16 June 2011

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?


Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.......

15 June 2011

KISAH AKU DAN DIA


Saat Romantis Yang Mengharukan Mida

Nama aku Mida, aku ade balak name balak aku zul

Kitorang dah lame kenal dah lama saling sayang menyayang kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan tapi satu hari tu kitorang keluar laa jalan2 macam biase tapi aku terase lain macam sket si Zul bawak aku pegi kedai emas die nak beli cincin hadiah untuk kakak die katenye

12 June 2011

Tips lajukan blog berbahaya?





Baru-baru ini banyak blog yang memberi tip untuk melajukan Facebook dengan menetapkan satu IP Address Facebook pada file “Hosts” di folder Windows\System32\Drivers\etc. Ia MUNGKIN boleh membantu untuk mempercepat loading time facebook namun tahukah anda siapakah pemilik IP Address tersebut? Setakat ini, belum ada blogger yang memberi tip untuk melajukan facebook, memberi penjelasan terperinci tentang pemilik IP Address tersebut.

Risiko Menukar IP Address di Hosts

Dengan menukar IP Address di Hosts, pengguna sebenarnya memberitahu sistem operasi untuk menghubungi IP Address tersebut apabila domain yang dinyatakan diakses. Sebagai contoh,

203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

akan memberitahu sistem operasi untuk berhubung dengan komputer atau server yang beralamatkan 203.106.85.66 apabila domain www.facebook.com atau domain facebook.com diakses oleh browser pengguna.

Risikonya adalah

* Komputer atau server tersebut MUNGKIN memerhatikan segala aktiviti anda di laman tersebut.
o Pemilik server mempunyai akses terhadap password dan akaun anda.
* Komputer atau server tersebut MUNGKIN menyebabkan komputer anda dijangkiti virus.
o Sekiranya anda dihubungkan ke laman “phishing” atau laman yang mengandungi virus, adware, malware dsb. komputer anda boleh dimasuki oleh virus.

Sekiranya virus seperti Trojan dan KeyLogger telah dimasukkan ke dalam komputer anda, pelbagai masalah lain akan timbul.
Siapakah Pemilik IP Address Tersebut?

Melalui “whois” yang KR lakukan, berikut adalah informasi mengenai IP Address yang diberikan:

inetnum: 203.106.85.0 – 203.106.85.255
netname: AKAMAI-CYBERJAYA-TMNET
descr: AKAMAI CYBERJAYA
descr: KUALA LUMPUR
country: MY
admin-c: KHMA2-AP
tech-c: KHMA2-AP
mnt-by: TM-NET-AP
status: ASSIGNED NON-PORTABLE
changed: 20100729
source: APNIC
route: 203.106.64.0/18
descr: TMnet route object
origin: AS4788
mnt-by: TM-NET-AP
changed: 20090223
source: APNIC
person: Khairil Hakim Mustafa Alsafri
country: MY
address: Level 44 North Wing Menara TM, Kuala Lumpur
fax-no: +6-03-22402869
phone: +6-03-22403154
e-mail:
nic-hdl: KHMA2-AP
mnt-by: TM-NET-AP
changed: 20100729
source: APNIC
Bagaimana Untuk Mengembalikan Setting Asal?

Untuk mengembalikan setting asal facebook, pengguna cuma perlu membuang setting yang telah dibuat sebelum ini. Tanpa setting tersebut, facebook akan dibuka dengan menggunakan IP Address sebenar yang di point pada DNS Server milik Telekom Malaysia atau ISP yang anda gunakan.



aku TIDAK menyatakan yang IP Address yang dinyatakan di atas cuba untuk memasukkan sebarang virus atau melakukan aktiviti yang salah, aku juga TIDAK menyatakan yang pemilik IP tersebut cuba untuk mencuri password pengguna mahupun cuba untuk memerhatikan aktiviti pengguna. aku cuma ingin memberi peringatan kepada para pengguna internet tentang bahaya menukar IP Address di Hosts Sistem Operasi pengguna. Ada kemungkinan IP Address tersebut digunakan sebagai proxy untuk persendirian tetapi telah disebarkan kepada umum.aku ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kessilapan dalam maklumat di atas.


sumber:
http://kamireviu.com/2011/tips-lajukan-facebook/






RAHSIA LACI ALMARI



Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan. Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan terus sahaja bersetuju. Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00. Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan. Setelah dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya. Dia menjelaskan, "setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci". Si isteri berfikir, "30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat". Habis tu apa kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu? "Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual"

Jangan Menjilat Gam Sampul Surat Anda



Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul suratyang dijilatnya. Telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menulis:

"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat." "Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"

"Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah." "Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.Saya tidak pernah faham mengapa.

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"




Panduan Wanita Bekerja - Dr Yusuff Qardhawi


WANITA BEKERJA

oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi

Soalan : Apakah hukumnya seorang wanita bekerja? Maksud saya ialah bekerja di luar rumah sebagaimana kaum lelaki. Adakah harus bagi wanita untuk turut terlibat sama memberi saham meningkatkan produktiviti, pembangunan dan juga aktiviti di dalam masyarakat? Atau adakah wanita itu hanya layak untuk terkurung serta bekerja di dalam linkungan rumah sahaja? Islam sebagaimana yang kami tahu adalah agama yang memuliakan kaum wanita serta lebih dahulu memberikan kepada mereka hak-hak kemanusiaan sebelum daripada Barat. Oleh yang demikian tidakkah perkerjaan itu juga antara hak wanita yang akan memelihara air mukanya serta kehormatannya daripada menjadi barang murahan?

Mengapa wanita tidak turut menyertai medan kehidupan sebagaimana yang dilakukan oleh wanita Barat telah berjaya menajamkan keperibadiannya, memperolehi haknya serta memberi saham dalam memajukan masyarakatnya? Kami ingin mengetahui batasnya syarak untuk setiap pekerjaan yang diharuskan bagi kaum wanita Muslimah yang mana meskipun mereka bekerja, akan tetapi mereka tidak sekali-kali mengadaikan agama atau melalaikan segala tanggungjawabnya. Kalau boleh biarlah keterangan itu nanti jauh daripada sikap-sikap melampau yang melarang keras wanita daripada menuntut ilmu, bekerja dan keluar daripada rumah sekali pun ke masjid! Di samping itu, ia juga hendaklah jauh daripada segala pandangan yang bermudah-mudah; seolah-olah mahu membebaskan wanita Muslimah daripada segala ikatan sehingga menjadi barangan murahan di pasaran. Apa yang kami mahukan ialah hukum syarak yang sahih. Muslimah yang belajar.

Jawapan:

Wanita adalah manusia sebagaimana juga lelaki. Ini kerana kejadian kedua-duanya itu adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud: "Setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain." (Ali - Imran: 195)

Oleh kerana manusia adalah makhluk yang hidup, maka adalah menjadi tabiatnya untuk sentiasa berfikir dan juga bekerja. Tanpa kedua-dua ini, ia tidak akan menjadi manusia. Dan Allah (s.w.t.) sendiri menjadikan manusia itu adalah untuk bekerja. Malah Allah tidak akan menjadikan manusia melainkan untuk diuji siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya. Oleh itu wanita ditaklifkan untuk melakukan kerja-kerja yang baik sebagaimana ia juga ditaklifkan ke atas lelaki. Dari sudut ganjaran pahala amalan yang dilakukan oleh wanita juga adalah sama sepertimana lelaki.

Firman Allah: Maksudnya: "Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka dengan firmanNya: " Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan". (Ali- Imran: 195)

Bukan sahaja ganjaran di akhirat, malah ia juga turut memperolehi habuannya di dunia.

Firman Allah: Maksudnya:

"Sesiapa yang beramal saleh dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik". (An-Nahl: 97)

Wanita juga sebagaimana yang selalu disebut adalah sebahagian daripada masyarakat. Adalah suatu yang tidak logik jika Islam membantutkan separuh daripada masyarakatnya sendiri, menghukumnya sebagai kolot atau tidak berkeupayaan dan mengabaikan hak- haknya serta mengeksploitasi kebaikan yang ada padanya tanpa memberinya sesuatu yang positif.

Sesungguhnya tiada lagi pekerjaan yang lebih utama dan agung bagi wanita selain daripada mendidik generasi. Tugas terssebut tidak ada seorang pun yang menyaingi atau cuba merampas daripadanya.

Untuk memikul tugas tersebut, Allah (s.w.t) telah memperlengkapkan wanita dengan persiapan fizikal dan juga spiritual. Dengan sebab itu adalah tidak wajar bagi wanita untuk menyibukkan tugasnya yang besar itu dengan material dan juga perkara- perkara lain walau apa sahaja keadaan sekalipun. Tambahan pula tiada seorang pun yang dapat mengambil alih tempat wanita untuk melaksanakan tugas yang sangat besar ini. Apatah lagi generasi kecil itu merupakan penentu kepada masa depan sesuatu ummah di samping ia sendiri merupakan sebesar- besarnya aset kepada manusia (human resources). Kerja-kerja wanita yang lain termasuklah memelihara rumahnya, menggembirakan suaminya serta membentuk sebuah keluarga bahagia yang berdiri di atas asas ketenangan dan juga kasih sayang. Di dalam suatu hadis dinyatakan bahawa wanita melayani suaminya, maka perbuatannya dikira sebagai jihad fisabilillah.

Ini tidaklah bermakna bahawa pekerjaan wanita di luar rumah itu adalah haram. Tanpa nas syarak yang benar-benar sahih serta jelas hukumnya, seorang tidak boleh untuk mengharamkan sesuatu perkara. Ini kerana asal kepada sesuatu perkara atau tindakan adalah harus. Berdasarkan asas inilah kami menyatakan bahawa:

Pekerjaan wanita pada zatnya itu adalah harus; kadang-kadang ia menjadi harus dan kadang-kadang pula ia menjadi wajib terutamanya jika di dalam keadaan yang benar-benar memerlukan si wanita itu bekerja. Antaranya janda atau wanita-wanita yang diceraikan dalam keadaan berharta dan sebatang kara, akan tetapi ia mampu untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang dapat menahannya daripada meminta-minta.

Kadang- kadang keadaan keluarga itu sendiri yang memerlukan wanita untuk bekerja seperti membantu suaminya memelihara anak-anaknya ataupun saudaranya yang kecil dan membantu bapanya yang telah tua sebagaimana kisah yang disebut di dalam surah al-Qasas mengenai dua orang anak nabi Syuaib yang telah membantu bapa mereka memelihara kambing.

Firman Allah: Maksudnya:

"Mereka menjawab: " Kami tidak memberi minum (kambing-kambing) sehingga penggembala-penggembala itu membawa balik binatang ternakan masing-masing, dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya." (Al- Qosos: 23)

Begitu juga Asma' binti Abu Bakar yang digelar " empunya dua tali pinggang" turut membantu suaminya iaitu Az-Zubair bin al-' Awwam memelihara kudanya, menyiram tamar malah dia sendiri yang menjujung air di atas kepalanya daripada kota Madinah hinggalah sampai ke kebunnya.

Kadang- kadang masyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti menjadi jururawat ataupun doktor kepada kaun sejenisnya, mendidik dan tugas-tugas lain yang khusus bagi wanita. Ketika melaksanakan tugasnya itu, adalah lebih baik jika dia hanya bergaul dengan kaum sejenisnya dan bukan dengan kaum lelaki. Ini kerana lelaki hanya dibenarkan mendapatkan khidmat daripada wanita di dalam keadaan dhorurah sahaja.

Kebenaran itupun adalah terhad pada perkara yang berkaitan dengan keperluan sahaja. Sekiranya kami katakan bahawa harus bagi wanita untuk bekerja, maka keharusan itu hendaklah terikat dengan beberapa syarat:

Pekerjaan yang hendak dilakukan itu sendiri adalah kerja yang halal. Atau dengan kata lain ia bukanlah kerja yang haram atau yang boleh menjerumuskannya ke jurang maksiat. Antaranya menjadi orang gaji kepada lelaki yang masih bujang, menjadi setiausaha kepada mana-mana Pengarah yang dalam banyak keadaan menuntutnya untuk duduk bersunyi-sunyian dengannya, menjadi penari yang kerjanya adalah membangkitkan nafsu, menjadi pelayan bar yang menghidangkan arak di mana Rasulullah (s.a.w) telah melaknat orang yang menghidang, membawa dan menjualnya, menjadi pramugari yang antara tugasnya ialah menghidangkan arak di samping terpaksa bermusafir dan menginap di negara orang yang terlalu asing tanpa di sertai dengan muhrimnya dan apa sahaja kerja yang diharamkan kepada wanita khususnya dan yang diharamkan kepada kedua- duanya; lelaki ataupun wanita.

Dia hendaklah memelihara adab sebagai seorang wanita Muslimah sama ada di sudut cara berpakaian, berjalan, bercakap dan sebagainya. Firman Allah Maksudnya:

"Dan katakanlah perempuan- perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya"... " Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (Al- Ahzab: 32)

Kerjanya itu tidak menjejaskan kewajipan-kewajipannya yang lain. Ini termasuklah kewajipan terhadap suami dan juga anak- anak. Ini kerana tanggungjawab terhadap keduanya merupakan kerja yang utama.

Wabillahi taufiq.


Perbezaan Antara Telur Asli dan Telur Tiruan dari CHINA

09 June 2011

PERHATIAN!!!!Peringatan dari ADMIN




KAlau korang terjumpa invite yang mcmnie,JANGAN KLIK pada link tu....admin mendapati terlalu bnyak notification invite bnda mcm dlm FACEBOOK kite sekarang ni .Tu SPAM K...Jangan risiko kan LAPTOP anda dengan mengklik THIS link yang berleluasa di dalam FACEBOOK skarang ni :)

Hilangkan Boring jew :)

JULIANA BONUS BT HALIM AH JONG
NO 834,LORONG SANGAT BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

KADIR BIN KUDIS
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN NAIK LEMAK,
14100 BUKIT BOTAK,
SEBERANG PERAI KIRI,
PENANG . 3 MAC 2010

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabah saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII... ... ... . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju... . Tersangat BAHAYA... ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter
pulakk... ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH
TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu... . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak
marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing
HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh...Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat...Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada keadilan......Aminnnn

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ... ... ... ... tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUT dari saya... ... ..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG... ... ... ... ...

SEKIAN, TERIMA KASIH..

SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG

Surah Al-Fatihah
- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan

Surah Maryam
- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

Surah Luqman
- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa

Surah Yusuf
- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak

Surah Hujurat
- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yasin
- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

Surah At-Taubah
- Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat

Surah An-Nahl
- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin