18 December 2010

Keistemewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki 
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada 
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal 
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang 
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan 
sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

Adik Dan Bidadari

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum
hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu
sahaja."

20 Fakta Menarik Tentang Islam

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di laman web dan blog.

1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perhitungan matematik ). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030

Lawak_Bodoh@blogspot

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

Berteladan dari kisah Aisyah radhiyallahu anha

Januari 4, 2007 
Disimpan dalam Wanita Teladan, Tentang Wanita 

Ibunya orang beriman, isteri nabi Muhammad sekaligus putri dari as-sidiq adalah sosok yang pantas diteladani oleh seluruh mu’minah di sepanjang zaman. Ia adalah wanita pemilik kemuliaan yang tak tertandingi Aisyah -lah manusia yang paling berilmu tentang al quran, karena kehidupannya yang selalu bersanding dengan pembawa risalah islam, dan beliau menyaksikan Al quran yang turun di rumah beliau. Paling berilmu, karena paham bagaimana wujud penjabaran Al quran dalam kehidupan sehari-hari, dipraktikkan dalam perkataan, perbuatan, budi pekerti, akhlaq dan adab oleh rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Beliau pula wanita yang paling berilmu tentang hadits, fikih, pengobatan, syair dan hikmah. Sehingga sangat wajar ketika abu bardah mengatakan : “apabila ada sebuah permasalahan yang tidak diketahui di zaman sahabat , maka kami bertanya kepada aisyah, dan kami memperoleh ilmu dari beliau”.
Seorang sahabat yang lain mengatakan “saya tidak mengetahui ada orang yang lebih berilmu tentang al quran, faraidh(ilmu waris) , halal dan haram, syair, sejarah dan nasab kecuali aisyah”.

PANDUAN SUNNAH DALAM BERBUKA PUASA

 MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA Adalah sunnah mensegerakan berbuka puasa, kerana mengikut sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaih wa-sallam dan para Salaf as-Soleh yang menjunjung sunnah, mereka mengambil kelebihan (fadilat) berpuasa dengan mensegerakan berbuka (tidak melambat-lambatkan), iaitu “Setelah matahari terbenam, maka baginda terus berbuka”. Dan sunnah hukumnya melewatkan makan sahur sehingga menghampiri waktu fajar. Dalilnya adalah hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ “Manusia akan sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka (puasanya)”. (HADIS RIWAYAT Bukhari 4/173. Muslim 1093) لاَيَزَالُ الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرِ ، لأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ “Agama ini (Islam) akan sentiasa zahir selagi umat manusia menyegerakan berbuka puasa, kerana orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasara melambat-lambatkannya”. (HADIS RIWAYAT Abu Daud 2/305 dan Ibnu Majah 224, sanad hadis ini hasan)

LAWAK JENAKA

LAWAK 1

Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bo-doh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bo-doh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bo-doh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bo-doh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bo-doh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bengap kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
hhehehehehehe.....

Khas Untuk Kaum HAWA

Andai kau belum berkahwin jangan risau jodohmu….
Ingatlah janji Allah..wanita yang baik untuk lelaki yang baik….
Jangan mulakan pertemuan dengan yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati….lahirnya senyuman…tercetusnya salam….disusuli dengan pertemuan berikutnya….takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya….kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya….

Sebuah Kajian di Pusat Membelibelah

Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihati di pusat2 membeli belah di tanah ayer..

Statement JIWANG..hehehehheheheh

Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak…
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak..
Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak.
Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.
Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..
terimalah kenyataan itu ….
dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu.
Masa akan menentukan segala-galanya.
Jika dia ditakdirkan bersama kamu,…
dia akan kembali…
Kembali pada kamu.