18 December 2010

LAWAK JENAKA

LAWAK 1

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bo-doh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bo-doh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bo-doh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bo-doh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bo-doh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bengap kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
hhehehehehehe.....


LAWAK 2

Kisah 3 orang kawan,
Raja,Raju,Rajo tinggal di sebuah flet 60 tingkat..
pada suatu hari, lif rosak maka kena la pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih.. untuk menghilangkan penat.
Raja Start dulu.. ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku.. buat selame lamenye.. sedar2 mereke dah berade di tingkat 30..
Raju lak sambung.. mak aku mati ketika melahir kan aku.. aku berase bersalah.. mereke skrang berada di tingkat 50..
Rajo lak sambung.. Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni sebenarnye kunci rumah tertinggal kat dalam kerete..
mereke skrang berade di tingkat 60...
Tanpe berfikir panjang.. Raja dan Raju terus mencampak Rajo ke luar flet..

LAWAK 3

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko.
Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar...
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan”. Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…”
Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!”
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.
Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin.Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam.
Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni…
Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, “He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang.
He heee…” Tok imam pun terkedu & terpana…
kwang kwang kwang…

LAWAK 4

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri :Buku bank abanglah..

LAWAK 5

 Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu...

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua.adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

LAWAK 6

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………

LAWAK 7

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

LAWAK 8

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya.
It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk.
So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road.
Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.
So this ****** girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”
Pompuan ni pulak jawab, “TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
” So polis tu tanya lagi, “BETUL KER???”
Pompuan tu jawab, “BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA.”
So polis tu kata, “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”
Lepas tu polis tu tunjuk, “HA!!! ITU KETA SAPA TU??”
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer.
Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


LAWAK 9

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


LAWAK 10

 Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

LAWAK 11

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


LAWAK 12

Seorang lelaki pergi ke klinik mata.  
Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”
“Dah tentu, ” jawab doktor.
“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

LAWAK 13

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin...
Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…


LAWAK 14

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa ******* sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”


LAWAK 15

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Heheheh...Hiburan semata2 jew k......hahahaahahha.....

No comments:

Post a Comment