29 November 2010

Oh!! Puteri Bunianku...

BAB SATU
Skreet!! Sebuah Mercedez Kompressor berhenti tepat di petak parking yang tersedia. Beg dan fail segera dicapai dan tergesa-gesa keluar. TIT!TIT! Bunyi menandakan pintu kereta mewah itu telah terkunci. Raja Azian Najihah Tan Sri Raja Borhanuddin berjalan anggun. Sesekali berlari-lari anak menuju ke lif berhampiran.
Alamak, mati aku! Dah lambat nih...
Sampai di hadapan pintu ‘tutorial room’ itu, dia tarik nafas dalam.
Ok...,relax! One two three...
KRUEK! Dia melangkah masuk.
“Morning sir!”,
“Morning! Najihah..., you’re late! Again!”,Pensyarah berbangsa india itu bersuara, sambil menguntum senyum. Najihah sengih. Perli la tuh....
Selamba mengambil tempat di sisi sahabat baiknya, Shasha.
“Naper lambat?”,Setibanya di kerusi, Shasha terus menuju soalan. Dia sengih-sengih.
“Kereta I accident. Brother I bawak malam tadik!”,
“Really? So, how was it?”,
“Damn bad! Berapi betul I..”,

“Arr...yes miss! Anything to share with us?”,Entah bila pulak, lecturer itu berada di sisi mereka. Khusyuk sangat gamaknya bercerita.
“Err..nothing sir!”,
“So, why are you guys talking! I told you many times, i hate to see people talking when i’m talking in front! Pay attention! Because, what i gonna talk today, is very important for your final exam...”,
Najihah tarik nafas dalam.
There you go... . Start dah...bla..bla..bla..
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
Suasana di sekitar cafe itu agak riuh. Biasalah, peak hours. Semua student pun tengah macam rimau lapar cari makanan.
“Kata kereta sampai dua tiga! Tapi datang lambat jugak! Dah tuh, tak reti-reti plak nak behave properly. Lambat buat la cara lambat! Borak plak lagi.. . Last-last terpaksa buat extra class nak abiskan sillibus. Kita pulak yang rugi!”,
Di satu sudut, terdengar galak sekumpulan mencemuh.
“Jihah, you dengar tak bebudak tuh mengata you..”,Jihah berpaling memandang kepada kumpulan itu yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan. Jihah agak, mungkin mereka adalah dua pasangan kekasih. Dia menggeleng-geleng. Tak matured....!
“Biasalah wei, kata lagi anak Tan Sri. Raja lak tuh! Besarla lagak dia! Yang Mulia tuh....”,seorang lagi minah mengata.
Jihah gigit bibir geram. Eh, eh..minah-minah nih! Ini tak leh jadik nih...
“EHEM!!”,
Meraka tampak tersentak. Memandang kepada gadis jelita yang sedang berdiri di sisi meja mereka.
“Hi guys! Hangat nampak? Ada seat untuk i join?”,
Mereka berpandangan satu sama lain.
“La..pasal diam! Carry on! Kot-kot ada yang boleh I tambah?”,Masih sepi.
Jihah cekak pinggang.
“Lain kali, kot iye nak mengata, pandang le kiri kanan! I datang lambat ker, I sembang ker, you all rugi ker?”, Dia tukar pos berdiri.
“Kalau ada apa-apa kerugian, list out la, kot-kot boleh buat claim! I bayar balik! Puas hati?”,Dia senyum dalam kali ini. Walaupun manis, namun tajam, macam belati. Adui.., sakit sapa terkena!
Dia pandang seorang jejaka yang paling hampir dengannya. Dia senyum. Geleng-geleng. Lantas tangan pantas mengusap perlahan tepi bibir lelaki itu.
“Comot la you nih makan. Ada nasi kat pipi. Girlfriend you tak perasan kot! Ye lah, sibuk mengata orang”,Dia gelak kecil kali ini. Senang hati melihat wajah terpana si lelaki, dan wajah menyinga si gadis. Lantas dia berpaling untuk berlalu kembali pada Shasha.
“Sha..., kita makan kat luar la! Rimas makan sini! Banyak lalat....”,Shasha senyum.
“Ok, princess...”,
Lantas mereka ketawa kecil. Lantas dua gadis yang memang terkenal di kolej itu berlalu. Sempat dia berpaling semula kepada kumpulan itu.
Sorry salah orang member! Ini Najihah la...! Najihah tak pernah kalah...
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
“Masa dah tamat. Semua calon dikehendaki meletakkan pen. Pengawas peperiksaan akan mengutip kertas jawapan anda sekarang...”,
Dia membelek muka depan buku jawapannya itu. Memastikan nama dan nombor matrik telah dituliskan dengan betul. Puas hati dengan pengenalan diri yang ditulis, dia mengeluh perlahan. Bersandar ke kerusi empuk yang disusun khas untuk perperiksaan akhir semester Universiti Kebangsaan Malaysia itu. Tidak lama, datang pengawas perperiksaan mengutip kertas jawapannya.
Peghh....lega dah abis exam!!!! Ye!!! Merdeka!!!!
Dia senyum sendiri. Menoleh ke belakang pada rakan sekuliah, Mizi.
“Amacam?”,
“Kantoi siot! Adush...memang sah aku repeat paper nih...”,
Azim sengih.
“Lepak arr! Tak der nya ko kena repeat tuh! Lepas lah..”,
Mizi menepuk-nepuk dahi. Tampak kecewa benar dengan soalan kertas akhir mereka itu. Azim segera berpaling, lantaran melihatkan sahabatnya itu nampak kecewa benar.
“Zim!”,Tersentak mendengar suara gadis. Alahai...,minah nih rupanya..
Dia sengih. Mengangguk sedikit. Eh.., rasa belum ada pengumuman suruh bangun...
“Mm..ok ke awak jawab tadi?”,
“Erkk...ok..ok..kot! Dah boleh bangun ke nih?”,Dia memandang sekeliling. Syakira menoleh sekeliling. Alamak, lom boleh bangun ekk! Adushh.., malu aku! Nampak sangat aku ngejo budak nih. Bukannya apa, takut dia cabut cepat! Dia nih leh tahan pelesit. Kejap aje dah hilang...
“Tak pe.., nanti, saya jumpa awak balik!”,Tergesa-gesa si gadis balik ke tempat asal. Azim geleng-geleng perlahan. Ada sengih di bibirnya.
“Wei Zim. Dasyat betul admirer ko nih. Lom sempat announcement dah kelam-kabut nak tanya ko..”,
Azim gelak kecil. Geleng-geleng lagi. Wa no comment....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“So, jadik ke plan tuh?”,Sambil mengoyak ayam di pinggan, Azim berbicara.
“Jadik la...,apalak tak jadik!”,Ben, rakan karib semenjak di sekolah menengah lagi cepat menjawab.
“Aku dah tanya uncle aku dah! Yuran dia, 270 sorang. 5 hari 4 malam..”,
“270? Wei..bapak mahal! Tak boleh kurang ker?”,Sham, yang memang terkenal dengan lawak basinya pula bersuara.
“Hotak kau! Nak kurang pergi bundle arr! Harga fix la.. . Murah apa tuh... . Camping set provided! Kau datang tinggal bawak badan jer. Baju kalau rasa nak tukar..”,
Azim gelak kecil. Menggeleng-geleng melihat dua sahabatnya itu.
“Faruq mana?”,Sejenak, dia sedar kekurangan ahli korum.
“Mamat tuh, jangan la tak tau pulak! Dating arr...”,Selamba Sham menjawab. Ben sengih. Faham benar dengan sikap seorang lagi sahabat yang memang tersangat sayang dengan awek nya itu. Sampai kadang-kadang, mereka sendiri rasa naik muak melihat gelagat Faruq yang dah macam lembu cucuk hidung, mengikut aje kehendak si Farah, budak tahun dua jurusan mass comm itu.
“Dia jadik ikut tak?”,
“Ikut... . Dia kata ikut! Tak tau la kalau farah tak kasik plak..”,Mereka ketawa kali ini.
“Korang nih tak baik tau... . Patutnya kesetiaan dia tuh, korang contohi..”,
Perbualan tentang kisah cinta Farah dan Faruq terus berlanjutan. Azim hanya mendengar, sesekali menyampuk.
Sejenak, fikirannya melayang membayangkan keseronokan mendaki Gunung Tahan itu nanti. Ei..bestnya, nanti leh mandi air terjun! Kot-kot boleh jumpa puteri bunian cun-cun kat atas sana...boleh gak aku ngurat satu. Hah.., bawak jumpa mak! Tu lah, bising sangat, aku tak ada awek! Orang masih muda remaja lagi. Baru 21 tahun..., dah sibuk-sibuk suruh carik awek! Macam anak dara lak aku rasa. Memang kelakar mak aku nih! Sekali aku angkut puteri bunian sorang, baru mak tau...
“Zim!!”,
“Oi..Puteri bunian!!”,Sejak bila dia melatah, dia tak tahu. Yang pasti, dia akan menjadi bahan tawa rakan-rakan selepas ini. Mak aih...apalak puteri bunian lak peginya..
“Alamak..,member kita berangan nak kawin puteri bunian siot!! Patutlah semangat sangat nak naik gunung!!”,
Dua rakannya galak ketawa. Azim garu kepala yang tak gatal.
Kuang..kuang..kuang... . Padan ngan muka aku! Puteri bunian konon...
BAB DUA
Topi Nike hitam yang disarung dibetul-betulkan. Dia memandang sekeliling. Ramai orang. Macam-macam jenis ada. Yang pasti, dia belum nampak yang boleh menjadi temannya sepanjang ekspidisi itu. Dia mengeluh perlahan. Nampaknya, terpaksalah berkepit dengan Eddy, sepupunya yang bertanggungjawab membawa dia ke sini.
“Jihah!”, Dia sedikit tersentak. memandang kepada Eddy sejenak, kemudian memaling semula.
“Why?”,Dia tarik nafas dalam. Kemudian mengeluh pula.
“Nothin’. I just have the feeling that I won’t like this, so-called journey..”,Selamba dia berbicara. Kalau bukan kerana papa dan mama memaksa, mati hidup balik, tak maunya aku naik gunung nih!
“Come on! Relax lah... . It will be fun! Trust me..”,Dia pandang Eddy sejenak, sebelum menoleh ke arah lain.
“Yeah..yeah.., whatever...”,
Dia peluk tubuh. Kembali memandang sekeliling. Sesekali, tangan halusnya menepuk lengan yang digigit nyamuk. Hish..., belum naik dah kena gigit nyamuk! Bencilah!!
“Leceh la lu brader! Lepak arr!”,Suara kuat itu menarik perhatiannya. Sekumpulan lelaki bergelak ketawa di hujung sana.
“Lupakan la jap awek kau tuh! Orang nak naik gunung nih! Sibuk lak ngan awek dia...”,
Dari jauh, Jihah lihat jejaka-jejaka itu mengusik salah-seorang dari rakan mereka. Dia agak, mungkin lelaki yang sedang bermain-main dengan handset itu yang dimaksudkan. Tiga lagi terdiri daripada lelaki yang bersuara kuat itu. Chaos betul... . Seorang lagi sedang merokok. Ei.., I hate smoker. Dan seorang lagi, eh.., mamat nih pandang aku rupanya!
Jihah segera berpaling. Dia sengih. Terasa lawak melihat gelabahnya mamat tuh mengalih pandang tika pandangannya tiba kepada lelaki itu.
Lorr..., lelaki pun malu jugak ekk! Main curik-curik pandang pulak dia! Mm.., nampaknya, tak lah boring sangat ekspidisi nih. Ada gak mamat cute yang boleh aku guna pakai....
“Jihah!”,Sekali lagi, dia tersentak. Eddy pandang pelik.
“Kenapa kau nih? Tersengih-sengih?”,Jihah gelak kecil.
“Tak ada apa... . Hah, sampai bila nak dok tercongok kat sini? Bila nak gerak nih? Penat la tunggu cam nih!”,Tak ada ribut taufan, tetiba anginnya kencang semacam.
Eddy sengih.
Cam boleh percaya je pompuan nih. Ntah nape la agaknya dia tersengih-sengih sorang-sorang...
“Aik..., tunggu pun penat. Camana nak jalan?”,
“Eh...shut up lah..!”,Lantas Jihah mengorak langkah meninggalkannya. Eddy gelak kecil.
Hmm.., memang naya aku bawak tuan puteri sorang nih! Tu la, gatal lagi bukak mulut pasal ekspidisi nih depan Mak Lang ngan Pak Lang. Udahnya dipaksa tuan puteri raja ni ikut aku. Sapa yang susah..., aku jugak yang susah...! Sabar je la labu...

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“lapan...sembilan..sepuluh... . Ok..cukup!”,Ben yang bertanggungjawab mengira ahli kumpulannya puas hati dengan bilangan yang sedia ada.
“Ok...guys! Before we start our journey, I think, it’s better for you all to know each other. Especially your group members. Because, all the way nanti, you’ll be working together a lot...”,Ketua ekspedisi itu, Encik Azman bersuara lantang menerangkan kepada ahli-ahli ekspidisi yang terdiri daripada 60 orang semuanya.
“Ha...cadangan yang baik!”,Sham menambah. Mereka sekumpulan ketawa.
“Ben..., memandangkan kau telah melantik diri kau sendiri untuk jadik ketua kumpulan, so, baik kau mulakan dulu..”,
“Wei..blah kau! Bila aku lantik diri sendiri..”,Mereka ketawa lagi.
“Ok..la, semua setuju tak Ben jadik ketua kumpulan...?”,
“Ok!!!”,Ben sengih kerang busuk. Ceh, termalu la plak dipilih menjadi ketua. Terbukti aku memang ada karisma...
“Ok arr..., Assalamualaikum.., dan selamat pagi! Nama aku Benjamin Toha. Panggil Ben!”, Setelah itu, Azim, Sham dan Faruq memperkenalkan diri. Diikuti oleh 6 lagi ahli kumpulan yang lain.
“Hello guys and girls! My name is Raja Azian Najihah Tan Sri Raja Burhanuddin.. . you all can call me Jihah..”,
“Hok a loh..., nak sebut gak Raja ngan Tan Sri tu.. . Mm.., susah arr, ada anak orang kaya dalam group kita
nih...”,Perlahan Sham berbisik di telinganya. Azim sengih. Sekian kalinya, dia pandang gadis itu.
Mm.., terlampau benar sangat lah apa yang dikata si Sham nih. Mesti budak nih banyak hal... . Nampak gaya pun, leh tahan berlagak. Tapi..., cun jugak budak nih!
“Ok guys! Skang nih, kita ada 5 lelaki, 5 perempuan. So, aku ingat, kita bagi partner-partner... . So, keselamatan yang pompuan tuh, terjaga la sikit at least...”,
Mereka gelak.
“Sure ke terjaga? Orang lelaki zaman sekarang nih, bukan boleh percaya sangat...”,Tiba-tiba ada satu suara menyampuk. Semua mata beralih arah. Memandang kepada tuan punya mulut yang berkata, Najihah. Sepi sejenak. Berpandangan sesama sendiri.
“Kalau awak rasa leh jaga keselamatan sendiri, tak payah la ada partner, tuan puteri...”,Namun suara Azim selamba memecah keheningan itu. Jihah bulatkan mata. Tanda tak puas hati.
“You nih nak carik gaduh ke?”,Jihah telah pun berdiri.
“Apasal? Tuan puteri nak gaduh ke?”,Azim masih selamba berbicara.
“OK..OK..., satu team jangan gaduh...”,Segera Ben meleraikan pertelingkahan dua anak buahnya itu.
“Kita buat undian.. . Yang lelaki akan amik nama partner yang dah ditulis dalam gulungan-gulungan kertas nih..”,
“Guys.., come here..”,5 gulung kertas kecil dihulur di tapak tangan Ben. Lantas Azim, Sham, Eddy dan Faruq mengambil. Satu lagi yang tertinggal adalah untuk Ben. Azim segera duduk sambil membuka gulungan kertas itu. Bismillah....
JIHAH...
Azim tepuk dahi. Waduh...waduh...., masak aku..!!
“Azim!”,Dia menoleh pada si pemanggil.
“Aku Eddy!”,Azim hanya mengangguk. Senyum sedikit.
“Aku suka apa kau buat kat Jihah tadi. Belum penah ada orang gaduh depan-depan ngan dia cam tuh...”,
“Kau nih sapa? Balak dia?”,
“Uish...., mintak simpang malaikat 44. Aku cousin dia je..”,Azim sengih.
“By the way, kau dapat sapa?”,Azim diam garu kepala. Camana nak jawab?
“Don’t tell me..kau dapat...”,Azim angguk-angguk. Tak perlu dihabiskan, dia sendiri faham siapa yang dimaksudkan.
“Memang buku jumpa ruas... . Good luck bro...”,Eddy sengih lagi, sambil menepuk-nepuk bahunya. Azim mengeluh kuat. Cekak pinggang, sambil menggeleng-geleng perlahan. Dia keluarkan tape recorder yang disimpan di dalam poketnya. RECORD.
“Aku dah dapat partner. Aku dapat rasakan perjalanan aku kali ini sangat menakutkan....”,STOP....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
Suasana agak sepi. Sepi di antara mereka berdua. Masing-masing hanya membawa haluan sendiri. Jihah pandang lelaki di hadapannya itu geram.
Nyampah aku...! berlagak betul!
“Kenapa awak pulak! Mana Eddy? Saya nak Eddy jadi partner saya...”,
“Eddy partner orang lain... . Ini hasil undi, mana le saya tau..”,
“Saya tak puas hati cam nih. Saya tak nak awak..”,
Lelaki itu sengih.
“Hello minah, apa awak ingat saya nak sangat partner ngan awak?! Skang nak naik ke tak? Kalau tak nak, tinggal sini! Lagi senang!”,
Kurang asam punya jantan! Mulut tuh cam tak ada insurans. Heleh..., cam aku nak sangat dia jaga aku.. . Aku boleh jaga diri sendiri la... . Tak heran!
“MAK!!”,BUK! Sekali lagi dia terjatuh.

Azim menoleh. Mengeluh lagi.
Ala mak ai...minah sorang nih! Jatuh lagi...
“Awak OK tak?”,
Dia dengar gadis itu mengerang perlahan.
“Ok tak?”,Dia menyangkung di sisi gadis itu kini. Jihah memandangnya sejenak, sebelum menjeling dan pantas bangun.
“Tak ada apa-apa lah!”,Lantas dia berjalan perlahan.
Azim pandang. Sengih. Lawak anak orang kaya nih...
“Bak sini beg kecik tuh, saya bawakkan... . Beg bertimbun-timbun cam nak gi bercuti kat Paris! Mana ada orang naik gunung cam nih!”,
“Eh yang awak sibuk nih naper? Sukati saya la!”,
Azim sengih lagi. Suka melihat wajah Jihah marah begitu.
“Bak sini beg tuh...”,
“Tak payah! saya boleh bawak sendiri!”,
“Bak sini!”,Pantas beg yang disandang di sisi kanannya ditarik. Jihah tersentak.
“Jangan bodoh sombong dalam hutan nih....”,Sebelum berlalu, sempat dihadiahkan sengih ‘insulting’ nya. Jihah ketap gigi.
Mama....papa...Jihah nak balik!!!!
“Mak nenek, apa lagi termenung tuh. Cepatlah!”,Tengok tuh..., kalau tak nyakitkan hati aku tak sah agaknya!
Cepat dia berjalan menyaingi Azim. Tanda geramnya. Apa, ingat aku lembik sangat? Aku pun boleh naik gunung la!!!
Namun diakui, tanpa satu beg yang diambil Azim tadi, perjalanannya menjadi agak mudah berbanding tadi.
“Zim!!! Camana kau?”,Jeritan Eddy terdengar dari atas. Azim gelak-gelak kecil. Memandang dia sejenak.
“Azab amat!!!”,Dan kala itu, rakan-rakannya yang lain turut sama ketawa. Jihah tahu mereka menggelakkannya. Dia pandang Azim dalam.
Nanti awak...., gelakkan saya ye..
Apa? Awak nak wat per?
Tak per...tak per... . Tau lah nanti...
Mata mereka seolah berbicara. Azim sengih lagi.
“Ei..benci!”,Lantas Jihah percepatkan langkahnya. Kala itu, hatinya memasang dendam.
This guy nak kenal sangat Najihah yang sebenarnya agaknya... . Nanti lah kau....! Watch out man...
BAB TIGA
Mereka berjalan longlai. Tidak lama, salah seorang daripada mereka jatuh tersungkur tengah pohon-pohon yang merimbun itu.
“Aku tak tahan dah wei! Aku tak larat! Aku lapar!”,
“BODOH!!! Kau ingat aku kenyang? Hah, aku larat! Kita tak ada pilihan lain! Polis bersepah-sepah kat bawah carik kita!”,
Dia juga turut terduduk. Masuk hari ini, mengikut kiraannya, sudah hampir 4 hari mereka berada di gunung ini. Tanpa makanan, dan hanya minum embun-embun pohon dan air sungai mengalir. Sesekali, mereka terpaksa makan daun-daun pokok yang tak pasti keselamatannya.
“Abis? Nak tunggu sampai bila? Sampai maut kita kat dalam hutan rimba nih?”,
“Lagi dua tiga hari... . Aku pasti, masa tuh kegiatan mencari dah kurang. Kita turun masa tuh...”,
Zack memandang rakannya itu. Sejenak, dia melempar pandangan jauh.
Aku akan keluar dengan selamat! Aku takkan tumpas!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Nasi bubur yang masih panas itu ditiup perlahan sebelum dihirup masuk ke dalam mulut.
“Peghh..sedap! Tengah lapar gini, makan apa pun sedap!”,
Mereka ketawa melihat gelagat Sham, yang sememangnya berselera besar, tambah pula dengan badan yang agak besar.
“Hmm...kau, apa yang tak sedap! Tolak kayu ngan batu, semua kau telan!”,
Mereka ketawa lagi.
“Tuan puteri kita mana?”,Sedar ahli kumpulan yang kekurangan, Ben lantas membuka mulut bertanya.
“Ina..., Jihah mana?”,
Ina, angkat bahu.
“Dia kata tak selera tadi. Dia gi mana tah. Sana tu..”,Wani, yang agak peramah orangnya sukarela menjawab.
“Plak dah... . Dari semalam aku tengok asik makan biskut oreo dia je.. . Tak lapar ke..?”,
“Dia memang cam tuh. Kalau dia tak nak, tak nak le.. . Berbuih dah mulut aku ni pujuk.. . Suruh orang lain plak arr..”,Eddy pula menambah. Suasana sepi sejenak.
Azim makan selamba. Perut lapar mahu diisi. Namun, dia terasa sedikit ganjil.
Pahal lak semua orang sunyi sepi nih... .
Lantas dia angkat muka.
“Pahal korang pandang aku?”,
Dan semuanya sengih bermakna.....
BAB EMPAT
Benci betul..., abis parut sana sini. Nyamuk nih, cam tau-tau plak nak pilih aku. Benci arr..., camana nak pakai baju sleeveless lepas nih. Teruk tangan bertanda-tanda. Macam orang kena chicken pox je..
“Cik kak!”,
Ish.....mangkuk nih lagi! Muak aku dengar suara dia... . Benci!
“O....cik kak! Pekak dah ke..”,
“Ei...tak boleh tengok orang senang! Sibuk aje mengacau! Apa dia?!!”,Kasar dia bertanya.
“Ewah..ewah...garang betul nampak! Awak nih tak reti nak cakap elok-elok ekk?”,
“Dengan orang lain boleh, dengan awak je tak leh!”,Azim tersengih.
“Sukati awak la.. . Saya pun geli kalau awak cakap baik-baik ngan saya.. . Nah amik bubur nih, makan!”,
“Tak nak la! Geli tau, geli! Saya tak nak!”,
“O geli ekk..! Abis tuan puteri nak makan apa tuan puteri... . Steak? Chicken chop?”,
“Saya makan ke, tak makan ke, awak peduli apa?”,
“Mesti lah saya pedulik!”,Jihah agak tersentak. Memandang dalam maksud lelaki itu. Dia pedulik?
“S..sa..saya.., arr.., saya bet ngan bebudak tuh awak makan! Kalau awak tak makan, kalah arr saya!”,
Kecewa. Entah mengapa, dia tak pasti. Namun, jauh di sudut hatinya, dia kecewa.
“Fine..., cam tuh ekk?”,Lantas diambil mangkuk bubur itu daripada pegangan Azim. BURR!!! Dituang ke tanah.
“Nah, amik mangkuk kosong nih, cakap ngan diorang saya dah abis makan! Amik lah duit yang awak nak sangat tuh..”,
Azim diam. Tunduk. Memandang nasi yang tumpah di tanah.
“Orang miskin kat luar tuh, kalau dihulur semangkuk bubur cam nih, bersyukur macam dapat emas seketul! Awak boleh buang macam tak ada harga! Makanan ni rezeki tau! Rezeki tuhan yang bagi! Jangan bangga sangat ngan apa yang awak ada! Sebab bila-bila tuhan boleh sungkurkan awak macam mana bubur yang awak tumpahkan ni tertempek kat tanah tu... . Berlagak!”,
Jihah terdiam. Rasa marah dan bersalah silih berganti dalam hatinya. Marahnya melihat wajah Azim menengkingnya sebegitu, dan rasa bersalah pula mengenangkan akan kebenaran kata-kata dia tadi. Kerana itu, dia hanya terpana, melihat lelaki itu berlalu meninggalkannya.
I hate you!

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
/*
Dia beralih arah lagi. Entah mengapa, mata yang terasa letih benar tadi, tidak pula dapat melelapkan mata. Bagai bermain-main peristiwa yang berlaku tadi. Tidak disangka, perkara yang dianggap kecil, memberikan impak yang besar kepada orang lain.
“Saya mintak maaf pasal tadi. Saya tahu saya salah...”,
Azim memandang pelik. Begitu juga dengan yang lain. Lebih-lebih lagi Eddy, sampai terjengil bijik mata melihat sepupunya yang keras kepala kalah batu tuh mintak maaf..
“Arr..tak per.., tak per...”,Jihah senyum manis.
“Saya duduk sini boleh?”,Merujuk kepada tempat kosong di sebelah Azim. Lantas Azim beralih sedikit, sebelum mengangguk. Dia segera duduk di sebelah Azim melengkapkan bulatan mengelilingi api kumpulan mereka.
“You guys nak tengok show tak?”,
“Show? Asal kau tak buat show pelik-pelik dah... . Pengsan Azim kang. Mata dia tuh suci...”,Lantas mereka ketawa. Azim hanya tersengih malu. Mungkin dia malas mahu menjawab gurauan mereka malam itu.
Jihah segera bangun. Mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.
“Petang tadi, I found something very interesting...”,
“Ta...ra!!!”,Lantas diangkat gambar itu. Ditunjukkan kepada semua orang. Dia dapat lihat beberapa wajah berubah.
“Agak-agak korang la..., budak pompuan nih sapa? Yang nih, korang kenal kan?”,Menunjuk kepada lelaki ber’cap’ memeluk budak perempuan berbaju kurung yang sedang duduk. Sejenak, dia menjeling kepada Azim.
“Jihah, bagi balik gambar tuh..”,Azim bersuara tenang, walaupun, dia sudah pun berdiri. Jihah gelak perlahan.
“Jap la.., seronok main nih!”,
“Jihah..., bagi sini gambar tuh!”,Agak tegas kali ini.
“Relax la Azim! Takut sangat orang tayang gambar awek dia.. . Mm.., boleh tahan mesra ekk? Tengok awak nih cam baik, pegang pompuan kat sini taknak. Peluk-peluk awek OK pulak ekk?”,
“Jihah, jangan melampau!!”,Kuat suara Azim kali ini.
Jihah pandang dalam wajah Azim.
“Ei Azim! Kau ingat kau sapa boleh tengking-tengking aku? Hah?!! Belum ada orang berani tengking-tengking aku tau! Jangan pikir kau bagus sangat! Sorry, beb! Ini Najihah!”,
“Fine then! I don’t care who you are, just give me back that picture!!”,
“You want this?! OK!”, Lantas, selamba gambar itu dicampakkan ke dalam api yang sedang marak di tengah bulatan.
“Go and take your babe..in there..”,Kemudian dia peluk tubuh, sambil tersenyum puas. Hah...puas hati aku! Padan muka kau! Ada hati nak ajar aku konon...
Azim hanya memandang gambar itu dimakan api. Sejenak, dia tunduk. Berpaling.
“Dah puas hati awak? Lepas dah dendam kesumat? Abis dah marah? Thanks a lot! What a great show...”,Perlahan Azim berbicara. Kemudian, dia berlalu pergi. Jihah memandang.
Alahai..., jiwang mamat nih! Baru aku campak gambar awek sekeping, dah terasa...
“Kau nih naper Jihah? Kau ingat kelakar ekk? Ha..ha..ha.., kelakonya..! Kau nak tau tuh sapa sebenarnya?”,Dia tarik muka bila Ben bercakap serius di hadapannya.
“Pandang aku!! Dengar aku cakap baik-baik..”,Kasar, Ben menarik lengan Jihah hampir kepadanya.
“Budak pompuan tadi tuh, adik Azim! Adik dia yang dah meninggal tahun lepas accident. Skarang kau gelak aku nak tengok! Lawak kan? Gelak la..!! Apasal kau diam?!!”,Wajah Ben yang menengking dipandang dalam. Jihah tersentak. Terasa mata panas. Tidak lama, lelaki itu berlalu, sebelum menggeleng seolah jijik melihatnya.
Oh my god! What have I done?!
Setelah itu, satu persatu rakan sekumpulan meninggalkannya. Ada yang menayang muka benci, ada yang seolah mengejek. Ada juga seperti jelek melihatnya. Dia tunduk.
“Eddy..”,Meminta belas. Dia mahu menerangkan duduk perkara sebenar. Dia tak bermaksud.
“Kau nih tak pernah berubah! Kepala batu! Dendam tak bertempat! Bila nak sedar?! Malu la sikit... . Buat malu keluarga je!”,Namun hampa, Eddy juga menghambur amarah. Ke mana mahu dia mengadu?
BAB LIMA
PRAP!! Bunyi itu menyentap lamunannya yang panjang. Terasa matanya basah. Entah bila dia mula menangis, dia sendiri tak pasti. Bagaimana dia mahu meniti hari esok? Bagaimana dia mahu bersemuka dengan Azim? Mahukan Azim menolong mengangkat begnya lagi? Yang pasti, masihkah dia berpeluang untuk menjadi ahli kumpulan itu lagi?
“Sini....cepat!”,Suara itu memecah keheningan. Walaupun berbisik, namun, dapat ditangkap dengan jelas. Terasa bulu romanya menegak. Siapakah di luar? Dia dengar derap kaki. Dia pandang Ina di sisinya yang sedang lena tidur.
“Ina...”,Perlahan, dia gerakkan Ina. Namun, Ina hanya berpaling membelakangkannya.
Alamak...camana nih! Sapa kat luar tuh...
“Carik makanan...cepat! Kita tak boleh lama.., nanti ada orang sedar..”,
Terdengar seolah seseorang memberi arahan. Dia telan air liur. Lantas diambil torchlight di sisinya. Perlahan-lahan, zip khemahnya itu dibuka. Dia suluh sedikit ke luar. Tidak nampak apa-apa. Lantas dia beranikan diri keluar sedikit demi sedikit.
“Siapa tuh?”,

Suara dengkuran halus kedengaran. Dia berpaling pada Sham.
Ceh.., dia nih! Siap berdengkur lagi...
Azim tukar posisi. Menarik nafas dalam. Sejenak, dia menggeleng pula. Terbayang wajah cantik itu.
Kenapa la agaknya dia jadik cam tuh ekk? Mak bapak dia tak ajar ke hormat orang lain! Lagak kumain. Macam dunia nih bapak dia yang punya..
“Siapa tuh?”,Tersentak mendengar suara itu, dia lantas duduk.
Aik...cam kenal je.... Baru sebut dah dengar suara...?
“Ahh..”,Dia seolah mendengar suara jeritan pendek.
Ehh.., betul ke telinga aku nih!
Pantas melihat jam di pergelangan tangan. Pukul 3 dah nih... . Apa aja keje budak nih memalam buta nih? Kawan ngan jin gamaknya dia nih...tu la perangai macam jin ifrit!
Namun begitu, dia segera mencapai torchlight. Zip khemah dibuka perlahan. Dari celah bukaan itu, dia mengintai. Tiada apa-apa yang dapat dilihat. Lantas dia merangkak keluar.
“Angkat dia cepat!”,
“Nak buat apa dengan budak nih?!”,
“Angkat aja! Cepat! Bodoh!”,Samar-samar, dia nampak dua lelaki berpakaian hitam. Ada gadis yang tidak sedarkan diri di tanah. Segera dia berlari anak berselindung di balik pokok. Dengan cahaya api yang makin malap, dia cuba mengenal pasti gadis itu.
“Jihah...”,Perlahan. Nama itu terucap di bibirnya.
Alamak..., apa aku nak buat nih..
Ahh...biar aja lah! Biar diajar sikit..
Ish...mana boleh! Kot kena rogol budak tuh, pastu kena bunuh, mesti hantu dia kaco aku nanti..!
Dia memandang ke khemah. Ok.., aku pegi bangunkan budak-budak tuh..
Namun, sebelum bergerak, dia paling semula kepada dua lelaki tadi.
Alamak..., diorang dah gerak. Mana pulak nak bawak si Jihah tuh?!!
Azim garu kepala. Tak sempat dah! Mau tak mau.., aku kena ikut dulu!
Dia tarik nafas dalam. Keluarkan sesuatu dari poketnya. Dan sebatang pen yang kebetulan tersangkur di poket dada windbreaker nya.
Bismillah hir rahman ni rahim... . Ya Allah..., bantulah hamba-Mu ini....
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
Perlahan-lahan, dia buka kelopak mata yang terasa berat.
“Auchh...”,Tengkuk terasa sakit. Lantas mahu diangkat tangan, namun, tangannya juga terikat. Takut mula menyelinapi diri.
Kat mana nih...
Dia toleh sekeliling. Cuba mengingati apa yang berlaku.
“Siapa tuh?”,Kala itu, dia nampak dua lelaki datang menghampirinya. Dia cuba menjerit, namun, belum sempat, pandangannya gelap. Dan kemudian dia tidak tahu apa yang berlaku. Segera dia lihat tubuhnya atas bawah. Bajunya masih sempurna. Seperti malam tadi. Di manakah dia? My God..., apa yang akan berlaku?
“Ha..., dah bangun pun! Lama kau tidur!”,Lelaki yang semalam kabur wajahnya datang mengampirinya.
“Cantik rupanya kau nih! Malam tadi tak nampak... . Gelap sangat!”,
“Le...lepaskan aku! Lepaskan aku!!”,
Lelaki itu ketawa. Lelaki yang satu lagi belum nampak di sekelilingnya.
“Hmm..., kau tuh berani sangat! Kalau kau duduk diam-diam! Tak da hal pon..”,
Jihah paling, mengelak tangan yang mula merayap-rayap di wajahnya.
“Memang cantik!”,Lantas lelaki itu merapatkan wajahnya ke wajah Jihah.
“Tak mau! Don’t! Ahhh!!!!!”,Dia cuba mengelak, namun, dia tak terdaya.
“MAIL!!”,Ada suara kuat menjerit.
“Kau buat apa nih?”,Lelaki tadi segera bangun. Jihah melihat lelaki seorang lagi. Lebih bengis. Lebih menakutkan.
“Lepaskan saya... . Tolong! Lepaskan saya..”,Kala itu, airmatanya telah pun gugur.
“Lepak lah Zack! Kita dah lama tak jumpa ‘ayam’ baik punya cam nih! Fresh nih...”,
“Kau jangan carik pasal Mail! Kita guna budak nih jadik tebusan kita! Jangan sentuh dia dulu... . Banyak yang kita boleh guna...”,
Lelaki bernama Mail tadi ketawa.
“Zack, nak guna wa no hal.. . Alang-alang nak guna..., kita guna abis-abis beb!”,
tegak bulu roma Jihah. Air mata makin deras. Walaupun tak berapa jelas, namun dia dapat menangkap maksud lelaki berdua itu.
Sapa nak datang selamatkan aku? Papa....mama...., tolong Jihah! Oh God..., help me....
Kala itu terbayang satu-satu wajah. Entah mengapa, fikirannya terlekat satu wajah. Azim! Nih suma mamat nih punya pasal! Kalau aku tak mengelamun pasal dia malam tadik, mesti aku dah lena tidur! Mesti aku tak sedar sesapa pun yang datang! Then, I won’t be here!
But.., bukan ke aku yang salah! Sapa suruh aku buat jahat ngan dia! Sapa suruh aku aniaya dia! Tengok, suma orang dah benci ngan aku! Mesti diorang buat tak heran je aku hilang pun! Waghhh.....
“DIAM!! Jangan menangis! Pikiran aku dah cukup serabut dah nih!”,
Jihah kemam mulut. Namun, dia tak dapat menahan sedunya.
“Aku kata DIAM!!”,Pang! Dilempang sekali wajah bersih itu.
Jihah terteleng ke tepi. Sakit! Sakit amat! Mungkinkah ini balasan untuk aku? Mungkinkah begini penghujung hidup Najihah yang tak pernah mahu kalah ini? Tak...tak mungkin...
“LEPASKAN AKU!!”,PANG!! Sekali lagi habuan diterima. Lebih kuat kali ini.
“Cik Abang! Jangan tunjuk kuat dengan perempuan. Dayus namanya! Kalau terror sangat, nih hah, lawannya.. . Meh la..!”,Dia kenal suara itu. Suara yang sering menengkingnya. Suara yang jelek didengar. Suara yang pernah terluka olehnya.
“Azim..”,Dalam sendu, dia memanggil.
“Wah..., makin seronok perjalanan aku nih! Ada hero pulak...”,Dua lelaki itu datang menghampiri.
BAB ENAM
Azim telan air liur. Dia tak pasti adakah benar atau tidak tindakannya itu. Namun, dia tak mampu berdiam diri melihat Jihah dibelasah, lantaran itu, dia mengambil langkah keluar dari tempat persembunyian. Lelaki berdua itu datang mendekatinya.
Apa aku nak wat nih? Dah le aku dah tersesat tengah hutan nih!
Kala itu, fikirannya ligat mengingatkan buah-buah silat yang dipelajari.
Pantang anak jantan mengaku kalah sebelum cuba...
Lantas dia membuka langkah.
Ya Allah, kalau kau redha tindakan ku ini.., aku pohon bantuan-Mu.. . Berikan aku kekuatan...
“Ewah...bersilat pulak dia.. . Mail, meh kita cuba budak mentah ni punya silat..”,
Lelaki bernama Mail itu ketawa.
“Iyeahh!!”,

BUK! BUK! BUK! Tiga kali penumbuk terakhir dihadiahkan di perut. Memang cukup untuk membuatkan si penerima senak beberapa minit sebelum dapat bangun semula.
“Hebat sangat ekk?! Amik nih..”,BUK! Penyepak pula kali ini.
Azim tarik nafas dalam. Dia cekak pinggang, sambil tangan sebelah mengesat darah yang keluar dari hidung. Dua lelaki itu bergelimpangan dibelasah. Namun, dia juga tidak kurang teruk. Terasa pedih satu muka. Perut pula senak. Segera dia berjalan perlahan kepada Jihah yang terikat di pokok.
“Azim...”,Ikatan segera dilepaskan. Dia lihat gadis itu menangis.
“Azim...awak OK?”,Dia pandang Jihah sejenak. Ada sesuatu menyelinap di hatinya melihat gadis itu menangis.
“Cepat! Kita kena pergi dari sini.. . Mangkuk nih sakit tak lama...”,
Jihah angguk-angguk. Lantas dia cuba membantu Azim berjalan.
“Lepaskan aku...”,Kasar, Azim menolak. Segera dilepaskan lengan Azim yang dipegang. Jihah berjalan di sisinya.
“Azim..., saya tolong awak jalan..”,
“Tak payah! Aku boleh jalan sendiri..”,
“Tapi...”,
Azim tidak mempedulikan. Lantas dia gagahkan berjalan sendiri. Namun, dia akui, payah dek perut yang senak.
“Awak nak marah, sukati awak. Saya tolong awak jugak...”,Lantas Jihah tarik tangan Azim ke bahunya, dan dipapah lelaki itu berjalan. Azim diam kali ini. Dia jeling Jihah sejenak. Sebelum tunduk memandang tanah.
Kuch kuch hota hai...
BAB TUJUH
Semuanya sepi. Berpandangan antara satu sama lain. Kertas kecil itu dibelek-belek.
TOLONG!!!-Azim-
Faruq berjalan kulur-kilir. Dia juga gelisah, seperti kawan-kawan yang lain. Dua rakan mereka hilang serentak malam tadi. Azim dan Jihah. Ke mana agaknya mereka?
“Ish....mana diorang pegi nih?!!”,Eddy hilang sabar.
“Diorang pegi mentenet kot!”,Ina menyuarakan pendapat.
“Oi..mulut tuh jaga! Aku kenal Azim dah lama! Tak mungkin! Lagipun, buat apa dia tinggal note ‘tolong’..”,Sham tidak bersetuju.
“Faruq!”,Mereka lantas berpaling kepada Ben yang baru selesai berbincang dengan penyelia, En Azman.
“Ben, amacam?”,
“Tadi En Azman bagitau. Dia dapat berita dari polis, ada dua orang perompak terlepas. Disyaki naik gunung nih... . Diorang still mencari..., belum dapat kesan..”,
Kali ini mereka pandang sama sendiri.
“Mungkin...”,Sepi. Faruq terduduk. Sham tepuk dahi. Ben gigit bibir. Eddy pula, pucat tidak berdarah.
Apa aku nak jawab ngan Mak Lang nanti.....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

Kedinginan yang menggigit tulang membuatkan dia tersedar daripada tidurnya. Dia buka mata perlahan. Deruan air terjun terdengar kuat. Dia paling ke sekeliling.
Mana Azim?
“Assalamualaikum..warrah matullah...”,Dari jauh, dia lihat lelaki itu menghambakan diri pada Yang Esa. Jihah betulkan duduknya. Wajah lelaki itu tampak bercahaya di pagi subuh itu. Belum pernah dia nampak Azim meninggalkan solat yang lima waktu itu. Sering juga, dia disuruh mengimamkan ahli ekspidisi yang lain bersolat jemaah.
Lantas dia bangun menghampiri air, lantas dicedok sedikit membasuh muka. Air sejuk itu terasa segar betul. Dia senyum sendiri.
“EHEM!!”,Lantas Jihah berpaling.
Azim di belakangnya. Dia lantas tunduk.
“Aw...awak, dah OK?”,Takut-takut, dia bertanya. Azim tunduk sejenak, sebelum mengangguk-angguk perlahan. Kemudian lelaki itu duduk di salah satu batu di situ.
“Kau..err..awak OK ke?”,Jihah senyum. Walaupun lelaki itu tidak memandangnya tika bertanya keadaannya, namun, jauh di sudut hatinya, dia terasa lega. Sekurang-kurangnya, dia sudi berbual.
“Ok..”,Lantas dia turut mengambil tempat di batu lain. Dia pandang Azim sekilas. Wajahnya bersih. Kulit sawo matang. Tak dinafikan, memang ‘cute’. Baby face. Namun, dalam cute itu, ada juga tersirat ketegasannya. Namun, kala itu, wajah bersih itu dicemari dek kesan-kesan lebam di hujung bibir dan mata. Kesian Azim...
“Apa jadik sebenarnya?”,Jihah tersentak.
“Ha...?”,
“Apa yang terjadi sebenarnya?”,Azim ulang soalan itu.
“O.... . Mm.., saya pun tak tau. Malam tuh, saya tak leh tidur. Pastu saya dengar orang bercakap. Saya keluar nak tengok sapa. Diorang nampak saya. Belum sempat jerit, dah kena sepuk. Pastu, saya tak tau apa jadik...”,
Azim diam.
“Camana Azim....tau.., saya..arr..diorang..”,Dia tidak meneruskan kata. Tidak tahu cara mana yang harus digunakan. Patutkah dia tanya, ‘Camana Azim tahu diorang culik saya?’, atau ‘Azim datang carik saya ke?’
“Saya pun tak leh tidur jugak! Masa saya keluar, saya nampak diorang angkut budak pompuan dah pengsan... . Saya ikutlah. Tak sempat nak panggil member. Takut nanti tak jumpa pulak..”,Jihah angguk-angguk. Entah mengapa, terasa kekok bercakap dengan lelaki yang sering sahaja menjadi teman dia bertekak itu.
“Awak...awak tau ke yang pengsan tu saya?”,Apa yang membuatkan dia tanya soalan itu, dia sendiri tak pasti.
Azim diam. Memandang Jihah dengan ekor matanya.
“Arr...forget it! Tak yah jawab! Mm..., so, apa plan kita nih? Apa kita nak buat... . Mana nak carik jalan balik camp?”,Segera dia ubah topik sambil mengangkat punggung ingin berdiri.
“Saya tau budak pompuan tuh awak...”,Dia dengar lelaki itu menjawab perlahan, walaupun diganggu dengan bunyi deruan air terjun. Jihah seolah tersentak. Hatinya terasa bagai sayu benar. Setelah apa yang aku lakukan padanya, dia masih mahu membantu?!
Sepi. Jihah tunduk. Tidak dapat dibendung, airmatanya menitis.
“Thanks... . Saya tak lupakan jasa awak sampai bila-bila..”,
Azim segera berpaling. Kenapa pelik je suara budak nih...
Eh..pahal lak dia menangis nih...
“Err..”,Mulutnya terkunci. Dia tak mampu berkata apa. Alamak.., nih yang aku lemah nih....
“Saya mintak maaf atas apa yang saya dah buat pada awak! Saya memang tak tahu gambar tuh sangat penting untuk awak. Kalau saya tau..., sumpah, saya tak buat! Saya cuma...pikir saya nak ba..balas dendam..”,Terus-terang gadis itu mengakui kesalahan dirinya. Azim mengeluh.
“Tak sangka..., orang yang saya kenakan, yang tolong saya.. . I’m so...sorry..”,
“Allah yang hantar saya tolong awak. Tanggungjawab saya.., sebab saya yang nampak. Saya yakin, kalau orang lain di tempat saya pun, diorang akan buat benda yang sama... . Berterima kasihlah pada tuhan...”,
Jihah angguk-angguk perlahan.
“Awak...awak marah saya lagi?”,
Azim pandang gadis itu. Merenung tepat ke dalam matanya. Dia senyum.
“Tak lah! Sebenarnya, saya pun silap gak! Saja je nak carik marah awak.. Kelakar tengok muka awak marah! Macam orang atasan...”,
Jihah kesat air mata. Lega hatinya melihat senyuman manis yang terukir di bibir lelaki itu.
“Awak nih memang! Belum ada orang yang pernah buat saya marah sampai cam tuh sekali...! Awak orang paling berani tau!”,
Azim gelak kali ini.
“Adeh...”,Namun, tidak pula dia mampu gelak beria-ia, dek kerana lebam di hujung bibirnya itu terasa berdenyut.
“Kalau itu satu penghormatan, saya berterima kasih..”,Jihah turut gelak.
Hai..tak sangka, aku bergelak ketawa dengan lelaki yang pernah aku rasa nak bunuh, dan lelaki yang pernah aku lukakan dengan teruk!
“Oh ya.., by the way, orang atasan? Sapa tuh?”,
Azim gelak kuat kali ini. Biar sakit, dia tak tahan lagi untuk ketawa.
“Uishh...golongan yang hebat tuh! Tuh, orang atasan pokok! Yang ada bulu panjang-panjang, terror gayut-gayut tuh...!”,
Jihah bulatkan mata. Hah? Dia kata aku macam orang utan??? How dare he..
Namun melihatkan Azim begitu asyik ketawa, marahnya seakan hilang, dan akhirnya, dia turut ketawa sama.
“Adeh..sakit!”,Azim mengaduh lagi.
“Padan muka! Tuh la, dosa tau gelakkan orang lain!”,
Mm..he is not that bad...
Kala itu, terasa ada sesuatu menyelinap di hati....
BAB LAPAN
Semuanya telah berkumpul. Menunggu arahan seterusnya. Walaupun ekspidisi terganggu, namun keselamatan rakan yang lain lebih penting dan mereka berbesar hati untuk terlibat sama dalam aktiviti pencarian. Sekumpulan polis telah pun tiba. Satu lagi kumpulan akan menyusul kemudian.
“Kita akan berpecah ikut kumpulan masing-masing. Kita cuba sedaya upaya untuk carik kawan-kawan kita. Kita doakan mereka masih selamat. Baik, kumpulan pertama akan diketuai oleh Inspektor Shamsul...kumpulan dua...”,
Perhatian diberikan sepenuhnya. Ben tarik nafas dalam. Berpandangan sesama 3 orang lagi rakannya, Sham, Faruq dan Eddy.
“Kita akan carik Azim dan Jihah sampai jumpa...”,Lantas mereka mengangguk menunjukkan semangat setia kawan.
Ya Allah..., selamatkan sahabat-sahabat kami...
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
“Jadi tinggallah kami dua beranak sampai sekarang...”,
Jihah pandang dalam lelaki itu. Tabahnya dia menghadapi ujian tuhan...
“Apa pandang cam tuh? Tau lah handsome..”,Jihah lantas tertawa.
“Perasan...”,Walaupun hatinya mengakui kebenaran itu.
“Mak awak camana?”,Azim tarik nafas dalam.
“Mak saya kuat orangnya. Lebih kuat dari saya... . Dia terima semuanya dengan redha. Mulanya, abah. Sejak abah meninggal, dia besarkan kami dua beradik sendiri. Kami bukan orang senang macam awak! Lepas tuh, Ai’shah pulak! Sian mak! Kadang-kadang, saya nak sangat selam hati mak. Apa yang dia rasa sebenarnya... . Tapi, saya tau, mak saya rindu anak perempuan...”,
Dia pandang Jihah sejenak.
“Sebab mak sibuk suruh saya carik awek. Dia nak kenal...”,Kemudian dia gelak kecil. Mengenangkan kesungguhan ibunya menyuruhnya mencari teman hidup segera. Jihah senyum. Dia angguk-angguk.
“Abis..., dah jumpa belum..?”,
Azim diam kali ini. Sengih. Geleng-geleng.
“Sapa lah nak kat saya nih. hamba nih gagak di rimba. Jangankan nak pandang sebelah mata, separuh pun lom tentu ada!”,
Jihah gelak kali ini.
“Impossible! Mesti awak yang jual mahal...! Sure ramai admirer nih.. . Awak nih menarik orangnya... . I bet, ramai yang tengah gilakan awak kat luar tuh..”,
Azim turut gelak.
“Ye ke?”,Gadis itu bersungguh mengangguk. Azim sengih.
“Mm..., kalau macam tuh, awak aje lah jadik girlfriend saya. Boleh?”,Jihah terpana. Memandang Azim serius. Azim diam sejenak. Kemudian dia gelak semula.
“Cuak..!! Gurau aje lah..”,Jihah gelak semula. Namun, terasa kekok gelaknya. Kerana, kata-kata Azim tadi cukup terkesan di hatinya. Saya?
Azim berhenti ketawa, tidak lama kemudian. Melihat jamnya.
“Dah masuk waktu Zuhur dah nih.. . Saya nak semayang Zuhur. Nak ikut?”,
Jihah sedikit tersentak.
“Arr...saya..arr...”,
Azim senyum.
“Tak pe lah! Saya semayang dulu ekk?”,Jihah akhirnya angguk perlahan.
Belum ada orang pernah ajak aku semayang jemaah cam tuh...
Dari jauh, dia lihat satu-satu gerakan Azim. Sudah lama dia tinggalkan suruhan tuhan itu. Seingatnya, kali terakhir adalah dia di darjah 4. Itu pun dipaksa dek ustazah yang mengajar. Ustazah Rohana. Dia masih ingat lagi wajah bersih wanita itu. Ustazah tu pon macam Azim.... Berani lawan kata aku! Terbayang pergaduhan dan persengketaannya dengan ustazah itu.
“Oit! Orang atasan! Jauh menung!”,Dia tersentak. Ish.., lama rupanya aku mengelamun. Azim dah abis semayang...
“Awak..”,
“Naper?”,
“Awak..ajar saya boleh?”,
“Ajar? Ajar apa?”,
“Ajar saya semayang...”,
Azim memandangnya. Dalam. Hingga dia sendiri rasa serba salah.
“Orang lama kata, kecil tapak tangan, tu stadium Bukit Jalil tuh, hamba tadahkan tuan puteri...”,
Azim tertawa. Jihah juga ketawa. Terima kasih awak...
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘

“Fil alamina innaka hamidul majid...”,
“Assalamualaikum..warrahmatullah...”,Jihah senyum setelah lancar bacaan tahyat akhir yang diajar Azim tadi. Azim angguk-angguk. Senyum.
“Cepat awak nih tangkap. Kejap je dah hapal..”,
“Well, tell me something I do not know...”,Azim cebik. Namun, sungguh, hatinya cukup kagum dengan kebolehan Jihah menghafal bait-bait bacaan dalam solat dengan cepat, sekalipun payah juga dia mengajar sebutan-sebutan arab itu sebentar tadi. Namun, itu tidak menghairankan Azim. Almaklum aje lah..., anak-anak orang kaya nih...
“Lepas nih boleh la semayang! Dah tau dah..”,Jihah angguk-angguk.
“Thanks again!”,Azim hadiahkan satu lagi senyuman. Grrrrr! Tiba-tiba keheningan itu dicemari satu bunyi. Mereka berpandangan. Kemudian ketawa bersama.
“Lapar la...”,Azim masih ketawa. Jihah cebik. Menekan perut yang sudah mula berbunyi-bunyi minta diisi.
“Tu lah.., orang suruh makan bubur, jual mahal! Asik makan oreo je, mana nak kenyang!”,
Jihah jeling kali ini. Namun, di bibir ada terukir senyum.
“Gula-gula ada la.. . Nak?”,Azim keluarkan mentos daripada poket ‘wind-breaker’ nya. Dihulurkan pada Jihah. Jihah senyum.
“Awak suka makan apa?”,Sambil mengeluarkan gula-gula itu daripada bekasnya, Jihah bertanya.
“Saya suka makan masakan mak saya..”,
Jihah angguk-angguk.
“Awak?”,
“Saya suka spagetti..”,Azim buat muka.
“Spagetti Italy ke spagetti Malaysia?”,Jihah gelak kali ini.
“O..ada plak category ekk?”,
“Eh, ada lah! Spagetti italy tak sedap, muak! Malaysia punya baru sedap. Ada pedas-pedas sikit! Mak saya pandai buat. Nanti, awak datang la rumah, rasa spagetti Malaysia...”,Jihah gelak lagi. Dia angguk, dan tanpa sedar, dia sungguh-sungguh mengangguk dan benar-benar berhajat ke rumah Azim untuk merasa spagetti Malaysia...
PRAP!! Kedua-duanya tersentak.
“Bangun! Cepat!”,Azim beri arahan perlahan. Pantas Jihah akur. Mengekori Azim. Azim pandang keliling. Mana nak nyorok nih?
“Azim..., camana nih?”,Jihah mula rasa cuak.
“Relax..relax..”,Kala itu matanya masih meliar. Dan matanya tertancap pada satu tempat.
“Jihah, sini!”,Lantas dia menarik jacket yang dipakai Jihah menuju ke air terjun.
“Masuk bawak air tuh..”,
“Ha?!!”,
“Masuk cepat!”,Jihah akhirnya akur. Kedua-duanya akhirnya berdiri di ruang antara batu dan curahan air sejuk itu. Diam.

Dua lelaki itu berlari-lari anak ke air terjun itu.
“Mana? Tak ada orang pun!!”,
“Aku dengar bunyi tadi. Aku pasti diorang ada sini..”,Mail yang termengah-mengah berlari cuba meyakinkan sahabatnya itu. Zack pusing keliling. Sejenak, matanya terpandang gula-gula mentos yang masih bersih, seperti baru sahaja dikeluarkan dari bekasnya.
“Aku rasa diorang ada kat sini tadi.., mungkin diorang dah lari. Diorang takkan jauh! Kita carik sekarang! Cepat!”,Zack memberi arahan.
Mereka lantas mencari-cari di sekitar. Mail cari bersungguh kali ini.
Budak berdua nih mesti dihapuskan! Satu, diorang dah nampak aku! Satu hal lagi, budak jantan tuh terajang aku sampai naik kebas perut aku.. . Kurang asam betul!!
“Wei budak-budak! Mana korang?!! Keluar! Ingat korang boleh lari?!! Aku takkan lepaskan kau!!”, PUK! Tiba-tiba kepalanya disekeh.
“Bodoh! Kau jerit cam tuh, kalau ada orang lain dengar camana!! Tak boleh diharap langsung! Badan je besar macam tong kitar semula! Tapi otak haprak tak leh pakai!”,
 Menerusi air terjun yang mencurah itu, dia cuba melihat adakah lelaki-lelaki itu masih di situ. Diorang dah tak ada...
Untuk memastikan, dia keluarkan sedikit kepala mengintai keadaan. Pasti! Diorang dah blah!
Dia paling pada Najihah di sisi.
“Jihah, saya rasa kita boleh keluar skarang!”,Azim terpaksa menjerit sedikit, memastikan Jihah mendengar katanya yang diiringi deruan air terjun itu. Jihah dilihat peluk tubuh. Bibirnya naik biru kesejukan.
“Sejuk...”,Perkataan itulah yang dapat dibaca dari gerak bibirnya sebelum dia longlai ke pangkuan Azim.
“JIHAH!!”,

BAB SEMBILAN
“AZIM!!!! JIHAH!!!”,Dua nama itu dilaung untuk kesekian kalinya. Masing-masing sudah letih berjalan. Hari sudahpun menjangkau 6.30 petang, namun sebarang tanda pun tidak dapat dikesan.
“Camana nih inspektor?”,En Azman selaku ketua yang bertanggungjawab bertanya.
“Saya rasa, kita tangguhkan dulu usaha pencarian untuk hari nih. Hari pun dah gelap! Takut nanti, yang lain pulak hilang!”,
“Tapi Inspektor...”,Ben mencelah.
“Jangan risau! Pihak kami akan terus mencari! Adik-adik semua, rehatlah dulu.. . InsyaAllah, kami akan cari sedaya upaya rakan-rakan adik tuh..”,
Ben mengeluh. Memandang rakan-rakannya yang lain.
“Aku rasa betul tuh Ben! Kita rest dulu! Esok kita carik lagi. Doakan aje keselamatan Azim ngan Jihah..”,Sham cuba memujuk. Bukannya dia tak risau, dia turut risau, namun keselamatan mereka dan ahli yang lain juga perlu dipertimbangkan.
InsyaAllah...,Allah lindung mereka berdua.....
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
AHCHUM!!! Bunyi bersin itu mengejutkannya. Dia buka mata. Hari telah gelap. Hanya bertemankan cahaya bulan dan cahaya samar torch-light yang dinyalakan. Dia angkat kepala yang terasa berat. Badan terasa panas sedikit berbanding tadi.
“Azim..”,panggilnya perlahan. Lelaki itu sedang bersandar di pokok. Hanya memakai T-Shirt putihnya. Wind-breaker dan juga sweater nya telah pun diberikan kepada Jihah memandangkan dia pengsan kesejukan tadi.
“Awak tidurlah. Badan awak panas... . Awak demam..”,Lain benar suaranya. Azim juga telah dijangkiti selsema.
“Azim tak sejuk?”,Azim senyum.
“Tidurlah Jihah. Rehat! Esok kita carik jalan keluar...”,Jihah senyum melihat ketenangan wajah itu. Dia angguk. Lantas kembali berbaring.
Ya Allah, aku tahu Kau sayangkan hamba-hamba-Mu. Aku hamba yang hina-dina ini ingin memohon belas-Mu, selamatkanlah Azim.., selamatkan aku....
Dan dia kembali menutup mata tanpa dia menyedari, ada bunga yang sedang berputik di hati kecilnya.
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
Mereka berjalan perlahan. Dengan keadaan Jihah yang masih demam, perjalanan menjadi lambat. Tambah pula, dia sendiri sudah dapat rasakan seram sejuk demam. Dan seringkali juga, dia bersin dan batuk-batuk.
“Jihah..., awak boleh jalan lagi tak?”,
Jihah angguk-angguk. Sekalipun, kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia duduk dan berbaring sahaja.
“Awak.., awak amik la sweater nih. Nanti awak pulak demam..”,Azim diam. Geleng-geleng. Ahchumm!!! Dia bersin lagi.
Adoi..., time nih plak nak bersin-bersin.... . Nanti la.., dah sampai rumah nak demam, demam lah...
“Wak.., awak rasa, kita boleh selamat tak?”,
Azim pandang Jihah sejenak. Dia senyum.
“Yakin dengan Allah. InsyaAllah..”,Jihah angguk-angguk.
“Awak..”,Dia panggil lagi. Azim menoleh pada Jihah di sisi.
“Let say, anything happen, I just wanna thank you again, and honestly, from bottom of my heart, saya syukur dapat meet, know and have you as my friend, and for me, you’re very special...”,
Sungguh, Azim terpana. Special? Maknanya?
Dia masih senyum. Dalam kala itu, fikirannya ligat memikirkan makna tersirat gadis itu.
“Oi budak berdua!!”,Mereka tersentak. Entah bila mereka datang, tiba-tiba sahaja dua lelaki itu di belakang mereka. Azim tolak Jihah ke belakangnya.
“Azim...”,
“Syhhh.., relax. Duduk diam-diam...”,
Dua lelaki itu datang menghampiri. Dia dongak sedikit melihat Azim di hadapannya. Mampukah Azim? Wajahnya yang kemerahan, dengan keadaan selsema yang agak teruk, ditambah dengan batuk lagi. Jihah ketap bibir. Dalam hati terus berdoa, agar mereka berdua selamat.
“Apa yang korang nak?! Kenapa kacau kami?”,
Jihah menjerit. Dua lelaki itu berpandangan. Lalu mereka ketawa.
“Cik adik! Sapa yang kacau sapa? Kalau kau duduk diam-diam dalam khemah hari tuh, pasti korang tak susah cam gini!”,
“Korang nih sapa?”,Azim pula bertanya.
“Kami nih orang terkenal, brader! Ramai orang nak! Polis pun nak kat kami jugak..”,Mereka ketawa lagi.
Cukup dengan jawapan itu, memastikan tanggapan Azim, lelaki berdua itu adalah penjenayah yang dikehendaki polis. Adui..., sakit cam nih! Sedangkan masa sihat walafiat hari tuh pun, teruk gak aku kena, inikan plak badan rasa lemah longlai semacam je..
Sejenak, dia menoleh pada Jihah di belakangnya. Gadis itu ketap bibir. Wajah itu menunjukkan rasa gelisah dan ketakutan. Azim mengeluh perlahan.
Ahh...., tak kira, longlai tak longlai! Apa pun jadik, aku tetap akan lindung Jihah...
“Jihah.., saya alih perhatian diorang, awak lari nanti!”,
“Saya tak nak! Awak camana?”,Beberapa ketika, dia menoleh semula ke hadapan. Takut diserang hendap. Memang pantangnya dipukul tanpa sedar.
Tak gentleman namanya.... . Nak lawan, meh, depan-depan!
“Jangan degil Jihah! Pergi cepat!”,Tegas suaranya. Sejak beberapa hari ini, Azim tidak lagi berkata dengan nada itu. Kali ini, Jihah dengar lagi kata-kata berupa arahan itu.
“Pergi..., sekarang! Mintak bantuan!”,
“Azim...”,
Azim mengeluh. Ish..., kalau budak sekor nih memang degil!
Dia toleh kembali kepada gadis itu. Jihah menangis!!
Azim mula panik. Namun, matanya masih memberi perhatian pada dua lelaki itu.
“Jangan macam nih Jihah! Daripada dua-dua kantoi, baik satu aje!”,Dia tarik nafas dalam. Sungguh, dalam hatinya juga berat melepaskan. Namun, itu juga untuk kebaikan Jihah. Dia perempuan, maruah dia kena dijaga!
“Pergi cepat!! Jangan degil!”,Azim terpaksa naikkan suara.
Jihah akhirnya angguk. Lantas dia berundur ke belakang dan lantas berlari meninggalkan Azim.
“Wei nak lari mana tuh?!!”,Dua lelaki itu cuba mengejar.
“Langkah mayat aku dulu!!”,BUK! Dihadiahkan satu penyepak kepada Zack. Mail lantas membantu. BUK! Satu lagi dihadiahkan kepada Mail. Sejenak, dia menoleh ke belakang. Jihah sudak berlari jauh.
Ya Allah, selamatkan dia...
“Kau nak tunjuk hero ekk?! Hari tuh, aku kasik kau can, kali nih, mampus kau aku kerjakan!”,Zack keluarkan pisau. Dia senyum jahat.
Azim telan air liur. Mata melilau sekeliling, mencari-cari objek yang boleh digunakan sebagai senjata.
Mak aih...masak aku cam nih! Pisau??
“Mail, kau pergi carik betina tuh. Kalau jumpa, kau buatlah apa-apa yang patut! Tapi, pastikan dia tak bernyawa lagi nanti... . Biar kita abiskan plot cerita romeo and juliet nih...”,Kedua-duanya gelak besar.
“Ok boss!!”,Azim tak mampu menghalang dek kerana pisau yang diagah-agah oleh Zack.
Tuhan..., aku berserah. Aku bertawakkal pada-Mu. Selamatkan Jihah....
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
BAB SEPULUH
Nafas terasa sesak. Dia berhenti sejenak. Tercungap-cungap. Baju basah dek peluh. Kepala terasa berdenyut. Dia kesat peluh di dahi. Menoleh ke belakang sejenak. Air mata yang berjuraian turun dikesat.
Mana aku nak pergi nih??? Mana jalan keluar? Kat mana nak carik bantuan?
Jihah terduduk. Dia rasa putus asa.
Jihah..., kuatkan semangat! Azim perlukan bantuan kau! Cepat..., jangan putus asa!
Seolah ada suara membisikkan kata perangsang padanya. Dia lantas bangun.
Ok Jihah! You can do it! Jihah kan tak pernah kalah! You cannot lose this battle... . Come on Jihah!
Jihah kembali berlari. Dia pusing keliling. Mana nak pegi nih? Ahh...ikut ke kata hati..
Sejenak, dia berhenti. Ada derap kaki di belakang. Dia paling. Alamak.....
“TOLONG!!!!!!!!”,Dia menjerit kuat. Kaki terus melangkah laju. Sesekala, dia pandang lelaki yang turut berlari tidak jauh di belakang.
Ya Allah..., bagi aku kekuatan...
“TOLONG!!!!”,
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
“TOLONG!!!!”,Mereka terpana mendengar jeritan itu.
“JIHAH!!”,Eddy lantas menjerit semula.
“Tu suara Jihah! Tu suara Jihah..”,
Perasaannya bercampur aduk. Lega, bila mendengar Jihah masih bersuara, maknanya, dia masih hidup, namun bimbang juga menyelinap di hati bila memikirkan perkataan yang dilaungkan Jihah.
“Jihah!!!! Where are you??!!”,Mereka mula berlari anak. Semuanya peka pada keadaan di sekeliling.
“Help me!!! Eddy!!!!”,Suara itu kedengaran lagi. Makin jelas.
“Dia tak jauh..... . Sana! Arah sana!”, Inspektor Shamsul memberi arahan, apabila anjing yang dibawanya menarik-narik ke satu arah.
“Cepat Inspektor...., dia menangis! Saya rasa dia dalam bahaya...”,

Dia tak mampu lagi. BUK! Akhirnya dia terjatuh juga. Mail ketawa.
“Mana kau nak lari? Kau nak mintak tolong ye? Jangan harap!!”,Lantas gadis itu dilempangnya sekali.
“TOLONG!!!!!”,Dengan sisa baki tenaga yang ada, dia menjerit lagi. Segera Mail menekup mulutnya.
“Diam!!”,Segera dia seret Jihah yang kelemahan itu. Dia sengih. Heh, lepas gian aku hari nih! Tapi apapahal pun, carik dulu port selamat!
Jihah cuba meronta, namun bagi Mail, ia bukanlah satu halangan yang besar, kerana, ternyata, gadis itu lemah benar. Dia baringkan Jihah di sebalik pokok besar. Gelak-gelak kecil. Dia suka melihat wajah ketakutan gadis itu. Dia usap perlahan wajah cantik itu.
“Hari nih kau jadik lauk aku!”,Dia gelak lagi.
“Tolong...”,Dalam esakan, dan suara yang serak, Jihah masih cuba meminta bantuan. Di mana Eddy? Dia dengar suara Eddy tadi... . Eddy....
“Jangan bergerak! Kami polis!!!”,Sejenak, mereka telah dikelilingi sekumpulan pasukan polis bersenjata. Lelaki itu tersentak. tanpa berfikir panjang, dia angkat kedua belah tangannya ke kepala. Jihah tak tunggu lama, segera dia tolak lelaki itu, dan merangkak perlahan.
“Jihah!”,Eddy segera berlari mendapatkannya.
“Are you okay?”,
“Save Azim! Save Azim, please! He’s in trouble..”,
Dalam dakapan Eddy, dia merayu.
“Relax..., relax! Kau rehat dulu...”,
“Azim...”,
Sebelum dia longlai dalam dakapan Eddy, nama itu yang terpacul keluar dari bibirnya....
‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
“Let say, anything happen, I just wanna thank you again, and honestly, from bottom of my heart, saya syukur dapat meet, know and have you as my friend, and for me, you’re very special...”,Kata-kata itu berlegar-legar di fikirannya. Darah yang membuak-buak keluar dari bahagian kanan perutnya ditahan dengan tangan. Sakitnya, tuhan sahaja yang tahu. Azim kejamkan mata. Sakit! Sakit amat! Rupanya memang perit rasa maut. Dia tak mampu lagi. Hanya kepada tuhan dia berserah.
Ya Allah..., andai kata Kau takdirkan hayatku tamat di sini..., aku pohon pada-Mu, ampunkan aku.., lindungi ibuku, dan kasihilah dia...
Ampun Azim mak... . Azim tak dapat jaga mak.. Azim sayang mak...
Kala itu juga, wajah si gadis datang di fikiran.
Jihah.., saya harap awak selamat..
Zack yang juga lemah perlahan-lahan datang kepadanya.
“Mampus kau!!”,Pisau diangkat tinggi. Tepat di atas dadanya. Azim pejam mata rapat-rapat.
Laila ha illallah...
BANG!! Tiba-tiba bunyi tembakan kedengaran kuat. Dan Zack tiba-tiba rebah ke belakang.
“AZIM!!”,Ben dan Sham segera menerpa.
“Ya Allah...”,Dia mengerang perlahan.
“Sabar Zim! Kau akan selamat..”,
“Jihah..”,Perlahan suaranya membunyikan nama itu.
“Jihah selamat...”,Sayup-sayup dia dengar jawapan itu. Dia senyum. Alhamdulillah..., Tuhan, aku bersyukur padaMu. Dan tiba-tiba, pandangannya kabur.
“Allah...”,Hilang! Sepi! Sunyi!
Dia betulkan cermin mata yang terlurut. Kerja mengait itu dilakukan dengan sepenuh perhatian. Sejenak, dia tersenyum. Hampir sebulan setengah sudah sejak peristiwa hitam itu berlaku. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan dia, kerana masih memberi peluang satu-satu anaknya yang tinggal hidup..
Mengenangkan anak bujangnya yang seorang itu, hatinya dirundum sebak. Azim anak yang baik. Belum pernah sekali pun, Azim mengecewakannya. Walaupun, anaknya ini suka mengusik orangnya, namun, dia taat pada perintah tuhan mahupun kehendak Aminah sendiri.
“Mak, nanti bila Azim dah berjaya jadik engineer, mak tak payah berniaga lagi ekk? Biar Azim tanggung mak! Azim buatkan mak rumah besar...”,Dia senyum. Mengusap kepala anaknya itu lembut.
“Mak tak heran rumah besar kecik Azim! Yang penting kau tuh bahagia! Ada anak bini.. . Cukuplah mak sekadar menumpang kasih...”,
“Tu la kena rumah besar mak.. . Senang Azim nak letak bini Azim empat-empat jaga mak!”,Aminah ketawa.
“Hish, kau nih! Kot iye nak empat. Satu pun mak tak nampak lagi...”,
Dia senyum sendiri. Azim...Azim...
Sejak daripada perdakian itu, dia nampak sedikit perubahan pada anak bujangnya itu. Kekadang senyum sorang. Mengelamun. Hm.., kalau bercakap telefon tuh.., kumain lama! Pastu tau pulak nak cakap pelan-pelan bila aku ada...
Makin lebar senyumannya. Agaknya dah jumpa puteri bunian dia kat hutan tuh...
Bak kata si Faruq, Azim nih hero menyelamatkan puteri bunian. Tu yang sampai kena tikam tuh.
Seingat dia, ada juga beberapa orang budak perempuan yang datang melawat Azim di hospital dulu, namun, dia sendiri tak dapat mengagak, yang mana satu puteri bunian anak bujangnya yang membuatkan si anak tersenyum-senyum sendirian.
SKREET!! Bunyi brek motor kuat kedengaran. Dia tersentak lantas dia letak hasil tangannya ke atas sofa. Dia bangun dan bergerak ke pintu. Senyum.
“Assalamualaikum mak!”,Tangannya dikucup lembut dek anak tersayang.
“Waalaikumussalam..”,
Tetapi, dia sedar, wajah itu mencuka. Entah mengapa agaknya.
“Dari mana?”,
Azim diam. Memandang ibunya itu.
“Mak.., duduk jap mak! Azim nak cakap sket..”,
Dia hanya menurut si anak yang telah duduk di sofa.
“Mak, kalau Azim nak balik Perlis sampai abis cuti boleh tak mak?”,Dia kerut kening.
“Kenapa pulak kau nak balik sana?”,Dilihat anaknya itu mengeluh perlahan.
“Azim nak..mm..., nak jumpa tok la mak! Dah lama tak jumpa tok!”,Aminah pula mengeluh kali ini.
“Takkan jumpa tok sampai abis cuti... . Cuti kau kan lama lagi. Sebulan lagi kan?”,Azim diam. Dipandang anaknya itu dalam.
“Balik sekejap, lepas tuh, balik la sini balik! Azim tak nak tolong mak kat warung ke?”,Sengaja dia mengumpan dengan cara itu. Dia tahu, anaknya itu takkan tega menolak permintaannya. Walaupun dia tahu, si Nini, dan Pa’ie, pekerja yang diupah di warung makanan itu, sudah mencukupi untuk membantunya di warung kecil itu. Azim masih diam.
“Kau nih kenapa? Tiba-tiba nak balik kampung? Ada masalah ke? Bergaduh dengan marka?”,Dia bersenda. Berharap agar senyuman manis anaknya itu kembali dilihat.
“Azim masuk bilik dulu la mak!”,Lantas dahinya dicium anaknya itu dan berjalan perlahan masuk ke dalam biliknya. Aminah mengeluh. Kenapa pulak budak nih? Hari tuh, tersengih-sengih tak berenti. Dan-dan, nak baik kampung pulak? Pasai apa pulak?

BAB SEBELAS
POM! Pintu bilik ditutup. Dia lantas menghempaskan badan ke katil bujangnya. Mengeluh perlahan. Sejenak, dia tekup muka.
Astaghfirullah.....
Dia beristighfar, berharap agar dengan itu, kekuatannya dikembalikan. Pelbagai wajah bersilih ganti di fikirannya kala itu.
Kenapa aku tak pernah beringat sebelum nih? Kan dah susah sekarang...
Dia tukar posisi perlahan. Dia pandang kipas yang sedang ligat berputar. Seiring itu, ingatannya juga ligat berputar.
“Sorry, aku tak kenal kau sapa... Tumpang lalu..”,Dia lantas memintas lelaki di hadapannya itu.
“Not so fast, brother! Kau tak kenal aku sapa, tapi kau kenal adik aku, kan?”,
Dia terdiam. Memandang lelaki itu. Daripada pemakaian, dia tahu lelaki ini bukan orang sembarangan. Pasti datang dari keluarga berada. Tapi, style lelaki itu yang dia kurang berkenan, subang entah berapa di telinga. Namun, Azim sedar, bahagian mata lelaki ada mirip seseorang. Takkan la..
“Raja Azian Najihah. Kenal?”,
Dia sedikit tersentak. Lantas dia senyum. Angguk-angguk.
“O..., abang Jihah la nih! Sorry, saya tak kenal tadi!”,Salam dihulur. Cakap la awal-awal kau abang ipar, eh, abang Jihah! Ingat malaun mana tadi...
“Tak payah kau nak baik-baik ngan aku! Kau dengar sini baik-baik! Aku nak bagi kau warning, jangan dekat ngan adik aku...”,
Azim tersentak. Lantas salam yang tak bersambut ditarik semula. Dimasukkan tangan ke dalam jeans yang dipakai.
“Saya berkawan dengan Jihah. Bukannya ada niat lain..”,Tenang suaranya.
“Hei budak! Lain kali nak berkawan tuh tengok kasut dulu! Kau patut tahu nak berkawan ngan sapa. Kau dengan dia tak sesuai! Macam langit dengan bumi! Jihah tuh datang dari keluarga besar. Kau? Kau sapa? Kalau setakat ada motor buruk, jangan harap nak jadik adik ipar aku...”,
Azim ketap gigi menahan marah.
“Cam nih arr brader, rasanya kau nih dah misunderstood nih.. . Mulut tuh insurans sikit! Aku sedar aku sapa.. . Hamba tuhan. Kau tuh yang patut check balik kau sapa beb! Kau ingat reta mak bapak kau tuh datang dari mana? Jangan cakap besar sangat! Tak bagus beb!”,Bahu lelaki si hadapannya itu ditepuk-tepuk perlahan. Jihah pernah menceritakan tentang dua abangnya. Mungkin ni Abang Ngah nya, yang tua setahun dari umur Najihah, bermakna sebaya dengan umur Azim sendiri. Tak mungkin Abang Long yang diceritakan Najihah sedang melanjutkan pelajarannya di United States. Lelaki itu memandangnya dalam. Segera tangan Azim ditolak. Azim senyum. Geleng-geleng. Lantas dia mula mengorak langkah. Beberapa langkah, dia paling semula.
“By the way, aku ngan Jihah kawan baik je! Memang tak ada niat pun nak jadik adik ipar kau . Kau jangan risau!”,
Tak ada niat...? ye ke Azim??
Dia tanya diri sendiri semula.
TOK! TOK! TOK! Dia tersentak. Lantas dia duduk dari perbaringan.
“Azim..!”,
“Ye Mak!”,
“Telefon...”,
Dia segera membuka pintu. Ibunya masih setia di muka pintu.
“Sapa mak?”,
“Perempuan...”,Ibunya tersenyum. Azim mengeluh perlahan. Lantas dia malas-malas menuju ke telefon.
“Hello Assalamualaikum...”,
“Waalaikumussalam..., Azim! Saya nih, Jihah..”,
Azim bersandar ke dinding. Dia sedar mak masih memerhati. Sepi.
Tuhan.., berikan aku sedikit kekuatan..

Sunyi. Jihah kerut dahi. Biasanya, Azim takkan sepi begitu. Pasti ada sahaja modal mengusiknya.
“Tengah buat apa tuh?”,Akhirnya, dia mulakan bicara.
“Tidur..”,Pendek jawabnya.
“O...sorry! Kacau ke?”,Sengaja dia tanyakan soalan itu sekadar berbahasa. Dia tahu, Azim akan melayan panggilannya walau apa yang sedang dilakukan. Bukan tak pernah dia menelefon lewat malam, Azim tetap bersedia menjawab.
Sedangkan aku call masa nak gi main bola pun, dia boleh layan sampai cancel game...
“Kacau gak la! Saya penat la! Lain kali je kita sembang ok? Bye! Assalamualaikum...”,Sepi. Gagang telah diletakkan. Jihah terpana. Dia ketap bibir. Lantas gagang biru muda itu diletakkan semula ke tempatnya.
Kenapa dengan dia? Selalu dia tak macam nih! At least.., bagitau la elok-elok!
Jihah tarik nafas dalam. Entah mengapa, seolah ada terselit satu rasa bimbang di hatinya. Seolah ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
What happen?
Suasana agak sepi. Tidak seperti selalu. Jihah tarik nafas dalam. Lantas ‘ice-blended’ mocha kegemarannya dihirup lagi. Sejenak, matanya lari memandang Azim di hadapannya yang asyik bermain dengan straw.
“Awak...”,Perlahan suaranya memanggil. Azim angkat wajah. Senyum. dia juga senyum.
“Saya.., mm.., saya nak bagi awak something....”,Lantas dikeluarkan sesuatu dari begnya.
“Nah...”,Lantas dihulurkan pada Azim.
“Apa nih?”,
“Check it out...”,Dia nampak Azim teragak-agak mengambil ‘paper bag’ itu. Lantas ‘paper bag’ itu dijenguk, dan satu ‘wallet’ berjenama ‘tropiciana’ dikeluarkan. Dia pandang Jihah.
“I hope you like it..!”,
Dia mahu senyum, dan katakan ‘Saya suka sangat! Pandai awak pilih!’ tanda dia sangat menghargai pemberian itu, namun, dia tak boleh. Tak boleh!
“Untuk apa nih?”,Jihah agak terkejut, dengan kedinginan suara itu.
“Mm.., saya, arr.. tanda terima kasih saya..”,
Azim sengih. Geleng-geleng. Jihah tak mengerti maksud tersirat gelengan itu.
“Tak paham kenapa orang kaya selalu macam nih! Terima kasih kena ada hadiah ke? Cakap je tak boleh? Kasik hadiah mahal-mahal cam nih buat apa?”,
Sungguh, Jihah terluka. Dia tunduk.
“Jangan salah paham Azim! Saya bukan bermaksud macam tuh...”,
“Abis maksud awak camana? Nak menunjuk kat saya awak boleh beli banyak benda? Duit awak banyak?”,
“Awak ni kenapa?! Tiba-tiba nak insult saya? Saya niat baik! Tanda terima kasih saya sebab sudi berkawan dengan saya! Takkan itu pun salah! Kalau awak tak suka, bagitau aja lah! Cakap macam tuh kenapa!”,Jihah akhirnya hilang sabar. Bukan senang nak tukar habit.....
Azim lantas bangun.
“Awak nih tak pernah berubah!”,Dan dia berlalu. Jihah terkedu. Dia tidak peduli lagi orang yang memandang. Merengus lantas dia turut bangun membontoti Azim.
“Azim.., wait! Sorry! I’m sorry... . Please, let me explain...”,
Azim terus berjalan, tidak mempedulikan.
“Azim!”,Spontan, lengan lelaki itu ditarik. Azim berhenti, memandang Jihah. Sudah ada air mata di pipi gadis itu. Dia mengeluh.
Alamak.., nih yang aku lemah nih.... . Relax Azim! Jangan kalah sekarang Azim....
“Jom pergi tepi sana...”,
Lantas tarik lengannya daripada pegangan Jihah dan berjalan perlahan ke tepi. Kurang orang di situ.
“Apa nak cakap?”,Selamba dia berbicara. Tidak memandang wajah gadis itu. Dia tak mampu. Dia takkan mampu bertahan jika dia lihat Jihah menangis.
“Kenapa Azim buat Jihah macam nih? Kalau Jihah ada buat salah, tegurlah! Kenapa layan Jihah macam tuh?”,
Azim tarik nafas dalam. Sejenak, dia pandang gadis di hadapannya itu. Gadis itu telah banyak berubah. Sekurang-kurangnya, anginnya itu tak lah se’taufan’ Jihah yang mula-mula dikenali dulu. Dia sudah pandai beralah. Dan, dressing nya pun, tidaklah se’daring’ dulu. Gadis itu tidak lagi menyarung baju-baju yang tidak berlengan. Seluar dan skirt juga, bukan lagi seluar dan skirt yang seolah tak cukup kain. Lebih bersopan, dan tidaklah sakit dipandang mata.
“Kenapa awak buat semua nih Jihah?”,
Jihah pandang anak mata Azim dalam.
Perlukah aku jawab? Tak jelas lagi ke dengan cara aku melayan kau? Tak cukup lagi ke?
“You should knew Azim! It is too obvious...”,Dalam tangisan, dia bersuara perlahan.
Azim lantas tunduk. Dia tahu maksud gadis itu. Siapa sahaja boleh mengagak, lagi-lagi mereka yang rapat dengan Jihah. Perubahannya menjelaskan satu perasaan.
“I should knew what?”,Sengaja dia bertanya.
Jihah pandang Azim dalam. Dia tarik nafas dalam.
“Since you saved my life, saya...saya jatuh cinta dengan awak..”,
Azim mengeluh perlahan. Ya Allah.....
Dia lantas berpaling. Menyelak rambut lembutnya perlahan.
“Macam nih la Jihah! Biar saya terus terang. Saya anggap awak tak lebih dari kawan! Saya harap awak faham! Mungkin awak dah tersalah anggap dengan cara saya kawan ngan awak selama ini. Saya mintak maaf, tapi, saya memang cam tuh ngan perempuan... . Saya rasa, baik kita putuskan terus persahabatan nih, sebab saya tak mau awak terus salah paham...”,
Jihah terpaku. Lantas dia berpaling daripada wajah lelaki itu.
“Saya tak percaya! Awak bukan orang macam tuh! Saya kenal awak...”,
“Terima hakikat Jihah! Lagipun, kita tak sesuai. Awak tuh anak orang kaya, saya nih sapa la... . Tak sesuai kita bersama...”,
Jihah tunduk menahan tangis.
“Kaya tak kaya bukan ukuran Zim! Awak yang ajar saya tak pentingkan harta dunia. Kita kan sama di sisi tuhan? Sekarang kenapa benda-benda nih pulak yang jadik alasan?”,
“Itu lain Jihah! Masalah kita lain! Carilah orang yang sayangkan awak, dan sekufu ngan awak! Cinta orang macam awak bukan untuk saya!”,
“Orang macam saya? Saya nih orang macam mana? Lain ke dari awak? Alien? Hantu? Jin? Saya orang biasa, Azim.... . Saya orang biasa..., yang ada perasaan. Yang ada hati untuk merasa nikmat sayang dan cinta!”,
Azim diam. Dia tunduk, kerana dia tidak mahu Jihah nampak ada air di matanya.
“Saya tahu awak ada rasa yang sama Azim! Awak sayangkan saya, camana saya sayangkan awak! Please, don’t deny it...”,Azim geleng-geleng perlahan.
“Damn you! Lelaki ego! Ego! I hate you...! I hate you!!”,Lantas dipukul-pukul dada Azim. Memang dia hilang sabar. Kalau bukan sayang, rasa apa yang sering ditunjukkan Azim selama ini? Tak mungkin dia mainkan aku? Shit!
Azim pantas menangkap tangan yang memukul.
“Stop it Jihah! Behave yourself!”,Tegas suaranya kali ini. Jihah lantas menekup muka menangis teresa-esak. Azim tarik nafas dalam. Mencari sekelumit ketenangan yang tinggal dalam hati.
“I’m so sorry Jihah! Awak salah sangka! Saya tak ada rasa tuh! Saya rasa, cukuplah setakat nih! Thanks for everything anyway. It’s really nice to be your friend! Assalamualaikum.....”,Lantas dia berlalu kali ini, dan dia nekad, tak akan berpaling lagi.
Selamat tinggal Jihah, sayangku.....

BAB DUA BELAS
Sosej itu dimain-mainkan dengan garfu di tangan.
“Adik!”,Dia tersentak dengan teguran papanya.
“Adik dah sure ke nak pergi?”,
Dia mengeluh. Akhirnya dia angguk. Sepi lagi.
“Mengada-ngada dia nih! sukati dia nak buat apa..”,Abang Ngah tiba-tiba menyampuk. Dia angkat muka, menjeling abangnya yang selamba makan di sebelah.
“Angah.., cuba jangan kacau adik!”,Papanya melarang. Dia jelir lidah puas hati. Padan muka!
“What happen actually? Out of sudden, adik decide nak pergi belajar overseas. Dari dulu mama suruh pergi, you refuse! Sekarang baru nak pergi, kenapa?”,Lembut mamanya pula bertanya.
“I don’t know. I just make up my mind! I think, the education system there is much more advance from ours, right?”,
“Tak apa lah, honey! Let her go! Lagipun, Along ada kat sana.. . He can take a good care of his baby sister nih...”,Papanya sengaja mengusik, sambil mencubit pipi bersihnya. Dia hanya senyum pudar.
“Ok la then. I’ll call Haiqal. Suruh dia tunggu sana!”,
Jihah masih menyepi.
“OK lah, I’m full. Naik dulu, mama, papa!”,Lantas pinggan diangkat ke dapur. Dan lantas dia naik ke biliknya. Dia telah buat keputusan. Dia akan teruskan pelajaran di United States, bersama-sama Abang Long nya. Proses penukaran bukanlah satu proses yang sukar untuk keluarganya.Papa hanya perlu membuat satu atau dua panggilan, perkara itu pasti dapat diuruskan. Hatinya benar-benar terluka kali ini. Dilukai lelaki yang mula-mula mengenalkanya pada hakikat dunia yang sebenar. Pada suruhan tuhan yang telah dilupakan sejak sekian lama. Sekalipun Azim tidak lagi di sisi, bukan bermakna, setiap suruhan harus dilupakan. Dia sedar hakikat itu. InsyaAllah, niatnya untuk bertudung, tidak akan terbantut kerana peristiwa itu. Dan dia akan pastikan tiap suruhan tuhan dikerjakan. Dia rasa tenang dengan cara hidup itu. Dia rasa, seolah-olah, sentiasa dekat dengan satu kuasa besar, kuasa tuhan.
“Awak, saya nak tanya satu soalan nih!”,
“Ok, satu je tau! Lebih tak diterima!”,Dia dengar lelaki itu ketawa dengan sendanya.
“Mm, emas, minyak, diamond, kita boleh jumpa kat mana?”,
“Ish..., nih tak aci! Satu soalan, tapi jawapannya banyak!”,Dia merungut manja. Dari corong telefon itu, dia dengar Azim ketawa lagi.
“Saya tak terror geography la wak! Tapi, yang saya tau lah, minyak kat dalam tanah, emas kat lombong emas lah...”,
“But, basically, kalau kita nak all those thing, susah la nak carik betul tak?”,
Dia diam kali ini. Cuba memikirkan ‘point’ sebenar yang cuba disampaikan Azim.
“Lumrah alam, semua benda berharga, Allah simpan kat tempat-tempat yang susah manusia nak tengok! I mean, terpelihara lah. Kalau nak, kita kena carik! Perempuan pun sama jugak, awak. Suruhan Allah, untuk wanita Muslim tutup seluruh tubuh tuh, actually bertujuan memelihara wanita. Sebab, wanita nih jugak, satu makhluk Allah yang sangat berharga dalam dunia nih....”,
Dia masih ingat, kata-kata Azim itu membuatkan dia berfikir sepanjang malam. Dan akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menukar penampilan. Dan ternyata benar, dia rasa sedikit terlindung dan selamat, dari mata-mata jahat yang memandang.
Sejenak, dia tersenyum.
Terima kasih tuhan kerana memberi aku petunjuk dan hidayah. Kiranya Kau takdirkan aku hilang kasih Azim, maka, aku pohon, jangan kau tarik nikmat kasih-Mu sepanjang hayatku....
Kala itu, Jihah terasa ada air panas mengalir di pipinya....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
Azim tarik nafas dalam. Sejenak, dia sandarkan kepala ke sofa yang terletak kemas di ruang tamu rumahnya itu.
“Azim!!”,Mak melaung dari dalam bilik memanggilnya.
“Ye mak!”,
“Dah siap semua barang-barang kau? Telekung yang mak suruh bagi tok tadi dah simpan dalam beg?”,Sayup-sayup Azim dengar mak berbicara dari dalam bilik.
“Dah! Semua dah siap dah..”,
Tidak lama, wajah Aminah kelihatan di muka pintu bilik. Dia memandang anak bujangnya itu sejenak.
“Yang kau termenung nih kenapa? Hari tuh bukan main suka nak balik kampung?”,
Azim sengih. Geleng-geleng. Mak.., kalau lah mak tau apa yang Azim rasa nih mak!
Aminah kerut kening. Geleng-geleng perlahan, lantas kembali hilang di balik tabir biliknya itu.
TIT! TIT! Telefon bimbitnya berbunyi. Azim sedikit tersentak dengan getaran di poket belakang seluarnya itu. Lantas dia bangun dan mengeluarkan telefon itu.
“Eddy?”,Ujarnya perlahan. Lantas satu punat ditekan, membolehkan dia bercakap dengan si pemanggil. “Hello Assalamualaikum..”,
“Waalaikumussalam, Zim! Wei, Eddy sini!”,
“Tau lah kau kat sana! Hah, naper kau nih?”,Ujarnya bersenda, sambil gelak-gelak kecil. Namun, tiada respond daripada Eddy.
“Zim, Jihah nak pergi US. Kejap lagi dia bertolak! Aku pun baru tau nih. Jihah ada cakap apa-apa ngan kau?”,
Azim diam. Ketap bibir. US? Hari nih?
“Azim..”,
“Arr...ye..ye, aku dengar? Apa dia?”,
“Hish...kau nih. Jihah ada bagitau apa-apa tak?”,
Azim berdehem sedikit, melegakan tekak yang rasa tersumbat dek berita yang baru disampaikan.
“Tak..tak ada pun!”,
Eddy diam kali ini.
“Pelik! Takkan dia tak bagitau kau!”,
Azim diam. Tarik nafas dalam.
Dia marah ngan aku lah! Takkan dia nak bagitau aku... . Buat apa nak gi US tuh? Merajuk ke...
“Ke.., kau gaduh ngan dia?”,Tiba-tiba soalan itu muncul. Azim tersentak.
“Pukul...baper flight dia?”,Cepat-cepat Azim tukar topik.
“12 karang. Kau cakap bebetul Azim, kau gaduh ngan dia ke?”,
Azim mengeluh.
“Aku pun tak tau la wei!”,
“Hmm.., sah la tuh! Kau gaduh ngan dia! Pergi la pujuk dia wei! Serius dia nak gi US tuh! Bukan pergi nak bercuti, dia nak duduk sana. Dengan abang long dia! Lama siot, 4, 5 tahun..”,
Azim lantas duduk. 4, 5 tahun? Lorr, buat apa la nak duduk sana lama-lama wak! Tak best le US tuh..
Dia lantas garu kepala. Tanpa sedar, dia mundar-mandir keliling rumah.
“Tak leh Eddy. Tak boleh! Aku tak boleh pujuk dia. Aku tak nak kasik dia harapan palsu lagi!”,
“Harapan palsu apa? Kau cakap apa nih? Aku tau Jihah tak bertepuk sebelah tangan! Aku tau kau ada hati ngan dia! Palsu apa?”,Suara Eddy agak tinggi. Azim tahu, Eddy marah. Oleh itu, dia hanya menyepi
“Jangan tipu diri sendiri Azim! Nanti kau gak yang sakit! Flight dia pukul 12. i hope to see you there!”,
TIT! TIT! Talian putus. Azim mengeluh. Kuat kali ini. Dia mendongak, melihat kipas yang berpusing. Sejenak, dia berpaling.
“Eh mak!”,Terkejut dek wajah mak yang tiba-tiba muncul memandangnya dalam.
“Harapan palsu apa? Pujuk? Pujuk sapa? Apa yang jadik sebenarnya nih Azim?”,
Azim pandang ibunya dalam. Sengih. Kantoi aku....

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
BAB TIGA BELAS
Suasana agak sibuk di KLIA hari itu. Almaklumlah, hari minggu. Jihah pandang sekeliling. Melihat-lihat kot-kot ada orang yang ditunggu-tunggu datang.
“Oit!”,Tersentak. Dia menoleh.
“Hish...Eddy nih! Terkejut Jihah la..”,Eddy sengih.
“Mm..., mana..”,Sejenak, dia buka mulut untuk bertanya, namun, separuh jalan, dibatalkan.
“Eddy dah inform budak-budak. Diorang datang jap lagi kot! Convoy ramai-ramai..”,Jihah senyum. Sedikit lega. Dia akan datang kan?
“Hah, Eddy, bila sampai!”,Nabil yang hilang sejenak, mencari air yang diminta adiknya itu kembali.
“Nabil! Wassup dude? Lama tak dengar citer..”,Mereka bersalaman.
“Tuan puteri, nah air!”,Air mineral dihulur padanya.
“Pak Lang ngan Mak Lang mana?”,
“Diorang tak dapat hantar. Company ada crisis apa tah! Busy lately... Aku gak le yang kena jadik kuli batak budak ni hantar dia..”,Eddy dan Nabil gelak lagi. Namun Jihah hanya menyepi. Mata masih meliar ke sekeliling.
“Eddy! Diorang dah sampai!”,Tiba-tiba Jihah menjerit ceria.
“Assalamualaikum..”,Faruq, bersama Farah, Ben dan Sham datang menghampiri mereka.
“Waailaikumussalam..”,Eddy bersalaman dengan rakan-rakannya itu.
“Arr...Azim mana?”,Ben, Faruq dan Sham berpandangan sesama sendiri. Melihat Jihah yang berubah riak.
“Dia..kata.., dia nak balik kampung.. . Mm..,dia kemsalam je ngan kau..”,
“Arr.. tak per la..! Angah, let me introduce my friends, Faruq, Farah, Ben and Sham!”,
“Nih abang aku, Nabil!”,Mereka senyum, namun disambut dingin oleh Nabil. Sejenak, Jihah memandang jam di pergelangan tangan.
“I guess, it’s time for me to get going!”,
“Arr..Jihah, tunggu jap gi! Awal sangat nak masuk...Kot..kot..”,Bicara tidak dihabiskan Ben. Jihah tunduk. Senyum. Kemudian, geleng-geleng pula.
“Tak pe lah Ben! Kirim salam aje kat dia ok..”,
Ben, Sham, dan Farah tampak kecewa. Si Faruq entah ke mana. TIT! TIT! Tiba-tiba telefon Nabil berbunyi.
“Hello, ya mama! Nak pergi dah..”,Daripada bicara angahnya itu, dia pasti mama nya yang menelefon.
“Adik. Mama, she wants to talk to ya’..”,Telefon bimbit abangnya itu dicapai.
“Hello, mama..”,
“Adik, adik sure nih.. . Tak menyesal..”,
“Mama..,you know me..”,
“Ok..ok. You take care allright! Mama dah call along. He’ll wait you there..”,Ibunya terus berbicara. Berpesan perkara-perkara yang Jihah sendiri dah naik hafal.
“Budak tuh yang dia tunggu? C’mon, nih yang aku tak suka dengar nih!”,
“Kau kenal Azim?”,
“Aku dah sound budak tuh, jangan dekat dengan Jihah! Kalau dia sedar diri, dia takkan kacau Jihah lagi..”,
“Nabil, what are you thinking? Your sister likes him! In fact, she loves him!”,
“My goodness, Eddy! Dia tuh sapa? Be realistic sikit beb!”,
“ADIK!!”,Jihah tersentak. dia tarik nafas dalam. Tangan diletak di dada. Terkejut dengan perbualan antara angah dan Eddy yang secara tak sengaja terdengar dek telinganya.
“Ye..yes ma.. .I’m..I’m listening..”,Kala itu, dia sedar ada airmata yang jatuh.
Aku dah sound budak tuh, jangan dekat dengan Jihah!
Azim bukan sengaja jauhkan diri dari aku! Sebab angah, pasal tuh dia menjauh..
“Adik.., honey, are you crying? Jangan macam tuh sayang. Nanti mama pergi tengok adik kat sana, ok?”,
“I’ll miss you, ma! Bye..”,Lantas talian dimatikan. Dia tarik nafas dalam.
Azim sayang aku... Dia tipu aku sebab angah.. . Camana sekarang?

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
BROOM!!!! Motor itu bergerak laju membelah jalan.
Sejenak, penunggangnya melihat jam.
Cepat..cepat! sempat tak nih...
“Apa anak jantan mak nih! Buat malu mak je! Kau nak bercinta dengan abang dia ke dengan dia? Yang kau dengar cakap abang dia tuh buat apa?”,
“La.., mak tak paham! Dia memang anak orang kaya mak! Tak layak Azim nih!”,
Dia lihat mak mengeluh. Menepuk dahi.
“Kau nih, baik mak lahirkan anak dara la! Kau cakap dengan mak, nanti lepas kau dah kawin, kau nak sara anak bini guna duit kau ke, duit keluarga bini kau?”,Azim pandang mak dalam.
“Duit orang la! Tebiat apa nak guna duit family dia..”,
“Abis tuh? Itu la mak suruh Azim belajar pandai-pandai nak.. .Supaya esok-esok orang tak pandang rendah! Orang berilmu memang tinggi pandangan orang. Nak-nak, kau bakal jurutera nanti.. . Orang tak boleh nak pertikai nak.. . Jangan kira dia anak siapa, diri sendiri tanya...”,
Dia diam. Tunduk. Aik, masuk akal jugak kata mak nih....
“Abih tuh, camana mak? Dia nak pergi dah nih?”,
“Hai.., belajar tinggi-tinggi, menda nih pun tak tau? Cikgu kau tak ajar ke kat universiti tuh? Pergi le kejo! Pujuk balik! Tunjuk mak puteri bunian kau tuh...”,
KLIA 15km
Azim sengih di balik helmet yang menutup wajahnya.
Tunggu Jihah! Saya datang...
PIN!!!!!!! Azim menoleh sejenak. Shit!! Entah bila ada Serena biru itu di situ, dia sendiri tak sedar. Lantas dia memicit brake, emergency. SKREET!!!!!!!
Motor terseret lebih kurang 2 meter. Azim terkulai. Memandang langit yang luas. Dia dengar keadaan mula kecoh.
Maafkan Zim mak..., Azim kecewakan mak... . Puteri bunian..
Dan dunianya gelap. Sepi.

‘ ‘ ‘ ‘ ‘ ‘
Dia duduk memandang ke luar pesawat itu. Entah kenapa, ada rasa kurang enak di hati. Jihah tarik nafas dalam. Tudung di kepala yang baru cuba dijinakkan dengan personaliti dibetulkan sedikit.
Hish.., naper rasa tak sedap ati nih...
Dia menyeluk bagnya. Handset Motorola itu dikeluarkan. Memang dari tadi, dia telah matikan. Untuk dia yang sejak kecil turun naik pesawat, peraturan itu telah pun dia sedia maklum. Dilarang menghidupkan telefon bimbit di dalam pesawat.
Tangan Jihah rasa gatal-gatal, tak boleh duduk diam. Hendak sangat hatinya meng’on’ kan telefon bimbitnya itu.
“Hish..”,Dia mengeluh perlahan. Pesawat masih belum bergerak. Memang sengaja dia masuk awal. Kecewa. Dia tidak mahu rakan-rakan yang lain nampak keadaannya.
Ahh....I don’t care.... . The flight is not yet moving... . Aku nak bukak jugak..
Lantas tangannya laju menekan butang yang sepatutnya. Tidak lama, telefon itu berbunyi perlahan, tanda ada mesej yang sampai. Dia berdebar. Dah dijangka, pasti ada sesuatu. Mungkin dia..? ingin mengucapkan selamat tinggal...
Lantas butang segera ditekan
Jihah, Azim accident on his way to the airport...
Ya Allah... . Dia lantas berdiri.
“Miss.., please be seated. We’re going to depart now.. . And, switch off your handphone please...”,Segera pramugari itu menghalang sambil tersenyum manis.
“But...”,Ada air di matanya.
“Please miss...”,
Lantas dia duduk. Jihah terkedu. Pramugari itu lantas memasangkan tali pinggang keselamatannya. Dia biarkan. Sesungguhnya, dia terpana, tanpa kata.
Azim....

BAB EMPAT BELAS
Buah epal itu digigit, sikit demi sedikit. Mengeluh perlahan. Muak dengan bau hospital itu.
“Mak, doktor kata, bila Azim boleh keluar mak?”,
Aminah menjeling anaknya itu tajam.
“Kau nih, hari-hari tanya bila boleh keluar! Penat la mak nak jawab. Tangan dah macam robot, cubalah bawak-bawak bersabar. Syukur kau panjang umur tau tak?!”,Mak meleter panjang. Azim mengeluh.
“Ye la mak...ye la.. . Orang tanya je.. . Boring tau mak! Duduk kat hospital nih. Baru je keluar hospital, masuk balik..”,
Dia mengeluh lagi, sambil membelek tangan yang disimen dek kerana patah akibat kemalangan hari itu. Memang dia bersyukur sangat, dia masih mampu bernafas di dunia fana ini. Mujur-mujur, Serena itu berhenti tidak kurang 3 inchi daripadanya. Kalau tidak, dah mati penyek aku!
Sejenak, dia tersengih sendiri.
“Kau nih nyawa liat tau tak! Hish.., syukur! Tak pernah ada orang buat rekod macam ko, keluar masuk hospital dalam masa tak sampai sebulan!”,Dia terkenang kata-kata Ben sewaktu melawatnya dua hari lepas.
“Dah tersenyum sorang-sorang pulak dah! Hish..,risau mak nengokkan kau nih Azim! Sakit dada pikir..”,Dia pandang maknya. Ada air di mata tua itu. Lantas dia capai tangan mak yang sedang memotong buah itu.
“Mak...”,Dia panggil lembut.
“Ampun Azim mak... . Lain kali, Azim tak buat mak risau lagi ye..”,Lantas airmata Aminah jatuh berguguran.
“Jangan la nangis mak.. . Mak nangis tak cantik la..”,Bijak dia memujuk ibu kesayangannya itu. Lantas si ibu tergelak kecil, sambil memukul perlahan anaknya itu.
“Pandai la kau tuh..”,
Dia turut ketawa perlahan. Dia tahu, ibu itu risau akan keadaannya. Mana tidak, akibat kemalangan itu, seminggu lebih dia koma.
“Mak..., masa Zim koma kan mak.., Zim mimpi..”,
Aminah mengesat air matanya. Memandang anak bujangnya itu penuh kasih sayang.
“Zim jumpa abah...”,
Hilang senyum dari bibir si ibu. Dia pandang dalam anak itu.
“Abah pesan, suruh Azim jaga mak! Dia cakap, Azim kena kuat untuk hidup, untuk jaga mak..”,Kala itu, dia sendiri, terasa, ada air panas dalam matanya. Mengenangkan nasib mereka sekeluarga, dia jadi hiba.
“Azim nih, bukan anak yang baikkan mak? Carik mati sebab nak kejar perempuan yang jauh melangit darjat dari Azim. Nasib baik Zim hidup mak, kalau tak..., sapa nak jaga mak kan?”,
Aminah pandang dalam anaknya itu. Airmata jatuh meleleh. Dia lihat Azim ketawa perlahan. Sambil itu, tangan kanan mengesat airmata yang jatuh. Tahu benar hati si ibu, anak itu kecewa. Kecewa, dengan cinta yang tak kesampaian. Budak perempuan itu, akhirnya berlepas juga ke Amerika. Dia terdengar perbualan Azim dan kawan-kawannya hari itu.
“Dia dah sampai US Azim... . Aku..dah sampaikan berita.. . Dia kirim salam pada kau.. . Aku mintak maaf Zim. Aku tak dapat bawak dia balik..”,
“Relax la beb! Awek boleh carik la... . Tak ada hal la.. .Wa no hal la. Lagipun, aku nih sapa, nak dibandingkan dengan dia! Macam pinggang dengan kaki kau tau!”,Dan dia ketawa. Namun, kala itu, jelas di mata Aminah, ada kesedihan di mata itu. Azim...
“Mak!”,Dia tersentak. Dia lihat Azim senyum manis. Lantas dia bangun dan merangkul satu-satu anak yang tinggal itu.
“Mak tau apa yang kau rasa nak.. . Sabarlah.. . Mak sentiasa doakan Azim dapat pasangan yang baik-baik...”,
Azim terpana mendengar kata-kata ibunya itu. Dia kaku dalam dakapan si ibu. Entah mengapa, terasa sakit benar hatinya. Terasa kesepian. Terasa ditinggalkan. Terasa kalah! Ubat apa yang digunakan oleh anak orang kaya itu, pusing sana-sini, muka dia jugak yang aku nampak. Bukannya cun sangat! Bukannya bagus sangat!
Tapi...
Sudah Azim! Terima hakikat nih. Dia siapa? Kau siapa? Berhentilah berharap... .
“Mak...”,
Lantas Aminah melepaskan anaknya itu. Walau ada air yang mengalir, si anak itu masih tersenyum.
“Mak doa orang dapat..., puteri bunian ye..?”,
Lantas pecah tawa kecilnya. Aminah lantas mencubit pipi bersih anaknya itu.
“Adeh..deh..mak sakit! Doktor..tolong..! mak saya dera saya..”,
Aminah ketawa lagi. Akhirnya, dia usap lembut rambut Azim, penuh kasih-sayang. Azim senyum. Melihat tawa si ibu, cukuplah untuk mengubat luka di hati.
“Assalamualaikum...”,Suara lembut sang gadis menerpa tiba-tiba, membuatkan kedua beranak itu terdiam, memandang ke pintu wad itu. Azim terkaku. Seolah-olah, bukan setakat tangan kiri sahaja yang disimen, tapi, seluruh badan, kerana, dia tidak dapat bergerak langsung. Beberapa ketika kemudian, dia telan air liur.
“Waalaikumussalam... . Masuk nak...”,Lembut suara Aminah menjemput. Perlahan, gadis berbaju kurung pink lembut itu berjalan menghampiri. Azim masih tak berkedip.
“Kawan Azim, ye? Duduk lah nak..”,Gadis itu senyum.
“Nih makcik, ada buah sikit saya bawak..”,Bakul berisi buah itu dihulur.
“Ala...susah-susah je nak! Er..namanya siapa nih? Azim, tak dikenalkan pulak nama kawan ni kat mak!”,
Azim seolah tersedar dari lamunan yang panjang. Dia lantas berdehem perlahan. Biasala, clear kan tekak yang terasa tersekat!
“Arr..ni...ni..mm..”,
“Saya Jihah makcik! Najihah...”,Kala itu tangan Aminah telahpun dikucup lembut gadis itu.
“Jihah.... . O..., mm..duduklah Jihah!”,Jihah senyum. Lantas dia mengambil tempat di kerusi berhampiran dengan Azim.
“Arr...Jihah dengan Azim sembang lah dulu ye.. . Makcik nak ke surau kejap..”,
“Surau? Watpe mak? Mak nak semayang apa waktu sekarang nih?”,Aminah senyum-senyum.
“Mak nak pergi solat dhuha.. . Nak sujud syukur sekali..”,
“Pergi ye Jihah... . Tuh ada makcik dah potongkan buah.. . Jihah makanla..”,
Mengambil begnya, lantas Aminah berlalu. Sebelum keluar, sempat dia memandang anaknya itu. Memandang meminta pengertian. Aminah senyum. Dan dia kenyitkan mata.
Pandai-pandai la ko nak..
Azim berkerut dahi. Mak nih...! hish..., tak patut ditinggalkan aku dengan..dengan..
Adoi, entah mengapa, nak menyebut nama si dia pun macam tak boleh!
“Mm..., awak pekaba?”,Setelah agak lama sepi, gadis itu mulakan perbualan. Dia sengih.
“Macam ni la.. . Rasa cam robocop kat dalam TV tuh..”,
Ujarnya selamba, sambil bermain-main dengan tangan yang bersimen. Dia lihat Jihah gelak kecil. Dia pandang tidak berkelip. Tak dapat dinafi, sungguh, dia rindu amat dengan tawa manja itu!
Sedar, Azim memandang, lantas Jihah hentikan tawanya. Sepi lagi.
“Awak..mm..awak bukan dekat US ke? Arr..I..I mean..,sepatutnya..,awak dah pergi US kan?”,
“Awak tak suka ke kita kat sini? Tak suka kita balik la..”,
“Eh..bukan..bukan wak.. . Kita tanya je..”,Kelam-kabut Azim menjawab. Tersipu-sipu. Sebenarnya, dalam hati, dia nak tanya ‘Awak balik Malaysia nak tengok kita ek awak?’, tapi, entah mengapa, tak terkeluar pulak..
“Cousin kita bagitau kita, ada orang tu tak pandai naik motor accident tengah jalan. Kesian pulak.. . Balik la tengok..”,
Kali ini, Azim pula tertawa. Lega, mendengar jawapan itu. Sah! Dia balik tengok aku! Ye..ye..! Ye...ye!
“O..., lagipun, ada orang tuh, janji ngan saya, nak kasik saya rasa spagetti Malaysia, mak dia buat...!”,Perlahan, gadis itu bicara lagi. Dia sengih.
“Wak, camana boleh accident? Awak nih, buat menda selalu tak fokus tau! Melayang-layang entah ke mana!”,Setelah agak lama keadaan sepi, gadis itu bertanya lagi. Dia diam. Memandang gadis itu dalam. Cantik. Dah bertudung!
Sejenak, dia mengeluh perlahan. Menyandar kepala ke dinding.
“Camana nak fokus wak! Puteri bunian kita dah boring duduk kat Malaysia, dia nak try duduk overseas plak.. . Kita melayang-layang ikut kapal terbang nak ke Amerika sana tuh...”,Sejenak, dia memandang Jihah, menanti reaksi si gadis. Namun, gadis itu hanya menyepi. Tunduk.
“Jihah, saya tipu awak hari tuh! Hakikatnya, memang saya sayangkan awak.. . Sayang..sangat! Tapi, saya sedar, siapa saya. Awak tuh anak orang kaya..saya nih..”,
PAP! Tak semena-mena, free dia dapat tamparan di lengan. Kuat gak le, bleh tahan pedihnya.
“Adoi! Eh, apasal pukul saya!”,
“Sebab awak tuh bodoh sangat! Pengecut! Tak ada otak nak pikir..”,Jujur, Jihah menjawab.
Azim terdiam. Memandang gadis itu.
“Yang pergi dengar cakap Abang Ngah saya tuh kenapa?! Awak nak bercinta dengan saya ke, dengan dia? Lurus sangat! Dengar aje cakap orang! Saya yang merana! Saya ingat awak tak sayang dengan saya.. . Saya ingat awak main-mainkan saya! Saya ingat..”,Dia tidak meneruskan kata-katanya, kerana dia tidak mampu bercakap lagi, diganggu dek esak tangis. Kala itu, Azim sengih. Entah mengapa, berbunga hatinya mendengar marah Jihah. Akhirnya, dia gelak-gelak kecil.
“Eh orang atasan, jangan nangis lah! Orang atasan kalau nangis, bertambah tak cantik!”,Jihah angkat wajah. Memandang lelaki itu dengan jelingan.
“Ei, benci! Benci! Benci!”,Lantas dipukul-pukul lagi lelaki itu.
“Adoi..adoi...! Eh awak, matilah saya macam nih! Sakitlah! Tolong! Ada orang nak bunuh saya..”,Jihah berhenti.
“Benci!”,Sekali lagi, jari runcingnya memukul. Azim diam. Gelak kecil. Memandang gadis bertudung pink lembut itu. Gadis itu. Tunduk. Malu mungkin. Dia senyum.
“Jihah, benci ke sayang?”,Jihah angkat wajah.
“Benci!”,Azim senyum.
“Sayang lah...”,
“Ei, benci! Awak jahat!”,
“Ala...sayang la..”,
“Tak nak! Awak jahat! Benci awak!”,Gadis itu mencebik. Manja. Comel. Azim sengih. Terasa dadanya lapang. Dia tidak tahu, apa yang akan terjadi selepas ini. Dia tidak peduli. Biarlah rintangan datang, dia sanggup mengharungi asalkan gadis ini menjadi miliknya. Tuhan, takdirkanlah, kami bersama sehayat kami.
Mak..., nih dia puteri bunian Azim mak...
“Kena sayang jugak!”,

~T@m@t~


No comments:

Post a Comment