27 January 2013

CINTA 3 SEGI


BAB 1
Matanya rambang memerhatikan baju-baju yang dijual di perkarangan Jalan TAR. Geram sungguh dia dengan warna-warna yang memikat hatinya. Bila tangannya mencapai baju berwarna ini, hatinya tertarik pula dengan baju berwarna itu. Arghh! Mahu saja dia membeli semua baju yang dijual itu. Mujur hatinya membisik supaya jangan membazir.

Dia berjalan dengan perlahan. Matanya masih tidak lari dengan gerai-gerai yang menjaja baju. Niat dihati untuk mencari kain ela untuk dibuat tempah. Tiba-tiba, kakinya tersadung sesuatu. Mukanya berkerut-kerut. Nasibnya baik kerana tidak terjelopok di tengah-tengah jalan. Dia membawa dirinya ke tepi, tidak jauh dari tempat tadi. Dia ingin memerhatikan tempat dia tersadung.

"Alamak! Kaki orang...", ayatnya mati disitu apabila matanya tertancap seorang lelaki yang sedang duduk diatas lantai beralaskan guni plastik. 

"Kaki orang miskin". Rasa bersalah menyelubungi hati. Hatinya berbelah bahagi sama ada untuk memohon maaf atau tidak. Tidak semena-mena, kakinya laju berjalan ke arah orang miskin itu. Dia mencangkung dihadapan lelaki itu. Dia terpinga-pinga memerhatikan gelagat wanita yang memerhatikan dirinya. 

"Saya minta maaf sebab saya terlanggar kaki awak tadi. Sakit tak?". Kencang sahaja jantungnya bergerak. Betul ke bahasa aku ni? Nak panggil abang, muda sangat. Nak panggil adik, tua juga kalau diperhatikan betul-betul. Lelaki itu tersenyum. Manis! 

"Tak mengapa cik. Saya dah biasa kena langgar. Tak sakit pun". Namun, hati wanitanya masih rasa bersalah. Tiba-tiba, dia mendapat akal.

"Awak tinggalkan tempat duduk awak ni. Jom ikut saya". Lelaki itu memandang pelik. Apa kejadahnya?!

"Untuk apa?"

"Cepat sikit. Dah ramai orang ni. Angkat barang-barang awak, masuk dalam beg awak tu". Aida sudah berdiri tegak. Lelaki itu terus melakukan apa yang disuruh. Ikut sajalah! Selesai memasukkan barang-barang ke dalam perut beg, tangannya mencapai guni plastik. Tetapi disentap oleh wanita itu.

"Biarkan saja benda tu. Jom!"

"Nama awak apa?". Lelaki itu menoleh sekilas ke arah wanita yang sedang memandu kereta Harrier. Tidak pernah dia bermimpi atau berharap untuk menaiki kereta itu.

"Amir. Nama cik? Err...". Dia tergelak melihat Amir menampar mulutnya. Mungkin dia rasa tidak sepatutnya dia bertanya dengan orang seperti Aida yang dianggap kaya. Aida tergelak kecil.
"Aida. Tak perlu ber-cik dengan saya. Panggil Aida saja"

"Aida... boleh Amir tanya sikit? Kenapa Aida bawa Amir pergi... emm... kita nak kemana ni?"

"Jaya Jusco, Wangsa Maju. Kita pergi shopping baju. Maksud saya, Amir pergi beli baju, Aida temankan". Amir terkejut. Mana dia ada duit untuk membeli baju di tempat yang semestinya mahal itu. Amir mengerutkan dahinya.

"Rileks. Amir capai saja benda yang Amir nak. Aida akan bayar"

"Tapi, macam mana Amir nak bayar Aida balik? Amir tak ada duit"

"Amir ikut saja apa yang Aida suruh hari ni. Lepas hari ini, ada benda lain yang Amir perlu buat. OK?". Amir terdiam. Kalau itu yang disuruh, ikut sahajalah. Dia sedar siapa dirinya. Aku orang kecil, engkau orang besar.

Aida menjeling Amir. Walaupun dia peminta sedekah, bau hamis, masam atau busuk, tidak sedikit pun menerjah hidungnya. Mungkin Amir ini, Malaikat? Ahhh... pandai-pandai saja aku ni! Aida merancang untuk membawa Amir ke rumah keduanya. Dia mahu Amir duduk disitu dan tidak perlu meminta sedekah lagi kerana hari ini, hidup Amir akan berubah selama-lamanya. 

BAB 2
Aida berpeluk tubuh, menanti Amir di sofa empuk yang terletak di ruang tamu. Aida tersenyum sendirian tatkala dia teringat semasa membeli belah tadi. Kegembiraan yang terpancar diwajah Amir, tidak dapat digambarkan. Dia sendiri seronok dengan reaksi Amir walaupun banyak mata-mata yang memandang Amir dengan pandangan jijik. Namun, semua itu tidak dihiraukan oleh Amir dan Aida.

Aida tersentak apabila dia terdengar tapak kaki yang menuruni tangga kayu rumahnya. Amir kelihatan bersih dan segak dengan mengenakan T-shirt dan seluar track yang baru dibeli tadi. Aida tersenyum. Bergegar jantungnya dek rambut Amir yang kelihatan basah.

"Pandai Amir kenakan baju". Amir kelihatan menggelabah. Aida tergelak dan terus menuju ke arah dapur. Amir membontoti. Aida mengeluarkan barang-barang untuk dimasak. 

"Umur Amir, sebenarnya berapa?", Aida bertanya apabila tangannya sudah ligat memotong bawang.

"25 tahun. Dah tua dah", Amir berseloroh. Aida tersenyum. Beza umur mereka, hanya satu tahun. Tidaklah jauh mana.

"Aida tanya ni, Amir jangan kecil hati ye? Kenapa Amir..."

"Mengemis? Amir anak orang miskin. Mak ayah kerja membanting tulang dekat tengah sawah. Amir anak tunggal. Walaupun hidup serba kekurangan, makan minum dan sekolah, semuanya cukup. Alhamdulillah, Amir sempat habis tingkatan lima. Masa hari keputusan SPM keluar, mak ayah kemalangan masa baru balik dari sawah. Waktu tu, hujan. Mungkin motor yang diorang bawa, tergelincir. Hari tu juga diorang meninggal. Amir tak sempat bagi tau keputusan SPM Amir". Amir menghentikan bicaranya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Aida memerhatikan mata Amir. Sudah terbentuk kolam kaca dibibir mata.

"Amir terus bawa diri ke KL. Amir mintak kerja. Tapi, apakan daya, sepak terajang yang diorang kasi. Mungkin, diorang jijik tengok Amir yang berpakaian selekeh. Diorang ingat, Amir peminta sedekah. Dan akhirnya, seperti yang Aida nampak pagi tadi...". Sebutir mutiara telah jatuh di pipinya. Buat pertama kalinya, Aida ternampak lelaki menangis dihadapanya. Amir mengesat air matanya cepat-cepat.

"Aida minta maaf"

"Tak apa. Sekarang, Amir pulak nak tanya Aida. Amir tak faham kenapa Aida tolong Amir. Boleh Aida ceritakan kenapa?", Amir berkata setelah dia berfikir panjang tentang tindakan Aida. Matanya masih merah.

"Aida pun tak tau kenapa. Gerak hati Aida suruh tolong Amir. Jadi, Aida lakukanlah. Tak salahkan? By the way, kenapa Amir tanya?"

Amir menggeleng kepala sambil tersenyum. "Biar Amir tolong Aida masak. Nak masak apa ni?"

BAB 3
Aida menggerakkan keretanya menuju ke rumah keduanya. Lebih elok dikatakan, rumah Amir kerana rumah itu sudah diberikan kepada Amir walaupun dia belum mengkhabarkan lagi. Sengaja dia tidak memberitahu Amir. Dia takut Amir tidak mahu menerimanya. Rumah Amir tidaklah jauh mana. Selang beberapa taman perumahan, sudah sampai.

Aida mengetuk pintu setelah sampai dirumah Amir. Kali ketiga diketuk, pintu telah terbuka. Aida sedikit terpana dengan pakaian yang dikenakan oleh Amir. Segak! Baju biru muda dan tali leher berwarna biru tua. Seluar slack yang dipakai, semestinya berwarna hitam. Kena dengan ketinggian dan rambutnya yang kelihatan basah.

"Dah siap kan? OK, jom ikut Aida pergi pejabat". Amir memerhatikan langkah wanita yang berbaju kurung putih berbunga ungu dan bertudung ungu. Pejabat?

Aida mematikan langkah apabila dia sedar yang dibelakangnya, tiada orang. Aida memalingkan mukanya. "Amir, jom. Karang lewat pula". Aida melemparkan senyuman. Amir bergegas keluar dari rumah dan menyarungkan kasut kulit yang dibeli semalam. Tangannya ligat memutar kunci rumah. Dia berlari anak ke arah kereta Aida.
"Amir pakai handphone ni ye? Senang bila orang nak contact Amir nanti", Aida menyeluk tangannya ke dalam tas tangan selepas keretanya bergerak. Dikeluarkan telefon bimbit 3200 yang dibelinya malam semalam. Dia hulur ke arah Amir. Amir teragak-agak mencapainya.

"Aida dah tolong Amir banyak sangat. Amir takut terhutang budi dengan Aida"

"Amir, bukan ke salah satu faktor Allah menciptakan manusia adalah untuk saling tolong-menolong? Amir anggap saja Aida tengah menolong bila Amir dalam kesusahan. OK?"

Amir mengangguk walaupun dia agak kurang faham dengan ayat akhir Aida. Kereta Aida meluncur laju membelah angin pagi.

"Amir, syarikat ini, milik keluarga Aida. Tapi, disebabkan keluarga Aida dah takde, syarikat ni sekarang di bawah Aida". Amir diam. Didalam hati, dia kagum dengan wanita ini. Dia juga bersyukur dengan adanya wanita seperti Aida di dalam dunia ini.

Amir menyoroti langkah Aida. Dalam sekelip mata, dia sudah sampai di pejabat Aida. Dia diperkenalkan kepada pekerja-pekerja Aida. Selesai sesi perkenalan, dia dibawa masuk ke dalam pejabat Aida. Dia tertegun. Dia seperti didalam mimpi. Pejam celik, dia sudah bekerja tanpa ditemu duga. Dia memanjat doa kepada Allah.

Amir memerhatikan nama Aida di atas meja. Nur Haida. Cantik. Seindah tuan punya nama. Amir memandang Aida yang sedang berbual di dalam telefon. Kelihatan serius. Tidak sampai satu minit, Aida meletakkan gagang.

"Amir akan bekerja sebagai setiausaha Aida. Amir akan duduk di meja sana tu... bersebelahan dengan pintu. Sebelah meja Amir adalah Jeylita. Jeylita akan bantu Amir. Mari Aida bawa Amir".

Aida menolong serba sedikit tentang kerja-kerja Amir. Dia memberi Amir kerja yang agak mudah kerana Amir masih mentah dalam pekerjaan itu. Untungnya, Jeylita ada untuk membantu.

BAB 4
Sebulan sudah berlalu. Aida berbesar hati dengan kecekapan Amir menguruskan kerja-kerja yang diberi. Amir masih seperti dahulu. Selalu teragak-agak untuk menerima pemberian, masih tidak sombong dan yang disukai oleh Aida, adalah senyuman yang selalu dilemparkan olehnya. Cukup manis!

Namun, satu sahaja yang membuatkan dia tidak senang duduk. Jeylita terlalu rapat dengannya. Aida selalu memerhatikan mereka berdua. Mesra. Sejak dua menjak ini, mereka sudah keluar makan tengah hari bersama. Bukan sekali dua dia nampak, tetapi banyak kali.

Aida mengeluh. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Tiba-tiba, pintu pejabatnya terkuak. Aida tersenyum.

"Hai sayang. Kenapa ni? Macam letih saja?". Aida menggeleng kepala.

"Sudahlah Mukriz. Janganlah you panggil I sayang. Ada jugak I pengsan dekat sini... tak tahan dengan sikap keromantisan you tu!", Aida bergurau. Mereka tergelak.

"Jom lunch! Dah lama I tak lunch dengan you. Rindu pulak. Ye la... dah sebulan lebih tak jumpa". Aida mencebik lalu mencapai tas tangannya di atas meja. Dia ternampak Amir memandang tajam ke arahnya apabila dia melepasi meja Amir. Dia menghentikan jalan.

"Mukriz... ini setiausaha baru I. Nama dia Amir. Amir... ini Mukriz". Mereka bersalaman. Raut wajah Amir tidak ceria sedangkan Mukriz kelihatan biasa sahaja.

"I keluar dulu ye Amir... Jey. Jangan lupa makan ye?"

Amir bergelumang diatas katil. Dia resah. Resah memikirkan Aida dan Mukriz. Mengapa mereka kelihatan mesra semasa di dalam pejabat Aida? Apa hubungan mereka? Tidak pernah dia nampak Mukriz sepanjang dia berada di sana? Adakah mungkin mereka keluar bersama apabila aku berada di 'istana' ini? Arghh! Tidak sepatutnya dia mencurigai wanita itu. Siapalah dirinya...

Lagu Here Without You, nyanyian 3 Doors Down berkumandang di telefon bimbitnya. Amir tersenyum. Dia mencapai telefon bimbit yang terletak di hujung meja katil.

"Assalamualaikum. Hai. Tak tidur lagi ke? Dah pukul 11 lebih dah ni"

"Waalaikumussalam. Belum lagi. Tak dapat tidurlah. Ni yang bosan. Sebab tu Aida telefon"

"Mukriz kan ada?". Alamak! Macam mana boleh tersilap cakap ni? Amir menampar mulutnya sendiri. Aida terdiam.

"Amir, Aida nak tidur dulu. Assalamualaikum". Klik! Talian sudah pun dimatikan sebelum Amir sempat menjawab salam. Amir menyesal dengan keterlanjuran katanya. Mulut, mulut...


Aida mengambilnya seperti biasa. Perwatakan Aida juga seperti biasa. Amir pelik kerana Aida seolah-olah tidak melalui perkara malam semalam. Hati Amir tergerak untuk meminta maaf kepada Aida semasa Aida sedang memandu. Mungkin itu waktu terbaik untuk meminta maaf.

"Aida...", Amir memanggil, lembut. Aida menoleh. Dia mengangkat keningnya.

"Amir minta maaf pasal malam semalam"

"It's alright", jawab Aida, selamba. Amir mengerutkan dahinya. Itu sahaja? Tak marah?

"So, macam mana hubungan Amir dengan Jey?". Aida berkata serius.

"Tak ada apa-apa". Yalah tu! Duduk meja bersebelahan, bukan main mesra lagi aku tengok! Keluar makan tengah hari pun, sama-sama sejak dua menjak ni! Eh... apasal pula dengan aku ni? Cemburu ke? Ahh!

BAB 5
"Aida, ni dokumen yang Aida nak semalam". Amir menghulurkan ke arah Aida. Aida mencapai dan terus menyambung kembali kerjanya. Tiada tolehan, senyuman dan ucapan terima kasih seperti selalu.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, Amir boleh sambung kerja balik". Aida masih kelihatan tekun dengan kerjanya. Amir kebingungan. Amir menuju ke pintu. Bukan untuk keluar dari bilik tetapi menutup pintu yang terkuak dan dikuncinya. Tirai yang agak terbuka, ditutupinya. Aida terkejut dengan tindakan Amir. Apa masalah Amir ni? Serius sangat ke? Amir melabuhkan punggungnya diatas kerusi dihadapan Aida. Jantung Aida berdegup laju. Tangan sudah naik seram sejuk.

"Amir nampak, Aida tak macam dulu. Aida ada masalah ke? Masalah dengan Mukriz? Kalau ye, Aida bagi tau Amir. Mungkin boleh mengurangkan rasa beban dekat hati tu". Aida merenung Amir. Mukriz? Tak ada kena mengena langsung!

"Tempat ni tak sesuai untuk dibawa bincang. Kita keluar kejap". Aida menarik tangan Amir sehingga keluar bilik. Pekerja-pekerja kelihatan pelik. Ada yang saling memandang dan ada yang menjungkit bahu. Apa hubungan mereka berdua?

Kini, mereka di Port Dickson. Sepanjang perjalanan, mereka diam seribu bahasa. Masing-masing layan perasaan. Mungkin mengumpul sebanyak soalan yang boleh untuk disoal.

Mereka duduk bersebelahan di atas batu besar yang sedia ada terletak di pantai itu. Kasut yang dipakai sudah dibuka dan diletak tepi. Mengambil udara yang segar sambil melepaskan segala penat yang hadir dalam diri. Aida menongkat dagu memandang pantai. Amir juga mengikut sama.

"Amir tak tahu, Aida dengan Mukriz pernah jadi suami isteri. Dah lima bulan kitorang cerai. Kitorang tak pernah bergaduh. Ini semua disebabkan rancangan keluarga kitorang berdua. Mereka yang beriya-iya nak satukan kitorang. Padahal, waktu tu, kitorang dah ada pilihan hati. So, dalam lima enam bulan kitorang kahwin, kitorang cerai. Itupun selepas keluarga kitorang meninggal. Diorang dalam perjalanan balik ke sini dari Rome. Entah macam mana, aeroplane yang diorang naik, terhempas". Amir terkejut. Jika Aida pernah berkahwin dan pernah bercerai, maknanya... Aida seorang janda! Amir melepaskan pandangan ke arah laut yang terbentang luas. Dia tidak percaya.

Walaupun bunyi ombak yang melibas pantai agak kuat, bunyi orang menangis masih singgah di cuping telinganya. Aida menangis? Ahh! Amir cuak. Apa yang aku perlu buat ni? Aida bersuara lagi, "Lepas tu, Mukriz pergi cari girlfriend dia balik. Tapi sayang... dia dah kahwin. Mungkin frust pasal Mukriz dah kahwin dengan Aida. Sampai sekarang, dia still solo. Macam tak percaya je lelaki handsome macam Mukriz tu takde girlfriend". Aida tergelak dalam tangisan. Amir masih mendiamkan diri. Senyum tidak, apatah lagi gelak.

"Aida pulak macam mana? Kata ada pilihan hati?", Amir berkata. Aida sudah mengagak, soalan itu pasti terbit di bibir Amir. Aida tersenyum pahit.

"Sehari sebelum Aida kahwin, Aida call rumah dia. Kawan dia jawab. Kawan dia kata, dia dah pergi luar negara. Ke mana pun, Aida tak diberitahu. Apalah nasib Aida dengan Mukriz ni...", Aida mengeluh. Dia kembali teresak-esak.

Amir mendekatkan dirinya. Dia memeluk bahu Aida. Aida kaku. Namun, dia membiarkan sahaja dan melentokkan kepalanya ke dada Amir. Dia berasa tenang sedikit. Dia merasakan masalahnya pergi ke Amir sedikit.

"Dah... jangan nangis lagi. Amir ada kat sini". Aida mengerutkan dahinya. Dia kurang faham dengan kata-kata Amir. Adakah Amir...

BAB 6
"Amir! Kau buat apa kat sini? Lama aku tak nampak kau. Kau buat apa sekarang?". Mereka memandang ke arah suara yang bergema. Pelukan telah pun direnggangkan. Seorang lelaki yang tegap dan berkulit seperti Amir, berdiri di belakang mereka. Dia memerhatikan Aida dengan pandangan tajam. Amir berdiri, menghadap lelaki itu.

"Hadi! Aku dah kerja lah sekarang. Dekat KL. Kau pulak amacam?". Hadi bersalaman dengan Amir. Aida masih lagi di atas batu besar. Dia memandang sekeliling pantai. Dia tidak merasakan yang dia perlu bangun dan berkenalan dengan Hadi. Pandangan Hadi tadi sudah cukup merimaskannya. 

Mereka masih lagi bercakap-cakap. Dari pendengaran Aida, pertuturan mereka seperti sudah lama kenal. Mungkin Hadi itu rakan sekampungnya dahulu. 

"Aida!". Dia menoleh. Dia bangun dari batu besar itu. Mesti Amir mahu mengenalkannya kepada Hadi.

"Ni Hadi, kawan sekolah Amir dulu. Dia kerja dekat je dengan pejabat kita". Aida tersenyum biasa.

"OK lah Hadi. Aku dah kasi nombor aku tadikan? Calllah aku bila kau free. Aku pergi lunch dulu dengan Aida". Mereka bersalaman sekali lagi sebelum beredar. Aida lega. Dia rasa selamat dengan cadangan Amir. Lagipun, perutnya sedang berkeroncong, meminta diisi. Aida mencapai kasut Amir dan kasutnya di atas pasir. Amir menyambutnya dengan ucapan terima kasih. Mereka berlalu. Hadi menemani perjalanan mereka dengan pandangan. Tetapi bukan dengan pandangan biasa...

Aida berjalan setapak demi setapak dengan perlahan. Kepalanya ditundukkan. Lemah betul badannya untuk berdiri dan berjalan. Alangkah baiknya jika ada seorang suami yang boleh menjaga makan dan minumnya. Namun, apakan daya...

Buuukkk!! Dia terlanggar orang yang berjalan bertentangan dengannya. Kepala Aida mula berpinar. Satu, dua, tiga! Gelap!
"Miss.. Miss! I'm sorry. Saya tak sengaja", dia berkata sambil memangku Aida. Ishh! Lemah betul lah kaum Hawa ni. Terlanggar sikit, dah pengsan. Bebelnya di dalam hati.

Dia mendukung Aida. Orang sekeliling yang lalu disitu terpinga-pinga. Dia memasukkan tubuh Aida di sebelah tempat duduk pemandu. Enjin telah pun dihidupkan dan keretanya meluncur laju. Nasib baik tak sesak jalan disitu. Sesekali dia menjeling wanita disebelahnya. Cantik orangnya. Muka putih bersih, tahi lalat betul-betul terletak di tepi mata kanannya. Cepat-cepat dia memandang hadapan, takut terlanggar pula nanti.

Dia membelok keretanya ke Kampung Baru Medical Center. Sekali lagi, tangan gagahnya mengangkat Aida masuk ke dalam hospital. Jururawat disitu mula menjalankan kerja mereka, mengeluarkan segala benda yang patut. Aida dimasukkan ke dalam bilik untuk menjalani rawatan. Ketika Aida dirawat, dia duduk di bangku luar, menanti apa keputusan doktor. Dalam setengah jam, doktor keluar dari biliknya. Dia menerpa ke arah doktor.

"Macam mana dengan dia doktor?"

"Awak siapa? Suami pesakit?", doktor bertanya. Dia gugup.

"Err.. ya. Saya suaminya, Izzarul. Macam mana dengan dia?"

Doktor mengajak Izzarul masuk ke dalam bilik yang sama dimana Aida dirawat. Doktor menjelaskan satu persatu mengapa dia boleh pengsan dengan satu hentakan sahaja. Sebenarnya, dia mengalami kemurungan. Patutlah... desis hati Izzarul.

"Cuba awak korek benda-benda yang dah buat dia murung. Semakin lama dia murung, dia boleh mengalami tekanan jiwa. Segala benda yang dia tak pernah buat atau benda yang tak pernah terlintas di fikiran dia, mungkin akan terjadi". Doktor itu sendiri pelik, mengapa wanita itu boleh menjadi murung. Bergaduhkah? Soalan itu hanya tertinggal di dalam benak hatinya. Malas hendak campur tangan urusan rumah tangga pasangan ini.
"Thanks doctor. Em... boleh saya bawa dia balik sekarang?"

"No... not now. Dia kena masuk wad dalam satu dua hari. Kalau dah elok sikit... dah stabil... dia boleh keluar". Izzarul mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mengerut dahi. Pengsan macam tu je pun, nak masuk wad? Ishh! Duit punya pasal, semua boleh jadi.

Izzarul menanti Aida di atas sofa. Kalau dia balik, macam mana pula dengan perempuan ni? Aku yang bertanggungjawab dia pengsan. Matanya mula kuyu. Mengantuknya. Dia memerhatikan sekeliling. Sofa panjang itu dibuat tempat tidur. Lena sungguh!

Aida menggerak-gerakkan matanya. Cahaya putih menjadi benda pertama yang dilihatnya. Kemudian, matanya menangkap segala benda di tepinya. Ubat, gelas, bekas air, lelaki... lelaki? Amir kah itu? Ehh... susuk badan Amir bukan seperti lelaki yang sedang lena diulit mimpi itu. Siapakah dia?

"Sir... sir...", Aida mengejutkan lelaki itu. Izzarul terpisat-pisat. Matanya ditenyeh sedikit. Aida rasa bersalah. Tidak sepatutnya dia mengejutkan lelaki itu.

"May I know you?"

"Ohh... I'm Izzarul. Actually, awak pengsan masa awak terlanggar saya tengah hari tadi. So, saya hantar awak dekat sini... and now you are here", Izzarul menerangkan dengan ringkas. Aida merenung lelaki itu dan mengalihkan pandangannya ke siling. Dia melepaskan keluhan. Mengapa tidak Amir sahaja yang langgar aku? 

"Emm... awak dah tahu nama saya. Sekarang, saya nak tahu nama awak pulak sebab saya nak isi borang masuk wad. Saya tak tahu your name. Even your address..."

"Nur Haida. Just call me Aida", Aida memintas. Kepalanya runsing memikirkan Amir. Dimanakah dia sekarang? Kenapa Amir tinggalkan Aida? Aida berbisik di dalam hati. Hendak menangis, air matanya sudah kering.

Izzarul terdiam. Dari raut mukanya, memang banyak masalah. Doktor kata, aku kena korek masalah dia. Kalau tidak...

"Aida, doktor kata, awak kemurungan. Boleh tak awak bagi tahu saya kenapa?". Aida mendiamkan diri. Lama. Izzarul juga sebegitu. Mungkin ia terlalu sensitif untuk dibawa berbincang. Tak mengapalah. Bila dia dah OK sikit, aku korek! 

Tiba-tiba, Aida bersuara. Dia menceritakan tentang Amir. Mungkin kekasihnya kot? Dia beritahu yang Amir telah meninggalkannya. Sudah dua bulan dia menghilangkan diri. Bila di telefon, nombornya sudah tiada di dalam perkhidmatan. Aida selalu memikirkan perkara bukan-bukan sehingga dia pernah ingin membunuh dirinya sendiri. Namun, imannya masih tebal di dada. Setiap malam, dia akan menangis, mengenangkan Amir. Dulu, Amir ini... Amir itu. Semua cerita dulu. Ayat terakhir yang disebut, "I love him". Izzarul tersentak. Betapa cinta membuatkan orang buta. Hebat betul penangan cinta zaman sekarang.

"Aida, cinta boleh datang dan pergi. Kalau ia dah pergi, maknanya jodoh awak bersama orang lain. Cinta tak semestinya dengan seorang sahaja. Cinta dimana-mana Aida". Aida menoleh. Jiwang juga Izzarul ni? Aida tertawa. Izzarul mengangkat keningnya.

"Tak sangka lelaki macam awak boleh cakap macam tu. Tapi betul juga kata awak". Izzarul tersengih. Malu pula rasanya.

"Macam tu lah. Janganlah sedih-sedih. Hidup ni penuh dengan dugaan. Kita hanya perlu tabah dengan apa yang terjadi", Izzarul memberi nasihat lagi. Aida tersenyum. Izzarul memang baik orangnya tapi itu jangkaan awal sahaja. Mana tahu, lama-lama dia jadi macam Amir. Arghh! Amir lagi!

"So... Izzarul. Saya tengah boring ni. Duduk atas katil, tak boleh nak buat apa. Apa kata, kita berkenalan. Boleh?". Senyuman Aida masih tidak lekang. Badannya pula sudah di erengkan ke arah Izzarul. Izzarul tergelak. Dia menganggukkan kepala.

"Saya ada company sendiri dekat Ulu Klang. Kerja sebagai jurutera bangunan. Umur saya 28. Duduk pun dekat Ulu Klang dengan mak ayah. Another thing, I'm still single!". Mereka berdua tergelak. Keceriaan Aida sudah bermula. Hilang segala perasaan murungnya apabila Izzarul ada disisinya. Izzarul membahagiakannya. Izzarul tidak pernah buat dia sedih. Segala hidupnya, bersama Izzarul. Amir sudah luput dari ingatannya.

BAB TUJUH
Aida melangkah masuk ke dalam bangunannya dengan wajah yang ceria. Semua pekerjanya disapa. Dia telah kembali kepada Aida yang sebelum kehilangan Amir. Aida menuju ke biliknya. Belum sempat tangannya memulas, Jeylita yang kehilangan pembantu memanggilnya. Aida menoleh.

"Ada orang hantar bunga dekat Cik Aida. Saya dah letak atas meja cik". Bunga? Siapalah yang kasi ya? Aida mengangguk kepala dan menuju ke ke dalam biliknya. Wahh! Cantiknya bunga! Aida membelek bunga itu. Bunga ros putih dan diletakkan daun-daun hijau yang membuatkan ia tertarik kepada setiap yang memandang. Aida menciumnya pula. Harumnya!

"Nasib baik orangnya letak kad". Aida mencapai kad yang terletak di celah-celah bunga.

For you my dear,
I Love You - Izzarul

Aida terlopong. Izzarul?! Ya Allah! Dia baru sahaja berkenalan dengan Izzarul dan sekarang dia sudah mencintai aku. Arghh! Biar sajalah. Aku pun sudah mula mengenalinya... dengan lebih mendalam. Desis hati Aida sambil tersenyum.

Aida melangkah ke arah coffee table yang terletak di satu sudut biliknya. Dia mengeluarkan bunga ros merah yang dibelinya pada dua minggu lepas. Ia sudah layu dan Aida menggantikannya dengan bunga ros putih itu. Disusunnya dengan cantik.

Telefon bimbitnya menjerit-jerit, minta diangkat. Dia berkejar ke mejanya dimana telefon bimbit diletak. Aida memerhatikan skrin telefon bimbitnya yang tertera nama Izzarul. Aida menjawab dengan memulakan salam. Izzarul menyambutnya.

"Dah dapat bunga saya? Cantik tak?"
"Emm.. dah! Cantik sangat! Aida memang suka dengan bunga ros. Semua jenis bunga ros! Terima kasih Zarul!", ujar Aida, ceria.

"Sama-sama. Kadnya pulak... dah baca?". Sengaja Izzarul bertanya. Dia ingin tahu apa jawapan Aida. Aida pula gugup. Nak jawab apa ya? Banyak jawapan yang bermain dimindanya.

"Err... dah!"

"So?"

"Tengah hari nanti jumpa dekat McD Setiawangsa ehh? Bye!". Aida mematikan talian. Dia menggenggam telefon bimbitnya. Dia menarik dan melepaskan nafasnya yang terasa sesak. Manakala, Izzarul melepaskan keluhan. Aida seperti melarikan diri daripadanya. Mungkin dia tak bersedia lagi? Izzarul cuba berfikiran positif. Dia tersenyum.

Izzarul meneruskan kerjanya. Sedar tidak sedar, jam sudah melewati angka satu. Dia terlambat! Meja yang bersepah dibiarkan sahaja. Dia bergegas keluar dari pejabatnya. Dia memandu kereta Harrier dengan kelajuan 80km/j. Nasib baik Ulu Klang dan Setiawangsa tidak jauh mana. Hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai.

Izzarul sudah pun sampai di tempat yang mereka janjikan. McDonald yang terletak di antara Giant dan Petronas itu dimasukinya selepas keretanya diparkirkan di tempat yang telah pun tersedia. Matanya meliar mencari Aida. Aida sedang leka memerhatikan telefon bimbit di bawah tangga yang menyambungkan McDonald dan Giant. Entah apa yang dipicitnya.

"Assalamualaikum. Dah lama tunggu?"

"Waalaikumussalam. Saya baru je sampai. Ingat nak telefon tadi", ujar Aida. Hatinya bergetar berada di hadapan Izzarul. Mereka menjadi bungkam, tidak tahu apa yang ingin dibualkan. Izzarul meminta diri untuk memesan makanan. Dia membawa dua set double cheeseburger dan air coke yang disertakan dengan kentang goreng. Kecur air liurnya tatkala makanan yang dipesan berada di depan mata.

Aida membuka balutan burger. Dilahapnya dengan penuh sopan. Anak dara... makan kena sopan. Aida geli hati. Izzarul juga sedang menikmati makanan. Tidak lama kemudian, Izzarul meletakkan burger yang masih bersisa di atas meja. Aida menghentikan kunyahannya. Dia memandang Izzarul dengan muka yang penuh keliru. Izzarul melemparkan senyuman.

"Saya harap Aida terima saya. Ambillah masa yang awak nak. Saya tak kisah. Kalau awak menolak saya, hati saya terbuka. Cuma satu saja yang saya mahu, biarlah saya menyintai awak kalau awak tak terima saya. Bolehkan?". Aida terharu. Rasa nak menangis sahaja tapi ditahan.

"Izzarul, beri saya masa ya? Insya-Allah, keputusan akan berada di tangan saya. Terima atau tidak, itu ketentuan. Kalau cinta awak tidak berpihak kepada saya, ia bermakna ada wanita lain yang lebih elok untuk awak. Kalau awak nak mencintai saya apabila cinta awak tidak berbalas, saya benarkan. Itu hak awak. Saya tak boleh tolak. Cuma satu saja... berikan saya masa yang sesuai, ya?", kata Aida panjang lebar untuk meyakinkan Izzarul yang kelihatan sayu. Izzarul menganggukkan kepalanya. Mereka menyambung kembali hidangan mereka yang terbantut. Selesai mereka menjamu, Aida mengajak untuk pulang ke pejabat masing-masing. Sepanjang pertemuan mereka hari ini, itu sahajalah yang dibualkan oleh mereka. Waktu balik, mereka hanya melambaikan tangan. Tiada kata yang terucap.

BAB LAPAN
Malam itu, Aida meluahkan perasaanya di atas dua helaian kertas. Satu helaian, Aida menceritakan tentang Amir. Satu helaian lagi, Aida menulis tentang Izzarul. Setelah siap ditulis, Aida membacanya.

Amir,
Sejak Amir berada disisi Aida, pintu hati yang tertutup untuk lelaki yang membawa diri ke rantauan itu, telah dibuka dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Amir. Aida sendiri tak perasan bila perasaan itu muncul. Aida mula sedar bila Amir menghilangkan diri. Tiada tanda-tanda, tiada desas-desus mahupun cerita. Tahu-tahu, Amir lenyap! Pada pagi Amir menghilangkan diri, Aida mencari dan menunggu Amir di rumah. Barang-barang Amir juga Amir bawa pergi. Kenapa Amir? Inikah balasan Amir terhadap apa yang Aida lakukan? Aida bukan nak minta balasan Amir! Aida cuma mahu teman yang sentiasa disisi Aida! Teman dikala sedih dan gembira! Aida tak mahu balasan lain. Cukup sekadar menjadi teman. Sekarang, setelah dua bulan Amir tinggalkan Aida, wujudnya pengganti yang mengalih tempat Amir di hati Aida. Dia sudah cukup untuk menjadi teman Aida. Dia faham hati Aida. Aida sedia menerimanya tapi Aida tunggu. Aida tunggu Amir untuk menjawab segala persoalan Aida. Amir ke mana? Mengapa Amir menghilangkan diri? Amir tahu tak, Aida rindukan Amir? Tapi, itu semua dulu. Dulu! Amir dah menyeksa perasaan Aida sampai Aida terlantar di hospital. Disitulah Aida berkenalan dengan Izzarul. Dia yang mengembalikan semangat Aida yang hilang. Waktu ini, Aida cuma mahu satu sahaja dari Amir... mengapa Amir tinggalkan Aida? Please come back Amir. I need your answer...

Aida tersedu-sedan membaca luahan perasaannya. Dia mengesat air matanya yang bercucuran di pipi. Kemudian, dia mengambil helaian dimana dia menulis tentang perasaannya kepada Izzarul.

Izzarul,
Awak memang lelaki yang berani. Tak pernah saya jumpa lelaki yang seberani awak... menyebut kata cinta walaupun di atas sekeping kad kecil. Saya memang menghargainya. Izzarul... hati saya, serba sedikit sudah beralih kepada awak. Saya cuma perlukan masa untuk menerima dengan sepenuhnya. Saya tak tahu bila. Namun, saya harap awak sabar dengan penantian yang saya berikan. Memang penantian satu penyeksaan tapi perasaan menjadi keutamaan saya. Saya tak mahu pada suatu hari nanti, saya kecewa dengan keputusan dan perasaan sendiri. Tak pasal-pasal pula saya masuk hospital macam pertemuan kita yang pertama. Hehehe. Saya harap, awak tidak cepat berubah hati apabila awak rasa penantian itu terlalu lama bagi awak. Saya harap, saya akan menerima awak pada suatu hari nanti. Insya-Allah.
Aida tersenyum melihat warkah-warkah yang ditulis. Dia melipat kedua-dua kertas itu dan meletakkannya di atas meja solek. Ini adalah bukti-bukti perasaanku apabila aku menerima salah satu daripada mereka, Aida berkata dalam hati.

Aida melangkah ke bilik air untuk bersolat Istikharah, meminta petunjuk. Setelah selesai, matanya mula terasa mengantuk. Dia melentokkan kepalanya ke atas tilam empuk. Dia berharap, mimpinya membawa seribu erti didalam hatinya. Aida terlena selepas membaca ayat-ayat suci.

"Jey, saya nak keluar. Kalau ada orang call, cakap saya MC untuk setengah hari. Lepas lunch, saya masuk balik. Thanks!". Aida beredar dari meja setiausahanya. Sebelum itu, dia sempat menjeling meja yang dulunya diduduki Amir. Meja itu hanya terletak bekas pen, tempat letak dokumen dan sebuah telefon. Ia ditinggalkan begitu sahaja. Sengaja Aida menyuruh pekerja-pekerjanya membiarkan meja itu. Manalah tahu, suatu hari Amir balik dan ingin bekerja disini lagi.

Aida berjalan kaki ke bangunan yang terletak berdekatan dengan pejabatnya. Cuaca yang agak terik membuatkan perjalanannya menjadi cepat. Dalam masa 3 minit, dia sudah sampai ke tempat yang ditujuinya. Pejabat di mana Hadi, kawan Amir, bekerja! Kemungkinan besar, Hadi tahu ke mana Amir menghilang.

"Assalamualaikum. Tumpang tanya, boleh saya berjumpa dengan Cik Hadi?", kata Aida kepada wanita yang menduduki satu meja di tingkat 14 bangunan itu. Wanita itu tersenyum dan mengangguk. Dia mengangkat gagang telefon dan menyambungkan taliannya terus ke Hadi.

Aida mengetahui dimana Hadi bekerja semasa dia pergi ke rumah Amir pada suatu hari. Dia ternampak kad bisnes Hadi yang terletak di meja telefon. Tanpa berlengah, dia menyalin nombor telefon Hadi. Pagi tadi, sebelum dia keluar untuk berada di sini, dia menelefon Hadi untuk berjumpa. Hadi dengan berbesar hati menjemputnya keluar makan. Aida menolak dan hanya ingin berjumpa di pejabatnya. Hadi pula tidak kisah.

"Cik ada buat appointment dengan dia tak?". Aida tersentak.

"Tak. Just let him know that I'm Aida". Wanita itu mengangguk lagi. Dia bercakap sesuatu dan dalam setengah minit, Aida dibawa untuk berjumpa dengan Hadi. Aida tidak sabar-sabar untuk bertanyakan tentang Amir. Hadi sudah pun berada di pintu biliknya, menyambut kedatangan Aida. Dia dibawa masuk ke dalam bilik Hadi.

"Kenapa Aida nak jumpa saya? Ada hal penting ke?", Hadi memulakan perbualan.

"Ya. Tapi bukan hal pejabat atau apa-apa. Aida nak tanya pasal Amir. Hadi ada nampak...". Belum habis kata-katanya, Hadi menunjuk ke luar biliknya. Aida menoleh ke arah tunjukan Hadi dan dia terkesima. Amir! Amir bekerja di bawah Hadi. Hati wanitanya mula bergelora. Rasa hendak menangis ada, nak pitam pun ada! Dia bengang. Sampai hati Amir buat Aida macam ni? Ditahan perasaannya. Dia beristighfar.

"Kenapa Amir ada dekat sini?", Aida bertanya kepada Hadi yang bermuka selamba.

"Dia sendiri yang nak kerja bawah Hadi. Jadi, Hadi kasi lah. Sememangnya, pekerja Hadi tak cukup. Takkan nak tolak kot?"

Badan Aida menjadi panas. Penghawa dingin yang berfungsi di bilik Hadi tidak mampu menyejukkannya. Dia bangun dari kerusi yang berhadapan dengan Hadi. Dia keluar dari bilik itu dengan 1001 perasaan dan menapak ke arah Amir yang sedang menulis sesuatu. Aida senyap sambil menunggu Amir menoleh. Pekerja yang lain menjadi keliru. Amir tersedar ada orang berdiri di sebelah mejanya. Matanya terbeliak tatkala matanya tersorot ke wajah Aida. Dia memandang Aida yang sedang menahan marah.

"Aida...", Amir berkata. Bagai nak luruh jantung Aida apabila suara yang dirinduinya bergema. Namun, hatinya yang sedang membara tidak dapat disejukkan. Aida melangkah setapak ke belakang. Dia memusingkan badannya dan berjalan dengan pantas. Dia tidak tahan dengan perasaannya. Di luar pejabat, Aida melepaskan segalanya. Dia menangis di belakang tiang yang agak tersembunyi. Amir tidak mengejar sebaliknya dia memandang sahaja pemergianku. Hati Aida terguris dengan perlakuan Amir. Aida tak akan maafkan Amir selagi tiada jawapan akan pemergiannya! Janji Aida dihati.

Aida mengelilingi rumah yang ditinggalkan oleh kedua-dua orang tuanya. Setiap inci rumah di keliling. Apabila kakinya terpacak di hadapan bilik orang tuanya, dia terpaku. Hatinya memberontak untuk memasuki bilik yang telah lama tidak dijejaki olehnya. Sepanjang pemergian ibu bapanya, Datuk Amri dan Datin Halida, Aida tidak pernah ingin memasuki bilik itu kerana terlalu banyak kenangan antara mereka bertiga.

Aida mengambil kunci bilik ibu bapanya yang diletakkan di almari yang berdekatan di tangga rumahnya. Dia membuka pintu bilik itu dengan berhati-hati. Setelah dibuka, dipetiknya suis. Aida memerhatikan perabot-perabot yang dilitupi dengan kain putih. Namun itu bukan perhatiannya. Tumpuan Aida sekarang adalah almari Datin Halida. Tidak pernah sekali-kali dia membuka almari itu kerana dia takut dimarahi. Aida seorang gadis yang penakut sebenarnya.

Dia membuka almari itu. Habuk telah menyelaputi barang-barang peninggalan Datin Halida. Dia membelek-belek kesemuanya. Tiba-tiba, matanya tertancap kepada satu keping gambar keluarga di hujung sudut almari bertingkat itu. Gambar keluarganya dan ada seorang anak lelaki berdiri di hadapan ayahnya. Siapa tu?

Aida mendapat akal. Bukankah Ummi masih hidup dan masih menetap di Kedah? Semestinya dia tahu siapa anak kecil itu. Aida mengeluarkan telefon bimbitnya, mencari nama Jeylita. Dia memesan bahawa esok dan lusa dia tidak akan hadir ke pejabat dan membatalkan segala temu janji yang telah dibuat. Aida tersenyum. Sudah lama juga dia tidak melawat Ummi semenjak dia menguruskan syarikat keluarganya. Ummi, tunggu Aida ya!

BAB SEMBILAN
"Assalamualaikum Ummi! Apa khabar? Lama tak jumpa Ummi", Aida berkata sambil mulutnya becok bertanya khabar. Dia memeluk tubuh gempal Umminya. Rindu yang terpendam sedikit demi sedikit terlepas.

"Waalaikumussalam Aida. Ummi khabar baik. Itu la kamu... bukannya ingat dekat Ummi kamu ni. Sibuk memanjang", Ummi berpura-pura merajuk.

"Ala Ummi... sorrylah ye? Aida bukan tak nak jumpa Ummi tapi..."

"Dah, dah, dah! Ummi tau jawapan kamu tu. Dah... jom masuk. Memang rezeki kamu agaknya hari ni. Ummi baru lepas masak ayam masak merah, paprik, dengan ikan pari bakar. Makanan kegemaran kamu kan?". Terliur dia dibuat kata-kata Umminya. Dia membototi Ummi yang berjalan lenggang.

"Ya ke? Ummi... Aida sayang Ummi!". Aida memeluk belakang Ummi dan dicium pipi gebunya. Ummi hanya menggelengkan kepalanya. Dah besar, tapi perangai macam budak-budak.

Aida terus ke meja makan. Tudung saji yang menutup segala lauk, di bukanya. Ummi yang baru sahaja menyenduk nasi, terus dirampasnya. Ummi mendiamkan diri. Kasihan anak muda ini. Umur sebegini sudah hilang ibu bapa.

"Ummi, makanlah. Sedaplah masakan Ummi ni. Dah lama Aida tak makan. Aida nak masak, tapi malas", Aida tersengih. Mulutnya masih mengunyah makanan. Ummi tergelak.

"Ummi yang masak, kamu yang ajak. Haii.. udah le. Kamu makan dulu. Kenyang pula Ummi tengok kamu makan"

Aida terbaring di kerusi rotan di ruang tamu. Angin yang masuk dari tingkap yang terbuka luas menerpa tubuhnya. Aida berasa tenang. Hilang segala duka dan penat yang berada di hati dan fikiran. Bantal kecil itu dipeluknya, erat.

"Anak dara terbongkang tetengah hari macam ni, ada jugak tak laku karang". Sapaan Ummi mengejutkannya. Dia bangun dari kerusi. Ummi sedang menatang secawan kopi yang berasap-asap dan diletaknya di atas meja kecil dihadapannya.

"Terima kasih Ummi. Ya ke tak laku Ummi? Eleh! Ummi saja takutkan Aida. Macam Aida tak tahu"

"Betullah apa yang Ummi cakap. Kamu saja yang tak percaya"

"Ok.. ok. Aida surrender. Hehehe. Sebenarnya Ummi, Aida datang ni nak tanya satu benda. Aida tak tahulah sama ada Ummi tau ke tak sebab mama dengan papa tak pernah bagi tau Aida pasal benda ni. Aida dapat tau lepas Aida jenguk-jenguk bilik mama semalam. Aida nampak gambar ni...". Aida menyeluk beg tangannya yang diletak di meja semasa dia datang tadi. Dia hulurkan gambar itu kepada Ummi. Ummi memandang gambar itu, lama.

"Siapa budak lelaki yang kat depan papa tu, Ummi?"

Tiba-tiba, Ummi menangis. Aida cuak. Apasal pulak ni? Aida bangun dari tempatnya dan duduk di sebelah Ummi. Dia mengusap belakang Ummi dan dipeluk wanita tua itu.

"Aida, kamu ada seorang abang sebenarnya. Mama kamu bagi dekat orang yang mampu untuk sara budak tu sebab dulu, mama kamu miskin... daif. Bila papa kamu dah senang sikit, mama kamu cari balik abang kamu tu. Tapi, keluarga mereka tak nak kasi balik abang kamu. Mama kamu sampai sakit dibuat mereka. Disebabkan adanya kamu, mama kamu tak sakit lama. Kamulah yang jadi penawar duka mama kamu. Bila mama kamu nak jumpa abang kamu, mereka tak kasi. Mereka ingat mama kamu buang anak. Padahal, mama kamu suruh mereka jaga saja. Mama kamu patah hati untuk jumpa mereka sebab tiap kali mama kamu pergi, ditengkingnya mama kamu. Sebab itu mama kamu tak pernah sebut-sebut pasal abang kamu. Mama kamu sedih bila ingat cerita tu. Ummi yang jadi mak mama kamu pun, tak boleh dengar atau sebut cerita ni. Sedih rasanya Aida". Tanpa disedar, Aida telah pun menitiskan air matanya sama. Aida kelu. Semasa itu, Aida memasang tekad untuk mencari abangnya.

"Ummi, siapa nama abang Aida tu? Aida nak jumpa dia. Dia kat mana?"

"Abang kamu dah takde kat sini. Sejak 'keluarga' dia meninggal kemalangan, dia merantau. Dah lama dia tinggalkan kampung ni. Lepas dia dapat keputusan SPM, terus dia pergi. Entah kemana pun, kami tak tau". Ummi mengesat air matanya yang sudah berhenti.

Meninggal lepas kemalangan... merantau... lepas dapat keputusan SPM. Aida berfikir sejenak. Ya Allah!

"Aida, kenapa jadi macam ni?", Ummi menyoal selepas Aida tersedar dari pengsan. Aida mengusap-usap kepalanya yang agak berdenyut. Aida memutar kembali apa yang terjadi. Apabila ia terbit, Aida rasa nak menangis tapi di tahan.

"Ummi tak bagi tau dekat Aida nama dia. Siapa nama dia, Ummi? Tolonglah Ummi... Aida nak sangat tahu nama dia", Aida merayu. Dia tidak menjawab soalan yang diutarakan tadi. Hatinya hiba. Dia takut jikalau...

"Namanya Amir Johan, Aida". Dadanya seakan berhenti. Amir Johan? Bukankah itu nama sebenar Amir? Tidak! Aida terbangun dari katil yang dibaringnya tadi.

"Ummi percayalah kalau Aida kata yang Aida pernah jatuh hati dengan orang bernama tu. Aida tau dekat mana dia sekarang. Dulu, dia mengemis, Ummi. Aida ambik dia duduk dekat rumah Aida yang lagi satu. Aida kasi dia kerja. Ummi tahu tak, tak lama macam tu, dia hilang. Dia tak bagi tau apa-apa kat Aida. Dia pergi mana... kenapa dia pergi... dia tak bagi tau. Kelmarin, Aida pergi pejabat kawan dia. Aida nak tanya pasal abang Amir. Tiba-tiba kawan dia tunjuk Hadi kerja bawah dia. Aida sedih Ummi. Sampai hati abang Amir buat macam ni. Bila Ummi bagi tau Aida yang abang Amir tu abang Aida, tak sepatutnya Aida nak merajuk atau terasa hati. Dia abang Aida, Ummi". Aida menangis di bahu Ummi. Ummi juga mengikut rentak Aida. Aida tidak sedar yang dia sudah menukar panggilan Amir kepada abang Amir. Memang itu yang sepatutnya dipanggil dari dahulu.

"Udah la Aida. Kamu pergi cari dia balik. Kamu tanya dia betul-betul, kenapa dia tinggalkan kamu. Apa sekali jawapan dia, Aida jangan hilangkan diri atau kecik hati. Dia abang kamu Aida. Darah daging kamu. Paham tak?", Ummi memberi nasihat. Aida mengangguk.

"Kamu tanya dia, dia tau tak yang dia ada adik. Ummi agak dia mesti tahu sebab masa mama kamu serahkan dekat 'keluarga' dia, umurnya dah masuk enam tahun. Kamu tanya dia nanti ya? Mesti dia ingat", Ummi menambah lagi. Aida hanya mengangguk mendengar nasihat orang tua itu.

Hati Aida pada waktu itu meronta-ronta untuk mencari Amir, abang kandungnya. Rasa rindu membuak-buak sebagai adik. Aida ingin bertanyakan segala benda yang dipesan oleh Ummi tadi. Selesai itu semua, Aida mahu Amir duduk sebumbung dengannya. Dia tidak mahu kehilangan orang tersayang lagi.

BAB SEPULUH
Aida membawa keretanya dengan kelajuan yang agak perlahan. Dia tidak mahu gelojoh untuk pulang ke Kuala Lumpur. Takut terjadi perkara-perkara yang dia sendiri tidak mahu berlaku.

Telefon bimbitnya berdering. Dia mengangkat telefon itu dan berkata, "Hold on, please".

Aida mencapai headset yang diletakkan di atas dashboard keretanya. Dicucukkan matanya ke lubang yang tersedia.

"Assalamualaikum. Siapa yang bercakap dekat sana?"

"Waalaikumussalam. Ni Izzarul lah sayang". Aida tersentak. Aida memerhatikan skrin telefon bimbitnya. Memang betul itu panggilan dari Izzarul. Sakit ke apa dia ni? Pagi-pagi dah buat haru-biru dengan aku.

"Emm.. kenapa telefon? Saya tengah memandu. Tapi takpelah"

"Saja telefon. Dah lama tak jumpa awak. Dah nak balik KL ehh? Balik cepat sikit ya?"

"Ya Cik Izzarul. Saya tengah memandu dengan seberapa pantas yang saya nak. Insya-Allah, saya sampai la", Aida memberi jaminan.

"Ok! Bawa kereta elok-elok. Assalamualaikum". Aida menjawab salam Izzarul. Aida hanya tersenyum. Ada-ada saja Izzarul ni. Namun hatinya gembira tak terkata. Tak tahu mengapa. Jatuh cinta ke? Ahh! Itu fikir esok-esok. Yang penting sekarang, abang Amir!

Aida menelefon nombor Amir. Nasib baik nombor itu masih aktif. Semasa Amir menghilangkan diri, nombor itulah yang didail bagai nak rak. Sekarang, nombor itu diaktifkan. Misteri betul Amir ni! Kedengaran dihujung talian memberi salam. Aida menjawab.

"Err.. Amir, pukul sembilan nanti, Aida nak jumpa dekat dengan Amir di Pizza Hut, Wangsa Maju, ya? Ada benda yang Aida nak cakapkan. Penting!". Aida rasa kekok untuk memanggil Amir, abang Amir. Takut dia terkejut pula nanti. Biar mereka berbincang dulu.

"Boleh Aida. Amir pun nak bagi tau pasal Amir juga. Terima kasih sebab Aida nak jumpa Amir lagi. Amir ingatkan Aida dah bencikan Amir"

"Takde la. Emm.. ok lah Amir. Jumpa nanti. Assalamualaikum".

Aida segera mencari baju yang selesa dan agak kemas. Dia mahukan penampilan yang kemas dimana-mana sahaja. Aida mencapai baju lengan panjang berwarna ungu dan seluar hitam dikenakan dengan tudung bawal berwarna putih yang dikelilingi bunga kecil berwarna ungu.

Aida menanti Amir di meja yang agak terbuka sedikit bagi membolehkan Amir mencarinya. Sudah sepuluh minit dia menunggu. Nasib baik makanan belum sampai. Nanti sejuk pula. Aida menjeling jam di tangan. Pukul sembilan lima minit. Aida mendongakkan kepalanya kembali. Dia ternampak Amir sedang berjalan ke arahnya. Aida tersenyum. Amir membalas senyuman Aida.

Amir sudah pun duduk dihadapannya. Kebetulan, makanan yang dipesan sudah sampai. Terhidang segalanya. Terliur juga dibuat pizza ini.

"Kita makan dulu ya?", Aida berkata. Amir akur sahaja. Sepanjang mereka makan, Amir selalu memandang wajah Aida. Sampai Aida juga naik rimas. Cepat-cepat dia menghabiskan makanannya. Dia harus memberitahu dengan cepat.

"Amir, Aida ajak Amir makan ni sebab Aida nak tanya pasal keluarga Amir. Mungkin Amir tak berapa ingat dan mungkin juga Amir ingat. Amir tahu tak yang selama ni, orang yang duduk sebumbung dengan Amir tu, hanyalah keluarga angkat Amir?". Amir mengangguk. Aida menarik nafas. Senanglah dia untuk menceritakan segala-galanya. Amir pula pelik dengan pertanyaan Aida. Macam mana dia tahu? Desis hati Amir.

"Selama ni, Amir berbinkan keluarga angkat Amir atau keluarga sebenar Amir?", Aida menyoal lagi. Macam polis pula aku ni.

"Nama keluarga sebenar Amir, Amri". Aida terkejut. Namun Aida lega juga. Lagi senanglah kerjanya!
"Keluarga angkat Amir ada bagi tahu apa-apa pasal keluarga sebenar Amir?"

"Kenapa Aida tanya semua ni?", Amir mula melenting dengan tiba-tiba. Dia rasa sesak dengan soalan-soalan Aida.

"Maafkan Aida. Aida nak tahu sebab Aida perlu tahu. Amir jawab dulu soalan Aida". Amir menarik nafas.

"Ada"

"Amir tahu, Amir ada adik?". Amir mengangguk.

"Amir tak berniat nak cari dia?"

"Aida, ini perkara lama. Macam mana Amir nak cari dia sedangkan dah berapa tahun Amir tak berjumpa dengan keluarga sebenar Amir. Yang Amir tahu, keluarga Amir bernama Amri, Halida dan Aida. Nama adik Amir sama seperti nama Aida. Sebab tu, masa dekat PD, Amir peluk Aida. Amir rasakan yang Amir sedang peluk adik Amir", kata Amir. Suaranya mula kendur.

"Sekarang, tak perlulah Amir cari dia sebab... adik Amir yang sebenar, berada dihadapan Amir sekarang"

"Biar benar Aida?! Takde! Amir tak percaya! Aida tunjukkan buktinya sekarang!"

Aida mengeluarkan gambar yang sama seperti yang ditunjukkan kepada Ummi. Diserahkan kepada Amir. Amir mengecilkan matanya apabila matanya memandang lama gambar itu. Tiba-tiba, tangannya menyeluk koceknya. Tangannya sekarang memegang dompet berwarna hitam. Dia membelek gambar itu dan dibandingkan dengan... mungkin gambar yang sama? Entahlah!

"Aida, memang budak lelaki dalam gambar ni, Amir. Mana Aida dapat gambar ni?"

"Dalam almari mama, bang. Dahlah bang. Tak payah nak celarukan fikiran kita. Sekarang, abang dengan Aida memang adik beradik. Kalau abang tak percaya, Aida tak kisah. Kita pergi buat ujian DNA". Hati Aida sayu. Mahu saja dia menangis disitu. Panggilan Aida kepada Amir sudah bertukar. Tidak semena-mena, tangan Aida yang terletak di atas meja, dipegang oleh Amir. Biarkanlah! Memang sudah termaktub yang mereka adalah muhrim.

"Sayang, adik abang. Abang minta maaf. Abang tak berniat lukakan hati Aida. Cuma abang tak percaya yang keluarga abang ada berada dihadapan abang. Abang bersyukur sangat dapat jumpa dengan adik abang. Aida, mana mama dengan papa? Abang nak jumpa"

"Abang lupa apa yang Aida cakap? Kan mama dengan papa meninggal masa diorang on the way balik...". Belum habis ayatnya, Amir memintas.

"Ok, ok. Abang dah ingat balik. Emm.. Aida nak tahu pasal apa abang hilang camtu saja. Sebelum tu, abang nak minta maaf ya sayang?". Aida yang mulanya agak murung, mula tersenyum. Dia mengangguk. Bahagia sungguh dia pada hari ini. Ada yang memanggilnya sayang walaupun dari abangnya sendiri.

"Hadi ugut abang, kalau abang tak kerja dengan dia, dia akan buat sesuatu dekat Aida. Abang kata, kalau abang kerja dengan dia, Aida kena kacau ke tak? Dia kata tak. Jadi, abang setuju dan duduk dengan dia. Abang tak tahu kenapa dia suruh abang kerja dengan dia. Mungkin nak korek rahsia syarikat Aida ataupun... tak tahulah. Masa Hadi kata camtu dekat abang, abang takut sangat kalau apa-apa terjadi kat Aida. Tapi sekarang, tak payah takut dah. Aida tahu tak, dia dah kena buang kerja! Dia adalah salah seorang pekerja yang buat penyelewengan. Semalam dia kena pecat. Bila abang dapat tahu, abang terus letak jawatan. Satu hari abang cari Aida semalam. Aida pergi mana?", Amir menyoal selepas panjang lebar dia bercerita.

"Pergi Kedah, jumpa Ummi. Kalau abang kenal Mak Semah, itulah nenek kita"

"Ohh... abang kenal. Kan abang duduk situ dulu. Apa khabar dia sekarang?"

"Khabar baik. Aida pergi Kedah semalam sebab Aida tanya pasal abang ni lah. Nasib baik Ummi tahu. Bila Ummi bagi tahu yang Aida ada abang, terus Aida pengsan". Aida tersengih. Amir pula tergelak.

"Abang, malam ni abang balik rumah ya? Maksud Aida, rumah mama dengan papa. Ok? Abang datang naik apa?"

"Ok! Abang datang naik teksilah. Abang mana ada kereta macam Aida"

"Err.. lupa pulak. Esok, abang pakai kereta Harrier Aida tu ya? Esok abang kerja dekat pejabat papa balik. Abang hantar Aida pergi kerja ya? Abang tahu bawa keretakan?", Amir mengangguk.

"Ok. Kejap lagi, abang dah jadi driver Aida. Jom balik!". Amir tertawa. Aida bangun dari kerusinya. Amir menghulurkan tangannya. Aida menyambut dan mereka berpimpinan tangan dalam perjalanan ke kereta. Tanpa disedari, sepasang mata memandang tajam ke arah mereka.

BAB SEBELAS
Gedegannggg!! Pintu yang terbuka sedikit tadi terbuka luas akibat sepakan. Aida terkejut sangat. Muka Izzarul seperti hendak makan orang. Sekarang, Izzarul berada di hadapannya. Aida yang terduduk, sudah berdiri dan dia kebelakang sedikit. Bila perasaan dikuasai dengan marah, perkara yang tak pernah dibuat, akan dibuat nanti.

"Kenapa Izzarul? Cuba bagi tahu saya. Kenapa marah-marah ni?", Aida menyoal Izzarul yang kelihatan termengah-mengah.

"Sebab tu ke Aida tak terima saya sampai sekarang? Sebab dah ada orang lain?". Suara Izzarul kedengaran sinis tapi tidak meninggi.

"Apa? Apa yang awak cakap ni? Cuba awak bagi tahu saya betul-betul". Aida dalam ketakutan. Dia takut Izzarul pengapakan dia. Itulah yang dia paling takut sekali.

"Hai sayang!". Amir muncul. Ahh! Nasib baik abang masuk. Selamatkanlah adikmu ini!

"Opss! Sorry", Amir meminta maaf atas kelakuannya. Belum sempat kakinya melangkah setapak menuju ke pintu, Izzarul menarik tangan kiri Amir dan satu tumbukan dikenakan ke perut Amir. Aida terkesima.

"Abang!!!", Aida menjerit. Dia berlari ke arah Amir yang sedang menahan perutnya yang tersenak. Aida mengusap-usap belakang Amir. Namun Amir menunjukkan isyarat yang dia baik sahaja.

"Dialah yang awak suka selama ni? Aida, kalau awak bagi tau saya sejak dari dulu lagi, saya takkan terhegeh-hegeh nak kat awak. Sekarang, awak sendiri nampak, kan?", Izzarul berkata. Alahai... kes cemburulah ni? Namun Aida rasa hatinya panas dengan kata-kata pedas Izzarul.

"Handsome boy, you dah salah sangka ni. She's my sister", Amir memperbetulkan sangkaan Izzarul. Hai... anak muda sekarang ni, cepat betul cemburu.

Izzarul yang kelihatan buas tadi, membuntangkan matanya. "Sorry bang. Saya tak tahu pulak yang Aida ni ada abang". Izzarul mengangkat Amir yang terbongkok-bongkok lagi menuju ke sofa. Aida mengekor sama.

"Takpe. Abang tak boleh lama ni. Ada temujanji. Korang datinglah ya?", kata Amir, mengusik. Aida membalingkan bantal yang tersedia di atas sofa itu kepada Amir. Cepat-cepat Amir berlalu sambil tergelak.

"Aida...", Izzarul memanggil, perlahan. Aida menoleh dengan kerutan muka. Dia masih geram dengan kelakuan dan kata-kata Izzarul tadi.

"Apa?! Puas hati awak tumbuk abang saya?"

"Saya minta maaf. Saya tak tahu yang dia abang awak. Kalau saya tau, dah lama saya tak tumbuk dia. Lagipun, Aida tak bagi tahu saya pun yang awak ada abang"

"Saya baru tahu kelmarin yang dia abang saya. Dah la! Awak balik pejabat awak. Saya ada banyak kerja ni". Aida seakan-akan menghalau Izzarul. Kecil hatinya. Tak mengapa. Apa-apa yang kau mahu, akan ku turutkan wahai gadis pujaan. Izzarul melangkah pergi dengan keluhan. Aida memandang sepi perjalanan Izzarul. Biarkan dia! Ingat abang aku tak buat apa-apa dekat dia, aku tak buat apa-apa dekat dia? Tengoklah kau. Tunggu sampai aku habis berlakon!

Aida jalan berlenggang menuju ke satu restoran untuk makan tengah hari. Matanya meliar memerhatikan orang ramai yang pelbagai ragam, rupa dan karakter.

Dalam kesesakan itu, Aida ternampak satu wajah yang dia cukup menyampah. Wajah itu sedang memandangnya juga. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Takkan dia ikut aku pergi sini juga? Bertubi-tubi soalan di benak fikirannya. Cepat-cepat Aida memusingkan badannya. Dia menarik nafas dahulu dan berjalan sepantas yang mungkin.

Dia berlari mendapatkan Aida. Untungnya, dia sempat memegang bahu Aida. Perjalanan Aida terhenti. Dia memejamkan matanya, geram. Aida menarik bahunya. Aida memandang tubuh badan orang itu. Segaknya! Baju kemeja yang agak sendat. Lengannya tiga suku berwarna putih berkotak-kotak biru cair dan seluar jeans biru. Memang padan dengan kulitnya yang berwarna putih dan berbadan sasa.

"Maaf. Saya bukan bermaksud nak kacau... err... boleh saya tahu nama awak?"

"Awak bagi tahu nama awak dulu, baru saya bagi tahu nama saya"

"Ahmad Hariz. Panggil Hariz saja. Awak?"

"Ohh.. Hariz. Ok. Saya pergi dulu. Nanti lambat pulak saya masuk pejabat". Aida sudah memulakan langkah. Dalam hati, Aida tergelak kerana mengenakan Hariz. Ahmad Hariz... sedap namanya. Hariz mengikut belakang Aida dan sekarang, dia di sebelahnya.

"Awak... tak baiklah macam ni. Awak kata, kalau saya bagi tahu nama saya, awak akan bagi tahu nama awak. Mana aci macam ni!". Aida memalingkan mukanya ke arah Hariz. Dia tersenyum Hariz juga menguntum senyuman dengan gaya badannya yang memikat. Boleh runtuh iman ni!

"Saya boleh bagi tahu nama saya tapi dengan satu soalan yang memang awak perlu jawab"

"Boleh. Cakaplah... apa dia?"

"Kenapa awak ikut saya sejak dua menjak ni? Awak private investigator ke?", soal Aida, curiga. Memang betul. Sudah lama Aida perasan yang Hariz mengekorinya sejak dia pulang dari Kedah. Tidak tahulah jika sebelum dia perasan itu, Hariz sudah mengekorinya.

"Tak baiklah awak kata macam tu. Saya nak kawan dengan awak je. Takkan tak boleh?"

"Ohh. Boleh. Tapi awak kena mintak kebenaran dari abang saya dulu, tau?! Lagi satu, kenapa awak beriya-iya nak kawan dengan saya ni?"

"Ok, takde masalah! Err... saja nak kawan dengan awak. Lagi elok memilih kawan dari terpilih kawan". Aida memutar kembali ayat akhirnya. Betul juga dia ni! Tapi, aku ni baik sangat ke? Desis hati Aida.

"Betul jugak! Ok, awak dah dapat kepercayaan saya. Nama saya Nur Haida. Panggil Aida saja"

"Thanks. Dapat jugak kawan dengan awak. Boleh saya ambil nombor telefon awak?"

"Berani betul awak ni ya? Emm.. apa kata, saya ambil nombor telefon awak sebab saya ni, orangnya sibuk. Tak suka diganggu. Kalau saya free, saya telefon atau SMS awak. Boleh?"

"Ok. Ni nombor saya...". Satu persatu digit Aida menyalin. Aida tersengih. Banyak juga aku kenakan dia ni! Nasib kaulah berkawan dengan aku.

"Jangan lupa telefon". Hariz mengangkat tangannya, menandakan dia ingin berlalu. Aida menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Aida menjeling jamnya. Alamak! Kau punya pasallah ni Hariz! Sampai habis waktu makan aku berborak dengan kau!

"Abang tau tak, dulukan... err... jangan gelak bila Aida bagi tau ni tau?! Abang gelak, tahulah apa Aida buat nanti. Dulukan, Aida pernah sukakan abang". Malunya! Biarlah! Walaupun dia sendiri tahu ia bakal menjadi jenaka dan bahan usikan Amir. Aida memandang Amir. Mukanya serius. Tak gelak pula!
"Abang ni handsome ke Aida? Sampai adik sendiri boleh suka?". Amir tersengih. Aida mencebik. Mulalah perasan tu!

"Kalau Aida sendiri boleh suka dekat abang, maksudnya, ramai lagi wanita-wanita kat luar sana tu minat abang. Muka ala-ala pelakon hindustan. Siapa mamat tu... ala... Arjun Rampal? Ha! Gitulah. Cayolah cakap den bang. Hehehe". Amir tergelak.

"Abang, Aida nak tanya ni. Abang dengan Jey tu, ada apa-apa ke?", soal Aida, nakal. Dia mengurut-urut dagunya yang licin tanpa janggut.

"Kenapa? Abang dengan dia tak ada apa-apalah. Kalau dia jadi kakak ipar Aida, Aida nak tak? Kalau Aida nak, hujung minggu ni, Aida pergi pinang dia dengan Ummi. Ok tak?"

"Abang ni! Orang tanya betul-betul, dia main-main pulak". Aida pura-pura merajuk. Amir mendekatkan dirinya ke Aida. Manja juga Aida ni! Macam manalah bila dah kahwin nanti.

"Sayang, janganlah merajuk. Abang main-main je. Abang dengan Jey tak ada apa-apalah. Sekarang, abang pulak nak tanya Aida. Aida dengan Izzarul, ada apa-apa ke? Tak pasal-pasal tumbuk abang. Sakit!", Amir mengulang soalan Aida cuma namanya sahaja yang berubah. Giliran Aida pula tergelak.

"Kesian abang. Aida dengan dia, takde apa-apa jugak. Tapi dia pernah cakap I love you dekat Aida. Aida tak jawab apa-apa pun. Sekarang, bila dia tumbuk abang, lagilah Aida tak nak cakap apa-apa dengan dia. Jahatlah dia tu! Lepas abang keluar dari bilik, Aida rasa, Aida macam halau dia. Memang patut pun Aida buat macam tu. Dia tak tahu yang Aida takut hilang abang. Nanti Aida takde tempat mengadu lagi sekali". Amir memeluk bahu Aida. Sayangnya terhadap Aida tidak akan berbelah-bahagi jika dirinya sudah berkahwin dengan wanita yang dia cintai.

"Sayang, janganlah kata macam tu. Dia tumbuk abang je. Bukannya dia bunuh abang. Abang akan pastikan yang takde siapa yang akan tumbuk abang lagi. Esok, abang nak Aida pergi jumpa dia and say sorry to him. Lain kali, jangan buat macam tu dekat siapa-siapa. Berdosa tau?!"

"Ala... abang ni! Aida baru nak berlakon dengan dia. Biar dia tahu macam mana sakitnya hati Aida bila dia tumbuk abang". Potong stim betul abang ni!

"Tak ada! Kalau abang tak marah dengan dia, Aida jangan pandai-pandai nak marah dia. Faham?"

"Yalah... yalah! Esok Aida jumpa dia!". Aida membelakangkan Amir. Amir mencuit bahu Aida. Aida mengelak. Tiba-tiba, Aida hendak menceritakan kejadian hari ini kepada Amir. Dia memusingkan kembali badannya ke arah Amir. Amir pelik. Kejap macam ni, kejap macam tu.

"Abang tau tak, tengah hari tadi, ada satu lelaki tu nak berkenalan dengan Aida. Nama dia Hariz. Handsome jugak! Badan tegap, macam abang. Hehehe. Bila dia mintak itu ini, Aida kenakan dia banyak kali. Dia pun layan je apa yang Aida suruh. Dia mintak nombor telefon Aida, tapi Aida tak kasi. Aida mintak nombor telefon dia sebab Aida kata, Aida nih orangnya sibuk. Dia pun kasilah. Sebelum tu, Aida kata dekat dia, kalau nak berkawan dengan Aida, kena mintak kebenaran abang. Dia pun, ok je!". Aida tersengih. Kelakar betul si Hariz ni.

"Suka hati je buat macam tu ya? Nakal eh adik abang ni? Ok, kasi abang nombor telefon dia. Abang nak telefon dia. Nak interview sikit". Aida mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar tidur. Dia mencari nombor telefon Hariz dan menunjukkannya kepada Amir. Amir mengambil telefon bimbitnya yang terletak ditepi dan mendail nombor yang tertera di skrin telefon Aida.

Aida mendengar sahaja apa yang dituturkan oleh mereka berdua. Nasib baik abang guna loudspeaker. Banyak juga abang tanya dekat Hariz. Mesti berbuih-buih Hariz nak menjawab soalan abang. Aida tergelak tetapi Amir menunjukkan isyarat supaya senyap. Tak lama selepas itu, talian di sana dimatikan. Amir menekan-nekan butang telefon bimbitnya.

"Abang buat apa tu?". Senyap.

"Abang!"

"Ya? Abang baru hantar nombor telefon adik dekat dia. Tadi dia mintak. Lagipun, Hariz tu macam budak baik. Bolehkan abang kasi?"

"Kalau abang kata macam tu, Aida tak kisah. Baik untuk abang, baik juga untuk Aida!"

Telefon bimbit Aida berdering, mengejutkan Aida dan Amir. Hariz! Amboi... dah dapat, terus telefon ya? Tak sabar-sabar. Aida menggelengkan kepalanya.

"Naik dulu! Selamat malam!". Aida melambai ke arah Amir. Sampai di pertengahan tangga, Aida menjawab telefon.

BAB DUA BELAS
Aida bermain dengan pennya. Dipusing-pusingkan batang pen itu. Kejap jatuh, kejap berpusing. Dia teringatkan perbualannya dengan Hariz malam tadi. Sampai lebih tiga jam dia berborak. Sehinggakan Amir mengetuk pintu biliknya, suruh tidur. Aida tergelak dengan kejadian semalam.

"Aida, sebenarnya, Hariz dah lama perhatikan Aida. Hariz selalu perhatikan bila Aida masuk bangunan pejabat Aida. Bila Hariz nampak je Aida, rasa nak lari, pastu terus berdiri depan Aida. Tapi, tak sangka pulak Aida boleh perasan Hariz curi-curi tengok Aida. Sorry ya?", kata Hariz dalam telefon semalam.

"Mula-mula marah jugak. Bila Hariz dah minta maaf, no problem. Harap-harap, tak ada orang lain macam Hariz lagi dah. Takut juga kalau ada orang ikut dari belakang tiap masa", Aida meluahkan rasa bimbangnya kepada Hariz.

"Err... Hariz minta maaf betul-betul ni. Bukan Hariz ada niat lain. Macam Hariz kata tengah hari tadi, Hariz nak kawan dengan Aida saja"

"Rileks! Aida bagi tahu saja. Aida tak maksudkan Hariz. Aida tak kisah kalau ada orang nak kawan dengan Aida. Cuma, yang peliknya, Aida tak ramai kawan perempuan. Kalau ada, hanya setiausaha Aida. Yang lain-lain, macam acuh tak acuh je"

"Kawan tak semestinya hanya tertumpu pada satu jantina sahaja, Aida. Lelaki juga boleh jadi kawan perempuan. Cuma kadang-kadang, ada yang cemburu dengan persahabatan antara dua jantina tu. Sebab tu kawan baik boleh jadi musuh"

"Betul! Setakat ni, Alhamdulillah, kebanyakan kawan-kawan lelaki Aida, baik-baik saja. Perempuan, seperti yang Aida cakapkan, hanya setiausaha Aida tu saja yang Aida percaya"

"I see. Aida, Hariz nak tanya ni, Hariz menganggu ke? Takut juga kalau ada line dari yang teristimewa masuk karang. Tak pasal-pasal panas telinga tu nanti nak menjawab soalan"

"Kalau dah ada, takkan abang Aida nak kasi nombor telefon ni dekat Hariz. Dan Aida juga takkan berkawan dengan Hariz kalau Aida dah ada seseorang yang istimewa. Hanya orang yang anggap Aida istimewa sahaja akan marah". Sebenarnya, dia merujuk kepada Izzarul tetapi saja dia tidak beritahu kerana sememangnya, Aida belum lagi menganggap Izzarul kekasihnya. Lebih-lebih lagi apabila kejadian yang menimpa Amir. Lagilah!

"Mesti Aida ada ramai peminatkan?"

"Kenapa tanya?"

"Aida, lepas Hariz bagi tahu ni, Hariz harap Aida tak mengelak atau menghilangkan diri macam tu saja sebab benda yang Hariz nak cakapkan ni adalah dari hati Hariz. Boleh ya Aida?". Aida menggelabah. Saat itu, Aida merasakan sesuatu yang membuatkan dadanya berombak lebih laju dari biasa.

"Insya-Allah, harap begitulah. Apa dia yang Hariz nak bagi tau Aida?"

"Aida tahu kenapa Hariz selalu perhatikan Aida? Aida terlalu istimewa bagi Hariz sejak pertama kali Hariz nampak Aida. Waktu tu, Hariz dah agak yang Aida lah yang wanita yang sesuai bagi Hariz. Aida mempunyai ciri-ciri yang Hariz carikan selama ni. Kebanyakan yang datang dekat Hariz, suka mengongkong dan mengikut kata mereka. Hariz perlukan wanita seperti Aida". Aida tergamam. Hariz terlalu berterus-terang. Hariz membuatkan Aida serba salah untuk berkata tetapi, dalam hatinya terselit rasa gembira. Tidak tahu mengapa!

"Hariz... terlalu awal untuk Hariz menilai Aida. Aida tak nak Hariz kecewa bila Hariz tahu perangai sebenar-benar Aida. Aida taklah sempurna seperti yang Hariz sangka. Aida cuma manusia biasa yang mengharungi suka duka. Aida juga banyak kelemahan. Jadi, Aida nak Hariz berkawan dengan Aida dulu. Baru Hariz ceritakan perasaan sebenar Hariz. Percayalah... selagi yang termampu, Hariz kawan Aida dan mungkin menjadi seorang yang istimewa, di dunia dan akhirat. Ya Hariz?". Kata-kata Aida sungguh menenangkannya. Kata-kata itulah yang membuatkan perasaannya bertambah-tambah terhadap Aida.

Tuk! Tuk! Tuk! Aida tersedar dari lamunannya. Dia memerhatikan jam digital di mejanya. Ish! Lamanya aku mengelamun!

"Masuk!". Aida memandang Izzarul yang sudahpun melabuhkan punggung di kerusi yang sedia ada dihadapannya. Mukanya nampak sembap dan matanya kuyu. Seolah-olah mati anak pula.

"Kenapa awak dah lama tak telefon saya? Malam semalam, saya telefon awak tapi asyik engaged je. Awak off telefon ke?", kata Izzarul seperti anak bertanya kepada mak. Rasa kasihan terbit dihatinya apabila suara Izzarul kedengaran sayu. Arghh! Aku rasa tersepit pula dengan Izzarul dan Hariz pada waktu ini.

"Tak! Ada orang telefon saya semalam. Zarul, kenapa dengan awak ni? Tak sihat ke?". Cepat-cepat Aida bertanya untuk mengelak dari soalan yang dia tak mahu dia dengari.

"Sihat cuma tak cukup tidur... fikirkan awak. I missed you like hell". Aida tersentak. Dia mula merasakan yang Izzarul betul-betul kecewa dengan kelakuan yang diberikannya beberapa hari yang lepas.

"I'm sorry. Saya tak berniat nak sakitkan hati awak. Saya hanya geram dengan awak pasal awak tumbuk abang saya. Saya ingatkan, petang ni saya nak jumpa awak tapi, tiba-tiba awak dah datang dulu. Saya nak jumpa pasal nak minta maaf sebab saya halau awak hari tu. Sorry eh?". Aida mengenyitkan kedua-dua matanya. Izzarul tergelak. Aida senang hati. Susah juga dapat dua peminat ni ya!

"Izzarul. Emm...", Aida membantutkan percakapannya. Dia melepaskan nafas. Izzarul memandang, meminta dia meneruskan percakapannya. Aida membuang pandangan ke arah lain dan kembali memandang Izzarul. Dia menggelengkan kepala pula sambil tersenyum.

"Takde apa. Err... awak nak taukan, macam mana saya ada abang?", Aida bertanya. Pada mulanya, Aida ingin memberitahu perkara lain tetapi, Aida merasakan ia bukan masa yang sesuai untuk bercakap di tempat yang agak bising dan menganggu perbualan mereka.

Aida sudah pun memulakan ceritanya. Dari dia mula jatuh hati dengan Amir, dia menjumpai sekeping gambar keluarga, mengapa dia pulang ke kampung dan terus berjumpa dengan Amir pada malam dia pulang dari Kedah. Izzarul mendengar dengan tekun. Matanya berkelip-kelip memandang Aida.

"Pity to you. Baru sekarang awak dapat jumpa abang awak"

"Tak apa. Dah nasib saya dapat jumpa dia sekarang tapi bukan masa dulu. Asalkan saya dah tahu yang saya sememangnya ada abang"

Masing-masing mendiamkan diri. Tidak tahu hendak berkata apa. Aida melayangkan fikiran, teringatkan Hariz. Dalam masa yang singkat dan perkenalan mereka yang masih baru, telah membuatkannya rindu. Rindu akan gaya dan percakapannya. Terlalu mengasyikkan! Izzarul yang berada di sebelahnya tidak diendahkan. Bukan dia tahu apa yang aku tengah fikir!

"Aida!", kedengaran suara lelaki memanggilnya. Buka Izzarul, tetapi... Hariz! Macam mimpi pula. Baru sekejap dia memikirkan tentang dia dan sekarang, dia berada di hadapanku. Aida terus berdiri dari bangku yang dia duduki bersama dengan Izzarul. Izzarul masih membatukan dirinya di atas kerusi. Hariz mengangkat tangan ke arah Izzarul.

"Tak sangka jumpa Aida dekat sini", kata Hariz, ramah. Aida melemparkan senyuman yang paling manis sekali.

"Hariz, ni Izzarul... emm... kawan saya", Aida memperkenalkan Izzarul kepada Hariz. Tangan Hariz yang berada di poket terus dikeluarkan untuk bersalaman dengan Izzarul. Izzarul berdiri dan menyambut tangan Hariz.

"Hai". Izzarul membalas ucapan Hariz dengan senyuman yang hambar. Aida mula perasan akan tingkah laku Izzarul yang acuh tidak acuh itu.

"Ohh! Hariz lupa pulak nak ingatkan Aida. Hari tu kan, Aida bagi tahu nak jumpakan Hariz dengan abang Aida. Alang-alang Hariz ada dekat sini, boleh Hariz jumpa dengan abang Aida? Mesti abang Aida ada dekat rumah, kan? Takkan dia kerja hujung minggu macam ni". Hariz tergelak kecil. Aida juga mengikut sama. Izzarul pula, hanya mendiamkan diri. Cemburu!

"Boleh juga! Emm... Izzarul, boleh saya pergi dengan Hariz? Izzarul boleh balik sendirikan?". Izzarul mula terasa yang dia terlalu kecil antara mereka. Izzarul mengangguk.

"Takpe. Saya boleh balik sendiri. By the way, nice meeting you, Hariz". Izzarul pula menghulurkan tangan kepada Hariz. Hariz tersenyum dan bersalam. Sejuk hati Aida.

"Kitorang pergi dulu ya Zarul? Drive carefully. Assalamualaikum". Aida melambaikan tangan dan beredar bersama Aida. Dalam perjalanan ke kereta, Hariz mencapai tangan Aida dan memimpin hingga ke kereta. Aida membiarkan sahaja. Dia rasa bahagia!

"Aida, Izzarul tu, ada masalah ke?", Hariz bertanya selepas keretanya meluncur laju membelah angin petang. Aida memandang Hariz, pelik.

"Kenapa? Muka dia nampak macam bermasalah ke?". Hariz tergelak.
"Takdelah. Seems like he doesn't like our relationship"

"Tak tahu pulak Aida. Takpelah! Kita tunggu je sampai dia ok dengan perhubungan kita. Lagipun, Aida dengan dia tak ada apa-apa. Kitorang kawan je", kata Aida. Hariz berasa lega. Sebenarnya, sebagai seorang lelaki, dia tahu yang Izzarul cemburu. Tapi dibiarkan sahaja. Dia selalu mengingatkan dirinya supaya berfikiran positif.

"Apa tu?", soal Aida tiba-tiba. Aida menunjuk ke arah tempat duduk belakang. Sebuah bungkusan di dalam kotak yang besar. Cantik balutannya.

"Tunggu bila kita sampai rumah Aida ya? Eh... Aida tak tunjuk pun rumah Aida dekat mana. Sekarang, nak belok mana ni?"

BAB TIGA BELAS
"Abang!", Aida berjalan ke arah Amir yang sedang duduk membuat kerja pejabat di bawah pergola yang diilhamkan oleh Datin Halida sebelum dia meninggal. Tempat itu sungguh menenangkan. Aida memeluk Amir dan mencium pipinya. Hariz yang mengendong sebuah bungkusan, tergelak melihat kemanjaan Aida terhadap Amir.

"Assalamualaikum, bang. Apa khabar?"

"Waalaikumussalam. Abang baik je. Ha! Apa benda yang Hariz bawak tu?", soal Amir apabila bungkusan itu sudah terletak di kerusi disebelahnya.

"Tak ada apa bang. Ini untuk abang dengan Aida. Hariz beli malam tadi. Bukalah!"

Aida mencapai bungkusan itu sebelum Amir mengambilnya. Aida menjelirkan lidahnya kepada Amir tanpa segan silu. Amir menjegilkan matanya. Mereka bertiga tergelak bersama. Aida membuka bungkusan itu cepat-cepat. Hariz yang berdiri sejak tadi telahpun duduk bersebelahan dengan Aida. Dia dan Amir memerhatikan Aida.

"Abang! Cantiklah cardigan yang Amir belikan ni. Ha! Yang ni abang punya. Cantik jugak! Bolehlah Aida pakai masa tengah sejuk. Terima kasih, Hariz!"

"Terima kasih Hariz. Buat susah je beli benda-benda macam ni. Aida, pergilah buat air untuk abang dengan Hariz ni. Buat air sejuk. Bawak hadiah ni masuk sekali", arah Amir. Aida terus mengambil cardigan-cardigan yang dibeli oleh Hariz dan terus dimasukkan kembali ke dalam kotak tadi. Dia beredar.

"Hariz suka Aida ke?", soal Amir. Hariz mula menggelabah.

"Err.. gitulah bang. Terlebih suka pun, ada jugak"

"Abang tak kisah. Tapi, kamu tahan sikit lah perangai dia yang manja tu. Dia sensitif sikit. Alhamdulillah, dia baik-baik sajalah. Tak taulah apa kamu rasa dekat dia"

"Jangan risau bang. Hariz tak kisah semua tu". Amir mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia membuat penilaian antara Hariz dan Izzarul. Antara mereka berdua, dia lebih sukakan Hariz daripada Izzarul. Tapi, dia tak boleh menghalang jika Aida memilih Izzarul.

"Borak apa tu? Dari jauh Aida nampak. Ngumpat Aida ya?", kata Aida yang sedang meletak air jus oren ke atas meja yang tersedia.

"Takdelah. Tengah bincang pasal perkahwinan korang". Hariz dan Aida membuntangkan matanya. Muka Aida mula merah. Amir tergelak.

"Main-main je"

"Hariz balik malam sikit ya. Malam ni, biar Aida masak. OK?"

Aida dan Izzarul keluar berjalan-jalan di Taman Tasik Titiwangsa pada suatu petang yang agak panas. Menghirup udara segar dari segala debu-debu kotor yang berada di sekeliling. Sungguh menenangkan mereka berdua. Namun, dalam hati Aida, hatinya bergejolak akan perasaannya terhadap Izzarul. Apa perasaanku terhadapnya? Cinta? Tidak mungkin kerana setiap kali dia berjumpa atau menelefon Izzarul, jantungnya tidak berdegup laju. Tangannya tidak bertukar menjadi sejuk. Tidak seperti apabila dia berjumpa dengan Hariz. Pergerakan jantungnya akan berubah dan suhu badan yang panas menjadi sejuk. Memang dia sudah jatuh cinta dengan Hariz.

"Aida..."

"Zarul..."

Mereka berkata serentak. Mereka tertawa kecil.

"Awak cakap dulu", Aida memberi peluang kepada Izzarul.

"Ok! Sebenarnya, saya nak bagi tahu dua perkara. Ia memang ada kena-mengena dengan diri saya. Memang ada kena-mengena dengan hidup dan mati". Aida tersentak. Hidup dan mati?

Aida menarik tangan Izzarul supaya pergi ke tempat yang teduh sedikit kerana matahari memancar ke arah mereka. Izzarul memicit-micit kepalanya. Tiba-tiba, Izzarul rebah. Aida terkesima!

"Zarul!!", Aida menjerit. Kenapa dengan Izzarul ni? Dia menepuk-nepuk pipi Izzarul tetapi masih begitu juga. Aida mula cemas. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mendapatkan ambulan. Orang sekeliling yang berada disitu mula berkerumun. Aida memberitahu kepada mereka supaya tidak terlalu ramai yang berada disitu. Aida hanya perlukan beberapa orang sahaja untuk mengipas dan mengangkat Izzarul nanti.

Tidak lama kemudian, ambulan datang dan mengeluarkan katil beroda. Jururawat lelaki mengangkat Izzarul dan memasukkannya ke dalam van ambulan. Aida mengikut masuk ke dalam ambulan. Jururawat wanita mengeluarkan topeng oksigen untuk Izzarul. Aida mula rasa sebak. Izzarul, walau apa pun yang terjadi, Aida tetap kawanmu. Cuma, Aida harap Izzarul gagahkan dirimu untuk meneruskan kehidupan. Bisik Aida dalam hati. Tanpa disedari, mukanya mula panas dek air mata yang mengalir. Tersedu-sedan Aida di sisi Izzarul.

Ambulan tiba di Hospital Ampang Puteri. Pasukan jururawat menurunkan katil beroda dan bergegas ke dalam hospital. Tiba di pintu bilik kecemasan, Aida tidak dibenarkan masuk. Aida terduduk di kerusi yang tersedia di tepi dinding. Dia merintih di situ.

"Aida, sebenarnya, Izzarul dah lama ada penyakit barah otak. Hanya kami saja yang dia bagi tau. Dia tak nak kawan-kawan dia tau sebab dia tak nak korang risau. Lebih-lebih lagi Aida. Dia sayang sangat dekat Aida. Selalu dia ceritakan dekat mak cik pasal Aida. Memang... memang cantik orangnya". Aida terkedu. Air mata yang belum habis kering, berjurai kembali. Ya Allah! Kau selamatkanlah rakanku itu! Sesungguhnya aku terlalu banyak dosa terhadapnya! Puan Farida, ibu Izzarul, memeluk Aida bagai anak sendiri. Aida membalas pelukannya.

"Kak...", Doktor Maria memanggil Puan Farida. Doktor itu adalah doktor peribadi keluarga Izzarul. Tidak hairanlah jika tiba-tiba Puan Farida dan Encik Khairul cepat sahaja datang ke hospital. Pelukan terlerai. Doktor Maria menuju ke arah Puan Farida.

"Boleh akak masuk ke bilik saya sebentar. Ada perkara penting untuk saya beritahu". Puan Farida memandang Encik Khairul, meminta persetujuan. Dia mengangguk.

"Maria, bagi tau sajalah dekat sini. Tak salah sebab kami ni, bukan siapa pun". Doktor Maria mengangguk-angguk.

"Izzarul kena buat pembedahan sekarang. Kalau dibiarkan sahaja, kemungkinan...", ayat itu dibiarkan sahaja dan Doktor Maria mengangkat bahu. Puan Farida menghela nafas. Encik Khairul kelihatan risau.

"Kalau itu yang terbaik untuk Izzarul, buatlah Maria. Akak berserah saja kepada Allah". Puan Farida pilu. Dia menangis di bahu Aida.

"Maria, boleh akak pergi jenguk Zarul?"

"Boleh tapi jangan lama sangat. Kejap lagi, kami nak bawa dia masuk bilik pembedahan"

"Kenapa awal sangat buat pembedahan, Maria?", soal Puan Farida, pelik.

"Penyakit dia dah sampai tahap bahaya, kak. Kalau nak ikutkan, dia punya pembedahan lambat lagi tapi disebabkan hari ni saya tak ada pesakit untuk dibedah, saya tak kisah untuk bedah hari ni. Boleh kan kak?"

"Tak kisahlah Maria. Untuk Zarul, apa-apa saja"

Puan Farida, Encik Khairul, dan Aida beredar menuju ke bilik yang menempatkan Izzarul. Dalam hati Aida, dia berdoa dan beristighfar banyak-banyak. Dia paling takut kehilangan orang yang sentiasa disisinya. Daun pintu bilik Izzarul dikuak. Kelihatan Izzarul terbaring dan matanya tertutup. Pakaian serba hitam yang dipakainya tadi sudah dibuka dan digantikan dengan baju yang hospital sediakan. Muka Izzarul kelihatan tenang saja.

Puan Farida sudah mula menangis di tepi Izzarul. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya menanggung penyakit yang amat berat untuk dipikul. Encik Khairul berdiri di sebelahnya, menenangkan hati Puan Farida.

"Izzarul, mak nak kamu sihat lepas ni. Kamu kena semangat selalu. Mak tak nak kehilangan kamu. Kamulah satu-satunya anak mak dan abah", kata Puan Farida. Aida yang memandang mula memusingkan badannya. Dia tidak dapat tahan sebak di dada lagi. Dia menangis. Dia terasa bahunya disentuh. Dia mengesat air matanya cepat-cepat, takut dikesan oleh Puan Farida atau Encik Khairul. Aida menoleh. Dia pura-pura tersenyum

"Pak cik dengan mak cik nak pergi solat dulu. Aida tengok-tengokkan Izzarul dulu ya? Lepas pak cik atau mak cik dah masuk nanti, Aida pergilah solat ya?", Encik Khairul berpesan. Aida tersenyum sumbing. Mereka beredar, meninggalkan Aida dan Izzarul di dalam bilik yang berhawa dingin itu. Dia pergi ke katil Izzarul. Dia duduk di kerusi di mana Puan Farida duduk sebentar tadi. Tangannya ditautkan dengan tangan Izzarul. Bukan kerana cinta tetapi kerana kawan. Maafkan saya, Zarul!

"Izzarul... saya tau yang awak memang cintakan saya selama ni. Bukan saya tak menghargai tapi, hati saya tak pergi untuk awak. Saya yang baru berkenalan dengan Hariz, dah mula suka dekat dia. Sedangkan, awaklah yang berkawan dengan saya dulu sebelum Hariz. Aida minta maaf, Zarul. Perasaan tak boleh dipaksa... nanti merana. Saya tau, salah seorang daripada kita akan merana kalau hati berpura-pura mencintai orang yang kita tak cintai. Dan orang yang akan merana adalah awak". Aida menyapu air mata yang bercucuran kembali.

"Masa dekat Titiwangsa tadi, saya nak bagi tahu awak sesuatu. Sebenarnya, hati saya dah dirajai dengan Hariz. Bukan awak tak baik, Zarul. Tapi dah memang itu perasaan saya. Saya cintakan dia... lebih dari apa yang saya rasa dekat awak sebelum Hariz muncul. Bukan saya nak pertikaikan cinta awak... tapi...". Ayatnya diberhentikan disitu. Dia terlalu sedih melihat Izzarul.

"Saya nak awak sihat, Zarul. Saya sayangkan awak. Saya tak nak kehilangan orang yang pernah buat saya ceria kembali pada satu masa dulu. Saya nak awak gembira dengan wanita yang mampu berikan awak cinta yang saya tak boleh bagi untuk awak. Maafkan saya, Zarul". Aida tersedu-sedan di tepi Izzarul. Tangannya masih berada di tangan Izzarul yang lemah.

Kedengaran pintu bilik dibuka. Para jururawat masuk dan membawa katil beroda. Semestinya ingin membawa Izzarul masuk ke bilik pembedahan. Aida bangun dari kerusi untuk memberi ruang, mengalihkan Izzarul dari katilnya ke katil lagi satu. Dia memandang sepi. Dia memanjatkan doanya supaya Izzarul kembali kepada sedia kala.

BAB EMPAT BELAS
Lebih lapan jam Aida, Encik Khairul, dan Puan Farida berteleku di hadapan pintu bilik pembedahan. Tiga pasang mata sudah mula lebam. Puan Farida sudah tersengguk-sengguk menahan diri dari terlena. Sudah berapa kali Aida beritahu, supaya Puan Farida pulang tapi dia tetap berkeras untuk menunggu anak tunggalnya keluar. Apakan daya, aku bukan anaknya untuk mengarah.

"Mak cik tidur je lah dekat bangku tu. Kang pening kepala pulak dok tahan mata tu", beritahu Aida. Puan Farida yang duduk di sebelah Encik Khairul mula melentokkan kepala ke bahu suaminya. Tua-tua pun, masih romantik. Aida geli hati.

Tiba-tiba, pintu bilik pembedahan dibuka. Aida terus berdiri seperti terkena renjatan elektrik. Dia pergi ke arah Doktor Maria. Encik Khairul mengejut Puan Faridah yang baru saja beberapa saat memulakan 'mati sementaranya'.

"Doktor, Izzarul macam mana?", tanya Aida. Encik Khairul dan Puan Farida hanya mendiamkan diri di belakang Aida. Hanya Tuhan saja yang tahu hati mereka bertiga.

"Dia dalam kritikal. Saya kena masukkan dia dalam ICU". Aida mengucap syukur. Harap-harap, Izzarul boleh meneruskan perjalanan hidupnya.

Kelihatan katil beroda di usung keluar dari bilik pembedahan. Kepala Izzarul berbalut. Aida hanya memandang. Puan Farida sudah mula meraung, melihat anaknya sebegitu rupa. Masih ada lagi esok untukmu Izzarul?

Dalam masa dua jam Izzarul koma, tidak semena-mena, mesin yang menunjukkan pergerakan nadi Izzarul tidak berbunyi seperti biasa. Bunyinya panjang. Doktor Maria dan jururawat bergegas ke bilik Izzarul. Aida tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik itu. Dia takut akan keadaan Izzarul pada waktu itu.

Ibu bapa Izzarul masih menemani Aida di hospital. Aida menoleh ke arah jam tangannya. Pukul sebelas! Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon bimbitnya di dalam tas tangan untuk menelefon Amir. Dia menerangkan segala-galanya kepada Amir tentang Izzarul. Kata abangnya, dia akan sampai ke Hospital Ampang Puteri untuk menemankan Aida dalam waktu yang singkat. Aida tidak kisah.

Sepuluh minit kemudian, Doktor Maria keluar. Riak wajahnya tidak sama seperti dia keluar dari bilik pembedahan. Aida mula membuat andaian tetapi cepat-cepat dia membuang ke tepi. Puan Farida mula menggoncang badan Doktor Maria yang senyap sahaja sejak dia keluar.

"Sabar kak. Memang berat untuk saya cakapkan". Doktor Maria menghela nafas.

"Izzarul... dia... maafkan saya"

Bulu roma Aida menegak. Badannya seram sejuk. Pandangannya kabur dek air mata yang bertakung. Badannya mula seperti tidak seimbang. Apabila badannya hendak jatuh, badannya disambar. Aida memandang wajah orang itu. Amir yang memeluknya.

"Izzarul...", Aida berkata sayu. Amir membawanya ke bangku yang berdekatan. Aida memerhatikan Amir bercakap dengan Encik Khairul. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah Puan Farida. Dia menangis seperti aku. Izzarul, maafkan Aida! Terlalu banyak dosa Aida terhadap Zarul! Jerit hati Aida.

Aida dan Amir memasuki rumah banglo tiga tingkat milik Datuk Amri. Mereka baru sahaja pulang dari tanah perkuburan, di mana Izzarul di tanamkan. Ramai yang datang menziarahi kubur Izzarul. Semestinya mereka adalah saudara-mara dan pekerja-pekerja Izzarul.

Aida menghempaskan tubuhnya di sofa Lorenzo. Bantal yang empuk tidak mampu menghilangkan serba salahnya terhadap Izzarul. Dia mengeluh. Direntapnya tudung yang melitupi rambut. Amir yang membawa dua gelas jus merenung Aida dengan kerutan di dahi.

"Apasal marah-marah ni?", kata Amir sambil menghulurkan segelas jus kepadanya. Aida tersentak. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Takde apa. Actually, I feel guilty to Izzarul sebab Aida tak balas his love". Aida meneguk jus sehingga habis.

"Love actually... is all around us. Tak semestinya dengan seorang saja, sayang. Tak payah rasa guilty. Kalau dua orang yang suka Aida, takkan dua-dua lelaki tu Aida nak suka". Kata-kata yang ringkas dari Amir, sudah cukup menenangkan hatinya.

"Ayat abang yang mula-mula tu, macam pernah dengar je. Cilok dari cerita Love Actually eh?". Aida mula bergurau.

"Biarlah! Abang suka quote tu. Ringkas tapi padat". Aida tergelak.

"Dah! Pergi mandi. Balik dari kubur, tak elok kalau tak mandi"
"Jangan cakap orang je. Abang pun sama!". Aida mengejek. Dia terus berlari dari kejaran Amir. Aida bahagia. Jika tiada Amir, bagaimanalah dirinya jikalau dia dilamun kesedihan. Pasti tiada siapa yang ingin gembirakannya.

Jika dulu, Aida dalam dilemma dengan cinta tiga seginya. Sekarang, dia ada satu pilihan saja. Hariz. Patutkah aku menerima dia? Tapi, bukankah aku sudah jatuh cinta dengan dia? Bertubi-tubi soalan di benak hatinya. Namun, tiada satu pun yang terjawab.

"Aida! Mengelamun pulak dia", Hariz menyergah. Aida tersedar yang dia berada disebelah Hariz. Aida meminta maaf. Hariz seperti kehilangan sesuatu - senyuman Aida. Apalah yang dia fikirkan? Dia menghentikan jalannya. Badannya sudah bertentangan dengan Aida. Dicapainya kedua-dua tangan Aida. Pada mulanya, dia berasa rimas tetapi dibiarkan saja.

"Kenapa dengan Aida hari ni? Aida sihat tak?". Aida mendengus kasar. Pandangannya dibuang ke arah lain. Entah mengapa, dia rasa jengkel dengan Hariz pada hari itu. Hariz memegang dagu Aida supaya memandang kembali wajahnya. Tangan Hariz terus ditepis.

"Dahlah! Aida malaslah nak layan Hariz! Aida penat!", tengking Aida. Hariz terpinga-pinga. Aida sudah pergi meninggalkannya. Dia mengejar Aida yang sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta. Dia tidak sempat untuk menahan kerana keretanya telah berlalu pergi.

"What's wrong with her?"

"Aida, jawablah telefon tu. Penat si Hariz call banyak-banyak kali", pujuk Amir. Entah keberapa kali entah Hariz menelefon untuk bercakap dengan Aida tetapi Aida mengelak sahaja. Amir pun dah naik muak dengan bunyi telefon.

"Angkat cepat!", arah Amir, tegas. Aida melangkah lemah ke arah telefon. Dia mengangkat dan memberi salam. Memang betullah Hariz berada di talian.

"Kenapa dengan Aida? Hariz ada buat salah ke?"

"Takde. Kan Aida kata tadi, Aida penat!"

"No! You lied! Aida takkan act macam tu kalau Aida penat. Right?". Hariz masih memujuk untuk mendapatkan kepastian. Tidak pula Aida. Kemarahannya membuak-buak pula tapi ditahan.

"Hariz, bagi Aida ruang untuk Aida fikirkan apa yang Aida perlu fikirkan. Ok?". Suaranya sudah kendur.

"Atau Aida masih ingatkan Izzarul?", kata Hariz, sinis.

"Dia dah meninggal Hariz! Dahlah! Jangan cakap apa-apa lagi!", jerit Aida dan telefon yang dipegang terus diletak. Hariz telah mengguriskan hatinya. Hatinya cukup sensitif pada hari ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa tapi itulah yang dia rasa. 

BAB LIMA BELAS
"Assalamualaikum. Abang! Siapa punya kereta melambak-lambak kat depan rumah kita ni?", soal Aida sambil tangannya ligat membuka sepatunya. Kalau diikutkan dalam kiraannya, ada 3 buah kereta yang dia tidak kenali. Sebuah kereta diparkirkan betul-betul dihadapan pagar rumahnya. Sampai aku nak masukkan pun tak boleh! Hati Aida berkata.

Amir cepat-cepat berjalan ke arah Aida. Amir mencubit lengannya. "Sakitlah!", jerit Aida. Amir mengeluarkan isyarat supaya senyap. Aida mula pelik.

"Apasal suruh orang senyap ni?"

"Ada orang datang rumah kitalah. Dah! Pergi buat air untuk sepuluh orang. Diorang datang ada hajat tu". Hajat? Ish! Entah apa-apalah abang ni. Aida terus memasuki dapur tanpa memandang siapa yang datang. Dia membancuh air teh dan terus membawanya ke ruang tamu. Sebelas pasang mata memandangnya yang sedang menuang air ke dalam cawan. Malunya bila orang tengok aku! Kalau satu dua orang yang tengok, tak apalah juga. Bebel Aida dalam hati.

"Minumlah", jemput Aida. Dia menyalam tetamu-tetamu wanita. Semuanya nampak elegan tapi tidak sombong. Semuanya tersenyum memandangnya.

"Aida, duduk sini", panggil Amir. Dia terus melabuhkan punggungnya sebelah Amir.

"Aida, mak cik ni, emak Hariz. Panggil saja Mak Yah je. Kami datang ni, ada hajat sebenarnya. Mesti Aida dah dapat agak, kan?", soalnya. Wanita itu nampak cantik walaupun sudah berumur. Ala-ala mak datin gitu! Amir menyiku Aida yang senyap saja dari tadi. Aida memandang Amir sambil mengerutkan muka. Mereka yang disitu tergelak kecil melihat telatah Aida.

"Entah Mak Yah! Aida tak tahu. Yalah... Mak Yah pun tak bagi tau Aida yang Mak Yah ada hajat", ujar Aida, selamba. Mereka semua tergelak.

"Kami datang nak meminang kamu untuk Hariz!". Aida terkesima. Hariz? Patutlah Hariz kata semasa dia menghantar aku pulang sebentar tadi, akan ada satu kejutan untukku didalam rumah. Memang nak kena Hariz ni! Dah elok-elok aku dah cool dengan dia, dia buat kejutan yang paling besar dalam hidup aku. Tak apa...

"Mak Yah... boleh tak Aida berbincang dengan abang Amir kejap?", pinta Aida. Mak Yah mengangguk, memberikan laluan untuknya. Mereka terus bergegas ke dapur.

"Abang! Tahu tak Aida tak bersedia dengan semua ni?!"

"Mana abang tahu! Diorang datang dengan mengejut. Si Hariz pulak, tak ada bagi tahu abang apa-apa"

"Hariz tu memang nak kena ganyang tu!"

"Dahlah tu! Sekarang, Aida nak jawab apa?"

"Apa pulak Aida nak jawab?! Abanglah kena jawab untuk Aida! Aida duduk kat dapur ni"

"Yalah. Apa keputusan Aida?". Jantung Aida berdegup laju. Kalau jawab tidak, mesti mak Hariz kecewa dengan aku. Kalau jawab ya, mesti Hariz dan keluarga-keluarga Hariz meloncat-loncat suka. Macam mana ya?

"Abang jawab... err... boleh lah!". Amir terkejut. Amir tersenyum, mengusik Aida.

"Abang ni menengada la!". Amir tergelak. Dia terus keluar dari dapur dengan senyuman. Mereka yang duduk disitu membalas senyuman Amir.

"Emm... bakal menantu Mak Yah kata, boleh". Mereka melepaskan nafas, lega. Mereka tersenyum sambil berbisik-bisik, mengatakan bagus.

"Kalau gitu, bolehlah kita langsungkan dua bulan dari sekarang ya? Terus nikah"

"Err... kena tanya tuan badannya dulu. Aida!", jerit Amir. Aida keluar dengan tersipu-sipu, malu.

"Diorang nak buat dua bulan lagi. Maksudnya, bulan satu lah. Terus nikah"

"Bolehlah", bisik Aida. Dia masih malu.

Hariz menerpa ke arah Puan Fauziah atau lebih disenangi dengan panggilan Mak Yah tatkala dia pulang ke rumah. Saudara mara yang mengikut telah pulang ke rumah masing-masing. Hariz tidak sabar-sabar untuk mengetahui apa keputusan Aida.

"Mak, apa jawapan Aida? Dia terima tak?"

"Kamu ni pun... mak belum duduk lagi". Puan Fauziah terus melabuhkan punggungnya ke sofa diruang tamu. Hariz mengikut jejak ibunya.

"Kamu suka tak kalau kamu dah nak kahwin lagi dua bulan?". Hariz terus terbangun. Dia mencium pipi gebu ibunya bertubi-tubi sehingga Puan Fauziah naik rimas.

"Dah! Pergi naik atas, mandi. Lepas dah siap, turun bawah. Mak nak masak lauk kegemaran kamu". Hariz menaiki tangga dengan terloncat-loncat, seperti anak kecil mendapat permainan. Dalam hati, dia mengucap syukur. Dia terus mengambil telefon bimbitnya diatas katil untuk mengucapkan terima kasih kepada Aida.

"Thank you Aida. Hariz ingat, Aida tak terima. Yalah... manalah tau, Aida still mad kat Hariz. Tak sangka pulak Aida terima[/i]", ucap Hariz apabila panggilannya dijawab. Aida ketawa kecil.

"Sama-sama. Aida geram betul dengan Hariz! Suka sangat buat surprise. Masa nak berkenalan, Hariz duk mengekor Aida. Tiba-tiba, Hariz bagi tahu nak berkawan. Sekarang, nak masuk minang pun nak buat kejutan. Lain kali, bagilah tau dulu", bebel Aida. Hariz tergelak. Entah macam manalah nanti apabila aku berkahwin dengannya.

"Biarlah. Kita dah nak kahwin dah pun. Tak boleh nak buat apa"

"Sayang...", kata Hariz. Bulu roma Aida terus menegak. Sudah... Hariz dah mula dengan perangai pelik-peliknya.

"Hemm?". Dengan automatik, Aida berkata dengan manja. Dia sendiri tidak tahu, bagaimana lunak suaranya keluar begitu.

"I love you". Aida tersentak. Dia mula menggelabah. Segala benda yang dia ingin cakapkan, telah melayang. Seram sejuk dibuat dengan perkataan itu.

"Malam ni, kita keluar ya? Kita pergi shopping barang kahwin kita. Boleh?", kata Hariz. Memang dia sudah tidak sabar-sabar meniti masa untuk diijabkabulkan.

"Boleh tapi kita pergi sekali dengan abang"

"Ok! See you tonight. Bye!". Aida keluar dari biliknya menuju ke bilik Amir. Amir sedang menaip sesuatu di komputernya.

"Malam ni, abang ikut Aida dengan Hariz pergi shopping eh?". Amir bersetuju tetapi dengan satu syarat iaitu dia ingin membawa sekali Jeylita bersama. Dia tidak mahu kacau daun.

"Abang dengan Jey, ada apa-apa ke sekarang?", soal Aida, nakal.

"She's my girlfriend now". Aida terkejut. Kalau nak diikutkan, hari ini terlalu banyak kejutan yang dia hadapi. Nasib baik semuanya baik-baik belaka.

"Aida tengok dia biasa je dekat office. Tak ada muka orang bercinta pun"

"Abang suruh dia simpan rahsia sebab Aida ni, bukan boleh percaya". Aida mencebik.

"Tak nak masuk minang? Nanti, boleh kahwin sekali dengan Aida", cadangnya. Amir menggeleng kepala.

"Abang nak tengok adik abang kahwin dulu. Baru abang boleh kahwin"

"Tak kisahlah bang. Asalkan, abang kahwin. Ok?". Aida keluar kembali dari bilik Amir. Dia pergi ke mencari baju yang sesuai untuk dia keluar bersama dengan Hariz. Dia mencapai baju coklat cair berlengan panjang dan seluar berwarna hitam. Tudung pula berwarna putih. Dia merasakan, malam ini cukup istimewa buatnya.


Amir dan Jeylita sudah hilang entah kemana. Hanya dia dan Hariz berjalan bersama. Tangan mereka saling bergayut. Sampai berpeluh tangan!

Tiba-tiba, Hariz menariknya ke kedai emas, Habib Jewel. Aida mengikut. Dia dengar, Hariz mencari cincin putih bertatahkan berlian 12 karat.

"Hariz nak beli untuk siapa ni? Ada awek baru ke?". Soalannya berbaur cemburu. Hariz tersenyum. Faham akan perasaan Aida.

"Untuk Aida lah. Takkan dah nak kahwin, menggatal dengan orang lain". Aida tersenyap. Kenapalah aku tak faham-faham lagi? Ish!

"Cantik tak cincin ni?". Hariz menunjukkan cincin yang semuanya bertatah berlian yang berbentuk empat segi. Memang cantik dari pandangan matanya.

"Cantik tapi mesti mahalkan? Ambil yang simple je, dahlah"

"It's ok sayang. Sekali ni je, ok?". Aida mengangguk. Dalam hati, dia gembira sangat. Selesai jual beli, Hariz menyarungkan cincin ke jari Aida.

"Kita bertunang tanpa orang lain tahu. Simpan cincin ni baik-baik, tau?"

"Ya. Thank you", ucap Aida. Hariz membalas ucapan Aida. Mereka dibuai mimpi yang indah.

Bunyi paluan kompang membuatkan jantung Aida berdebar-debar. Sebentar lagi, dia akan jadi isteri Hariz. Dahinya mula berpeluh. Merecik-recik. Mukanya dilap oleh Jeylita yang juga selaku mak andamnya. Dia tidak mahu mekap yang tebal. Biarlah nampak kosong tetapi menarik.

"Cantik cincin Kak Aida. Hariz kasi eh?", kata Jeylita. Sejak Aida mengusiknya tentang dia dan Amir, Jeylita sudah mula ramah dengannya. Jika tidak, antara mereka dahulu terlalu serius. Hanya benda-benda penting sahaja diucapkan. Jeylita yang muda 3 tahun darinya, memanggil dia kakak. Aida menghalang kerana tidak lama lagi, Jeylita akan menjadi kakak iparnya. Tetapi Jeylita berkeras untuk memanggil dia kakak. Aida beralah.

"Habis tu, siapa nak kasi lagi? Sebenarnya, kitorang tunang senyap-senyap... walaupun mak Hariz akak kata tak payah bertunang", bisik Aida. Dia tidak mahu orang yang berada dibiliknya mendengar. Nanti apa kata mereka.

"Betul ke kak? Seronoknya!". Aida tergelak. Tidak semena-mena, pintu biliknya diketuk. Kepala Hariz tersembul. Hariz menuju ke arahnya dan mengambil cincin. Ia disarungkan ke jari Aida. Dia mencium pula dahi Aida, syahdu. Tangannya yang penuh dengan inai, bersalam dengan lelaki yang bernama suami. Pantulan cahaya dari kamera bertalu-talu terkena muka mereka. Aida dan Hariz bahagia.

Tetamu-tetamu jemputan sudah pulang. Keluarga Hariz berada di tingkat bawah, manakala Hariz dan Aida berada dibilik untuk menukar baju. Aida sedang menyikat rambut di meja solek. Hariz yang telah membuka baju melayu putih, berjalan ke arahnya dengan kemeja putihnya. Pada waktu itu, Aida menyedari yang muka, badan dan gaya Hariz sama seperti Jericho Rosales, pelakon Filipina.

"Sekarang, Aida nak panggil Hariz apa?". Aida memandang pelik. Ada ke itu yang ditanya.

"Kalau abang? Emm.. tak nak lah. Semua isteri panggil suami dia abang. Emm.. kita ambil ayat unik sikit. Apa kata, Aida panggil Hariz, Bi? Singkatan dari hubby", ujar Aida tanpa selok belok. Matanya tidak lepas memandang wajah Hariz yang jaraknya dalam 5 inci.

"Bi? Ok jugak. Hariz rasa, tak pernah ada sesiapa yang panggil suami dia, Bi. Ok, quite unique"

"Sayang..."

"Ya?"

"Thank you for everything. I love you very much", kata Hariz, romantik. Aida tersenyum sambil mengangguk.

"You're welcome. I love you too". Hariz menarik Aida ke dalam pelukannya. Aida turut membalas. Dalam hati, Aida berdoa supaya perkahwinannya sentiasa direstui. Tidak lupa juga, kepada Izzarul. Dia harap Izzarul bersemadi dengan tenang dan bahagia akan perkahwinannya.

---ooOENDOoo---

No comments:

Post a Comment