“Salam sejahtera Apis bagaimana
dengan rebate keuntungan prepaid yang akan kita perolehi? Harapnya awak dapat
memberi penjelasan yang terperinci kepada saya. Saya Cuma perlukan maklumat lanjut
tentang perniagaan prepaid ini sebelum involve dengan serius. Antara yang saya perlukan
seperti risiko jualan prepaid,berapa peratus keuntungan dan lain-lain hal yang
berkaitan. Terima kasih”
—————————————————————————————————————————————————————
Pertanyaan dari individu
yang berminat mahu menjalankan perniagaan prepaid di sekolahnya. Apa yang
menarik,dia baru berumur 14 tahun dan soalan yang dikemukakan seperti orang
yang sudah berbusiness 14 tahun. Pertanyaan yang matang dan tidak sesuai pada umurnya
ini saya jawab seperti artikel di bawah. Walaupun bagi saya agakhype ,tetapi rasanya
dia boleh faham disebabkan pertanyaannya yang membuatkan saya terpegun. Caranya
berfikir bukan macam rakan-rakan sebayanya yang lain.
——————————————————————————————————————————————————————
1-Risiko Jual Topup
Sebenarnya,bila memasuki dunia perniagaan ni memang kita akan menghadapi pelbagai risiko....Tipu lah kalau tak ada risiko kan...risiko menjual
topup ini sangat besar! Hampir 90% penjual topup akan mengalami kerugian sekiranya
factor risiko dibawah ini terjadi di Malaysia :
1.
tiada pengguna handphone di Malaysia
2.
semua orang beralih ke postpaid
3.
syarikat Maxis,Celcom,dan Digi bankrupt
4.
satelit yang manage tranksaksi komunikasi meletup di
angkasa
Adakah anda percaya bahawa perkara di atas bakal berlaku? Sudah
semestinya tidak bukan! Sebenarnya risiko penjualan topup yang berlaku adalah dari
diri anda sendiri di mana anda:
1.
berat mulut untuk mempromosi
2.
mengecewakan pelanggan
3.
servis perkhidmatan yang rendah
2-Berat
Mulut Untuk Mempromosi
Seperti yang anda tahu, easyreload1malaysia.com adalah
platform untuk seorang pelajar mendapat keuntungan untuk setiap kali tambah
nilai. Easyreload1malaysia.com amat menggalakkan pelajar untuk mendaftarkan simcard
bagi boleh menjalankan perniagaanini di sekolah. Keuntungan jualan prepaid
memang relatifnya rendah tetapi dengan pembelian berulang-ulang, maka tidak mustahil
untuk mendapat cincai-cincai RM 10.
Dengan RM 10 itu sudah cukup untuk topup percuma buat diri sendiri.
Lebih-lebih lagi pelajar di sekolah berasrama penuh di mana tiada kemudahan topup
disediakan di koperasi. Asrama adalah lubuk wang untuk penjualan topup
.Mengapa? Pelajar sekolah adalah pengguna handphone yang paling banyak menghantar
sms, tambah-tambah lagi yang bercintan-cintun. Tidak percaya?Mungkin anda bersekolah
menengah pada tahun 70-an,80-an,atau 90-an.
Jika anda sudah mendaftarkan simcard anda, dan secara rasmi
manjadi agent ereload di sekolah anda,maka jangan berat mulut untuk mempromosi.
Promosi kepada 3 orang yang ada handphone sudah cukup. Apabila 3 orang pengguna
handphone tahu yang anda menjual topup,mereka akanmenyebarkan hal ini kepada rakan-rakan
yang lain pula. Dan akhirnya satu sekolah akan tahu siapa yang perlu di cari sekiranya
kehabisan kredit.
3-Mengecewakan
Pelanggan
Datang seorang rakan/pelanggan dan meminta topup dari
anda. Jawapan yang anda berikan adalah topup sudah habis. Sudah tentu dia kecewa
bukan? Bagaimana sekiranya dia amat memerlukan kredit pada saat itu untuk menghubungi
seseorang atas hal yang sangat penting?Bagaimana sekiranya ibunya sakit?
Itu merupakan tanggungjawab social yang perlu anda penuhi sebagai
seorang penjual topup.Memberi tambah nilai untuk pengguna prepaid bagi membolehkan
mereka menggunakannya atas sebarang tujuan. Maknanya jangan memberi alas an bahawa
topup tiada disebabkan anda tidak membuat modal rolling, tidakmenambah modal
anda ke akaun syarikat bagi membolehkan anda menjual topup.
Keuntungan adalah diutamakan,tetapi jangan lupa dengan tanggungjawab
kita sebagai seorang manusia yang perlu memenuhi beberapa tanggungjawab dalam hidup
bermasyarakat.
4-Servis
Perkhidmatan Yang Rendah
Jangan marah-marah pelanggan/rakan anda sekiranya dia
dating kejut anda pada pukul 3 pagi untuk bergayut dengan aweknya.Sudah tentu anda
marah bukan diganggu padawaktu sebegitu. Salah awak juga kerana tidak menampal notis
“tiada jualan topup selepas 01.00 am”
Ragam rakan-rakan di sekolah yang pelbagai akan membuatkan anda
hilang sabar. Ada yang suka berhutang, minta topup pada pukul 2,3 pagi,topup sikit-sikit
dan macam-macam lagi. Anda jangan hilang sabar kerana customer is king. Anda sepatutnya
meletakkan syarat bagi memudahkan anda sendiri.Beberapa syarat yang boleh di
beri ialah:
*topup 3 bayarannya RM 3.50
*tiada hutang,cash on delivery
*topup selepas 01.00 am caj RM 1 dikenakan
*tiada jualan pada musim exam
*tiada jualan ketika study hours
Syarat di atas boleh diletakkan sekiranya anda seorang pelajar
sekolah menengah .Err, bagaimana jika anda bukan student lagi?
Universiti?Bekerja?Hmmm,sudah tentu anda boleh memikirkan sendiri apakah yang
menjadi keperluan anda. Fikiran anda sudah matang berbanding pelajar sekolah menengah,
jadi tidak perlu untuk dihuraikan di sini. Tepuk dada Tanya fikiran.
Berminat?
Sekiranya anda berminat, bolehlah:
Cara pertama:
Membuat bayaran di mana-mana cawangan akaun bank Maybank di Cash Deposit ATAU terus ke Maybank2u.com.
Nombor akaun : 104031063333
Nama: HAZIZUL HAFIZ BIN ROSLI
No.Telefon : 019-3659923
Selepas membuat pembayaran,SMS kan kepada saya:
1) Nama penuh anda
2)Negeri tempat anda menetap
3) Pakej yang dimahukan (contoh: pakej (A)
4) Nombor telefon yang ingin anda daftarkan (Untuk plan A anda boleh daftarkan maksimun 5 no sahaja manakala untuk pakej B anda Cuma boleh daftarkan hanya 1 number sahaja )
5) Tarikh pembayaran bank (Pastikan resit di simpan sebagai rujukan)
6) Waktu (jam dan minit) pembayaran bank
7) Jenis bank
Contoh: Neelofa/Melaka/Pakej A/013456789/09 SEPTEMBER 2013/0900
dan hantarkan ke 019-3659923
Perlu di ingat saya boleh mendaftarkan anda setiap hari bermula dari pukul 9.am hingga pukul 5 pm sahaja. Lagi bagus kalau saya boleh daftarkan anda semua pada setiap hari AHAD kerana kerja saya sebagai seseorang supervisor yang terlampau memerlukan komitmen saya untuk berurusan dengan orang atas dan memerlukan saya untuk meeting sehingga malam dan kadang kala saya perlu out station untuk membuat Site Survey untuk check dan upgrade kan system telco company yang sedia ada sekarang ni . ERKK… dah macam robot lagaknya…heheheheh……
Cara kedua
Sesiapa yang mengenali diri saya,anda boleh berhubung dengan saya di Facebook dengan nama Konspirasi Terlarang, atau boleh terus menghubungi saya di 019-3659923. Sekiranya kita tinggal berdekatan,atau anda mampu memberikan wang tunai kepada saya terus,maka anda terus menelefon saya di nombor ini.
Anda juga boleh menghubungi saya di email budakbisness@gmail.com
Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan saya,anda boleh mencuba menelefon saya. Demi Allah,tidak ada keraguan di dalamnya,malah ianya bukan sesuatu yang haram. Saya merupakan pelajar di universiti Kuala Lumpur telah di ajar dan di didik supaya menjadi seorang usahawan kerana kami adalah anak-anak warisan MARA.
No comments:
Post a Comment