Manusia berasak-asak. Rasanya bandaraya Kuala Lumpur perlu diperbesarkan. Berjalan dilorong pejalan kaki, sampai terpaksa bersentuh bahu dengan yang bukan muhrim. Mujur juga tubuhnya kecil. Menyesal sungguh berjanji untuk berjumpa diperut kotaraya itu dihari minggu seperti hari ini. Manusia macam tak ada rumah, masing-masing punya aktiviti sendiri, termasuklah dia, buat kerja bodoh, nak bertemu dengan orang yang tak dikenali dalam ribuan manusia yang berkampung disini.
‘Ini satu-satunya peluang yang I berikan pada U. Pertama dan terakhir. Kalau U sudi, jumpa dengan I depan CM,’ kerana satu-satunya peluang yang dinanti itulah dia terpaksa melangkah jua walau dalam hati menyumpah-nyumpah. Selalu benar dia merayu pada sigadis untuk bersua walau sekali, kali ini peluang telah terbuka.
‘Kalau betul U ikhlas, U tak akan banyak soal,’ teruk betul minah seorang ini. Banyak sangat pra-syarat yang perlu dipenuhi. Jangan tanya banyak soalan, jangan memandai nak ubah tempat jumpa, jangan lewat, jangan itu, jangan ini, tapi, dalam rasa tak puas hati, dia terpacak juga ditengah kesesakan manusia ini. Dia melilau pandang, tak ada pula manusia yang berciri-cirikan orang yang dinanti kelihatan.
‘I ni gemuk, serius ok, I gemuk, U tak percaya U punya pasal. Itulah sebabnya I malas nak jumpa U, sebab I rasa U akan cabut lari lepas nampak I,’ dia teringat antara isi message dalam email yang diterima tempohari.
‘I nak pesan seperkara, kalau U ada sakit jantung ke, darah tinggi ke, lemah jantung ke, baik U bawa ubat. I takut U pengsan lepas jumpa I,’ dia benar-benar nak gelak. Tak kan lah teruk sangat perempuan ni sampai berpesan-pesan begitu. Dia yakin sangat orang yang nak diketemu ini tak seburuk yang digambarkan.
‘Kulit I gelap, hidung I penyek sikit, I gemuk, around 100kg, tinggi 170cm, erm.. I akan pakai jeans dengan kemeja warna biru, maybe tudung pun biru, alah, bukan susah nak cam I, satu-satunya manusia terhodoh diabad ini,’ amboi, merendah dirinya dia. Selalu juga dia akan membalas kembali email tersebut dengan ayat..
‘Apalah ada pada rupa, bukankah itu semua ciptaan Allah, U sepatutnya bersyukur, sekurang-kurangnya U cukup sifat, U tak cacat. Bila U kutuk diri sendiri, bermakna U tak bersyukur, U marah dan perkecilkan ciptaan Allah,’.
“Assalamua’laikum,” tercantas segala ingatannya terhadap orang yang ingin dijumpai.
“Waa’laikumsalam,” dia terkedu. Inilah agaknya orangnya.
“Radzi?” merah wajah gadis itu, mungkin kerana panas dibakar mentari atau kerana malu.
“Yup, Mahsuri?” soalannya disambut dengan gelak kecil gadis sihat itu.
“Janganlah panggil Mahsuri, nama I Nida, Mahsuri tu nick name aje,”ramah sigadis, walau nampak malu-malu.
“Okay, nak pergi mana?”matanya masih melekat pada wajah sigadis. Comel jugak, walaupun dia sihat, tapi muka dia cute. Siap ada lesung pipit lagi dikedua belah pipinya.
“I nak baliklah,”.
“Hah? Balik, baru jumpa dah nak balik? U biar betul Nida,”.
“Dah tu, hari tu kan janji nak jumpa aje, bukan nak kemana-mana pun, ni dah jumpa, dah lah. U pun nak tengok camana I kan, I tak tipukan, I ni ehem..ehem..,”senyuman tetap terukir diwajah sigadis.
“Janganlah buat I camni, kalau I tau U nak jumpa macam ni aje, baik I tidur kat rumah, jomlah, kita cari tempat, duduk minum, sembang-sembang,” pelawa Radzi.
“Okay, after U,” sigadis menggayakan tangan, menyuruh dia berjalan dulu.
Buat seketika, suasana agak senyap, walaupun manusia keliling riuh dengan agenda sendiri. Radzi memerhati gadis yang dikenali sebagai Mahsuri itu, hanya tunduk merenung air dalam cawan.
“Senyap aje,” Radzi memecah keheningan. Sigadis mengangkat wajah, dan..senyuman tak pernah lekang dibibirnya.
“U pun senyap, actually, I tak tahu nak kata apa,”.
“Terima kasihlah ya Nida,”.
“Untuk apa?”
“Sebab sudi jumpa I,”.
“Alah, tak kisahlah tu, I sedia jumpa U ni pun sebab nak buktikan pada U yang I tak menipu, I tak pernah tipu sesiapa tentang fizikal I,”wajahnya kembali merah. Mentang-mentanglah kulit putih, cepat betul kulit bertukar warna.
“Tapi, U banyak tipu tentang perkara lain,”Radzi mula mengusik.
“Hah?”
“Kulit I gelap, hidung I penyek, padahal, erm..malaslah I nak puji,” kata-kata Radzi disambut gelak kecil Nida.
“Sorrylah, itu semua untuk tambah perisa aje,”.
“Pandai ya, konon merendah dirilah tu,”.
“Eh, I tak merendah diri, kan I dah kata, tinggi I 170cm, I tak cakap I rendah pun,”.
“Loyar buruk ya,” Radzi turut tersenyum, terhibur juga hatinya.
“Takde lah,”.
Senyap lagi, masing-masing tak ada idea. Otak bagaikan tumpul.
“So?” seretak mereka bersuara, dan serentak ketawa.
“Nida dulu,”.
“Erm, dah puas hati, dah jumpa dengan Nida,”.
‘Yup, puas hati teramat sangat. Sekurang-kurangnya I tak lah tertanya-tanya, camanalah rupa orang yang berkomunikasi dengan I,”.
“Hem, terjawab sudah segala persoalan, dan lepas ni, I dapat rasa yang I tak akan nampak email dari U dalam mailbox I,”.
“Apasal pulak? U ni kan, suka sangat buat andaian yang bukan-bukan. I tak pernah fikir macam tu pun, come on kita kan kawan, apa, U ingat U ni buruk sangat ke, sampai I nak buat camtu,” Radzi agak kurang senang dengan spesikulasi Nida.
“Manalah tahukan, selalunya macam tulah, manis mulut, indah bahasa, tapi, lama-kelamaan, hilang, lenyap, lesap,” Nida kembali tunduk.
“Aik, U ni cakap macam banyak experience aje, but don’t worrylah, I bukan macam tu,” kesian pulak tengok muka Nida.
“Biasalah, orang macam I ni, U pun tau kan, dah lah, I tak suka discuss isu ni,” Nida buat-buat pandang keliling, kemudian dia menyambung..
“I pun tak paksa U terus berkawan dengan I, tak kisahlah tu,” perlahan suaranya.
“Okaylah, I tak nak U fikir bukan-bukan, I ikhlas kawan dengan U,” Nida mencebik.
“I tak faham apa maksud ikhlas dalam hati orang lelaki, tapi I nak berterus terang dengan U, I tak pernah percaya kalau ada orang lelaki yang kata ikhlas nak kawan dengan I,”.
“I akan buktikan,” balas Radzi.
“Terpulang, kalau U nak buktikan sekadar kerana rasa tercabar, I tak galakkan, tapi, tak kisahlah,” Nida senyum lagi.
“Payah sungguh cakap dengan U ni, dari dulu lagi U suka sangat patahkan kata-kata I, U sedar tak U ni banyak prasangka,” Radzi mula rasa kurang senang dengan sikap dingin Nida.
“Tak salahkan I berprasangka, kalau U ditempat I, baru U tahu perasaan I. Bagi I, kata-kata lelaki boleh didengar, tapi tak boleh disimpan dalam hati, setakat angin lalu. Janji lelaki macam kabus pagi, sekejap sangat, naik matahari, hilang,” Radzi menggeleng kepala. Mungkin Nida ni dah banyak kali kena tipu dengan kaum sejenis dengannya. Biarlah.
“Ok, kita tutup cerita tu, I tak nak kita bertelagah pendapat pasal ni pulak,” Radzi segera mengubah topik.
“Jadi U pergi Terengganu nanti?”
“Rasa-rasanya jadi, kenapa, U nak kirim apa-apa ke?” Nida mengangkat wajah. Lembut matanya memandang Radzi.
“Isk, tak adalah, saja tanya, nanti rindu pulak kat U, 3 hari U kat sana mesti U tak send email kat I,” Nida mencebik lagi. Meluatlah tu.
“U jangan cebik, I tarik bibir U tu kang,” geram Radzi melihat Nida tidak mengindahkan kata-katanya.
“Apsal nak rindu dengan I? U ni kelakarlah,”.
“Nida, U tak nak kasi no telefon U kat I ke?”
“I tak pakai handphone, kalau U nak call I pun, kat office ajelah, tapi…I tak galakkan, I tak suka diganggu masa kerja, rumah I pun tak ada telefon, tapi, U ambillah no office I ni, sesekali U nak call, I tak kisah, tapi janganlah marah kalau I tak dapat cakap dengan U lelama,” Nida menulis nombor telefon officenya diatas kertas tisu.
“Iye ke U tak pakai handphone ni? Macam tak percaya aje, sekarang ni budak sekolah pun pakai handphone,”.
“I rasa tak ada keperluan, buat masa ni I tak rasa handphone tu penting, kenapa, U nak beli untuk I ke?” usik Nida.
“U ni kan, kalau bab nak kenakan orang, memang pandai,”akhirnya Radzi mengalah. Nida memang suka membalas cakap, selalunya kata-katanya penuh dengan sindiran.
Bhg. 2
Seminggu lamanya dia menanti email dari sigadis sihat. Dah biasa, masuk office waktu pagi, dia akan dapat balasan emailnya dari sigadis itu. Kadangkala ada sahaja artikel-artikel yang gadis itu forwardkan padanya. Dia tak pernah bosan, baginya berkawan dengan Nida ni ada kebaikkan. Dia dapat menyelami hati gadis itu yang lembut, walaupun gadis itu tenyata dingin macam air batu. Selalu juga dia membaca luahan hati gadis itu dalam puisi-puisi atau cerpen yang ditulisnya. Dia tahu, dia faham benar dengan tekanan perasaan orang seperti Nida. Namun baginya, tiada apa yang salah dengan penampilan Nida. Walaupun dia agak sihat, tapi dia baik. Senyum dia manis dan dia senang berkawan dengan gadis itu.
‘Good morning, dah breakfast ke belum? Makanlah lebih sikit, esok-esok takdelah malu I nak jalan dengan U. I baru aje balik dari Terengganu, ada something I beli untuk U, kalau U nak, kasi alamat, nanti I poskan’.
Ceria wajahnya mendapat email dari gadis itu.
‘Morning, I dah makan, alah, badan I ni memang tak akan membesar, makan banyak camna pun, tak boleh nak besar. U beli apa untuk I, apasal nak pos pulak? Macamlah kita ni duk jauh sangat, I nak jumpa U boleh?’
Tak lama lepas itu, dia menerima balasan email dari Nida.
‘Nak jumpa ke, tak malu ke nak keluar dengan I? Nanti terserempak dengan kawan-kawan U, tak pasal-pasal U kena kutuk. Tapi kalau betul nak jumpa, U arrange lah masa dan tempat. Ok ya, I ada meeting kejap lagi. Kalau sudi, call I petang ni, 4.30. I ada banyak kerja ni, bye. Have a nice day’.
Dia senyum, tak habis-habis nak merendah diri.
‘Malu? Apa nak malu, kita kan berkawan. Apa sajalah U ni Nida. Tak habis-habis nak merendah diri. Kalau U nak tahu, kadang-kadang I takut. I rasa U tu yang akan lupakan I satu hari nanti. Tapi tak apa, kita bincang pasal ni kemudian, I call U petang ni, jangan U tak ada pula’.
Petang itu, tepat pukul 4.30 dia segera mendail no telefon Nida. Tak sabar-sabar nak bercakap dengan gadis sihat tu. Kali pertama nak bercakap melalui telefon, dia agak gemuruh.
“Banjaran Niaga, selamat petang,”.
“Selamat petang, Ms Nida please,”.
“Hold on,”… talian telefon disambung.
“Nida extention,” halus dan lembut suara disebelah sana.
“Assalamua’laikum, Nida ke tu?” jantungnya berdebar tiba-tiba.
“Waa’laikumsalam, iye, Nida ni, Radzi ya,” ceria suara itu menyumbat deria dengarnya.
“Radzi mana ni, U ada pakwe lain ya,” sengaja dia nak menguji.
“Oh, U bukan Radzilah, sorry, I thought U ni Radzi, siapa ni, Hisham? Faizul? Naza? Iskandar?” ada tawa halus dihujung sana talian. Radzi turut senyum, dia tahu umpannya tidak mengena.
“Amboi, ramainya boy friend U,”.
“Itu I belum sebut semua, kalau I senaraikan, U sure tak percaya,”.
“Oklah, U kan glamour,”.
“U baru tahu ke? Erm..U sihat?”
“Alhamdulillah, cuma I tak lalu makan, rindu kat U,” kata-katanya disambut dengan ketawa Nida.
“I’m serius okay,” geram bila ditertawakan.
“Rindu kat I, U biar betul, sejak bila U angau ni, I ingat U salah oranglah, I Nida okay, bukan Shima, bukan Roza, bukan Elly,” dia kembali ketawa halus.
“Amboi, U nak jerat I pulak ya. Betullah Nida, I rindu kat U, I nak jumpa U,” suaranya sedikit perlahan.
“Sorry Radzi, I bukan pemburu nak pasang jerat. I hanya menyedarkan U dari hayalan. By the way, U nak tak souvenir yang I belikan tu? Bukanlah benda mahal pun, tapi bolehlah nak dibuat kenangan, mana tau esok lusa I padam,” dia tersentak. Gadis ini kalau cakap selalu menggamit pilu dihatinya.
“U cakap elok-eloklah Nida, jangan takutkan I, I tak suka U cakap macam tu. I nak jumpa U ni, I ambil U kat office ya,”.
“Hari ni tak bolehlah Radzi, I ada banyak kerja, tomorrow maybe,”.
“Okay, esok I ambil U pukul 5.30, boleh?”.
“Boleh, tapi make sure tayar kereta U ada angin ya, jangan nanti U kutuk I kalau kereta U lowered,” balas Nida selamba.
“Iyelah, I isi angin penuh-penuh, tak pun, I bawa kereta kebal ajelah pergi ambil U, takut tak muat u nak masuk,” balasnya geram.
“Eloklah tu, I pun tak pernah naik kereta kebal,” Nida ketawa lagi.
“Sorry Nida, I tak berniat nak kecikkan hati U, tapi U tu, suka sangat pancing angin I,” Radzi serba salah tiba-tiba.
“It’s okay Radzi, I ni bukan jenis senang nak ambil hati, I dah cukup dewasa, dah pandai control perasaan. Eh, okaylah ya, I ada kerja ni, kita jumpa esok ajelah ya,”.
“Erm..jangan balik lambat, anak dara macam U bahaya balik lewat sangat, ramai orang jahat sekarang ni,” pesan Radzi.
“Alah, takde orang terliur pun tengok I, butalah mata orang jahat tu kalau nak ganggu I,”.
“U ni kan, I pesan untuk kebaikan U,” suaranya ditekankan sedikit.
“Okay, terima kasih, I akan balik dengan kawan, U jangan risau, I akan jaga diri, U tu pergilah balik, nanti makwe U tunggu,”.
“Iyelah, risau pula buah hati I nanti, nanti dia jealous susahlah I nak pujuk. Kita jumpa esok key, Assalamua’laikum,” selepas menjawab salam Radzi gagang telefon dipulangkan kepesawatnya.
Bhg. 3
Hari ni Nida pakai baju kurung Kedah warna ungu. Tudung pun ungu. Nampak kecik sikit, baginya sisihat ni bukanlah teruk sangat, tapi dia punya merendah diri, Allah saja yang tahu.
“Cantik U hari ni,”pujinya. Nida yang baru aje masuk dalam kereta mencebik. Suka sangat dia mencebik.
“I takde duit kecik,” dia ketawa mendengar jawapan Nida.
“Nak makan kat mana?”
“Mana-manalah, I tak kisah,” Nida menghulur sebuah beg plastik padanya.
“Apa ni?”
“Sesuatu yang tak seberapa, dari seorang kawan, untuk seorang kawan,”.
“Terima kasih, ingat U kat I ya,” dia meletak beg plastic itu diseat belakang.
“Alah, bukan apa pun, murah aje,”.
“I tak kisah. Eh Nida, kenapa suara U dalam phone sedap sangat?”.
“Hah? Sedap. U ni kenapa, banyak sangat pujian U untuk I hari ni, cantiklah, suara sedaplah, U silap makan ya,”.
“I serius ni, mula-mula I ingat salah orang, suara U, tak menampakkan yang U ni comel,”. Nida ketawa, dia suka mendengar gadis itu ketawa.
“Apa-apa sajalah Radzi, I tak tahu nak jawab, yang pasti itu suara original, I tak pasang tape,”.
“Suara U boleh buat orang jatuh cinta tau tak?” sekali lagi Nida ketawa.
“Tapi bila tengok tuan punya suara, terus jatuh tangga,”.
“U tu, mulalah nak kutuk diri sendiri, malas betul I nak bercakap dengan U ni,” suara Radzi mula berubah nada.
“Tak usah cakap, drive diam-diam,” jawab Nida selamba.
Suasana kembali hening. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Radzi tahu, bukan senang nak meyakinkan Nida bahawa apa yang diluahkannya adalah ikhlas. Dia sendiri tak mengerti, kenapa dia mesti tertarik untuk berkawan rapat dengan gadis ini. Memang dia tak punya perasaan melebihi seorang kawan, tapi dia memang amat senang mendampingi Nida.
“Seronok kat Terengganu?” soalnya bila dilihat Nida hanya membisu.
“Bolehlah, pergi sana buat kerja, shopping tu pun, hari terakhir kat sana,”.
“I ingat U dah tak nak balik, kata pergi 3 hari, ni sampai seminggu,”.
“Urusan belum selesai, I kenalah stay, penat sungguh, kadang-kadang sampai tak sempat nak makan, tapi I tak kurus pun kan?” dia jeling Nida disisi.
“Alah, tak payah kuruslah, U dah cantik dimata I,”.
“I nak kurus bukan pasal nak cantiklah, I takut I mati cepat sebab ada penyakit,” sergah Nida.
“Aik, marah, I puji U cantik pun nak naik angin,” dia gelak, Nida ni cepat betul naik angin, tapi cepat pulak sejuknya.
“Malas layan U, I nak tidur, dah sampai kejut. Apasal U bawa pergi makan jauh-jauh ni, I dah lapar,” dia menggeleng, Nida, Nida, macam puting beliung.
Bhg. 4
Hari ini dia masuk awal kepejabat. Apalah malang, enjin kereta tak boleh start. Terpaksalah dia menumpang ayah, kena keluar awal sebab ayah kena berpatah balik ke PJ.
“Awal Nida,” tegur Kak Seri.
“Tumpang ayah, kuda tua buat perangai, demam,” dia sengih. Kak Seri hanya menggeleng.
“Akak dah sarapan? Awal lagi ni, jom Nida belanja makan nasi lemak,” selepas meletak handbag didalam laci, dia merapati meja Kak Seri.
“Boleh juga, akak pun tak sempat nak sarapan, Abang Hakim kau nak cepat tadi,” terkedek-kedek mereka beriringan ke gerai makan berhampiran pejabat.
“Cukup ke banyak tu, tambahlah lagi, abang belanja,” dia terkejut. Wajah sipengganggu dijeling. Kak Seri turut mengangkat wajah.
“Kamu ni Hafiz, tak reti nak bagi salam,” marah Kak Seri.
“Dah, akak dengan Nida yang tak dengar, kusyuk ngadap makanan, sampai orang berdiri depan mata pun tak nampak,” usik Hafiz. Nida buat tak dengar, melayan Hafiz bersembang hanya akan merosakkan mood paginya.
“Kau tak makan?” hanya Kak Seri sahaja yang tak sampai hati nak memalukan Hafiz, dia layan juga budak lelaki suku masak itu bercakap.
“Saya diet kak, pagi-pagi ni minum air suam aje, jaga badan,” Nida tahu kata-kata itu ditujukan khas, paling istimewa untuknya. Namun dia tak ambil pusing. Mee hoon goreng dalam pinggan dihabiskan. Teh limau nipis suam dihirup perlahan.
“Tak nak tambah Nida?” Hafiz tak puas hati kerana Nida tidak mengendahkannya.
“Encik Hafiz, saya takde mood pagi ni, tolong jangan ganggu saya,” Nida merenung tajam kedalam anak mata Hafiz.
“Eh, kenapa takde mood, gaduh dengan pakwe ke, tak pun, susah hati sebab tak ada pakwe,” muka Kak Seri berubah. Dia kesian melihat wajah Nida yang mula merah.
“Jom Nida masuk office, akak ada kerja tak siap lagi ni,” Kak Seri dah bangun, dia tak mahu berlama-lama disitu, takut Nida mengamuk.
“Jomlah kak, duk sini pun bukan ada apa, langau banyaklah,” Nida turut bangun. Dia menghampiri Mak Cik Bedah, selesai membayar dia membontoti Kak Seri keoffice. Dia tahu wajah Hafiz berubah mendengar kata-katanya. Dia tak berniat nak menyakiti hati lelaki itu, tapi hatinya yang terluka, pernahkah orang ambil tahu?
Nida leka bercinta dengan kerja-kerjanya. Ruang pejabat yang agak riuh tidak diendahkan. Dia memang agak kurang bercakap kalau banyak kerja yang menghambat.
“Nida, ada barang untuk kau,” Rokiah, sipenyambut tetamu yang cantik ala-ala Norish Karman menjerit memanggilnya.
“Barang apa?” tak pasal-pasal dia turut menjerit. Perhatian seluruh pejabat tertumpu kepada Nida dan Rokiah.
“Manalah aku tahu, ni ada orang hantar, siap dengan roses,” Nida tergamam. Salah orang kot, tak pernah ada orang hantar ros, mimpi agaknya.
“Sure ke untuk aku?” jeritnya lagi. Malas benar nak bangun dari kerusi.
“Ada berapa orang Ika Hanida kat sini?” Rokiah mula menapak membawa sebuah bungkusan hadiah dan roses merah 25 kuntum kemejanya.
“Siapa hantar?” soalnya.
“Anak cina, dah blah dah budak tu, bukalah hadiah tu,” gesa Rokiah. Teman-teman sepejabat yang lain pun turut menanti. Ajaib, orang paling low-profile dapat bunga, memang menjadi isu hangat.
“Tak naklah, ni mesti ada orang nak kenakan aku ni,”.
“Aku buka ya,” Rokiah mula mencapai kotak hadiah diatas meja.
“Tak payah, aku nak buka sendiri karang, kau pergi buat kerja. Terima kasih banyak sebab sudi hantar kat meja aku,” dia menarik kotak tersebut dan meletak dalam laci meja. Rokiah mencebik, eleh, berlagak.
“Nida, call,” Sofea menyambung talian kemejanya.
“TQ Fea, Hello,”.
“Happy birthday Nida, U dah dapat hadiah tu?” dia terkejut mendengar suara Radzi. Dah dekat seminggu tak terima email, tiba-tiba lelaki itu call.
“Mana U tahu hari ni birthday I?” tanpa sengaja, suaranya terkuat. Sekali lagi mata-mata ramai tertumpu kearahnya.
“I upah PI,” Radzi tergelak.
“U kemana seminggu ni?” soalnya, suaranya kembali terkawal.
“Adalah, nanti I cerita, U tunggulah email I nanti, Happy Birthday Nida, I wish all your dream will come true, hope U suka hadiah tu,” Nida hampir menitiskan air mata.
“Thanks Radzi, I hargai ingatan U pada I,”. Sebaik meletak gagang telefon, kak Seri menghampirinya.
“Happy birthday Nida,” Kak Seri menghulur tangan. Nida bangun, dicapai tangan Kak Seri dengan ucapan terima kasih.
“Akak tak tahu hari ni birthday Nida, akak tak prepare hadiah,” kata Kak Seri lagi.
“Tak apa, persahabatan kita ni lebih berharga sebenarnya, Kak Seri sudi layan Nida sebagai seorang adik, itu lebih membahagiakan Nida,” ucapnya kudus. Air matanya bergenang. Dia sendiri tak ingat hari itu ulangtahun kelahirannya.
Bhg. 5
Suasana agak romantik. Tak pernah seumur hidup dia ber’candle-light-dinner’. Hari ni cukup istimewa, Radzi buat surprise untuk kali kedua. Keluar dari pejabat, lelaki tu telah menunggu.
“I nak ajak U dinner, celebrate your birthday,” dia agak segan, teman-teman sepejabat yang turut sama ada disitu tersenyum-senyum. Lebih-lebih lagi Radzi menghulurkan sejambak mawar putih.
“Kenapa tak cakap awal-awal, nasib baik I takde date dengan orang lain,” dia cuba buat lawak untuk menutup rasa malunya.
“Alah, I dah baca diari U, I tahu U takde date malam ni,” usik Radzi pula, dibukanya pintu kereta untuk Nida. Sesungguhnya Nida keliru, untuk apa dia dilayan sebaik itu. Siapa dia dalam hidup Radzi. Apa hubungannya dengan Radzi hingga dilayan seistimewa itu?
“Okay ke makanan tu?” Radzi memecahkan belon angannya.
“Hah? Oh, okay, sedap,” agak malu, berangan masa makan.
“U ingatkan someone ya,” duga Radzi.
“Nope, I terfikir, apa pasal U bersusah payah begini,” Nida berterus terang.
“Saja, sebagai menghargai U, penghargaan dari seorang kawan, untuk seorang kawan, tak salahkan?”Radzi meminjam ayat Nida tempohari. Nida senyum, dia mengangguk-angguk.
“Kenapa U banyak diam malam ni?” Radzi menyoal bila dilihatnya Nida membisu.
“I terharu dengan perhatian U. Anyway, thanks sebab kasi I ubat diet tu, mahal tu, I pun tak mampu nak beli,” dia mengangkat wajah, membalas pandangan Radzi.
“I nak bagitahu U sesuatu,” Radzi menambah debar didada Nida.
“I faham perasaan U, I tahu U rasa rendah diri dengan fizikal U. I nak merealisasikan impian U, I nak tengok U kurus. Tapi, kalau U tak berjaya untuk kurus, I nak U tahu seperkara, U tu cantik. Walaupun U sihat, U tetap menawan. Kadang-kadang orang tak pandang seorang perempuan tu sebab dia kurus, langsing, cantik, orang tengok pada sikap dia. Macam U, U baik, lembut, U ada tarikan yang tak ada pada orang lain. Orang macam U, lebih sensitive dan prihatin dengan masalah orang lain. U lebih ambil berat tentang diri orang lain, U special. I anggap U kawan baik I, I menghargai U sebagai kawan I,” air mata Nida menitis. Terharu dengan pengakuan Radzi.
“U jangan salah anggap dengan apa yang I buat. I kasi U ubat diet bukan sebab I nak perli U, I ikhlas, remember, I pernah cakap I ikhlas berkawan dengan U? I dah buktikan, I tak melakukan semua ni kerana tercabar atau dicabar. I senang kawan dengan U,” Nida sekadar mengangguk. Bibirnya terkunci, dadanya sebak, dia tak mampu berkata-kata.
“Erm, sepekara lagi yang I nak bagitau U,” Nida mengangkat wajah.
“I cuti seminggu hari tu, balik kampong,” Radzi senyum.
“Patutlah tak send email,” balas Nida.
“I balik bertunang,” Nida tersentak.
“Really, sampai hati U tak bagitau awal-awal, tahniah,” ada sejalur rasa yang tak dapat ditafsirkannya didalam hati.
“I tak nak bagitau U awal-awal, sebab I pun tak sangka akan bertunang secepat ini. Actually I baru kenal tunang I ni,” jelas Radzi.
“Erm..jangan U lupa jemput I masa makan nasi minyak sudah,” sebolehnya Nida menyorokkan perasaan yang dia sendiri tidak mengerti jauh dilubuk hati.
“U orang pertama I layangkan kad jemputan nanti,”.
Bhg. 6
Dah berjam-jam dia berfikir. Mawar putih masih dalam pelukan. Dia cuba mentafsir rasa yang sedang bersenandung dalam hatinya. Selama ini, dia tak pernah berjumpa dengan lelaki sejujur Radzi. Lelaki itu, yang hanya dikenali melalui IRC, dia tidak pernah meletak kepercayaan untuk mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi yang dikenali dalam alam cyber itu. Dia hanya suka-suka, membuang masa berbicara, berdiskusi diruangan itu. Dengan menggunakan nick Mahsuri, memang ramai yang terpikat dengan nama itu. Dia geli hati, ramai sangat nak jadikan dia adik angkat, kakak angkat, nak minta jadi buah hati pun ada. Dia tak berminat, kerana dia sedar dirinya siapa. Dengan Radzi ini pun, dah hampir 5 bulan berkenalan baru dia tergerak hati untuk berjumpa. Tak sangka, Radzi masih lagi sudi berkawan dengannya.
Mujur juga Radzi memberitahu awal-awal bahawa dia dah berpunya. Kalau tidak, pasti dia salah sangka dengan layanan baik dari lelaki itu. Maklum sahaja, hati perempuan memang rapuh, lebih-lebih lagi dia, yang agak kesunyian. Nida mengeluh, ubat diet yang dihadiahkan Radzi diteliti. Rasanya dia tak patut menerima ubat yang mahal itu. Bukan satu set, tapi 5 set, siap dengan jadual pemakanan sekali. Dia tahu, ubat itu mahal. Bukan dia tak teringin mencuba, ramai yang berkata ubat tu berkesan dan tak mendatangkan mudarat, tapi dia tak mampu. Gajinya bukan besar, nak bayar duit kereta, isi minyak, hulur kat emak sikit, akhirnya tinggal kepingan syiling. Dia berkira-kira nak pulangkan balik ubat tersebut.
Pagi-pagi lagi dia dah hantar email kepada radzi.
‘Radzi, I tak dapat terima ubat diet tu. I nak pulangkan balik pada U. I tak layak untuk menerima sesuatu yang mahal macam tu. I harap kita boleh jumpa, I nak serah balik pada U’.
Tengahari itu dia mendapat panggilan dari lelaki itu.
“U ni kenapa?” suara Radzi agak keras.
“Kenapa apa? I sihat aje,”.
“I bagi U ubat tu ikhlas, kenapa nak pulang balik?”
“I susah hatilah Radzi. Ubat tu mahal, I tak sampai hati nak terima. Biarlah gemuk pun, I tak kisah. Tak elok U membazir untuk I,”.
“I dah bagi, U makan ajalah, I tak nak U pulang balik. Lagipun bukannya I boleh pulang balik ubat tu kat kedai. U jangan fikir banyak sangat Nida, ambil aja. Ke, U tak sudi terima pemberian I?”.
“Radzi..” dia mati kata.
“Kalau U pulang balik ubat tu pada I, maknanya U yang tak ikhlas terima I sebagai kawan,” talian telefon putus. Suara Radzi agak keras. Dia terkedu, salahkah perbuatanku?
Bhg. 7
Sejak hari itu, dia tak berani nak hantar email kepada Radzi. Lelaki itupun senyap. Tiada panggilan telefon dan email. Dia serba salah, adakah dia telah membuat kesalahan yang besar, marah sangatkah Radzi padanya? Hampir 2 minggu, Nida mula dihimpit rindu. Walaupun Radzi hanya kawan, dia tetap menganggap Radzi seorang yang istimewa. Teringat lagu nyanyian Aishah, ‘walaupun kau bukan kekasih, namun bukan sekadar teman biasa, hadirmu membawa cahaya, dihati yang gelita…oh sayangku..’
Nida memberanikan diri. Dia klikkan tetikus pada butang compose, ditaipkan alamat email Radzi didalam kotak, kemudian, sebaris ayat yang cukup ringkas ditaip ‘I’m sorry’. Diklik pula butang send, selamat. Email telah pun dihantar. Ditunggu balasan dari Radzi. Tengahari, petang, pagi esok, tengahari, petang…begitulah seterusnya, tiada balasan dari Radzi. Nida serba tak kena, pelbagai rasa meracun perasaannya. Dia takut untuk menghubungi Radzi, tak pernah Radzi berpelakuan begitu. Hampir sebulan, tiada sebarang berita dari Radzi. Nida mula dapat menerima kenyataan, cukuplah kebaikkan yang diberikan oleh Radzi selama ini. Terima kasih nya untuk Radzi kerana melayan dengan baik selama ini tak dapat disampaikan.
Masa berlalu, Nida kembali diulit dengan kerja. Dilontarkan segala kepedihan yang bersenandung dalam hatinya. Biarlah, sekurang-kurangnya dia pernah merasa bagaimana rasanya dilayan dengan baik oleh seorang lelaki. Pengalaman seketika bersama Radzi amat berharga. Dia tidak berani lagi memasuki pintu IRC. Baginya dalam dunia itu, bersepah dengan pelbagai ragam manusia. Tidak dapat ditafsir sejauh mana keikhlasan seseorang dengan hanya berbual kosong dimonitor computer. Dia senang dengan hidupnya sekarang, sekurang-kurangnya, dia punya keluarga yang bahagia, punya kerjaya sendiri.
“Tak keluar lunch ke, diet kot?” kedamaiannya terusik. Hafiz yang tersenyum-senyum kambing didepannya hanya dipandang sekilas.
“Tak payah dietlah Nida, kau tu memang dah baka macam tu, tak akan kurus kalau tak makan setahun pun,” lancang mulut Hafiz. Nida tetap membisu, dia cuba memekakkan telinga.
“Ke, kau tunggu pakwe bunga ros hari tu?” Nida mengangkat wajah.
“Hafiz, aku tak pernah kacau kau, kenapa kau nak kacau aku?” suaranya mendatar.
“Aku tak kacau, sekadar nak sedarkan kau dari mimpi,” merah wajah Nida. Dia rasa terhina dengan bicara Hafiz.
“Dah lah Hafiz, aku tak ada masa nak layan kau,” dia capai beg berisi kain telekung dan menuju kesurau. Hatinya tersayat luka, entah kenapa Hafiz begitu suka mengganggu hidupnya. Sejak dari dia mula masuk kerja disyarikat itu setahun dulu. Hafiz salah seorang staff sebumbung seperti membenci amat dirinya.Entahlah, dia masih mampu bersabar, selagi mampu, dia akan bersabar.
Balik dari surau, ruang pejabat dah mula riuh. Teman-teman yang baru masuk kepejabat meriah bercerita. Dia tak endahkan keadaan keliling. Dia tak ada mood nak beramah mesra. Hati yang terusik dengan gelagat Hafiz membuatkan dia hilang rasa ceria.
“Nida, atas meja tu ada buah, makanlah,” Kak Seri menegur apabila dia melewati meja wanita beranak dua itu.
“Kenapa susah-susah ni kak?”.
“Apa yang susahnya? Bukan akak kena panjat pokok petik buah tu, makan ajelah, jangan diet melampau,” perlahan suara Kak Seri. Nida senyum, kepalanya digelengkan.
“Saya bukan diet kak, cuma tak ada selera,” dia menyimpan beg berisi telekung.
“Nida, akak nak tanya sikit boleh?” Kak Seri telah pun duduk dihadapannya.
“Erm..”
“Apa dah jadi dengan budak Radzi tu? Akak tengok Nida pun macam susah hati aje kebelakangan ni,”.
“Entahlah Kak, tiba-tiba dia menyepi. Mungkin dia marah sebab saya nak pulangkan ubat diet tu,” Nida mengeluh kecil.
“Kenapa Nida nak pulangkan, makanlah, akak tahu, adik akak sure cantik kalau kurus,” pujuk Kak Seri.
“Tak naklah Kak, kalau nak kurus pun, biar tanpa ubat, saya nak usaha sendiri, lagipun, saya tak nak terhutang budi,”.
“Terpulanglah Nida, akak harap kamu jangan patah semangat,” sempat dia berpesan sebelum kembali kemejanya.
“Thanks kak,”.
Bhg. 8
Tiga bulan berlalu. Nida telah mula belajar untuk melupakan. Biarlah kalau tempoh persahabatannya dengan Radzi hanya sependek itu. Dia tidak mahu mengharap lagi. Bukan dia tak cuba menghubungi Radzi, cuma lelaki itu yang tega tidak membalas emailnya. Untuk menghubungi lelaki itu melalui telefon, amat tidak mungkin, kerana dia tak pernah menyimpan nombor telefon apatah lagi alamat lelaki itu.
Hari ini hari dia selesaikan semua kerja yang tertunggak. Sebelum balik, mejanya dikemas, disusun alatulis dengan elok. Fail-fail yang penting telah diserahkan kepada Alis.
“Balik dulu ya kak,” dia bersalam dengan Kak Seri.
“Erm, drive elok-elok. Tenangkan perasaan, lupakanlah apa yang lepas-lepas tu, jangan kamu tak ingat nak balik sini sudah,” pesan Kak Seri. Nida tergelak kecil.
“Apalah Kak Seri ni, macamlah Nida pergi lama sangat, seminggu aje tau,”.
“Dalam seminggu macam-macam boleh jadi Nida,”.
“Manalah tahu ye kak, terserempak tauke keropok lekor ke, tauke batik ke,” seloroh Nida.
“Butalah orang tu kalau nak kat kau Nida,”serentak Nida dan Kak Seri berpaling.
“Kau ni kenapa Hafiz?” Kak Seri mula naik angin. Selama ini dia boleh bersabar, tapi hari ini dia tak dapat menahan perasaan geramnya terhadap lelaki itu.
“Kenapa kak, salah ke cakap saya?”
“Dah lah tu kak, Nida tak kisah, biarkan aje lah. Bukan luak pun, Nida balik dulu ya kak,” Nida terus berlalu.
Dia banyak berfikir sepanjang perjalanan ke Terengganu. Segalanya akan cuba dilupakan dalam masa seminggu ini. Dia mahu rehatkan fikiran. Perasaannya perlu ditenangkan. Bukan senang dia hendak mendapatkan keizinan emak. Berbakul-bakul bekal nasihat yang mak kirimkan. Emak risau, dia tak pernah kemana-mana bersendirian. Kali pertama izinkan, itupun dengan janji yang berjela-jela.
Sampai ke Kuala Terengganu, dia menghubungi Mastura, sahabat baiknya sewaktu dikolej dulu. Sambil menanti Mastura, dia menjamu perut dengan keropok lekor goreng dan air kelapa. Makan ditepi laut, ditemani angin dan ombak, benar-benar berjaya membuang segala kekeruhan dihatinya.
“Nida!” terdengar namanya dijerit.
“Mas..” macam dalam filem Hindustan, dia berlari mendapatkan Mastura. Mereka berpelukan.
“Rindunya aku dekat kau, kau drive sorang aje dari KL?”
“Ha’ah, nak berapa orang lagi?” dia sengih, mengunjukkan plastik berisi keropok lekor pada Mastura, teman itu hanya menggeleng.
“Kau datang ngan sapa?”.
“Angah aku hantar tadi, aku dah suruh dia balik,”.
“Maaflah Mas, susahkan kau aje,”.
“Tak apa, aku suka kau sudi datang umah aku yang buruk tu, kau jangan bimbang, kau akan jadi tuan puteri selama berada kat sini, aku dah apply cuti, kita gi jalan puas-puas ya,” dia keseronokkan, inilah peluang yang dinanti-nantikan.
“Thanks, kau memang best,”.
“Jom, mak aku dah masak sedap-sedap untuk kau, hari tau kau request laksamkan, hah, makan puas-puas,” Mastura menarik tangannya.
“Bertambah gemuklah aku,” kedua-dua gadis itu ketawa, ria.
Bhg. 9
Dia malu-malu alah. Keluarga Mastura mesra sungguh. Dia dilayan macam ahli keluarga sendiri, tak, kadang-kadang dia terfikir yang dia ni MB masuk kampung, ditatang macam minyak yang penuh.
“Makanlah Nida, tok soh malu-malu,” Acik Leha, emak Mastura menegurnya.
“Ya mak cik, takde malulah,” dia angguk, mukanya merona merah. Apa taknya, dia dapat rasakan angah, abang Mastura yang nombor dua tak sudah-sudah perhatikan dia.
“Yang mu tu tak makang lagi kenapa ngah?” bukan angah aje yang terkejut, dia pun terkejut sama dengan teguran dari Cik Leha.
“Tak dok bendalah mak, heran tengok orang KL ni, pemalu sangat,” sudah, dia pula yang menjadi alasan.
“Tok soh renung lelama Ngah, anak dara orang tu,” usik Mastura, membuatkan jarinya laju mencari peha gadis itu.
“Makanglah, tok soh maingkan dia, nangih nanti,”Cik Leha menghulurkan sambal ikan pada Nida.
“Gheti ke makan ikan tu, ikan kayu tu,” usik Lina adik Mastura pula.
“Hah?” dia ternganga, kayu?
“Tok soh dilayan budak-budak ni Nida, ikan tu ikan aya, ada orang panggil ikan tongkol, alah, ikan tuna tu adik-beradik dia la tu,” rajin Cik Leha memberi info, Nida sekadar senyum dan mengangguk.
“Sedap cik,” pujinya ikhlas.
“Hah, dah sedap tu makan, mu buat dok nampok aje budak-budak ni,” balas Cik Leha dalam rojak bahasa Melayu-Terengganunya.
Selesai mengemas, Nida dan Mastura duduk-duduk diatas pankin dibawah pohon mangga yang rendang.
“Esok, kita gi Cendering ya, view kat sana cantik,” cadang Mastura.
“Erm..bestnya, aku nak amik gambar banyak-banyak,”.
“Ke kau nak pergi shopping dulu?”
“Alah, aku lama lagi kat sini, bila-bila pun takpa, kereta tua tu sedia bawa,” tergelak-gelak dua gadis dibawah pohon mangga itu.
“Mas, tak mboh ajok mek comel tu gi bandor ke?” angah menegur dari atas beranda. Dia bertenggek atas tangga batu sambil main gitar.
“Haa, malam ni gi bandar ye, kalau kau nak tengok pemandangan waktu malam kat sinilah, takde apa special pun, tapi malam ni ada pasar malam, selalunya kitorang tak masak kalau ada pasar malam, import je makanan dari sana,” Mastura nampak seronok dapat melayan Nida.
“Aku no problem,”.
“Takpe, malam ni pergi ngan angah, angah nak belanja orang KL,”.
“Nida bukan orang KL lah angah, Nida pun orang kampung jugak, cuma duduk aje kat KL,” kurang sedikit rasa segannya pada abang Mastura itu.
“Samalah tu, malam ni, Nida mintalah nak makan apa pun, angah belikan,” Nida ketawa.
“Mentang-mentanglah Nida gemuk, angah asyik ingat nak belanja makan aje ya,” dia mengusik.
“Isk, ada ke pulak, angah belum habis cakap lagi, kalau Nida nak benda-benda lain pun angah sure beli punya, jangan minta masjid terapung tu cukup, pitih angah tak cukup,”.
“Amboi, seronoknya orang berdua ni, macam kita ni tak wujud pulak. Ngah, sejak bila jadi manusia murah hati ni, skala tu payoh nak belanja,” Mastura mencelah.
“Bila pulok, awok kan dah keje, buat apa ngah nak belanja, Nida ni kes lain, dia tetamu kehormat,” wajah Nida berona merah.
“Jangan kata gitu ngah,” dia tak tahu nak kata apa, yang pasti dia rasa dihargai disini.
Bhg. 10
Dia berjalan-jalan disepanjang pesisiran pantai. Desiran ombak yang membasahi kakinya memberikan dia rasa bahagia. Tanpa ditemani Mastura, dia berseorangan dipetang nan indah itu.
“Tak takut kena culik ke jalan sorang-sorang ni?” Nida terkejut, segera dia berpaling kearah pemilik suara.
“Angah ni, biasa ke buat kerja takut-takutkan orang ni,” dia mengukir senyum.
“Tak adalah, ni kali pertama, kenapa, takut ke, sorry lah,”.
“Awal angah balik hari ni, tak gi dating dulu ke?”
“Ewah, serkap jarang nampak, Nida salah soalan le, patutnya Nida tanya, lambat angah sampai, dah lama Nida tunggu nak berdating dengan angah kat sini,” Angah ketawa kuat, manakala Nida menarik muncung.
“Ke situ pulak,” Nida mula mengatur langkah, membiarkan Angah menghabiskan sisa tawanya.
“Weih, merajuk ke, janganlah gitu, angah gurau aje, comel juga ye muka orang merajuk, macam teddy bear,” angah mendekatkan diri dengan Nida.
“Sapa pulak nak merajuk, angah ni kan, hei…nak aje Nida campak kat laut, bagi jerung makan,” dia pura-pura marah.
“Sampai hati Nida, kalau angah tak ada nanti, Nida rindu pulak. Mulalah ada orang tak lalu makan, tak lena tidur,” usik angah lagi.
“Perasan,” hanya itu yang lahir dari bibirnya. Nida mula teringatkan seseorang, rindukah aku padanya?
“Kenapa ni Nida, angah salah cakap ke?” angah mula panik melihat riak wajah Nida yang berubah mendung.
“Tak ada apa-apalah angah, Nida okay, Nida nak baliklah, nanti Mas cari pulak,” segera dia berlalu, entah kenapa perasaan sayu menyentuh nalurinya.
***
“Nida, ada orang kasi,” Mastura meletak sebuah bungkusan dihadapannya.
“Sapa kasi?”
“Bukalah dulu, baru tahu,”Mastura tersenyum-senyum.
“Tak naklah, kau main-mainkan aku ya,”.
“Eh minah ni, aku tak de masa nak main-mainlah, bukalah, aku nak tau juga apa isinya,” gesa Mastura. Perlahan-lahan Nida membuka bungkusan sederhana besar itu.
“Sapa kasi ni Mas, kenapa pulak berhadiah-hadiah ni, confius aku,” Nida mengerut dahi.
“Eee..comelnya, geramnya aku, nak tahu kau bacalah kad tu,”.
‘Istimewa buat budak comel,
janganlah merajuk, sorry kalau angah buat salah’.
“Angah?” sekali lagi dahinya berkerut. Mastura angguk, bibirnya terukir senyuman.
“Dia minta maaf, dia takut kau marah dia sebab dia salah cakap, eh, bagitau lah kat aku, angah buat apa kat kau?” Mastura mula nak menyibuk.
“Tak ada apa-apa, dia salah fahamlah ni,”.
“Salah faham apa? Kau tahu tak, aku tak pernah tengok angah segelabah macam ni, masa putus dengan Kak Firah dulu pun tak seteruk ni muka dia,” Mastura menarik Teddy bear yang dihadiahkan angah dari tangan Nida dan menempatkan didalam pelukannya.
“Aku teringatkan Radzi, ingat tak budak yang aku kata bagi aku ubat diet tu, tiba-tiba aku rasa sedih, tu aku balik terus dari pantai tadi, agaknya angah ingat aku marah kat dia kot,” jelas Nida.
“Oh, gitu, takpe, nanti aku khabarkan kat dia. Eh, kau rasa sesuatu tak Nida,”.
“Rasa apa?”.
“Angah macam ambil berat kat kau,”.
“Gila, merepek lah tu,” Nida menolak bahu Mastura.
“Betullah Nida,”.
“Kau jangan Mas, aku tak sukalah tengok muka kau tersengih-sengih macam ni, buruk macam monyet sarkas,” Nida bangun dan menuju kepintu.
“Aduh!” terdengar jeritan Nida, segera Mastura bangun dari katil.
“Kenapa?”
“Sorry,” Nida dan angah berdiri kaku, sambil mata masing-masing bertatapan.
“Woi, kenapa ni?” sergah Mastura sambil tersengih-sengih.
“Tak ada apa-apa,” segera Nida menuju semula kedalam bilik, wajahnya merona merah, malu, sesungguhnya dia malu yang teramat.
“Angah, dah kena sumpah jadi patung ke?” terdengar suara Mastura menegur angah yang masih kaku dihadapan pintu bilik.
“Say sorry kat Nida, kata kat dia angah ajak date petang esok,” angah berlalu dengan senyuman.
“Kau dengar tak Nida? Kau dengar tak tadi apa yang angah kata?” Mastura keseronokkan. Dia mencampakkan diri diatas tilam empuk.
Nida hanya membisu, dadanya masih berdebar kencang, masih terbayang adegan perlanggaran antaranya dan angah didepan pintu, masih jelas dilayar ingatan, tajam mata angah merenung kearahnya.
“Nida, kau dengar tak aku cakap apa ni,”Mastura menampar pehanya.
“Aku dengar, aku takut Mas,” tiba-tiba air matanya mengalir.
“Kenapa ni Nida?” Mastura mula cemas.
“Aku tak tahu, tiba-tiba aku rasa takut, aku…aku..aku takut,”Nida menutup mukanya dengan telapak tangan.
“Syyhh..jangan macam ni Nida, aku faham perasaan kau, dan aku rasa kali ni kau tak perlu takut, sebab aku kenal angah, aku tahu hati angah,” Mastura seakan memahami gelodak rasa dihati sahabat baiknya itu.
Nida gelengkan kepala, suaranya umpama tersekat ditekak.
“Aku tak nak main api Mas, aku tak mahu ambil risiko,aku sedar diri aku siapa Mas,”.
“Percaya kat aku, kau akan dapat merasa bahang bahagia dari api itu, dan aku pasti kau tak akan terbakar dalam kecewa. Kau jangan pandang rendah pada diri kau, cuba kalau sesekali kau fikir benda yang positif, aku tahu kali ni kau tak akan salah langkah, sebab angah aku bukan macam spesis yang pernah mengecewakan kau dulu,” bersungguh-sungguh Mastura meyakinkan.
Bhg. 11
Masing-masing senyap. Dunia bagai baru digegar garuda, sunyi, sepi.
Nida tunduk, dia takut untuk membuka mulut, ruang masa dibiarkan berlalu dengan membisu. Angah juga sama, matanya telus memandang hujung laut yang bersatu dengan langit nun jauh dihujung sana. Bibirnya juga terkunci, entah mengapa petang ini mulut yang biasa mengusik itu bagaikan bisu. Lidahnya umpama terpaku.
“Tak sakit leherke pandang pasir tu?” setelah beberapa ketika baru angah berjaya mengumpul kekuatan untuk memulakan bicara.
Nida mengangkat wajah yang telah merona merah, namun pandangannya tidak tertumpu pada angah, sebaliknya dibuang kearah laut luas.
“Agaknya muka angah ni buruk sangat kot sampai orang tak sudi pandang, atau….ada orang rasa terpaksa datang sini?” sekali lagi angah bersuara, kali ini dia berjaya menarik lirikan mata Nida beralih kearahnya.
“Kenapa diam aje ni? Mana hilangnya suaramu yang manja, tawamu yang ria, senyummu yang indah?” angah bagaikan sedang bergurindam.
Nida mula mengukir senyum, rasa segan, takut dan pelbagai rasa yang terhimpun didadanya sejak semalam mula berkurangan.
“Ada apa angah ajak Nida datang sini?”
“Tak boleh ke? Kan Nida suka laut, kalau boleh Nida nak ada rumah kat tepi laut,” penyakit mengusik angah kembali menular.
“Terima kasih aje lah, hari Nida takde mood nak tengok laut,” Nida pura-pura marah.
“Jangan macam tu, kesianlah kat laut tu, kalau Nida benci kat dia, sapa lagi yang sudi nak tengok dia? Mata orang lain tak sama macam mata Nida,” bicara angah diseliti maksud yang tersirat.
“Nida ni bukan bagus pun angah, ada beribu mata kat luar sana yang lebih cantik dari mata Nida,” balas Nida juga tersembunyi dengan maksud yang mendalam.
“Tapi, mata yang lebih cantik tu, tak ada makna bagi angah, tak ada isi, mata Nida berisi dengan sesuatu yang angah cari,”.
Nida hanya membisu, dia tak tahu nak membalas kata.
“Angah tak pernah ada rasa macam ni, eh, tipulah kalau tak pernah, actually, dah lama tak rasa macam ni, rasa nak senyum sorang-sorang, rasa tak boleh nak buat kerja, rasa nak selalu ada kat rumah, rasa nak selalu ada kat samping seseorang,” angah sambung bicara bila dilihatnya Nida sekadar membisu.
“Angah, rasa-rasa tu hanya perasaan yang datang sekejap aje, percayalah kat Nida, tak lama lagi, rasa-rasa tu akan hilang, angah tak usahlah layan sangat rasa-rasa tu,” perlahan suara Nida berlawan dengan desiran ombak.
“Tak, angah tahu rasa-rasa tu bukan hanya untuk masa yang singkat, angah tahulah, sebab rasa-rasa tu kan angah yang punya, angah yang control,”.
“Sorrylah angah, Nida tak tahu nak tolong, Nida bukannya doktor, nujum jauh sekali,”.
“Angah tahulah Nida bukan nujum, tapi, hanya Nida sorang aje yang boleh rawat perasaan angah ni,” kali ini Nida menoleh pandang, dua mata bertemu, dibawah sinar mentari petang, bersaksikan laut luas terbentang, diserikan camar berkicau terbang, dua rasa menjadi satu.
Bhg. 12
Sekembalinya dari bercuti disambut meriah oleh Kak Seri.
“Wah, berseri muka, dah terjumpa dengan taukeh keropok lekor ke?” usik kat Seri.
“Merepeklah, mana ada. Keropok lekor ada, taukeh tak ada, nah, untuk Kak Seri, tak beli apa-apalah kak,” Nida menghulur seplastik keropok lekor dan keropok keping, beserta sehelai sutera batik.
“Lah, buat apalah banyak-banyak ni, akak tak pesan apa-apa pun,”.
“Untuk anak-anak akak, alah, sikit aje tu,”.
“Seronok bercuti?”
“Erm..seronok, rasa macam tak nak balik sini,” senyum penuh makna terukir dibibirnya.
“Adalah tu nak rahsia dari akak tu. Eh, nasib akak tak lupa, hari tu Radzi call,” berubah wajah Nida mendengar kata-kata Kak Seri.
“Dia ada tinggal pesan?”
“Tak ada,”.
“Tak apalah,” Nida on butang komputernya dan mula menyambung ketalian internet.
‘Sorry kerana tak menghubungi U. Kalau U sudi, I nak berjumpa dengan U,’ ringkas ayat yang diterimanya. Matanya mula berkaca, mengapa kau hadir semula tatkala aku telah berjaya mengambus namamu dari hati ini?
Belum sempat dia membalas email dari Radzi, telefon dihadapannya berbunyi.
“Hello,”
“Assalamua’laikum, Nida?”
“Waa’laikumsalam, siapa tu?”
“Radzi ni, Nida, I’m sorry, boleh I jumpa dengan U?”
“Okay, petang nanti kita jumpa,”.
“I ambil U kat office?”
“Tak payah, I drive hari ni, I akan pergi sendiri,”.
“Okay, kalau macam tu, tunggu I kat restoran yang kita pergi dulu, U ingat lagi tak?”
“Erm, I ingat, jumpa kat sana pukul 6.00,”.
***
Dari jauh dia dah nampak Radzi menanti dimeja disudut restoran tersebut.
“Sorry lambat, jalan jammed,” dia senyum, wajahnya cuba diselambakan.
“Tak apa, I pun baru aje sampai,”.
Seketika, masing-masing senyap, mungkin sedang mencari idea memulakan bicara.
“I call office U last week, diorang kata U bercuti, kemana?” Radzi juga nampaknya cuba berlagak selamba.
“Tak kemana-mana, berehat kat rumah aje, kenapa U cari I?”
“Salah ke I cari U?”
“Tak, tak salah, itu hak U, U boleh nak cari I bila-bila masa U nak, dan U boleh menyepikan diri sesuka hati U,” ada sedikit getaran pada suara Nida.
“Sorry, I tahu U kecil hati dengan I,”.
“Tak, I tak berkecil hati dengan U, malah I nak berterima kasih, I takut I tak dapat ucapkan terima kasih pada U kerana pernah membuatkan I rasa bahagia,” cairan jernih dibibir mata segera diseka.
“Nida, I rasa bersalah pada U, I rasa I dah lukakan perasaan U,”.
“Jangan berfikiran macam tu Radzi, U tak perlu ada rasa macam tu, sebab tak ada pertalian antara kita yang memberikan U hak untuk merasa begitu,” Nida gelengkan kepala, seboleh mungkin dia menahan diri dari menitiskan air mata.
“I tahu U bencikan I, I dah rosakkan kepercayaan U pada I, I tak tepati janji untuk menjadi sahabat U yang ikhlas,”.
“Sudahlah Radzi, I tak pernah ungkit cerita ni. Sejak berbulan dulu, I biarkan segalanya berlalu dengan aman, I tak nak U fikir yang bukan-bukan, I boleh terima segalanya dengan rasional,’”.
“Tapi I tak boleh nak biarkan U membenci diri I. I nak U tahu bahawa I hidup dalam keadaan celaru selama beberapa bulan I menyepi diri ni. I lakukan semua ini kerana I takut, I takut dengan perasaan sendiri, I takut I akan melukakan banyak hati,”.
“I tak faham Radzi,” Nida menombak pandang kewajah Radzi yang keruh.
“I rasa I dah mula sayang pada U, I cuba jauhkan diri dari U sebab I ingat I dapat melupakan U, tapi I silap, makin I cuba melupakan, semakin bertambah perasaan yang cuba I kikis tu,” penjelasan Radzi membuatkan Nida terpana seketika.
“Tapi kenapa? Kita baru kenal Radzi, perhubungan kita tak lebih dari jalinan persahabatan, apa yang membuatkan …” kata-katanya terputus, Nida merasakan yang dia tak layak untuk menyoal, kerana dirinya sendiri pernah punya perasaan yang serupa suatu ketika dulu.
“Maafkan I Nida, perasaan tu datang tanpa dipaksa, dan I rasa U berhak menerima kasih sayang I,”.
“Jangan cakap macam tu Radzi, I tak mahu,”.
“Tapi I betul-betul ikhlas sayang kat U,”.
“U dah bertunang Radzi, dan… hati I dah terisi,”.
Bhg. 13
Majlis sederhana itu berjalan lancar. Tiada acara persandingan, tiada berkompang, hanya doa selamat dan jamuan makan. Mempelai yang berpakaian tradisi sedondon ungu muda itu nampak ceria. Kebahagiaan tergambar diwajah masing-masing.
“Tahniah, cantik adik akak,” satu ciuman singgah dipipinya.
“Terima kasih, akak dah makan? Mana anak-anak?”
“Dah, anak-anak dengan abang kat bawah khemah,”.
“Hai Nida, tahniah,” ucapan-demi ucapan diterimanya hari ini. Tak menang tangan dia menyambut salam tahniah dari teman-teman, sanak saudara dan semua tetamu yang hadir. Dalam keriuhan majlis, disisinya tak pernah lekang seseorang yang telah berjanji untuk menjadi pelindung dan peneman dirinya.
“Kot iye pun dah jadi awak punya, tinggal-tinggallah kejap, ni kawan-kawan datang dari jauh ni, tak nak layanke,” usikan-usikan nakal turut kedengaran.
“Bukan senang nak dapat ni,” balas lelaki disisinya.
“Nida, tahniah, aku tahu kau akan bahagia,” tubuhnya bersatu dengan Mastura.
“Thanks Mas, aku harap kau faham, kau kena terima segalanya dengan hati terbuka,” dia membalas dengan senyum manis.
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Iyelah, lepas ni kau kena hormat aku sebagai kakak ipar, kau tak boleh buli aku, kan angah?” dipandang lelaki disebelah dengan renungan manja.
“Oii…dah jadi laki,mana buleh panggil angah,” bidas Mastura.
“Opps….silap… abang…” pecah tawa dari mereka yang memerhati.
“Nanti dulu, betulke angah dah jatuh cinta dengan Kak Nida kita ni?” soal Mastura.
“Apa salahnya? Walau macamana pun dia, jiwa angah dah nobatkan puteri ayu ni sebagai ratunya,” Nida senyum malu dengan ketulusan jawapan angah.
Dari kejauhan, ada hati yang kontang sedang memandang, ada jiwa yang sedang meratap kebahagiaan yang sedang terbina, dan…doa kudus agar dia berbahagia tak lupa dihadiahkan untuknya.
“Nida, I tahu bahawa I telah silap kerana tak yakin pada naluri sendiri. I tahu I terlambat, I doakan U bahagia, semoga kita kekal sebagai sahabat,”.

Tamat.
Pena_sutera
09/10/2003
2:49 p.m.
No comments:
Post a Comment