ANTARA KEBURUKAN SOYA:
1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan
zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan
sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.
2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum
sesama sendiri,. Hoh.
3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi
lemah.
4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya
adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi
malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya = ???
5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang
menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat
dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya:* kembung perut,* kekurangan asid
amino,* kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada
dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid
dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang. Malangnya..
6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia
menyebabkan NYANYUK, tahu??
Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak
mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya
terbesar),namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelakidan
mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat
meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta
melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn
estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan
kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.Secara
kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita
dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.
Firman Allah:Wahai sekalian manusia!Makanlah dari apa yang
ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah
Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi
kamu. (Surah Al-Baqarah: 168)
Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa?
Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa
melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah,
apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar
especially
DAN ARTIKEL DARI USTAZ HASHIM DIBAWAH TAJUK KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN
SUNNAH?? WAJAH HITAM KACANG SOYA
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis
dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan
tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh
Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan
soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi
sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang
berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari
pembacaan saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer)
di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam
kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia
yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika
diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development
(mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang
mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone
(2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari
tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan
symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan
mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan
senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses
penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone,
yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti
kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna,
mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang
penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses
penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat
enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric,
kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan
kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu
juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah
lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral
tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan
menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya,
mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4)
dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat
kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara
produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus
H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu,
sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak
yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu
tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang
disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di
Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu
tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan
isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu
mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak
seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang
cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang
sepatutnya.
KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya
menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5
biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa
penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh
menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis
makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
p/s: Harap semua lepas nie bolehlah kurangkan sedikit minum
air kacang soya...
No comments:
Post a Comment