Silang kaki ketika
duduk adalah untuk menjaga adab. Tak kira lelaki atau perempuan kalau duduk
mengangkang nampak buruk sangat terutama ketika mengadapi temuduga.
Silang kaki biasanya di buat oleh wanita untuk menjaga
kefiminan mereka. Kalau lelaki yang 24 jam silang kaki ada yang tidak kena
tu...samada nak jaga "feminin" juga atau kerek memanjang...
Ada juga yang terpaksa silang kaki 8 jam di pejabat kerana
pakai skirt yang pendek. Siapa suruh? Syaitan yang suruh. Allah dah
mengharamkannya tapi nak juga, nak hambik ko!
Bukan tidak boleh silang kaki tapi kena agak-agaklah.
Mereka yang sering menyilangkan kaki ketika duduk untuk
jangka masa yang panjang, 3 hal yang tidak sihat akan berlaku:
1 tulang belakang mereka cenderung menjadi bentuk 'C'
2 Mereka akan mempunyai sakit leher dan sakit punggung pada
satu sisi
3 Untuk wanita, bahu akan cenderung miring satu sisi
menyebabkan tali bra menyelinap menuruni bahu miring.
Cuba untuk tidak menyilangkan kaki anda semasa duduk.
No comments:
Post a Comment