Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan
kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali
Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak
terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara
lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu
rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda
alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.
Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan
yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk,
ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.
Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih
besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan
dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik
meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya
dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang
manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah
filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.
Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni
neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu
tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH
kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia
berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik
dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn
ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali
juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang
ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang
cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!
No comments:
Post a Comment