arh lega siot lepas habis jew final exam hari tu....kitorang pon plan nak jalan2 kat Melaka....hahahah.....first dalam kepala otak aku lah bile diorang plan nak jalan2 kat Melaka...aku cakap kat diorang Melaka xda ape2 yang best pon...yelah aku pon memang duduk melaka kan....but demi menjaga hati kawan2 aku kan...so aku pon folow lah diorang.....boleh lah hantar barang aku yang banyak tu..hahahaahahahhah.....so pada 13/05/2011 pas solat jumaat kitorang 2 kereta pon bertolak dari Gombak and akhirnya sampailah kat Dataran Alor Gajah...kitorang berhenti kat sana sebab nak tunggu kawan kitorang merangkap sponsor penginapan dan sarapan pagi kitorang...hahahahhaha
Kat bawah ni adalah sebahagian dari pic2 yang aku ambik....
Ni Picture yang di ambik time kitorang pergi kew Kolam Air Panas GADEK dekat Alor Gajah.Bayaran untuk masuk di sini sebanyak RM 4.00.Berbaloi lah pergi sini....di samping dapat hilangkan stress kita dengan rendam kan kaki kita kat dalam kolam air panas...dapat juga skodeng budak perempuan yang pakai seluar ketat2 kat sana...kire memang berbaloi lah..hahahahh....bagi aku air dia xdalah panas macam kat air panas kat Baling,Kedah tu..tapi bagi mereka yang sememangnya xpernah mandi kat kolam air panas tu memang agakmencabar keberanian juga lah sebab panas kan....hahahahahahah...tapi jujur aku cakap memang krang xkan rasa rugi kalau pergi sini.....
Gambar2 dia atas ni diambik time kitorang kat A FARMOSA.......Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah artikula penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa(bunyinya lebih kurang "ah").
Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik.Ni plak time kitorang kat JONKER WALK.....hahahaahahah...hah kalau korang nak tau lah...Persiaran Jonker ( Jonker Walk) yang terletak di Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka. Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri.
hah ni plak pic time kat RIVER CRUICE.....ni fakta tentang RIVER CRUICE untuk kemudahan korang mane lah tau korang nak jalan2 kat Melaka kew...
|
Ni hah plak...kalau pergi Melaka kalau korang x pergi try makan asam pedas Melaka..memang x lengkap lah percutian korang....Pic ni kitorang ambik time makan asam pedas kat pasar borong...memang terbaik lah....2x tambah ....harga pon berpatutan lah....aku kena RM9.00...ok lah tu...nasi double complete roti canai dengan teh o ais......kenyang beb...asam pedas dia memang terbaik dari ladang......
Kalau ikotkan nak jew upload sume pic time jalan2 kat Melaka ni tapi apakah daya...sume pic yang kitorang total saiznya 4G lebih...so ni jew yang aku mampu upload untuk tatapan korang...hahahahaah
No comments:
Post a Comment