1. Walaupun dedah
aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang
dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
"Walaupun tidak
pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"
Jawapan:
Adakah anda mendakwa
diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah
cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani
menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati
sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan
tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi,
perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah
semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi
maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya
agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes
jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh
badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan
sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling
2. Perempuan yang
bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
"Ala… perempuan
pakai tudung pun berperangai buruk!"
“Ada juga rakan saya
yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk
dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu
pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak
pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini
seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah
Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik
berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan
ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali
dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang
lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan
seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua
perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang
bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai
orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada
mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam
hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia
memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit
bila bertudung?
"Bertudung ni
perlukan keikhlasan…"
“Saya mahu berubah
kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas,
bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung
kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya
telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira
sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang
lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar
zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada
seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas
dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar
mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika
seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh
ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan
oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala
itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas,
tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara
zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS,
TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di
sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia
berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama
dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat
mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja
ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali
tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas
tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk
bertudung?
“Biarlah ianya datang
daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya
bertudung”
“Saya tahu hari itu
akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila
sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang,
maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah
wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang
jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
p/s : maaf tidak berniat untuk menyinggung sesiapa..
(bertudunglah anda sebelum anda ditudungkan)
No comments:
Post a Comment