19 May 2011

Jgn Menjilat Gam Sampul Surat Anda


Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau
tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengak pada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul suratyang
dijilatnya.Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.


Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat."

"Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"

"Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah."

"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

No comments:

Post a Comment