26 January 2013

Akan Datang

Hasil Karya: syakila
Disenarai Pada: 28 May, 2004

Aku memandang gelang tangan pemberian amran. Aku membeleknya dengan teliti. Cantik, tetapi… ianya tidak sesuai untukku. Aku kotor, perempuan hina. Aku jijik
dengan diriku sendiri. Aku menangis lagi entah untuk kali yang keberapa. Mengenangkan segala apa yang terjadi. Menyesali takdir dan qada serta qadar yang ditentukan tuhan.
Mengapa aku?

“Aliana, kau ok ke?”tanya Ika padaku. Aku tersenyum pahit. “Kenapa pula tanya macam tu?”soalku kembali. Menjawab pertanyaan ika dengan pertanyaanku. Mata
bundarku menatap kembali pemandangan laut beserah itu. Subhannallah, cantik sekali pantai beserah ini!
“aku nampak kau pucat sikit akhir-akhir ini. Kau sakit ke?”ika menyoalku sambil memegang tanganku. Aku menepis tangannya dengan kasar. Spontan. Ika terkejut. Aku
tidak sedar apa yang ku lakukan. Yang pasti, riak spontan ika dapat ku rasa.
“Sorry, Ika! Aku tak sengaja, I’m not remain that,”kataku sambil tersenyum sedikit, menutup kesalahanku. Pandangan kuhalakan kearah ika. Ika menguis kakinya ke dada
pasir pantai beserah.
“tak apelah. Maybe, kau memang tak sengaja. Lupakan hal tu,”ika cuba menyedapkan hatiku. Aku benar-benar tidak tahu hatiku kini. Kadang-kadang, aku tidak faham
perasaanku. Aku terasa teertekan. Aku rasakan yang aku ini adalah perempuan paling hina, kotor dan menjijikkan. Kenapalah aku yang mengalami ini semua. Adakah
tuhan sudah tidak sayangkan aku? Bagaimana perhubunganku dengan amran? Adakah dia akan menerimaku dalam keadaan begini?
“lia, kau ok ke? Aku nampak kau lain macam aje. Beritahulah aku kalau kau ada problem.”
“tak ada apa-apalag Ika. Thanks for caring me. Aku tak ada masalah apa-apa. Ika, sebenarnya aku nak kau tolong aku,”kataku penuh berharap.
“tolong? Tolong apa? Kecil tapak tangan, negara malaysia nih aku tadahkan”. Aku tersenyum mendengar leluconnya. Tanganku menyeluk beg lalu ku mencari sesuatu.
“kau cari apa?”soal Ika padaku. Aku mengangkat tanganku. Dia terdiam.
“Ika, tolong kasi ini pada Amran. Beritahu padanya, aku minta maaf bebanyak, dan satu lagi kasitau dia jangan cari aku lagi,”. Lantas aku berlalu meninggalkan ika. Ika
pelik melihat sikapku. Ika mengejarku dari belakang.
“Lia, kau tak boleh buat macam ni. Kenapa ni?”tanya ika lembut. Ni yang aku lemah nih. “Ika, kau takkan faham. Tak ada sesiapa pun dalam dunia ini akan faham,”kataku
menahan tangis. “Lia, kalau kau tak kasitau, macam mana aku nak faham? Macam mana orang kat dunia ni nak faham? Please lia! U can trust me!”ika mendesakku.
“Ika, please don`t ask me anything. I don`t know what happened with myself. Please Ika!”aku merayu padanya. “tolong jangan tanya aku, ika!”ulangku berkali-kali.
“baiklah, kalau kau dah bersedia nanti, beritahulah aku. Aku kan bestfriend kau! trust me! Jomlah, kita balik!”

**
peristiwa hitam itu sentiasa mengganggu fikiran alia. Setiap malam, alia tidak dapat tidur dengan lena. Bayangan hitam itu sentiasa menghantui fikirannya. Dia pernah
cuba melupakannya, namun tidak berjaya. Dia ingin hidup gembira. Ingin menjadi aliana yang dulu. Aliana yang ceria dan periang. Dan mampu menarik perhatian
sesiapa saja.
Entah mengapa, dia tidak mampu untuk berlakon di hadapan sahabat baiknya itu. Dia teringat kembali peristiwa hitam itu. Sebulan yang lalu, ibu dan adiknya ke
kampung
sebelah untuk menghadiri kenduri kahwin. Jadi, mak limah (ibu Aliana) ajak mak tua. Pak tua tidak ikut sekali kerana kurang sihat. Jadi, mak limah mengharapkan pak tua
melihat-lihat dirinya kerana dia tinggal seorang diri dirumah.
Bukan dia sengaja untuk tidak mengikut ibunya, tetapi dia harus siapkan segera segala dokumen yang berkaitan dengan pembelajarannya di ipt tahun depan. Dia tidak
mahu mengecewakan hasrat ibunya seperti dahulu disebabkan oleh penolakkannya untuk ke kustem. Kini, dia juga yang merana. Orang lain sedang belajar di menara
gading, dia pulak merana di bawah pohon kelapa gading. Dia tidak mahu sejarah lama berulang kembali. Dia mahu mengikut jejak langkah jejaka kesayangannya yang
telah menjadi graduan dari UTM skudai itu. Sekarang, jejaka itu menjawat jawatan tinggi di kuantan.
Lebih kurang pukul 11.00 malam, dia terdengar bunyi ketukan pintu. Dia terpisat-pisat bangun. Dia mendengar orang memanggil-manggil namanya. Dia tidak berani
membuka pintu kerana dia tinggal bersendirian. “Siapa tuh?”soalnya gementar. Kalau hantu, habislah aku! Hatinya sempat berbisik.
“Pak tua nih!” suara itu berkata. Aku lega. “Kenapa, pak tua?”soalku sebaik saja membuka pintu. Pak tua seolah-olah tidak berkelip memandangku. Aku kaget. Apsal
ngan
orang tua nih? Aku memandang diriku, rupanya aku memakai baju senget sebelah. Aku membetulkannya.
“Pak tua nak pinjam pelita. Ada tak? Entah di mana mak tua kau simpan pelita tuh,”pak tua menjelaskannya padaku. Aku mengangguk. “jap, lia cari!”kataku, membuka
luas pintu itu. Lagipun, aku hanya berdua dengan pak tua, manalah tau ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Lagipun, dia lelaki dan aku perempuan, negatif kalau
bertemu
positif akan saling tertarik. Lebai kalau duduk dalam bilik dengan seorang perempuan pun akan tercabut serbannya, inikan pula…??
Aku menapak lalu membuka pintu almari. Mencari-cari pelita yang dimaksudkan. Aku terbongkok-bongkok mencari pelita yang biasa disimpan oleh ibu. Manalah tau
kalau bekalan elektrik terputus ke, ape ke.. tanpa disedari, perlakuannya dari tadi menjadi tontonan pak tua.
Tiba-tiba, alia merasakan bagai ada tangan yang memeluknya dari belakang. Alia terkejut lalu berpaling. Dia sudah dapat menghidu niat jahat pak tua. Dengan kudrat
yang ada, alia menendang pak tua. Pak tua terlontar ke belakang. alia mengambil kesempatan ini berlari ke pintu hadapan yang tadinya di buka luas. Rupa-rupanya,
pak
tua sudah menguncinya. Dengan tangan yang terketar-ketar, alia membuka selak pintu. Namun, alia tidak sempat. Pak tua menarik alia dari belakang. Bajunya terkoyak.
Pak tua memeluknya. alia meronta-ronta, menentangnya. Dia menampar alia, alia jatuh tersungkur.
Kemudian, dia menelentangkan alia. Dan, semuanya berlaku. Bagai harimau yang kelaparan, dia membaham alia. Meratah alia serakusnya. alia tidak mampu untuk
melawan. Sebelum pak tua pulang, dia melangkahi badan alia, “Ingat lia, kau jangan kasitau orang lain. Kalau tidak, aku akan bunuh kau. Ingat, kalau kau bocorkan
rahsia
ini, bukan aku sahaja yang mendapat malu, bahkan juga kau. Perempuan kotor!”dia meludahi alia.
alia menangis teresak-esak. Hingga pagi, alia menangis sendirian. Dia benar-benar tidak menyangka pak tua yang berumur akhir 50 an dan layak dipanggil datuk
memperlakukannya demikian. Dia sungguh-sungguh tidak menyangka. Adakah aku masih mempunyai tempat di dunia ini? Adakah aku masih mempunyai tempat di hati
am? Dia benar-benar tidak tahu… Apakah dosa aku?
***
“Lia, apa dosa aku? Apa salah aku??”tanya amran padaku. Aku mendiamkan diri. Lia, kuatkan hati! Tuhan, lancarkan mulutku untuk berkata-kata tuhan! Sempat lagi
hatinya berdoa.
“kau tak berdosa pada aku, am! Kau tak bersalah pada aku, am! Aku yang berdosa, aku yang bersalah!”mataku masih lagi melihat pantai beserah itu. Masih seperti
minggu lepas, sewaktu ditinggalkan bersama ika. Melihat sang ombak memukul pantai. Yang pastinya, pantai tetap menjadi mangsa dan menerima akibatnya. Sang
ombak pula terus berlalu, selepas menghempaskan dirinya.
“Apa maksud kau, lia?”soal arkitek muda itu padaku.
“aa… aku. Aku dah tak cintakan kau, am! Dulu, semasa aku menjadi kekasih kau, aku hanya kesian kau. Tak ada sedikit pun perasaan cinta dalam diri aku untuk kau, am!”
ya allah, kenapalah aku tergamak membohonginya? Maafkan aku, am! Aku perempuan hina, tak layak buat kau! Siapalah aku dimata kau kalau aku memberitahu
perkara sebenarnya.
“Lia, kau jangan nak tipu aku. Renunglah mataku, kemudian cakap yang kau tak cintakan aku!” macam mana harus aku hadapi semua ini. Tolonglah hambamu ini, ya
allah! Mata bundarku merenung tepat matanya. Menyahut cabarannya.
“Am, aku tak cintakan kau. Usahlah panjangkan kisah ini lagi. Kau tak berdosa, yang berdosa aku. Maafkan aku am! Aku benar-benar tak mencintai kau,”lancar mulutku
mengatakannya. Di dalam hatiku, hanya tuhan yang tahu. Hancur luluh hatiku. Wahai hati, kuatkanlah semangatmu.
“kalau ini keputusan Lia, am terpaksa menerimanya. Walaupun hati am sakit. Am akan cuba melupakan lia. Lia simpanlah balik gelang nih. Am takkan ambil barang yang
am telah berikan kepada orang. Am pergi dulu. Terima kasih atas segalanya.” Gelang yang dipegangnya sudah bertukar tangan. Amran meninggalkan aliana sendirian.
Apa yang harus ku lakukan? Amran, kenangan manis percintaan kita masa lalu akan terus bersemadi di dalam hatiku. Percintaan kita bagaikan bunga kemboja, gugur ke
bumi akhirnya. Namun, akan tetap berbau harum dan mekar di taman hatiku. Maafkan aku, am! Bukan niatku untuk melukakan hatimu. Kau terlalu baik buatku…
****
“Lia, apa yang kau cakapkan dengan amran? Semalam, lepas dia jumpa kau… terus memerap dalam bilik. Makan pun tak lalu. Kenapa ni? Kau dah putus dengan dia
ke?”duga ika. Aku menganggukkan kepalaku. Ika sedikit terkejut. “Kenapa?”soal ika lembut.
“Ika, kau takkan faham masalah aku walaupun aku kasitau kau. Nanti, kau akan membenci aku pula. Cukuplah, kalau aku katakan yang aku dah tak sayangkan dia
lagi,”bohongku. “Lia, aku kenal kau lebih dari kau kenal diri kau sendiri. Aku tau, kau masih sayangkan dia. Cuma, aku rasa mungkin kau ada masalah peribadi. U can
trust
me. U can believe me. Are u have something wrong in some where?”soal Ika. Alia benar-benar tidak dapat mengelak lagi. Dia tiba-tiba berasa sebak.
“Ika, kalau aku kasitau kau.. kau jangan beritahu orang lain. Ok?? Kau kena janji!”ika mengangguk kepalanya. “Sebenarnya, aku bukan gadis lagi. Aku telah di ….. “ aku
menangis tersedu-sedu di bahu Ika. Ika menenangkanku. Aku menceritakan segala-galanya kepada ika. “aku kotor, ika! Aku kotor. Aku jijik dengan diri aku sendiri. Aku….
Aku tak layak berkawan dengan kau. Aku redha kalau kau dah tak nak kawan dengan aku,”kataku tersedu-sedu. Ika memelukku.
“Kau tetap kawan aku sampai bila-bila. Aku akan terima kau walau apa jua keadaan kau. Sabar lia! Sabar, itu yang penting. Ingatlah lia, sabar dan doa adalah senjata
orang teraniaya. Apa yang penting, kau mesti teruskan hidup ini. Negara kita ada undang-undang, lia! Bawalah perkara ini ke muka pengadilan lia. Kau sudah cukup
terhukum dengan semua ini, lia!”ika terus-terusan menasihatiku. Sedikit sebanyak, kata-kata ika berkesan di hatiku.
“aku takut, Ika! Aku malu! Kalau aku report polis, sama seperti aku membuka pekung di dada sendiri. Apa, kau tak jijikkah dengan aku?”mataku tepat memandang ika.
“lia, kalau kau report polis, bukan bermakna kau membuka aib sendiri. Biarlah pak tua kena hukumannya lia. Kalau tidak, dia takkan serik lia. Hari ini dia buat engkau
macam itu, esok, lusa.. entah siapa lagi yang terkena. Kau kena ingat tu, lia! Aku nasihatkan kau begini. Sebab.. sebab ,” tiba-tiba, ika yang petah berkata-kata tergagap.
Mesti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku memandang matanya, memintanya menceritakan apa yang berlaku.
“Lia, sebenarnya.. aku dah merasa apa yang kau rasa. Cuma, bezanya kau terjadi di kala kau sudah pandai memikir mana yang baik dan yang buruk. Aku.. ketika itu
semua berlaku, aku masih kecil lagi. Dan, yang melakukan itu semua adalah ayah aku sendiri. Ayah aku, lia! Orang yang sepatutnya menjaga maruah aku, tetapi dia
sendiri melakukannya. Reportlah kat polis, lia! Diorang pasti tau apa yang harus dilakukan. Dengarlah cakap aku, lia!”aku tersentak. Betulkah atau ika hanya ingin
menyedapkan hatiku. Lalu merekakan cerita??
“tentu kau tak percaya apa yang aku ceritakan, kan? Aku sendiri pun tak percaya apa yang berlaku ke atas aku. Tapi, kau bernasib baik, lia! Kau masih mempunyai ibu
dan adik kau tempat kau mengadu. Tapi, aku? Aku hanya ada keluarga amran sahaja sebagai keluarga aku. Namun, aku bersyukur sebab ibu saudara aku sedia terima
aku menjadi anaknya, lia!!”aku dan ika menangis berpelukan. Mulai hari ini, aku akan berani melangkah. Aku akan menjadi aliana yang dulu…
KAN DATANG 2
“Lia, kenapa kau tak beritahu ibu apa yang telah terjadi? Mengapa kau diamkan, sayang?”soal ibuku lembut setelah kami pulang dari balai polis beserah. “ibu, maafkan
lia! Lia tak maksudkan itu. Pak tua ugut saya, ibu! Dia ugut nak hebohkan seluruh kampung pasal saya yang saya dah… saya takut ibu!”aku menangis di bahu ibu. Ibu
membelai rambut alia yang panjang sambil diperhatikan adiknya, rosli.
“lia, apa yang telah terjadi, lupakanlah! Lagipun, pak tua dah dapat balasannya,” ibu memujukku. Tiba-tiba, aku teringatkan mak tua. Pasti dia berasa malu
mengenangkan suaminya itu. “Ibu, macam mana dengan mak tua? Mesti dia malu, sebab suaminya seorang… ah ibu!”
“tak apalah, lia! Mak tua ada cakap dengan ibu tadi. Dia tak marah pada lia sebab melaporkan perbuatan suaminya. Malahan dia bersyukur kerana lia berani report polis
tenteng perbuatan sumbang suaminya. Rupa-rupanya, pak tua pernah buat perkara yang sama terhadap anaknya sendiri. Tapi, mak tua tak berani nak report polis. Kau
faham-faham ajelah, kan pak tua tuh ketua keluarga. Masa tuh pulak, si salwa tuh masih kecik lagi. Takkan mak tua sanggup nak tengok suami sendiri masuk lokap pada
waktu senja begini. Dia ingatkan, lepas memberi amaran kepada pak tua, pak tua tidak akan lakukannya lagi, tapi.. entahlah!”jelas ibuku dengan panjang lebar.
“habis tu, apa yang berlaku pada kak salwa. Sebab pun alia tengok kak salwa tak baik sangat ngan pak tua.”
“Si salwa tu dah kahwin pun lia. Dapat anak satu. Orang, kalau dah bercinta.. macam tu lah. Tidak terputus walaupun dibayangi peristiwa silam. Malah, kasih sayang
mereka semakin menebal.” Lama ku termenung mendengar kata-kata ibu. “ade ke orang macam tuh, bu?”tanyaku. kulihat sebelah, rupanya ibu ku sudah tiada. Am,
adakah kau seperti itu?
******
“Ika, kenapa bawa aku ke tempat nih?” soalku apabila ika memberhentikan motornya di bawah pohon kelapa. Aku kaget, mimpi apa ika bawa aku ke sini? Ke pantai
beserah ni?
“Lia, kau ingat tak? Di sinilah kau berkenalan dengan sepupu aku, melafazkan janji dan kemudiannya kamu berdua berpisah. Kau tentu ingat kan? Aku dan pantai ini
menjadi saksi setiap pertemuan kau Lia! Fikirlah kembali apa yang berlaku sedalam-dalamnya lia. Jangan biarkan diri kau dan diri orang yang kau sayang terseksa.
Fikirlah lia.” Kami melabuhkan punggung ke atas sebuah batu. Aku terdiam. Memikirkan kembali kata-kata ika. Aku menoleh, untuk membalas kata-katanya. Kulihat, dia
sudah tiada di sisi ku. Aku memandang kembali ke dada laut. Memori dulu bagaikan menggamitku kembali…
*******
“Lia, sudikah lia terima am sebagai…,”kata amran terhenti di sistu. Eh, mamat nih selalu ajer cakap tak habiskan ayat. Sampai bilalah baru mamat nih nak belajar habiskan
ayat? “sebagai apa? Sebagai kawan ke? Bukan ke kita dah jadi kawan?”kataku. sesekali mata kami saling bertatapan. Hatiku berdebar-debar apabila membalas
renungan matanya.
“will u be my girl?”amran berkata lembut lalu mencapai tangan alia. Dia tunduk, lalu mengucup lembut tangan alia. Jantung alia bagaikan terhenti berdegup. Tiba-tiba, alia
tersedar. Amran tidak sepatutnya melakukannya begitu, ini tempat public. Alia menarik tangannya. Amran terkejut. Dia berasa malu apabila dilakukan begitu.
“kenapa lia? Alia tak sudikah terima am?” “bukan begitu maksud lia, am! Tapi, inikan tempat public. Tak eloklah kalau nampak dek orang. Nanti tak habis-habis si ika tuh
giat lia, karang. Lagipun.. kitakan bukan muhrim?”aku menjelaskannya dengan panjang lebar. Tak nak si am nih sangka aku bukan-bukan pulak.
“Am hormati lia. Maafkan am tadi. Am terlampau terburu-buru tadi. Tengoklah nanti apa akan jadi pada lia lepas kita kahwin nanti…,”katanya nakal. Mukaku mulai merah.
Aku tidak mahu perubahan pada mukaku nampak ketara. Lalu aku senyum mengejeknya. “siapa lah nak kahwin dengan dia tuh. Bukannya handsome sangat,” aku
menyakatnya. “ooh, tak handsome yer. Orang tak handsome nilah jadi husband awak, cik adik oii! Tau laa awak kalau tak nak kahwin ngan saya,”dia mengugutku. Biar
betul mamat nih. Dia bangun. Lalu mendekatiku. “la, am nak buat apa nih?”soalku mulai kalut melihatnya makin dekat denganku.
“Laa, lia nih! Apsal gabra nih? Heheheh, lia takut yer? Tau pun takut. Tok sah takut ler, am Cuma nak bagi lia hadiah aje,”katanya sambil menyeluk poketnya. Dia
mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna merah. “buka le lia! Am beli masa gaji pertama am nih,”dia bergurau! Dengan tangan terketar-ketar, aku membukanya.
Gelang emas yang bertatahkan 5 biji permata putih itu ditatapnya. Mak oii, cantiknya! Mesti mahal nih!
“am, mesti mahal ni kan? Tak payahlah kasi kat lia. Berikanlah pada yang lebih layak. Lia tak layak untuk…,”aku tidak sempat menghabiskan kata-kataku. Am menutup
mulutku dengan jarinya. Tidak membenarkan aku meneruskan kata-kataku.
“jangan cakap macam tuh, lia! Bagi am, lia yang lebih layak. Janganlah macam nih. Meh, biar am ‘ikat’ lia ngan gelang nih. lia dah jadi hak am sepenuhnya,”banyak
cakap
betul mamat nih. “Haa, cantik pun bila lia pakai. Kena dengan tuannya.”
“Terima kasih am. Betullah tuh, am dah ‘ikat hati’ lia. Tapi, am masih belum ada hak atas, lia. Right? Sebab liakan belum jadi isteri am lagi?” aku masih lagi menyakatnya.
Dia tersenyum. “yalah tuh. Apa-apa pun, am happy coz lia terima pemberian am.” Aku tersenyum manis membalas senyumannya. Kemudian, aku membelek gelang
pemberian am itu. Teringat kembali janji-janji yang pernah dilafazkan.
Aku sedih. Maafkan aku, am! Aku terpaksa melukakan hati kau. Aku tak mahu kau simpati terhadapku. Aku tak layak menerima simpati orang. Mata bundarku masih lagi
menatap dada laut. Tenang. Jiwa dan fikirannya terasa tenang apabila menatap panaroma indah di pantai beserah itu.
“jauh termenung, lia! Teringatkan siapa?”soal satu suara padaku. Aku terasa bagaikan dia duduk berhampiran denganku. Aku terkejut lalu memandang ke arah suara
tersebut. Amran tersenyum, aku membalas senyumannya. Hambar. Aku kembali melontarkan pandanganku ke arah laut. Sesungguhnya, aku tiada kekuatan apabila
berhadapan dengan amran.
Suasana sunyi. Yang kedengaran hanyalah sang ombak yang menghempas pantai. Bayu laut lembut menampar-nampar pipinya. Bajunya meliang liuk mengikut angin.
Tanpa alia sedari, amran dari tadi asyik memerhatikannya. Aliana pula terus dengan dunianya. Alia memegang gelang emas yang bertatahkan 5 butir permata tersebut.
Lalu mencabutnya dari tangannya. Dia mengambil tangan am, lalu meletakkan gelang emas tersebut di tapak tangan am. Am kaget.
“Am, maafkan lia! Lia tak dapat nak terima pemberian am nih. buat kali kedua, lia kembalikannya kepada am. Am berikanlah kepada yang lebih layak,”kataku, tunduk
memandang pasir pantai. Dia mendongak, melihat am. Am dari tadi memandang lia, tidak berkelip. Alia kembali menundukkan mukanya.
“am, am dengar tak apa yang alia cakap?” amran terkejut. Entah apa yang dia belek di muka ku. “lia tak berhak, am!” aku membuka langkah untuk pergi. Tak jijikkah dia
padaku? Aku bukan lagi seorang insan yang sempurna, am!
Dengan pantas, am mencapai tanganku. Memaksaku berhadapan dengannya. Tidakkah dia tahu apa yang telah terjadi kepadaku? Pergilah, am! Jangan buat aku
begini. Mustahil ika tidak memberitahumu apa-apa perihal diriku. Pelbagai perasaan berbaur di dalam diriku. Aku melepaskan tanganku dari pegangan am.
“am, jangan buat lia begini. Benarkan lia pergi. Lia.. lia tak layak buat am. Takkan am tak tau yang lia…!”aku tak dapat meneruskan kata-kataku. Perasaan maluku
bagaikan
sudh tiada. Aku menangis dihadapannya.
“Lia, jangan menangis sayang! Maafkan am kalau lia berkecil hati dengan apa yang am lakukan. Am tahu segalanya. Am sudi terima lia seadanya,”katanya lembut
menusuk telingaku. Penjelasannya menyebabkan fikiranku kembali bercelaru.
“Am, am sedar tyak apa yang am cakapkan ni? Am tak jijikkah dengan lia?”tanyaku sambil menutup mukaku dengan telapak tanganku. Aku benar-benar malu. Malu
dengan diriku sendiri. Terasa bagaikan ada tangan yang menarik tanganku dari menutupi wajahku. Aku menundukkan mukaku.
“lia, am sedar apa yang am cakap. Takkan lia nak hadapi semua ini sorang diri? Am tak jijik dengan lia. Malah, am bertambah sayang dengan lia. Lia, am tahu lia dah
cukup terseksa dengan apa yang berlaku. Am tak nak lia hidup terseksa lagi. Am tak sanggup lihat orang yang am sayang hidup terseksa. Cukuplah lia! Cukuplah alia
menyeksa jiwa dan perasaan lia sendiri,”am memegang tanganku. Meyakinkan apa yang dicakapnya.
“nanti, apa pula kata orang? Orang akan kata am dayus, sebab isteri am bagaikan buah yang dah ditebuk tupai. Am tak malu ke?”tanyaku sambil tanganku berusaha
melepaskan pegangan tangan dari am entah untuk kali yang keberapa. Berat hatiku untuk menerimanya. Aku takut peristiwa hitam itu tak dapat aku lupakan.
“Lia, tupai yang bersalah kerana menebuk buah tanpa kebenaran. Bukan salah buah tuh. Buah itu hanya menjadi mangsa, lia!” petah amran berkata-kata. Cuba
mengembalikan keyakinanku. “lia, terimalah am! Walau apa pun yang berlaku terhadap lia, lia tetap bertakhta di hati am. Tiada orang selain lia!”amran mengeratkan
pegangan tangannya kepadaku. Kesempatan itu diambilnya, lalu memakaikan kembali gelang emas di tanganku. Aku tersenyum manis. Menatap wajah amran. amran
tunduk, mengucup lembut jemari aliana. Lia terkejut. Ya allah, dah mula balik perangai mamat nih.
lia bagaikan tiada kuasa untuk menarik tangannya. Membiarkan am mengucup jemarinya. Rasa bahagia menyelinap masuk ke kalbu hatinya. Tanpa disedari,
sepasang
mata melihat kemesraan antara aliana dan amran. Ika tersenyum puas. Dia tidak mahu sahabatnya terus lemas dan hanyut dalam arus kesedihan. Kesedihan yang
diciptakan pak tua. Semoga awan sentiasa cerah, lia! Pasti akan datang jua bahagia mu! Semoga bahagiaku akan datang jua, lia!!!

AKAN DATANG 2

~TAMAT~

No comments:

Post a Comment