APA MAKSUD AFFILIATE?
Buat duit online dengan sistem Affiliate. Korang pernah dengar tak pasal affliate? Aku percaya ramai newbie tak tau pun apa itu affiliate sebab aku dulu pun camtu jugak. Kalau pegi tanya pakcik google macam-macam definasi keluar tapi maksudnya sama je.
Secara ringkasnya Affiliate ni merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila korang menjadi orang tengah (agen)mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate korang.
Bayangkan macam ni la... Aku ni jual belacan. Disebabkan aku nak luaskan lagi pasaran belacan aku ni maka aku buka tawaran untuk jadi agen. Ada orang nama Cik Bedah berminat nak jadi agen. Dia register jadi agen aku dan promosi belacan aku tu. Cik Bedah promosi pakai iklan FLYER / BROCHURE yang telah aku sediakan. Cik Bedah jugak tak bayar satu sen pun untuk jadi agen aku tu. Jika ada orang nak beli belacan tu dia cuma fowardkan je customer tu kat aku. Belacan, payment, packaging, pos semua aku buat. Bila belacan aku tu berjaya dijual maka aku pun bayar le komisen kat Cik Bedah tu.
Jadi berdasarkan situasi diatas :
Affilate Marketer - Cik Bedah
Affiliate Manager - Aku ler
Link Affiliate - FLYER / BROCHURE
Sistem affiliate adalah satu sistem yang unik yang mana pihak affiliate manager boleh jejak rekod jualan, rekod komisen, rekod klik setiap agen affiliate mereka berdasarkan id (pengenalan).
Contoh link affiliate affiliate adalah seperti berikut
http://www.kaedahjibril.com/index.php?ref=ciktipah
Kalau korang jumpa link camni...maknanya affiliate la tu. Part last sekali yang aku warnakan biru tu adalah id. Setiap affiliate marketer mempunyai id yang berbeza jadi melalui id inilah pihak affiliate manager boleh mengenalpasti siapa yang membuat jualan. ID ni biasanya korang boleh reka sendiri semasa daftar dengan sistem affiliate. Ikut suka le korang nak taruk apa.
Jumlah komisen bergantung kepada empunya produk. Ada owner yang bayar komisen masyuukkk...dan ada yang bayar ciput jadi pandai-pandai le korang pilih.
Affiliate amat sesuai untuk newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes internet ni sebab
1. Tak payah pening-pening pasal nak jual produk apa
2. Register mudah. Ada yang free dan ada yang kena beli barang dulu. Rajin-rajin le google
3. Website promosi disediakan. so korang promote je la
MACAM MANA NAK REGISTER AFFILIATE?
Nak register senang je. Pegi mana-mana laman web yang offer program affliate dan register. Kat blog ni pun korang boleh cari dan pilih mana-mana program affliate yang sesuai dengan jiwa korang.
Cari le ikon REGISTER AFFILIATE dan ikut je la arahan yang diberikan. Lepas register korang akan dapat email untuk confirmation dan...ye..ha...lepas confirm email maka korang pun dah jadi affiliater.
Dah paham? Kalau masih pening-pening lagi pasal affiliate ni boleh le pegi tanya pakcik google.
Tak pun korang boleh dapatkan buku panduan Asas Affiliate kat sebelah ni. Buku ni FREE je. Download dan baca. Aku cadangkan ebook ni sebab ayat yang digunakan simple. Senang paham. Memang basic pasal affliate.
Berminat nak join bisness affiliate?? KLIK DI SINI
Selamat Buat Duit Online Dengan Affiliate
No comments:
Post a Comment