“Boleh saya duduk di sini?” Suara itu mendorong gadis itu untuk mengangkat mukanya. Di hadapannya waktu itu, berdiri seorang pemuda berseluar hitam dan berbaju biru warna laut, menantikan jawapan. Tangannya sarat dengan buku-buku berkulit tebal, kelihatan kacak dengan sepasang kaca mata tanpa bingkai, sesuai dengan raut mukanya. Rambutnya pula, tersisir kemas. Gadis itu berpaling ke seluruh ruangan perpustakaan universiti yang agak sesak dengan para penuntut itu.
“Duduklah.” Gadis itu terpaksa membenarkan pemuda itu duduk di kerusi berhadapan dengannya itu memandangkan sudah tidak ada lagi kerusi kosong untuknya di dalam perpustakaan tersebut. Pemuda tersebut pantas menarik kerusi di hadapan gadis itu dan duduk. Buku-bukunya diletakkan di atas meja.
“Terima kasih. Maaf kerana mengganggu.”
“Tak apa.”
“Nama saya, Is. Iskandar.”
“Panggil saja, Anis.”
“Anis ambil course apa?”
“Perniagaan, tahun 2. Is?”
“Perniagaan juga, tapi tahun 3. Tak pernah nampak pun Anis, sebelum ni.”
“Saya terus masuk tahun 2. Baru masuk.”
“Patutlah…”
“Anis buat apa tu?” Iskandar bertanya apabila gadis itu tunduk untuk meneruskan kerjanya.
“Assignment.”
“Nak Is tolong?” Dia menawarkan bantuan. Anis agak keberatan untuk menerima.
“Tak apa. Is dah pernah buat assignment ni. Lagipun, Is takde kerja sekarang.”
“Kalau takde kerja, kenapa masuk library?”
“Ulangkaji…”
Anis akhirnya bersetuju untuk menerima bantuan Iskandar melihatkan dia begitu bersungguh-sungguh untuk membantu. Anis begitu tekun mendengar segala tunjuk ajar darinya dan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan kerja tersebut. Selepas beberapa jam, assignment Anis berjaya disiapkan. Terima kasih atas bantuan Iskandar. Tanpanya, entah bila baru siap assignment itu. Assignment itu memang terlalu sukar bagi penuntut-penuntut baru seperti Anis. Tapi, Anis cepat memahami tunjuk ajar dari Iskandar.
“Alamak! Dah pukul 6!” Anis menjerit perlahan. Betapa cepat masa berlalu. Baru dia teringat, dia hanya makan sebungkus nasi lemak, pagi tadi, sebelum ke kuliah. Patutlah perutnya terasa kosong. Maklumlah, sibuk sangat dengan assignment…
“Jom pergi makan.” Iskandar bersuara. Macam tahu saja, gadis itu lapar.
“Takpelah. Terima kasih saja.”
“Jomlah. Is belanja, ok?”
Anis memberi satu syarat kepadanya, dia nak balik ke hostel sebelum pukul 7 malam. Dia bersetuju dan mereka pun melangkah keluar dari perpustakaan itu dan menuju ke arah kafeteria universiti. Di sana, Iskandar memesan sepinggan nasi ayam dan segelas teh ais. Anis hanya mengikut dan memesan yang sama.
Mereka memilih tempat yang agak jauh dari kaunter. Sewaktu makan, mereka hanya diam dan hanya sesekali berbincang mengenai pelajaran. Beberapa orang penuntut perempuan di situ kelihatan tidak senang dengan kehadiran Anis di sisi Iskandar, tapi Anis tak tahu mengapa. Mereka kerapkali menjeling tajam ke arahnya, namun tidak dihiraukan. Anis cepat-cepat menghabiskan makanannya dan meminta diri. Iskandar nampak sedikit terkejut dengan sikapnya yang sedikit terburu-buru untuk pulang.
“Cepatnya Anis nak balik.”
“Dah lewat ni. Nanti, roommate Anis marah.”
“Kenapa pula?”
“Yalah. Anis belum balik ke hostel sejak pagi tadi.”
“Anis pergi mana?”
“Kuliah. Lepas tu, masuk library.”
“Kalau macam tu, takpelah. Kita jumpa lagi, esok. Ok?”
“Insya’Allah. Tapi, tak janji. Terima kasih kerana belanja. Bye.” Anis bangun dan melangkah pergi meninggalkan Iskandar yang masih di kerusinya.
Di dalam bilik, Anis baru selesai menunaikan solat Isyak. Setelah selesai melipat telekung, dia merebahkan dirinya yang agak kepenatan di atas katil. Roommatenya, Qatrun, berada di meja studi dan sedang menghadap kerja-kerjanya. Melihatkan Anis yang sedang berbaring, dia bersuara…
“Anis, aku tengok kau relax jer. Assignment kau dah siap, ke?”
“Aku dah siapkannya tadi.”
“Amboi! Express nampak…”
“Ada senior yang tolong aku kat library, tadi.”
“Lelaki ke, perempuan?”
“Lelaki. Handsome!”
“Nama apa?”
“Iskandar.”
“Iskandar? Senior perniagaan tahun 3 tu???” Qatrun bangun dari kerusinya dan melabuhkan punggungnya di sisi Anis.
“A’a. Kenapa dengan Iskandar tu, Qatrun?”
“Tulah kau, Anis. Tak peka dengan alam sekeliling. Dia tu, best student kat universiti ni. Ramai girls yang menaruh hati padanya. Tapi, dia ni, tak layan. Bertuahlah kau, Anis!” Terkejut beruk Anis mendengar kata-kata Qatrun itu.
“Kau biar betul, Qatrun?” Anis masih tidak percaya. Qatrun amat serius dengan kata-katanya. Patutlah ramai perempuan jeling padanya tadi masa kat kafeteria tu. ‘Hish! Seram sejuk aku dibuatnya. Macam manalah aku tak tahu pasal Iskandar tu???’ bisik hatinya.
“Dahlah. Aku nak tidur. Kau janji jangan hebohkan perkara ni, Qatrun.”
“Aku ni kan, kawan baik kau. Jangan bimbanglah, Anis.”
“Terima kasih. Aku percayakan kau. Dahlah. Pergi siapkan kerja kau tu…”
Anis berpaling menghadap dinding, membelakangi Qatrun yang sudah kembali ke mejanya. Masih terbayang peristiwa tadi. ‘Menurut Qatrun, Iskandar tak layan peminat-peminatnya, tapi kenapa dengan aku mesra semacam je? Siap belanja makan lagi…’ Anis berbicara perlahan, sendirian.
Di hostel lelaki, Iskandar termenung di atas katilnya. Masih terbayang di ruangan matanya, gadis di perpustakaan tadi. Raut wajah gadis itu menyejukkan pandangan matanya, menenangkan hati. Iskandar menepuk dahi kerana dia terlupa untuk bertanyakan nama penuh gadis itu. Dia hanya mengatakan namanya, Anis.
Keesokan harinya, Iskandar masuk ke perpustakaan pada waktu yang sama seperti hari sebelumnya. Dia menantikan kehadiran Anis. Namun, kelibatnya tidak kelihatan. Akhirnya Iskandar pulang ke biliknya dengan hampa. Hari-hari seterusnya juga begitu. Seminggu tidak bersua dengan Anis, Iskandar mula tidak keruan, asyik termenung.
“Hoi, kawan! Kenapa ni? Termenung je. Tak pernah aku tengok kau macam ni, Iskandar.”
“Sibuklah kau ni!”Iskandar begitu malas untuk melayan Faris, kawan baiknya yang juga roommatenya.
“Kau ada problem? Dengan awek?” Faris membuat tekaan. Iskandar tidak membalas.
“Ceritalah kat aku. Mana tahu aku boleh tolong.” Faris tidak berputus asa.
“Aku jumpa sorang gadis hari tu…” Akhirnya, Iskandar mengalah.
“Dah agak dah…” Faris tersenyum megah.
“Kau nak tolong tak ni?”
“Sorry. Ceritalah.”
“Aku cuma tahu namanya, Anis. Budak tahun 2, sama course dengan aku. Aku hanya berjumpa dengannya sekali jer. Itu pun, dia terburu-buru nak balik hostel. Aku tak tahu nama penuhnya. Aku tunggu dia kat library seminggu ni, tapi tak jumpa pun dengannya. Dia macam mengelakkan aku jer.” Iskandar mengerutkan muka.
“Kau ni dah parah, Is. Aku tak tahu nak buat macam mana. Tapi, aku akan cuba tolong kau, Is.”
“Terima kasih, Faris.”
“Kita kan, kawan baik. Kalau bukan aku, siapa lagi nak tolong kau?” Iskandar tersenyum.
Beberapa minggu selepas itu…
“Is, aku ada berita baik untuk kau…” Faris bersuara ceria.
“Apa dia?” Iskandar tidak begitu berminat untuk bersuara.
“Pasal awek kau tu… Apa namanya? Hah! Anis. Pasal Anis!”
“Anis?” Iskandar berubah gaya. Tidak sabar untuk mendengar.
“Aku dah tahu pasal Anis tu… Menurut sumber yang boleh dipercayai, Anis tu malu nak jumpa dengan kau. Sebab tu, dia mengelak dari berjumpa dengan kau. Dia tu, pemalu.”
“Habis tu? Aku, macam mana?”
“Sabarlah. Kawan baiknya sudi untuk menolong kau.”
“Tolong macam mana?”
“Mengatur pertemuan antara kau dan Anis.”
“Boleh ke?” Faris senyum bermakna.
Seperti yang telah dirancang, beberapa hari selepas itu, Qatrun mengajak Anis menemaninya berjumpa dengan buah hatinya. Alasan yang diberikan, dia takut untuk pergi bersendirian. Anis terpaksa mengikut setelah dipujuk oleh Qatrun, dengan syarat, tidak boleh lama di sana, dan Qatrun bersetuju.
Qatrunnada dan Anis tiba di restoren yang dijanjikan. Mereka memilih meja yang sesuai. Tidak lama kemudian, Faris sampai bersama Iskandar. Anis kelihatan terkejut dengan kehadiran pemuda itu. Dia menjeling marah kepada Qatrun, tapi tidak diendahkan oleh kawan baiknya itu. Kedua-duanya mengambil tempat yang masih kosong di meja yang sama. Suasana sepi seketika kerana tiada siapa yang berani memulakan bicara. Qatrunnada memberi isyarat kepada Faris untuk menyelamatkan keadaan.
“Jom pesan makanan.” Faris melambai memanggil pelayan. Setelah membuat pesanan makanan, Iskandar bersuara,
“Anis, lama tak jumpa.”
“Uhm…”
“Kenapa lama tak pergi library?” Anis hanya diam, tidak menjawab.
Handphone milik Faris berbunyi dan pantas dijawab. Beberapa detik kemudian, dia mematikan talian dan berkata,
“Qatrun, mak abang suruh kita balik sekarang. Ada hal.” Qatrun mengangguk. Anis ingin menghalang, tapi mengingatkan Qatrun dan Faris akan bertunang tidak lama lagi, dia terpaksa membiarkan temannya itu melangkah keluar meninggalkan dirinya dan Iskandar.
Setelah Faris dan Qatrun pergi, Iskandar memulakan bicara…
“Anis, apa khabar?”
“Alhamdulillah. Is pula?”
“Tak keruan sikit.” Anis mengangkat muka, tapi tunduk semula apabila Iskandar merenung mukanya.
“Kenapa mengelak dari Is?”
“Mana ada?”
“Habis tu, kenapa lama tak pergi library?”
“Anis sibuk.”
“Is rindukan Anis.” Iskandar membuat pengakuan dengan berani. Anis terkejut mendengarnya.
“Apa maksud Is?”
“Is rasa Is dah jatuh hati pada Anis. Is jadi tak menentu sejak berkenalan dengan Anis. Dahlah lepas tu, Anis menghilangkan diri. Is terseksa.” Anis terdiam.
“Kalau Anis bencikan Is, katakanlah terus-terang. Jika ia betul, Is janji takkan kacau Anis lagi.”
“Bukan macam tu.” Spontan Anis bersuara. Anis menyedari keterlanjurannya, wajahnya merona merah. Iskandar tersenyum puas hati. Hatinya berbunga bahagia. Terima kasih kepada Qatrunnada yang membuat plan itu.
Bermula dari saat itu, Anis dan Iskandar semakin rapat. Qatrunnada dan Faris tersenyum bangga kerana berjaya menyatukan dua hati. Pada suatu hari, Iskandar berbicara dengan Faris mengenai kejadian di restoren hari tu. Iskandar amat menghargai jasa baik rakan karibnya itu…
“Faris, terima kasih atas bantuanmu dulu.”
“Sama-sama. Kita kan kawan.”
“Tapi, plan yang kau buat tu, real lah. Siapa yang call, masa tu?”
“Sebenarnya, memang mak aku yang call suruh aku dan Qatrun balik.”
“Kau dan Qatrun? Kenapa?”
“Kau tak tahu, ke? Masya’Allah. Is, aku dan Qatrun akan bertunang beberapa hari lagi.”
“Aku tak tahu. Tahniah, Faris!”
Pada hari pertunangan Faris dan Qatrun, Anis pergi berseorangan untuk meraikan hari bersejarah kawan baiknya itu. Iskandar tiba berasingan tidak lama kemudian. Ketika ahli keluarga Qatrun dan Faris sibuk menguruskan majlis, Iskandar merapati kekasih hatinya.
“Anis, seronok tengok diorang berdua, kan?” Anis hanya mengangguk. Iskandar ingin menyambung, tapi Anis dipanggil oleh Qatrun untuk menemaninya sebelum acara menyarung cincin. Anis meminta diri dari Iskandar dan melangkah masuk ke dalam bilik Qatrun. Iskandar hanya memerhatikan langkah gadis itu.
Beberapa hari kemudian…
Ketika Iskandar dan Anis sedang mengulangkaji pelajaran di perpustakaan universiti petang itu, handphone Iskandar berbunyi. Tertera nombor telefon rumahnya pada skrin handphone tersebut. Iskandar pantas menjawab panggilan itu. Anis membiarkan Iskandar menjawab panggilan. Setelah beberapa minit, Iskandar mematikan talian.
“Mak telefon, suruh Is balik.”
“Kenapa tiba-tiba suruh balik?”
“Entahlah. Katanya, ada hal penting.”
Iskandar pulang ke rumahnya, dua hari kemudian. Tiba di rumah, dia disambut oleh mak dan ayahnya. Pada malamnya, Dato’ Haiqal memanggil anak lelaki sulungnya itu untuk memaklumkan perkara penting yang dimaksudkan. Iskandar menurut dengan penuh debar. Turut serta pada masa itu ialah, Datin Afnan.
“Mir, ayah ada hal penting untuk kita diberitahu padamu.” Dato’ Haiqal memulakan bicara. Di rumah, keluarga Iskandar lebih senang memanggilnya dengan nama timangannya. Iskandar berpaling kepada maknya, namun Datin Afnan hanya mengangkat bahu.
“Hal apa, ayah?”
“Sebenarnya, datuk kamu mempunyai seorang teman yang sangat rapat. Datuk kamu juga pernah berjanji untuk menjodohkan cucu lelaki sulungnya dengan cucu perempuan kesayangan teman karibnya. Dari dulu lagi, keluarga kita dengan keluarga itu bersetuju untuk merapatkan hubungan menjadi saudara.” Dato’ Haiqal bersuara perlahan sambil merenung ke arah anak lelakinya itu.
“Apa maksud ayah yang sebenarnya?” Iskandar pantas bertanya.
“Kami bersetuju untuk menjodohkan kamu dengan gadis tersebut, Mir.” Iskandar tersentak. Masya’Allah, besarnya dugaanMu, Ya Allah. Tabahkan hatiku untuk menempuhnya.
“Kami tidak mahu mendengar pendapatmu. Kami telah melihat gadis itu dan yakin pilihan kami itu tepat. Kami harap kamu terima gadis itu dalam hidupmu. Pertunanganmu dengannya akan diadakan, 3 hari lagi. Datukmu pun dah dimaklumkan dan dia begitu gembira dengan khabar yang baik ini.” Sambung Dato’ Haiqal lagi.
Iskandar hanya terdiam, tidak berani untuk membantah. Waktu itu, dia hanya terbayangkan Anis. Dia menyayangi gadis itu sepenuh hatinya. Apa yang harus dia lakukan? Iskandar meminta diri untuk naik ke biliknya. Dato’ Haiqal tidak menghalang.
Iskandar terpaksa tinggal di rumahnya selama seminggu. Dalam tempoh itu, dia tidak keluar rumah dan handphonenya ditutup kerana tidak mahu diganggu. Pada hari pertunangannya, Iskandar hanya mengurungkan dirinya dan hanya keluarganya yang pergi ke rumah bakal tunangnya. Di dalam bilik, dia termenung sendirian.
Keesokan harinya, Faris datang menjenguk. Iskandar mengajak teman karibnya itu naik ke biliknya.
“Is, aku ada berita buruk nak dikhabarkan pada kau.” Faris serba-salah.
“Apa dia?”
“Aku harap kau bersabar, Is.”
“Kenapa???”
“Anis dipaksa menerima lamaran dari seseorang, Is. Dia terpaksa demi ibu bapanya.” Iskandar terdiam.
“Faris, aku pun, dah bertunang.” Iskandar bersuara setelah lama membisu. Faris tersentak.
“Bila? Dengan siapa?”
“Cucu kepada kawan datukku. Kelmarin, mak aku pergi sarung cincin.” Faris tidak mampu untuk mengeluarkan pendapat. Dia bersimpati dengan nasib rakannya itu. Namun, segalanya sudah ditakdirkan. Nampaknya, Anis dan Iskandar terpaksa mengikut haluan masing-masing.
BERSAMBUNG...

--------------------
Saat kukatakan kasih... kasihku satu.
Saat kukatakan sayang... sayangku berpanjangan.
Saat kukatakan cinta... cintaku abadi.

Kasihku Tetap Untukmu
Dari corong speaker mini hi-fi di dalam kamarku ini, kedengaran suara Tam-spider menyanyikan lagunya, Kekal, yang kian mendapat tempat di hati para remaja masa ini, termasuklah aku sendiri. Aku menghayati lagu tersebut, sepenuh perasaan. Lagu syahdu itu membuatkan aku teringat pada kenangan lalu, kenangan manis di awal perhubunganku dengan Iskandar. Masihku ingat, ketika itu, kami dalam perjalanan ke rumahku, hanya kami berdua di dalam keretanya itu…
“Anis, pernah dengar tak, lagu Kekal?” dia bertanya padaku.
“Kekal? Spider?” dia mengangguk, mengiakan.
“Tentulah pernah…” sambungku lagi.
“Best, kan?” tanyanya lagi.
“Uhm. Tak sangka Spider ada lagu yang jiwang macam tu…” kataku.
“Sebenarnya, Anis pun nak tanya Is tadi. Tak sangka Is tanya dulu…” aku bersuara lagi.
“Jadi, taste kita sama lar…” kami tertawa serentak.
“Ok, kita jadikan lagu ni sebagai lagu kita, nak tak?” aku mengangguk pantas, bersetuju.
Dia tersenyum dan mengambil sesuatu di tepi kerusinya. Ya ALLAH! CD Aladin-Spider rupanya! Dia kemudiannya memasang lagu Kekal dan kami mendengarnya bersama-sama. Perlahan-lahan, tangannya mencapai tanganku dan menggenggam kemas.
Paling kurang, dalam seminggu, dia akan membawa aku berjalan-jalan. Kadang-kadang, dia membawa aku ke taman yang agak terkenal di kawasan ini dan kami akan berpegangan tangan menyusuri gigi tasik buatan yang terdapat di tengah-tengah taman tersebut.
***
Kring! Kring! Kring!
Telefon berwarna biru di tepi katilku menjerit. Aku membiarkan ia menjerit sehingga tiga kali deringan. Cukup tiga kali, tanpa berdiri, aku menghulur tangan untuk mengangkat gagang telefon tersebut.
“Hello?”
“Hello? Assalamualaikum, sayang. Apa khabar? ” dia rupanya. Romantik sekali suaranya.
“Waalaikumussalam warahmatullah. Sihat, Alhamdulillah. Is, sihat?” balasku, ceria.
“Alhamdulillah. Cuma…”
“Cuma apa?” soalku pantas, bimbang.
“Rindulahhh…” dia tergelak kecil.
“Is…! Terkejut Anis. Ingatkan apa tadi…” marahku.
“Anis tak rindu Is, ke?”
“Mestilah rindu!” jawabku perlahan.
Seperti selalunya, dia hanya menelefon untuk bertanya khabar. Cukup lima minit berbicara, kami memutuskan talian. Walaupun hanya lima minit, namun ia sudah memadai bagiku untuk mendengar suara romantiknya yang sering kurindui itu. Sebelum talian diputuskan, dia berpesan agar aku menjaga diri apabila berada di universiti nanti. Alamak! Esok, aku ada kuliah! Nasib baik teringat! Aku bingkas melihat buku-buku yang berkaitan dengan kuliah esok.
***
Waktu kuliah pada hari ini telah berakhir, memberi peluang kepada cuti semester untuk menunjuk muka. Para pelajar Universiti Taman Permata berpusu-pusu keluar untuk pulang ke rumah masing-masing. Tidak seperti pelajar-pelajar lain, aku tidak tinggal di asrama, jadi aku tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang menyambut cuti. Aku melangkah perlahan ke arah pagar utama UTP tanpa menghiraukan keadaan sekelilingku. Di luar pagar, kakakku Auni Izdihar, sudah menanti dengan Kia Spectra kesayangannya.
“Kenapa akak yang ambil Anis hari ni?” soalku selepas menutup pintu kereta.
“Tak boleh, ke?” balasnya.
“Taklah. Biasanya Abang Riz yang ambil.” jelasku.
“Abang Riz kau tu ada kerja.”
“Patutlah…”
Kakakku mengambil jalan pintas untuk ke rumah kami di Taman Perumahan Permata. Melalui jalan ini, kami hanya memerlukan lima belas minit perjalanan, berbanding tiga puluh minit jika mengikut jalan biasa. Aku tidak membantah kerana lebih cepat sampai di rumah, lebih baik bagiku.
Tiba-tiba, aku terpandangkan sebuah kereta yang amat kukenali. Kereta Iskandar! Nasibku baik kerana lampu isyarat di situ baru saja bertukar merah. Jadi, dapatlah aku melihat buah hatiku itu. Kereta tersebut kosong, tiada sesiapa di dalamnya.
Beberapa saat kemudian, aku melihat susuk tubuhnya keluar dari sebuah kedai. Nanti! Ada seorang perempuan di sisinya. Mereka bergurau mesra! Aku ingin memerhatikan mereka, namun kereta yang kunaiki sudah bergerak meninggalkan kawasan itu. Argh! Geramnya!!!
***
Sampai di banglo milik keluargaku, aku terus membuka pintu tanpa menunggu kakakku mematikan enjin terlebih dahulu. Aku terus meluru masuk ke kamarku. Ibuku yang berada di ruang rehat keluarga memandangku penuh hairan dan sewaktu aku ingin menutup pintu kamarku, aku terdengar ibuku bertanyakan perihalku kepada kakakku. Aku pasti kedua-duanya tidak dapat meneka, apa yang membuatku jadi begini. Pasti!
Aku menghempaskan badanku ke katil. Aku sedih, tapi aku cuba memujuk hati kecilku. ‘Mungkin itu saudaranya, atau kawannya…’ kataku perlahan. Namun, hati kecilku tetap berdegil. Aku ingin menghubungi Iskandar. Gagang telefon dicapai.
Tapi… Argh! Tak boleh! Gagang telefon diletakkan kembali ke tempatnya. Aku mengambil keputusan untuk menghantar SMS saja. Telefon bimbit Samsung milikku dikeluarkan dari saku baju kurung yang kupakai. Aku tidak tahu apa untuk ditulis. Uhm…
‘Berikanlah ku kepastian. Cinta kasih dan pengharapan…Terus teranglah! Anis.’ Dan… Send.
Selang beberapa minit, telefon biru di tepi katilku berdering. Tentu dia! Aku hanya membiarkan telefon itu menjerit minta diangkat. Akhirnya, deringan itu mati. Kemudian, terdengar pula polyphonic ringtone Samsung milikku. Terpapar nama ‘Iskandar’ di skrin. Aku membiarkannya tanpa di jawab. Kemudian, kedua-duanya berdering berselang-seli. Aku tetap membiarkan. Walaupun aku ingin mendengar penjelasan darinya, namun hati kecilku menyekat aku menjawab panggilan tersebut.
***
Hari ni masuk hari ketiga setelah peristiwa yang tidak diduga tempoh hari. Telefon di tepi katilku dan handphoneku berganti-ganti menjerit minta diangkat, tidak kupedulikan. Mesej-mesej yang kuterima darinya, semua bertanyakan apa yang terjadi. Aku masih seperti dua hari lepas, berkurung dalam bilik. Ahli keluargaku sedia maklum, keadaanku itu tidak boleh diganggu. Masing-masing hanya membiarkan aku dengan sikapku ini.
Aku termenung di balkoni kamarku. Pandanganku terhala ke arah jalan di hadapan banglo keluargaku ini. Sebuah kereta Proton Perdana V6 berwarna biru berhenti di seberang jalan itu. Aku amat kenal dengan kereta tersebut! Seorang pemuda berbaju biru warna langit keluar dari tempat pemandu. Telefon bimbitku berbunyi dan tertera nama ‘Iskandar’ di skrin. Aku memandang pemuda di seberang jalan itu. Dia memegang telefon bimbitnya dan memberi isyarat agar aku menjawab handphoneku.
“Anis! Kenapa ni?” dia terus bertanya bila aku menerima panggilan itu.
“Kenapa Anis buat Is macam ni? Apa salah Is?” soalnya bertalu-talu.
“Anis tak sayangkan Is?”
“Bukan macam tu!” aku bersuara juga akhirnya.
“Habis tu?”
“Anis tak tahu nak kata apa…” tuturku perlahan.
“Cakaplah, Anis. Is nak tahu.” dia berkata tegas.
Aku pun menceritakan dari awal peristiwa yang kulihat beberapa hari lepas. Dia mendengar dengan teliti. Setelah aku habis bercerita, dia ketawa. Aku terpana! Rasa geram menyelubungi hati dan perasaanku. Aku ingin memutuskan talian, tapi dia sempat menghalang.
“Maaf. Bukan Is mempersendakan Anis, cuma Is tak sangka itu menjadi sebab kepada ini semua.” katanya.
“Sebenarnya, perempuan yang Anis tengok tu, kakak Is! Kan, Is ada seorang kakak yang duduk di oversea. Is dah bagitahu sebelum ni, kan? Sekarang ni, dia balik, ada di rumah. Hari tu, dia nak beli barang. Jadi, Is kena temankannya, takut sesat…” jelasnya. Ya ALLAH! Malunya aku!
“Tapi, Is suka, tau…” katanya selepas itu.
“Kenapa?” soalku, hairan.
“Yalah. Itu tandanya Anis cemburu! Betul, tak?”
“Tak lar…” sangkalku. Mukaku terasa panas, segan.
“Betul lar. Cemburu tandanya sayang!” dia tergelak.
***
Hari ini adalah hari perkahwinanku. Aku bukan seperti pengantin-pengantin lain, yang bergembira sakan di hari bersejarah. Aku sedih! Mengapa aku harus diperlakukan sebegini? Hatiku merintih pedih. Kakakku, Auni Izdihar menyapu air mataku yang bercucuran…
“Sabarlah Anis… Kami buat yang terbaik untukmu.” katanya.
“Tak , kak. Akak tidak merasa apa yang Anis rasa…” balasku dalam sendu.
“Akak tahu. Sabarlah, dik…” pujuknya.
“Akak beruntung sebab kahwin dengan pilihan sendiri, tapi Anis?” aku masih berdegil.
“Anis akan faham nanti…” dia menyembunyikan senyumnya.
Selepas beberapa ketika, kakakku melangkah keluar apabila suaminya memanggil. Aku diam melayan perasaan. Sebentuk cincin belah rotan tersemat kukuh di jariku, cincin pemberian Iskandar. Aku tahu tidak patut untuk memakai cincin tersebut pada majlis perkahwinanku ini, tapi aku tidak berdaya untuk membuangnya dari jariku. Aku masih terdengar pesanannya sewaktu menyarung cincin itu ke jariku dulu, dia meminta agar aku sentiasa memakai cincin tersebut.
Air mataku bercucuran lagi. Aku sedih kerana terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak kukenali. Telah kuterangkan kepada keluargaku, namun mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa. Persetujuan telah diberi, tidak boleh ditarik semula. Pihak lelaki juga ingin mengadakan mejlis secepat mungkin tanpa sebarang majlis pertunangan. Aku sendiri tidak tahu mengapa mereka menetapkan syarat itu sedangkan aku sendiri tidak mengenali bakal suamiku. Tiba-tiba, adikku, Aysar Ibtisam masuk…
“Kak, pihak lelaki dah sampai…” tuturnya perlahan di telingaku.
Aku hanya diam tanpa komentar. Aysar menggenggam jemariku. Kata adikku itu, akad nikah sedang berlangsung. Menurutnya lagi, bakal suamiku itu kelihatan begitu kacak dan sesuai dengan diriku. Aku tersenyum pahit. ‘Kau tidak mengerti, dik.’ bisik hatiku.
Akad nikah selesai dan sekarang, lelaki itu telah sah menjadi suamiku. Beberapa minit berlalu, tibalah masa untuk menyarung cincin dan membatalkan air sembahyang. Aku menahan perasaan yang tidak menentu. Aku menundukkan muka sewaktu suamiku itu melangkah masuk. Dia mencapai tanganku dan bersedia untuk menyarungkan cincin ke jari manisku. Di saat cincin disarungkan, air mataku melunsur laju tanpa mampu ditahan lagi.
“Kenapa harus menangis?” dia bertanya. Aku masih mengunci mulutku dari bersuara. Tapi, nanti! Suara itu! Dia menyentuh daguku dan saat itu, hatiku berdebar kencang. Argh! Mengapa aku berperasaan begini? Dia mengangkat wajahku. Dan…
Ya ALLAH! Aku terkesima sewaktu bertentangan mata dengannya. Tidak kusangka dia rupanya suamiku kini. Aku tersenyum dalam deraian air mata. Kali ini, bukan air mata sedih yang bercucuran, tapi air mata terharu yang mengalir.
***
Hari ini, genap setahun usia perkahwinanku dengannya. Di balkoni bilik kami, aku tersenyum sendirian memerhati kepekatan malam. Tiba-tiba, aku terasa ada sesuatu di pinggangku. Aku menjerit perlahan, terperanjat. Dia ketawa melihat mukaku yang merona merah. Pelukannya bertambah erat.
“Abang ni…! Terkejut Anis!” manja sekali.
“Kenapa? Takut orang lain peluk sayang?” usiknya perlahan di telinga kananku.
“Abang tak kisah, ke?” balasku dengan usikan juga.
Tapi, tak kusangka wajahnya langsung berubah. Dia melepaskan pelukan dan berlalu masuk ke bilik. Aku tersentak dengan sikapnya itu dan mengekori langkahnya. Dia duduk di birai katil dengan muka berkerut. Perlahan-lahan, aku duduk di sisinya...
“Abang… kenapa ni? Anis tersalah kata, ke?” soalku berhati-hati.
“Sayang suka ke, kalau orang lain peluk sayang?” aku terpempan mendengarnya.
“Apa maksud abang?” aku masih bersabar.
“Kenapa sayang cakap macam tu, sebentar tadi?” dia bertanya tanpa berpaling padaku.
“Abang…” kini, aku duduk berhadapan dengannya. Aku menggenggam kemas jemarinya.
“Maafkan Anis kerana tersilap bicara. Anis hanya bergurau, membalas usikan abang. Anis tidak bermaksud untuk melukakan perasaan abang. Hanya abang seorang di hati Anis. Abang satu-satunya insan yang berjaya memiliki hati Anis.” dia masih membisu.
Anis menyambung lagi, “Abang ingat tak lagi, peristiwa di hari perkahwinan kita?” dia mengangguk.
“Anis menangis kerana menyangka Anis terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak Anis cintai. Sangkaan Anis meleset apabila bertentang mata dengan abang selepas abang menyarung cincin ke jari ini. Dan, kalau abang lihat, cincin belah rotan pemberian abang masih di jari Anis hingga kini.”
Iskandar tunduk melihat jariku dan tersenyum. Dia mengangkat aku bangun dan mendudukkan aku di sisinya. Aku melepaskan sebuah keluhan lega. Dia memaut bahuku dan memelukku rapat ke tubuhnya dan bersuara perlahan…
“Abang juga bersalah. Maafkan abang.” Aku mengangguk.
“Tapi…” sambungnya. Aku menanti bicaranya yang seterusnya.
“Kenapa sayang menangis teruk sangat hari tu?” soalnya.
“Bila?”
“Hari perkahwinan kita.” dia berpaling kepadaku tanpa melepaskan pelukannya.
“Sebab Anis ingat Anis kahwin dengan orang lain…” balasku.
“Takkanlah sayang tak tahu sayang akan kahwin dengan abang?” tanyanya lagi.
“Masa tu, Anis lupa nak tanya ayah dan ibu, apa nama bakal suami Anis…” dia ketawa.
“Dahlah, abang. Malu Anis…” tuturku perlahan. Dia mengeratkan pelukannya.
“Sayang tahu tak, hari ni, hari apa?” dia mendugaku.
“Tahu. Hari Rabu!” jawabku pantas.
“Yalah! Hari apa?” soalnya lagi.
“Hari ulangtahun kita, kan?” balasku.
“Tahu pun. Ingat dah lupa tadi…”
“Takkan Anis lupa hari istimewa kita…”
“Jom!” dia berkata nakal.
“Jom apa?” tanyaku kembali.
Dia tidak menjawab, cuma menyuruh bersiap. Katanya, ada kejutan untukku. Aku hanya menurut. Selesai menyalin pakaian, aku turun. Sebelum itu, aku sempat memasukkan sebuah hadiah berbalut ke dalam handbagku. Hadiah itu kusediakan khas buat suamiku yang tercinta. Aku ingin menyerahkan hadiah itu sebelum hari ini berakhir. Dia sudah berada di dalam keretanya. Aku masuk ke dalam kereta selepas mengunci pintu rumah.
Dalam perjalanan, riuh aku bertanya arah tujuan kami, namun dia hanya tersenyum nakal. Akhirnya, aku diam sendiri. Dia memasang CD player dan memasukkan CD Aladin-Spider. Lagu Kekal berkumandang dan dia mencapai tangan kananku. Teringat aku pada kenangan lalu, dia masih ingat lagu tersebut.
***
Setelah sepuluh minit memandu, kami sampai di sebuah hotel terkenal di bandar ini. Aku memandangnya kehairanan, tapi dia tidak mempedulikan pandanganku itu. Kami beriringan masuk ke dalam ruang hotel mewah tersebut. Senyum nakal masih di bibirnya.
Dia membawaku ke ruang makan hotel tersebut dan mengambil sebuah tempat yang telah siap dengan candle light dinner set. Aku terkaku. Dia menarik kerusi untukku dan kemudian duduk berhadapan denganku. Seorang pelayan datang membawa sejambak bunga mawar dan sebuah kotak berbalut indah. Iskandar mengambil dari tangan pelayan itu dan menyerahkan kedua-dua hadiah tersebut kepadaku. Pelayan itu berlalu pergi meninggalkan kami berdua.
“Thanks, abang.” kataku sambil mencium jambangan bunga itu. Dia hanya mengangguk. Aku membuka handbagku dan mengeluarkan hadiah untuknya. Dia nampak sedikit terkejut sewaktu aku menghulurkan hadiah tersebut kepadanya.
“Untuk abang daripada Anis.” kataku.
“Thanks.” Aku mengangguk. Kami membuka serentak hadiah masing-masing. Setelah selesai, kami serentak ketawa melihat kandungannya.
“Tak sangka taste kita masih sama.” katanya dalam ketawa yang masih berbaki. Aku hanya mengangguk.
Apa tidaknya, dia memberikanku seutas jam tangan wanita jenama Rolex dan aku pula menghadiahkannya seutas jam tangan lelaki dari jenama yang sama. Aku kemudiannya menyarungkan jam ke tangannya dan juga sebaliknya.
Perlahan-lahan, dia mencapai tangan kananku dan mengucupnya. Bahagianya aku!
***
Selesai candle light dinner, Iskandar bersuara…
“Malam ni, kita tidur kat hotel ni, nak tak?”
“Tapi, kita tak bawa pun pakaian lain…” balasku.
“Oh! Itu dah dibereskan. Pakaian ada dalam kereta…” dia mengenyitkan matanya.
“Bila Anis letak?” aku kehairanan.
“Abang yang letak semalam…”
“Pandai abang buat plan.” aku mencubit manja lengannya.
“Tengoklah siapa abang ni…” dia tergelak lagi.
Kami meninggalkan meja makan hotel berkenaan. Iskandar menyuruh aku naik ke bilik yang telah dibooked awal-awal olehnya sementara dia pergi mengambil beg pakaian di dalam kereta. Aku hanya menurut.
Apabila pintu bilik hotel itu dibuka, aku terkaku seketika. Mewahnya bilik yang dia pilih! Aku melangkah masuk ke dalam dan menutup pintu. Aku masuk melihat sekeliling bilik itu. Terdapat sebuah dapur mini, bilik air dan juga balkoni di luar. Pemandangan di balkoni itu amat indah.
Beberapa minit kemudian, terdengar bunyi loceng bilik tersebut. Aku melihat melalui lubang di pintu, Iskandar tersenyum di sebalik pintu. Aku terus membuka pintu itu dan mengambil beg di tangannya. Dia melangkah masuk dan memelukku dari belakang setelah aku meletakkan beg pakaian kami.
“Sayang suka, tak?” aku mengangguk.
“Kenapa abang ambil bilik yang besar sangat ni?” soalku.
“Alah, sayang ni. Anniversary kita, kan…” aku terdiam.
“Abang rindukan sayang…” katanya.
“Kan, Anis sentiasa ada di sisi abang.” Balasku.
“Yalah. Sekarang ni, abang rindukan sayang…” dia mengenyitkan matanya.
“Abang ni…!” aku menangkap maksud sebenarnya. Dia ketawa.
Wajahku terasa panas, malu. Perlahan-lahan, dia membawaku ke katil. Suiz lampu dimatikan, hanya sebuah lampu tidur bercahaya malap dibiarkan menyala. Aku tersenyum, begitu juga dengannya. Dia memelukku erat dan…
“Thanks abang…” bisikku di telinga kanannya.
“Amirul Iskandar, I love you.” sambungku lagi.
“Anis Irfanie, I love you, too…” balasnya.

No comments:
Post a Comment