16 November 2013

KOLEKSI CERITA LAWAK ( JELINGAN AYAH )

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. 
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku 
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku 
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan 
semula gula-gula itu ke tempatnya semula. 

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang 
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. 
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu. 
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham 
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu 
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. 
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan 
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah 
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya. 


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. 

No comments:

Post a Comment