16 November 2013

11 Tips Mudah untuk Bakal Graduan Yang Nak Mula Kerja

Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, time pegi sekolah, selalu cikgu cakap, kalau sapa belajar rajin, nanti besar boleh masuk Universiti. Mak bapak kita pun selalu ulang benda yang sama untuk beri perangsang supaya kita tekun belajar. Ya lah, mak bapak aku tak sekolah tinggi, so harapan mereka hanya pada anak-anak untuk lebih berjaya di masa depan. Pada firasat mereka, orang yang masuk Universiti akan dapat kerja hebat, dapat gaji besar,  kereta besar, perot besar?dan akan berjaya dalam hidup.

Masa cepat berlalu, dah hampir 2 tahun aku grad dari first diploma di UNIKL BMI dulu. Kalau tanam pokok durian, dah berbuah 3-4 kali dah. Seingat aku, waktu ambik diploma dulu, walaupun major aku bukan Accounting & Finance, ada satu subjek Keusahawana kitorang kena ambik.Tu yang bagus study kat UniKL ni sebab diorang terapkan pendidikan Keusahawanan untuk persediaan para graduan untuk menempuh ke alam barzakh? ops salah taip pula..untuk menempuh ke arah keusahawanan di kalangan bumiputra. Kalau tak silap aku subjek ni  2 jam kredit dan ada 3 sem juga aku ambik sem ni.... Lecturer dia perempuan (asal perempuan je mesti ingat hehe..). aku pon tak ingat name lecturer tu, aku dah lupa. Apa pun aku nak ucap terima kasih sebab ilmu yang dishare. So sekarang time aku pulak nak share something untuk bakal graduan.

Dalam kelas usahawan tu, aku tak perasan ada ke tak lecturer cover pasal perancangan kewangan atau bajet untuk bakal graduan. Rangkuman secara umum apa itu ekonomi, pendapatan per kapita, teras industri dan lain-lain ada la diajar dan dibincangkan. Tapi secara spesifik, sebagai bakal graduan, tak kira apa jurusan yang diambik sekalipun, tak dihighlight topik pelaburan dan perancangan kewangan yang boleh mereka mulakan sebaik grad.

So, aku terpanggil nak bagi few tips mudah kalau korang yang dah nak grad tu nak ambik tau. Bagi yang dah tau, sebar-sebarkan dekat kawan-kawan yang masih tak tau (sharing is caring)..

Pertama, cari kerja yang bersesuaian, biarpun tak sama dengan kelulusan (ye lah, ada yang cakap kerja susah sekarang).
kerja pertama ni penting untuk set landasan kerjaya kita pada masa depan. Tak semestinya, kerja tu kena gaji besar, atau duduk office besar. Yang penting, kita dapat praktik ilmu yang kita timba masa dekat Universiti dulu. Jangan terkejut, jika semua yang kita belajar dulu takde satu sen pun digunapakai. Itu secara lahiriah aje, tapi secara rohaninya, korang yang grad Uni ni telah diasuh untuk berdikari, cepat belajar dan boleh work under pressure (ini kes suka buat kerja/assignment/study last minute kan?). Percayalah sekarang aku bekerja di bidang yg berlainan even aku study dulu ambik elektrikal tapi sekarang aku kerja bahagian maintenance untuk syarikat telco. Walaupon bidang kerja berlainan tapi aku bersyukur dengan keje aku sekarang. One step to be boss...hahahaahah....


Kedua, sebaik saja dapat kerja yang bersesuaian (jangan memilih kalau dah susah dapat kerja ok), setkan bajet peribadi.
Apa yang perlu ada dalam bajet peribadi? antara lain ialah, wang saku untuk belanja harian, bayar hutang (PTPTN ke, maka bapak ke, bank ke..) dan sedikit simpanan. Bila dapat saja duit gaji, jangan jadi mereng (hilang ingatan) nak pegi order kereta lah, nak pegi melancong lah, nak beli kapal selam lah dan macam-macam benda tak penting lagi. Check dulu bajet peribadi yang korang buat tadi tu, dan belanja ikut perancangan yang dibuat. Monitor dan perbaiki mana-mana yang tak betul. Macam aku sekarang ni dapat je gaji dah kene set kan RM 200 untuk bayar pinjaman MARA. Kene bayar rm 14000 dari rm 53000 semasa study dulu...Thanz MARA sebab kurangkan bayaran MARA aku..hahahah....

Ketiga, masuk pelaburan mudah. Yang paling jimat untuk bakal graduan ialah masuk koperasi.
Bank Rakyat, Koperasi Permodalan Felda (bagi anak peneroka dan pegawai Felda), Koperasi pekerja syarikat tempat korang kerja dan lain-lain. Koperasi yang berdaya saing (ada jugak yang lingkup) biasanya akan bagi dividen yang baik (minimum dalam 5%) setahun atas modal yang kita carum. Kalau simpan bawah bantal saja, duit kita tu tak membiak. Satu lagi, kalau nak buat loan kecik-kecik, koperasi biasa bagi rate yang lebih baik dari bank. Buat masa ni aku cuma masuk pelaburan ASB dah tabung haji je. Teringin nak join pelaburan emas tapi nak kene wat homework dulu...heheheh...

Keempat, duduk dengan family (kalau tempat kerja dekat rumah) atau menyewa beramai-ramai.
Untuk kurangkan kos sara hidup, sebagai permulaan, cuba duduk dengan family yang ada bilik/katil kosong untuk korang tumpang. Bayar la sikit kat diaorang, macam tolong setel bil api/air ke, atau belanja dapur sedikit sebanyak. Biasanya mereka faham sebab dulu pun masa diaorang nak mula hidup pun menumpang jugak. Kalau takde pilihan, cuba cari rumah sewa yang setimpal dengan bajet peribadi korang, dan sewa ramai-ramai. Aku dulu, rumah sewa untuk aku balik tidur, basuh baju dan simpan barang aje. Most of the time, aku duduk office (tido office pun kerap hehe). Alhamdulillah tempat keje aku sekarang ni sediakan tempat tinggal untuk staf so kurang lah beban hidup aku di KL ni....Tapi kalau dapat duduk dengan family best juga sebab makan pon free...heheehhehe...

Kelima, naik pengangkutan awam (aku nak rekemen naik moto, tapi korang berani ambik risiko ke?).
Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja ni. Aku dulu, ada motor cabuk je masa start kerja. Masuk tahun kedua kerja baru mampu bayar down payment beli motor kapcai baru. Itu pun, puas simpan duit makan sikit-sikit sebab motor cabuk aku dah patah dua gara-gara terjun lubang balik rumah waktu malam (sekarang jalan tu dah takde, rumah-rumah elit tumbuh kiri-kanan, gilos betul dari tempat jin bertendang boleh tukar jadi cam sekarang). Raya haji hari tu aku hantar balik motor aku kat melaka sebab risiko parking kat area rumah aku ni. Lagipon kereta company ada baik aku lenjan kereta company aku jew kan....

Keenam, cari boifren atau gelpren yang memahami. Niat untuk kahwin, bukan maksiat.
Aku taulah, korang ni belum abis study lagi, gelpren/boipren dah ada. Hati-hati sikit, selagi korang tak kahwin, banyak dugaan dia (mesej berunsur dakwah). Termasuk jugak, bajet pun boleh lari disebabkan asyik nak dating atau belanja kekasih. Seeloknya, baru-baru kerja ni, toksahlah membazir sangat. Kalau perlu nak belanja makan ke apa ke, cari tempat yang jimat dan bermakna (dalam maksud ni). Lagi bagus, korang simpan duit banyak-banyak untuk belanja nikah (ini yang wajib kan). So kepada yang berkenaan harap memahami dan membantu diri ini yer....heheheheh....

Ketujuh, Beli takaful (insurans) perubatan atau nyawa (dulu orang melayu skeptik sikit bab insuran nyawa ni sebelum ada Takaful)
Masa umur korang masih muda, premium insurans jauh lebih murah compare waktu dah tua nanti. Pilih pakej dan coverage yang bersesuaian dengan premium (bayaran bulanan) yang perlu dibayar. Check jugak success story dari ejen insurans/takaful tu, kadang tu masa kempen suruh kita carum, bukan main berkobar-kobar, tapi service masa kita dalam kesusahan hampeh. Nanti, bila korang dah lama kerja dan gaji makin besar, boleh upgrade pakej sedia ada kepada yang baru (dengan sum coverage yang lebih besar dan baik). Bincang dengan ejen baik-baik dan mintak dia explain sampai paham sebelum buat komitmen. Insurans ni once dah ambik kena pejam sebelah mata. Sebab dia akan deduct gaji kita tiap-tiap bulan. Ada jugak insurans/takaful yang link dengan saving plan. So, kita akan dapat faedah saving jugak.

Kelapan, NO CREDIT CARD (kecuali bagi yang selalu kena outstation).
Credit card adalah antara penyebab utama graduan yang baru bekerja akan bangkrap atau pokai. Seboleh-bolehnya, biasakan berbelanja atau membeli dengan tunai. Maknanya, kalau ada duit, baru boleh beli, takde duit, tak boleh beli. Tapi kalau ada credit card, duit takde atau belum gaji pun dah boleh mula berbelanja. Bahaya macam ni yop. Dulu-dulu, takde credit card, boleh je hidup. Ada sikit exception sekiranya korang selalu kerja luar (outstation). Kadang tu, nak check-in hotel, credit card lebih convenient. Tapi kena waspada, guna credit card untuk tujuan itu aje, shopping ke ape ke – No No!. Make sure langsaikan semua baki sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment saje, nanti bunga dia akan berganda sampai korang tak boleh setel (macam Along jugak). Untuk kes ni aku lebih prefer korang guna debit card so korang tak perlulah risau tentang nak shoping sebab korang boleh shoping sekadar dengan jumlah nilai yg ada dalam debit card korang tu jew...sekarang ni aku guna CIMB DEBIT CARD. Bulan-bulan limit aku shoping rm 300 jew....tu pon awal bulan dah habis...kahkahkahkah.....

Kesembilan, Sedekah dan zakat.
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi. Jangan pulak korang sedekahkan duit korang tu kat aweks2 kat Pudu, Lorong Hj Taib ker...Jalan P Ramlee ke....heheheheh.....

Kesepuluh, Monitor, Revise dan Improve.
Setiap perkara yang kita buat mesti ada kelebihan dan kelemahan. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kena praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kena monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.

Kesebelas, Buat bisness yang mendatangkan side income tanpa limit.
Sebagai student inilah benda yg penting sekali sebab kita tak tau kehidupan kita akan datang macam mana kan. Kene banyak ilmu untuk memilih peluang perniagaan yagng boleh mendatangkan profit kepada kita.Jangan harapkan gaji kita kerana percayalah kita memang memerlukan pendapatan side income untuk terus mengukuhkan ekonomi kita terutama kita para lepasan graduan kerana di sini lah banyak cabaran kite untuk kita tempuh membayar pinjaman time study dulu lah...nak bagi duit kat mak ayah lah..nak dating lah.... Walaupon profit sedikit tetapi yang penting adalah profit yang kita dapat akan berterusan. Sekarang ni aku buat bisness menjual topup dan mendaftarkan agen topup. So selalu kalau sampai je kat site aku akan promote dulu yang aku menjual topup dan semestinya bisness ni memang best walaupon profit dia sikit tapi kita boleh mendapatkan lebih banyak bila kita mendaftarkan agen baru di bawah kita. Sekarang ni aku tengah wat research untuk menjual sd card dan power bank secara online. Insyallah tahun depan aku akan mula menjual produk2 ni di pasaran gelap...nanti kan kemunculannya...hahahahaha....hah aha
kalau berminat mengetahui tentang bisness ini berjalan boleh :

1. KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI TENTANG BISNESS INI
2. KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI PELAN PEMASARAN BISNESS INI
3. KLIK SINI UNTUK TESTIMONI DARI PESERTA-PESERTA YANG MENYERTAI BISNESS INI
Once korang dah buat kesepuluh tips kat atas tu, bolehlah mencuba untuk join the millionaire mindset club. Walaupun harta belum berjuta, fikiran jutawan tu kena ada, baru gerak langkah pun menjurus ke arah tu. Kita nak jadi kaya bukan sebab suka pada kekayaan semata-mata, tapi sebab kita suka proses dan cara memperolehinya. Sebab faedahnya bukan untuk diri kita dan keluarga sahaja, malah kita dapat kongsi dengan orang lain yang tidak berpeluang mendapatnya macam yang kita dapat. Bukankah ini lebih seronok bila dapat kongsi dengan orang lain jugak? (tanggungjawab menyampaikan rezeki kepada mereka yang berhak). Lagi ramai orang Muslim yang bertanggungjawab kaya, lagi makmur dunia ni, betul tak?.

So, make sure korang yang bakal tamat pengajian di kolej, Universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain sudah bersiap sedia untuk masuk ke alam pekerjaan yang penuh mencabar. Jangan main masuk aje tanpa perancangan rapi, nanti terjebak dalam perangkap nafsu, susah nak perbaiki.

15 November 2013

10 Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera!


Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa.
Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.
Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

10 Ramuan Bahaya Dalam Mi Segera

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.
Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.

Rujukan : Akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

Antara Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an


First sekali kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yangberlubang, kene laa tampal. Ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen, 40 sen dan the next year mendadak naik 50 sen...pulak tue wajib beli lak...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning. Pukul tapak tangan...kan? Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. Ni for those yg dok KL laa time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. For those yang kat tengah2 bandar JB, lepas sekolah mesti lepak kat Komtar or paling klass Kotaraya area Memory lane. Ada plak yang tersadai tunggu awek or pakwe zaman cinta2 monyet kat P.O (Post Office). Yang dari Convent, SIGS, EC, SDJ, SETA, Yahya Awal and all kinds of school bleh jupe kat depan MBJB tue. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka s tebal laaa...internet? email? mendalah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum tak dilupakan, 'Ti Kam'. Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', ting-ting, 'Police & Sentry', kejar2 duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 colortu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa. hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'. Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown ' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone.

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace artikel ni, korang akan terpikir utk forward or bacakan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...hehehe


Pembongkaran Hubungan Antara Kiblat Kaabah Dan Hari Kiamat




Ini adalah satu artikel yang menarik yang sesuai untuk dibuat sebagai renungan kita. Mengenai satu kajian hubungan antara kiblat kaabah dan hari kiamat. Sungguh beruntung bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Di sana kita akan dapat bersujud betul-betul di hadapan kaabah.

Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )

Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?

Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:

1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.

2. Dengan pola ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?

3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?

4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?

5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??

Pembongkarannya.

1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,

Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.

Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.

Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.

3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!

Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.

Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.

Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.

Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.

Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.

Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).

Kesimpulan

1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.

Jadi harus “Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.

2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.

3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.

4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.

5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi)

Jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.

Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.

Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:

1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).

2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).

3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.

4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.

5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..

Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.

Sehingga kalian mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.

SERIUS - Inilah Dosa - Dosa Dr Mohammand Mursi Yang Dibenci Rakyat

Jatuh sudah Morsi. Beliau hanya dapat memerintah tak sampai sepenggal. Jika dengan Mubarak mereka boleh bertahan bertahun - tahun tetapi dengan Dr Mursi, tiada hormat dan belas kasihan.



Adakah Ini DOSA -DOSA MURSI Yang ditolak Rakyat Mesir?


1. Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah kemajuan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampai 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

2. Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

3. Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak 200% lebih, sementara harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

4. Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

5. Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

6. Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

7. Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

8. Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebankrapan.

9. Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

10. Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

11. Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan perlukan bertahun-tahun untuk melakukan itu.

12. Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang dipandang dunia.

13. Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

14. Dosa Mursi adalah kerana dia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

15. Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

16. Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

17. Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan minions.

18. Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya.

p/s: mmg org yg menegakkan syiar islam pasti x disenangi musuh-musuhnya, baek dluar mahu pn dalam mesir sendiri...
bergembiralah golongan2 sekular semahunya sebelum maut menjelang tiba...

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. 

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.



Bagaimanakah caranya? 

1. Membuka Bahagian Tangan 

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). 

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. 

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. 

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?" 

2. Membuka Leher dan Dada 

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. 

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." 

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V". 

3. Berpakaian tapi Telanjang 

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. 

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang). 

4. Agak Terbuka Sedikit 

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." 

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan. 

5. Tudung Semakin Kecil 

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". 

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung." 

6. Terdedah 

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya. 

7. Membuka Seluruh 

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut" 

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. 

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. 

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? 

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. 

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut. 

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. 

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. 

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!! 

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Ringkasan Kandungan Bajet 2014

Bajet 2014 yang bertemakan ’Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen pada OKTOBER lalu.


- GST Dilaksanakan 1 April 2015, Kadar 6 Peratus

- Subsidi Gula Dimansuhkan Berkuatkuasa serta merta

- BR1M Kini RM650, Individu Bujang Dapat RM300

- Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM500


* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC). * Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC. * Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

* Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek * Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah. * Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta. * Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa ‘close-out netting’ menerusi kontrak kewangan.

* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.

* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.

* Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Dis 2016.

* Menyediakan Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek infrstruktur pelancongan.

* Fasa kedua projek ‘High Speed Broad Band’ (HSBB) dengan kos pelaburan RM1.8 bilion dan kelajuan Internet mencapai 10 megabits sesaat untuk dimanfaat 2.8 juta isirumah di seluruh negara.

* 1,000 menara pemancar komunikasi dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar.

* Kabel dasar laut yang baharu dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta untuk tingkat capaian Internet di Sabah dan Sarawak.

* Kerajaan bercadang tingkatkan sumbangan dalam Skim Persaraan 1Malaysia daripada 5% kepada 10 peratus, iaitu daripada jumlah minimum RM60 kepada RM120 setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 sehingga akhir 2017.

* Insentif RM500 sekali bayar kepada pencarum Skim Persaraan Swasta yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 bagi tempoh 5 tahun.

* RM6 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan program pertanian mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.

* RM2.4 bilion bantuan subsidi dan insentif merangkumi subsidi baja, benih, pengeluaran padi, harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.

* Peruntukan RM243 juta bagi pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.

* RM634 juta diperuntukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.

* Kerajaan akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah yang dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan.

* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 Nov, 2013.

* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.

* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.

* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS. * Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan. * Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.

* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

FAKTA BUKAN AUTA - 10 RAJA- RAJA DAN SULTAN TERKAYA DUNIA

Syukur melihat ramai yang beragama Islam. Mereka banyak bantu ummah dan tidak membazir dengan kemewahan yang diberikan oleh Tuhan yang Esa. 


07 November 2013

Cara Wanita Membuat Lelaki Menjadi Bernafsu


Godaan.
Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia
tertaklukkepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang
diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi
menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah.
Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.


1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita
berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang
sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini
menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga
mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…


2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut 
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir
lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab
itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh 
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan
mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh
wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha,
tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi,
sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan,
bahu atau bahagian badan si jejaka.


4. Jelingan atas bahu yang terangkat 
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka
biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum
memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk
memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan
kebanyakan lelaki tidak sedar akanrenungan pertama si gadis, maka anda
perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang
tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk
mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.


5. Usap objek bulat 
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang
mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling
gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda
sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa
sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.


6. Jengketkan pinggul anda 
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran
panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan
pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti
sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika
anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah
pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.


7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding
lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia
menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak
boleh berjalan begini sebab itulah lenggokwanita merupakan ciri
perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan
lenggok jalan wanita paling menggoda.


8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja
mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan
tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja
mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang
meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada
bahagian ini.


9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita,
apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan
tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg
tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia
boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan
minat anda.


10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini
merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi
peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Cara Mempertahankan Diri Untuk Remaja & Wanita

SEBAGAI remaja terutamanya wanita, mereka selalunya terdedah dengan ancaman bahaya ketika berada di luar rumah.



Mereka sering menjadi sasaran perogol, perompak atau penculik.

Terdapat beberapa tip mudah untuk menggelakkan diri daripada situasi bahaya tersebut.

Umumnya, idea terbaik adalah dengan menggunakan akal fikiran. Malangnya, ia mungkin tidak memadai.

Sebagai wanita, penting jika mereka tahu cara-cara untuk mempertahankan diri. Walaupun tenaga wanita tidak sekuat lelaki, memadai jika mereka tahu apa yang perlu dilakukan ketika diri diancam bahaya.

Berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri.

Jerit sekuat hati

Apabila anda merasa kurang selamat, apa yang perlu anda lakukan adalah menjerit sekuat hati. Ini akan membuatkan penjenayah tersebut panik dan merasa was-was untuk menyerang anda.

Jika penjenayah mengacukan senjata seperti pisau atau pistol ke arah anda dari dalam kereta, lari jauh dari kenderaan itu dan pada masa yang sama menjerit. Ia mungkin akan membuat penjenayah melarikan diri.

Gunakan kekuatan tangan

Jika penjenayah menghampiri anda, genggam kedua-dua belah tangan dengan sekuat hati dan tumbuk bertubi-tubi pada muka penjenayah.

Anda juga perlu bertindak segera dengan menendang kemaluan penjenayah atau titik-titik yang boleh melemahkan diri seperti mata dan lutut.

Jangan perhatikan satu bahagian tubuh penjenayah sahaja. Sebaliknya lihat secara menyeluruh dan perhatikan mana-mana bahagian yang boleh diserang. Sebagai contoh, jika penjenayah memakai subang, tarik subangnya sekuat hati.

Apabila penjenayah tunduk kesakitan, anda boleh lari sambil meminta pertolongan.

Teknik 'kunci kaki'

Jangan sesekali membuka kaki lebih luas jika berdepan dengan penjenayah. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjatuhkan anda.

Jika anda sedar ada dinding berhampiran, sasarkan penjenayah ke arah dinding dan humbankannya.

Jangan panik

GUNAKAN apa sahaja objek yang ada di sekeliling anda untuk mencederakan penjenayah.

Sekiranya anda sedang berjalan, jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran seperti berjalan sambil tunduk ketakutan dan sebagainya. Tampilkan diri sebagai seorang yang berani.

Usah pakai barang kemas yang terlalu menonjol untuk mengelak perhatian penjenayah.

Sekiranya bertarung dengan penjenayah, elakkan membuat tendangan atau tumbukan dalam keadaan panik atau menutup mata.

Cuba tenangkan diri dan fikir apa yang harus anda lakukan.

Penyembur mata

Paling penting, sediakan pewangi semburan (dalam botol kecil) atau semburan lada setiap masa di dalam beg tangan anda. Ancaman bahaya boleh datang pada bila-bila masa. Justeru, sentiasalah membuat persediaan.

Gunakan apa juga objek

Gunakan apa sahaja objek di sekeliling untuk mencederakan penjenayah. Sama ada kunci kereta, kasut, batu, kayu, payung atau sebagainya. Anda juga boleh bersedia dengan kunci kereta saat memasuki tempat letak kereta.

Jangan mudah menyerah kalah

Jika masih dalam keadaan sedar, lawan dan serang balik. Jangan sesekali menyerah kalah. Salurkan seluruh tenaga pada tangan dan kaki anda untuk mengelakkan anda dicederakan.