Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang
menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata.
Pesan ibunya terbuku terpaku diruyung minda.
Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar
lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita.
Zubir sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita
20 tahun lalu. Dia rafiqterakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul.
Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang bergentayangan
di langit hitam pekat, dialah satu-satunyapurnama yang bersinar.
Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil
berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox massage yang
jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak
Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.
Zubir,
Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup
yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku
sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku
lakarkan agar engkau tahu duka-dura hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki
lelaki, kata orang.Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi
metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma,
pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang
semalam. Aku terlalu merindui dia, Zubir!
Mukadima h warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu
disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng
hati Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah
seterusnya.
Zubir,
Natasya Aminah Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula
mengenalinya dikampus University of Leeds, London. Natasya pelajar fakultiku. Natasya
tidak mudah didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama
hinggalah kesuatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki,
untuk melegelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan
selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk
semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya dia
menceritkan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang ingin mengganggu
hidup Natasya dengan merebut kembali cintanya, namun Natasya cuba menolak k erana
sudah tidak tahan dengan sikap bekas keksihnya yang kaki perempuan. Detik itulah aku
berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu walaupun ibuku menghalang.
Cinta aku pada Natasya teguh-utuh biarpun ibu sering menimbulkan onar. Kata ibu,
Natasya bukan anak bangsawan Melayu seperti kami justeru itu dia tidak layak menjadi
sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah
bagsa Natasya juga beralsanya dari kolonial yang banyak mencetuskan semangat
nasionalisme Malaysia walaupun kita sudah merdeka hampir 40 tahun.
Persoalan yang singgah diendokarp minda Zubir kian terjawab. Zubir mula
mengerti gejolak hati dia. Zubir mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir kian
berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.
Zubir,
Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada
Natasya mula tergugat. Aku kepingin anak yang bias panggil aku ayah! Mungkin ini
balas an kerana mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Natasya tenang. Tika mendapat
perkhabaran buruk tentang keluarganya diKosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut.
Aku jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak
mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula teruji.
Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang Natasya mandul,
cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal, aku terima.
Namun, Natasya tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti wanita itu, Zubir. Sabarnya
tidak ada penghujung!
Zubir,
Aku mula abaikan Zubir. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih
dengan Farah.Dia mengandung. Natasya, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila
memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan
serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang panas
berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting tubuhnya, aku
kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai terkena
penanganku suatu hari itu Haziq. Darah merah pekat berhamburan dari kepalanya yang terhantuk di
bucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar meninggalkan dia menanggung kesakitan
sendirian. Sembilan bulan Farah mengandung, sembilan bulan jugalah Natasya tidak
kupedulikan. Nafkah zahir batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin
bertambah selepas kelahiran Azhad Ahlami, putera aku dan Farah. Natasya sudah tidak ada
dalam kamus hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku
semakin resah,resah yang makin mencengkam di jiwa.
Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu
senang cinta mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.
Zubir,
Hati Natasya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh,dia tidak
pernah melawan. Dia tidak jadi seperti ayam ya ng berketak bila dimarahi manusia.
Dia umpama rumput dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya.
Itu ketentuan yang tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami.
Dia abaikan aku. Dia abaikan Azhad Ahlami. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan
badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Azhad Ahlami, katanya.
Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia kesal
kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Haziq. Sarah tinggalkan aku
bersama-sama Azhad Ahlami yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil tahu.
Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Zubir?
Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak
pernah mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik. Yang buruk
mendapat pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Zubir terpaksa
akur, dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.
Zubir,
Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas
peninggalan Farah. Aku ketemu Natsya. Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih
saying seorang ibu.Aku rela sembah Natsya tika itu Zubir, kalau-kalau dia tidak mahu
mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan keadaan.
Mengapa semurni itu hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia. Dan engkau tahu
Zubir,
sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Azhad Ahlami kehilangan ibu.
Paling mengharukan aku, Azhad Ahlami bias membesar dari sumur Natasya! Natasya
tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin ada susu tapi itulah
kebesaran Ilahi.Aku langgar sumpah kita Zubir. Lelaki tidak seharusnya menangis. Tatkala
melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak berhenti-henti. Jendela mataku
berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu Zubir. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu
akur dengan keputusan aku. Dia lebih banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin
malu den gan Natasya. Hari-hari yang kami Lalui selepas itu cukup manis. Azhad Ahlami
membesar dengan kasih sayang Natasya.
Zubir seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar
kuasa-Nya. Dada Zubir berombak menahan sebak.
Zubir,
Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk
ketahun yang ke-20. Azhad Ahlami sudah jauh besar. Dia ke America Menyambung
pelajarannya. Aku sibuk dengan perniagaanku. Natasya tidak pernah merungut. Dia isteri
setia, Zubir. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi
selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted!
Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Zubir. Cuma aku
kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan.
Satu hari, Natasya mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu
pitam. Aku terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk
menjalani pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya
dalam kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat
dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan
selepas itu, Zubir.
Natasya pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah
sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Zubir. Natasya menghidap barah otak. Mengapa
tidak aku terfikir apa yang Diberitahunya itu adalah simptom penyakit maut itu?
Menurut doktor,barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakandan
pendarahan dibahagian kepala Natasya satu ketika dulu yang pernah aku lakukan. Penyakit barah
otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Natasya sudah di
peringkat kritikal.Natasya dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah pada Natasya. Kalaulah
aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Natasya tidak separah ini.
Aku ini terlalu kejam pada Natasya. Aku sungguh kejam.
Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku
ambil alih tugas di rumah kala Natasya terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar
membahagikan masa menjenguk Natasya dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti
hatiku tika itu, Zubir. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar
isteri itu memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Zubir, jika aku
diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Natasya menanggung sakitnya daripada
menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Natasya semakin
menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor, barah Natasya
sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan sehala. Tidak ada
perjalanan pulang.Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati! Satu hari, Natasya
memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir.
Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat seperti
ini akan tiba,aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Natasya tenang. Dia
cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang teramat
sangat. Kepalanya aku riba, Zubir. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang sudah
kehilangan seri itu,satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku Haziq, ada parut
panjang di kulit kepalanya. Parut luka Natasya yang terhantuk dibucu meja satu ketika
dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi punca barah ini. Aku tidak
dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Natasya semakin lemah. Ada air mata
tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu kubendung lagi. Natsaya pohon
agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia pohon padaku, halalkan air
susunya membesarkan Azhad Ahlami walaupun dia bukan ibu kandung Azhad Ahlami.
Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu mengurniakan anak yang dikandung dalam
rahimnya sendiri.
Zubir,
Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi.Bersama-sama hari yang
baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Natsaya akhirnya
terlena dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat
menerima kenyataan yang dia telah tiada. Azhad Ahlami tiba dari America petang itu juga.
Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja.
Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Zubir!
Megat Iskandar,
23 January 2002. Malaysia.
Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Zubir. Airmata
Zubir seakan tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri.
Zubir juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya seorang insan bernama
wanita ini.Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya. Iskandar menyedarkan
Zubir. Zubir tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya setelah lebih 20 tahun lebih
hidup bersama.Zubir bangun. Najwani sudah tertidur di sofa, mungkin kerana terlalu
penat menanti Zub ir menyiapkan Tugasannya. Dia Zubir kejutkan dari tidur. Najwani, abang
Sayangkan Najwani!
Terpisat-pisat bangun dari tidur, Najwani terpinga-pinga. Zubir tidak
peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu terlewat.
No comments:
Post a Comment