27 January 2013

10 PERKARA MENGENAI PERKAHWINAN


Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada
banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu
banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui
pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan
pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa
yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan
dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib
baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan
daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau
dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana
masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil.
Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat
penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang
dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti
teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk
antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan
mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami
gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari
ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga
mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya
isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya.
Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana
tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah
mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras ,
bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti
mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan
garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa
masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak
ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala
bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak
ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya
akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang
dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini
adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu
memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya
bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif
dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin
akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan
perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan
berubah hati.

TERIMALAH PASANGANMU SEADANYA....(TOUCHING SIKIT)


Seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majlis perkahwinannya sungguh meriah. Suatu majlis yang gilang gemilang, riang gembira serta diiringi dengan paluan kompang dan gendang.
Pengantin perempuan begitu cantik dan anggun dengan gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam tampak gagah, segak dan tampan.
Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka pasangan yang saling mencintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya… “Abang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana untuk memperkukuhkan hubungan dan tali pernikahan kita” katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut.
“Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai mengenai pasangan kita. Kemudian, kita akan membahaskan bagaimana kita boleh mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia….” kata si isteri lagi.
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangan masing-masing yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangan mereka mencatat hal-hal yang kurang baik sebab ini semua untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatatkan apa yang terlintas dalam benak fikiran masing-masing.
Keesokan paginya ketika bersarapan, mereka telah bersedia untuk membincangkannya.
“Saya akan mulakan dulu ya…”, kata si isteri, lalu ia mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat.
Ketika ia mula membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir….
“Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti?” tanyanya.”Oh.. tidak mengapa, teruskanlah sayang…” jawab suaminya.
Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia… “Sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis”.
Dengan suara perlahan suaminya berkata;”Abang tidak mencatat sesuatupun di atas kerta ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu… Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku, sayang….”
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya dengan seadanya…. Ia terus tunduk dan menangis.
“Abang…, maafkan saya…”
Tidak perlulah kita membuang masa memikirkan hal-hal yang negatif tentang pasangan kita.
Terimalah dia seadanya.

CINTA 3 SEGI


BAB 1
Matanya rambang memerhatikan baju-baju yang dijual di perkarangan Jalan TAR. Geram sungguh dia dengan warna-warna yang memikat hatinya. Bila tangannya mencapai baju berwarna ini, hatinya tertarik pula dengan baju berwarna itu. Arghh! Mahu saja dia membeli semua baju yang dijual itu. Mujur hatinya membisik supaya jangan membazir.

Dia berjalan dengan perlahan. Matanya masih tidak lari dengan gerai-gerai yang menjaja baju. Niat dihati untuk mencari kain ela untuk dibuat tempah. Tiba-tiba, kakinya tersadung sesuatu. Mukanya berkerut-kerut. Nasibnya baik kerana tidak terjelopok di tengah-tengah jalan. Dia membawa dirinya ke tepi, tidak jauh dari tempat tadi. Dia ingin memerhatikan tempat dia tersadung.

"Alamak! Kaki orang...", ayatnya mati disitu apabila matanya tertancap seorang lelaki yang sedang duduk diatas lantai beralaskan guni plastik. 

"Kaki orang miskin". Rasa bersalah menyelubungi hati. Hatinya berbelah bahagi sama ada untuk memohon maaf atau tidak. Tidak semena-mena, kakinya laju berjalan ke arah orang miskin itu. Dia mencangkung dihadapan lelaki itu. Dia terpinga-pinga memerhatikan gelagat wanita yang memerhatikan dirinya. 

"Saya minta maaf sebab saya terlanggar kaki awak tadi. Sakit tak?". Kencang sahaja jantungnya bergerak. Betul ke bahasa aku ni? Nak panggil abang, muda sangat. Nak panggil adik, tua juga kalau diperhatikan betul-betul. Lelaki itu tersenyum. Manis! 

"Tak mengapa cik. Saya dah biasa kena langgar. Tak sakit pun". Namun, hati wanitanya masih rasa bersalah. Tiba-tiba, dia mendapat akal.

"Awak tinggalkan tempat duduk awak ni. Jom ikut saya". Lelaki itu memandang pelik. Apa kejadahnya?!

"Untuk apa?"

"Cepat sikit. Dah ramai orang ni. Angkat barang-barang awak, masuk dalam beg awak tu". Aida sudah berdiri tegak. Lelaki itu terus melakukan apa yang disuruh. Ikut sajalah! Selesai memasukkan barang-barang ke dalam perut beg, tangannya mencapai guni plastik. Tetapi disentap oleh wanita itu.

"Biarkan saja benda tu. Jom!"

"Nama awak apa?". Lelaki itu menoleh sekilas ke arah wanita yang sedang memandu kereta Harrier. Tidak pernah dia bermimpi atau berharap untuk menaiki kereta itu.

"Amir. Nama cik? Err...". Dia tergelak melihat Amir menampar mulutnya. Mungkin dia rasa tidak sepatutnya dia bertanya dengan orang seperti Aida yang dianggap kaya. Aida tergelak kecil.
"Aida. Tak perlu ber-cik dengan saya. Panggil Aida saja"

"Aida... boleh Amir tanya sikit? Kenapa Aida bawa Amir pergi... emm... kita nak kemana ni?"

"Jaya Jusco, Wangsa Maju. Kita pergi shopping baju. Maksud saya, Amir pergi beli baju, Aida temankan". Amir terkejut. Mana dia ada duit untuk membeli baju di tempat yang semestinya mahal itu. Amir mengerutkan dahinya.

"Rileks. Amir capai saja benda yang Amir nak. Aida akan bayar"

"Tapi, macam mana Amir nak bayar Aida balik? Amir tak ada duit"

"Amir ikut saja apa yang Aida suruh hari ni. Lepas hari ini, ada benda lain yang Amir perlu buat. OK?". Amir terdiam. Kalau itu yang disuruh, ikut sahajalah. Dia sedar siapa dirinya. Aku orang kecil, engkau orang besar.

Aida menjeling Amir. Walaupun dia peminta sedekah, bau hamis, masam atau busuk, tidak sedikit pun menerjah hidungnya. Mungkin Amir ini, Malaikat? Ahhh... pandai-pandai saja aku ni! Aida merancang untuk membawa Amir ke rumah keduanya. Dia mahu Amir duduk disitu dan tidak perlu meminta sedekah lagi kerana hari ini, hidup Amir akan berubah selama-lamanya. 

BAB 2
Aida berpeluk tubuh, menanti Amir di sofa empuk yang terletak di ruang tamu. Aida tersenyum sendirian tatkala dia teringat semasa membeli belah tadi. Kegembiraan yang terpancar diwajah Amir, tidak dapat digambarkan. Dia sendiri seronok dengan reaksi Amir walaupun banyak mata-mata yang memandang Amir dengan pandangan jijik. Namun, semua itu tidak dihiraukan oleh Amir dan Aida.

Aida tersentak apabila dia terdengar tapak kaki yang menuruni tangga kayu rumahnya. Amir kelihatan bersih dan segak dengan mengenakan T-shirt dan seluar track yang baru dibeli tadi. Aida tersenyum. Bergegar jantungnya dek rambut Amir yang kelihatan basah.

"Pandai Amir kenakan baju". Amir kelihatan menggelabah. Aida tergelak dan terus menuju ke arah dapur. Amir membontoti. Aida mengeluarkan barang-barang untuk dimasak. 

"Umur Amir, sebenarnya berapa?", Aida bertanya apabila tangannya sudah ligat memotong bawang.

"25 tahun. Dah tua dah", Amir berseloroh. Aida tersenyum. Beza umur mereka, hanya satu tahun. Tidaklah jauh mana.

"Aida tanya ni, Amir jangan kecil hati ye? Kenapa Amir..."

"Mengemis? Amir anak orang miskin. Mak ayah kerja membanting tulang dekat tengah sawah. Amir anak tunggal. Walaupun hidup serba kekurangan, makan minum dan sekolah, semuanya cukup. Alhamdulillah, Amir sempat habis tingkatan lima. Masa hari keputusan SPM keluar, mak ayah kemalangan masa baru balik dari sawah. Waktu tu, hujan. Mungkin motor yang diorang bawa, tergelincir. Hari tu juga diorang meninggal. Amir tak sempat bagi tau keputusan SPM Amir". Amir menghentikan bicaranya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Aida memerhatikan mata Amir. Sudah terbentuk kolam kaca dibibir mata.

"Amir terus bawa diri ke KL. Amir mintak kerja. Tapi, apakan daya, sepak terajang yang diorang kasi. Mungkin, diorang jijik tengok Amir yang berpakaian selekeh. Diorang ingat, Amir peminta sedekah. Dan akhirnya, seperti yang Aida nampak pagi tadi...". Sebutir mutiara telah jatuh di pipinya. Buat pertama kalinya, Aida ternampak lelaki menangis dihadapanya. Amir mengesat air matanya cepat-cepat.

"Aida minta maaf"

"Tak apa. Sekarang, Amir pulak nak tanya Aida. Amir tak faham kenapa Aida tolong Amir. Boleh Aida ceritakan kenapa?", Amir berkata setelah dia berfikir panjang tentang tindakan Aida. Matanya masih merah.

"Aida pun tak tau kenapa. Gerak hati Aida suruh tolong Amir. Jadi, Aida lakukanlah. Tak salahkan? By the way, kenapa Amir tanya?"

Amir menggeleng kepala sambil tersenyum. "Biar Amir tolong Aida masak. Nak masak apa ni?"

BAB 3
Aida menggerakkan keretanya menuju ke rumah keduanya. Lebih elok dikatakan, rumah Amir kerana rumah itu sudah diberikan kepada Amir walaupun dia belum mengkhabarkan lagi. Sengaja dia tidak memberitahu Amir. Dia takut Amir tidak mahu menerimanya. Rumah Amir tidaklah jauh mana. Selang beberapa taman perumahan, sudah sampai.

Aida mengetuk pintu setelah sampai dirumah Amir. Kali ketiga diketuk, pintu telah terbuka. Aida sedikit terpana dengan pakaian yang dikenakan oleh Amir. Segak! Baju biru muda dan tali leher berwarna biru tua. Seluar slack yang dipakai, semestinya berwarna hitam. Kena dengan ketinggian dan rambutnya yang kelihatan basah.

"Dah siap kan? OK, jom ikut Aida pergi pejabat". Amir memerhatikan langkah wanita yang berbaju kurung putih berbunga ungu dan bertudung ungu. Pejabat?

Aida mematikan langkah apabila dia sedar yang dibelakangnya, tiada orang. Aida memalingkan mukanya. "Amir, jom. Karang lewat pula". Aida melemparkan senyuman. Amir bergegas keluar dari rumah dan menyarungkan kasut kulit yang dibeli semalam. Tangannya ligat memutar kunci rumah. Dia berlari anak ke arah kereta Aida.
"Amir pakai handphone ni ye? Senang bila orang nak contact Amir nanti", Aida menyeluk tangannya ke dalam tas tangan selepas keretanya bergerak. Dikeluarkan telefon bimbit 3200 yang dibelinya malam semalam. Dia hulur ke arah Amir. Amir teragak-agak mencapainya.

"Aida dah tolong Amir banyak sangat. Amir takut terhutang budi dengan Aida"

"Amir, bukan ke salah satu faktor Allah menciptakan manusia adalah untuk saling tolong-menolong? Amir anggap saja Aida tengah menolong bila Amir dalam kesusahan. OK?"

Amir mengangguk walaupun dia agak kurang faham dengan ayat akhir Aida. Kereta Aida meluncur laju membelah angin pagi.

"Amir, syarikat ini, milik keluarga Aida. Tapi, disebabkan keluarga Aida dah takde, syarikat ni sekarang di bawah Aida". Amir diam. Didalam hati, dia kagum dengan wanita ini. Dia juga bersyukur dengan adanya wanita seperti Aida di dalam dunia ini.

Amir menyoroti langkah Aida. Dalam sekelip mata, dia sudah sampai di pejabat Aida. Dia diperkenalkan kepada pekerja-pekerja Aida. Selesai sesi perkenalan, dia dibawa masuk ke dalam pejabat Aida. Dia tertegun. Dia seperti didalam mimpi. Pejam celik, dia sudah bekerja tanpa ditemu duga. Dia memanjat doa kepada Allah.

Amir memerhatikan nama Aida di atas meja. Nur Haida. Cantik. Seindah tuan punya nama. Amir memandang Aida yang sedang berbual di dalam telefon. Kelihatan serius. Tidak sampai satu minit, Aida meletakkan gagang.

"Amir akan bekerja sebagai setiausaha Aida. Amir akan duduk di meja sana tu... bersebelahan dengan pintu. Sebelah meja Amir adalah Jeylita. Jeylita akan bantu Amir. Mari Aida bawa Amir".

Aida menolong serba sedikit tentang kerja-kerja Amir. Dia memberi Amir kerja yang agak mudah kerana Amir masih mentah dalam pekerjaan itu. Untungnya, Jeylita ada untuk membantu.

BAB 4
Sebulan sudah berlalu. Aida berbesar hati dengan kecekapan Amir menguruskan kerja-kerja yang diberi. Amir masih seperti dahulu. Selalu teragak-agak untuk menerima pemberian, masih tidak sombong dan yang disukai oleh Aida, adalah senyuman yang selalu dilemparkan olehnya. Cukup manis!

Namun, satu sahaja yang membuatkan dia tidak senang duduk. Jeylita terlalu rapat dengannya. Aida selalu memerhatikan mereka berdua. Mesra. Sejak dua menjak ini, mereka sudah keluar makan tengah hari bersama. Bukan sekali dua dia nampak, tetapi banyak kali.

Aida mengeluh. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Tiba-tiba, pintu pejabatnya terkuak. Aida tersenyum.

"Hai sayang. Kenapa ni? Macam letih saja?". Aida menggeleng kepala.

"Sudahlah Mukriz. Janganlah you panggil I sayang. Ada jugak I pengsan dekat sini... tak tahan dengan sikap keromantisan you tu!", Aida bergurau. Mereka tergelak.

"Jom lunch! Dah lama I tak lunch dengan you. Rindu pulak. Ye la... dah sebulan lebih tak jumpa". Aida mencebik lalu mencapai tas tangannya di atas meja. Dia ternampak Amir memandang tajam ke arahnya apabila dia melepasi meja Amir. Dia menghentikan jalan.

"Mukriz... ini setiausaha baru I. Nama dia Amir. Amir... ini Mukriz". Mereka bersalaman. Raut wajah Amir tidak ceria sedangkan Mukriz kelihatan biasa sahaja.

"I keluar dulu ye Amir... Jey. Jangan lupa makan ye?"

Amir bergelumang diatas katil. Dia resah. Resah memikirkan Aida dan Mukriz. Mengapa mereka kelihatan mesra semasa di dalam pejabat Aida? Apa hubungan mereka? Tidak pernah dia nampak Mukriz sepanjang dia berada di sana? Adakah mungkin mereka keluar bersama apabila aku berada di 'istana' ini? Arghh! Tidak sepatutnya dia mencurigai wanita itu. Siapalah dirinya...

Lagu Here Without You, nyanyian 3 Doors Down berkumandang di telefon bimbitnya. Amir tersenyum. Dia mencapai telefon bimbit yang terletak di hujung meja katil.

"Assalamualaikum. Hai. Tak tidur lagi ke? Dah pukul 11 lebih dah ni"

"Waalaikumussalam. Belum lagi. Tak dapat tidurlah. Ni yang bosan. Sebab tu Aida telefon"

"Mukriz kan ada?". Alamak! Macam mana boleh tersilap cakap ni? Amir menampar mulutnya sendiri. Aida terdiam.

"Amir, Aida nak tidur dulu. Assalamualaikum". Klik! Talian sudah pun dimatikan sebelum Amir sempat menjawab salam. Amir menyesal dengan keterlanjuran katanya. Mulut, mulut...

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA



p/s: bgus tuk peringatan kita....kaum hawa....sila ambil perhatian.....share la dgn yg lain..mayb ada yg pernah bc...tp bc skali lg tuk peringatan kita....

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


wasalam………………….

WARNA WARNI SEKSUAL



Tahukah anda, warna juga memainkan peranan dalam menentukan sejauhmana keinginan anda terhadap seks. Ha… jadi jangan sewenang-wenangnya memberitahu orang lain, apakah warna kegemaran anda, kerana dari warna, mereka akan tahu sikap dan keinginan seks anda. Erm… anda juga boleh menilai personaliti dan keinginan seks seseorang itu melalui warna kegemarannya. Ayuh semak warna sensasi seksual pasangan anda!

Warna Hitam – mereka yang sukakan warna ini mempunyai keinginan seks yang hambar. Mereka juga berkemungkinan bersikap agresif terhadap perkara-perkara yang menimbulkan kemarahan atau menyebabkan mereka tertekan. Si penggemar warna hitam suka menyalahgunakan seks dan berkemungkinan melakukan keganasan sebelum melalukan seks.

Warna Putih – si penggemar warna putih merupakan golongan yang ekstrim. Golongan ini cukup mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang menjurus kepada seks. Mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk menunaikan keinginan seks mereka. Golongan ini juga suka melakukan sesuatu perkara yang ganjil demi menarik perhatian orang ramai di sekelilingnya.

Warna Kuning – berdasarkan sumber, warna kuning digemari oleh golongan homoseksual. Ha… jangan cepat melatah, bukan semua orang yang sukakan warna ini homoseksual. Cuma mereka yang sukakan warna ini adalah seorang yang lemah-lembut dan penyayang. Jadi anda sendiri tahu bagaimana keinginan seks mereka bukan? Erm, mereka amat berhati-hati dalam melakukan seks bersama pasangan mereka.

Warna Oren – golongan ini dikatakan akan berkhayal terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim. Mereka akan mengandaikan diri mereka sebagai pelakon yang menghayati watak dan memberikan komitmen serta persembahan yang terbaik, dalam lakonannya. Malah mereka juga menggunakan bait-bait kata yang lembut dan penuh bermakna dalam memenuhi kehendak khayalan mereka.

Warna Merah – si penggemar warna merah digelar ‘harimau’. Mereka dikatakan mudah terangsang dengan apa jua perlakuan pasangannya, biarpun ia tidak mengghairahkan. Golongan ini juga menikmati hubungan intim dalam apa jua keadaan.

Warna Hijau – mereka yang sukakan warna hijau dikatakan naïf dalam melakukan hubungan intim. Mereka adalah golongan pencinta agung, yang bersikap ‘gentle’ tetapi tidak ghairah. Si penggemar hijau adalah mereka yang taat dan setia kepada pasangannya. Tentunya anda tidak akan risau menjadi pasangan mereka kerana mereka sememangnya seorang calon yang terbaik.

Warna Biru – mereka yang sukakan warna biru dikatakan pasangan yang baik. Mereka bersikap penyayang, ikhlas, dan agak sensitif. Golongan ini akan melayan pasangannya dengan lembut dan tidak akan menghampakan. Hem.. mereka juga bukan jenis yang suka berfoya-foya di luar rumah. Bertuahnya anda!

Warna Coklat – mereka yang meminati warna coklat dianggap setia pada cinta. Ayat-ayat cinta juga sering bermain di bibir mereka. Mereka seorang yang sensitif dan apabila merajuk, mereka akan mengambil masa yang lama untuk berbaik dan seterusnya melakukan hubungan seksual.

Warna Kelabu – Ha… anda penggemar warna kelabu? Mereka yang meminati warna kelabu adalah golongan yang teragak-agak dalam melakukan sesuatu. Mereka juga berpendapat hubungan badan dilakukan hanyalah untuk melepaskan ‘tension’, tidak lebih dari itu. Aik kenapa macam tu? Tak baik… jangan lepaskan tekanan harian anda kepada pasangan, lebih-lebih lagi semasa melakukan hubungan seksual!

Apa jua yang anda baca di atas ini adalah ramalan semata-mata. Harus diingat, anda boleh membacanya tetapi jangan memepercayainya. Mungkin apa yang dituliskan di atas ini, hanya boleh dijadikan panduan dan landasan dalam anda mengenali mereka yang berada di sekeliling anda. Selamat menilik!


HADIAH PALING BERHARGA


 Oleh: Abdullatip 

SEORANG wanita muda melangkah turun dari sebuah bas yang berhenti di sebuah pekan kecil di Jelebu. Dia menjinjing sebuah beg kecil sambil menapakkan kakinya berjalan menyusuri lorong yang bersambung dengan deretan rumah kedai. Di pekan kecil yang terletak jauh di pedalaman itu tidak ada yang menarik perhatiannya kecuali suasananya yang tenang, udaranya yang nyaman, dikelilingnya pohon-pohon kayu yang subur menghijau. Sengaja dipilihnya daerah yang terpencil itu dengan harapan dapat mengubati jiwanya yang terluka serta melupakan kemelut hidup yang melanda dirinya. 
Namun dia tidak pasti apakah kedatangannya diterima dengan baik oleh penduduk tempatan atau kehadirannya bagaikan makhluk asing yang tidak disenangi. Namun walau apapun risikonya dia pasrah. 

Wanita muda berpakaian seluar Jean dengan baju T tidak berlengan itu masuk ke sebuah kedai makan lalu mengambil tempat duduk. Dia memesan roti canai dan air kopi kegemarannya. Perut yang tadinya kosong kini sudahpun berisi. Dia berasa segar dan bertenaga semula. Timbul persoalan di hatinya, di manakah tempat hendak menginap?. 

Dia ingin bertanya sesuatu kepada lelaki India Muslim, tuan punya kedai makanan itu. Tetapi dia membatalkan hasratnya apabila sorang pemuda yang sebaya dengannya masuk lalu duduk di meja yang sama. Dia tidak tahu kenapa pemuda itu memilih tempat itu sedangkan masih banyak meja yang kosong kerana pelanggan dalam kedai itu tidak ramai. 

Ternyata kehadiran pemuda itu sama dengan kehadirannya kerana tidak siapa di situ yang pedulikannya kecuali pelayan yang datang bertanyakan menu. Mungkin pemuda itu juga orang luar. Begitu telahan wanita itu. Kalau tidak masakan tidak siapa dalam kedai itu yang menyapanya. 

Pemuda itu memesan Roti Canai dengan Air Kopi. Ternyata selera mereka ada persamaannya. Dia memandang sambil tersenyum namun pemuda itu bermuka selamba sahaja. Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena?. Antara mereka memang tidak pernah bertemu tetapi mahal sangatkah untuk membalas senyuman?. 

Namun dia hendak juga bertanyakan sesuatu kepada pemuda itu. Di manakah tempat hendak bermalam?. Di manakah tempat yang menarik untuk dilawati?. Dan banyak lagi maklumat daerah itu yang perlu diketahuinya. Namun dia membiarkan dulu pemuda itu menghabiskan makanannya. Tambahan pula dia seperti orang yang lapar menyuap makanan dan meneguk minuman tanpa menghiraukan orang lain. Atau pemuda berbadan gempal, berkulit sawo matang itu memang seorang yang pendiam. 

“ Nama saya Hawa,” kata wanita muda itu memperkenalkan dirinya. 

“ Saya Adam,” balas pemuda itu masih tunduk sambil mengunyah makanan. 

“ Saya seorang musafir. Boleh tunjukkan di mana letaknya hotel atau chalet yang sesuai untuk saya bermalam?” 

Kini barulah pemuda itu mengangkat mukanya memandang tepat ke arah muka wanita di depannya. Ternyata mereka memang tidak pernah saling mengenali. Terbetik rasa simpati di hati Adam. 

“ Di pekan kecil ini tak ada hotel atau chalet,” katanya. “Awak dari mana dan hendak ke mana?” 

Wanita itu berasa keberatan untuk berterus terang kerana dia tidak mahu orang lain tahu siapa dirinya. 
“ Rasanya tak perlu saya beritahu awak dari mana asal saya dan apa tujuan saya ke sini. Saya Cuma nak awak tunjukkan tempat yang sesuai untuk bermalam.” 

Ternyata pemuda bernama Adam itu berasa kurang senang mendengarnya. Dia kembali tunduk menyuap makanannya. Dia seolah ingin mengatakan, aku tidak akan menolong seorang wanita yang tinggi egonya. Melihat sikap dingin lelaki itu maka wanita bernama Hawa itu mula bersikap mesra. 

“ Maafkan saya kalau kata-kata saya tadi menyinggung.. Saya datang dari jauh. Di sini tidak ada sesiapa yang saya kenal. Saudara mara jauh sekali. Saudara tolong tunjukkan di mana tempat untuk saya bermalam.” 

“ Saya dah kata tadi di sini tak ada hotel atau chalet.” 

“ Tolonglah saudara. Saya perlukan tempat untuk bermalam.”. 

Pemuda itu termenung sejenak barangkali sedang memikirkan sesuatu. Kemudian dia merenung muka wanita itu seolah ingin mentafsir adakah dia boleh dipercayai?. 

“ Awak boleh bermalam di Masjid atau Surau. Kalau awak mahu saya boleh tolong hantarkan.” 

“ Sampainya hati awak suruh saya tidur di masjid seorang diri.” 

“ Selain tempat beribadat, masjid juga tempat musafir singgah bermalam.” 

“ Saya tak berani tidur di masjid seorang diri.”. 

“ Pilihan kedua. Awak boleh bermalam di rumah saya. Itupun kalau awak sudi kerana bilik tidur di rumah saya tidak seperti di hotel.” 

Ternyata wanita itu berasa serba salah untuk menerima atau menolaknya. Namun dia tidak ada pilihan. “ Pilihan kedua itu lebih baik dari pilihan pertama. Tapi saya bimbang apa kata isteri awak nanti.” 

“ Saya tak ada isteri dan saya sendirian di rumah itu.” 

Wanita itu seperti ingin ketawa. “ Awak janganlah nak bergurau dengan saya,’ katanya. 

“ Saya tak bergurau. Saya ikhlas.” 

“ Gila!”. 

“ Kalau begitu awak tidur saja di masjid. Tapi elok awak berhati-hati. . Kabarnya masjid itu selalu didatangi oleh makhluk jin. Pernah seorang musafir yang bermalam di masjid itu, bila tersedar pagi esoknya dia berada dalam bilik air.” 

“ Mungkin dia mengigau lalu berjalan ke bilik air.” 

“ Dia diangkat oleh makhluk Jin lalu dipindahkan ke bilik air.” 

Wanita itu berasa takut mendengarnya. Dia melihat jam di tangannya hampir pukul 7 malam. Sebentar lagi senja akan menjelma. Dia tidak ada pilihan. “ Okeylah, saya terima cadangan awak yang kedua.” 

“ Awak jangan buruk sangka kerana saya ingin menolong secara ikhlas. Kebetulan di rumah saya ada bilik kosong. Awak boleh bermalam di situ.” 

“ Terima kasih. Tapi saya tak mahu menumpang secara percuma. Berapa sewa bilik itu akan saya bayar.” 

“ Awak tak perlu bayar apa-apa kerana awak akan jadi tetamu di rumah saya. Tetapi untuk selama tiga hari sahaja. Selepas itu awak bukan lagi tetamu saya.” 

“ Maknanya saya akan dihalau pada hari yang ke empat?” 

“ Awak akan dikenakan bayaran pada hari yang ke empat dan seterusnya.Tapi saya yakin awak tak akan selesa tinggal lama di rumah saya. Mungkin awak Cuma tahan semalam saja.” 

“ Bagaimana pula dengan jiran tetangga?. Tidakkah nanti timbul syak wasangka atau mungkin juga fitnah?” 

“ Rumah saya agak terpencil. Tidak siapa tahu awak ada di rumah saya kecuali kalau awak keluar.” 

“ Awak mahu saya berkurung dalam rumah awak siang dan malam?” 

“ Kalau begitu awak tidur saja di Masjid. Itu lebih selamat.” 

Akhirnya mereka mencapai kata sepakat. Wanita itu bersetuju bermalam di rumah Adam, lelaki yang baru saja dikenalinya. Lelaki itu juga sanggup menerima wanita itu sebagai tetamu di rumahnya walaupun dia tahu berbagai risiko yang akan dihadapinya. Dan sebelum mereka keluar dari kedai makan itu, Adam membayar harga makanan termasuk kepunyaan wanita itu. 

“ Kenderaan saya Cuma sebuah motoisikal buruk. Kalau awak sudi boleh membonceng di belakang atau awak berjalan kaki saja ikut arah saya.” 

Sekali lagi wanita itu berasa serba salah. Tetapi akhirnya dia terpaksa juga membonceng di belakang motosikal Adam kerana tidak sanggup berjalan kaki. Tambahan pula dia tidak pasti berapa jauhkah rumah lelaki itu. 

Bermalam di rumah lelaki yang tidak dikenali memang sesuatu yang menakutkan. Berbagai sangkaan yang buruk melanda fikirannya. Namun apalah yang perlu ditakutkan lagi kerana dia pernah berasa putus asa untuk meneruskan kehidupan. Malah pernah dia berfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menelan berpuluh biji pil tidur. 

Dan pada malam itu untuk pertama kali dalam hidupnya, dia bermalam di sebuah rumah yang sederhana besarnya terletak jauh di kawasan pedalaman. Ketika dia membaringkan dirinya di atas katil yang lengkap dengan tilam, bantal dan selimut, kedengaran suara lelaki itu membaca ayat suci al Quran. Dia berasa tenang dan terlena. 

Tiba-tiba dia terjaga apabila terdengar pintu bilik tidurnya di ketuk berulang kali. Ketukan pada pintu bilik itu masih kedengaran. Walaupun nada ketukan itu tidak keras namun mengganggu emosinya. Tambahan pula dia berasa letih dan mengantuk. Pada mulanya dia berharap ketukan itu akan berhenti apabila dia tidak memberikan apa-apa reaksi. Namun sangkaannya meleset kerana bunyi ketukan itu terus kedengaran. Dia bingkas bangun lalu duduk di birai katil. Di rumah itu hanya dia dengan Adam sahaja yang jadi penghuninya. Mustahil orang luar berani datang mengetuk pintu bilik tidurnya. Apa tujuan Adam berbuat begitu?.. 

Tiba-tiba dia berasa takut. Bulu romanya meremang dan seluruh badannya berasa sejuk. Peristiwa hitam yang berlaku ke atas dirinya kembali menjelma dalam ingatannya. Mungkinkah peristiwa yang amat menyakitkan itu akan berulang lagi?. Dia tidak sanggup lagi merasai kepedihan itu. Dia bukan saja telah kehilangan sesuatu yang paling berharga pada dirinya malah kehilangan keyakinan terhadap orang yang selama ini paling dipercayainya. Sungguh tidak disangka orang yang dianggap seperti ayah sendiri sanggup melakukannya. Dia tidak akan memafkan kesalahan ayah saudaranya itu. 

Bunyi ketukan pada pintu itu kedengaran lagi. Bunyinya sama seperti yang pernah didengarnya pada malam kejadian itu. Dia masih ingat ketika itu dia masih belum tidur kerana asyik membaca sebuah novel kisah cinta yang begitu menyentuh perasaannya. Dia bercadang untuk menghabiskan bacaannya. Kerana cuaca pada malam itu agak panas dia Cuma mengenakan pakaian yang nipis sahaja. Dan tanpa mengesaki apa-apa, dia terus membuka pintu bilik tidurnya. Dan sebaik saja pintu itu terbuka, Bapa saudaranya menerpa masuk. 

Walaupun dia cuba meronta untuk melepaskan diri dari menjadi mangsa lelaki berusia 50an yang sedang mabuk dan di rasuk Syaitan itu namun tidak berjaya. . Apatah lagi bila mulutnya di tekup dengan tapak tangan yang kasar. Dan akhirnya berlaku sesuatu yang amat menyakitinya. Dan peristiwa itu terus menghantui fikirannya. Lamunannya terhenti apabila pintu bilik itu diketuk lagi... 

“ Kalau awak masih belum tidur tolong buka pintu ini,” kedengaran suara Adam dari luar. 

Dia terus mendiamkan diri dengan harapan pemuda itu menyangka dia sedang tidur. Tambahan pula dia memang takut hendak membuka pintu itu. Dia dapat agak apa tujuan seorang lelaki masuk ke bilik tidur perempuan kalau tidak ingin melakukan seperti apa yang pernah dilakukan oleh bapa saudaranya?. Tidak. Dia tidak sanggup peristiwa itu berulang lagi. 

Kerana itu pada mulanya dia berasa keberatan untuk menerima pelawaan pemuda itu untuk bermalam di ruimahnya. Tetapi kerana tidak ada hotel atau rumah tumpangan maka terpaksa dia menerimanya walau dengan hati yang berat. Tambahan pula dia tidak sanggup menumpang tidur dalam masjid seorang diri kerana takut diganggu makhluk Jin seperti yang diceritakan oleh Adam. 

“ Saya tahu awak masih belum tidur!,” kata pemuda itu lagi. ” Tapi kalau tak mahu buka pintu pun tak mengapa. Saya Cuma nak bagi ubat nyamuk sebab di rumah ni nyamuk berkeliaran. Kalau awak perlukan ubat nyamuk saya ada letakkan di balik pintu.” 

Sejurus kemudian suasana sepi. Setelah yakin pemuda itu tidak ada lagi di situ barulah senang rasa hatinya. Benar seperti kata pemuda itu, dalam rumah itu banyak nyamuk yang kelihatan berterbangan di bawah sinaran lampu kalimantang. Beberapa ekor nyamuk yang kekenyangan hinggap di dinding. Kerana keletihan dia tidur nyenyak sehingga tidak sedar digigit nyamuk.. 

Dia bangun menghampiri pintu bilik itu lalu memulas tombolnya. Benarlah seperti kata pemuda itu. ada sebungkus ubat nyamuk dan sekotak mencis api. Dia segera mengambilnya dan menutup semula pintu itu. Setelah membakar ubat nyamuk dia ingin tidur semula. Namun entah kenapa matanya tidak mahu terlena. Di luar rumah itu kedengaran bunyi suara katak dan cengkerik memanggil hujan. Sayup-sayup kedengaran bunyi anjing menyalak. Suasana waktu malam di kawasan pedalaman itu agak menyeramkan. Namun dia berasa selamat kerana berada dalam bilik yang boleh dikunci dari dalam. 

Rumah itu sederhana besarnya diperbuat dari papan dan beratap zing. Kalau di kota tempat kelahirannya, rumah seperti itu banyak terdapat di kawasan setinggan. Dia memang tidak pernah tinggal di rumah seperti itu kerana sejak dilahirkan tempat kediamannya ialah di sebuah Kondominium mewah milik bapanya yang terletak di tengah kota. 

Tiba-tiba dia terbayang wajah ayah dan ibunya. Sejak dilahirkan dia mendapat kasih sayang sepenuhnya dari mereka. Dia amat disayangi oleh ayah dan ibunya. Dia juga mendapat seorang pengasuh bernama Mak Yam yang bersedia pada bila-bila masa menurut arahannya. Dari pengasuh itu dia belajar cara-cara memasak, membasuh kain serta mengemas rumah. 

Namun keadaan hidupnya mula berubah apabila ayah dan ibunya meninggal dunia dalam satu nahas di jalan raya apabila kereta mewah yang di pandu oleh bapanya bertembung dengan sebuah bas. Ibunya yang turut berada dalam kereta itu juga meninggal di tempat kejadian. Hidupnya lebih menderita kerana bapa saudara yang sepatutnya jadi pelindung bersifat tamak serta ingin membolot semua harta yang ditinggalkan oleh bapanya. Kalau ayah dan ibunya masih hidup tentu dia tidak sampai ke daerah yang terpencil itu.. . 

Tiba-tiba dia berasa perutnya sakit. Mulanya sekadar rasa memulas tetapi lama kelamaan semakin sakit. Dia memerhatikan di sekitar bilik itu kalau ada minyak angin atau ubat yang boleh disapukan pada perutnya, Namun hampa. 

Apabila tidak tertahan lagi menahan kesakitan itu dia nekad untuk keluar dari biliknya bagi mendapatkan pertolongan. Dan orang yang diharapkan dapat menolongnya ialah Adam. Dia berasa yakin pemuda itu masih belum tidur kerana lampu di biliknya masih menyala. 

Apabila dia berdiri di muka pintu bilik pemuda itu, timbul pula rasa serba salah di hatinya. Mungkin ketukan itu akan menimbulkan kemarahan. Atau mungkin juga Adam akan mendiamkan diri seperti yang dilakukan sebentar tadi. Namun dia tidak ada pilihan lain lalu diketuknya pintu bilik itu dengan belakang jari tangan. kanan. 

AKHIRNYA



Hasil Karya: DaFi A`iSYaH 
Disenarai Pada: 02 June, 2004 

Argh….. wajah itu lagi… muka itu lagi.... mengapa dan kenapa aku sendiri tidak pasti... bosan pun ada menyampah pun ada. Nasib badanlah... bak kata pepatah pandai makan pandailah simpan....apa kena-mengena dengan aku pulak... 

Soal hati tak siapa pun yang tahu. Hanya yang tersurat nampak jelas di raut wajah. Namun yang tersirat bagaimana? Siapa yang akan mengerti kalau bukan hati itu sendiri. Terlalu sukar untuk menilainya atau aku sendiri yang tak mahu faham dengan situasi sekarang.
Degilkah aku? Keras kepala? Sehingga sukar untuk menerima pendapat orang lain. Tidaklah.... Aku masih boleh mendengar dan menerima pandangan sahabat-sahabatku... Mungkin cuma aku susah nak ikut nasihat mereka.. He... He... Asyik ikut kata hati saja. Bukan tak tahu, ikut hati mati, ikut nafsu lesu.... Tapi ikut juga...
Bosan dan malas.. Manusia mana yang malas bila berbicara soal cinta. Gila mungkin kalau menolak fitrah kurniaan Illahi itu. Aku bagaimana? Menolak cinta? Mana mungkin...Kerna cinta seorang manusialah aku menjadi begini. Kerna cinta seorang lelaki aku menbawa diri sejauh ini.. Hanya kerana cinta... Hai... Kuat sungguh kuasa cinta ini sehingga aku tak bisa membuat keputusan yang sewajarnya... Tak bisa atau sendiri yang tak mahu....
“Woi makcik... sampai kat sini pun ko nak menung-menung lagi. Kita ni datang nak bercuti bukan nak tengok kau termenung,” tempik Sarah sebaik sahaja melihat aku termenung.
“Mana ada aku termenung. Aku teringat kat mak aku di kampung. Patutnya aku balik kampung cuti-cuti ni. Alih-alih kena ikut korang bercuti pulak... leceh tul...” sahut aku seolah-olah aku tak bersalah.
“Iyelah tu... boleh percaya ke cakap ko tu... dengar boleh percaya jangan. Dah le tu Cik Syah oi... kelentong awak tak menjadi” ujar si As pula.
“Kita datang nak bercuti so jangan ada benda lain pula yang timbul. Ko Syah, ingat. Jangan nak fikir sangat masalah yang ko sendiri gatal-gatal cipta tu...” ketua dah mula bagi amaran.

---------------------------

26 January 2013

Akan Datang



Hasil Karya: syakila
Disenarai Pada: 28 May, 2004

Aku memandang gelang tangan pemberian amran. Aku membeleknya dengan teliti. Cantik, tetapi… ianya tidak sesuai untukku. Aku kotor, perempuan hina. Aku jijik
dengan diriku sendiri. Aku menangis lagi entah untuk kali yang keberapa. Mengenangkan segala apa yang terjadi. Menyesali takdir dan qada serta qadar yang ditentukan tuhan.
Mengapa aku?

“Aliana, kau ok ke?”tanya Ika padaku. Aku tersenyum pahit. “Kenapa pula tanya macam tu?”soalku kembali. Menjawab pertanyaan ika dengan pertanyaanku. Mata
bundarku menatap kembali pemandangan laut beserah itu. Subhannallah, cantik sekali pantai beserah ini!
“aku nampak kau pucat sikit akhir-akhir ini. Kau sakit ke?”ika menyoalku sambil memegang tanganku. Aku menepis tangannya dengan kasar. Spontan. Ika terkejut. Aku
tidak sedar apa yang ku lakukan. Yang pasti, riak spontan ika dapat ku rasa.
“Sorry, Ika! Aku tak sengaja, I’m not remain that,”kataku sambil tersenyum sedikit, menutup kesalahanku. Pandangan kuhalakan kearah ika. Ika menguis kakinya ke dada
pasir pantai beserah.
“tak apelah. Maybe, kau memang tak sengaja. Lupakan hal tu,”ika cuba menyedapkan hatiku. Aku benar-benar tidak tahu hatiku kini. Kadang-kadang, aku tidak faham
perasaanku. Aku terasa teertekan. Aku rasakan yang aku ini adalah perempuan paling hina, kotor dan menjijikkan. Kenapalah aku yang mengalami ini semua. Adakah
tuhan sudah tidak sayangkan aku? Bagaimana perhubunganku dengan amran? Adakah dia akan menerimaku dalam keadaan begini?
“lia, kau ok ke? Aku nampak kau lain macam aje. Beritahulah aku kalau kau ada problem.”
“tak ada apa-apalag Ika. Thanks for caring me. Aku tak ada masalah apa-apa. Ika, sebenarnya aku nak kau tolong aku,”kataku penuh berharap.
“tolong? Tolong apa? Kecil tapak tangan, negara malaysia nih aku tadahkan”. Aku tersenyum mendengar leluconnya. Tanganku menyeluk beg lalu ku mencari sesuatu.
“kau cari apa?”soal Ika padaku. Aku mengangkat tanganku. Dia terdiam.
“Ika, tolong kasi ini pada Amran. Beritahu padanya, aku minta maaf bebanyak, dan satu lagi kasitau dia jangan cari aku lagi,”. Lantas aku berlalu meninggalkan ika. Ika
pelik melihat sikapku. Ika mengejarku dari belakang.
“Lia, kau tak boleh buat macam ni. Kenapa ni?”tanya ika lembut. Ni yang aku lemah nih. “Ika, kau takkan faham. Tak ada sesiapa pun dalam dunia ini akan faham,”kataku
menahan tangis. “Lia, kalau kau tak kasitau, macam mana aku nak faham? Macam mana orang kat dunia ni nak faham? Please lia! U can trust me!”ika mendesakku.
“Ika, please don`t ask me anything. I don`t know what happened with myself. Please Ika!”aku merayu padanya. “tolong jangan tanya aku, ika!”ulangku berkali-kali.
“baiklah, kalau kau dah bersedia nanti, beritahulah aku. Aku kan bestfriend kau! trust me! Jomlah, kita balik!”

Airmata lelaki….


Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang 
menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. 
Pesan ibunya terbuku terpaku diruyung minda. 
Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar 
lupa. Pesan dari seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. 
Zubir sudah lama tidak ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 
20 tahun lalu. Dia rafiqterakrab Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. 
Taulan yang tidak keterlaluan Zubir katakan, diantara bebintang yang bergentayangan 
di langit hitam pekat, dialah satu-satunyapurnama yang bersinar. 
Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor komputernya disinggahi ikon kecil 
berupa surat. Tetikus pantas digerakkan ke ikon inbox massage yang 
jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari pengutus yang tidak 
Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata. 

Zubir, 

Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup 
yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku 
sebenarnya ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku 
lakarkan agar engkau tahu duka-dura hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki 
lelaki, kata orang.Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi 
metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma, 
pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar bayang-bayang 
semalam. Aku terlalu merindui dia, Zubir! 

Air Mata Di Malam Pertama



Hasil Karya: Seruling Senja
Disenarai Pada: 18 May, 2004


Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.

Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
"Ana dah jadi isteri! " Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti."Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

"Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti"Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

Air Mata Cinta



Hasil Karya: Seruling Senja
Disenarai Pada: 26 December, 2006


Semenjak aku bekerja sebagai guru ni, aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat. Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.

  Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik, tapi apa boleh buat. Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku menerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takut nanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan atas bahuku ini. Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapat berita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikul amanah itu.

            Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya! Bisik hati kecilku. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampu menyelamatkan aku.

            Aku ada mendengar desasdesus dari adik-adik yang mengatakan bahawa ada orang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belum memikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipun aku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-harap, tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi kehendak mereka. Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadi serba salah untuk tidak memenuhinya.

            Bila angah nak lapor diri? Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku. Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra.

            Minggu depan bah. Aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akan memecahkan rekod itu minggu depan.
           
Angah nak abah hantarkan ke? Memang aku dah jangka abah akan menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu.
            Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas je dengan kawan. Kawan angah pun kena mengajar kat situ juga. Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.
            Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaan tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali ke tempat asalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku sebagai tetamunya.
            Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu dan abah kat sini. Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra.
            Jangan lupa bawa balik awe Kelantan tau! Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal yang membuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana kasih sayang adikku itu terhadap aku.
            Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada. Itu pesan terakhir abah sebelum aku melangkah menaiki bas.

            Aku cium tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka, aku bisa menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu abah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini terus melangkah.

AGENDA



Hasil Karya: TanpaNama 
Disenarai Pada: 28 May, 2004 

Dream On..... 
Mesti mesej emelnya berakhir dengan perkataan itu. Sinis. Dan aku hanya tersenyum sendiri di depan layar komputer. Mungkin dia juga begitu setiap kali menulisnya. 
Berperang dengan perasaannya sendiri. 
Memang segalanya bermula dengan main-main. Bermain dengan perasaan. Bernakal-nakal di dunia siber. Bernakal-nakal dengan keadaan. Akhirnya menjadi penagih. 
Terperangkap dalam emosi.

Melalui denyutan elektronik, menjalari rongga perasaan. Berbual tanpa suara. Berkomunikasi secara bisu. Mesra menguasai diri. 
“Kau mesti pergi ke New Orleans!” Mesej yang kuhantar dengan harapan. 
“Tak mungkin, dream on!” Jawabannya ringkas. 
‘Ekspo Grafik Sedunia ini paling sesuai untuk projek laman web kau. Segala yang terbaru dan terkini, yang belum dipasarkan pun akan di tunjukkan. Perbincangan oleh 
para pakar grafik sedunia pasti membuka minda dan memberi inspirasi” Aku terus saja mencuba. 
“Lima hari terlalu lama!” Jawabnya. Menampakkan harapan. 
“Lima hari akan berlalu sekelip mata. Faedahnya terlalu besar!” Aku terus saja berkempen. 
“Apa lagi?” Tanyanya. 
“Aku akan betangkan kertas kerja!” 
“Itu yang betulnya bukan?” 
“Salah satu dari agendanya!” 
“Apa kertas kerja kau?” 
“Berkomnikasi cara baru di internet, melalui grafik!” 
“Cara baru?” 
“Kau kena dengar sendiri di New Orleans!” 
“Akan kufikirkan!” 
Dan aku tahu dia sudah terbeli pujukanku. 

The Muslim Woman "Unveiled"



You look at me and call me oppressed,
Simply because of the way I'm dressed,
You know me not for what's inside,
You judge the clothing I wear with pride
My body's not for your eyes to hold,
You must speak to my mind, not my feminine mold,
I'm an individual, I'm no mans slave,
It's Allahs pleasure that I only crave
I have a voice so I will be heard,
For in my heart I carry His word,
"O ye women, wrap close your cloak,
So you won't be bothered by ignorant folk
Man doesn't tell me to dress this way,
It's a Law from God that I obey,
Oppressed is something I'm truly NOT,
For liberation is what I've got

It was given to me many years ago,
With the right to prosper, the right to grow,

I can climb moutains or cross the seas,
Expand my mind in all degrees
or God Himself gave us LIB-ER-TY,
When He sent Islam,
To You and Me! 

Abadinya sebuah cinta….


" Helaian demi helaian album biru muda diselak oleh Fatin Yusrina. Ditatapnya satu demi satu wajah insan-insan yang disayanginya. Mama, abah dan adik-adik. Matanya beralih pula pada wajah teman-teman seperjuangan yang sentiasa di sisi menemani. Lyn, Ayu, Nadia dan Alia. Dia menyelak lagi helaian setebal dua inci tersebut. Kenangan bersama mereka di bangku 
sekolah masih mekar hingga ke hari ini. Semangat setiakawan yang tersemai sejak bertahun dulu masih kukuh. Nita, Sham dan Shah antara teman-teman yang paling setia walaupun hari ini masing-masing terpisah oleh kesibukan demi mengejar sebuah cita-cita dan merealisasikan sebuah impian.


Air muka Fatin tiba-tiba berubah apabila matanya terpandang pada seraut wajah yang sering menghantui hidupnya. Seraut wajah milik insan yang dicintai sepenuh hati dan paling istimewa di dalam hidupnya. Album itu ditutup dan disimpan kembali ke tempat asalnya. Fatin bangun dan melihat ke luar. Pandangannya dilempar jauh ke awan biru menyaksikan burung-burung yang bebas berterbangan. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu mengenangkan perubahan yang berlaku dalam diri Amirul. Fatin mengeluh perlahan. Entah mengapa dirasakan Amirul semakin jauh dari dirinya. Kasih Amirul seakan berubah.

LUAHAN HATI WANITA


Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi.

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??
Sama-sama lah kita berusaha utk menjadi lelaki idaman itu..Jadilah yg terbaik utk mendapat yg terbaik!