03 April 2011

~ 8 REAKSI KES CURANG ~



1- Tidak semesra dulu .
 *jika sebelum ini, nampak kesungguhan dirinya dalam berhubungan, tetapi semuanya pantas bertukar. Bukan setakat tiada kata-kata manis, si dia juga seolah-olah mahu menjauhkan diri.

2- Resah melampau .
 *Bukan sahaje duduk tidak keruan, riak wajahnya juga membayangkan segale-galenya. Lebih-lebih lagi, si dia asyik melihat jam tangan...musykillah!

3- Mematikan nada dering .
  *Jika dulu, telefon andalah yang diterkam dulu untuk menguji tahap kesetiaan. Kali ini, si dia pula yang menyembunyikan telefon bimbit dan mengubah nada bunyi kepada mod gegar. Tidak cukup itu, telefon bimbit dibawa sampai ke bilik air. Faham-faham sajalah!


4- Mudah naik angin .
  *Pantang tersilap sikit, ada saja yang tidak kena. Jika si dia mahu selalu bersama, sekarang ada saja yang tidak kena. Pantang nampak kesalahan, bagai halilintar marahnya.

5- Kurang menelefon dan bertanya khabar .
  *Hakikat ini harus anda fahami semua. Ketika awal bercinta dulu, bukan main lagi gelagatnya menelefon serta mengahantar SMS. Sekarang, semua tinggal kenangan.

6- Alasan demi alasan .
  *Jika sudah berumah tangga, ada sja alasan untuk pulang lewat. Bagi yang bercinta pula, si dia kerap memberi alasan sibuk bekerja. Sedangkan, semua itu dusta kerana sebenarnya, si dia sibuk berpacaran dengan orang lain.

7- Panggilan rahsia .
  *Bukan saja ada kod rahsia pada telefon, si dia juga sering menyamar seolah-olah sedang bercakap dengan orang penting di tempat kerja, walhal itulah 'kekasih gelapnya'.

8- Tersasul .
  *Entah apa mimpi, si dia tiba-tiba memanggil anda dengan name panggilan yang manje dan berbeza. Jangan mudah terpedaya dengan nama palsu itu kerana disebalik ungkapan itu, mungkin si dia tersalah sebut name buah hati baru.


No comments:

Post a Comment