05 March 2012

Embun Kenangan

Air mata bercucuran di pipi. Sebak mendatangi hati. Semua sudah tiada. Semua telah musnah. Musnah oleh kekejaman dan tindakan binatang abang ipar yang dipercayai. Abang ipar yang selama ini melindungi. Kepada siapa harusku mengadu. Kakak? Kakak terang-terangan memihak kepada suami sendiri. Aku dikatakan perempuan tidak bermaruah kerana menggoda abang ipar sendiri. Mana mungkin....... Aku juga insan yang tahu akan agama. Aku juga insan yang takutkan hukuman Tuhan. mama.... maafkan aku kerana semua yang berlaku. Segalanya tidak dapat diselamatkan lagi. Mama .... maafkan Carol.



 Carol harus pergi. 'Carol.... sudahlah" terasa bahuku disentuh. Aku menoleh. Lia rupanya. Lia sahabatku yang sejati. Di sinilah aku tumpang berteduh, setelah kejadian setahun yang lalu. Keluarganya amat baik terhadapku walau mereka tahu apa yang terjadi terhadapku. Tidak seperti keluargaku sendiri yang terang - terang membuangku hanya kerana satu fitnah yang ditaburkan oleh abang iparku sendiri. 'Carol.... apa kamu sudah menghubungi Chris?' aku hanya mendiamkan diri. Kejadian itu....walau telah setahun berlalu.... namun bayangannya masih menghantuiku. Perlahan - lahan aku menggelengkan kepala. "Rasanya... tak perlu aku menghubunginya lagi Lia. Aku juga sudah tiada apa - apa yang melayakkan aku bersamanya. Chris terlalu baik buat aku. Aku.... aku sudah tercemar Lia.... tercemar' tangisku semakin menjadi. Christopher..... sahabatku, kekasihku. Teman yang mendampingi aku sejak dari bangku sekolah lagi. Persahabatan di usia remaja berubah menjadi cinta. Namun, tiada siapa yang menduga begini pula berakhirnya suatu percintaan yang di bina selama 10 tahun lamanya. Hatiku tiba-tiba menjadi sayu. Alangkah baiknya jika semua ini tidak terjadi. Keluhan berat ku lepaskan. 


Aku benar-benar tidak mampu untuk menghadapi semua kenyataan ini. Untuk kesekian kalinya Carol mengunjungi pantai ini. Carol sendiri tidak pasti entah keberapa kali dia mengunjungi pantai ini. Carol cuma mahu menenangkan hati yang teramat pedih. Entah ketenangan dalam bentuk apakah yang sebenarnya mahu dicari. Carol sendiri tidak pasti. Yang pasti Carol senang menatap sang ombak yang berlumba-lumba untuk tiba di pantai. Carol senang merasai betapa lembutnya hembusan sang bayu. Namun Carol tahu, kesenangan yang dimiliki adalah untuk sementara waktu. Bila malam menjelang tiba, tidurnya akan diganggu semula dengan mimpi-mimpi buruk yang menimpa. Terlalu banyak yang berlaku kebelakangan ini. Bisik Carol dalam hati. Perpisahan dengan Christopher, tambah melukakan hatinya. Namun, demi masa depan insan yang dicintai, Carol perlu mengundur diri. Carol tidak mahu Christopher mengetahui apa yang berlaku kepada dirinya. Biarlah masa yang mengubati hati dan perasaannya. Demi cintanya, carol merelakan segalanya. Namun jauh di sudut hati, perasaan cinta yang disemai tetap mekar. Carol tak pasti, apakah dia mampu untuk memiliki Christopher untuk kesekian kalinya. 'maaf cik.... boleh saya temankan' satu suara serak-serak basah hadir di telinga. Carol menoleh untuk memastikan.


 Seorang pemuda berkopiah putih bermata sepet dan berhidung mancung, berkulit putih tersenyum memandangnya. 'hmmm....' Carol mengalihkan sedikit kedudukannya ke kiri untuk memberi laluan kepada lelaki itu duduk di sebelahnya. 'dah sebulan saya di sini. Dan sebulan jua saya melihat saudari duduk termenung di sini. Oh yer... nama saya Irfan. Cik?' 'Carol...' ringkas dan padat menjawab tanpa memandang teman berbicara. 'Cik carol.... sepertinya ada masalah yang menimpa. Apa boleh saya mendengar sedikit sebanyak permasalahan itu.' sopan Irfan bertanya 'Kenapa? Kalau saya cakap pun bukannya awak boleh bantu pun!' jawab Carol kasar. 'Mungkin saya tak boleh bantu. Tapi Insya allah saya boleh menjadi pendengar yang setia. Cik meluahkan perasaan sekurang - kurangnya dapat meringankan bebanan di hati Cik Carol tu. Carol terkejut mendengar jawapan Irfan. 


Entah kenapa pernyataannya itu seolah-olah memujuk sekaligus melembutkan hatinya untuk memulakan bicara. Carol sendiri tidak faham mengapa begitu mudah menaruh kepercayaan kepada pemuda yang baru dikenalinya beberapa saat sahaja. Entah kenapa mulutnya ringan untuk membuka cerita. Cerita yang selama ini terpendam dilubuk hati. Menekan jiwa dan merantai perasaannya. Dengan penuh keikhlasan Carol menceritakan keperitan diperkosa suami kakak yang sedang dalam pantang kerana bersalin anak pertama. Dan betapa pedihnya hati kerana tidak dipercayai oleh ahli keluarga sendiri sehingga dia terdampar di sini. Cerita duka yang tersimpul rapi dilubuk hati terurai kembali. Carol menagis lagi. Namun tangisannya berbaur dengan kelegaan yang dia sendiri tidak dapat fahami. 


 ---------------- Dah sejam Irfan berbaring. Berpusing ke kiri tidak kena. Ke kanan tidak menjadi juga. Entah mengapa, wajah Carol bermain-main di matanya. Wajah putih bersih, rambut hitam pekat, bermata bundar... cukup lengkap untuk menjadi wanita yang jelita. Namun wajah itu..... penuh dengan kedukaan. Cerita duka yang menyulami kehidupannya membuatkan wajah itu kurang berseri. Namun kesetiaan Irfan mendengar rintihan hatinya sepanjang 3 minggu perkenalan menampakkan kesetiaan pada wajah itu. Namun, setelah 3 minggu berkenalan, berbual mesra berkongsi suka duka kehidupan namun petang itu kelibat Carol tiada lagi di pantai itu. Irfan tertanya-tanya sendiri. Ke mana menghilangnya Carol? Sakitkah? Atau dia sudah kembali ke pangkuan keluarga? Irfan jadi gelisah. 


 Ah... kenapa pula perasaan ini yang hadir. Irfan sendiri tidak tahu. Irfan dapat rasakan apa sahaja yang dia lakukan tidak kena. Duduk salah, berbaring salah. Makan pun tiada selera. Dikerlingnya jam di sebelah kiri meja... aduh sudah pukul 2 pagi. Mata lelaplah... kenapa jadi begini? Irfan pelik pada perasaan sendiri. Sepanjang 25 tahun usianya tidak pernah pula dirasakan seperti ini. Adakah aku jatuh cinta padanya? Rindukah aku padanya? Irfan menyoal diri. Carol .... kemana dia pergi? pertanyaan demi pertanyaan yang menerjah hati..... akhirnya sang mata terlelap jua bersama persoalan yang Irfan sindiri tiada jawapannya. Irfan dalam kegelisahan. Saban hari menanti kehadiran Carol di pantai ini. Saban hari menanti. Mengapa dia menghilangkan diri? Jangan - jangan ....... Irfan bermain dengan perasaan. "Lia, nampak Carol tak?' "Carol?.... dia dah balik ke Kuching la Fan. Naper...kau rindukan dier ker? Takkan la baru tiga minggu berkenalan kau dah rindukan dia pulak!" usik Lia. Nur Alia Maisara..... sepupu Irfan, merangkap sahabat baik Carol yang selama ini melindungi dan membantu Carol menghadapi hari - hari yang penuh keperitan. 'Taklah...cuma aku kasihan kat dia tu. Wak... awak tak kesian ke kat Carol tu. Dahlah ..........." 'syyyyyyyyy.....' pantas Alia memberi isyarat. ' Dia dah balik ke kuching? Kenapa tak bagi tau aku plak' Irfan menggaru kepala yang tidak gatal. 'buat aper la dia nak bagitau kau. Kau tu kekasih dier ke?' sekali lagi Alia membeliakkan mata memerhatikan Irfan, menyebabkan Irfan tersengih kerang busuk. Irfan melangkah meninggalkan Alia. Namun usikan Alia tetap berbekas di hatinya. Entah ler... rasa senang diusik begitu. Betul ker aku ni. Dah jatuh cinta kat si Carol tu? Fikir Ifran. Namun akalnya menepis kata hati, masih terlalu awal untuk mengenal hati budi seorang insan bernama Carol. Dan masih terlalu awal untuknya mentafsir apakah isi hati nya yang sebenar.


 ----------------------------------------------------------------------------------------------- Ashadualla Ilaha Ilallah, wasyahaduana Muhammadar rasulullah........... setitis air mata menitis di pipi. Carol aka Nur Natasya Abdullah menangis tersedu-sedu. Kini Carol akak Nur Natasya bangkit dari rasa kecewa dan kejatuhannya. Bergelar seorang muslim mengingatkan Natasya betapa besar kasihnya Allah kepada dirinya. Peristiwa demi peristiwa menjadikannya mula menghisab diri. Terbayang wajah Alia sahabatnya, gadis manis bertudung labuh yang sering memberi dorongan kepadanya. Wajah Irfan..... pemuda yang banyak menyedarkannya betapa kehidupan hanya pinjaman kepada seorang yang bergelar manusia. Irfan, pertemuan singkat selama 3 minggu cukup memberi makna kepada Natasya. Pertemuan singkat tetapi penuh dengan kata nasihat, perangsang dan dorongan. Bercerita tentang besarnya kuasa Allah Swt dan kasihnya pada umatnya. Bermadah tentang kurniaan dan anugerah tuhan. SUngguh petah dan dalam pengetahuan agama Irfan.


 Dan perkenalan singkat itulah yang mula membuahkan cinta Natasya pada Islam yang kini dianutinya. Memang, berhujah dengan Irfan memang sesuatu yang menyeronokkan. malahan kerana Irfan Natasya mula menghisab diri sendiri. Irfan....besarnya jasamu kepadaku. Tidak dinafikan dalam pertemuan singkat itu, satu perasaan terdetik di hati Natasya. Namun, Natasya sedar kekurangan diri. Natasya juga tahu perasaan hati Alia yang turut menaruh hati pada insan yang sama. Natasya mengundur diri. Dan di sini lah Natasya terdampar, mencari kasih allah yang jauh lebih abadi. Natasya mahu menyediakan diri, menghadapi hari - hari yang mendatang. 'Alia... maafkan aku kerana memeluk Islam tanpa pengetahuanmu. Nantilah.... jika Allah menghendakkannya kau pasti akan tahu jua. Maaflah kerana khabar bahagia ini tidak dapat ku kongsi bersamamu. ' Natasya melangkah meninggalkan Bangunan JAKIM dengan satu harapan yang baru. Tuhan kau gagahilah langkah ini. Janganlah kau rintangi jalan kehidupanku dan janganlah sesekali kau biarkan aku menoleh ke belakang. 


----------------------------------------------------------------------------------------------- Sudah tiga tahun Natasya bekerja sebagai Penyambut Tetamu di sebuah resort terkemuka di Kuching. Gajinya agak lumayan, jika dibandingkan dengan kelulusan akademik yang dia miliki. Dia tinggal di kuarters tiga bilik bersama dua lagi teman serumahnya Eisya dan Aini. Tiga tahun meniti kehidupan sebagai seorang muslimah yang sentiasa tabah. Sebelum mendapat jawatan di resort itu, dia pernah melakukan kerja sebagai jurujual dan receptionist di Sarawak Golf Club. Namun, kerjaya yang dilakukan dirasakan tidak bersesuaian dengan jiwanya. Natasya sememangnya sukakan lautan, oleh yang demikian dia telah memohon untuk bekerja di resort itu. Alhamdullilah, dia diterima. Memang tidak dinafikan, tugas sebagai penyambut tetamu memang agak mencabar. Namun dia turut tidak menafikan bahawa hatinya amat terhibur dengan kerenah - kerenah pengunjung yang datang dan pergi. 'Tasya... call untuk u' jerit Aini. Hari ini hari cuti untuk Tasya dan Aini. Eisya pula terpaksa bertugas pagi. 


Sudah menjadi kebiasaan pada Tasya sekiranya tidak bertugas dia lebih senang bersantai di rumah sambil membelek pokok - pokok kaktus yang ditanam di dalam pasu-pasu kecil yang comel. 'hello.....' suara di hujung talian memecah suasana. 'assalamualaikum....' sahut Natasya penuh sopan. 'errr..walaikumsalam..... Sya hari ni kau free tak?' Shahrul teman sekerja Natasya rupanya. 'memang ler aku free.... tapi kenapa?' tanya Natasya. 'temankan aku ke pasar minggu jap. Ala... aku nak beli cendera hati la untuk seseorang' jawan Shahrul. Natasya terdiam sejenak. Memang pasar minggu amat terkenal di bandaraya Kuching. Pasar minggu yang hanya dibuka bermula pukul 12 tengahari setiap sabtu dan berakhir pada 12 tengahari berikutnya merupakan tempat penjualan hasil pertanian para petani yang terdiri daripada berbagai kaum seperti Iban, Melayu, Cina dan Bidayuh. 'wei... aku tanya ni...kau nak pergi tak. Aku bukan aper.... nak bawak kau senang sikit nak bertawar - menawar. Leh ler kau keluarkan loghat Bidayuh kau tu. Sure dapat harga murah punyer........' 'ni nak gunakan aku la ni. ' gerutu Natasya dalam hati. 'okeylah. Nanti jap aku siap....lam lima menet ko datang ler ambik aku kat depan tu. Aku nak beli kaktus gak. Nak tambah koleksi ' akhirnya Natasya memberi persetujuan. Seperti yang dijanjikan, dalam masa lima minit Shahrul dah tercegat di depan rumah Natasya. Segak dengan jeans biru serta Tshirt terlukis gambar hero dalam komik Blues Untuk Aku, baju yang sering digunakan ketika keluar bersama Natasya. Yang membawa satu maksud yang Shahrul sendiri sukar untuk nyatakan. Gayanya dilengkapi dengan Ray Ban hitam melindungi mata sepetnya. Segak..... Natasya hanya mengenakan jeans hitam dengan Tshirt pink berbunga halus dipadani tudung dari rona merah jambu lembut.Cukup manis. Wajahnya disolek nipis, hanya sekadar menyerlahkan kejelitaannya sebagai seorang gadis bidayuh. Penampilan yang cukup membuatkan jiwa lelaki Shahrul bergetar. 'Weh... ko pandang apa?' Natasya menyergah. Cukup membuatkan Shahrul tergagap-gagap. Serentak meletus tawa dari bibir mungil Natasya yang hanya dihiasi secalit gintu berwarna merah jambu. Shahrul menelan air liur hanya sekadar membasahkan tekak yang kering. ' Tasya cantik sangat. Ingatkan puteri Santubong datang jumpa Shahrul tadi. Buatkan Shahrul tergoda tau' Shahrul sekadar berjenaka. Namun jauh di sudut hati, Shahrul tahu ucapannya bukan sekadar kata - kata. 'Yerla tu.... kalau puteri santubong takkan pakai jeansla...... Tak pun macam pakaian Tiara Jacquelina dalam cerita Puteri Gunung Ledang tu.' jerkah Natasya. Shahrul terkocoh - kocoh membuka pintu untuk Natasya. Dengan lagak bersahaja, Shahrul mendepangkan tangan 'Silakan masuk Tuan puteri' serentak dengan itu, satu cubitan singgah di pinggang Shahrul. Shahrul mengaduh pura mengalami kesakitan yang amat sangat. Harapannya semoga Natasya panik. Tetapi, Natasya hanya masuk ke dalam kereta berpura-pura tidak tahu apa-apa. Tidak sampai 5 minit kereta Kenari milik Shahrul meluncur menuju destinasi.


 Perjalanan dari Santubong Resort ke Pasar Minggu Satok tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Namun hari itu, jalanraya agak sesak. Mungkin ada kemalangan agaknya. Kenderaan yang dipandu bergerak perlahan - lalhan. Ditambah cuaca panas yang membahang. Alat penghawa dingin tidak lagi terasa. Shahrul menjadi rimas. Natasya di sebelahnya sudah lama terlelap. Sekali- sekala Shahrul mencuri pandang ke arah Natasya. Entah mengapa seperti ada daya tarikan pada diri Shahrul yang menyentuh perasaannya. Natasya seorang yang periang, bijak, bersopan santun dan pandai mengambil hati, tetapi Natasya juga seorang yang berahdia. Sehingga kini Shahrul tidak tahu latar belakangnya. Di mana keluarganya.Shahrul menghembus nafas yang panjang. 'Hmm... dah sampai ke Shahrul?' soal Natasya. 'Dah.... tengah cari parking ni.' Kata Shahrul. Natasya mengangguk. Selesai sahaja Shahrul memarkir kereta Kenarinya, mereka beriringan memasuki kawasan Pasar Minggu Satok. Bergerak dari satu gerai ke satu gerai sehingga tiba di satu gerai menjual pelbagai jenis kaktus dan bunga orchid. Natasya terleka. Rasa seperti mahu diborong sahaja semua kaktus yang ada. Shahrul pula semakin bosan menunggu. Niatnya untuk membeli cenderahati belum tertunai lagi. 'Sya.... Tasya tunggu sini kejap yer. Shah nak beli cendera hati untuk some one' Natasya tersedar daripada kelekaannya. 'okey. Tasya tunggu sini jer.' tanpa menunggu lebih lama Shahrul telah menghilang di sebalik orang ramai yang berpusu-pusu. Setelah memilih dan melakukan pembayaran, kaktus-kaktus bertukar tangan. Natasya menyusuli Shahrul ke gerai cenderahati. Hati Natasya terusik, melihat hasil - hasil kraftangan yang dijual di gerai cenderahati berkenaan. Ada tambuk, bakul, rotan, pua kumbu dan banyak lagi hasil kraftangan yang ada. Natasya tersentuh. Terasa juga hatinya. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Kraftangan - kraftangan inilah yang menjadi pelengkap hidup Natasya satu ketika dulu. Kraftangan-kraftangan inilah pengiring kehidupannya dari lahir sehingga bergelar remaja. Sebak hatinya seketika. 'Tikar tu cantiklah. Bolehlah kalau dibeli sebagai hadiah untuk majlis perkahwinan Umaira.' satu suara menerjah gegendang telinganya. Suara yang amat dikenalinya. Suara yang amat dekat di hati nurani dan memori. Alea .......... serentak dia menoleh ke arah suara tersebut. Sah Alea..... gembira hatinya bukan kepalang. Namun sekali lagi hatinya terdetik. Patutkah aku menegurnya? Bagaimana nanti jika kisah silamku terungkap kembali, selepas pertemuan ini? Alia yang sedari tadi membelek tikar - tikar rotan menoleh, apabila merasa diri ditenung. Secalit senyuman terukir di bibir. 'Cantikkan tikar ni? Ingatkan nak beli untuk hadiah perkahwinan adik. ' sapa Alia. 'Tapi kalau dihadiahkan bakul rotan tu lagi cantik. Boleh digunakan untuk menyimpan kerongsang atau pun barang kemas. Selain tu bakul tu boleh juga digunakan sebagai hiasan. Tak menyesakkan ruang' bidas Natasya cuba menyembunyikan perasaannya yang bercelaru. 'Oh yalah. Bakul tu memang cantik.' Tanpa berfikir panjang Alia memberi isyarat kepada si penjual untuk membungkus bakul berkenaan sambil menyerahkan bayarannya. 'citarasa cik memang menarik. Pilihan cik tu mengingatkan saya pada seorang rakan.' sayu jer bunyi suara Alia. Natasya menahan perasaan sedihnya. Namun dia bertekad untuk tidak memperkenalkan dirinya. Dia tak kenal aku.... detik hati Natasya. Bakul bertukar tangan. Sebelum meninggalkan gerai, mereka bersalaman. Natasya hanya memperkenalkan diri sebagai Natasya dan bukannya Carol. Ah.... bukan dia tahu pun. Perkenalan singkat itu membawa kepada bertukar - tukar no telefon bimbit pula. Tiba-tiba Shahrul menepuk belakangnya. 'Dah...' ucap Shahrul. Terkejut dengan perlakuan Shahrul membuatkan Natasya menjerit seraya memeluk Alia. Jeritan itu membuatkan semua pengunjung menoleh ke arah mereka. 'maaf ..... ' tutur Natasya. Shahrul tertawa terbahak - bahak. Sedangkan wajah Natasya memerah menahan malu. Alia pula terangguk - angguk.


 Dalam hatinya berdetik. Hatinya berteka - teki. Siapa sebenarnya Natasya? Mengapa suara, mata dan perlakuannya seperti Natasya itu pernah dikenalinya. Sebelum melangkah pergi Alia diperkenalkan dengan Shahrul. Alia juga sempat dihadiahkan seutas gelang tangan manik sebagai tanda persahabatan yang baru bermula. Pertemuan yang singkat itu berakhir juga. Alia melangkah meninggalkan Natasya dan Shahrul. Mereka memang sepadan. Itu pendapat Alia, lantas melangkah menuju ke kereta. ‘Shahrul, kenapa kau pandang aku semacam je ni? Kau sakit ker?’ Shahrul masih diam. Rakan sekerja merangkap sahabatnya yang paling karib. Entah kenapa perlakuannya agak aneh hari ini. ‘hey…’ natasya mencubit pipi Shahrul. Baginya itu satu perlakuan yang biasa. Shahrul sudah dianggap seperti abang sendiri. Natasya terkejut apabila Shahrul tiba – tiba menarik tangannya dan menggenggam jemarinya. Sejenak Shahrul mencium tangannya dengan lembut. Isk buang tebiat ker apa budak ni. Bisik Natasya dalam hati. ‘Buang tebiat ker apa Shah ni. Jangan la Shah… nanti kawan – kawan tengok. Nanti diorang ingat kita ni ada something plak.’ Natasya menarik tangannya. Shahrul menopang dagu ke Kaunter. Natasya kelihatan sungguh manis di matanya. Terutama ketika sedang bertugas. Natasya memang cukup ayu dalam kebaya ungu dan tudung hitam. Senyuman nya yang manis ketika menyambut para tetamu yang ingin bermalam di Resort itu cukup mendamaikan hati Shahrul. Namun satu yang tidak shahrul fahami, kenapa liat benar untuk Natasya menerimanya sebagai insan special yang bertakhta di hati. Puas sudah Shahrul berkias, baik dalam perbuatan mahupun tutur kata tetapi Natasya buat derk jer. Natasya menjadi amat rimas dipandang demikian. ‘Tasya malu ker kalau mereka ingat kita ni lovers?’ Shahrul seolah – olah terasa hati dengan kata – kata Natasya. ‘Shah…apahal ni? Shah jangan nak bergurau perkara serius macam ni tau. Ada apa yang tak kena ker? ’ soal Natasya sambil mengerutkan dahinya. Kelihatan garis –garis halus di dahinya. Makin manis pulak di pandangan mata Shahrul. Natasya cuba menyedarkan sahabat yang dikenalinya semenjak mula bekerja di resort berkenaan. Hubungan mereka memang agak rapat. Berkelah bersama, bermain bowling bersama , malah bershopping pun bersama – sama. Kadang – kadang, mereka berkongsi nasi bungkus dan air sirap bersama. Pendek kata ke mana ada Natasya di sana ada Shahrul. Malam – malam pula, bergayut memanjang. Kalau tak Shahrul yang menelefon Natasya akan berbuat demikian. Tak puas bertelefon mereka menghantar sms pula. Kadang – kadang Eisya dan Aini sendiri pun mempersoalkan persahabatan mereka. Disangkanya Natasya dan Shahrul mempunyai hubunganyang istimewa. Walaubagaimanapun eratnya perhubungan mereka, Shahrul sudah Natasya anggap seperti abang sendiri. Tidak pernah pula terlintas di hati untuk menjadikan Shahrul insan istimewa di hati. Segerombolan tetamu yang datang untuk menginap menyelamatkan Natasya daripada keadaan yang serba salah. Dengan senyuman yang manis, Natasya melayan tetamu dengan mesra. Shahrul pula menarik muka masam kerana Natasya seolah – olah mempermain-mainkan perasaannya. Bagi Natasya pula, dia memang sengaja tidak mahu memberi apa – apa harapan kepada Shahrul. Dia sedar kekurang diri sendiri. Jadi tidak guna untuk menabur harapan kepada insan sebaik Shahrul. Natasya bimbang sekiranya kebenaran tentang dirinya terungkap Shahrul akan lebih kecewa. Biarlah Shahrul kecewa kerana tidak diterima. Itu adalah yang terbaik. 


----------------------------------------------------------------------------------------------- Lagu kian nyanyian Mawie yang berkumandang di telefon bimbit Natasya sedikit menguggat konsentrasi solat Asar Natasya petang itu. Natasya membiarkan sahaja telefon itu berbunyi. Yang penting tanggungjawabnya kepada Yang Maha Esa harus ditunaikan dahulu. Setelah beberapa saat, keadaan senyap semula. Natasya khusyuk kembali, meyerahkan diri kepada yang amat berkuasa. Selesai mengucap salam, Natasya menadah tangan dengan penuh keredhaan, mengucap syukur di atas kurniaan yang dikecapi selama ini. Terasa Allah amat dekat di hatinya. Hanya Allah tempat mengadu, hanya Allah tempat meluahkan segala yang terpendam di hati. Kerana Allah maha mengetahui. Natasya pasrah, kerana semua yang terjadi adalah ujian dari Yang Maha Pencipta. Selesai menunaikan tanggungjawabnya, Natasya mencapai al-Quran. Dibuka lembaran demi lembaran. Pandangannya terarah pada surah al-Jin : Ayat 1 - 2 yang berbunyi, 'Sesungguhnya akan terjadi sesuatu Fitnah! Aku bertanya: APakah ada jalan keluar daripadanya, wahai Rasullullah. Beliau menjawab:"di dalam al-Quran terdapat cerita tentang irang - orang sebelum kamu dan yang sesudah kamu, juga aturan-aturan di kalangan kamu. Ini adalah sungguh-sungguh, bukan sembarangan; adalag tali Allah yang kuat dan sebutan yang bijaksana. Orang yang meninggalkannya atas dasar bongkak, akan dimusuhi Allah dan orang yang mencari petunjuk diluarnya akan disesatkanNya. Ia akan terus melahirkan hal - hal yang mengkagumkan dan membacanya berulang-ulang tidak menimbulkan kejemuan. Bahkan golongan jin terpesona apabila mendengar bacaan al-Quran:.. Lalu jin berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran dibacakan amat mempesonakan, yang memberi petunjuk, hingga kami beriman denganya" surah al-Jin : Ayat 1 - 2 Dalam kekhusukkannya menyelak setiap halaman Al-Quran pandangannya beralih pada sebuah penanda buku berwarna hijau ditulis dengan pen dakwat emas yang terselit di helaian - helaian Naskhah Al-Quran. "Sesungguhnya kami memelihara engkau daripada orang yang memperolok-olokkan engkau. (Surah al-Hijr: ayat 95) Terkedu sebentar Natasya memandang tulisan tangan tersebut. Irfan...... kompas memori seperti diarah untuk menerawang masa 3 tahun yang lampau. Irfan lelaki yang dikenali dalam waktu yang singkat. Lelaki yang telah membawa identiti baru pada dirinya, walaupun tanpa sepengetahuannya. Natasya sendiri tidak faham... mengapa sukar benar dia menepis wajah manis Irfan dari kotak fikirannya. Teringat kembali Natasya, nostalgia semalam, di saat Natasya hampir tersungkur pada keadaan diri dan kelemahan iman. Irfan memberi tunjuk ajar. Mengajar nya tentang betapa kasihnya Allah pada setiap umatnya. 'setiap yang hidup adalah milik Allah. Awak harus tahu bahawa setiap yang tertulis telah ditentukan olehNya. Sebelum kita dihantar ke dunia ini. Dan awak harus ingat setiap yang dilakukan terhadap umatnya pasti ada hikmah disebaliknya. Hidup umpama roda.' 'Saya tahu. Tapi saya lebih rela mati daripada menanggung malu macam ni' kata - kata yang tersekat-sekat dicelah esakan yang makin menjadi. 'Carol, yang lepas biarlah berlalu. Sudahlah. Sebaiknya awak cuba bangkit dari kelemahan awak. Sibukkan diri dengan melakukan sesuatu yang berfaedah. Dekatkan diri awak pada yang maha esa, yang maha mengetahui... Insya Allah awak akan temui jawapan di sebalik setiap kejadian. Carol, bagi kami umat Islam, Al-Quranlah pembimbing kami, penyuluh kehidupan kami dan pada Irfan, Irfan sering mengingatkan diri Fan pada satu ayat dalam Surah al-Hijr: ayat 95 yang bermaksud "Sesungguhnya kami memelihara engkau daripada orang yang memperolok-olokkan engkau." Setiap patah kata yang diucapkan oleh Irfan meresap sejuk jauh ke dalam hatinya. Entah mengapa setiap Surah dan Ayat- ayat yang diterjemahkan untuknya mula mendamaikan jiwa dan raganya. Saat itu, dia mula mendambakan kasih Ilahi yang jauh lebih abadi. Itulah rahmat Allah yang ditemui. Jawapan bagi setiap kejadian dan malang yang menimpa diri. Natasya bersyukur kerana Allah sentiasa menyayanginya. Natasya meraup wajah.


 Betapa besarnya kuasa yang Tuhan berikan kepadanya. Cintanya kepada Allah yang satu sememangnya tiada berbelah bagi. Natasya tidak menyesal memilih Islam. Sekilas matanya memandang ke arah jam tangan Pieere Cardin yang dihadiahkan oleh Shahrul sempena hari jadinya tahun lepas. Teringat Shahrul… ‘alamak… aku ada janji la ngan Shahrul. Mampos ler kalau budak tu mengamuk.’ Kelam kabut Natasya mengemaskan sejadah dan telekung yang dipakainya. Berkemas ala kadar sahaja kerana Natasya pasti wajah shahrul muncung sedepa menunggunya sekian lama. Seperti yang dijangka, nun di seberang jalan Shahrul dah menunggu sambil berpeluk tubuh. Kerana tergesa-gesa Natasya melintas jalan tanpa meoleh kiri dan kanan. Tanpa disedari sebuah lori seberat 3 tan menuju ke arah Natasya. Panik melihat keadaan itu, Shahrul berlari mendapatkan Natasya sambil menjerit. Dengan sekelip mata Natasya telah berada di dalam pelukan Shahrul. Natasya terkejut yang amat sangat. Kalau bukan kerana Shahrul pasti nyawanya telah melayang meninggalkan jasadnya yang pastinya sudah hancur digilis lori berkenaan. ‘Tasya…. Tasya…..’ panggilan Shahrul tidak dijawab. Natasya masih dalam keadaan terkejut. ‘Tasya….’ Masih jua tiada jawapan. Shahrul menggoncang – goncang tubuh Natasya. Sejenak terdengar tangisan Natasya. Nampak sangat dia berada dalam keadaan trauma. Tanpa mengendahkan orang ramai yang mula berkerumun Shahrul mengangkat Natasya yang kelihatan masih dalam kejutan dan membawa Natasya kembali ke Kuarters. Shahrul membaringkan Natasya di atas sofa. Jelas kelihatan wajah Natasya yang kepucatan dan menggigil. Shahrul hilang arah. Pantas sahaja tangannya mendail nombor telefon bimbit Aini dan Eisya. Setelah memaklumkan kedua sahabatnya Shahrul bergegas ke dapur. Mungkin segelas milo panas dapat menenteramkan keadaan Natasya. Fikir Shahrul. Tidak sampai setengah jam Aini dan Eisya terjengil di muka pintu. Perasaan terkejut terbayang di wajah mereka. Namun sekarang bukan masanya untuk menyoal secara terperinci daripada Shahrul. Biarlah… sekarang mereka harus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Natasya yang masih berada dalam ketakutan. Jam sudah menunjukkan waktu 1230 malam, namun mata Shahrul masih terkebil-kebil menatap syiling. Peristiwa petang tadi masih menghantui dirinya. Tidak dapat dibayangkan sekiranya dia tidak sempat menyelamatkan Natasya tadi, pasti dia akan kehilangan Natasya, satu-satunya gadis yang bertakhta di hatinya. Shahrul menggaru – garu pipi yang gatal digigit nyamuk. Malam itu dia bermalam di kuarters Natasya, dengan kebenaran Aini dan Eisya. ‘tidak! Jangan! Jangan ganggu Tasya! Jangan ganggu Tasya!!!!!!!!’ jeritan Tasya mengejutkan Shahrul dari lamunan yang panjang. Segera dia berlari mendapatkan Natasya yang berada di dalam bilik. Natasya kelihatan berpeluh. Mengigau yang bukan – bukan. ‘Kenapa Shahrul?’ Shah mengangkat bahu tanda tidak mengetahui apa yang berlaku. Natasya meronta –ronta seperti diserang sesuatu. Matanya masih terpejam. ‘tidak… jangan dekati Tasya. Jangan rogol tasya. Please… jangan rogol tasya!!! Abang…. Tolong jangan ganggu Tasya. Tolong… tolongg. Irfan tolong Tasya… Tolongg’ ‘Tasya….’ Shahrul cuba menyedarkan Natasya. Natasya masih meronta dengan ganasnya. Seolah – olah tubuhnya diserang oleh seekor haiwan yang ganas. Shahrul hilang sabar. Satu tamparan singgah di pipi Natasya. Tangisan Natasya terhenti. Dalam ketakutan yang masih belum hilang Natasya memeluk Shahrul. Shahrul tergamam. Namun Shahrul membiarkannya. Dia tahu saat – saat begini Natasya amat memerlukannya. Natasya menangis tersedu – sedu. Tidak disangkanya setelah sekian lama, mimpi buruk itu kembali menghantui dirinya.


 Natasya masih berada dalam dakapan Shahrul Entah mengapa, pelukan Shahrul dirasakan amat melindunginya. Natasya rasa selamat di dalam dakapannya, entah…. Kerana ketakutan yang mencengkam hilang rasa malu dan segan pada Shahrul dan rakan –rakan serumahnya. Tangisan Natasya kian menghilang…. Dalam dakapan erat sang jejaka Natasya akhirnya terlena. Shahrul membiarkan Natasya di pangkuannya. Sesekali rambut Natasya yang hitam pekat diusap lembut. Sungguh cantik wajah Natasya, walau tanpa secalit solekan. Bibirnya yang mungil kelihatan begitu indah. Ingin sekali Shahrul mengucupnya. ‘Astagfirullahalazimmmmmmmmmmm’ Shahrul mengucap menyedari kekhilafan diri. Aini dan Eisya telah lama menghilangkan diri. Shahrul jadi serba salah. Duduk berdua –duaan dalam bilik seperti ini boleh mengundang fitnah. Tetapi untuk mengejutkan Natasya yang sedang terlena dibuai mimpi, Shahrul rasa tak sampai hati. Dalam keheningan malam, shahrul terkenang kembali igauan Natasya. Apakah yang sebenarnya diracaukan oleh Natasya sebentar tadi? Apakah ? Shahrul sudah tidak berani meneka, bimbang hati bakal terluka. Biarlah… mungkin hanya mimpi. Irfan? Siapa pula Irfan? Siapakah Irfan dalam lipatan hati Natasya? Sekelumit rasa cemburu hadir di tebing hati. Apakah Irfan seseorang yang istimewa dalam hati Natasya, dan kerana itu Natasya menolak cintanya? Terbuai oleh kesunyian, akhirnya Shahrul terlena bersama. Membiarkan segala persoalan berlalu tanpa jawapan.


 ----------------------------------------------------------------------------------------------- Azan yang berkumandang dari masjid berhampiran mengejutkan Natasya. Perlahan –lahan mata dibuka. Terkejut bukan kepalang melihat Shahrul terlena seperti seorang bayi sambil bersandar di kepala katil. Tangannya kirinya masih menggenggam tangan kanan Natasya. Lebih mengejutkan kerana dia sendiri tidur bersandar di bahu Shahrul. Sepantas kilat Natasya bangkit. Sharul digerakkan. Apa yang terjadi? Apa yang berlaku sehingga Shahrul berada di di sini.Astagfirullahalazim…. berdosanya aku kerana melakukan perkara begini. Ya Tuhan ampunkan hambamua. Sekali lagi aku terjerumus dalam lembah dosa. Ampunkan aku ya tuhan. ‘Hi tasya. Dah sihat?’ teguran daripada Shahrul membuatkan Natasya berebut – rebut mencapai selimut untuk melindungi rambutnya. Natasya sedar bahawa berdosa mempamerkan auratnya kepada orang yang bukan muhrim. ‘ tak payah nak tutup – tutup. Dah 12 jam aku nengok rambut kau tu’ Shahrul tersengih. Natasya tersipu. ‘Dah… ambil wudhu. Dah subuh ni. Jangan risaula. Aku tak apa-apakan kau. Tu, tengok tu, pintu pun terbuka. Malam tadi kau tak sihat. Eisya dan Aini pun ada kat rumah ni. Kau jangan risau’ Shahrul memberi jawapan pada setiap soalan yang berlegar di kepala Natasya. Akhirnya Natasya tersenyum jua. Melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhu dan seterusnya mengerjakan solat subuh. Meninggalkan Shahrul yang masih tersengih – sengih. Cepatnya malam berlalu tingkah shahrul. Namun yang pasti Shahrul amat bahagia walaupun pinggangnya sakit kerana tidur duduk semalaman. Mengenangkan subuh yang semakin mencapai penghujungnya, Shahrul bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri. Takut terlepas pulak subuh. Ketika keluar dari bilik air, Natasya telah mendahuluinya menunaikan solat. Dari kejauhan Shahrul melihat betapa suci dan bersihnya wajah gadis yang berada dekat dengannya. Alangkah bahagianya dia sekiranya Natasya sanggup menjadi miliknya. Bukan Shahrul tidak pernah meluahkan perasaan pada Natasya tetapi semua itu dianggap gurauan seorang sahabat bagi Natasya. Shahrul kadang-kadang berjauh hati mengenangkan sikap Natasya yang mudah didekati tetapi amat perahsia tentang peribadi. Shahrul cuba menilai sesuatu di wajah yang bersih itu. Cukup sempurna sebagai seorang wanita. Walau tanpa secalit make up tetapi wajah itu cukup berseri di matanya. Bertuah sungguh kalau sesiapa memiliki hatinya. Shahrul cukup kagum pada keperibadiannya. Walau hanya sebagai seorang mualaf namun cintanya pada Islam melebihi umat yang dilahirkan islam. Pengetahuan dan fahaman tentang Islam amat mendalam. Malah setiap patah kata sering diiringi dengan kalimat - kalimat suci. Shahrul akui, sikap dan perlakuan Natasya itulah yang mula menambat hatinya di awal perkenalannya dulu. Malah kehadiran Natasya umpama udara yang mengisi rongga pernafasannya. Baginya, Natasya adalah segala-galanya.


 ...................................................................... Tahiyat telah Natasya sempurnakan. Alpa sejenak pada keadaan sekeliling dek khusyuknya menunaikan kewajipan kepada Ilahi. Tangan ditadah doa di baca. Mohon ampun pada semua dosa yang dilakukan. Memohon perlindungan dari fitnah dan cacian. Tak lupa Natasya memohon keampunan untuk semua umat Islam di dunia. Juga kedua ibu bapa dan ahli keluarga, semoga pintu hatinya dibuka. Amin. Manik - manik jernih yang berjuraian diseka perlahan. Selesai menunaikan kewajipannya, Natasya bangun dan mengemas telekung dan sejadah. Keasyikannya membuatkan dia tidak teringat langsung pada Shahrul yang sedang menunggu giliran untuk menunaikan solat. 'Ya allah.... sorry Shah.... Tasya betul betul lupa yang Shah ada kat sini' 'Yela tu... khusyuk sangat. Apa yang Tasya minta kat Dia tadi?' Shahrul mengusik. Memperbetulkan kain batik yang terpaksa digunakan. Natasya hampir-hampir tergelak. Kasihan Sharul... kerananya Shahrul sanggup berada di sini menjaganya. Tadi sebelum mengambil wudhu Shahrul sempat membisikkan bertanyakan sama ada dia ada menyimpan kain pelikat. Kerana rumah itu hanya didiami oleh perempuan maka tiadalah stok kain pelikat yang untuk kegunaan Shahrul. Maka sebagai galang gantinya Shahrul terpaksa menggunakan kain batik pulak. Lucu kelihatannya melihat Shahrul menggunakan kain batik untuk menunaikan solat subuh. Tetapi untuk tergelak Natasya rasa tak sampai hati pulak. Sementara menanti Shahrul menunaikan solat subuh, Natasya menyiapkan sarapan. Kalau diikutkan duti roaster yang diedarkan oleh Linda..... supervisor kat tempat kerja mereka.... Natasya akan bertugas hari ini. Begitu juga Shahrul.Tetapi memandangkan keadaannya yang masih tak berapa sihat Natasya bercadang mengambil cuti. 'Tasya siapkan sarapan yerk?' Shahrul menegurnya. Natasya hanya berpaling dan menghadiahkan secalit senyuman untuk Shahrul. Dua rakan serumahnya dah lama menghilangkan diri ke dalam bilik. Mungkin menyambung tidur sebab diorang akan bertugas petang nanti. 'jomla sarapan. Awal lagi sebenarnya tapi seeloknya Shah makan sebab tak cukup tidur. Shah kena maintain energy tu' Natasya mula membebel. Shahrul hanya memerhati. Baginya bebelan Natasya itu satu melodi indah di pendengarannya. Secawan milo dan sepinggan mee goreng sudah terhidang di depan mata. Aromanya cukup menggoda selera Shahrul untuk terus menjamah juadah yang terhidang di depan mata. 'Tasya.... seronok kan kalau hari - hari Natasya layan Shah macam ni' Terluncur sudah kata - kata hati Shahrul. Pandangannya berubah sayu. Natasya diam tanpa memberi sebarang respon. 


Sekilas pandangan diberi, Natasya berlalu menuju koridor sambil membelek - belek kaktus kesayangannya. Shahrul menuruti langkah Natasya. Dua milo panas yang masih bersisa di bawa bersama dan dihulurkan kepada Natasya. 'Tasya... kalau shah tanya, Tasya marah tak?' 'taklah... kenapa? Shahrul nak tanya apa?' Natasya mengerutkan dahinya tidak mengerti. Mengapa lain benar Shahrul pagi ini. 'Tasya pernah bercinta sebelum ni?' sekali lagi pertanyaan itu mengundang kerut di wajah Natasya. sepanjang persahabatan mereka Shahrul tidak pernah menimbulkan soalan berbentuk peribadi kepadanya. Suasana sepi mencengkam pagi. ' kita ke pantai.' Natasya cuba mengalih perbualan. 'seronok jugak ambil angin laut pepagi gini. Eh Shah tak kerja ker?' Shahrul menggeleng kecewa lantaran pertanyaan dibiarkan berlalu sepi tanpa jawapan. Jauh hati melihat sikap Natasya yang buat buat tak tahu. 'Shah dah call Kak Linda tadi. Bagitau Shah dan Tasya cuti. Jomla.... Shah pun dah lama tak gi pantai ni' Shahrul bersuara lemah. 'Tasya please' rayuan Shahrul kedengaran amat menggetarkan perasaan Natasya. Mereka menuju ke tepian pantai Santubong yang terletak tidak jauh dari kediaman Natasya. Di celah - celah deretan pokok-pokok kelapa Shahrul memegang pinggang Natasya sambil berjalan beriringan. Keadaan itu cukup merimaskan Natasya, namun demi menjaga hati Shahrul Natasya membiarkan sahaja. Ombak yang menghempas batuan kedengaran jelas di telinga. Natasya dan shahrul mengambil tempat di sebatang pokok belian yang tumbang. Suasana tetap sama. Sepi, sunyi. Shahrul mencapai batuan kecil yang berselerakan dan membalingkannya ke tengah lautan. Penuh perasaan. Kesempatan itu diambil oleh Natasya untuk melayangkan perasaannya seketika. Terkenang perkara yang terjadi semasa Shahrul solat subuh tadi. Selama beberapa tahun persahabatan mereka, baru pagi ini Natasya perasan pandangan romantis dari mata Shahrul. Dan baru pagi ini Natasya perasan betapa wajah Shahrul cukup tampan ketika tersenyum. Natasya sedar, shahrul amat mengharapkan balasan cinta darinya. Namun Natasya sedar, kerana pada Natasya, apalah yang ada pada dirinya jika dibandingkan dengan Shahrul. Sungguh Natasya akui, selama ini dia berusaha berselindung di sebalik perbuatan. Natasya akui, keprihatinan dan kebajikan yang shahrul hulurkan padanya sedikit sebanyak mengukir nama pemuda itu di hatinya. Namun segalanya terpaksa Natasya padamkan dari jiwa kerana Natasya tidak mahu membangkitkan harapan yang akan mengecewakan Shahrul di kemudian hari. Mengenangkan peristiwa silam, memori berputar mencari bebayang Irfan. Lelaki yang banyak mengajarnya erti penghidupan. Pertemuan singkat yang merantai jiwa dan cintanya.


 Namun demi keinsanan Natasya melarikan diri meninggalkan Irran lantaran takut cinta tak berbalas hanya kerana peristiwa yang lepas. Natasya tidak mahu bibit bibit cinta yang hadir di hatinya akan menyebabkan hatinya parah. Natasya sedar.... sungguh sedar bahawa Irfan hanya layak digelar sahabat. 'Tasyaa.... ' suara lembut Shahrul menerjah ke telinga. Natasya memalingkan wajah. 'Shah rasa Shah perlu berterus terang ngan Tasya hari ini.' Natasya diam lagi. Sebenarnya Natasya cuba untuk melawan hati yang kian bergetar. 'Kalau Tasya tak keberatan, Shah nak jadi couple Tasya.' 'jangan berguraula Shah. Ini perkara serius.' Natasya cuba berlawak. Namun lawak yang dibuat tidak menjadi. Senyuman yang diberi terlalu tawar untuk menutupi kegundahan di hati. 'Tasya, dah banyak kali Shah cakap. Shah sebenarnya menganggap Tasya kekasih Shah. Bukan sahabat shah. Kalau boleh Shah nak jadikan Tasya isteri Shah. yang akan sehidup semati dengan Shah. Itupun.....itupun, kalau Tasya belum ada yang punya. Shah tak paksa. Sebab selama ini Tasya berahsia. Cuma Shah harap kalau tiada sesiapa di relung hati Tasya, Tasya sudi terima shah. Shah ikhlas' Natasya membisu seribu bahasa. Dia terkejut dengan luahan hari Shahrul. Memang beberapa bulan kebelakangan ini Shahrul sering menyatakan untuk menjadikan Natasya isteri. Tetapi Natasya sering menangkis dengan menganggapnya sebagai satu gurauan. Natasya kekok dengan situasi begini. Memang dia pernah merasa disayangi dan dipuji oleh seorang lelaki. Memang dia pernah diberi penghargaan sebegitu tinggi tetapi itu sebelum abang iparnya merenggut segala masa depannya. Hati Natasya sebak. Natasya sedar, dia tidak layak. Hanya kerana satu ketika yang tidak direlakan....Natasya jadi trauma. Juraian airmata tidak dapat ditahan lagi. Empangan yang cuba ditahan pecah jua akhirnya. Natasya tidak berupaya melawan gelodak di jiwa. Perasaannya berbaur. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja Natasya membuka pintu hati untuk menerima cinta Shahrul. Namun kenangan itu tetap mengekori. Ketakutan dan kerisauan dan yang paling penting kesucian yang sering menjadi pertikaian membuatkan Natasya berundur semula. Natasya tidak mahu jika perkara sebenar terungkai Shahrul akan meninggalkannya. Tidak.... itu tidak akan terjadi. 'Tidak.... Shah tak boleh mencintai Tasya. Tak boleh' serentak dengan terluncurnya kata - kata Natasya bergegas meninggalkan Shahrul yang masih terpinga - pinga. Hati tabahkan diri mu. Shahrul serba salah. Mengapa begitu sekali penolakan daripada Natasya. Hatinya terluka. Mungkin kerana Irfan. Tapi mengapa sepanjang perkenalan mereka Natasya tidak pernah sekali pun menyebut tentang Irfan.


 Tidak pernah sekalipun dia melihat Natasya berjumpa dengan Irfan. Malah rakan-rakannya sedikit pun tidak pernah menyebut nama Irfan. Siapa Irfan? Teka-teki itu hanya bergetar di hati. Shahrul sendiri tidak pasti bilakah jawapan untuk semua persoalan itu akan terjawab. Perlahan-lahan Shahrul melangkah mencapai kunci kereta dan meninggalkan halaman rumah kediaman Natasya. Tak perlu aku menunggu jawapan lagi. Kata putus sudah diberi. Natasya hanya sahabat sejati. Biarlah.... kalau ada jodoh mungkin suatu hari nanti Natasya akan dimiliki. Shahrul pasrah. Genap seminggu Shahrul menghilangkan diri. Natasya merasai kesepian yang tiada noktahnya. 'ke mana Shahrul menghilang? Marahkah dia kepadaku? Kecewakah dia?' hati kecilnya bermonolog sendiri. 'Ya Tuhan... semoga Shahrul tidak berfikiran cetek' getus hati kecilnya lagi. Natasya benar - benar gelisah. Hari - hari yang berlalu dirasakan amat kosong. Sepi tanpa gurauan dan kata- kata usikan dari Shahrul. Hari ini Natasya cuti lagi. Niatnya hanya untuk menjejaki Shahrul. Puas sudah jemarinya menekan no telefon bimbit Shahrul namun yang kedengaran hanyalah operator yang menyatakan bahawa panggilan pemiliknya berada di luar kawasan. Natasya benar-benar bingung. Rasa bersalah bercampur baur dengan perasaan bimbang. Natasya tidak menafikan, pemergian Shahrul ada kena mengena dengan kejadian tempoh hari. Natasya juga tahu, Shahrul menghilang kerana kecewa pada penolakan cintanya. Natasya tahu. Tapi seeloknya Shahrul kecewa sekarang daripada kecewa kemudian hari. Itu anggapan Natasya. Namun , anggapan dan pendirian itu mula goyah bila kerisauan mula mencengkam perasaan. Puas di hubungi dan puas juga di hantar mesej untuk Shahrul namun tidak satu pun yang berbalas. 'aku harus terus mencari Shahrul. Aku harus meminta maaf padanya' kata hatinya berbisik. 'tapi di mana harus mencari? Sudah puas aku mencari, semua tempat yang sering dikunjungi sudah dilewati namun bayangan Shahrul tiada. 'Fikiran Natasya makin buntu. Sesekali Natasya memarahi diri nya sendiri. Teringat kata - kata Eisya 3 hari yang lepas. 'Tasya... aku rasa, seeloknya kau berterus terang pada Shahrul.' 'Tapi aku malu Eisya. Aku tak mahu dianggap perempuan murahan sedangkan semua kejadian bukan atas kerelaanku.' ' Tasya, melarikan diri dari masalah tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Tetapi untuk menyelesaikan masalah dan ketakutan itu, kita kena hadapinya. Cakap terus terang kat Shahrul, ceritakan segala penderitaanmu itu. Selepas tu terpulang kepada Shahrul. Di situ awak boleh melihat sejauh mana shahrul mencintai awak Tasya. Kalau dia pergi bermakna dia tidak serius mencintai. Tetapi kalau dia masih dengan keputusannya tanpa menghiraukan kisah silam awak, itu tandanya dia benar2 sukakan awak' panjang lebar Eisya memberikan syarahannya. 'Ah....pandailah awak tu. Tu masalah awak dengan Kamarul tu dah settle ker?' 'isk... lama dah settlenye. salah paham jer tu. Aku ni yang cemburu buta. Yerla sapa tak sayang kekasih sendiri. Ko tu jer yang buat tak tau....' 'ko sindir aku ker Eisya....' serentak dengan itu sebiji bantal melayang ke arah Eisya. Tetapi kata-kata Eisya ada benarnya. Kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya. Natasya perlu yakin pada dirinya sendiri. Biarlah Shahrul sendiri membuat keputusan sama ada masih mahu memilikinya ataupun meninggalkannya. Natasya bertekad, dia harus mencari Shahrul..... dan menerangkan segala - galanya.


 *********************************************************** Bahang panas di sekitar bandaraya Kuching cukup menyeksakan. Tambahan tekak yang telah haus menjadikan suasana amat merimaskan Natasya. Sambil menjinjit sebotol coca cola Natasya melangkah ke arah parking. Niat di hatinya untuk membasahkan tekak sebentar sebelum meneruskan pencarian. Enjin dihidupkan. Begitu juga dengan alat penghawa dingin dan radio. Natasya menjamah sedikit Wedges yang dibeli ki KFC sebentar tadi. Kerusi kereta direndahkan untuk meleraikan sedikit kepenatan. 'uhuk ...uhuk....' alamak tersedakla pulak..... Natasya merungur sendiri. Terbongkok -bongkok dia menahan kepedihan yang menjalar di rongga hidungnya. Itulah... minum air sambil berbaring... buat malu jer... gerutu hati Natasya. Tiba - tiba matanya tertancap pada gerai di seberang jalan. 'Shahrul....' Natasya bergegas ke arah gerai berkenaan. Gembira di hatinya tidak terkata. Shahrul yang dicari akhirnya ditemui. Dek kerana keseronokan yang melanda jiwa Natasya melintasi jalan raya tanpa memandang ke kiri atau ke kanan terlebih dahulu. 'Shahrul.....!!' satu suara memanggil. shahrul berpaling. Natasya yang sedang berusaha untuk menyeberang jalan juga terpinga. Kelihatan jelas di mata Natasya seorang wanita yang sedang sarat mengandung berjalan menuju ke arah Shahrul. Lambaian di balas. Langkah Natasya terhenti. 'Shahrul hanya menduga perasaanku..' getusnya di dalam hati. Deraian air mata terurai lagi. Natasya masih berada di tengah - tengah jalan bila sebuah proton wira menuju ke arahnya dengan laju. 'hei awak... ketepi... kereta tu' jeritan dari wanita berkenaan memberi amaran kepada Natasya. Shahrul yang turut mendengar amaran itu menoleh. 'Ya allah Natasya!!!" Shahrul cuba memanggil Natasya. Namun segalanya terlambat. Sekelip mata Natasya sudah terdampar di hadapan kereta berkenaan. Pandangannya berpinar. Shahrul yang masih tergamam di seberang jalan kelihatan berbalam. 'Shahrul......................' Shahrul memangku tubuh Natasya yang longlai. Berkali - kali nama itu dipanggil. 'Bertahanlah sayang...jangan tinggalkan Shah' air mata lelakinya mengalir jua akhirnya. Sesungguhnya Shahrul tidak sanggup kehilangan Natasya. Orang ramai mula berkerumun. Pemilik kereta segera mengarahkan Shahrul membawa Natasya untuk dikejarkan ke Hospital Umum memandangkan keadaan Natasya yang agak sukar diramal ketika itu. Sepanjang perjalanan, Shahrul tak putus-putus berdoa. Semoga Natasya tidak mengalami apa-apa kecederaan yang parah. Shahrul amat takut kehilangan insan yang amat dicintainya. Biarpun Natasya menolak cintanya namun dia tetap akan menanti cinta Natasya. 'Bertahanlah sayang.....' Tangannya yang berlumuran darah tak berhenti - henti mengelus rambut Natasya. Baru seminggu yang lepas gadis ini berada dalam pelukannya. Kini perkara yang sama berulang kembali. Sesampainya di Hospital Umum, Natasya dikejarkan ke wad kecemasan. Shahrul pula bergegas melakukan pendaftaran. Tak lupa dia menghubungi teman-teman serumah Natasya. Cuma yang dia tidak dapat lakukan ialah menghubungi ahli keluarga Natasya. 'Shahrul......' suara halus menerjah gegendang telinganya. 'Sal buat apa kat sini' Shahrul kebingungan. 'Sal ikut Shahrul la. Tadi Sal tengok bukan main lagi Shahrul risau pasal perempuan tu. Macam Shah kenal dia ajer. Atau Shah ada apa - apa ngan dier ker?!!!' kata -kata berbaur cemburu diluahkan akhirnya. Salina wanita yang ingin dijumpai oleh Shahrul atas urusan peribadi. Salina mantan isteri yang merayu untuknya kembali kepadanya. 'Kalaupun saya ada apa - apa dengan dia Sal apa peduli?' Shahrul bersuara acuh tak acuh. 'Owh...betul la ni. Patut pun Shah tak nak berbaik dengan Sal. Tu yang Shah suka sangat nak kerja kat resort tu yer?' jerkah Salina lagi. 'Sudahlah Sal. Apa-apapun aku dah tak nak berbaik ngan Sal lagi. Shah cintakan dia. Sal jangan pulak nak serabutkan lagi kepala Shah ni.' 'habis tu anak ni? Sapa nak tanggung? Shah ini anak u tau... benih Shah. Takkan Shah tak nak mengaku' Shahrul bungkam. Sedikit kekeliluran terukir di wajah tampannya. Wajah Salina dipandang sekilas. Ya Tuhan... besarnya dugaan yang terpaksa ku tanggung. Wajah Carol tiba-tiba bertamu di fikirannya. Gadis cantik yang lincah yang diminatinya ketika usia meningkat remaja menggamit rindu. Carol.... gadis yang ditemui ketika dia dan rakan-rakannya berkelah di Wind Cave beberapa tahun yang lalu sering menjadi penghias zaman remajanya. Setiap perkembangan gadis itu diikuti. Diam - diam dia menyemai rindu dan kasih padanya. Kebetulan Zakri dan Roy sekampung dengan Carol. Senang sedikit dia mencungkil rahsia. Sehingga suatu hari, Zaki dan Roy memaklumkan berita yang amat menggetarkan perasaan. Carol menjadi mangsa kerakusan nafsu abang ipar sendiri. Akhirnya Carol melarikan diri.


 Dengar cerita Carol juga dibuang keluarga kerana fitnah keluarga. Shahrul teringat, saat itu betapa kecewanya dia. Malang nasib Carol dia jua turut merasainya. Bertahun Shahrul menahan kelukaan di jiwa. Menanggung rindu pada orang yang tak tahu. Akhirnya Shahrul akur pada desakan umi yang mahu menjodohkannya dengan Salina. Gadis kacukan Melayu - Cina. Harapannya hampa bila Salina yang diharap dapat mengubat kerinduan pada Carol bersikap tidak mahu dikongkong dan bebas melakukan apa yang diingini. Salina langsung tidak menghormati Shahrul sebagai seorang suami. Saban malam Salina keluar mencari hiburan. Malah ada desas - desus menyatakan bahawa salina sudah pandai bermain kayu tiga dibelakangnya. Perkara itu Shahrul biarkan sahaja. Shahrul berusaha sedaya upaya untuk menasihati salina. Pernah sekali Shahrul memohon bantuan ibunya untuk menasihatkan Salina. Namun Salina bijak melakonkan watak. Bila Umi bertanya, Salina menuduh Shahrul curang dan menangis teresak-esak menagih simpati uminya. Sudahnya Shahrul juga yang panas telinga. Shahrul tetap bersabar. Baginya, sebagai suami dia harus bersabar dengan karenah Salina. Namun segala kesabaran pasti ada kemuncaknya. Shahrul sudah tidak dapat membendung kemarahan apalagi bila rakan-rakan menuduhnya dayus. Membiarkan isteri sendiri berfoya - foya dengan lelaki lain sedangkan dia terkontang-kanting sendirian. Satu hari dia sengaja mengikut Salina. Terkejut bukan kepalang apabila dia menemui salina berada dalam keadaan separuh bogel sedang berasmara dana dengan seorang lelaki cina di dalam sebuah kereta. Amarahnya memuncak. Talak terungkap sebagai hukuman satu kecurangan. Shahrul kecewa dengan perbuatan Salina. Dua tahun perkara itu terjadi, namun perbuatan Salina kembali memerangkap diri. Shahrul sedar Salina berusaha untuk kembali kepadanya. Teringat kembali peristiwa 6 bulan lepas. Waktu itu Shahrul dihantar berkursus di Pulau Redang. Di situlah dia bertemu dengan Salina yang sedang menangisi pemergian sang kekasih. Shahrul menjadi tempat meluahkan perasaan kecewa.Hingga tanpa diduga, shahrul terperangkap dengan sandiwara Salina. Dan kini dia terperangkap lagi dengan kandungan Salina. Lamunannya dikejutkan dengan sentuhan lembut di bahunya. 'Bila sampai?' 'aku dah lama kat sini. Ko tu yang asyik termenung' Eisya dan erni tersengih. Kamarul pun ada rupanya. 'Bagaimana keadaan Natasya?' Kerut kerisauan kelihatan jelas di wajah mereka. 'ntah... doktor belum beri sebarang keputusan' keluh Shahrul. 'nah... minum ni.' tiba -tiba kedengaran lagi suara Salina. Eisya, Erni dan Kamarul berpandangan sesama sendiri melihat kelibat wanita yang tidak dikenali. 'kenalkan... Salina' 'Isteri shahrul.... Salina pantas memotong kata-kata Shahrul. Sekali lagi Eisya, Erni dan Kamarul berpandangan. Tidak mengerti apakah yang sebenarnya terjadi. Shahrul sudah beristeri? Habis mengapa dia menagih kasih dari Natasya? kalau benar sudah beristeri mengapa dalam borang permohonan kerja mengaku bujang? Persoalan demi persoalan melintasi ruang pemikiran Eisya, Erni dan Kamarul. Apa sebenarnya yang berlaku? Natasya melangkah merentasi padang yang luas menghijau. Sungguh luas. Kelihatan keindahan yang terbentang di ruang mata.


 Di kiri kanannya di penuhi jua bebunga dandelion yang meliuk lintuk ditiup angin. Arnab- arnab hutan berkejaran ke sana kemari. Begitu juga dengan kijang - kijang hutan, sang memerang dan katak -katak yang berlompatan. Begitu asyik mereka melakukan aktiviti tanpa menghiraukan Natasya. Natasya terasa seperti berada di syurga. Dipandang sebelah kiri... hutan yang dipenuhi buah - buahan yang berbagai rupa. Epal, anggur, mangga dan berbagai lagi bergantungan. DI sebelah kanannya air terjun yang sungguh indah kelihatannya. Deruan air yang terhasil umpama melodi indah di pendengaran Natasya. Terleka sejenak Natasya pada keindahan suasan. 'Ah... saya di mana ni? sungguh aman dan damai tempat ini. Terasa seperti alice in the wonderful land pulak' Natasya bertanya sendiri. 'Sayang.... bangunlah. Jangan tinggalkan Shah lagi.' sayup - sayup suara itu mengetuk gegendang telinga Natasya. Matanya melilau mencari - cari dari mana datangnya suara. 'Tasya.....!' satu lagi suara halus yang memecah keheningan suasana. Natasya mengangkat muka. Nun di kejauhan kelihatan 2 lelaki mendapatkannya . Natasya terpaku. Wajah-wajah itu amat dikenalinya. Seorang membawa sekuntum mawar merah dan seorang lagi membawa sekuntum mawar kuning. 'Irfan..... Shahrul' Natasya mula keliru. Namun tanpa dapat ditahan, dia turut berlari mendapatkan keduanya. Tiba - tiba langkah terhenti. Natasya pilu sendiri. Tidak tahu kepada siapa dia harus pergi. Irfan insan yang pernah bertakhta di hati. Namun kasihnya tak pernah diketahui. Sehingga kini Natasya tidak pasti apakah kasihnya akan berba;as suatu hari nanti. Shahrul pula..... dalam susah senang, dan apa jua keadaan tetap berada di sisi. Tiba - tiba muncul seorang wanita muda yang genit dan membawa perut yang membusung...... menarik tangan Shahrul dan berlalu pergi. Natasya tergamam..... Natasya cuba memanggil.... namun Shahrul telah meninggalkannya. Mengikut wanita muda yang Natasya tak pernah kenali. 'Shahrul! Shahrul! jangan tinggalkan Tasya....Shahrul....' jeritan dan rayuan umpama bayu yang menyapa. Hanya berlalu begitu sahaja. Shahrul berlalu tanpa menoleh padanya. 'Shahrul....... ' Natasya terduduk. Hilang sudah daya upaya. Shahrul telah meninggalkannya dengan deraian air mata.


 ----------------------------------------------------------------------------------------------- Shahrul menggosok - gosok matanya yang kelat. Lenanya terusik oleh esakan Natasya. Genggaman tangan Natasya dirasakan kejap di jemarinya. 'Natasya?!!! Kenapa menangis ni' Shahrul terkejut. Segaris kerisauan terukir di wajah. 'Natasya....! Natasya sakit ker? Shah panggil doktor yer!!' tanpa memperdulikan esakan Natasya, Shahrul melangkah dengan niat untuk memanggil doktor. 'Shahrul... jangan tinggalkan Tasya.' langkahnya terhenti. Apa benar apa yang bertandang ke cuping telinga? Apa sekarang dia bermimpi atau itu sebenar - benar kenyataan?!!! Shahrul menampar pipinya sekali lagi. 'Aduh... sakitnye!!' gerutu Shahrul. Memang pun dia tidak bermimpi. Dia bodoh sendiri. baru tadi dia tersedar dari tidur...takkan bermimpi lagi.... 'isk buat malu jer kalau ada orang tengok.' akhirnya Shahrul tersenyum sendiri. Shahrul tidak jadi meneruskan niatnya. Langkah yang mati diatur kembali. Namun bukan seperti tadi. Langkah yang mantap dan berkeyakinan menuju ke katil Natasya semula. Mata Natasya masih terpejam. Dengan penuh perhatian dan kasih sayang Shahrul membisikkan kalimat cinta maha agung ke telinga Natasya. 'Shahrul takkan tinggalkan Tasya. Tidak untuk selama - lamanya kerana Shah cintakan Natasya' Natasya tersentak. Matanya dibuka luas - luas. Segera badannya diangkat...namun berat. tangan kirinya terasa kebas. Di mana dia berada? Pemandangan yang dilihatnya sebentar tadi jauh berbeza. Natasya jadi gusar. Jika tadi dia berada dalam suasana yang penuh keindahan dan keasyikan tapi kini dia berada di dalam sebuah bilik kecil, dihiasi cadar putih dan tingkap berbunga - bunga halus. Natasya cuba untuk bangun. 'Aduh... sakitnya' keluh Natasya. 'Natasya nak bangun? Natasya haus ker?' sekali lagi Natasya berpaling. Shahrul... ... dia buat apa kat sini? Natasya masih memandang penuh kehairanan. Soalan Shahrul tidak dijawab. Natasya berbaring semula. Kipas siling yang berputar dipandang penuh perhatian. Minda berputar merentas masa.... dan sedikit demi sedikit memori yang sirna bertandang ke kotak fikiran. Dan akhirnya Natasya faham. Natasya cuba mengaitkan mimpinya sebentar tadi dengan kenyataan hidupnya. Natasya bersyukur kerana belum terlanjur meluahkan bicara. Tidak... biarlah apa yang terpendam menjadi rahsia. 'Tasya nak duduk ker... Shahrul bantu kay....?' shahrul masih menunjukkan rasa prihatin. Tangannya sudah berada di bahu Natasya apa bila Natasya menepis bantuannya. Secalit kebencian kelihatan di wajahnya. Shahrul terpaku. Wajah dan reaksi Natasya berbeza benar kelihatanya. 'Tinggalkan Tasya. Tasya nak bersendirian' Shahrul tambah terpempan. MEngapa dengan Natasya ni? 'Shah... Tasya nak bersendirian. Tak payahlah susah - susah. Shahrul baliklah' 'Tapi siapa nak jaga Tasya?' Natasya tersenyum. 'Shahrul baliklah... Sya tak perlukan Shahrul.


 Di sini nurse dan doktor semua ada. Mereka lebih tahu keadaan Natasya. Shahrul baliklalh. Tak payah susah - susah' Shahrul mengeluh lagi. Sekarang apa lagi yang harus dia hadapi. Shahrul merenung Natasya dengan sejuta perasaan. Cuba mencari kebenaran pada segala kata-kata yang terluah sebentar tadi. Renungan yang mendalam, cuba menganalisa apa yang sebenarnya terjadi. Natasya melarikan pandangan jauh ke luar jendela. Takut fikiran berubah semula. Natasya sedar, hatinya cepat goyah, cepat pasrah. Sukar untuk diluahkan segala rasa yang terpendam di jiwa. 'Shahrul...tinggalkan Tasya sekarang. Tasya tak nak tengok muka Shahrul. Pergi!!!!' terluah jua kemarahan yang bersarang di jiwa. Namun Natasya tahu, dia bukanlah pelakon drama atau filem seperti Fasha Sandha, ataupun Erra Fazira. Dia tahu semakin lama Shahrul berada di dalam bilik itu bersamanya, semakin goyah ketegasannya, semakin terhakislah keegoannya. Natasya tidak mahu bermain perasaan. Juga tak mahu lagi membina harapan pada hati yang telah lama kontang. Kini Natasta sedar, Shahrul amat didambakan. Shahrul amat diharapkan. Tetapi yang nyata Shahrul bukan lagi untuknya. Benarlah kata orang, cinta itu buta. Entah bila hadirnya perasaan itu, Natasya sendiri tidak menyedarinya. Dari ekor mata Natasya memandang bayangan Shahrul yang semakin menjauh. Natasya tak pasti, apakah Shahrul benar-benar menyintainya atau pun Shahrul hanya menduga perasaannya. Air mata tumpah jua. Jauh di sudut hati, Natasya tidak merelakan pemergian Shahrul. Namun dia harus melakukannya, daripada terus terluka...... dia rela segalanya berlaku sekarang. Dalam diam Natasya mengucap kesyukuran. Mungkin rahmat Tuhan masih bersamanya. Tuhan memberi sinaran kasih padanya di saat dia hampir tersilap langkah. Tuhan masih memberi suluhan pada kegelapan hati yang alpa kerana hadirnya cinta yang diuliti dusta. Dan paling Natasya bersyukur Tuhan telah membuktikan siapa Shahrul sebenarnya, sebelum terungkapnya segala rahsia. Natasya meraup kedua tangan ke wajah. Tangan kirinya yang terseliuh masih berdenyut-denyut. .... "ah haus pulak.... ' Natasya berusaha untuk bangun mendapatkan segelas air. Namun segalanya amat memedihkan. Pinggangnya turut terasa sakit. Dan yang lebih pedih ialah pahanya. Kata Shahrul, paha kirinya patah dan terpaksa di simen. AKhirnya Natasya mengalah. Berbaring semula, walaupun tekaknya menjerit kekeringan. 'Hai.... ' Suara yang asing menjamah cuping telinga. Natasya menoleh. Seorang wanita yang tidak dikenali berdiri bersama sejambak mawar kuning. Natasya tertanya - tanya di mana dia pernah melihat gadis itu. Sejenak minda bekerja mencari fakta. Sejenak tercantas memori bila teringat wanita inilah yang hadir dalam mimpi dan wanita inilah yang bersama Shahrul saat dia menghadapi kemalangan. 'Salina.....' ramah bunyinya menusuk perasaan Natasya. Tangan dihulur untuk bermesra. Dan akhirnya Natasya akur untuk berjabat tangan dengannya.


 --------------------------------------------------------------------------------------------- Shahrul merenung Tingkat 5 Hospital Umum Sarawak. Di situlah Natasya kini terbaring kelesuan. Teringat kata - kata doktor Shafiq semalam bahawa Natasya hanya akan sembuh seperti sediakala selepas 4 bulan kemudian. Itu bermakna Natasya akan terlantar selama 4 bulan juga. Kasihannya Natasya. Dahlah hidup sebatang kara, sekarang terpaksa menderita hanya kerana dia. Shahrul meraba-raba pipinya. Masih lagi terasa bekas tamparan Eisya dan tumbukan Kamarul di pipinya. 'Kau memang kurang hajar Shahrul!!!' satu tumbukan hinggap di pipinya. Serentak dengan itu terasa cecair panas mengalir dari bibirnya yang pecah. 'ini untuk Tasya, ini untuk pengkhianatan dan penipuan aawak, dan ini untuk isteri awak' Shahrul tidak dapat mempertahankan diri bila 3 tamparan hinggap di pipinya. Eisya telah melayangkan tangannya, hanya kerana sahabat tercinta. Salina hanya tersenyum puas. Shahrul memandang salina dengan sejuta perasaan yang membara. 'salina bukan lagi isteri aku!' satu keluhan keluar dari bibirnya yang telah dipecahkan oleh Kamarul sebentar tadi. Sangkaannya kenyataan itu akan menyedarkan mereka bahawa antara dia dan Salina sudah tiada apa - apa pertalian lagi. Namun sangkaannya benar - benar meleset. Tangisan dan esakan dari Salina menyebabkan mereka semua berpaling. 'Awak tipu Shahrul. Memang kita pernah bercerai tapi kenapa kau tak pernah ingat bahawa sekarang aku mengandungkan anak kau' ' kau tipu aku Salina.' Shahrul memandang tajam. 'yerker.... aku tipu. Bagaimana dengan ni. Kau datang jumpa aku di Pulau Redang hari tu. Kau kata kau sayangkan aku cintakan aku...tapi selepas kau puaskan nafsu kau tinggalkan aku.' Eisya dan Kamarul tergamam mendengar pengakuan berani dari Salina. Begitu juga Shahrul. Pandai sungguh Salina bermain kata-kata. Segalanya dusta semata-mata. Segala yang berlaku di Pulau Redang bukan seperti yang dikata. 'Eisya...Kamarul.... er...er... aku... aku' Shahrul cuba untuk bersuara. Namun segalanya menjadi tidak keruan. 'Sudahlah Shahrul. Tak payah nak berdrama. Mulai hari ini, jangan cuba dekati Natasya.' Eisya meluahkan kemarahan. 'Eisya ... apa yang Salina kata tu tak betul. Semua tu tak berlaku' Shahrul cuba mempertahankan diri. 'Sudahlah Shahrul. Apa yang Salina kata tu memang aku percaya. Patutlah dulu aku tertanya-tanya, kenapa kau tak balik semalaman masa kat Redang. Then bila aku keluar berjogging aku nampak kau keluar dari bilik dia. Kau memang jantan miang!!!!!" kata - kata Kamarul mematikan tingkah Shahrul. Shahrul benar-benar kecewa. 


Dalam sekelip mata Shahrul kehilangan sahabat, dan kekasih yang menjadi nyawanya. Salina... dari dulu hingga sekarang masih bijak bermain sandiwara. Entahlah.... Shahrul sendiri tidak faham sampai bila dia harus berada dalam cengkaman Salina. Pengecutkah dia? 'Encik... apa encik tengok tu? ' pak guard hospital yang telah sejam memerhati perlakuan Shahrul mulai bertanya. Rasa curiga bertakhta di hati. 'takderla pakcik... saja jer nak tengok kalau - kalau ada spiderman ker batman ker atau keluang man ke yang duduk kat atas tu. Kalau ada ingin nak join diorang' Shahrul menjawab selamba membuatkan pak guard tadi tersengih sendirian menampakkan gigi yang kehitaman. 'encik nak perli saya ker?' pak guard. 'ha'ah ....memang nak perli pakcik pun.' sekali lagi Shahrul membuat lawak antarabangsa yang paling bodo di dunia. 'yerla tu.... encik tengokla lagi yer..... nanti kalau ada jangan lupa minta otograp dorang tu untuk pakcik.' pak guard mengakhiri perbualannya kerana dia tahu Shahrul akan mengenakannya lagi sekiranya dia terus bertanya. Shahrul tersengih. Dalam sedih - sedih pun sempat juga dia nak buat lawak antarabangsa.

No comments:

Post a Comment