~ Prolog ~
Dagu Danial Zachary jatuh, hampir mencecah lantai lagaknya. ‘What the?’ Dia mengerling ke arah papanya di sisi. Dato. Salleh mengerling kembali, relax sahaja. Danial tidak puas hati. Stereng digenggam erat. “Papa, betul ke alamat ni.?”
“Apa tak betulnya. Toksah pakai alamat. Dalam dua belas tahun tu hari-hari papa menapak ke sini. Masakan papa nak lupa,” balas Dato. Salleh lagi. Matanya masih terarah ke rumah kayu dua tingkat yang jaraknya tak sampai 25 meter dari BMW Danial. Rindu pada kenangan di rumah kayu itu. Tanpa disedari, dia tersenyum sendiri.
Danial menelan liur. ‘For real? Rumah kayu? Papa ni mata sphero apa?’. Perlahan-lahan kereta diparkirkan di bawah pohon getah tunggal. Dia melangkah keluar. Matanya tertancap ke arah seorang gadis berbaju kurung kedah, berkain batik dan bertudung silang. Balqis Amani?