Isu ini telah
didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah
tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih
cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari
bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola
pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup
berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir
kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60
kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari
tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka
sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan
isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang
pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk
makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri
yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.
Berbanding wanita.
Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak
setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak
setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan
menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur
seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang
mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan
melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas.
Itu Hakikat!!!!
Setelah berumah
tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan
peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi
medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka
akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit
atau dalam istilah lain boroi Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki
dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit,
manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi
masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik
tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup
berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92%
lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.
Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku
kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang
melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian.
Mungkin anda
terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka
yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih
penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
Persepsi lelaki dan
wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan
aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin
tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila
si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya
dari masalah isteri yang sebegini.
Jadi awas dengan
penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke
arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut
dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya
meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di
antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya
suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia
perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung
jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan
bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.
Nampak sekali dunia
ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh
itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk
memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja
potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil
dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi
mereka itulah kekuatan seorang perempuan.
Dari sudut lain pula
mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor
hubungan seks.
jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka
bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada
artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit
tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk
memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat.
Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga
No comments:
Post a Comment