06 March 2011

Saje-saje jew....

ni lah keje aku kalau tak da assignment....huhuhuhuhuhuh
ni kawan gf aku name dia farhana...
FB dia dah kene ceroboh....
dah lah kene ceroboh pastu cakap yang bukan2 kat wall page membe aku tu...
sungguh x bertamadun.....
hope ALLAH memberi balasan yg setimpal ke atas budak itu...
korang yg tau psal descypt password tolong descrypt pasword ini boleh x???
huhuhhuhuuhuhu......









P/s:jangan nak hack fb orang n ambik cip poker aku k...hahahahahah


CINTA DAN PENGORBANAN



“Boleh saya duduk di sini?” Suara itu mendorong gadis itu untuk mengangkat mukanya. Di hadapannya waktu itu, berdiri seorang pemuda berseluar hitam dan berbaju biru warna laut, menantikan jawapan. Tangannya sarat dengan buku-buku berkulit tebal, kelihatan kacak dengan sepasang kaca mata tanpa bingkai, sesuai dengan raut mukanya. Rambutnya pula, tersisir kemas. Gadis itu berpaling ke seluruh ruangan perpustakaan universiti yang agak sesak dengan para penuntut itu.

“Duduklah.” Gadis itu terpaksa membenarkan pemuda itu duduk di kerusi berhadapan dengannya itu memandangkan sudah tidak ada lagi kerusi kosong untuknya di dalam perpustakaan tersebut. Pemuda tersebut pantas menarik kerusi di hadapan gadis itu dan duduk. Buku-bukunya diletakkan di atas meja.

“Terima kasih. Maaf kerana mengganggu.”
“Tak apa.”
“Nama saya, Is. Iskandar.”
“Panggil saja, Anis.”
“Anis ambil course apa?”
“Perniagaan, tahun 2. Is?”
“Perniagaan juga, tapi tahun 3. Tak pernah nampak pun Anis, sebelum ni.”
“Saya terus masuk tahun 2. Baru masuk.”
“Patutlah…”

“Anis buat apa tu?” Iskandar bertanya apabila gadis itu tunduk untuk meneruskan kerjanya.
“Assignment.”
“Nak Is tolong?” Dia menawarkan bantuan. Anis agak keberatan untuk menerima.
“Tak apa. Is dah pernah buat assignment ni. Lagipun, Is takde kerja sekarang.”
“Kalau takde kerja, kenapa masuk library?”
“Ulangkaji…”

03 March 2011

HIJAB KEKASIH



Hasil Karya: the AWAY writer
Disenarai Pada: 27 July, 2004
Konsert mini artis terkenal, M.Nasir benar-benar membuatkan jejaka berkemeja biru dan berseluar longgar hitam gelap, rasa berpuas hati dengan persembahan secara langsung itu setelah sudah sekian lama dia tidak menyaksikan persembahan artis yang sememangnya serba boleh sama ada dalam bidang nyanyian, lakonan, lukisan dan banyak lagi. Lagu-lagunya yang puitis dan penuh dengan kemelayuan memang menyentuh naluri kelakiannya. Namun, dari banyak hasil nukilannya, dia cuma benar-benar tertarik dengan satu lagu yang sememangnya cukup membuatkan jiwanya tersentuh seolah-olah dia benar akan merasainya. Apa yang dia rasakan sebenarnya? Kecewa juga apabila penyanyi pujaannya itu tidak mendendangkan lagu kegemarannya malam itu. Apa-apa pun peluang untuk bersantai begini sukar untuk diperolehi memandangkan kariernya yang sudah cukup menyibukkan. Hari sudah pun lewat malam,dengan motorsikal berkuasa tinggi, dia pulang ke pangsapurinya keseorangan. Setibanya di rumah, dia terus masuk ke kamar dan menyemak semula kerja-kerjanya yang masih tertangguh. Kedengaran deringan telefon bimbit mematikan tumpuannya
"Assalammualaikum. Hi. Kau apa khabar?"

"Waalaikumussalam. Aku ok jer. Napa?"

Haznina, rakan baik dan juga bekas kekasih aku sewaktu sama-sama belajar di universiti dulu. Tapi aku tamat belajar awal dari tempoh 3 tahun pengajian di universiti dan hanya dapat bekerja secara tetap selepas berbulan-bulan bekerja secara sambilan dalam pelbagai bidang apabila berhenti belajar. Ketika aku nak berhenti belajar tu pun, ramai pensyarah terutama sekali koordinator program kursus aku berat nak melepaskan aku dari berhenti belajar memandangkan aku di antara 5 pelajar terbaik untuk di fakulti waktu itu. Tapi,aku nekad dengan apa yang aku lakukan kerana tidak punya banyak pilihan. Apa yang pasti, aku berhenti belajar dan sebabnya hanya DIA yang tahu. Tentang hubungan aku dengan Nina? Mengapa kami berdua boleh berpisah? Aku tidak ada komen untuk itu. Apa yang aku tau aku masih berkawan biasa saja dengannya dan tidak lebih dari itu. Perbualan aku dan dia singkat saja kerana dia memberikan alasan tidak mahu menganggu aku lantaran dengan kerja aku yang sememangnya banyak. Esok, aku ada sesi fotografi di studio untuk satu majalah. Jadi, aku tidak boleh lewat ke sana kalau tak mahu dileteri oleh penerbit.
*****************************************************

Apa Salahnya?

Manusia berasak-asak. Rasanya bandaraya Kuala Lumpur perlu diperbesarkan. Berjalan dilorong pejalan kaki, sampai terpaksa bersentuh bahu dengan yang bukan muhrim. Mujur juga tubuhnya kecil. Menyesal sungguh berjanji untuk berjumpa diperut kotaraya itu dihari minggu seperti hari ini. Manusia macam tak ada rumah, masing-masing punya aktiviti sendiri, termasuklah dia, buat kerja bodoh, nak bertemu dengan orang yang tak dikenali dalam ribuan manusia yang berkampung disini.

‘Ini satu-satunya peluang yang I berikan pada U. Pertama dan terakhir. Kalau U sudi, jumpa dengan I depan CM,’ kerana satu-satunya peluang yang dinanti itulah dia terpaksa melangkah jua walau dalam hati menyumpah-nyumpah. Selalu benar dia merayu pada sigadis untuk bersua walau sekali, kali ini peluang telah terbuka.

‘Kalau betul U ikhlas, U tak akan banyak soal,’ teruk betul minah seorang ini. Banyak sangat pra-syarat yang perlu dipenuhi. Jangan tanya banyak soalan, jangan memandai nak ubah tempat jumpa, jangan lewat, jangan itu, jangan ini, tapi, dalam rasa tak puas hati, dia terpacak juga ditengah kesesakan manusia ini. Dia melilau pandang, tak ada pula manusia yang berciri-cirikan orang yang dinanti kelihatan.

‘I ni gemuk, serius ok, I gemuk, U tak percaya U punya pasal. Itulah sebabnya I malas nak jumpa U, sebab I rasa U akan cabut lari lepas nampak I,’ dia teringat antara isi message dalam email yang diterima tempohari.

02 March 2011

1001 MANIS JANJI SYAITAN Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita



Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

Stress 3


Tengah tengok album picture kawan2 tibe aku terbuka gambar ni kat album picture kawan facebook aku...
huhuhuh....nak gelak aku blew tngok  paicture tu.....

Surat untuk syarikat MAS

Stress 2


Ini lah terjadi kalau terlebih STRESS....hahahah









Video Game Favourite aku ..huhuhh PES 2011


Sebagai seorang student..kadang2 stress juga dengan seorang student ni...dengan anugerah Assignment yang berlambak2 dari lecturer lah...ada aktiviti OUTDOOR lah..macam2 lah aktiviti so kalau aku nak hilangkan stree aku...slalu aku main GAME lah...

Game Favourite aku ..tngok pic kat bawah ni pon korang dah tau kan??
hhuhuhu...
PES 2011.....
sangap giler lah men game ni..........
aku boleh menghadap  24 jam lah dengan benda ni.......
huhuhuhuhu......

Motivasi sikit kat korang ..huhuhhu

motivasi sket kat korang tengah hari ni..hahahahah...

These are extra tips for all as given by Dr. Fadzilah Kamsah in one of his seminar...

Rahsia Lelaki dan Ragam

Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai... Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita. Kalau derita pun... kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!