ubi nasib kau memang baik,”
Hah tahu tak pa. Aku tersenyum bila abg Taufiq memberi amaran kepada si kembar. Aku ni catwoman kat sini jangan cari pasal dengan aku.
“Farah,”
Alamak macam suara Mak Hendon aje. Aku berlari bersembunyi di belakang abg Taufiq takut mak nampak aku. Kalau dia nampak sure suruh aku pergi dapur tolong dia.
“Bang cakap Farah tak ada,”bisikku perlahan masih lagi bersembunyi di belakang abg TAufiq.
“Ada belakang Fiq ni mak dia nak mengelak dari tolong mak,”jerit Taufiq.
Hissh tak guna punya abg ni tak boleh jadi mesti nak kena dengan aku.
“Yang kau pergi kat tempat lelaki tu apa hal tu bukan tempat kau, kat sini banyak kerja,”bebel mak berterusan dari pintu dapur.
Malunya. Semua mata tertumpu ke arahku. Aku tersengih. Sengih yang sama macam kerang busuk. Kalau ye pun janganlah buat pengumuman kuat-kuat ni kat rumah orang mak oii. Banyak orang tak kenal aku kenapalah mak ni tak reti nak cover line sikit.
Abg Taufiq dan kuncu-kuncunya pakat gelakkan aku. Binawe betul. Seronoklah tu kenakan aku.
Aku menarik muka masam kerana bukan kuncu abg Taufiq aje yang gelakkan aku pakcik yang membantu turut tersenyum-senyum padaku.
“Hah seronok ketawa kan nah ambik ubat,” sempat jari runcingku mencari sasaran mencubit pinggang abg Taufiq untuk membalas dendam.
Hah rasakan cubitan berbisa aku. Hehehe seronok.
“Adoi, sakitlah Farah,”jerit Taufiq mengadu kesakitan akibat cubitan berbisa Farah. Belum sempat dia membalas aku dah pun cabut meninggalkan dia. Aku berpaling sambil mengejek. Puas hati aku.


Sebaik sahaja aku melangkah masuk mataku melilau untuk mencari port yang sesuai untuk aku lari dari perhatian mak dan makcik-makcik lain. Yelah mak tu bukan boleh percaya pantang ada peluang mesti dia nak mengenakan aku depan gengnya. Sebelum peristiwa lama berulang kembali lebih baik aku cabut. Hah itu dia. Aku menyelit di hujung sudut dekat dengan pintu bilik Alia. Mak tak perasankan aku kerana sibuk menyenduk lauk untuk kenduri nanti. Sempat juga aku menjenguk bilik Alia. Hmm no bad pandai juga si minah ni pilih warna untuk biliknya. Alia sedang sibuk disolek oleh kak Tipah. Mak andam terkenal di Kampung Peserai. Kalau mengikut hukum akal selalunya teman rapat akan menemani si pengantin di dalam. Tapi aku pulak malas nak sibuk-sibuk kat dalam bukan boleh buat apapun selain dari dok mengadap muka si Alia yang sedang disolek. Lebih baik aku buat benda faedah sikit ada juga maknanya. Aku lihat Kak Gi dan Suraya sedang sibuk menghiris daun pandan untuk dijadikan bunga rampai.
“Kak Gi bak sikit daun,”
Aku mula menghiris daun pandan dengan penuh tekun bila tiba-tiba konsentrasiku terganggu dek terdengar suara sumbang milik kak Ramlah reporter tak bertauliah kampung Peserai pot pet pot pet mengumpat pasal Alia.
“Aku dengar tunang Alia pegawai bank, betul ke,”soalan pertama yang keluar dari mulut becoknya.
“Haah dengarnya begitulah,”jawab Mak Ani mungkin malas nak komen lebih bukan dia tak tahu perangai Ramlah yang suka kepo nak tahu hal orang.
“Eleh dulu si Miha pun pernah kenal dengan budak pegawai bank, saja aje dia tak nak,”ujarnya tanpa di tanya.
Aku hanya mengelengkan kepala gelihati pun ada. Macamlah orang berminat nak tahu tentang anak dia berkawan dengan siapa. Lantaklah anak dia nak kawan dengan anak datuk ke menantu datuk ke cucu datuk ke pasal lah.
“Si Miha tu dahlah kerja kat tempat TNB bahagian pegawai, ramai pulak yang berkenan kat dia,”
Hish kak Ramlah ni apa dia nak kena dengan aku ke. Sibuk sangat cakap pasal anak dia. Apa dia ingat ni majlis anak dia ke.
“Ha, bertuahlah anak awak dapat kerja bagus,”jawab Mak Ani lagi.
Kesian pulak aku dengan Mak Ani terpaksa mendengar coletah kak Ramlah aku mesti lakukan sesuatu.
“Si Mas pun sama nak jadi-
“Lah tak sudah-sudah nak promote anak dia,”ujarku kuat bergema seisi ruang tamu Alia.
Semua mata tertumpu ke arah aku. Tidak terkecuali Kak Ramlah.
“Ni hah mak artis ni tak sudah-sudah nak promote anaknya disuruhnya berlakon banyak filem,”kataku sambil menunjuk kepada kak Gi suratkhabar hiburan di sebelahku.
Kak Gi yang sedar aku hanya memandai buat cerita mengekek kecil. Dia tahu aku menyindir kak Ramlah. Kak Ramlah yang baru menyedari dirinya disindir terus mendiamkan diri. Tidak berani dia membuka mulut mencerita tentang kehebatan anaknya lagi.
Datin Asmah bertekad sudah tiba masanya dia mencampuri urusan anak tunggalnya Haiqal. Selama ini dia tidak pernah ambil tahu. Tapi sampai bila dia harus menunggu. Sudah lama dia bersabar dan berharap Haiqal akan membawa berita gembira namun hampa. Hari ini dia tidak boleh bersabar lagi dia mesti bertindak sesuatu.
“Karl, ibu nak tanya sikit bila lagi kau nak berumahtangga,”
“Hari lain tak boleh ke cakap pasal ni ibu,”jawab Karl ringkas. Fikirannya tertumpu kepada purchase agreement untuk projek kondominium Four Season. Dia dikehendaki menyiapkan proposal agreement hari ini.
“Bila tu, ibu nak kena buat appointment jugak ke untuk berbual dengan anak ibu sendiri,”sindir Datin Asmah. Dia sudah jemu dengan jawapan yang selalu di berikan oleh anaknya itu.
Haiqal tersenyum. Dia tahu ibunya marah padanya. Namun dia tidak berganjak dari terus menatap screen laptop di depannya.
“Kenapa ibu ada calon untuk Karl ke,”
Datin Asmah mendengus kecil. Anaknya tidak serius dengan apa yang dia cuba sampaikan.
“Tak lah, tapi tak kan Karl tak ada calon wanita yang Karl berkenan untuk di jadikan isteri,”
Inilah peluangnya untuk berbual dengan Haiqal. Ini soal masa depannya juga. Biarlah Haiqal sibuk dengan kerjanya asalkan dia masih boleh di ajak berbual.
“Tak ada,”
“Tak ada,” Datin Asmah terperanjat dengan jawapan yang diberikan. Masakan Haiqal tidak mempunyai teman wanita. Bukanlah dia hendak memuji tapi Haiqal memang tampan kerana memiliki raut wajah arwah ayahnya yang berdarah belanda.
Haiqal tidak terkejut. Malah dia tidak kisah pun. Dia lebih mementingkan kerjayanya dari perkara yang di anggap remeh temeh. Haiqal tahu akan kekecewaan ibunya. Tapi Haiqal masih belum bersedia untuk ini semua.
“Karl seriuslah,” Datin Asmah memujuk. Mungkin anaknya bergurau dengannya.
“Karl serius bu, terus terang Karl katakan Karl tidak ada teman wanita yang sesuai untuk jadi calon isteri Karl, kalau sekadar teman biasa tu adalah,”jawab Karl tanpa menoleh ke arah ibunya.
Datin Asmah terdiam. Mungkin ada benarnya apa yang di katakan oleh anaknya itu. Haiqal jarang sekali keluar. Kalau tak ada meeting dia akan pulang ke rumah dan menyambung kerjanya di rumah. Kalau out-station lepas balik dia selalu tidur di rumah sebelum keluar ke pejabat. Tak pun hujung minggu dia akan keluar bermain golf bersama klient. Itulah rutinnya. Jarang sekali Datin Asmah menerima panggilan telefon dari mana-mana teman wanitanya. Datin Asmah tahu Karl seorang yang berdedikasi dalam mengendalikan business arwah ayahnya. Tapi Datin Asmah tidak menyangka sama sekali Karl tidak punya masa untuk mencari pasangan hidupnya.
“Karl ibu nak tanya, Karl tak minat dengan perempuan ke,”soal Datin Asmah ragu-ragu.
“Kenapa pulaknya Karl tak minat dengan perempuan,”jawab Karl lalu tersenyum. Soalan ibunya cukup mencuit hatinya.
“Tak adalah ibu khuatir zaman sekarang ramai lelaki dah tak minat dengan perempuan tapi minat kaum sejenis,”
“Sampai ke situ ibu fikirkan tentang Karl,”
“Tapi kenapa Karl seperti tidak berminat bila ibu bangkitkan soal rumahtangga,”jawab Datin Asmah dengan nada kecewa.
Haiqal mengeluh kecil. Dia sedar ibunya kesunyian dan perlukan teman. Dia sendiri sibuk dengan bermacam-macam projek hingga jarang sekali meluangkan masa bersama ibunya. Kalau masa arwah ayahnya masih hidup selalu juga mereka pergi melancong bersama atau setidak-tidak keluar makan bersama. Haiqal pula tidak suka kalau orang lain kendalikan syarikat arwah ayahnya. Sudahnya dia sendiri yang uruskan semuanya.
“Jadi apa cadangan ibu,”
“Kalau ibu carikan untuk Karl, Karl setuju tak,”soal Datin Asmah teragak-agak takut Karl tak setuju. Sudah tentu anaknya tidak berminat langsung dengan cadangannya. Maklumlah anak muda sekarang bukan suka kalau orang tuanya mencari pasangan hidup mereka.
Haiqal tidak segera menjawab. Dia menanggalkan cermin mata bacaannya lalu memicit kepalanya perlahan.
Datin Asmah resah menanti jawapan dari Karl. Dia sudah dapat mengagak jawapan yang bakal anaknya berikan sudah tentu ‘tidak’.
Karl memandang wajah ibunya.
“Ikut suka hati ibu,”jawab Karl bersahaja lalu mengenakan kembali cermin mata bacaannya. Karl menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai.
Datin Asmah tidak sangka sama sekali Karl setuju dengan cadangannya.
“Betul Karl setuju dengan cadangan ibu,” ulang Datin Asmah. Dia tidak mahu tersalah dengar. Wajahnya kembali ceria. Hendak sahaja dia memeluk dan mencium pipi anak tunggalnya itu.
“Tapi dengan satu syarat,”ujar Haiqal mendatar.
Datin Asmah berhenti dari terus tersenyum. Karl meletakkan syarat. Mesti yang sukar untuk menunaikannya.
“Nak yang cantk, berpelajaran ye, semua tu ibu boleh uruskan, Karl tak perlu bimbang,” dia seakan dapat mengagak syarat yang bakal anak tunggalnya katakan nanti.
Karl mengeleng kepalanya perlahan.
“Bukan itu, ibu kena cari wanita yang benar-benar faham akan kerjaya Karl dan boleh menerima Karl dengan seada-adanya, Karl tak suka wanita yang suka mendesak, kerana Karl tidak punya masa utnuk melayan wanita yang banyak karenah, yang lain Karl serahkan pada ibu, baik pada ibu, baik juga bagi Karl,” ujar Karl tenang.
“Betul ke Karl, alhamdulilah ibu akan usahakan, Karl tak akan menyesal dengan pilihan ibu,”jamin Datin Asmah. Hatinya berbunga riang. Dia tidak percaya hanya itu syarat yang Karl mahu. Datin Asmah puji akan sikap anaknya yang tidak terlalu memilih rupa atau mahukan wanita yang setaraf dengannya. Yang penting wanita itu seorang yang memahami dirinya.



Hai pening kepala ana. Ana mahu rehat pun tak boleh.
“Hai sayu aje, kenapa tak cukup cuti ke,”
“Eh kalau nak bagi cuti lagi kecil tapak tangan satu stadium hamba tadahkan, alah boringnya aku apasal banyak sangat kerja ni,” kenapalah bagi aku hadiah kerja banyak-banyak kalau bagi hadiah lain kan bagus.
“Dah kau cuti seminggu, jadi ni semua kerja seminggu kau ler, apa tak cukup nak lagi ke,”usik Fiza.
Aku menunjukkan buku lima kepada Fiza. Saja cari pasal dengan aku dahlah bingit kerja melambak nak bagi aku extra kerja lagi.
“Dah pi jangan nak kusutkan lagi fikiran aku yang sedia kusut,” Aikk mana pergi minah ni. Tak pasal-pasal aje aku membebel sorang.
Mana nak mulakan dulu. Aku membelek fail Adoption yang baru. Hah draft ‘Petition’ dululah.
Deringan telefon sedikit sebanyak menganggu konsentrasi aku bekerja.
“Hello, Farah speaking,”
“Hah Farah, bila nak tidur rumah mak ucu,”
“Apalah mak ucu ni tak bagi salam terus straight to the point, kenapa mak ucu rindu Farah ke,” usikku sambil tersenyum. Makcikku yang bongsu atau ‘Mak Ucu’ memang rapat denganku. Sejak kematian suaminya 5 tahun lalu aku kerap bermalam di rumahnya menemani mereka dua beranak. Mak tak kisah asalkan aku tak melencong tempat lain selain rumah adiknya. Lagipun aku memang suka melayan mak ucu kerana dia sporting berbanding mak. Semua masalah percintaanku diceritakan kepada mak ucu dan mak ucu jugalah yang banyak memberi aku nasihat dan pandangan yang baik kepadaku. Mak ucu memang hebat dalam bab-bab ni.
“Banyaklah kau punya rindu, itu hari dah janji nak temankan mak ucu, si Farhan ada kem kat sekolah, abis mak ucu tinggal seorang tak bestlah,”
“Tak best ke takut, Farah ingatlah hari jumaat ni Farah datang, so jangan lupa masak best-best sikit,”
“Makan aje tahu,”
“Hah tahu tak pe,”


“Macamana Kiah, ada tak calon yang sesuai,”soal Datin Asmah. Rokiah sudah menjadi teman karibnya sejak kini. Secara tak langsung Rokiah menjadi ejen mencari jodoh untuk anaknya. Sudah empat calon di tolak Datin Asmah. Keempat-empatnya mempunyai kerjaya yang bagus-bagus tapi semuanya ditolak oleh Datin Asmah. Bukan kerana mereka tidak berkelayakan, layak malah memang sesuai di buat calon. Tapi Datin Asmah tidak lupa akan syarat anaknya itu. Wanita-wanita itu semua wanita moden yang utamakan karier mereka. Ini yang merungsingkan Datin Asmah.
“Kiah kau carilah yang betul-betul tak kan tak ada yang lain,”desak datin Asmah.
Farah menyanyi kecil sambil mengacau teko berisi milo. Ntah apa yang riang sangat dia pun tak tahu. Cuma moodnya ok hari ni pasal tak payah dengar khutbah mak dan tak perlu bergaduh dengan abg Taufiq. Farah tersengih nakal. Jemput-jemput ikan bilis yang baru digorengnya diletakkan di atas piring. Dua cawan milo dan sepiring jemput-jemput ditempatkan ke atas dulang. Ditatang dulang itu ke ruang tamu dimana tetamu Mak ucunya berada. Farah tersenyum melihat telatah mereka berdua. Gambar anak dara yang ingin dicalonkan tersusun di atas meja. Macam-maca pose yang ada.
“Jemput minum Datin,”pelawa Farah sebaik sahaja dia meletakkan dulang berisi milo dan jemput-jemput di meja sisi.
“Terima kasih,”jawab Datin Asmah sambil menoleh ke arah Farah sekilas.
Farah kembali ke dapur menyambung kerjanya yang terbengkalai.
“Eh Kiah, sapa tu,”soal Datin Asmah setelah Farah berada di dapur.
“Anak sedara aku Farah, hujung minggu selalu juga dia temankan aku,”jawab Mak Ucu acuh tak acuh.
Tanpa pengetahuan Rokiah. Datin Asmah lebih menumpukan perhatiannya pada Farah ketika Farah sedang sibuk di dapur. Farah pantas melakukan kerja-kerja dapur tangannya ligat mencuci pinggan dan mengelap meja dapur.
“Hah yang ni macamana,”ujar Kiah yang tak semena-mena cukup membuatkan Datin Asmah tersentak.
“Emm boleh tahan, kerja apa,” Datin Asmah membelek-belek gambar gadis manis yang ditunjukkan oleh Kiah.
“Pensyarah,”
“Kita cuba,”ujar Datin Asmah lalu tersenyum.
Farah menghirup teh susu yang baru dibancuhnya di pantry tadi berhati-hati. Pagi Isnin, hari yang benar-benar membosankan. Deringan telefon yang nyaring membuatkan Farah terkejut. Dan akibat terkejut lidahnya melecur dek terkena teh panas. Farah mendengus marah. Manusia mana pula yang call awal-awal isnin ni. Hendak tak hendak terpaksa dia menjawabnya.

“Hello,”

“Hello, Farah selamat pagi sayang,”ujar seseorang. Seseorang yang amat dikenalinya dan kesilapan yang besar yang pernah dilakukan kerana pernah menyayangi lelaki tersebut suatu ketika dahulu. Tapi sekarang tidak lagi. Farah tidak tahu kenapa mesti dia menelefonnya selalu walhal Farah sudah jelaskan padanya bahawa mereka sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Kalau dah dasar lelaki tak tahu malu memang tak reti bahasa.

“Best tak your weekend, I rindu you lah sayang, you tak rindukan I ke,”ujar lelaki yang bernama Izwan.

Farah merasa jengkel bila setiap kali dia menyebut perkataan sayang. Meluat benar dia dengan lelaki itu.

“Issh best sungguh, tak nak balik kerja rasanya,”

“Ye ke, seronok benar Iz dengar, Farah dah ada teman baru ke,”soal Iz curiga kerana Farah tidak pernah seceria begini sewaktu bersamanya dahulu.

Kalau ada pun apa kau nak sibuk. Aku bukan teman wanita kau. Pergilah jaga isteri dan anak kau kat rumah. Sibuk tanya pasal orang. Dasar jantan tak guna. Aku sendiri tidak percaya kerana diperbodoh-bodohkan olehnya. Senang-senang aje dia menipuku bulat-bulat mengatakan dia belum berumahtangga.

“Oklah, I rasa you tak perlulah ambil berat tentang diri I lagi Iz, please jangan call I lagi, nama you sudah lama luput dalam diary hidup I, so tolong jangan call I lagi,”ujarku tegas. Mendengar suaranya membuatkan hatiku terbakar. Sengaja dia hendak cari pasal denganku.

“Please ok, stop, bye,”ujarku lalu meletak gagang telefon.


Datin Asmah semakin pening memikirkannya. Masuk ni sudah lima calon yang ditemuinya. Namun tak satu pun menepati citarasa anaknya. Maksud Datin Asmah bukan Karl tidak berminat tapi Karl sudah tetapkan syaratnya. Dia sukakan wanita yang sederhana dan bertanggungjawab. Sejauh ini calon yang ditemuinya ramai yang pentingkan kerjaya dan dominant. Ia bertentangan dengan syarat Karl. Tiba-tiba Datin Asmah teringatkan Farah anak sedara Rokiah. Farah manis dan sopan orangnya. Tapi dia tidak pasti samada anak sedara Rokiah itu sudah berpunya ataupun tidak. Semasa dia berada di rumah Kiah itu hari terlupa terus dia hendak bertanya pada Rokiah kerana sibuk memilih.

“Apa ibu menungkan sampai Karl duduk disebelah ibu tak perasan,”tegur Karl. Hampir 5 minit dia duduk bersebelahan dengan ibunya sejak pulang dari pejabat. Tak sempat-sempat tukar pakaian terus duduk di sisi ibunya. Bukan apa dah lama tak menonton bersama ibunya.

“Eh Karl dah lama balik ke,” jawab Datin Asmah tak sedar yang dia mengelamun jauh hinggakan tak perasan anak bujangnya ada duduk di sebelah.

“Baru balik, ibu tak sihat ke,” spontan Haiqal meletakkan telapak tangannya di dahi ibunya.

Ibunya sekadar tersenyum melihat keprihatinan anak bujangnya. Walaupun dia sentiasa sibuk dengan urusan pekerjaannya. Kebajikan Ibunya tetap diambil perhatian.

Haiqal melonggarkan tali leher yang sedari tadi menjerut lehernya. Jaket dan briefcasenya di letak di atas sofa.

“Karl mak nak tanya sesuatu, Karl tak kisah tentang rupa bukan,” sudah lama dia memikirkan dan sudah penat dia mendesak Rokiah untuk mencari calon-calon baru yang sesuai. Namun tak berhasil juga. Tidak satu pun yang Datin Asmah berkenan. Tapi tatkala mengingatkan Farah anak sedara Rokiah. Hatinya terus berkenan dengannya.

Haiqal tersenyum mengerti mengapa ibunya mengelamun jauh, rupa-rupanya risau memilih calon menantu.

“Ibu janganlah fikirkan sangat tentang tu, nanti kesihatan ibu terganggu,” pujuk Karl. Dia tidak mahu kesihatan ibunya terganggu akibat terlalu banyak memikirkan yang bukan-bukan.

“Tak Karl, ibu nak tahu, ibu sudah ada calon sesuai untuk Karl tapi ibu takut Karl memilih seseorang wanita itu dari segi rupa sahaja,” terang Datin Asmah. Kalau hendak diikutkan Farah bukannya wanita yang tidak cantik. Farah ayu orangnya, berkulit kuning langsat dan tinggi lampai.

“Karl tak pentingkan soal rupa, Karl pentingkan kecantikan hati dan budi pekerti seseorang wanita itu, kan ke Karl dah beritahu ibu kalau ibu dah berkenan Karl menurut sahaja pilihan ibu, Karl percaya ibu akan pilih menantu yang terbaik untuk Karl,” pujuk Karl lagi sambil memeluk ibunya erat.

“Karl ni manjalah, kalau ada isteri macamana agaknya,” Datin Asmah mengusik.

“Issh kalau ada isteri lagilah Karl manja,” jawab Karl tersengih.



Mana pulak perginya Memorandum Appearance yang Madam pass kat aku. Hissh pening dibuatnya. Aku mengaru kepala yang tidak gatal.

“Hah apa yang tergaru-garu macam beruk tu hah,” suara yang tidak ingin didengar menegurku.

“Sibuk pasal, kalau nak tolong tak pe jugak,” rungutku. Bukan nak tolong kenakan orang lagi ada. Dahlah aku kena pergi Sub Court nak filekan Memorandum Appearance. Kalau tidak mahu sebakul aku dimarah Madam.

Aku memandang mejaku yang penuh sarat dengan file-file yang banyak kerja outstanding. Beginilah keadaan kalau bekerja di pejabat guaman. Lebih-lebih lagi kalau boss sole-proprietor, semua setiausaha nak kena buat. Baik dari segi mendraft surat hinggalah mendraft dokumen. Ikutkan peguam kena buat semua itu kerana mereka yang mendapat sijil kelulusan ijazah. Kalau semua setiausaha kena buat, ini sudah terbalik. Siapa bos siapa setiausaha ngomelku dalam hati.

“Farah ada call,”

“Cik Farah ada call, dah pekak pulak budak ni,”jerit abang Haron bila aku tidak dengar Ayu memanggilku.

“Amboi sedapnya cakap tak sayang mulut ke,”jawabku sambil merengus geram. Abg Haron ku jeling dengan jelingan tajam.

“Hello,”jawabku tercungap-cungap kerana terpaksa berlari ke meja Ayu untuk menyambut panggilan.

“Apa hal yang kecoh sangat, macam pasar malam pulak,”

“Lah mak ucu, ingatkan siapa tadi, ni ha bujang trang tang tang ni sibuk aje nak cari pasal dengan Farah,”ujarku lalu mengejek abg Haron. Abg Haron menjeling bila ku sebut bujang trang tang tang.

“Hah apa hal, Farhan tak balik lagi, nak suruh perambat lagi ke,”soalku bertubi-tubi. Sengaja hendak mengusik mak ucu. Farhan satu-satunya anak mak ucu baru berusia 10 tahun selalu juga aku menakut-nakutkan mak ucu menceritakan perihal anak-anak sekarang yang tidak kira umur baligh atau tidak sudah berani melanggar undang-undang. Sedikit sebanyak membuatkan mak ucu risau.
“Memandai aje kau ni,”

Aku mengekek kecil kerana berjaya mengusik mak ucu.

“Ucu nak tanya kau tu dah ada teman lelaki,” soal mak ucu straight to the point. Dia malas nak berkias-kias dengan Farah.

“Soalan cepu emas, hmm teman lelaki tak ada kalau teman wanita tu ramailah, apa mak ucu nak calon lelaki pulak ke, Farah ada satu kat office tapi bujang trang tang tang ler umur 42 tahun boleh? Jawabku sambil berseloroh. Abg Haron memandangku dengan pandangan tajam. Ikutkan hati memang dia nak piat telinga Farah saat dan ketika itu juga kerana mempersendakannya. Ayu dihadapanku tidak dapat menahan tawa. Memang abg Haron tu masih single, entah apa yang dinantikan pun tak tahu. Jangan-jangan tak minat pada wanita tak? Macam Rupert Everett, tapi Rupert Everett handsome gila.

“Farah, ucu serius lah, ada orang berkenan kat kau ni, sebab tu mak ucu tanya kau,”

Ketawaku masih bersisa. “Apalah mak ucu tak ada anak dara lain ke yang mak ucu boleh kenalkan, anak dara koleksi mak ucu dah kehabisan stok ke,” Gelihati benar aku mendengarnya.

Terdengar keluhan mak ucu bila semua perkara dianggap lucu bagi Farah.

Aku terdiam seketika. Hmm mak ucu kata ada orang berkenan kat aku, siapa eh? Best jugak kan ada secret admirer ni, lagipun aku masih sendiri tidak punya teman, manalah tahu kalau-kalau nasibku baik mendapat calon suami yang berketurunan yang baik tak macam Izwan si pelesit tu.

“Siapa cik,”

Rokiah tersenyum mendengar jawapan dari Farah. Nampaknya Farah berminat. Bukan dia tidak tahu tentang anak saudaranya itu. Kakaknya Hendon selalu mengadu tentang anak daranya yang masih sendiri sedangkan umurnya meningkat dari tahun ke tahun.

“Adalah kawan mak ucu yang sedang mencari calon menantu buat anak tunggalnya, mereka dari keturunan yang baik,”

“Alah tak kan itu aje yang mak ucu tahu, boleh ke cik, dia tahu tak perangai Farah yang brutal ni takut tak sepadan plak nanti,” Aku tersenyum nakal. Hehe..ada orang berkenan kat aku. Macam tak percaya pulak kan, tak sangka aku yang brutal ni ada juga yang sudi jadikan aku calon menantu.

“Macamana kau setuju ke tidak,”soal Rokiah tak sabar rasanya hendak memberitahu temannya tentang persetujuan Farah. Lagipun Rokiah tidak keberatan sekiranya anak Datin Asmah dipadankan dengan Farah. Kakaknya pun sudah berpesan sekiranya anak daranya susah sangat nak bertemu dengan jodoh. Rokiah diberi kebenaran untuk mencarikan calon menantu yang sesuai buat Farah. Hendon memang tahu Rokiah ramai kenalan.

“Ok, tapi kalau Nadia tak berkenan mak ucu jangan salahkan Farah pula,” aku tersenyum nakal. Thrill betul. Lagipun apa salahnya aku menerimanya lagipun mak ucu pandai nak memainkan peranannya. Tak kan dia nak sia-siakan hidup aku.
Gembira sungguh hati Datin Asmah sebaik sahaja mendapat berita bahawa Farah bersetuju dijodohkan dengan anak tunggalnya. Datin Asmah sudah memasang angan-angan moga-moga Haiqal tidak hampa dengan pilihannya. Susah payah Rokiah meminta gambar Farah dari kakaknya Hendon tempoh hari. Nampaknya Abg Hamdan dan kakak Hendonnya setuju dengan pilihan Rokiah. Datin Asmah turut hadir bersama Rokiah ke rumah kakanya menyampaikan hajatnya hendak bermenantukan Farah. Dia cukup berkenan dengan Farah. Ini merungsingkan Hendon kerana Datin Asmah belum mengetahui perangai sebenar anaknya itu. Nakalnya bukan main. Takut-takut kalau anak Datin Asmah tidak sesuai dengan Farah.

“Eh kak, Farah tak ada lagi ke gambar yang terbaru,”ujar Rokiah bila dilihat dalam album, tiada gambar Farah yang terbaru.

“Lah kau ni macamlah kau tak tahu si Farah tu tak suka bergambar, kalau gambar masa dia kecik, melambak ler,” Hendon masak benar dengan perangai Farah bila orang ajak bergambar mesti dia menghilangkan diri. Kata dia tak photogenic lah, itulah, inilah banyak sangat alasannya.

Rokiah mengelengkan kepalanya, pelik dengan perangai anak sedaranya yang satu ni. Datin Asmah hanya tersenyum mendengar komen Puan Hendon.

Rokiah tidak puas hati dengan gambar yang ada dalam album dia menuju ke bilik Farah. Frame disebelah meja sisinya diambil.

“Hah ini baru clear,”ujarnya sambil tersenyum meleret.

“Dapat gambar Farah,”

“Dapat Kak, Rokiah ambil dari frame, dia perasan tak kak, cuma ni aje yang bagus yang lainnya tak,” Rokiah mengeluarkan gambar dari frame. Gambar Farah digantikan dengan gambar yang diambilnya dari album.

“Datin, saya harap anak Datin menerima Farah, saya bukannya apa cuma risaukan perangainya yang macam budak-budak takut anak Datin tak terlayan,”

“Tak payahlah berdatin-datin dengan saya kak, kita dah nak jadi keluarga tak lama lagi, tak perlulah kakak risau,” pujuk Datin Asmah. Rokiah sudah memberitahunya awal-awal lagi tentang Farah. Dia tahu Farah ceria orangnya suka bergurau dan mengusik. Tak jauh perangai Farah dengan anaknya. Kedua-duanya suka mengusik cuma semenjak suaminya meninggal Haiqal kurang ceria seperti selalu.

“Oh ye kak ini ada gambar anak bujang saya,” Datin Asmah menyerah sekeping envelope berwarna biru kepada Puan Hendon. Puan Hendon menyambut.

Puan Hendon agak terperanjat bila di lihatnya anak Datin Asmah jauh lebih segak dan tampan tidak sepertimana yang dia bayangkan. Kalau beginilah rupa bakal menantunya, lagilah dia risau kerana anak daranya itu tidak suka bergaya sangat manalah padan dengan Haiqal yang sentiasa kelihatan segak.

“Kenapa kak, ada apa yang tak kena ke,”soal Datin Asmah bila dilihatnya Puan Hendon agak lama merenung gambar anak bujangnya.

“Kenapa cik Asmah tak cari pasangan yang sesuai untuk anak cik Asmah, boleh ke Haiqal menerima Farah yang perangai jauh berbeza dengannya, anak dara saya tu lain sikit cik Asmah,”

“Eh kak apa kurangnya si Farah tu dia kan cantik cuma dia tu malas nak menghias diri katanya nak nampak natural,”celah Rokiah lalu tersenyum.


Cuaca hari ini redup memang sesuai untuk para peminat sukan golf. Haiqal memang gemar bermain golf. Semasa ayahnya masih hidup kerap juga mereka bermain golf bersama. Mereka gemar menghabiskan masa lapang di padang golf. Cuma akhir-akhir ini dia jarang turun padang kerana terlalu sibuk dengan urusan perkerjaan. Entah kenapa pulak hari ni dia teringin benar hendak bermain golf. Awal pagi lagi dia sudah memandu ke kelab Golf Sofitel di Johor Bahru.

“Karl, how are you lama tak nampak, busy ke,” tegur Tengku Iskandar salah seorang pelanggan Karl dan juga teman golfnya. Iskandar dan beberapa kenalan mendekati Karl.

Haiqal bersalaman dengan Tengku Iskandar dan teman-temannya yang lain. Memang benar sudah lama dia tidak ikut serta Tengku Iskandar bermain golf hinggakan Tengku Iskandar terpaksa mencari patner baru kerana Haiqal tidak lagi bergiat aktif dalam sukan golf.

“As per usual sibuk bekerja, bila sesekali pegang kayu golf ni terasa kekok pulak,” ujar Haiqal bergurau. Mereka hanya ketawa mendengar komen Haiqal. Bukan mereka tidak tahu kehebatan Haiqal dalam sukan golf tidak perlu dipertikaikan lagi cuma Haiqal tidak pernah ambil serius dalam permainan ini. Tidak hairanlah sekiranya ramai memberi gelaran “Tigerwood” Malaysia padanya.

“Nice shot,”jerit salah seorang dari pemain yang terpegun melihat pukulan Karl yang tepat pada sasaran. Haiqal hanya tersenyum mendengar pujian dari mereka. Pada Haiqal golf hanya satu hobby dia tidak terfikir langsung untuk bergiat secara serius dalam sukan golf.

“Karl, kau tak ada teman wanita ke,” soal Tengku Iskandar tiba-tiba.

Sekali lagi Haiqal tersenyum. Dia sendiri tidak tahu kenapa bila setiap kali orang bertanya samada dia sudah punya teman wanita dia akan tersenyum.

“Kenapa Is, kau ada calon untuk aku,” jawab Haiqal. Begitulah jawapan yang diberikan oleh Haiqal bila setiap kali orang bertanya tentang dirinya samada sudah punya teman wanita atau belum.

“You must be kidding me, tak payah aku nak recommendkan untuk kau, semua wanita akan datang sendiri pada kau,” Tengku Iskandar tergelak bila Haiqal berkata demikian. Dia tahu Haiqal memang suka bergurau. Selama dia berkenalan dengan Haiqal belum pernah Haiqal perkenalkan Iskandar teman wanitanya. Ada jugalah beberapa function dan dinner Haiqal hadir bersama dengan berlainan wanita jelita. Bila di tanya, Haiqal hanya mengatakan bahawa mereka hanya teman biasa. Nak kata Haiqal kasanova susah juga kerana Haiqal terang-terangan mengatakan bahawa gadis-gadis tersebut adalah pekerjanya sendiri untuk dijadikan teman function rasmi. Tapi sekiranya function biasa Haiqal selalu hadir sendirian. Kadang-kadang susah Iskandar hendak percaya dengan kata-kata Haiqal. Jejaka segagah dan setampan Haiqal tidak mungkin tiada teman wanita.

“No, I’m not kidding, susahlah Is wanita sekarang terlalu demand, kadang-kadang aku rasa penat nak melayan karenah mereka, lainlah kalau kita bertuah mendapat seorang wanita yang memahami diri kita,”

Iskandar hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Sungguhpun begitu dia tidak percaya bahawa alasan terlalu demand membuatkan Haiqal tidak berminat langsung untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki mana yang tidak suka diri mereka didampingi ramai wanita.
Sejak akhir-akhir ni aku asyik tersenyum tak tahulah kenapa. Tapi apa yang aku tahu emak ada memberitahu Datin Asmah datang merisik minggu lepas. Aku sengaja buat tak dengar bila mak beritahu aku tentang kunjungan Datin Asmah tempoh hari. Issk mestilah tunjuk tak berminat nanti dia kata aku desperate pulak. Mak kata Datin Asmah akan menghantar rombongan meminang dalam masa 2 minggu ni. Tapi belum tetapkan harinya bila. Macam-macam mak dah plan untuk majlis pertunangan aku. Katanya nak buat gubahan ini dan itu excited sungguh mak aku ni macam dia pulak yang nak tunang. Aku yang punya diri masih ‘cool’ belum bagi kata putus samada aku akan terima lamaran Datin Asmah.

“Mak ada ke Farah cakap Farah akan terima pinangan dia atau tidak,” aku suka mengusik mak. Aku sendiri tidak tahu nak buat apa. Express sungguh mak ucu menjalankan tanggungjawabnya sebagai orang tengah maknya dan Datin Asmah.

“Hah kau jangan nak mengada dah bagus tu ada orang datang nak meminang kalau tidak sampai ketualah kau macam tu,”bebel mak memanjang.

“Mak tak kisah ke dapat menantu yang mak tak kenal,” soal aku tiba-tiba. Eh sepatutnya aku tanya diri aku sendiri samada aku boleh ke terima bakal suami yang aku tak kenali. Ahh tak apa nak tanya pandangan mak dulu.

Mak terdiam bila ku ajukan soalan. Issk diam plak dia bila suruh bercakap. Selalunya pot..pet..pot..pet.

“Mak, orang tanya ni,” aku mula mendesak. Yelah nak sangat menantu dia boleh ke terima menantu yang dia tak pernah kenali.

“Mak tak kisah asalkan dia baik dan pandai jaga kau,” jawab mak tanpa mengulas panjang. Sebenarnya dia serba salah kerana dia tahu Farah masih belum bertemu dengan Haiqal anak Datin Asmah.

Aku pulak terdiam bila memikirkannya. Hissh biar betul aku ni bak kata pepatah terajak perahu boleh diundur telajak kata-kata parah dibuatnya.
“Mak dah bagi kata putus pada orang tua Farah, minggu depan kita hantar rombongan meminang, Karl ikut sekali,”

Perkataan ibunya masing terngiang-ngiang di telinganya semasa makan malam tadi. Karl tidak menjawab dia hanya mendiamkan diri. Melihatkan anaknya tidak berkata sepatah apa pun Datin Asmah mula risau. Dia berdoa di dalam hati janganlah Karl menarik balik apa yang dijanjinya tempoh hari. Orang tua Farah sudah setuju dia tidak mahu pulak anak bujangnya tak setuju.

“Minggu depan, hari sabtu Karl sibuk kalau hari ahad Karl ok,”jawab Karl setelah mendiamkan diri agak lama. Dia tidak sedikit pun membantah kerana sudah sememangnya dia serahkan soal jodoh kepada ibunya.

Datin Asmah mengeluh lega.

“Mak dah uruskan segala persiapan, Karl ada apa-apa cadangan,”

“Karl hanya mahu bertunang enam bulan, le€pas tu langsung, lain persiapan ibu beritahu Karl, akan Karl uruskan,” jawab Karl mendatar.

“Dalam envelope ni ada gambar Farah dan nombor telefon di pejabatnya ada tertulis di envelope, mak harap Karl dapat menghubungi Farah dan berkenalan dengannya,”cadang Datin Asmah. Dia mahu sekurang-kurangnya Haiqal dapat mengenali Farah.

“Ibu tak ingat syarat Karl ke,”

“Syarat, syarat apa,”

“Karl tak punya masa untuk berkenalan,”

“Tak kan, Karl tak nak bertemu dengan dia walaupun sekali,” Datin Asmah terperanjat dengan tindakan anaknya. Kenapa mesti Karl berbuat demikian. Bukankah dia akan bernikah dengan Farah satu hari nanti. Tak mungkin Karl tidak mahu mengetahui siapa bakal isterinya, bagaimana rupa isterinya, bagaimana perangainya.

“Inilah syarat Karl tetapkan kepada bakal isteri Karl, Karl mahu tahu sejauh mana keikhlasan dia menerima Karl,”

Datin Asmah hanya mampu mengelengkan kepalanya. Kenapa fikiran anaknya tidak sama dengan fikirannya. Ini zaman moden kalau dahulu bolehlah. Datin Asmah hanya risau kalau Farah tidak setuju nanti.

“Janganlah begini Karl, sekurang-kurangnya Karl hubungi Farah, kalau tak bertemu tak apa setakat mengenalinya dari telefon,” pujuk Datin Asmah lembut.
“Salam Namaste…Salam Namaste,” aku bernyanyi riang. Berangan bahawa aku ‘Pretti Zinta’ heroin dalam cerita Hindustan yang baru ku tonton di pawagam bersama Alia.

“Wah happy semacam aje ada apa-apa ke,” soal Alia bila dilihatnya Farah gembira semacam. Sikit-sikit menyanyi lagu Hindustan dari filem tadi.

“Lah, happy salah tak happy pun salah, rilek lah kau tu dah nak kawin dalam masa 2 bulan asyik monyok aje kenapa,” aku mengusik bila melihat Alia monyok aje sejak keluar panggung.

“Sofian tak call aku tadi,” ujarnya perlahan.

Alah pasal tunang tak call risau semacam ingatkan apa tadi. Tengok macam aku ni bakal suami tak kenal. Dia buat dono, aku pun buat dono tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. Aku buat happy begini pun tak nak stress memikirkannya.

“Eleh kau ni setakat tak telefon hari ni risau macam apa, malam nanti dia call lah, jom pergi makan aku dah lapar gila ni,” aku menarik lengan Alia menuju ke arah Macdonald.

Issh, ramainya orang ni yang malas nak beratur. Aku menjengok ke arah Alia. Alia masing termenung. Apalah minah ni minah jiwang betul. Dah kira untung tu sempat bercinta lalu bertunang. Aku ni nak kata bercinta hampeh terus bertunang. Tak menyempat nak rindu-rindu pasal rupa tunang sendiri pun tak tahu. Mak Ucu ada bagi envelope biru tempoh hari. Katanya ada gambar abg Haiqal. Lupa lak nak intro. Abang Haiqal tu lah tunang aku. Mak ucu bagi name kad dia kat aku. Tapi nama yang tertera kat kad bukan nama penuhnya nama timangan “Karl”. Glamer gitu, apa aku ni tunang dengan mat saleh ke. Tapi aku tak nak tengok. Bukan jual mahal tapi entahlah takut kalau aku tak berkenan aku berubah hati plak. Lagipun aku nak buatkan mak, abah happy tak nak buat diaorang risau. Heheh anak mithali aku ni. Tapi itu bukan perkara yang sebenarnya aku tak nak tengok gambar abg Haiqal, tapi sejak bila bertemu dengan cik Asmah. Ya, Cik Asmah bakal ibu mertuaku. Sayang sungguh dia dengan aku. Aku pulak bila berdepan dengannya secara automatik jadi gadis yang sopan serba serbi. Berkali-kali dia meminta maaf denganku bila menerangkan keadaan yang sebenar. Katanya Haiqal hanya mahu mengenaliku semasa kami berdua di ijab kabulkan. Fuhh..berat tu bunyinya..Itu yang membuatkan aku bertambah stress. Kalaulah aku tahu itu syaratnya dah lama aku reject. Bukan apa aku ni bukan nya boleh bersabar sampai ke tahap itu. Melampau betul abg Haiqal ni sengaja nak uji kesabaran aku. So Cik Asmah terangkan padaku bahawa Abg Karl tak akan tengok gambar aku yang diberi oleh Mak ucu. Ego semacam. Tak pa dia belum kenal sapa Farah. Kalau dia nak buat macam tu, aku lebih-lebih lagi sahut cabarannya. Hehe..begitulah terrornya aku ni. Balik aje rumah aku terus bakar envelope yang ada gambar abg Haiqal pasal aku tak nak langgar janji. Cuma name kad dia aje yang aku simpan.

“Opocot,” ujarku bila badanku terasa sejuk dek tersiram air coke. Aku menoleh kearah orang yang bertanggungjawab menyiram ku dengan air coke.

“Oppss..sorry, I’m really sorry,”ujar pemuda yang melanggar ku tadi. Tangannya segera menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sapu tangan jenama “Hugo Boss” dan menyerahkannya kepadaku. Aku mengambil sapu tangannya lalu mengesat kesan tumpahan air coke di bajuku.

“Maaf ye saudari, saya tak sengaja,” ujarnya lagi meminta maaf bila aku menyerahkan kembali sapu tangannya sudah bertukar berwana coklat.

Aku tidak bersuara sebaliknya aku terpegun melihat wajah tampannya.

“Are you ok, you still angry with me,” tegurnya lagi bila aku tidak bersuara tapi sebaliknya merenungnya.

“Ok, lain kali jangan siram air kat orang, saya mandi tau hari ni,” jawabku selamba lalu meninggalkannya terpinga-pinga di situ. Hehe..aku tak sanggup diri situ lama-lama. Tak pasal-pasal aje aku tak boleh tidur malam nanti. Hendak saja aku call Cik Asmah beritahu padanya bahawa aku nak kansel pertunangan kami bila terpandang wajah pemuda tadi. Tampan, segak bergaya walaupun dia hanya berpakaian casual.

“Lah dah kenapa dengan kau ni Farah, baju kau habis kotor, kau bergelut dengan air coke ke tadi,” Alia ketawa gelihati bila melihatkan blouse ku yang tadi berwarna putih dah bertukar coklat.

“Bergelut apanya, tadi ada mamat langgar aku dengan air cokenya,”

“Abis kau tak marah dia ke, suruhlah dia bayar ganti rugi,”

“Tak, aku tak marah dia pun,”

Alia pelik, selalunya Farah akan melenting. Tapi tidak pula kali ni.

“Kenapa,”

“Pasal nasib baik muka dia macam Arjun Rampal, kalau tak dah lama aku suruh dia ganti,” jawabku lalu tersenyum. Alia mengelengkan kepalanya. Farah memang gila Hindustan. Kalau Arjun Rampal berlakon. Mati-mati dia mengajak Alia menemaninya.

“Eh sekarang pukul berapa, alamak macam mana boleh terlupa ni,” Aku menepuk dahi. Terlupa bahawa Haiqal ada call mak dan memberitahu kami dia nak datang pukul 2.30 petang.

“Pukul 5.30, kenapa,”

Aku menyeluk poket seluar. Alamak..lupa pulak bawa handphone.

“Alia, pinjam handphone sekejap,” Habislah plan aku kali ni. Minta-minta sempatlah.

Alia menyerahkan handphonenya tanpa banyak soal. Aku mula mendial nombor rumah.




Haiqal berdiri di luar beranda sambil menikmati keindahan kampung yang belum pernah dirasainya sebelum ini. Suasana tenang tidak sesibuk Bandar amat di senangi. Dia melirik ke arah jam tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 4.00 petang. Namun kelibat gadis yang bakal menjadi isterinya masih belum kelihatan.

“Si Farah tu memang pelupa Haiqal, dia tak bawa pula handphone dia, selalunya dia keluar bawa handphone, makcik ingat dia keluar ke Bandar sekejap tak sangka pula dia balik lambat,” terang mak Hendon bila dilihatnya Haiqal tak senang duduk sejak dari tadi. Ibunya berpesan berkali-kali sekurang-kurangnya dia menjenguk dan berkenalan dengan bakal mak mertua dan pak mertuanya dan juga abg Farah, Taufiq. Masa tunang minggu lepas Haiqal tidak hadir sama dia out-station terpaksa ke HongKong. Jadi majlis pertunangan dijalankan tanpanya. Segala persiapan diserahkan kepada ibunya.

“Tak apalah makcik lagipun saya cuma beritahu makcik saya nak datang hari ni, saja nak berkenalan dengan Farah,” jawab Haiqal lalu tersenyum dia duduk bersila berhadapan dengan mak Hendon. Mak Hendon tersenyum mendengarnya. Baik budi bahasanya. Hairan juga dia pemuda setampan dan sebaik Haiqal mahukan ibunya carikan jodoh untuknya. Si Farah pula buat hal. Kemana pulak budak ni.

“Tak pa Karl, si Farah tu memang macam tu, pantang kalau balik kampung mesti nak ke Bandar,” celah Taufiq lalu duduk bersebelahan dengan Haiqal.


Aku mengendap di celah-celah tingkap, bayang emak, abah mahupun abg Taufiq tidak kelihatan. Aku menguntum senyum. Hehe selamat, kalau tidak mesti mak memekak kat aku pasal lupa tentang kunjungan Abg Haiqal hari ini. Aku berjalan sambil menjengkitkan kaki agar semua ahli rumah tidak perasan bahawa aku sudah pulang.

“Hah apa terjengkit-jengkit,” sergah Taufiq dari belakang.

“Syyhhh diamlah abg Taufiq nanti mak dengar,” ujarku lalu menarik tangan Abg Taufiq ke belakang rumah.

“Hah tahu pun takut mak marah, yang Farah balik lambat kenapa, kesian Karl menunggu bagai buah tak jatuh,”

“Ni Farah ada belikan Abg Fiq pisang goreng, panas lagi tau, erm abg Fiq baik tak,”

“Hah nak apa,” Taufiq tahu mesti Farah ingin minta pertolongan darinya kalau tidak masakan dia baik semacam.

“Macamana dengan bakal adik ipar abg Fiq, ok tak dia,” soalku ingin tahu. Yelah dah terlepas peluang hendak bertemu dengannya.

“Eh dia ok,” jawab abg Taufiq ringkas lalu menyuap goreng pisang panas yang di beli Farah tadi.

Aku memandang Abg Fiq minta maklumat lanjut tentang Abg Karl. Tak kan itu aje yang dia boleh beritahu aku. Tentulah dia ok kalau tak ok tak kan dia kemari. Leceh betul lah Abg Fiq ni sengaja nak mendera aku.

“Tak kan itu aje, lagi, hensem ke atau boleh tahan ke, apa ke,” soalku bertubi-tubi. Binggit dengan kelakuan Abg Taufiq yang buat tak endah.

“Macam batman,”

“Batman, yang mana satu Michael Keaton, George Clooney, Val Kilmer atau Christian Bale,” hah tu dia semua pelakon ‘Batman’ aku dah sebut. Kalau betul lah macam ‘Batman’ tak kiralah siapa pasal setahu aku pelakonnya boleh tahan cute. Hehe..aku berangan sendiri.

“Hah jangan nak berangan, abg tak cakap macam pelakon ‘Batman’,”

“Abis, macam siapa,” Aku dah mula geram dengan Abg Fiq kerana mempermain-mainkan aku.

“Macam penguin,” jawabnya seraya berlalu.

“Hah macam penguin, biar betul Abg Fiq ni,” macam nak menangis dibuatnya. Apa maksud abg Fiq abg Karl macam ‘penguin’. Aku sudah dapat bayangkan wajah Danny Devito yang memegang watak penguin.




Haiqal tersenyum sendiri bila menyedari bahawa dirinya kini tunangan orang. Ibunya tak putus-putus memuji bakal menantunya. Bahawa Farah cantiklah, ayulah dan macam-macam lagi. Haiqal seronok mendengar celoteh ibunya sejak majlis pertunangannya tempoh hari. Pada awalnya Haiqal tidak mahu ambil tahu tentang hal itu. Padanya yang penting semuanya berjalan dengan lancar sepertimana yang telah di atur oleh ibunya. Haiqal hanya ingin menunaikan hasrat ibunya supaya cepat mendirikan rumahtangga. Tapi sejak dia pulang dari kampung Farah. Hatinya terpaut dengan layanan mesra yang diberikan oleh keluarga Farah. Mak dan abah Farah peramah begitu juga abg sepupunya Taufiq. Sehingga kini dia tidak dapat membayangkan bagaimana rupa Farah kerana dalam albumnya penuh dengan gambarnya semasa kecil. Farah ‘cute’ dan nakal. Itulah yang selalu Taufiq katakan padanya. Gambar Farah yang pernah ibunya berikan kepadanya dahulu dia tidak ingat dimana dia menyimpannya. Cantikkah dia? Ayukah dia? Cepat-cepat Haiqal membuang jauh apa yang di fikirkan tadi. Dia akan menerima Farah seada-adanya.

Tiba-tiba hatinya tergerak untuk menghubungi Farah. Ibunya berpesan berkali-kali agar Haiqal luangkan masa sedikit untuk mengenali Farah kerana Haiqal tidak pernah menghubungi Farah langsung. Farah juga tidak menghubunginya. Mungkinkah Farah merajuk dengannya kerana diberi layanan sebegini.

Haiqal mencapai gagang telefon lalu mendial nombor pejabat Farah.

“Assalamualaikum, boleh bercakap dengan Farah,” ujar Karl sebaik sahaja telefon di jawab.

“Walaikumsalam, saya Farah boleh tahu siapa di sana,” Alahai lembut suara Farah ketika menjawab telefon.

“Ini Haiqal bercakap,” jawab Haiqal ringkas. Dia ingin mendengar reaksi Farah bila namanya disebut.

“Haiqal, Haiqal yang mana, saya tak kenal lah,”

Aku berfikir sejenak cuba mengingati nama-nama court clerk yang kukenali.

“Sudahlah abg Johan, jangan nak kenakan orang, konon nak buat suara macho, blahlah mana document orang dah keluar dari Court belum,” eleh macamlah aku tak tahu kelentong abg Johan. Dia tu suka mengenakan aku. Ini mesti salah satu tricknya. Tapi boleh tahan juga suara yang abg Johan buat-buat ni, bisa cair siapa yang mendengarnya.

“Johan, siapa Johan, ini Haiqal,” jawab Haiqal kurang mengerti. Tapi nak tergelak juga dia bila mendengar suara ceria Farah ‘cute’.

Lah siapalah pulak ni, agaknya kawan Ayu. Si Ayu ni ramai kenalan lelaki macam-macam nama pelik yang aku dengar bila dia bertonyeh kat telefon. Dah tu tahu takut nak bagi number telefon office sendiri. Sudahnya aku jadi operator tak bergaji bila dia memberi number telefon officeku.

“Nak cakap dengan Ayu ke, sekejap ye,”

“Farah-,” Haiqal mengeluh belum sempat dia kenalkan dirinya. Farah sudah put on hold.

“Ayu ni boyfriend kau yang mana satu namanya Haiqal nak cakap dengan kau,” Sangkanya Farah put on hold tapi Farah tidak menyedari dia tertekan butang speaker. Maka Haiqal dapat mendengar Farah memanggil temannya yang bernama Ayu. Haiqal mengaru kepalanya yang tidak gatal. Wah tak sangka, temannya Ayu tu ramai teman lelaki. Haiqal tersengeh. Zaman sekarang sudah canggih. Bukan lelaki sahaja yang boleh mempunyai ramai teman wanita tapi wanita juga boleh. Harap-harap Farah tidak tergolong dalam wanita yang punya koleksi ramai teman lelaki.

“Siapa Haiqal,” Ayu mengerutkan keningnya seperti Farah cuba mengingati samada dia pernah berkenalan dengan lelaki bernama Haiqal. Ayu mengelengkan kepalanya berkali-kali. Dia pasti dia tidak ada kenalan bernama Haiqal.

“Kau jangan main-main Ayu cepatlah dia nak cakap dengan kaulah,” leceh betul lah minah ni aku dah lah stress order of court belum keluar. Ingatkan tadi si abg Johan call.

Ayu mengeleng keras. Sungguh dia tidak kenal. Lagipun dia tidak ada mood hendak layan lelaki-lelaki yang tidak dikenalinya hari ini.

“Eh setahu aku Haiqal kan nama tunang kau Farah,” Ayu baru teringat dia pernah terdengar nama ‘Karl’ di sebut Farah tempoh hari bila dia bertanyakan tentang nama tunangnya.

Aku terdiam seketika. Cuba mencari logik maksud kata Ayu tadi.

“Oh no, mati aku kenapa kau tak cakap siang-siang tadi, alamak Ayu problem betul lah telefon baru ni, aku tak put on hold, aku put on speaker,” Aku panik mesti Abg Karl terdengar perbualan kami. Matilah aku. Hissh nama tunang sendiri tak ingat. Apa punya tunang. Bukan salah aku, lagipun belum pernah umur dia call, tetiba aje call hari ni dan pulak tu kat office. Aku pulak tengah stress dengan kerja. Mind tengah block tak boleh fikir dengan baik. Saja aje cari alasan.

“Hello ni Abg Karl ye,” ujarku teragak-agak. Aku berdoa dalam hati janganlah dia marah pada aku.

“Saya, Farah ingat pun nama tunang Farah,” usik Haiqal seraya ketawa kecil riang sungguh hatinya dapat berbual dengan Farah.
Aku tersengeh bila diusik abg Karl, malu pun ada. Apa punya kes.

“Sorrylah abg Karl baru ingat, abg Karl dan cik Asmah apa khabar,” ujarku selamba cuba menutup malu. Biarlah apa abg Karl nak kata bahawa aku kartun ke chipmunk ke aku sanggup menerimanya.

“Alhamdulilah sihat, Farah pula bagaimana sihat,”

“Alhamdulilah sihat,” jawabku ringkas. Tak tahu nak cakap apa. Tergamam pun ada, yelah pertama kali berbual dengan abg Karl. Mendengar suaranya sahaja bisa membuatkan jantungku berdegup kencang. Macho gitu.

“Abg Karl tak sibuk ke hari ni,”

“Farah tak suka berbual dengan abg ke,” duga Haiqal.

“Sapa cakap Farah tak suka berbual dengan Abg Karl, kalau boleh nak berbual hari-hari tapi apa nak buat tunang Farah sibuk, Farah tak mahu kerja abg Karl terganggu, tapi kalau abg senang, abg Karl telefonlah Farah, supaya Farah tak lupa lagi bila abg sebut nama abg,”

Hehehe…kan dah kena dalam baik sempat aku menyindir abg Karl. Issk bestnya akhirnya dapat juga aku berbual dengan abg Karl. Kalau tidak memikirkan kesibukan abg Karl dah lama aku menghubunginya. Aku masih ingat lagi pesanan Cik Asmah tentang syarat Karl dia tidak mahu diganggu waktu pejabat.

Haiqal tidak dapat menahan tawa. Dia sedar Farah menyindirnya. Tapi cara Farah menyampaikan kepadanya cukup diplomatik dan lucu. Farah seorang wanita yang bijak dan pandai mencuit hatinya. Belum pernah Haiqal terpaut hati dengan mana-mana wanita dengan hanya mendengar suaranya. Dia tidak tahu apa keistimewaan Farah sehingga Farah berjaya membuka pintu hatinya kembali. Patutlah ibunya begitu menyenangi Farah.

“Alahai, janganlah Farah cakap macam tu, terharu abg Karl mendengarnya, abg Karl minta maaf ye, abg Karl janji akan cuba menghubungi Farah selalu bila berkesempatan ok,” Karl sedar dia tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri. Tentu Farah terasa hati bila ibunya menyatakan syarat Karl kepadanya tempoh hari. Tak semua wanita boleh sabar dengan kehendaknya.

“It’s ok abg Karl, Farah tak berapa kisah sangat, sebenarnya Farah tertanya-tanya juga siapa tunang Farah, dia ni wujud ke tak, sebabnya Farah tak pernah berbual dengannya bertemu jauh sekali, agaknya memang dah takdir kita tak dapat bertemu sebelum menjadi suami isteri tak, jadi bila abg dah call ni maka terjawablah semua persoalan Farah bahawa tunang Farah wujud,” Hah..kena lagi so sorry abg Karl, bukannya apa aku dah penat nak menjawab pelbagai soalan yang keluar dari mulut teman rapatku bertanyakan siapa tunang aku, bagaimana rupanya. Bila aku kata aku tak pernah kenali siapa tunang aku. Mereka pakat gelak kan aku. Itu yang buatkan aku double stress.

“Farah marah abg ke, abg minta maaf banyak-banyak kerana tidak menghubungi Farah,” Kesian Farah menjadi mangsa keadaan kerana egonya.

“Abg Karl not to worry Farah bukan bermaksud nak menyindir abg Karl, Farah faham dengan situasi abg Karl cuma orang di sekeliling Farah ni yang nak tahu, Farah faham kenapa abg buat begitu, for me as long as abg Karl masih sudi kat Farah, Farah sudah bersyukur, Farah tak minta abg Karl berjanji dengan Farah apa-apa,” eh..baik lah pulak aku ni tadi bukan main attack tak bagi chance langsung abg Karl nak explain.

Ayu sudah mula melambai-lambai kat aku memberi isyarat supaya cepat. Hissh menyibuk betul lah si Ayu ni. Orang tengah feeling-feeling dia kacau daun pulak.

“Oklah abg Karl, Farah kena pergi Court sekejap nanti bila senang abg call Farah,”

“Thanks Farah, you such a wonderful person, be good girl and take care ok,” itu sahaja yang termampu dia katakan buat saat ini. Haiqal mati kata-kata kerana tidak menyangka perbuatannya itu membuatkan Farah jauh hati.
Sejak berbual dengan abg Karl tempoh hari. Hatiku riang sekali. Boleh di katakan selalu juga abg call Karl menanya khabar. Berbual tak lama kerana abg Karl tengah sibuk dengan projek barunya. Bagi aku itu sudah memadai asal dapat berbual dengannya terubat juga rinduku dengan hanya mendengar suaranya. Kalau sehari tidak mendengar suara abg Karl terasa rindu pulak rasanya. Haii dah demam asmara pulak aku ni. Tulah mengata Alia sekarang aku dah rasa sendiri bagaimana seksanya merindui seseorang yang kita kasihi. Hari itu abg Karl ada beritahu aku yang dia beri aku “greenlight” untuk memilih butik atau mak andam yang aku ingini. Hehe..bestnya murah hati betul abg Karl. Aku sudah memasang angan-angan. Banyak juga butik pengantin yang aku dah survey melalui lelaman internet. Tapi harganya punyalah mahal tak sanggup aku. Ada beberapa keeping brochure untuk studio photo shoot berada di atas mejaku. Aku meneliti satu persatu, tengok package yang sesuai. Sedar tak sedar jarum jam menunjukkan pukul satu. Aku mencapai sekeping brochure.

“Come Ayu teman aku,” aku menarik lengan Ayu.

“Kau nak ke mana ni,”

“Ikut saja,” jawabku ringkas. Nasib baiklah butik tu tak jauh dari office boleh juga aku pergi survey.

Aku menolak pintu transparent milik Anggun Andaman. Terpegun seketika bila melangkah masuk boutique pengantin mewah buat pertama kali. Ternganga kami sekejap bila melihatkan koleksi gaun pengantin yang exclusive tergantung di wardrobe open konsep.

“Boleh saya bantu,”

“Ya, eh tidak, sebenarnya saya nak survey-survey dulu,” ujarku sambil tersengeh. Wuii..bestnya ala-ala Cinderella gitu. Bajunya semua cantik mesti sewanya mahal.

“Bila majlisnya,”

“Hmm bulan enam,” jawabku ringkas.

“Eh dah nak dekat lah ni, ni dah bulan 2 masih belum buat keputusan lagi ke,” soal gadis itu ramah.

“Tak lah dik, akak kena tanya tunang dulu, baju kat sini semua cantik-cantik mesti sewanya mahal,” aku berlalu ke tempat koleksi pakaian tradisional pula. Kebaya coklat cair jenis kain sutera sequin disulami batu-batu kristal menarik minatku. Ayu juga berkenan kerana kebaya moden itu kelihatan sungguh elegant and exclusive.

“Emm ok, kita ada pelbagai package yang menarik, akak boleh choose dan kalau akak nak try baju kat sini pun boleh,”

“Eh boleh ke mana-mana baju boleh,” soalku tak ubah macam budak kecik..hehe..boleh juga aku melaram dengan baju kat sini.

“Boleh, tapi boleh try satu aje, akak pilihlah nak try gaun ke atau kebaya tradisional,” ujarnya lagi.

Ayu memaksaku mencuba kebaya moden tadi. Aku masih belum buat keputusan nak mencuba yang mana satu. Tiba-tiba mataku terpaku ke arah gaun putih yang dipakai oleh mannequin dekat dengan pintu. Cantik dan classic teringin pula aku mencubanya.

“Dik yang tu boleh,” ujarku lalu menunding ke arah patung mannequin.

“Boleh, nanti saya ambil accessories nya,”ujarnya seraya berlalu.

“Kau ni excited sangat kenapa, kau betul ke nak ambil package dia,” soal Ayu. Tangannya membelek tiara-tiara yang tersusun rapi di display cabinet.

“Eleh try lah dulu, tak boleh ke,” aku tersenyum bila gadis kecil molek tadi kembali bersama baju gaun berwarna cream bersama 2 kotak accessories. Aku terpegun melihat keindahan baju gaun tersebut. Jari jemariku menyentuh lembut manik-manik mutiara yang dijahit kemas di sekeliling penjuru gaun tersebut.

“Ah apa lagi tercengang pergi salin cepat dah pukul 1.35,”

Tanpa berlengah lagi aku terus ke fitting room. Aku berdiri tegak di hadapan cermin. Gaun pengantin yang ku pakai kelihatan terletak elok di badanku seolah-olah baju itu ditempah khas buat ku. Hmm cantik juga aku ni yek..hehe masuk bakul angkat sendiri pulak aku ni..

“Cepatlah Farah, aku nak tengok,” Ayu dah tak sabar hendak tengok aku mengayakan gaun pengantin tadi.

Aku menyelak langsir fitting room. Ayu ternganga melihatku. Aku memusing-musingkan badanku di hadapannya seronok bermain dengan gaun kembang. Heheh macam budak kecil.

“You look great in that gown,” puji gadis kecil molek pembantu butik tersebut yang baru ku tahu namanya Ana.

“Really,” ujarku lalu memandang cermin besar di depan. Yelah memang aku kelihatan begitu anggun sekali mengena gown cream yang ala 50-an.


“Karl bila masanya kau tunang dah nak dekat langsung baru nak beritahu aku,” Fikri kurang percaya bila Haiqal tiba-tiba memberitahunya bahawa dia akan bernikah bulan enam. Apa yang memeranjatkannya bila dia sendiri belum pernah bertemu dengan bakal isterinya.

Haiqal hanya tersenyum bila Fikri berkata demikian. Fikri sahabat karib Haiqal semasa mereka bersama melanjutkan pelajaran di Cambridge University di London dahulu. Hubungan mereka sudah macam adik beradik.

“Aku ingatkan kau tak fikir pasal kahwin langsung sejak arwah Fatin,” Fikri terlepas kata. Haiqal terdiam. Dia masih ingat lagi Fatin Nadzira. Gadis pertama yang berjaya memikat hatinya. Fatin tahun satu dalam jurusan engineering tidaklah terlalu cantik. Tetapi dia memiliki wajah yang manis dan tidak jemu mata memandang. Hubungannya dengan Fatin tidak ketahui ramai kenalan diatas permintaan Fatin. Hanya Fikri sahaja yang mengetahui kisah percintaan mereka. Fatin mengidap penyakit barah otak. Belum sempat mereka tamat pengajian Fatin menghembuskan nafasnya yang terakhir disana. Semasa Fatin terlantar di The Royal Marsden Hospital, Haiqal yang banyak membantu menjaganya dan menguruskan billnya disana. Begitulah kisah percintaan Haiqal. Haiqal begitu setia dengan Fatin Nadzirah sehingga Ibunya Asmah tidak tahu menahu perkara ini. Biarlah dia semadikan kenangannya bersama Fatin.

“I’m sorry Karl, aku tak sepatutnya ungkit kisah lama,” Fikri sedar dia tidak sepatutnya membangkitnya sedangkan Karl sudah mahu memulakan hidup baru sejak ketiadaan Fatin. Fikri tahu Haiqal tidak punya teman istimewa bukan kerana tiada siapa yang tidak mahu mendampinginya. Tapi kerana pintu hati Haiqal masih belum terbuka untuk mana-mana wanita. Berita yang di khabarkan Haiqal tadi cukup membuatkannya merasa gembira.

“Kenapa mesti kau minta maaf,” tiba-tiba Haiqal bersuara.

“Habis tu yang kau diam saja tadi kenapa,” soal Fikri hairan dengan kelakuan Haiqal. Dia masih tercegat di pintu kereta tanpa membukanya.

“Tak kau tengok tu, she’s so beautiful,”

“Mana yang kau tengok,” soal Fikri pelik kerana dia tidak nampak sesiapa yang dimaksudkan cantik oleh Haiqal.

“Mana kau tengok kat boutique bridal tulah, that girl yang pakai the weding gown,” ujar Haiqal matanya tidak lepas dari memandang si gadis yang dimaksudkan tadi.

Fikri memandang ke arah butik yang di maksudkan oleh Haiqal tadi.

“You’re right she beautiful, eh kau nak kemana,” jerit Fikri bila dilihatnya Haiqal sudah menghampiri butik tersebut.

“Ikut ajelah,” Fikri mengekori langkah Haiqal memasuki pintu gerbang butik tersebut.


“Tak sangka aku si budak comot Farah ni cantik jugak ye,” usik Ayu bila dia sendiri tak sangka Farah kelihatan begitu ayu persis model dalam majalah pengantin bila sesekali dihias dengan pakaian yang vogue lengkap dengan accessories.

Farah mencebik bila diusik Ayu. Bukan dia tak suka. Sukalah juga tapi kalau di puji abang Karl alangkah indahnya dunia. Hehehe syiok sendiri pulak aku ni.

“Kau ni kan sekali pandang macam Eja, dua kali pandang pun macam Eja, tiga kali pandang-,”

“Macam akulah,” Issk tak mahu kalah. Ramai jugalah yang cakap rupa aku macam dia.

“Hai terasa macam dalam cerita lakonan Pretti Zinta dan Salman khan pulak kan,” aku berdiri mengadap cermin bila Ana meminta aku berbuat demikian.

“Aku tak ingat, cerita yang mana satu eh,” Ayu cuba mengingatkan tajuk cerita Hindustan yang dimaksudkan Farah. Dia dan Farah memang hantu Hindustan, jarang sekali mereka terlepas dari menontonnya di pawagam lebih-lebih lagi jika pelakon yang diminatinya turut berlakon dalam filem yang ditonton.

“Chori..chori..chupke…chupke,” aku bernyanyi riang sambil meniru gaya Pretti Zinta dalam cerita tersebut. Ayu hanya mengekek kecil melihatku menari. Ayu memang maklum dengan kepala gila-gila aku.

Dari jauh Haiqal memerhatikan gelagat dua wanita yang seronok ketawa dari tadi. Haiqal turut terhibur dengan telatah dua sahabat itu. Hatinya terpaut dengan kejelitaan gadis yang memakai gown tersebut.
Abg Karl tidak menghubungi aku lebih dua hari. Aku pulak sibuk mencari mak andam dan persiapan untuk hari persandingan aku. Mak dan mak usu serahkan semua tugas itu pada aku. Haii pening jugak dibuatnya. Bila aku tanya pasal bajet mereka kata pilih dahulu lain mereka akan fikirkan. Tugas gubahan aku serahkan sepenuhnya pada mak, mak memang arif tentang gubahan. Awal-awal aku dah pesan mak aku nak gubahan yang simple tapi nampak menarik. Aku ni memang cerewat bab-bab ini. Stressnya sebab kurang 6 bulan aku nak kena rush semua itu. Kalau tak fikirkan tentang permintaan mengarut abg Karl memang semuanya akan berjalan dengan lancar. Gara-gara abg Karl aku terpaksa ke pejabat kadi dengan abah dan abg Taufiq. Tuan kadi soal aku macam-macam kenapa pengantin lelaki datang secara berasingan itu dan ini. Jenuh juga nak menjawab soalan kadi tu. Kes lain dari yang lain. Ada ke dia tanya pada abah samada aku ni kena kawin paksa. Abg Taufiq dah tak dapat menahan rasa gelihati bila tuan kadi menanya soalan demikian. Semua yang hadir buat pendaftaran datang dengan wali dan pasangannya manakala aku tidak. Lama jugalah tuan kadi tu lecture kat aku, hai agaknya semalam abg Karl pun kena juga macam aku. Ada yang menyangka aku nak nikah dengan abg Taufiq. Abg Taufiq sekadar menyengih bila ditanya. Hissh boring betul nasib baiklah abg Karl tak lupa schedulednya. Dia datang sehari awal untuk buat pendaftaran dan sudah jelaskan semuanya pada tuan kadi tu. Tapi tuan kadi tu sengaja nak tanya lagi pada kami untuk menyakinkan bahawa apa yang diterangkan oleh abg Karl semalam tidak bercanggah dengan jawapan kami. Kadang-kadang tu geram jugak aku pada abg Karl. Pagi ni pulak ntah apa mimpi aku berdiri di atas weighing machine. Terperanjat jugaklah aku dah naik 8 kg. Dah nak dekat naik pelamin aku gain weight pulak. Problem..problem..

“Lah termenung pulak dia,”

“Macamana nak kuruskan badan ni, aku dah gain weight pulak,”

“Kau ni memang bernasib baik, pasal Mr Shan ada dapat 2 voucher for trial untuk kita dua pergi check the new California fitness kat daerah sini,” Ayu menayang dua voucher yang dimaksudkan tadi kepada aku.

“Alah mesti untuk attend sekali aje,” jawabku kurang berminat selalunya dia cuma bagi trial satu hari aje tak lebih dari itu. Aku kalau boleh nak teruskan sampai berjaya turunkan berat badan.

“Hei itulah kau orang belum habis cerita dia dah buat cerita sendiri, trial dia untuk 2 bulan lah, kau nak tak,” soal Ayu cuba memancing minat Farah.

“Lah kenapa tak cakap tahun lepas, bila nak start hari ni boleh, aku dah excited ni,” riang sungguh hati ku dapat voucher dahlah free dua bulan trial pulak tu sapa tak nak.

“Ok set, lagipun aku memang selalu bawa spare baju dan track pants,”



Aku dan Ayu melangkah masuk pintu gerbang California Fitness. Wah besarnya. Tak ramai pengunjung perempuan rata-rata pengunjung lelaki. Setelah mendapat kunci dari reception. Kami melangkah menuju ke arah locker dan wash room.

“Issk ramai yang hensem-hensem lah instructor dia,”

“Itu yang tak best tu, nanti apa kita buat dia tengok kan, malu lah aku macam ni,” aku menjengah di celah-celah pintu. Memang benar ramai instructornya lelaki yang berbadan tegap dan fit. Alah pasalah apa aku nak kisah lagipun aku datang nak gunakan peralatan gymnya dengan sebaik-baiknya untuk mencapai target untuk kurangkan berat badan. Lain aku tak ambil pusing.

“Haiqal, lama tak kemari sibuk ke,” ujar Samad lalu menepuk bahu Haiqal.

Memang dah lama dia tak ke gym kerana terlalu sibuk berkerja.

“Sibuk Sam, banyak kerja inipun pasal dah lama tak exercise,” jawab Haiqal sambil tersenyum.

“Boleh tolong sikit, ada dua potential new member kau boleh guide diaorang,”

“No problem, mana dia,”

“Kat sana,” Samad memuncungkan bibirnya ke arah dua orang gadis yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka.

Haiqal menoleh. Matanya tertumpu ke arah salah seorang dari mereka. Dia tersenyum.

“Assalamualaikum,” sapa Haiqal.

“Waalaikumsalam,”

“Hai, saya Harris instructor untuk awak berdua selama dua bulan ni,” Haiqal sengaja tidak mengunakan nama yang biasa digunakan sebaliknya mengunakan nama pertamanya ‘Harris’.

Aku dan Ayu saling berpandangan. Kami berdua berasa gugup berhadapan dengan Harris. Bukan kerana takut akan dia tapi kerana tidak biasa berhadapan dengan orang yang setampan Harris boleh tergugat iman bila memandang wajahnya.

“Errk tak ada instructor perempuan ke,” Aku tidak sanggup berhadapan dengannya. Kalau dialah yang ajar mesti tak dapat nak concentrate pasal asyik tengok wajah dia yang kacak persis ‘Arjun Rampal’ pelakon Hindustan yang diminatinya. Rasanya macam pernah bertemu tapi di mana aku tak ingat.

“Kenapa saya tak bagus ke,” Haiqal tersenyum menampakan lagi lesung pipit di kedua belah pipinya.

“Eh bukan tak bagus, saya cuma segan aje,” Ayu bersuara dia memang suka kalau Harris yang mengajar dapatlah dia mengatal dengannya.

“Oklah,” jawabku ringkas. Ah Farah concentrate jangan nak berangan. Ingat diri tu dah bertunang. Ya Allah ya tuhan ku kuatkan lah imanku bila berhadapan dengannya doaku dalam hati.

“Dah warm up,” soal Haiqal tersenyum lagi.

Issh dia ni tahulah senyumannya memikat janganlah asyik senyum aje. Aku tengah control cool ni tak nak tunjuk sangat yang aku minat kat dia. Aku dan Ayu mengangguk.

“Ok kita cuba buat cardio dulu lepas tu kita buat yang lain-lain, oh ye sapa nama awak berdua ni,”

“Saya Ayu dan ni-,”

“Hilda,” jawabku pantas. Ayu menjegilkan matanya bila aku sebut ‘Hilda’ bukan ‘Farah’.

Erm Hilda cantik nama tu secantik orangnya. Bisik Haiqal dalam hati.

“Ok kita mulakan sekarang, saya setkan timing dan kelajuannya, lepas buat cardio kita cuba lain equipment,” Haiqal sedar Hilda pendiam orangnya tak macam Ayu. Ayu senang diajak berbual.

“Eh kenapa kau gunakan nama Hilda,” soal Ayu bila Harris meninggalkan mereka.

“Kenapa tak boleh ke kan ke Hilda pun nama aku,”

“Yelah kau kan tak suka orang panggil nama tu,”

“Issk kau ni kan ke aku dah tunang, hanya tunang aku aje yang boleh panggil Farah, orang yang aku tak kenal panggil aku Hilda,” Aku bukannya nak buat kawan dengan Harris. Gila. Aku kan dah tunang cukup dua bulan aku dah tak pergi gym dan tak jumpa Harris lagi so tak payahlah nak beritahu detail sangat lagipun kalau abg Karl tahu naya aku nanti. Nanti dia kata aku main kayu tiga pulak dah.

“Oh ye ke, sayang jugak kau dgn abg Karl kau tu ye,” usik Ayu lalu tersenyum.

“Issh mestilah kata tunang aku, mestilah sayang,” Aku tersenyum meleret bila tiba-tiba Harris berdiri disebelahku. Alamak dari mana pulaknya dia menjelma ni. Ni yang payah janganlah berdiri sebelah aku lama sangat.

“Erm bagus selalunya first timer jarang sekali dapat target timing yang saya set, half way dia dah give-up,”

Harris memuji Hilda tak sangka gadis itu dapat mencapai target yang disetkan.

Aku tersenyum lagi nafas ku turun naik kerana penat. Ah ye naik lenguh kaki gara-gara nak impress Harris bahawa aku boleh buat. Kalau orang lain dah lama aku give up. Ayu dah tersandar di kerusi kepenatan.
Sedar tak sedar hampir dua minggu aku berkunjung di California fitness. Nampak ada perubahan sikit. Aku dah berjaya kurangkan berat badan sebanyak 3 kg. Heheh..dan lagi sejak Harris menjadi instructor kami. Aku punya semangat untuk mencapai targetku untuk menguruskan badan. Banyak tips kesihatan yang kami perolehi dari Harris. Patutlah badannya fit senantiasa taklah macam body builder berketul sini berketul sana. He tak boleh aku bayangkan. Aku lebih suka tengok lelaki berbadan fit.

“Abg Harris ni full time instructor kat sini ke,” soal Ayu ingin tahu. Aku hanya memandang Harris yang sedang berdiri tidak jauh dari kami. Pura-pura tidak berminat mendengar perbualan antara Harris dan Ayu.

“Tak, hanya suka-suka sahaja, abg Harris sebenarnya bekerja di syarikat Development,” jawabnya sambil tersenyum matanya tidak lepas dari memerhatikan Farah yang sedang duduk melunjurkan kakinya. Jarang sekali gadis itu berbual dengannya. Dia lebih suka menyendiri. Lain pula dengan Ayu. Ayu pasti punya banyak soalan untuk dirinya.

“Wah mesti kerja abg Harris best kan,”

“Best tu tak sangatlah tapi memerlukan peruntukan masa yang banyak lebih-lebih lagi bila ada project baru,”

“Kalau macam tu mesti abg Harris sibuk sentiasa kan, betul tak Hilda kan ke tunang kau pun kerja macam abg Harris,” Ayu menoleh ke arah Farah yang sedang berehat di bangku. Farah tersentak bila Ayu tiba-tiba menyebut tentang tunangnya.

Harris menoleh ke arah Hilda menanti jawapan darinya. Hatinya berbaur sedikit cemburu bila Ayu mengatakan Hilda sudah bertunang. Alamak Ayu kenapa mesti kau bocor rahsia aku ni. Kalau boleh aku nak keep low profile.

“Ha ah, memang dia selalu sibuk,” jawabku ringkas. Harris kelihatan agak kurang senang dengan jawapan yang diberikan oleh Farah. Farah perasan akan perubahan air muka Harris. Tapi dia tidak pasti kenapa.

Harris tidak menyangka Hilda sudah bertunang. Gadis itu terlalu perahsia. Tahulah Harris kenapa Hilda seolah-olah cuba mengelak dari berbual dengannya. Rupa-rupanya dia sudah bertunang. Sedikit sebanyak Harris merasa kagum dengan pendirian Hilda. Hilda menjaga etikannya bila setiap kali dia berhadapan dengannya. Hilda selalu memintanya menunjukkan cara bagaimana mengunakan equipment gym. Selepas Harris menerangkan cara-cara mengunakan baru Hilda mencubanya. Kalau memerlukan bantuan Harris. Hilda mengelak dia sanggup mencuba equipment lain yang tidak perlu pertolongan Harris. Dia tidak mahu Harris menyentuhnya.


“Sorry Farah, aku ada janji dengan Farid hari ni, kau balik sendiri ok,”

Aku menjeling tajam. Ayu menyengih dia tahu Farah marah. Kurang asam punya budak, patutlah dia beria-ia hendak pergi gym hari ni rupanya ada date dengan Farid salah seorang instructor muda disini. Cepat sungguh Ayu mengurat si Farid. Hissh perangai mengalahkan lelaki.

Alamak ni yang tak best dah lah lambat kena balik sendiri pulak tu. Aku berjalan menuju ke arah bus stop berhampiran. Tinggal beberapa orang sahaja yang masih duduk menunggu bas. Bas aku pulak selalu datang lambat.

Aku memeluk tubuh kerana kesejukan bila sesekali angin malam menyentuh. Manalah bas ni. Dahlah aku sorang aje kat sini. Orang lain dah naik. Aku mula resah bila bas yang ditunggu masih belum kunjung tiba.

Tin..Tin

Aku menoleh ke arah kereta yang menekan honnya berkali-kali. Apa masalah dia ni. Bukannya ada orang kat sini yang dia hendak hon-hon. Aku menyumpah dalam hati. Dahlah aku sendiri kat sini.

“Hilda,” jerit si pemandu.

Aikk panggil nama aku pulak siapa pulak ni. Aku menjengah tingkap tempat duduk penumpang. Takut-takut juga aku. Manalah tahu kot-kot orang jahat ke.

“Balik sorang ke, come abg Harris hantarkan, tak elok duduk sini sorang-sorang,” pelawa Harris.

Hatiku berbelah bagi. Patut ke aku terima pelawaan Harris. Tapi dah hampir 30 minit aku menunggu bayang bas pun tak nampak hari dah semakin larut kalau ikutkan ego aku pukul berapa nak sampai. Hai, kalaulah abg Karl tahu aku balik lewat macam ni mesti dia marah.

“Tak menyusahkan ke,” ceh aku ni sejak bila pandai berbahasa. Kalau tak ingatkan yang aku ni sudah bertunang memang dah lama aku tackle Harris. Abg Harris memang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita. Tapi kalau aku tak bertunang pun belum tentu aku berani tackle dia. Bila sahaja berhadapan dengan abg Harris aku merasa sedikit gugup. Apa ilmu yang dia pakai ni hinggakan aku tidak seperti diriku yang selalu bila tiap kali berhadapan dengannya.

“Tak menyusahkan, lagipun dah lewat malam ni nanti tunang awak risau,” ujar Harris lalu tersenyum.

Aiik menyindir aku nampaknya. Tak pe Farah jangan tunjuk terror lagipun kau nak tumpang kereta dia. Kalau tidak sampai besok dok tercegat kat bus stop.

Terasa kekok pulak bila berdua dalam kereta dengan Harris. Harris pulak entah apa mood sengaja menekan cd lagu love songs. Lagu “My All” dari dendangan Mariah Carey. Berjiwa sentimental juga si Harris ni. Mesti romantik orangnya. Hai beruntunglah siapa yang berjaya memiliki hati Harris. Orangnya kacak, berbudi bahasa sudah tentu dia pandai menjaga hati seseorang perempuan.

“Kenapa diam Hilda mengantuk ke,” tegur Harris lalu menoleh ke arah Farah yang diam sedari tadi.

Lah dia tak mulakan tak kan aku nak mulakan. Aku ni bukan macam Ayu banyak pertanyaan. Lagipun malas aku nak tanya benda yang tidak berfaedah bukan ada hasil apa-apa.

“Tak adalah penat sikit,”

Masing-masing melayan perasaan sendiri. Perasaan bersalah tiba-tiba menyelubungi hatiku. Dah lah menumpang kereta orang tak tahu nak sesuaikan diri. Tak patut betul aku ni. Sekurang-kurangnya berbual lah sikit.

“Tunang abg Harris kerja di mana,” soal ku tiba-tiba. Tiada topik untuk memulakan perbualan. Ahh lantaklah sekurang-kurangnya aku berbual.

Harris mengangkat kening. Dia tidak menyangka Farah tahu dia sudah bertunang.

“Macamana Hilda tahu abg Harris sudah bertunang,” soal Harris ingin tahu. Soalan Farah begitu menarik perhatiannya.

Eh tak sangka pula soalan merapu aku ni mengena sasaran. Sudah bertunang rupanya abg Harris. Apa aku nak jawab eh..mataku terpandang cincin platinum bersalut rose gold tersarung kemas di jari manis sebelah kirinya. Tak perasan pula selama ini abg Harris ada memakai cincin. Sedangkan aku yang sudah bertunang cincin tunang simpan kat rumah. Malas nak pakai.

“Cincin kat jari tu,”

“Apa yang buatkan Hilda fikir abg Harris hanya bertunang dan bukan suami orang,” Harris mula berminat berdialog dengan Hilda. Eleh nak test aku ke. Dia belum kenal aku siapa.

“Well saya cuma meneka sahaja tak sangka sangkaan saya tepat, selalunya kalau orang sudah berkawin jarang sekali dia balik lewat,” pandailah aku buat cerita. Aku main hembus sahaja. Gasak ler abg Harris jangan dilayan sangat aku ni.

“Eh tak juga, kalau dapat suami yang tidak mengikut peraturan, balik lambat juga,” jawab Harris tenang.

Dahlah tu cukup. Aku dah tak ada idea lagi ni. Abg Harris pula tak mahu mengalah jugak. Masih hendak menduga aku.

“Saya tak rasa abg Harris tergolong dalam suami yang tidak mengikut peraturan,” jawabku yakin. Ikutkan bukannya susah nak baca body language seseorang tu. Lagipun dari segi pemerhatian aku. Harris bukanlah lelaki yang suka berpoya-poya. Kalau tidak masakan setiap malam dia ke gym work out selalu. Ciri-ciri tak ubah macam abg Karl. Tiba-tiba aku teringatkan abg Karl.Walaupun kami tidak pernah bersua. Aku dapat merasakan bahawa kedua-dua lelaki ni memiliki perangai yang hampir serupa. Entahlah, aku tak tahu kenapa dan mengapa abg Karl sengaja menyeksaku. Sungguhpun begitu aku akan tetap bersabar. Aku percaya ini semua dugaan dari tuhan untuk menguji sejauh dan sedalam mana kepercayaan dan kesetiaan kami terhadap pasangan masing-masing.

“I’m impressed, macamana Hilda tahu banyak perkara tentang diri saya ni,” kagum dengan Farah. Gadis yang bijak dan penuh misteri. Belum pernah Harris bertemu dengan gadis sebijak Farah. Farah suka berdialog. Jarang sekali orang perempuan suka berdialog.

“Melalui pengalaman dan membaca,” jawabku ringkas. Please drop the subject.

“Asyik cerita pasal saya saja, bagaimana pula dengan tunang Hilda,” soal Harris ingin tahu.

Aku mengeluh lega tapi kurang senang bila Harris bertanya soalan demikian. Harris tidak perlu tahu tentang diriku. Biarlah ia menjadi tanda tanya.
Aku tidak lagi menghadiri club fitness kerana aku cuba mengelak dari bertemu dengan Harris. Aku tidak tahu mengapa sejak akhir-akhirnya ini aku asyik memikirkan tentang abg Harris. Tidak dapat melupakan senyumannya dan lirikan matanya bila setiap kali berbual denganku. Aku dapat merasakan bahawa dia turut senang dengan kehadiranku. Ah sudah janganlah pulak aku terkena penyakit angau. Seksa batin dibuatnya. Lagipun aku tidak layak menyalurkan perasaan rindu itu padanya. Ah mungkin aku rindukan abg Karl kerana sudah lama tidak mendengar suaranya. Sibuk benar nampaknya hingga tidak lagi menghubungiku.

Telefon berdering nyaring mematikan lamunanku.

“Hello,”

“Assalamualaikum, boleh bercakap dengan Farah,”

“Waalaikumsalam, Farah bercakap, siapa di sana,”

“Abg sini,”

“Abang yang mana,” jawabku tegas sedikit sapa pulak yang tidak segan silu mengaku dirinya abang aku. Aku menyumpah sendiri. Dahlah orang tengah feeling-feeling ada sahaja yang menganggu.

“Abg Karl, Farah, Farah tengah sibuk ke,”

“Oh abg Karl, sorrylah Farah tengah not in a good mood hari ni,” aku tak tahu kenapa aku seperti tidak bersemangat sejak akhir-akhir ini.

“Kenapa, Farah tak sihat ke,” soal Karl. Risau juga dia bila tidak kedengaran suara lunak Farah seperti selalu. Suaranya kali ini seakan tidak bermaya.

“Farah ok, cuma penat agaknya,” aku cuba berdalih. Hai kenapalah dengan aku hari ni. Bukankah abg Karl telefon. Selalunya aku akan melompat keriangan bila mendengar suara abg Karl.

“Are you sure, nak suruh abg Karl hantar pergi klinik tak,”

“Tak payah abg Karl, Farah dah sihat sekarang,” aku menyumpah sendiri kerana membuatkan abg Karl risau.

“Ok, kalau begitu bolehlah kita berbual panjang sikit, agak-agak Farah marah tak,”

Lah kenapa pulak dengan abg Karl bila ketika pulaknya dia berbual dengan aku. Aku marah.

“Boleh jadi, tengok pada tajuk perbualannya dulu,” aku tersenyum. Hilang ingatanku pada Harris bila berbual dengan abg Karl. Rasa bersalah mula menyelebungi diriku. Aku tidak seharusnya mengingati Harris.

“Oklah, kalau macam gitu abg Karl tak nak berbual dengan Farah nanti silap haribulan habis semua barang Farah pecahkan,” usik Karl lalu ketawa kecil.

“Boleh tahan loyar buruk juga abg Karl ni ye, tarik telinga baru tahu,” Issk sejak bila pulak dia pandai mengenakan aku. Selalunya aku yang mulakan.

“Issk jangan tarik, sakit tau, Farah tak sayang abg Karl ke,”

Aku terdiam bila Haiqal mengungkapkan perkataan sayang padaku. Jantungku berdegup kencang.

“Hello Farah, kenapa senyap,” ujar Haiqal bila Farah tiba-tiba senyap seribu bahasa.

“Farah ada disini,” tidak berani hendak mengusik abg Karl lagi.

“Farah marahkan abg Karl ke,”

“Memang Farah marahkan abg Karl, kenapa dah lama abg Karl tak telefon, abg Karl yang tak sayang Farah,” ha..ha sengaja aku mengunakan perkataan sayang itu lagi seronok mengenakan abg Karl nak tengok macamana dia handle.

“Sorrylah sayang, abg benar-benar sibuk akhir-akhir ni, sayang maafkan abg ok,” rayu Haiqal. Dia sedar dah lama dia tidak menghubungi Farah. Dia tidak punya kesempatan. Bila dia sedikit free hari pun sudah lewat malam. Tidak sampai hati pula dia hendak menganggu Farah pada waktu malam.

Pujukan Karl bisa mencairkan hatiku yang keras macam batu. Alahai abg Karl ni pandai memujuk. Farah dapat membayangkan bahawa Karl seorang lelaki yang penyayang dan pandai mengambil hati.

“Abg janji ok, jangan marah-marahlah, abg nak sambung kerja kalau tidak bulan depan abg tak dapat cuti,”

“Cuti, abg nak kemana,” soalku terperanjat. Nak kemana pulak si abg Karl ni.

“Lah kan ke kita nikah bulan depan, Farah lupa ke, Farah nak suruh abg kerja ke hari kita nikah nanti,” usik Haiqal lalu ketawa kecil. Gelihati dengan soalan Farah.

Alamak macamana pulak aku boleh terlupa ni. Itulah sibuk ingatkan perkara yang bukan-bukan.

“Sorrylah abg, kan ke Farah cakap kurang sihat tadi, jadi otak ni tak berapa function, kerja tu kerja juga jangan lupa jaga kesihatan,” aku berbohong tak kan lah nak cakap aku lupa tak ke haru biru dibuatnya.




Bulat mataku bila terpandang sesusuk tubuh sasa miliki seoseorang yang kukenali duduk berhadapan denganku ditemani seorang wanita jelita. Jejaka tersebut kelihatan segak dengan suit three piecenya berwarna dark grey. Memang kacak dan sesuai dengannya. Lelaki tersebut tidak perasan akannya kerana dia sibuk berbincang sesuatu dengan si gadis di sebelahnya. Lama juga aku memerhatikan mereka. Aku menyemak diary. Hari ni mem tak ada appointment dengan sapa-sapa pun. Agaknya boss Ayu ada appointment, Ayu pulak m.c. hari ni. Aku beralih ke meja Ayu menyelak diarinya. Appointment with Harris Haiqal at 3.30 p.m. Aku melirik ke arah jam yang tersangkut di dinding. Tepat jam 3.30 p.m.

“Excuse me, encik Shanawas dah masuk, kami ada appointment dengannya,” tegur gadis tadi.

“Sekejap lagi dia masuk, cik duduk dululah ye,” ujarku sambil tersenyum.
Gadis tersebut kembali ke tempat duduknya.

“You Hilda bukan,”

“Ya abg Harris, you ada appointment dengan encik Shanawas,” jawabku selamba sebenarnya aku sudah perasan dia dari tadi tapi memandangkan dia tidak perasan aku mendiamkan diri sahaja.

“Oh o.k. you kerja dengan Shanawas ke,”

“Not really actually Ayu secretary dia tapi dia MC hari ni,” ujarku tersenyum sempat juga aku menjeling ke arah si gadis yang duduk di sebelah Harris tadi. Dia kelihatan agak kurang senang bila Harris berbual denganku. Mungkin itu tunang Harris. Sama cantik sama padan memang sesuai dengan Harris bagai pinang dibelah dua.

“Can we have tea later,” bau haruman cologne dari Burberry begitu menyenangkan.

Aku memandang wajah Harris dengan tanda tanya. Biar betul abg Harris tunangnya sedari tadi merenung tajam ke arahku. Dia pula dengan wajah selamba mengajakku minum teh.

“Sorry abg Harris, maybe next time I sibuk hari ni,” aku menolak sebaik mungkin. Harris hanya tersenyum sambil mengangguk kan kepalanya tanda faham. Lekuk lesung pipitnya terselah bila setiap kali dia tersenyum. Aku tidak nafikan abg Harris memang tampan semuanya ada pada dirinya. Kira packagelah.

“Haiqal, dah lama tunggu,” Encik Shanawas mengajak tetamunya masuk ke bilik.

Aku hanya tersenyum sendiri, kadang kala hairan dengan perangai orang lelaki.
Hampir 40 minit baru tetamunya keluar dari pintu bilik mesyuarat. Harris melemparkan senyum ke arahku. Issk abg Harris ni dah tak ada modal lain ke asyik senyum dari tadi.

“Oklah Hilda, we make a move first, see you,”

“See you,” hai..macamlah aku boleh berjumpa dengan dia lagi. Lepas ni tutup kisah. Abg Harris sudah menjadi history.

“You kenal Haiqal,” soal Encik Shanawas tiba-tiba sebaik sahaja tetamunya pergi.

“Siapa Haiqal,” soalku pantas.

“Oh ya, sorry you kenal Harris Haiqal,”

“Yes. He happens to be our fitness instructor tempoh hari,” jawabku jujur.

“Really, how come dia tak jemput you berdua ke majlis perkahwinannya,”

Aku tersentak bila mengetahui bahawa Harris mahu berkahwin. Bila? Hatiku mendesak ingin tahu. Tapi aku tidak berani bertanya pada Encik Shanawas nanti dia kata apa pulak kerana aku beria-ia ingin tahu.

“17 September, what a coincidence weddingnya sama hari dengan your wedding,”
Aku menghitung hari, tinggal 1 minggu lagi aku akan bergelar isteri. Debarannya kian terasa. Macam-macam persoalan timbul di benak fikiranku. Sudahkan aku bersedia menjadi isteri abg Karl. Bolehkan aku hidup bersama orang yang tidak pernah ku temui selama ni. Aku mengeluh sendiri tidak menyangka masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar aku semakin hampir pada tarikh 17 September.

“Betul Farah mahu menerima lamaran Haiqal,” masih terngiang-ngiang lagi soalan emak sewaktu bakal ibu mertuaku datang merisik.

Aku tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini ingatanku terus tertumpu pada lelaki yang bernama Harris. Bayangannya selalu menghantui diriku. Bila setiap kali ku cuba melupakannya setiap kali itu wajahnya senantiasa bermain di mataku. Hampir setiap malam aku mengerjakan solat sunat istiharah. Susah untuk ku tafsirkan maksud mimpiku. Walaupun aku tidak dapat melihat wajahnya jelas tetapi aku dapat mengagak siapa gerangannya lelaki yang selalu menjelma di dalam mimpiku.

“Oii pengantin apasal asyik termenung aje, aiik janganlah asyik teringat abg Haiqal awak tu,” usik Mak Ucu. Aku yang sedang asyik mengelamun tersentak bila ditegur mak Ucu.

“Mana ada mak Ucu, Farah kurang sihat sejak akhir-akhir ni,”

Mak Ucu memandangku.

“Lah kenapa dengan kau ni, dah nak jadi pengantin sakitlah apalah,” bebel Mak Ucu bila dilihatnya wajah Farah tidak ceria seperti selalu. Farah kelihatan tidak bermaya dan berwajah lesu.

Aku tidak menjawab. Aku tidak tahu kenapa aku tidak begitu bersemangat seperti selalu. Ramai yang tidak sedar perubahanku kerana aku banyak menghabiskan masa di kamar tidur manakala emak dan sedara mara yang lain sibuk membuat persiapan hari persandinganku. Segala persiapan aku serahkan sepenuh pada emak dan mak Ucu pandai-pandailah mereka mengaturkannya.

“Kau ingatkan seseorang,” mak Ucu bersuara secara tiba-tiba.

“Mana ada mak Ucu ni, merepek ajelah,” aku cuba berdalih kerana aku sendiri tidak pasti.

“Dah tu kenapa, selalunya bila perangai macam ni mestilah sebab-sebab tertentu, bukan ke mak Ucu arif sangat tentang perangai kamu tu,” mak Ucu mula mengorek rahsia.

Aku masih mendiamkan diri.

“Kau masih ingatkan Izwan,”

“Issk selisih malaikat empat puluh empat, apa faedahnya nak ingatkan lelaki tu lagi,” dengusku kurang senang bila dituduh begitu. Kalau mak Ucu cakap aku ingatkan Harris ke abg Karl ke ada juga maknanya. Ini tidak mangkuk ayun tu juga yang mak Ucu selalu sebut.

“Abis tu kenapa cakaplah,” mak Ucu mula mendesak.

“Kalau hati ini terasa rindu macam mana rasanya,” soalku.

“Kalau terasa rindu mestilah teringatkan orang itu sentiasa,”

“Abis kalau menyintai seseorang itu bagaimana pula rasanya,” soalku lagi.

“Kalau menyintai seseorang itu kita ada perasaan sayang terhadapnya, merasa senang dengan kehadirannya dan ingin sentiasa bersamanya,”

“Kalau dua-dua sekali,”

“Kalau dua-dua sekali bak kata orang tu macam makan tak kenyang mandi tak basah,” Mak Ucu mengulas.

Issk tak adalah sampai ke tahap mandi tak basah. Pagi tadi aku mandi basah juga apa. Bila makan kenyang juga apa. Tak boleh pakai istilah itu lagi.

“Ahh sapa yang kau sayang ni,” Alamak aku terperangkap dengan soalan bodohku tadi. Tak kan aku nak cakap aku rindukan orang lain selain abg Karl.

“Haiqal,” laju aje aku menjawab. Bukan apa takut dipiat oleh mak Ucu nanti.

Mak Ucu hanya tersenyum mendengarnya. Aku sendiri tidak pasti maksud senyuman mak Ucu yang luar biasa tu. Mungkin dia merasa lega kerana anak saudaranya yang satu ni akan menamatkan zaman bujangnya. Betul ke ni aku nak jadi isteri Haiqal. Hishh semakin difikirkan makin buatkan aku gelabah tak tentu hala. Almaklumlah aku ni lasak serba serbi takut abg Haiqal menyesal ata mengadu kat Mak Ucu tak pun dia menyalahkan Datin Asmah kerana memilih aku.



Haiqal meraup wajahnya sebaik sahaja habis membaca doa. Sejadah yang telah digunakan dilipat dan di letakkan di atas katil. Suara riuh rendah di rumahnya langsung tidak dihiraukannya. Dia berlalu ke arah meja bacaannya mencari-cari buku yang boleh mengisi masanya yang terluang dan sekurang-kurangnya dapat merehatkan mindanya. Haiqal tidak tahu mengapa wajah Hilda seringkali menjelma dalam mimpinya. Sudah berkali-kali dia cuba melupakan wajah ayu Hilda tapi dia tidak berdaya semakin dia cuba melupakannya semakin itu wajah Hilda terbayang di ruang matanya. Buku yang dipegangnya sedari tadi ditutup kembali dan diletakkannya di atas meja. Haiqal beristifar bila menyedari dia tidak sepatutnya melayani perasaannya. Aroma dari bunga rampai yang telah disediakan oleh saudara maranya menerawang disetiap sudut rumah. Haiqal gementar sendiri. Dia akan memikul tanggungjawab sebagai suami mulai esok. Haiqal tidak pernah merasa segementar begini. Sewaktu di university dahulu semasa dia diminta bertemu dengan Dekan pun gementarnya tidak sehebat sekarang. Apakah dia sudah jatuh cinta dengan Hilda? Mana mungkin. Mereka hanya bertemu beberapa kali sahaja. Tidak mungkin dia begitu mudah jatuh cinta. Selama ini pun hati Haiqal tidak pernah goyah bilamana ramai wanita cantik pernah cuba memikat hatinya dahulu. Entahlah sukar untuk Haiqal mengerti hatinya sendiri.

Haiqal tersentak bila buku yang di atas mejanya terjatuh bila Haiqal secara tidak sengaja menyengolnya. Haiqal mengerutkan dahinya bila terpandang sekeping envelope biru terselit di celah helaian buku tersebut. Dalam keadaan kebingungan Haiqal mengambil envelope itu lalu menarik isi kandungannya.
Moodku pada hari yang bersejarah ini tidak seceria selalu akibat dek terlalu banyak berfikir dan gementar dalam masa yang sama membuatkan aku kurang sihat. Dan Kena badi nak kawin agaknya aku ni. Bisik hati kecil Farah. Lemah seluruh sendi dibuatnya. Berkali-kali Kak Tipah menyuruh aku senyum. Namun aku tidak punya mood nak senyum langsung. Almaklumlah baru baik demam. Alasan…

“Eh Farah, kenapa aku tengok muka kau macam tak excited jadi pengantin, selalunya orang jadi pengantin mestilah excited, ini tidak,”senggol Ayu bila dilihatnya Farah tidak seceria selalu.

Aku tersenyum pahit. Excited apa yang nak di excited kan. Buatkan aku panik gila adalah. Hari kemuncaknya hari ni.

“Aku cakap dengan kau lah buat muka toya pulak dia,” ujar Ayu lagi.

“Apalah Ayu, kau nak ganti tempat aku ke, nanti aku suruh kak Tipah solekkan kau nak tak,” jawabku geram. Tak tahu ke kawan dia ni tengah tak sihat lagi boleh buat lawak bodoh.

Ayu tidak menjawab malah mengelengkan kepalanya perlahan. Bukan dia tak tahu mesti hati Farah berbelah bagi. Silap haribulan dia akan lari meninggalkan majlis kerana tak sanggup berkahwin dengan Haiqal.

Farah kelihatan anggun bila mengenakan kebarung kain chiffon dan sutera thai berwarna cream yang dihiasi indah dengan manik-manik kecil dari warna yang sama. Rambutnya di setkan ala-ala pengantin dulu-dulu dan diselitkan bunga cempaka putih dan melor. Namun bagi Farah tidak ada apa-apa yang istimewanya kerana moodnya tiada pada hari ini. Pujilah setinggi langit. Hidungku tak akan kembang. Ramai tetamu yang hadir duduk berkumpul di dalam biliknya. Barang-barang hantaran sudah diletakkan di ruang tamu. Ana, Ann dan Ayu menemani Farah di bilik. Mereka tidak tahu bagaimana hendak mengembalikan keceriaan di wajah Farah. Farah masih seperti tadi dengan wajah bersahaja. Farah merasa hairan dengan tetamu mahupun saudara mara yang sedari tadi asyik mengadap dirinya di dandan oleh kak Tipah. Seronok sangat ke tengok pengantin.
Suasana menjadi riuh rendah bila rombongan lelaki tiba pada waktu yang telah di tetapkan. Punctual sungguh abg Haiqal. Bisik hati kecilku. Ada di kalangan mereka tidak sabar hendak tahu siapa gerangan pengantin lelakinya kerana mereka semua sedia maklum bahawa aku tidak pernah mengenali siapa abg Haiqal. Sebaik sahaja pengantin lelaki duduk di tempat khas. Semua yang berada di ruang tamu menumpukan perhatian mereka kepada si pengantin dan tok kadi. Tok kadi menerangkan rukun-rukun akad nikah kepada pengantin lelaki. Farah dapat mendengarnya dengan jelas kerana biliknya berdekatan dengan ruang tamu. Hatinya berdebar-debar. Serasa hendak pengsan pun ada.

“Kak Farah, Ann nak tengok hubby kak Farahlah,” ujar Ann dia menarik lengan Ana untuk menemaninya. Farah buat-buat tak dengar namun matanya sempat melirik ke arah mereka dan memerhatikan gelagat Ann dan Ana. Mereka tersenyum-senyum lalu berbisik sesama sendiri, sesekali dia menjeling ke arah Farah yang kelihatan tenang.

“Kak Ayu, sini cepat nak tengok tak orangnya,” ujar Ann lalu melambai ke arah Ayu.

Ayu meninggalkan Farah dan menyertai Ann dan Ana yang masih terhendap-hendap di celah-celah langsir pintu.

“Farah,” Ayu menjerit kecil. Setelah menyedari perbuatannya dia menutup mulutnya dan menuju ke arah Farah yang kelihatan agak cemas bila Ayu tiba-tiba menjerit. Apa yang Ayu nampak hingga membuatkannya menjerit. Farah sudah membayangkan yang bukan-bukan.

Ayu tersenyum meleret. Wajahnya ceria mengalahkan dia yang nak kawin. Dia berharap Ayu akan memberitahunya.

“Tak apalah, kau tahu sendiri nanti,” ujar Ayu tersenyum lagi.

Kurang asam betul beritahulah aku woii..apa yang nak kau rahsiakan lagi..kau tahu tak kawan kau ni naik setengah gila memikirkannya. Sekurang-kurangnya bagilah aku hint ke apa ini tidak..tak guna punya kawan.

Sekali lagi suasana di ruang tamu menjadi sepi bila tok kadi memulakan upacara akad nikah.

“Aku nikahkan dikau Harris Haiqal Bin Herman dengan Farah Hilda Binte Hamdan dengan mas kawinnya $77.77 tunai,” ujar tok Kadi itu dengan jelas.

“Aku terima nikah Farah Hilda Binte Hamdan dengan mas kawinnya $77.77 tunai,” ujarnya lancar dan tenang.

“Sah,”

“SAH,” ujar mereka serentak berpuas hati. Debaran jantung Farah semakin kencang bila mendengar suara suaminya. Boleh tahan macho juga suaranya. Aku tidak dapat mendengar lafaz akad nikahnya kerana tidak berapa jelas di pendengaran aku. Apa yang aku tahu aku sudah sah menjadi isteri abg Karl. Seram sejuk tanganku dibuatnya. Aku mengengam tangan Ayu. Aku tak pasti kenapa aku berbuat demikian. Apa yang aku tahu aku mahu Ayu sentiasa menemani aku di sini.

“Eh kenapa dengan kau ni tangan kau sejuk bukan main,” usik Ayu.

Aku tak ambil pusing Ayu hendak menyindir ke bergurau ke yang penting aku nak lari dari bilik ni..boleh tak aku postphone upacara batal air sembahyang.

Farah menadah tangan turut mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi. Tanpa disedari airmatanya menitis kerana terlalu sayu. Ayu mencubit lengan Farah.

“Apa yang kau sedih-sedihkan, kau patut gembira Farah,”

Senang aje cakap. Dia tak tahu bagaimana suspennya kawin match make ni lebih-lebih lagi kita tak kenali langsung bakal suami kita. Kalau Ayulah yang kena macam tu..nescaya dia lari dari rumah macam dalam cerita “Runaway Bride”. Tapi aku tidak, aku tak nak jadi macam tu.

“Assalamualaikum,” kedengaran suara suamiku memberi salam. Berderau darah aku di buatnya.

“Waalaikumsalam,” jawab Ayu bagi pihak Farah. Dia tahu Farah tengah mengelabah tika dan saat ni. Kesian pula dia tengok kan Farah.

Farah hanya dapat menjawab salamnya dalam hati, dia tidak berani hendak mengangkat muka nasib baiklah selendang sutera organza itu melindungi sebahagian mukanya sepanjang masa.

Aroma haruman dari jenama Burberry yang dipakai oleh suaminya cukup mengingatkan Farah kepada Harris kerana jejaka itu memang gemar memakainya.

Dek kerana tergamam yang amat sangat Farah seakan tidak tahu hendak berbuat apa. Melihatkan Farah hanya mendiamkan diri. Ayu menghulur tangan kanan Farah untuk disarungkan cincin ke jari manisnya. Sebaik sahaja cincin di sarung, Farah dihujani dengan pelbagai petikan cahaya yang datang dari camera teman-teman dan keluarganya. Farah menyambut tangan suaminya lalu dicium.

Saat yang bisa membuatkan Farah hendak sahaja menangis dan meraung bila mereka yang hadir mengusik Farah untuk mengangkat muka. Sabar ajelah. Aku yang buat aku pelik kerana abg Haiqal tidak bersuara sedari tadi.

“Pengantin perempuan malu,” terdengar suara sumbang milik abg Taufik yang kebetulan turut berada di dalam bilik aku. Aku menyumpah sendiri. Abg Taufik dah lama hidup agaknya. Tahulah nasibnya nanti.

Aku mengangkat muka perlahan dengan hati yang berdebar-debar dan memandang wajah suamiku buat pertama kali. Aku bukan sahaja terperanjat malah kurang percaya dengan apa yang aku lihat. Hendak pitam pun ada. Mahu sahaja aku suruh Ayu menampar atau mencubitku untuk memastikan bahawa aku tidak bermimpi. Tapi itu adalah perkara mustahil. Tak kan kerana demam berhari-hari buatkan aku gila bayang. Impossible. Lawak apakah ini. Suamiku..yang dikenali sebagai abg Harris atau abg Haiqal hanya tersenyum melihat reaksiku. Tanpa aku sedari air mata gembira mengalir di pipiku. Tak tahu aku hendak gambarkan betapa bahagianya aku di saat dan ketika ini. Abg Haiqal tidak berkata malah hanya tersenyum melihat reaksiku, dia memberi kucupan mesra di dahiku. Tapi aku dapat merasakan kepelikan dengan reaksi wajahnya yang selamba sangat. Tak terkejutkah dia bila terpandang wajahku buat kali pertama.


Aku tidak sabar menunggu abg Haiqal masuk ke bilik beradu..hah jangan salah anggap ok. Sebenarnya banyak perkara yang aku hendak tahu darinya yang masih belum terjawab. Sepanjang hari kami sibuk melayan tetamu. Dalam masa itu juga kepalaku ligat memikirkan soalan yang akan ku ajukan pada suamiku yang tercinta..hehehe.. Aku memakai baju pyjama satin berwarna biru laut. Rambutku yang melepasi bahu diikat dua. Macam budak-budak. Bila kedengaran pintu bilik di ketuk seseorang. Aku terus melompat ke atas katil dan pura-pura tidur. Haiqal memadamkan suis lampu utama, dia berjalan perlahan menuju ke katil lalu menyalakan lampu side table. Bilik yang tadinya gelap gelita kini ditemani cahaya malap dari lampu table lamp. Aku masih seperti tadi mematikan diri. Abg Haiqal baring di sebelahnya. Kedengaran dia berbatuk-batuk kecil dan senyap buat seketika. Kenapa senyap aje abg Karl ni tidur ke dia. Ini tidak boleh jadi. Senang-senang dia tidur tanpa menjelaskan perkara yang sebenar. Mana boleh. Aku memusingkan badan ke arah abg Karl. Aku cuba mengintip di celah-celah bantal kecil yang ku gunakan untuk menutup muka. Abg Karl sedang duduk menyandarkan kepalanya di kepala katil sambil membaca buku. Aku mengetap bibir, geram pun ada.

“Abang, abang buat apa,” soalku lalu duduk.

Haiqal menoleh lalu tersenyum.

“Abang ingat sayang tidur tadi, jadi abang baca bukulah,” jawab Haiqal dia menanggalkan cermin matanya lalu diletakkan di meja sisi.
Haiqal merapati Farah lalu merangkulnya erat. Aku tergamam buat seketika. Errk belum tiba masanya lagi. Kali ini Haiqal mencium ubun-ubun kepalaku. Aku tersenyum bila diperlakukan seperti itu. Terasa diri ini amat dihargai oleh abg Karl.

“Sayang-,”

“Opps nanti dulu, Farah nak tanya abang banyak soalan, abang tak boleh lari,”ujarku memintas cakap abg Karl.

Haiqal mengerutkan keningnya tanda hairan.

”Ok, sayang kena janji dengan abang bahawa sayang tidak boleh lari dari abang,” ujarnya seraya tersenyum nakal.

Aku terjerat dengan permainanku sendiri. Hendak tak hendak terpaksa juga menurut kehendaknya kalau tidak dia tidak akan melayan karenahku. Akhirnya aku mengangukkan kepala tanda setuju.

“Kenapa abang gunakan nama Harris semasa kita berkenalan di California fitness,” soalku.

“Kerana hanya tunang abang yang layak memanggil abang Haiqal,” jawabnya tanpa berfikir panjang seolah-olah sudah menganggak bahawa Farah akan bertanya soalan demikian.

Hmm..macam sama aje jawapan dia dengan aku. Ini menunjukkan kami sehati sejiwa..

“Kenapa abang tak kota janji abang,” soalku sambil tersenyum nakal..hehehe mesti susah hendak dia menjawab soalan ku yang agak tricky.
Haiqal tidak segera menjawab. Dalam masa itu sempat juga aku menatap wajah tampan milik abg Harris Haiqal. Kali ini tak perlulah aku menonton cerita Hindustan lagi terutama sekali sekiranya ‘Arjun Rampal’ berlakon, kerana hero yang ku gila-gila sudah berada di depan mataku. Hendak mengadap dari siang kemalam tak ada orang menghalang. Kerana dia hak milik asasiku..heheh jangan jeles..

“Sayang nak tahu perkara yang sebenarnya sayang tak kecil hati,” giliran abg Karl menyoalku pula.

Aku terdiam, lenyap sudah apa yang kuangankan sebentar tadi. Aku mula rasa tidak selesa bila abg Karl berkata demikian.

“Tentulah Farah hendak tahu, bukankah Farah berhak mengetahui kerana Farah kan isteri abang,” jawabku. Aku menarik bantal guling yang memisahkan kami. Aku duduk sambil menompang dagu diatas bantal guling tersebut. Sudah bersedia mendengar penjelasan dari abg Karl.

“Sebenarnya abang sukakan seseorang gadis itu,” ujar Haiqal lalu memandang tepat ke wajah manis isterinya. Haiqal tidak menyambung ayatnya kerana baru perasan isterinya itu kelihatan cute bila rambutnya diikat tocang dua.

“Cepatlah bang, Farah dah nak tidur ni,” desakku bila menyedari abg Karl sengaja hendak melengah-lengahkan masa. Lagipun siapakah gadis yang dimaksudkan oleh abg Karl. Cemburu juga aku dibuatnya.

“Tapi abang lebih sayangkan tunang abang, sebab itu abang memilih Farah,” ujar Haiqal memendakkan cerita. Dia percaya selepas ini Farah tidak akan mendesaknya menceritakannya lagi.

Farah masih tidak berpuas hati. Dia tidak percaya hanya itu sahaja alasannya. Mesti ada yang abg Karl sembunyikan dari pengetahuanku.

“Abang tak habiskan cerita lagi, lagipun Farah nak tahu kenapa abg tak terperanjat bila mengetahui Farah isteri abang,” soalku bertubi-tubi.

“Oklah sayang abang mengalah, sebenarnya abang sudah tahu bahawa tunang abang adalah Farah kerana tuhan mengetahui abang perlukan petunjuk darinya, bila secara tidak sengaja abang terjumpa envelope biru yang pernah ibu berikan pada abang yang mengandungi gambar Farah, gembiranya hati abang tidak dapat digambarkan bila mengetahui gadis yang bernama Hilda itu adalah Farah,” terang Haiqal panjang lebar.

“Ok Selamat malam,” ujarku seraya baring dan menutup muka. Geram pun ada. Sudahlah kita betul-betul ikut peraturannya dia pulak yang tidak ikut peraturan. Mana aci.

“Sayang marahkan abang ke,” ujar Haiqal memujuk dia mengusap lembut rambut Farah.

Issk memang aku sudah jangkakan abg Karl ni memang romantik orangnya. Tengoklah baru uji sikit dia dah mengelabah.

Aku tidak berganjak masih berdegil.

“Tiada orang lain yang abang cintai selain gadis yang bernama Hilda,”
Aku terkejut bila dia menyebut Hilda.

“Hilda, kenapa panggil Farah ‘Hilda’,” soalku terperanjat.

“Abang sukakan nama itu,”

Aku tersenyum. Belum ada sesiapa yang pernah memanggilku dengan nama Hilda. Kerana nama itu terlalu asing buat diriku. Nama itu hanya layak disebut oleh orang yang istimewa sahaja. Aku tidak menyangka abg Karl senang memanggilku Hilda.

“Dah puas hati, tak merajuk lagi,” soal Haiqal bila dilihatnya Hilda sudah mula tersenyum.

“So sayang kena tepati janji sayang pula,”

“Emm besoklah Hilda penatlah malam ni, assamualaikum,” ujarku seraya tersengih. Bukannnya apa aku malu dengan abg Karl. Walau macamana brutalnya aku. Aku akan tetap akan merasa malu bila berdepan dengan abg Karl. Kan ke aku dah kata. Abg Karl ini ada ilmu yang boleh buatkan aku cair.

“Mana boleh abang dah rindu sangat pada sayang,” ujarnya seraya merangkulku erat. Aku ketawa kecil. Abg Karl turut ketawa.

“I love you Hilda,” bisik Haiqal ke telingaku.

“I love you too,” ujarku lalu tersenyum, bahagia di dalam dakapan suami yang tercinta. Aku bersyukur kerana penantian kami selama ini tidak sia-sia kerana mendapat ganjaran yang lebih dari apa yang kami harapkan. Sekali lagi aku bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan abg Karl. Aku masih teringatkan lagi kata-kata abg Taufik bila dia mengatakan abg Karl macam ‘Batman’. Dah betulah tu kerana aku memang Catwomannya.

The End.

No comments:

Post a Comment