16 September 2011

Blogger Mangsa MLM


Ini adalah kisah benar daripada pengalaman seorang blogger berkaitan dengan MLM. Nama yang terkandung hanyalah nama samaran sahaja.

Rina adalah seorang kawan lama yang sudah lama tak keep in touch. Tiba-tiba pada hari itu...

HARI PERTAMA

Waktu malam.
Handphone berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Rina : Weh! Esok jom ikut aku pergi keluar.

Fifi : Keluar? Pergi mana?

Rina : Ala, jomlah. Dah lama tak lepak dengan kau doh. Sejak aku dah stop kerja ni aku nak lah jumpa kau, lepak sama-sama dengan kau.

Fifi : Tengoklah macam mana. Pukul berapa?

Rina : Nanti aku bagi tahu okey. Yang penting kau kena setuju nak pergi ke tak.

Fifi : Okey.


HARI KEDUA

Waktu pagi.
Handphone berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Rina : Weh, kau jadi tak nak keluar hari ni?

Fifi : Sorry lah. Aku tak nak keluarlah weh. Mak aku tak kasi (sebenarnya malas). Lagipun kau nak ajak aku pergi mana?

Rina : Aku nak ajak kau pergi makan je. Tapi tak apalah kalau kau tak boleh nak keluar.


Waktu malam.
Handphone berbunyi menandakan Rina call.

Rina : Helo, Fifi.

Fifi : Ya?

Rina : Esok jom keluar?

Fifi : La? Tadi baru je kata tak boleh tak kan hari ni kau nak ajak lagi keluar esok? Pergi mana?

Rina : Ala, jomlah. Lama tak jumpa kau doh. Aku rindu kau doh. Kita pergi makan kat Salak Selatan.

Fifi : Ha ya, okeylah.


HARI KETIGA

Waktu pagi.
Fifi sedang berjalan bersama Rina. Tak sangka yang Rina ada membawa seorang kawan. Manakala kawan tersebut membawa seorang lagi kawan.
Kalau tak faham, tengok ni.





Tapi Fifi takdelah nak berkenalan dengan Malik. Masing-masing buat dek je.
Fifi follow je Rina sambil borak-borak.

Fifi : Rina, kau nak ajak aku pergi makan kat kedai mana ni?

Rina : Adalah. Ala, kau ikut jela.

Sebenarnya dalam hati Fifi dah tak sabar lagi dah nak pergi makan.
Dalam kepala hotak dah plan dah nak makan nasi goreng USA dengan air carrot susu



Maka pada petang itu bermula seminar tersebut.
MC itu membebel-bebel mempromosikan produk beliau.
Wah! Bersemangat sekali!

Fifi : Weh, apa ni? Dia promot barang budak sekolah doh. Aku dah habis sekolah dah.

Rina : Ala, kau dengar jela.

Fifi diam je sambil mendengar MC pot pet pot pet. 
Sakit telinga bila beliau berkata, "HEBAT!!!" dengan nada yang kuat sekali.
Lepas dah habis promot produk, beliau dan rakan-rakan seangkatannya mempromosikan, argh!! MLM.

Bila habis je, Fifi terus sumpah seranah dalam hati.
"AKU DAH LAH TAK MAKAN DARI PAGI SEBAB MATI-MATI INGATKAN BUDAK TU BAWAK AKU PERGI MAKAN!"

"BODOH GILA MLM TU, DAH LAH TARGET KORANG BUDAK-BUDAK YANG TAK BEKERJA. SAJA NAK MAKAN DUIT BUDAK-BUDAK." 

"RUPANYA-RUPANYA RINA NAK AKU JADI DOWNLINE DIA SAMPAI SANGGUP MENIPU!!"

Fifi : Asmah, kau join MLM kau bayar RM2488 kan? Berapa kau dapat?

Asmah : I baru je dapat RM300.

Tak balik modal langsung~

Habis lebur duit RM70 aku! Err, bukan aku. Fifi.

No comments:

Post a Comment