26 January 2013

Air Mata Di Malam Pertama



Hasil Karya: Seruling Senja
Disenarai Pada: 18 May, 2004


Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.

Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
"Ana dah jadi isteri! " Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

"Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti."Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

"Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti"Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

Air Mata Cinta



Hasil Karya: Seruling Senja
Disenarai Pada: 26 December, 2006


Semenjak aku bekerja sebagai guru ni, aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat. Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.

  Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik, tapi apa boleh buat. Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku menerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takut nanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan atas bahuku ini. Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapat berita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikul amanah itu.

            Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya! Bisik hati kecilku. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampu menyelamatkan aku.

            Aku ada mendengar desasdesus dari adik-adik yang mengatakan bahawa ada orang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belum memikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipun aku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-harap, tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi kehendak mereka. Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadi serba salah untuk tidak memenuhinya.

            Bila angah nak lapor diri? Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku. Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra.

            Minggu depan bah. Aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akan memecahkan rekod itu minggu depan.
           
Angah nak abah hantarkan ke? Memang aku dah jangka abah akan menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu.
            Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas je dengan kawan. Kawan angah pun kena mengajar kat situ juga. Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.
            Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaan tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali ke tempat asalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku sebagai tetamunya.
            Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu dan abah kat sini. Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra.
            Jangan lupa bawa balik awe Kelantan tau! Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal yang membuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana kasih sayang adikku itu terhadap aku.
            Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada. Itu pesan terakhir abah sebelum aku melangkah menaiki bas.

            Aku cium tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka, aku bisa menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu abah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini terus melangkah.

AGENDA



Hasil Karya: TanpaNama 
Disenarai Pada: 28 May, 2004 

Dream On..... 
Mesti mesej emelnya berakhir dengan perkataan itu. Sinis. Dan aku hanya tersenyum sendiri di depan layar komputer. Mungkin dia juga begitu setiap kali menulisnya. 
Berperang dengan perasaannya sendiri. 
Memang segalanya bermula dengan main-main. Bermain dengan perasaan. Bernakal-nakal di dunia siber. Bernakal-nakal dengan keadaan. Akhirnya menjadi penagih. 
Terperangkap dalam emosi.

Melalui denyutan elektronik, menjalari rongga perasaan. Berbual tanpa suara. Berkomunikasi secara bisu. Mesra menguasai diri. 
“Kau mesti pergi ke New Orleans!” Mesej yang kuhantar dengan harapan. 
“Tak mungkin, dream on!” Jawabannya ringkas. 
‘Ekspo Grafik Sedunia ini paling sesuai untuk projek laman web kau. Segala yang terbaru dan terkini, yang belum dipasarkan pun akan di tunjukkan. Perbincangan oleh 
para pakar grafik sedunia pasti membuka minda dan memberi inspirasi” Aku terus saja mencuba. 
“Lima hari terlalu lama!” Jawabnya. Menampakkan harapan. 
“Lima hari akan berlalu sekelip mata. Faedahnya terlalu besar!” Aku terus saja berkempen. 
“Apa lagi?” Tanyanya. 
“Aku akan betangkan kertas kerja!” 
“Itu yang betulnya bukan?” 
“Salah satu dari agendanya!” 
“Apa kertas kerja kau?” 
“Berkomnikasi cara baru di internet, melalui grafik!” 
“Cara baru?” 
“Kau kena dengar sendiri di New Orleans!” 
“Akan kufikirkan!” 
Dan aku tahu dia sudah terbeli pujukanku. 

The Muslim Woman "Unveiled"



You look at me and call me oppressed,
Simply because of the way I'm dressed,
You know me not for what's inside,
You judge the clothing I wear with pride
My body's not for your eyes to hold,
You must speak to my mind, not my feminine mold,
I'm an individual, I'm no mans slave,
It's Allahs pleasure that I only crave
I have a voice so I will be heard,
For in my heart I carry His word,
"O ye women, wrap close your cloak,
So you won't be bothered by ignorant folk
Man doesn't tell me to dress this way,
It's a Law from God that I obey,
Oppressed is something I'm truly NOT,
For liberation is what I've got

It was given to me many years ago,
With the right to prosper, the right to grow,

I can climb moutains or cross the seas,
Expand my mind in all degrees
or God Himself gave us LIB-ER-TY,
When He sent Islam,
To You and Me! 

Abadinya sebuah cinta….


" Helaian demi helaian album biru muda diselak oleh Fatin Yusrina. Ditatapnya satu demi satu wajah insan-insan yang disayanginya. Mama, abah dan adik-adik. Matanya beralih pula pada wajah teman-teman seperjuangan yang sentiasa di sisi menemani. Lyn, Ayu, Nadia dan Alia. Dia menyelak lagi helaian setebal dua inci tersebut. Kenangan bersama mereka di bangku 
sekolah masih mekar hingga ke hari ini. Semangat setiakawan yang tersemai sejak bertahun dulu masih kukuh. Nita, Sham dan Shah antara teman-teman yang paling setia walaupun hari ini masing-masing terpisah oleh kesibukan demi mengejar sebuah cita-cita dan merealisasikan sebuah impian.


Air muka Fatin tiba-tiba berubah apabila matanya terpandang pada seraut wajah yang sering menghantui hidupnya. Seraut wajah milik insan yang dicintai sepenuh hati dan paling istimewa di dalam hidupnya. Album itu ditutup dan disimpan kembali ke tempat asalnya. Fatin bangun dan melihat ke luar. Pandangannya dilempar jauh ke awan biru menyaksikan burung-burung yang bebas berterbangan. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu mengenangkan perubahan yang berlaku dalam diri Amirul. Fatin mengeluh perlahan. Entah mengapa dirasakan Amirul semakin jauh dari dirinya. Kasih Amirul seakan berubah.

LUAHAN HATI WANITA


Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi.

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??
Sama-sama lah kita berusaha utk menjadi lelaki idaman itu..Jadilah yg terbaik utk mendapat yg terbaik!

08 March 2012

Istimewanya Orang Bercinta



Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. 
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana. kekasih merupakan insan yang dianggap penting dalam hidup kita.kita perlukan pasangan sebagai teman hidup,teman ketika berduka cita dan teman untuk berkongsi segala-galanya.
Kadang-kadang hidup ini terasa kekosongan apabila berseorangan, ibarat layang-layang terputus talinya, tak berhaluan dan arah.Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. 
Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau ‘Al Waduud’ itu, cinta kita pasti akan berbalas. 
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik. Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. 
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. 
Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. 
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terahd dan ada kepentingan. 
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. 
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya. 
Namun allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu. 
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya. Cinta Seindah Yang Diucap. 
Semua orang bleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. 
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap Allah lebih-lebih lagi. 
Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan allah SWT yang kasihNya lebih utama. Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. 
Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. 
Tidak kerana yang lain. Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat. Allah isyatiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh beribadah, berbuat kebaikan dan berakhlak mulia. 


Diantaranya Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar.” Surah: Ali Imran. Ayat:146. “Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.” Surah Ali-Imran. Ayat: 134 “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222


Untungnya Orang Bercinta. 
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada allah pula.
Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta.
Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung. Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhira, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya

07 March 2012

Mentari Muncul Lagi Hasil

Mentari Muncul Lagi Hasil 
Karya: Zalia Disenarai
Pada: 30 March, 2005


 "Eeiii...abang ni!!” jeritanku menggegarkan rumah teres dua tingkat yang terletak di Taman Cahaya. Abang yang sedang tersengih macam kerang busuk itu kukejar dengan bantal, habis tunggang-langgang segala isi perut rumah. "Aduh...! Sakitnya!!" jeritan abang pula menggamatkan suasana rumah. Bantal yang berada di tangan kuhenyak-henyakkan keatas badan abang. Jeritan abang meminta aku menghentikan aktivitiku, kubiarkan sahaja. "Biarkan abang rasa. Sape suruh kacau ina tengok cerita Card Captor Sakura???" bisik hati kecilku. 


 Namun aku terpana seketika setelah menyedari bahawa bantal yang kuhenyak-henyakkan ke atas badan abang mula memuntahkan isinya. "Oopps..."

06 March 2012

Erti Sebuah Cinta Hasil

Erti Sebuah Cinta Hasil 
Karya: nonee xasbkj 
Disenarai Pada: 06 August, 2004 


Kisah ini adalah ribuan dari kisah cinta yang kalian pernah baca. Khusus untuk golongan remaja yang sedang hangat bercinta sewaktu di bangku sekolah. Aku adalah dari golongan pelajar yang boleh dikatakan dari segi akademik boleh tahan. Sebenarnya aku rasakan aku boleh melangkah lebih jauh lagi sekiranya aku bersungguh-sungguh belajar. Namun biasalah sebagai anak muda remaja tarikan untuk bermain api tetap ada apatah lagi jika semua kawan-kawan sekumpulan terlibat sama. Aku baru berpindah ke daerah itu, dari kota metropolitan. Dulu aku bersekolah perempuan, bila berpindah kedaerah ini aku meminta papa untuk mencari mendaftarkanku di sekolah perempuan. Tetapi tiada sekolah seperti berkenaan di daerah ini. Menjadi pelajar baru tentulah sesuatu yang sukar kerana sering menjadi tumpuan orang apatah lagi raut wajahku yang boleh membuatkan orang memandangku dua kali. Itu bukan keegoanku tetapi hakikat yang telah diperkatakan oleh ramai orang.

05 March 2012

Embun Kenangan

Air mata bercucuran di pipi. Sebak mendatangi hati. Semua sudah tiada. Semua telah musnah. Musnah oleh kekejaman dan tindakan binatang abang ipar yang dipercayai. Abang ipar yang selama ini melindungi. Kepada siapa harusku mengadu. Kakak? Kakak terang-terangan memihak kepada suami sendiri. Aku dikatakan perempuan tidak bermaruah kerana menggoda abang ipar sendiri. Mana mungkin....... Aku juga insan yang tahu akan agama. Aku juga insan yang takutkan hukuman Tuhan. mama.... maafkan aku kerana semua yang berlaku. Segalanya tidak dapat diselamatkan lagi. Mama .... maafkan Carol.