29 November 2010

Mentari Muncul Lagi



"Eeiii...abang ni!!” jeritanku menggegarkan rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Cahaya.
Abang yang sedang tersengih macam kerang busuk itu kukejar dengan bantal, habis tunggang-langgang segala isi perut rumah.
"Aduh...! Sakitnya!!" jeritan abang pula menggamatkan suasana rumah. Bantal yang berada di tangan kuhenyak-henyakkan keatas badan abang. Jeritan abang meminta aku menghentikan aktivitiku, kubiarkan sahaja.
"Biarkan abang rasa. Sape suruh kacau ina tengok cerita Card Captor Sakura???" bisik hati kecilku.
Namun aku terpana seketika setelah menyedari bahawa bantal yang kuhenyak-henyakkan ke atas badan abang mula memuntahkan isinya.

"Oopps..." aku dan abang saling berpandangan dan tersengih.
Kuperhatikan sekitar ruang tamu itu, macam kapal nak karam sahaja rupanya.
Majalah bertaburan. Kerusi tunggang-langgang. Kekabu merata-rata.
"Memang macam sarang tikus..."aku mengomel sendiri.
Keakraban antara aku dan abang memang tidak dapat disangkal lagi. Kadang-kadang ini menimbulkan konflik antara aku dan rakan-rakan sekuliahku, terutamanya yang berlainan jantina denganku.

Mungkin ini menyebabkan mereka sukar untuk mendekatiku. Mana taknya, aku lebih selesa berkepit dengan abang berbanding dengan teman sekuliahku. Lagipun aku malas untuk memikirkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan pelajaranku. Biarlah apa orang nak kata, asalkan aku happy dengan kehidupanku.
Abanglah segala-galanya bagiku setelah kedua orang tuaku maut dalam kemalangan jalan raya kira-kira 17 tahun yang lalu. Sejak itu, abanglah menjadi temanku, abang jualah yang menjadi musuhku dan abang jugalah yang menjadi tempat aku meluahkan segala senang susahku.
Pernah juga terdetik di mindaku, bagaimana dengan diriku andai abang tiada di dunia ini? Mampukah aku untuk meneruskan kehidupanku tanpa abang di sisiku? Mampukah aku???
Namun segera kulontarkan jauh segala yang terlintas dimindaku. Aku tidak mahu memikirkannya kerana aku tahu aku belum bersedia untuk menerima segala yang terjadi.
***
Seperti biasa, selesai sesi tutorialku aku segera pulang ke rumah menaiki bas. Pada kebiasaanya abang akan menjemputku, tetapi hari ini aku mula bertekad untuk pulang sendiri. berdikarilah konon!!!

Sampai sahaja di rumah aku segera mamanjat anak tangga untuk ke bilikku. Aku segera merebahkan badanku ke atas tilam yang begitu kuimpikan sejak di dalam dewan kuliah lagi.
"Aargh...leganya!!! Entah mengapa kurasakan begitu penat sekali. padahal hari ini tiada latihan bola jaring pun. Mungkin pra-haid kot," aku bermonolog sendiri.
Tiba-tiba aku tersedar apabila jam locengku berbunyi. Lantas aku duduk dibirai katil dan memandang jam di atas meja solekku.
"Aik..baru pukul tiga. Siapa pulak yang gatal kunci jam ni???" aku tertanya sendirian.
Aku lantas bergegas menuju ke bilik air setelah teringat bahawa aku belum lagi menunaikan solat zohor.
Selesai menunaikan kewajipanku sebagai hamba-Nya, aku segera memohon keampunan buat diriku, abangku dan kedua orang tuaku. Semoga mereka tenang di alam sana.

Selepas itu, aku teringin membuang masaku dengan menonton televisyen.tiba-tiba langkahku terhenti apabila melintasi bilik abang. Teringin juga aku melihat keadaan bilik abang, padahal bilik itulah yang sering aku kunjungi suatu ketika dulu.
Hatiku tiba-tiba bergetar sewaktu tanganku memegang tombol pintu bilik abang.
"Masya-Allah...macam tempat kucing beranak..."aku menggelengkan kepalaku tatkala melihat bilik abang.
"Hapak...patutlah asyik membebel baju tak de..." aku berbisik sendirian sambil mengenangkan sikap abang yang asyik mengomel bahawa bajunya tiada untuk dipakai.

Baju abang yang bersangkutan di dinding dan bertaburan di lantai kukutip dan kumasukkan ke dalam bakul untuk dibasuh. Buku-buku serta majalah abang yang bertaburang di atas katil kukemas satu persatu. tiba-tiba sekeping sampul berwarna coklat jatuh dari peganganku.
Zafrin Shauki
No. 31 Jalan 2/3B
Taman Cahaya
43650 Bangi.
***
Sedang aku leka menonton 'Maya Mira', aku terdengar deruman kereta abang memasuki perkarangan rumah. tombol pintu yang dipulas menambahkan lagi degupan jantungku.

"Aik..! Awal adik abang balik?" abang memulakan pertanyaannya.
Diam. Abang terus mengambil tempat di sebelahku.
"Asal diam ni? Demam ke?" suara abang dikeraskan sedikit.
Diam.
Air mata kutahan dari berjujuran jatuh. Tanpa membuang masa aku segera menyarahkan sampul surat yang berwarna coklat itu kepada abang dan meninggalkan abang termangu-mangu. Aku segera berlari menaiki tangga menuju ke bilikku.

Aku menangis sepuas-puasnya. bantal yang berada di sisi, kupeluk erat. Aku kesal dengan sikap abang. Aku lantas membaringkan diri memandang kipas yang sedang berputar laju seolah-olah sama ligat dengan fikiranku yang sedang berkecamuk.
***
Aku dan abang tidak bertegur sapa lagi. Masing-masing dengan hal sendiri.
Jika abang di dapur, aku pasti berada di ruang tamu. jika abang di ruang tamu, aku pasti melarikan diriku ke dalam bilik. Aku dan abang bagaikan orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain,

Sudah puas abang memujukku, namun hampa. Sudah berkali-kali abang membelikanku coklat kegemaranku, black forest, namun aku masih mengukuhkan tembok keegoaanku. Tetapi sebenarnya, cokalt itu sudah pasti habis kuhadamkannya.
***
Aku ingin mencari ketenangan selesai tamat kuliahku. Kepalaku terasa berat. Lantas aku menghayunkan langkah kakiku ke taman permainan di belakang rumah. Kelibat kanak-kanak yang sedang leka bermain mengayikkanku. tiba-tiba aku terkenangkan zaman kanak-kanakku bersama abang.

"Abang..."
Sudah agak lama aku tidak menyebut perkataan ini sejak hal tempoh hari. Air mataku menitis lagi.
"Kakak..! Tolong amikkan bola tu..." Aku lantas mengesat air mataku dengan hujung lengan bajuku. Kanak-kanak yang bertocang itu menunjukkan bola yang berada di kakiku.

Lantas aku mengambil dan menyerahkan kepada si kecil itu. Datang pula si abang memimpin tangan si adik ke arah ibu mereka di bawah pokok yang bertentangan denganku. Aku menghantar mereka dengan sebuahsenyuman manis.
Aku segera teringatkan abang. Aku membuka langkah seribu untuk pulang ke rumah. Aku bertekad untuk memohon keampunan dari abang. Sampai sahaja di rumah...
Untuk Ina, adik abang...
Maafkan abang atas apa yang berlaku...bukan niat abang untuk menipu Ina. Tapi, percayalah abang buat semua ini kerana Ina adalah tangungjawab abang dan amanah dari arwah ayah dan ibu. Jadi abang akan pastikan ina mendapat segala keperluan dengan secukupnya. Walaupun Ina dan besar, namun bagi abang, Ina adalah seperti kanak-kanak yang masih perlukan perhatian dari abang. Sebab itulah abang tolak tawaran abang ke UPSI.

Biarlah abang di sini untuk menjaga Ina. Abang sayangkan Ina dan tolong jangan mendera abang lagi. Abang dah tak tahan lagi... Ina...please forgive abang. abang sayang Ina.
-abang-
Surat abang habis renyuk dalam genggamanku. Kalau abang berada di sini tentu abang akan melihat adiknya menangis tanda kekalahan. Biarlah. Aku pasrah. Aku menangis sepuas-puasnya tanda bersalah terhadap abang.

***
Malam ini aku akan pastikan berlaku sesuatu yang istimewa antara aku dan abang. Aku bertekad untuk memasak pada malam ini walaupun aku sebenarnya jarang memasuki dapur untuk memasak. Biasanya abang yang akan lakukan perkara ini bukannya aku.

Aku terpaksa bersedia dengan apa sahaj kemungkinan yang akan kuterima setelah abang pulang.
"Assalammualaikum..." kedengaran suara abang.
Tanpa dijemput abang segera mengambil tempat duduknya di hadapan aku.
"Wah..adik abang masak ye malam ni??
Aku tersenyum kambing.
Tangan abang ligat mencuba itu ini. akhirnya abang bersuara...
"Iissshh...ape ni?? Dah la masin, sayur pahit. Sup ni pula kurang rasa ni.. air tawar berdenut..." abang mula memecah kesunyian.

Aku hanya mampu menahan telinga. Mata kujegilkan kepada abang tanda tidak berpuas hati. Abang hanya mampu tersengih seperti biasa.
"Nak makan, makan je la... jangan nak banyak songeh plak. Bersyukurlah Ina dah masak ni," aku memulangkan paku keras kepada abang.
Kaki abang di bawah meja kusepak tanda geram teramat.
"Aduh!!" abang menjerit kesakitan.
Aku dan abang saling berpandangan dan ketawa bersama-sama. Ketawa aku dan abang mula memecahkan keheningan malam.
Akhirnya aku dapat rasakan kesunyian yang melanda rumah teres dua tingkat itu beransur hilang. Rumah itu kembali ceria dengan gelak ketawa antara aku dan abang. Kini mentari muncul lagi.
 -

No comments:

Post a Comment