17 February 2011

"love U...love U Not..."


“WOI!! BANGUNLAH!!!”
Erkk!! Kus smangat...nasib baik tak tercabut urat nadi aku. Siapa pulak lah yang nak aku mati cepat ni?! Dia mengesat-ngesat biji matanya yang cukup sukar untuk celik itu. Hah, muka tempoyak basi ni ke?!

“Hike, ape kau buat kat dalam bilik aku ni?! KELUAR!”

Bagai nak tersembul duodenum dia melihat kelibat rakan baiknya tersengih-sengih macam kerang expired di sisinya. Tangannya rakus menarik selimut menutupi seluruh badannya. Gila betul mamat ni, sampai ke bilik aku dia serbu..ni dah kira over!

“Alaa..kau ni, Neel..dengan aku pun nak malu. Bukannya orang lain, member kamceng kau gak.” Cebiknya.


“Kepala babun kau. Ni bilik anak dara tau..bukannya bilik bini kau. Keluar la, Hike. Kalau parents aku nampak nanti, cemane? Tak pasal-pasal kita kena kawen pakse tau!” Dia betul-betul panik. Hakikatnya dia tidak suka benar dengan kehadiran rakannya yang tidak diundang itu.

“Ehee..kalu centu, aku lagi suke! Rilekslah..bukan ada sapa pun..kak Anney jer yang ade. Macam aku tak tau mami Sue dan uncle Mal outstation.” jawab Hike selamba. Sengaja dia mahu menyakitkan hati gadis yang telah dikenalinya sejak tadika lagi. Kelihatan comel bila wajah perempuan itu kemerahan kerana marah.

“Jangan mengarutlah, Hike..” Neel bingkas bangun sambil menarik lengan lelaki itu keluar dari biliknya. Panas pula hatinya pada kak Anney, pembantu rumahnya yang satu tu. Diikutkan saja lah kata mamat senget ni..lurus betul! Neel menyumpah-nyumpah dalam hati.

“Aku nak ajak kau temankan aku lah. Jom ikut aku pi Mid Valley. Aku nak cari birthday gift untuk Eila. Kau boleh tolong pilihkan nanti, kan?” ujar Hike.

Dah la ambush bilik aku, ada hati lak tu nak suruh aku jadi kuli dia. Diikutkan hati mahu sahaja dia jual mahal. Namun difikir-fikirkan, alah..setakat Hike aku nak berkira..

“Baiklah tuan putera Haikal Endaniel Bashah. Patik sekadar hamba ini menurut saja segala kata beta. Mintak ampun ye tuan putera. Mohon mencemar duli beta..tolong nyah dari sini.. hamba nak bersiram dulu..” nada perli berkumandang bagai petir yang menyambar tepat ke gegendang telinga pemuda itu. Namun dia sekadar tertawa kelucuan. Lalu dia bingkas bangun menuju ke luar pintu. Namun langkahnya mati di situ..

“Errmm...boleh beta berkata sesuatu?”

“Ape lagi? Ya Allah..Kau tetapkan lah kesabaran di jiwa aku yang sedang menggelegak ini!”
“Tuan hamba nampak sungguh sexy dengan pyjama pink itu..hehehe..” senyumnya gatal.

“HAIKAL!!!!” Dibalingnya segala bantal yang ada. Nyah ko dari sini..heee~ geramnya aku!
* * * * * * * * * *
Sudah hampir tiga jam mereka mundar-mandir di situ. Namun Hike masih belum menemui hadiah yang mampu memikat hatinya. Neel melihat jarum jam di tangannya. Sudah hampir pukul 3, perutnya sudah 44 kali memutarkan lagu ‘Cleaning Out My Closet’ minta diisi. Dia mula merungut sendirian. Dia kenal benar lelaki itu. Cerewetnya mengalahkan perempuan!

“Erm..Neel, kasut ni cantik kan?”

Neel sekadar mengangguk lemah. Dia tidak ingat ini kali yang keberapa dia mengangguk tanda setuju bila sahaja Hike menanyakan pendapatnya. Tiba-tiba badannya yang lemah menjadi segar bugar apabila mendapati Hike menuju ke kaunter pembayaran. Penderitaannya kini berakhir. Perutnya sudah terasa pedih yang amat.

“Thanks, Hike sebab belanja aku makan arini..”

“Alah..sekali sekala. Aku tengah happy sekarang ni..” Hike tersengih-sengih keseorangan sambil membelek kotak kasut yang baru dibelinya tadi.

“Sebab Eila kan? Aku tau kau ada hati kat die..” Ah, kenapa terasa berat pula nak mengungkap kata-kata itu?

“Hehe..pandailah kau ni. Wat aku makin sayang..” senyum Hike.

“Tapi tak sama macam kau sayang Eila, kan?” duga Neel. Terasa dia benar-benar tidak selesa membincangkan hal tu, tapi hatinya menjerit-jerit ingin tahu.

“Eh, kenapa tanya camtu? Tapi kan Neel..aku rasa dialah first love aku. Aku dah janji nak ajak dia keluar sempena birthday dia minggu depan. Time tu, aku nak luahkan perasaan aku.” Hike memasang angan-angan. Dia yakin respon yang bakal diterimanya positif.

“Oh..”

“ ‘Oh’ jer?? Bagitau la apa pendapat kau.”

“Err..pendapat? Asal kau happy, aku pun happy la..”

Mahu sahaja dia menggunakan jari menarik bibirnya untuk memaksa ia mengukirkan senyuman. Namun segalanya dirasakan kelat. Terasa itulah pembohongan paling besar pernah dilafazkan. Dia keliru sendiri. Takkan aku jealous kot? Alah..setakat Hike pun aku nak cemburu.. Ah tidak, bukan itu..bukan sebab itu! Ada sebab lain!

“Kau tau..baru-baru ni Hike call aku. Kitorang bergayut sampai ke pagi. Gile betul Hike tu..tak paham ke dia yang aku ni manusia..bukannya burung antu. Aku pun nak tido jugak! Tapi sebab aku fikir Hike tu antara jejaka paling famous kat sini..although aku rasa dia taklah handsome mane.. tu yang aku layan jugak tu. Dia asyik puji aku ni cantik. Aku rasa dia suke kat aku lah. Kau rasa, Neel?”

“Erk..aku? Entah..dia tak cakap apa-apa pun..”

Neel merasakan dialah perempuan paling malang di dunia. Sering sahaja terkepit di dalam situasi yang melemaskan. Sering saja terpaksa mendengar hal-hal yang tidak digemarinya. Cuba dipekakkan telinganya tapi hatinya meronta pula ingin tahu apa yang berlaku. Dia lemas sendirian. Terkapai-kapai cuba mencari pautan tetapi terasa ingin sahaja dibiarkan dirinya hanyut...

“Neel..aku cakap ni, kau jangan cerita pada Hike ye. Aku tak sukalah Hike tu. Aku rasa dia tu poyo.. terasa diri dia kacak sangat! Aku ni entah perempuan yang ke berapa agaknya dalam hidup dia. Lagi satu, cara dia berpakaian..tak kena langsung dengan taste aku. Tak seksi. Haa..ade lagi....”

Ahhh! Tak benar! Segalanya karut!! Kenapa Eila buta? Kenapa Eila tidak pandai menilai? Aku tak pernah langsung mempunyai tanggapan buruk sebegitu pada Hike. Hike tak poyo..dia sering mencemuh dirinya penuh dengan kekurangan. Aku tahu, Hike paling tak suka melihat cermin! Dan Eila silap besar, Hike tidak pernah jatuh hati pada sesiapa pun sebelum dia. Pakaian Hike, aku rasa sudah cukup sempurna! Tiada cacat celanya dengan padanan kemeja dan t-shirt yang sentiasa seiring warnanya.

Lantas dia bangun dan berlalu pergi. Tak sanggup dia membiarkan telinganya menjamah kata-kata nista itu.

“Eh, Neel! Kau nak pergi mana? Aku tak habis cerita lagi!” jerit Eila.

“Aku lupa aku ade appointment dengan lecturer! Jumpe lagi!” Dia berlari dan terus berlari. Titisan butir jernih sudah lama membasahi pipinya. Namun dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu terhiris dengan kritikan Eila tentang Hike. Eila seharusnya bersyukur kerana menjadi gadis pertama yang berjaya mencuri hati jejaka itu. Jikalaulah dia di tempat Eila, dialah gadis paling bertuah di muka bumi ini. Hike tidak pernah memandang dia sebagai seorang ‘perempuan’. Hike menganggapnya seperti rakan-rakan lelakinya yang lain. Malah Hike pernah tanpa sedar mengguris hatinya satu ketika dulu tatkala Hike memberitahu dirinya sering saja terlupa Neel itu seorang gadis! Namun dia menelan sahaja kata-kata itu sebagai gurauan. Alah..dengan Hike pun aku mahu terluka...fikirnya.

“Err..Dainila Reezka..kite nak ke mane ni?”

Suara seorang pemuda menyentak lamunannya.

“Eh, kenapa kite kat luar Mid Valley ni?”

“Tanye aku plak! Aku ikut kau dari tadi..aku pun pelik kenape kau keluar.”

“Kite nak balik kan?”

“Tapi cik Neel..kereta kan kat basement, sayang. Ni dah kat tengah jalanraya ni, kau mengelamun sampai ke mane?” Hike menepuk dahi.

“Aku tau, saje nak amik angin. Aku just nak make sure jalan mane yang tak jem. Cepat sikit sampai umah.” Neel membentangkan hujah merapunya lalu melangkah masuk semula ke bangunan besar itu. Hike tertawa geli hati melihat gelagat gadis kecil itu. Ada-ada saja alasan kau..Neel, Neel..
* * * * * * * * * *
Pagi Ahad itu tidak seperti pagi-pagi sebelumnya. Dirasakan awan mendung mengasak ruang angkasa walau pada hakikatnya langit cerah disimbahi sinar suria. Dilihatnya seolah-olah ribut petir berlawanan menjajah atmosfera walau pada realitinya tiada langsung tanda-tanda hujan akan turun membasahi kota itu. Dia mengeluh panjang di sudut buaian di halaman rumahnya. Merenung jauh memikirkan masalah yang tiada punca seolah-olah tiada lagi hari esok. Dicengkam rambut yang masih basah.. dia benar-benar buntu!

Esok birthday Eila..Esok juga hari yang bakal mencatat sejarah buat Hike. Baru semalam Eila menelefonnya, menceritakan betapa dungunya Hike kerana mempelawanya menyambut hari lahir di Shakey’s, sedangkan Hike patut tahu dia tidak menggemari piza. Neel melepaskan satu keluhan berat... dia tahu benar Hike seorang penggila piza. Eila juga sudah terlebih dahulu memasang angan-angan untuk menolak cinta Hike mentah-mentah jika pada hari tersebut, Hike meluahkan perasaan padanya. Aku benar-benar tersepit. Perlukah aku memberitahu Hike tentang niat keji Eila, gadis yang dipuja-pujanya separuh mati itu? Eila pun satu, apalah dosa lelaki itu pada kau.. dia tak bersalah!

“Tak baik Eila, kau buat macam tu pada dia nanti..”

“Eh kau ni, Neel. Sejak bile jadi baik sangat ni? Alah..aku bukan ape. Aku sekadar nak bagi dia sedar yang tak semua perempuan gilakan dia. Aku ni jenis tak mudah termakan pujuk rayu lelaki macam dia! Hanya perempuan takde akal yang tergila-gilakan dia..”

“Eila! Ape kau cakap ni? Dia tak sejahat itu!” kata-kata sinis Eila seolah-olah dilemparkan tepat ke mukanya. Seperti Eila mampu membaca isi hatinya.

“Eh eh..yang kau marah sangat ni kenapa? Ohoo..baru la aku tau kenapa sampai saat ni kau takde boyfriend. Rupa-rupanya menanti putera kayangan ye...” terdengar tawa kecil di sebalik gagang telefon yang digenggamnya erat. Nasib baik bukan kaca, kalau tidak, dah lama pecah!

Naik berbuih mulut Neel menjelaskan betapa Hike tidak seperti yang disangka Eila. Acapkali itu juga Eila mengatakan dia menyimpan perasaan terhadap Hike. Benarkah aku sudah terpaut dengannya? Ah, tak mungkin! Tapi kenapa setiap kali Hike menyebut nama Eila, setiap kali itu juga terasa seperti hatiku dikelari pisau? Neel menggeleng-geleng sepuas hatinya, memprotes perasaan itu. Sanggupkah dia melihat Hike berdua-duaan dengan perempuan lain sedangkan selama ini hanya dialah gadis yang sering bersamanya? Tapi, Eila akan menolak cinta Hike! Sanggup pulakah aku melihat Hike dimalukan di depan orang lain? Dia tak sanggup! Dia nekad, dia perlu beritahu Hike!

“Woo! Anak dara uncle Mal ni berangan aje kerjanye. Aku dah terpacak kat sini macam mumia, kau boleh wat dek je? Bagus tul!”

Tersedak Neel melihat kelibat Hike di depannya. Ya Allah..kenapalah di saat ini Kau munculkan dia di hadapanku? Dia hanya mengunci mulut tidak mahu berkata apa-apa. Kaget dia menghadapi situasi yang tidak dipinta itu. Serentak dengan itu juga, perutnya terasa geli dan sakit.. Alamak, kenapa aku nervous semacam ni?

“Neel..kenapa ni, sayang? Sayang sakit ke? Kenapa mata sayang merah? Sayang nangis ek?” soal Hike menderu, cuba berlagak manja. Mesti Neel nak muntah darah dengar aku cakap macam ni..hehehe! Hati nakalnya mula merasa lucu.

“Kau boleh diam tak, Hike?!” Neel terpana. Serasa mahu disepak-sepak mukanya kerana terlalu emosi. Ah, maafkan aku, Hike..

“Kau ada masalah ke? Sampai hati kau jerkah aku, Neel..” terpancar riak kecewa di wajahnya.

Hike, kenapa kau buta hati? Kenapa gadis itu yang kau pilih? Sedarlah Hike, dia bukan untuk kau! Aku tak sanggup tengok kau kecewa sedangkan dari saat ini lagi aku sudah tahu apa yang bakal kau hadapi. Eila akan malukan kau, Hike! Tolonglah Hike..aku tak nak tengok kau terluka..aku sayangkan kau!

“Lupekan Eila!” terpacul ayat keramat dari bibirnya. Hike tersentak.

“Ape kau merepek ni, Neel?”

“Aku..aku..Eila tak sesuai untuk kau..”

“Nonsense! Eila layan aku dengan baik selama ni. Aku tak nampak pun kat mane yang kitorang tak serasi.”

“Aku sayangkan kau, Hike..lebih dari nyawa aku!” Astaghfirullahalazim.. Neel mengucap panjang. Dia tersedar perlakuannya melepasi batas. Kata-katanya harus ditarik balik! Tapi bagaimana? Bagai disebut orang, perahu yang terlajak boleh diundur..namun kata-kata yang terlepas mustahil boleh ditarik semula. Neel merasakan betapa panas mukanya kerana malu yang teramat sangat. Dia tak pernah terfikir untuk bertindak keterlaluan seperti itu. Rahsia hatinya pecah sepertimana maruah dirinya yang hancur berkecai.
“Kau dah gile ye, Neel?” Hike merenungnya tajam hingga terasa pedih di ulu hatinya bagaikan ditusuk belati. Hanya titisan jernih air mata yang mengiringi Hike yang terus berlalu meninggalkannya. Detik itu juga dia tersedar dia kehilangan sahabat yang paling memahami dirinya. Kenapa aku bodoh sangat? Dia menampar mulutnya berulang kali. Tak mungkin Hike menaruh perasaan padanya hingga dia berani meluahkan rasa cintanya yang entah sejak bila mula terbit dalam hati kecilnya itu. Kerana terlampau mengikut perasaan, dia gagal menjelaskan niat buruk Eila terhadap pemuda itu. ‘Kau terlalu tergesa-gesa, Neel!’ jerit suara hatinya. Namun apalah dayanya, segalanya sudah terlambat.
* * * * * * * * * *
“Dainila, abah tunggu kat bawah ye?” jerit Encik Izmal di balik daun pintu yang tertutup rapat.

Neel hanya membatu. Matanya merenung tepat ke arah beg pakaian yang berisi padat dengan pakaian. Dia tekad. Dia sudah tak berdaya menahan dugaan. Dia harus pergi. Mungkin hanya dengan cara itu dia mampu menyembuhkan luka di hatinya. Sejak peristiwa itu, Hike tidak lagi menghubunginya. Dia sudah tidak sanggup lagi menunggu. Puas dia cuba menghubungi Hike walaupun dia tahu usahanya hanya sia-sia. Tawaran melanjutkan pelajaran ke Ireland yang baru sahaja diterima atas bantuan ayah saudaranya tiba tepat pada masanya. Biarlah dia membawa diri, meninggalkan segala kenangannya bersama Hike di bumi Melaka ini. Aku akan merindui kau, Hike.. Merindui gelak tawa mu, usikanmu, senyumanmu...dan segala kenangan antara kita..

“Neel..kau tau, aku rasa kau la kawan aku yang paling best kat dunia ni..Kalau boleh, biarlah aku yang mati dulu sebab aku tak dapat bayangkan kalau aku kehilangan kau..”

Berkaca-kaca matanya menahan sebak teringatkan kata-kata itu dua tahun yang lalu..

“Neel..janjilah dengan aku, walau apa pun yang terjadi..kau takkan tinggalkan aku..”

Hangat pipinya dibasahi air mata...Kau yang menyebabkan aku memungkiri janji, Hike...

“Kau kena ingat, Neel..kalau bukan kau yang duduk sebelah aku atas pelamin nanti.. kau kena berdiri sebelah perempuan tu. Kalau tidak, aku batalkan majlis kahwin aku!”

Dalam tersedu, dia tertawa.. Kadangkala gurauanmu tak masuk dek akal, Hike..

Tok! Tok! Bahunya terhenjut. Dalam keadaan panik dan terkejut, disekanya air mata sekering yang boleh. Dilihatnya jam di dinding..padanlah, dah setengah jam abah tunggu! Dia bingkas bangun lalu meluru ke bilik air dan mencuci muka. Cermin meja solek bagai mentertawakan dirinya. Hodoh betul muka aku bila menangis, Neel mengkritik diri sendiri.

Neel mengheret bagasinya yang berat, seberat hatinya untuk melangkah pergi. Namun dia sedar dia perlu tabah. Dia tak mahu menyeksa dirinya dengan perkara remeh seperti cinta. Dia masih muda. Terlalu banyak yang perlu ditempuhinya. Masih jauh lagi perjalanannya di bumi Allah ini.. Dia sudah tekad untuk menjadi orang baru. Dia bukan lagi Neel yang dulu. Malah dia bukan lagi Neel..dia ialah Dainila.
Pintu bilik dibuka. Sangkaan kelibat yang mengetuk pintu itu milik ayahnya ternyata meleset. Kau?? Dia bukan seorang..dilihatnya jasad di sebelah lelaki itu..dan kau juga?? Sandiwara apa ini? Kenapa perlu kau malukan kawan sendiri? Apa lagi yang kau mahu? Bunuh saja aku, Hike! Aku benci menjadi manusia!

“Neel..”

Neel tidak sikitpun mempedulikan mereka dan berlalu ke ruang tamu. Dia mencari-cari ayah dan ibunya. Mana pulak diorang ni? Hish..time suspen camni la diorang nak ilang! Diheretnya beg ke perkarangan rumah. Eh, mana kereta abah? Takkan dia terlupa anaknya masih di bilik sebentar tadi? Dia merasa hatinya bertambah sakit. Makin meledak-ledak api kemarahannya bila melihat tetamu-tetamu kehormat yang tak diundang itu.

“Apsal kau sibuk-sibuk datang sini? Aku taulah Eila tu girlfriend kau..tak payah kau nak menunjuk-nunjuk kat aku bakal isteri kau tu!”

“Neel..bagi aku peluang..please? I’m sorry..”

“I’m sorry??? Kau ingat aku ni ape? Kayu besbol? Bola sepak? Suka-suka kau jer bile nak mintak maap lepas kau belasah teruk-teruk.”

Hatinya meronta-ronta ingin lari dari situ. Tapi rumah ni aku yang punye..apsal lak aku yang kene berambus? Diorang tu yang patut nyah dari sini! Tak malu betul! Masuk-masuk rumah orang, buat muke seposen!

“Neel..kami minta maaf sebab terlebih bergurau dengan kau. Kami-”

“Bergurau ape ke jadah pulaknye ni, Eila? Aku tak faham la. Boleh tak kalau korang balik jer?”

“Neel sayang...” Neel merenung tepat ke mata Hike. Berani kau panggil aku ‘sayang’, Hike? Hike kaget direnung sebegitu lantas terdiam.

“Kami tak bercinta, Neel. Hike sayangkan kau sorang!” Neel cuba membuka mulut tapi Eila tidak mahu memberi peluang.

“Hike mencintai kau sejak tiga tahun yang lalu..setelah dia mengenal erti cinta. Tapi kau tak pernah beri dia ruang untuk berterus-terang. Hinggalah kini, Hike tak terdaya menipu diri. Dia meminta aku menolongnya. Maka kami bersetuju untuk berlakon demi melihat reaksi kau. Hari yang terindah buat Hike bila kau mengakui kau sayangkan dia lebih dari nyawa kau. Tapi masa tu, Hike tak terfikir ia akan terjadi. Sebab tu Hike memberi reaksi negatif kerana masih mahu terus ‘berlakon’. Selepas tu, die terus lari mencari aku bertanyekan ape yang harus dibuat. Hike terlampau gembira, tapi dalam mase yang same dia ragu-ragu dengan kenyataan kau..”

“STOP IT! Korang ni sejak bile ada bakat jadi penglipur lara?” Neel merasakan dirinya begitu hina hingga ditipu bulat-bulat dengan cerita rekaan yang langsung tiada unsur logik itu.

“Eila tak tipu, Neel. Apa yang die cakap tu, semuanya betul. Aku tak sangka kau merajuk sampai camni skali. Bila uncle Mal bagitau aku semalam yang kau nak ke Ireland..terasa berpinar mata ni, Neel! Please Neel..kalau kau nak tinggalkan aku pun, tunggu aku mati dulu..please..”

Mungkinkah ini realiti? Atau sekadar ilusi? Neel tak mampu membendung rasa terkejutnya. Alahai Hike..kenapa lah kau seksa aku macam ni skali. Dikesat pipinya yang melekit itu. Terasa malu pula berhadapan dengan mereka dengan keadaan tak terurus macam tu. Hike menghampirinya.. semakin hampir, degupan jantungnya semakin deras... Kini dia merasakan dirinya ‘hidup’ semula.
“Forgive me, please?”
Kau ni, Hike..menyusahkan aku betul! Mana aku nak letak muke aku ni? Malu tau tak? Marah betul dia pada Hike. Alah..marah-marah sayang...

“Kalau bagitau awal-awal, kan senang? Ni tak..ko tengok mate aku ni..dah naik bengkak macam baru pas lawan tinju. Ko tengok wallet aku, pokai dah..beli berdozen-dozen kotak tisu, tau? Silap-silap pasni tokei tisu pun dah boleh kalah kan Bill Gates! Tuuu beg aku tu..penuh dengan baju, penat aku lipat tau? Skang sape nak simpankan balik tu?” ngomel Neel.

Tawa Eila dan Hike memecah kedinginan suasana yang suram itu. Jika diikutkan hati lelaki Hike, mahu saja dicubit-cubit pipi gebu buah hatinya itu. Dalam keadaan macam tu pun, minah ni boleh buat lawak.

“Eleh..aku boleh ganti balik la duit yang kau gune untuk beli tisu tu. Lain kali pakai lah kain buruk lap hingus tu..takde la membazir. Ley cuci balik!”
“Loyar buruk ek! Jage kau..meh sini..meh! Aku hembus hingus kat baju kau. Apsal lari lak?” Neel berlari mengejar Hike yang cuba mengelak. Dunia Neel kembali berbunga. Ya Allah, Kau lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi. Neel tak henti-henti memanjatkan kesyukuran. Eila hanya mampu menggeleng melihat keletah dua sahabatnya. Bahagia sungguh diorang.. ‘Haiii Eila.. nampaknye terpakse la kau lupekan Hike. Biarlah diorang tak tahu cinta ni penah bersemadi untuk lelaki itu. Dia bukan untuk kau..’ bisik hati kecilnya. Dia hanya mampu tersenyum tawar lalu senyap-senyap meninggalkan perkarangan banglo itu...
* * * * * * * * * *
“Neel..I love you..”`
“Huh? But I don’t love you.. sorry..”
“Oh..ngade ye.. nak kene cubit pipi tu?”
“Syhh...tengok skrin wayang tu la, Hike..ape plak tengok Neel..”
“Bile kite nak kawen?”
“Gatal!”
* * * * * * * * * *



No comments:

Post a Comment