07 November 2013

Cara Wanita Membuat Lelaki Menjadi Bernafsu


Godaan.
Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia
tertaklukkepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang
diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi
menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah.
Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.


1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita
berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang
sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini
menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga
mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…


2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut 
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir
lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab
itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh 
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan
mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh
wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha,
tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi,
sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan,
bahu atau bahagian badan si jejaka.


4. Jelingan atas bahu yang terangkat 
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka
biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum
memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk
memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan
kebanyakan lelaki tidak sedar akanrenungan pertama si gadis, maka anda
perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang
tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk
mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.


5. Usap objek bulat 
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang
mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling
gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda
sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa
sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.


6. Jengketkan pinggul anda 
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran
panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan
pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti
sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika
anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah
pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.


7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding
lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia
menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak
boleh berjalan begini sebab itulah lenggokwanita merupakan ciri
perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan
lenggok jalan wanita paling menggoda.


8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja
mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan
tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja
mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang
meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada
bahagian ini.


9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita,
apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan
tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg
tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia
boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan
minat anda.


10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini
merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi
peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

No comments:

Post a Comment