Wanita Solehah
Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi
wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg
bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg
keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan
gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan
baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri
masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar,
sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka
berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan
yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang
menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian
wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini
tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk
berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan,
wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau
menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai
lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka
diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas
dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita
yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas
dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai
dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti
hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan
dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga
menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa
yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya
anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan
wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik
perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita
tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif,
tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi
pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan
yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan
pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran
terbuka.
6. Pandai Bergaul dan
Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai
bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita
tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang
yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut
tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan
tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri
Sendiri
Lelaki suka dengan
wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan
dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai
keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki
terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta
menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak
akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan
prihatin
Lelaki suka wanita
yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan
mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar
keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…
No comments:
Post a Comment